Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

December 21, 2016 | Author: Izzwandy | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan...

Description

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Bahagian A: Soalan Objektif (40 markah) Arahan: Jawab semua soalan

1.

Kadazan

Murut

Bajau

Merujuk kepada jadual di atas, apakah nama negeri yang terdiri daripada ketiga-tiga etnik tersebut? A. B. C. D. 2.

Sabah. Sarawak. Negeri Sembilan. Kedah.

“Pemisahan kelompok ras secara paksa merupakan bentuk pelembagaan diskriminasi yang diterapkan dalam struktur sosial, contoh yang paling terkenal adalah Dasar Apertheid yang pernah diberlakukan di Afrika Selatan”. Apakah istilah hubungan etnik yang sesuai dengan dasar di atas? A. B. C. D.

Segregrasi. Defusi. Autokrasi. Amalgamasi.

Masyarakat Cina Tionghua Kelantan tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling

3.

mereka adalah orang-orang melayu beragama Islam. Kesenian dan kebudayaan tempatan diterima seterusnya mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka.

Apakah istilah yang sesuai bagi menjelaskan penyataan berkaitan di atas? A. B. C. D.

Asimilasi. Akulturasi. Segregrasi. Amalgamasi.

Halaman 1 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

4.

Formula X: Ai + B + C

=

Ai + Bi + Ci

Formula X di atas merupakan satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti. Apakah istilah proses perpaduan yang sesuai dengan formula X di atas? A. B. C. D.

Alkuturasi. Amalgamasi. Segregrasi Akomodasi.

Kaki kurus

5.

Rambut kerinting

Mata besar

Bibir tebal

Kulit hitam

Badan tinggi

Ras boleh di takrifkan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal. Apakah kategori ras yang sesuai dengan ciri-ciri di atas? A. B. C. D. 6.

Caucasoid. Negroid. Mongoloid. Austroloid.

Terdapat beberapa aspek yang membawa kepada pembentukan masyarakat plural di Melaka terbentuk secara semula jadi, antara orang tempatan dan pedagang-pedagang asing. Apakah aspek-aspek tersebut? I. Pemerintahan dengan diplomasi dan terbuka. II. Perdagangan melalui pelabuhan yang cekap. III. Corak kependudukan di Melaka. IV. Kepelbagaian budaya di Melaka. A. B. C. D.

I dan II. I, II dan III. II, III dan IV. Semua di Atas.

Halaman 2 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

7.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan intergrasi. Siapakah Perdana Menteri yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar ini? A. B. C. D.

8.

Dasar Penswastaan mula diperkenalkan pada tahun 1983, melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan milik kerajaan kepada swasta. Berikut yang manakah benar mengenai tujuan dasar tersebut? I. II. III. IV. A. B. C. D.

9.

Tun Hussein bin Dato' Onn. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awan. Membantu pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru. I dan II. I, II dan III. II, III dan IV. Semua di Atas.

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang.

Apakah yang di maksudkan dengan konsep ketertinggian perlembagaan? A. Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan. B. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan persekutuan dan perlembagaan kerajaan negeri. C. Rakyat asing yang tinggal dalam Malaysia mesti mematuhi perlembagaan. D. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan tertinggi di nusantara.

Halaman 3 daripada 12

dalam

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

10. Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Apakah parti utama yang menganggotai Parti perikatan? A. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC). B. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). C. Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). D. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA). 11. Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganutnya adalah terdiri daripada etnik Cina. Apakah Mazhab agama Buddha yang di pegang oleh mereka di Malaysia? A. B. C. D.

Theravada Veda Mahayana Ramayana

12. Kitab Veda adalah yang terbesar malah dianggap sebagai ensiklopedia agama Hindu. Kitab ini mengandungi cerita pelbagai aspek kehidupan pada masa lampau. Manakah yang benar mengenai empat jenis kitab Veda? I. II. III. IV.

Rig Veda. Yajur Veda. Sams Veda. Athar Veda.

A. B. C. D.

I dan II. I, II dan III. II, III dan IV. Semua di Atas.

13. Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Murugan". Murugan turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya, Karthikeya dan Shanmuga. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender Hindu, dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Di Malaysia, di manakah sambutan Thaipusam secara besar-besaran di buat pada setiap tahun? A. B. C. D.

Batu Caves, Selangor. Batu Berendam, Melaka. Batu Maung, Pulau Pinang. Batu Kurau, Perak.

Halaman 4 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

14. “Seseorang lelaki bertindak menghina institusi beraja secara melampau melalui akaun facebook. Selepas itu, lelaki itu di tangkap oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah” Apakah Prinsip Rukun Negara yang gagal dipatuhi dan dihayati oleh lelaki tersebut? A. B. C. D.

Kepercayaan Kepada Tuhan. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Udang-Undang.

15. Hari Raya Aidilfitri disambut pada setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Mengikut kalendar Islam, pada bulan apakah perayaan ini disambut? A. B. C. D.

Ramadhan. Zulkaedah. Syawal. Safar.

16. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Berapakah lingkungan umur calon-calon PLKN? A. B. C. D.

17 tahun ke atas. 12 tahun ke atas. 15 tahun ke atas. 20 tahun.

17. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) adalah satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di Tanah Melayu ketika dulu. Apakah pekerjaan Masyarakat Melayu semasa dasar ini di laksanakan? A. B. C. D.

Petani dan Nelayan. Peladang. Pelombong. Penjaja makanan.

Halaman 5 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

18. Komuniti Melayu di bentuk bersesuian dengan sistem nilai dan adat Melayu. Begitu juga dengan sistem pendidikan awal ketika itu secara tidak formal seperti Sekolah Pondok. Apakah bahasa pengantar Sekolah Pondok pada zaman ketika itu? A. B. C. D.

Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Bahasa Dialek dan Bahasa Arab. Bahasa Cina dan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

19. Kelantan adalah sebuah negeri pantai timur yang di kuasai oleh parti pembangkang sejak dari tahun 1990 sehingga sekarang. Apakah nama parti pembangkang yang menguasia negeri Kelantan? A. B. C. D.

Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Parti Tindakan Demokratik (DAP). Parti Amanah Negara (AMANAH).

20. Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan Hainan. Etnik masyarakat cina manakah majoriti di Pulau Pinang? A. Teochew. B. Hainan C. Kantonis D. Hokkien

Halaman 6 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Bahagian B: Soalan Struktur (Jawab Semua Soalan) (40 Markah)

1. Senaraikan LIMA [5] kesan kejatuhan ekonomi terhadap keharmonian dan sosiopolitik sesebuah negara. (10 Markah) 2. Berikan EMPAT [4] Unsur Tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Hasutan. (8 Markah) 3. Senaraikan DUA [2] perlembagaan awal Melaka yang menjamin keharmonian kota dan keselamatan laut Melaka. (4 Markah) 4. Nyatakan LIMA [5] kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). (10 Markah) 5. Senaraikan EMPAT [4] dasar-dasar pembangunan negara. (8 Markah)

Halaman 7 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Bahagian C: Soalan Esei (Jawab Satu Daripada Dua Soalan) (20 Markah)

1. Huraikan kebaikan perkahwinan campur (Amalgamasi) kepada masyarakat berbilang kaum di negara kita. (20 markah) 2. Huraikan kebaikan pantang larang yang di amalkan oleh pelbagai etnik di negara kita. (20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Halaman 8 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Skema Pemarkahan Peperiksaan Akhir Semester Bahagian A: Soalan Objektif (20 x 2 = 40 markah) E. F. G. H. I. J. K. L. M. N. O. P. Q. R. S. T. U. V. W. X.

A A A A B D D D A A C D A B C A A A B D

Halaman 9 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Bahagian B: Soalan Struktur (40 markah) Soalan 1  Pengangguran berlaku akibat ketiadaan peluang pekerjaan.  Pelabur semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka terpaksa melabur di negara lain.  Nilai mata wang juga turut jatuh.  Kesejahteraan rakyat terganggu akibat tekanan kewangan.  Mana-mana jawapan yang relevan. (5 isi x 2 markah = 10 markah) Soalan 2  Bahasa Kebangsaan.  Agama persekutuan.  Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.  Pemerintahan beraja. (4 isi x 2 markah = 8 markah) Soalan 3  Hukum Kanun Melaka.  Undang-undang Laut Melaka. (2 isi x 2 markah = 4 markah) Soalan 4  Dapat menyemai nilai-nilai patriotik kalangan remaja.  Sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.  Melibatkan pelbagai kaum dan memperkukuhkan integrasi nasional.  Memupuk generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara.  Mana-mana jawapan yang relevan. (5 isi x 2 markah = 10 markah) Soalan 5  DASAR EKONOMI BARU  DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL  DASAR WAWASAN NASIONAL  MODEL EKONOMI BARU  DASAR PERINDUSTRIAN  DASAR PENSWASTAAN  DASAR PERTANIAN *Mana-mana empat dasar pembangunan negara. (4 isi x 2 markah = 8 markah) Halaman 10 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Bahagian C: Soalan Esei (20 markah) Soalan 1 Perkahwinan Campur (Amalgamasi) Pendahuluan: (2 Markah) Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Perkahwinan campur antara masyarakat akan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Isi: (4 isi× 4 markah = 16 markah)  Perkahwinan campur akan melahirkan anak yang bijak hasil gabungan genetik oleh ibubapa.  Penggabungan dua budaya ini membolehkan mereka mempelajari pelbagai aspek baru.  Kemeriahan dalam meraikan setiap perayaan.  Mana-mana jawapan relevan diterima. (Pelajar perlu menghuraikan setiap isi yang diberikan dan memberikan contoh yang berkaitan) Penutup: (2 Markah) Pihak keluarga dan masyarakat harus menerima dan bertolak ansur dalam perkahwinan campur untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara kita

Halaman 11 daripada 12

MPU 3113 Hubungan Etnik Peperiksaan Akhir Semester

Soalan 2 Pantang Larang Pendahuluan: (2 Markah) Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Isi: (4 isi×4 markah= 16 markah)  Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda.  Pantang larang dapat menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan seharian contohnya berkaitan nilai Moral.  pantang larang juga adalah bertujuan menjaga kesihatan diri supaya sihat dan cergas.  Mana-mana jawapan relevan diterima.

(Pelajar perlu menghuraikan setiap isi yang diberikan dan memberikan contoh yang berkaitan) Penutup: (2 Markah) Masyarakat berbilang kaum di negara kita mempunyai pelbagai pantang larang termasuklah berkaitan perkahwinan, perayaan dan juga mengandung. Pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum adalah berbeza-beza.

*************

Halaman 12 daripada 12

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF