Contoh Soalan Hubungan Etnik

December 22, 2016 | Author: Anonymous 8IMkU2 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

21 soalan dari https://rosfazila.wordpress.com/tag/contoh-soalan-hubungan-etnik/...

Description

1. Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia menurut J.S. Furnivall adalah

i.

Terdapat pelbagai bangsa, ras dan etnik

ii.

Mereka hidup bersama tetapi tidak bercampur atau tidak bersatu

iii.

Terpisah disebabkan unit politik yang berbeza

iv.

Setiap bangsa mempunyai agama, bahasa, kebudayaan yang tersendiri

A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. Semua di atas Jawapan: D

2. Apakah faktor yang telah menyebabkan wujudnya masyarakat pelbagai bangsa di negara ini?

A. Imperialisma B. Kolonialisma C. Kapitalisma D. Federalisma Jawapan: B

3. Manakah perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang bersangkut paut dengan perpaduan dan hubungan etnik

i.

Agama Islam agama rasmi negara

ii.

Bahasa Melayu bahasa rasmi negara

iii.

Hak istimewa orang Melayu

iv.

Politik

A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. Semua di atas Jawapan: C

4. Agama Islam agama rasmi negara. Walau bagaimanapun, agama-agama lain juga diberi kebebasan untuk diamalkan dengan aman dan tenteram. Kenyataan ini merujuk kepada ________ Perlembagaan Persekutuan. A. Perkara 150 B. Perkara 151 C. Perkara 152 D. Perkara 153 Jawapan: B

5. Dari segi budaya, masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka telah mengalami proses _________ dengan masyarakat tempatan. A. Asimilasi B. Amalgamasi C. Naturalisasi D. Integrasi Jawapan: A

6. Menurut ajaran Islam, tujuan utama manusia diciptakan berbangsa-bangsa adalah A. Untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain B. Mencari apakah kelemahan bangsa lain C. Membentuk ukuwah D. Berbaik-baik di antara satu sama lain

Jawapan: A

7. Kesan kedatangan bangsa asing ke negara ini adalah seperti berikut KECUALI A. Sekolah pelbagai aliran B. Bahasa yang berlainan C. Pertumbuhan pekan-pekan kecil D. Kegiatan ekonomi yang berlainan Jawapan: C

8. Kadazan, Dusun,Bajau. Ketiga-tiga sukudi atas adalah suku kaum yang terdapat di A. Sabah B. Sarawak C. Orang asli D. Wilayah Persekutuan Jawapan: A

9. Berikut merupakan faktor mengapakah buruh-buruh daripada China dan India berminat untuk datang bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu KECUALI

A. Ketidakstabilan politik di negara asal B. Pertambahan penduduk dan kekurangan makanan C. Galakkan daripada Sultan D. Kekurangan pekerjaan di negara asal Jawapan: C

10. Orang Cina yang bekerja di ladang gambir di Tanah Melayu di bawa masuk melalui sistem

A. Sistem Ahli B. Sistem Kangcu C. Sistem Kangani D. Sistem Kad Jawapan: B 11. Pilih kenyataan yang SALAH

A. Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu telah berlaku sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. B. Sebelum penjajahan British, kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu adalah bermotifkan perdagangan sahaja. C. Kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu semasa penjajahan British telah memberikan kesan kepada pembangunan ekonomi Tanah Melayu. D. Bangsa asing datang untuk menyebarkan agama dan budaya mereka. Jawapan: D

12. Pendidikan awal secara tidak formal bagi masyarakat Melayu yang terkenal sebelum kemerdekaan adalah A. Sekolah Rakyat B. Sekolah Agama Rakyat C. Sekolah Agama D. Sekolah Pondok Jawapan: D 13. Ciri-ciri pendidikan Melayu di zaman penjajahan British adalah seperti berikut KECUALI A. Struktur bangunan yang tidak sempurna hanya beratapkan rumbia dan lantai tanah B. Tidak ada pendidikan Inggeris di sekolah Melayu

C. Sekolah Melayu setakat sekolah rendah sahaja D. Sekolah Melayu dibiayai oleh guru-guru agama Jawapan: D 14. “Hanya wujud satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun, ia ditentang oleh orang Cina dan Melayu yang merasakan ia boleh membunuh bahasa ibunda masing-masing.” Kenyataan di atas berkaitan dengan salah satu laporan pendidikan sebelum merdeka. Laporan tersebut adalah A. Laporan Barnes B. Laporan Rahman Talib C. Laporan Razak D. Laporan Kabinet Jawapan: A 15. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu yang didirikan oleh pihak British dan ia terbuka kepada semua kaum di Tanah Melayu adalah A. Free School B. Penang Free School C. King Edward School D. Raffles College Jawapan: B 16. Masyarakat Melayu terkebelakang dalam bidang pendidikan yang disediakan oleh penjajah British pada peringkat awal kerana

i. Takut anak-anak mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian ii. Minda masyarakat Melayu yang masih belum terbuka iii. Masyarakat Melayu masih tidak tahu kepentingan pendidikan iv. Sekolah jauh dari tempat tinggal

A. i dan ii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas

17. Antara isi kandungan Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai perkara-perkara berikut iaitu: i. Berilmu ii. Berakhlak Mulia iii. Bertanggungjawab iv. Berketrampilan

A.

i dan ii

B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas

Jawapan: D 18. Di bawah sistem pendidikan kebangsaan, sekolah-sekolah seperti sekolah berasrama, sekolah khas, dan sekolah sukan adalah terletak di bawah kategori A. Sekolah Khas

B. Sekolah Menengah C. Sekolah Lepasan Menengah D. Sekolah Jenis Kebangsaan Jawapan: C 19. Objektif pelaksanaan J-Qaf di sekolah rendah adalah untuk A. Membolehkan pelajar menguasai bahasa Arab B. Membolehkan pelajar menguasai Al-Quran, bahasa Arab, Jawi dan Fardu Ain C. Untuk kanak-kanak Islam mempelajari Islam D. Untuk mempelajari asas-asas bahasa Arab Jawapan: B 20. Antara cirri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan perlu bertunjangkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Ini membawa maksud berikut KECUALI A. Untuk membentuk manusia yang seimbang rohani dan jasmani B. Untuk melahirkan manusia yang berakhlak mulia C. Semua tindakan berlandaskan ajaran agama D. Memupuk rasa bangga pada diri sendiri Jawapan: D

21. Berikut merupakan ciri-ciri sekolah pondok sebelum penjajahan British KECUALI A. Terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak B. Mengajarkan ilmu-ilmu agama C. Menyediakan pendidikan sains dan matematik

D. Dijalankan di madrasah-madrasah dan bangunan yang dibina sendiri Jawapan: C

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF