Contoh penulisan kertas 3

September 11, 2017 | Author: ckg rmy | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

sejarah kertas 3...

Description

Contoh penulisan kertas 3 Tema 8 : Tamadun Islam dan Perkembangannya Tajuk 8.2 : Kerajaan Islam Madinah Contoh soalan : Huraikan bagaimanakah proses pembentukan Negara Madinah oleh Nabi Muhammad SAW menjadi contoh kepada proses pembentukan Negara bangsa Malaysia yang merdeka? 1.0Pengenalan Jelaskan latar belakang pembentukan Piagam Madinah (5 markah)

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah bertulis yang berpandukan wahyu Allah S.W.T. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua Negara dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dengan orang bukan Islam (Yahudi dan Suku Arab Lain). Kandungan piagam ini lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

2.0Kandungan Piagam Madinah Huraikan isi kandungan Piagam Madinah (30 markah)

Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal, iaitu 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka. Manakala 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap Negara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia dan menjadi asas kepada sebuah Negara yang berdaulat. Kandungan piagam ini boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting iaitu politik, social, agama, perundangan, ekonomi, pertahanan dan kedudukan Yahudi.

a. Politik

Dari aspek politik, NabI Muhammad s.a.w berperanan pemimpin kerajaan Madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Baginda juga adalah sebagai ketua hakim dan bertindak menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam berasaskan semangat musyawarah dan keadilan.

b. Agama Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing. Setiap individu mestilah menghormatii agama yang dianuti oleh individu yang lain. Sikap buruk sangka dari segi agama seperti diamalkan sebelumnya dilarang sama sekali. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam supaya memeluk Islam , contohnya, orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka.

c. Sosial Dari segi social, masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Perasaan benci membenci dan mementingkan diri sendiri dielakkan bagi menjaga keharmonian Negara

d. Perundangan Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan. Undang-undang ini menjadikan peraturan dan amalan hidup lebih tersusun dan diterima ramai. Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah bukan bertujuan menzalimi tetapi untuk menginsafkan pesalah dan orang lain. Islam telah menetapkan syarat bahawa perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah berlaku. Sesuatu hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang bersalah dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati.

e. Ekonomi Piagam Madinah menetapkan bahawa tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi. Islam juga melarang riba dan penindasan.

f. Pertahanan Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar. Sikap bertanggungjaawab menjaga Negara amat penting demi kesejahteraan rakyat.

g. Kedudukan Yahudi Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan Yahudi sebagai rakyat Madinah. Mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan. Mereka dibenarkan tinggal di Madinah. Kedudukan mereka terjamin terjamin dan selamat selagi mereka mematuhi Piagam Madinah. .Mereka juga tidak dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru hara. Piagam Madinah yang digubal mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalam sebuah Negara. Dengan itu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.

3.0Kepentingan Piagam Madinah Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan tamadun Islam (15 markah)

Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. Kerajaan ini dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Nabi Muhammad s.a.w Berjaya mengatur sebuah pemerintahan lengkap iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dunia dan akhirat.

Berasaskan Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. Nilai hidup yang ditanam adalah berasaskan semangat ukhuwah Islamiah. Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama, dengan itu konsep keadilan telah dipraktikkan di Madinah. Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam. Tiada lagi perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat. Amalan dan sifat positif yang dipraktikkan oleh Negara Madinah oleh kepimpinan

Nabi Muhammad s.a.w seperti semangat perpaduan, bantu-membantu, dan rela berkorban tentu boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini. Masyarakat Madinah terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah Negara yang undang-undang yang lengkap dan sempurna. Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil. Pembentukan perundangan yang sesuai dalam sebuah Negara boleh diikuti oleh kesemua masyarakat. Piagam Madinah juga Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik. Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan. Orang Yahudi, misalnya, tidak boleh menindas kaum Arab yang lain. Kesemua bangsa ada hak dalam Negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang panduan masyarakat. Mereka bertanggungjawab mempertahankan keselamatan Negara Madinah daripada serangan luar. Kerjasama daripada semua masyarakat, menyebabkan Madinah menjadi kuat dan disegani Negara luar di sekitarnya dan di Semenanjung Tanah Arab.

4.0Kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum.

(15 markah)

Kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam Negara kita untuk menjamin perpaduan kaum. Ini adalah kerana setiap kaum dalam kerajaan Madinah yang berasaskan Piagam Madinah adalah sama rata tarafnya. Setiap kaum bertanggungjawab mempertahankan Negara dan menjaga keamanan Negara. Jika Piagam Madinah diamalkan, keadilan social dapat diwujudkan. Keadaan ini mewujudkan persefahaman dan perasaan sanggup bantu membantu. Selain itu, kandungan dari Piagam Madinah juga menekankan pelaksaan undang-undang yang adil. Perundangan yang lengkap dan adil ini akan membawa kepada kehidupan masyarakat yang lebih sistematik terutama bagi Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Selain itu, dalam bidang ekonomi, amalan jujur dalam perniagaan ditekankan. Jika amalan ini diterapkan akan lahir masyarakat Malaysia yang sentiasa mematuhi peraturan dan bekerjsama antara satu sama lain. Amalan seperti bersedekah , menjauhi riba dan penindasan akan membantu meningkatkan ekonomi Negara.

Kandungan Piagam Madinah sesuai dipraktikkan dalam negera kita kerana pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran akan melahirkan kepimpinan yang adil, jujur dan amanah, masyarakat yang bersatu padu serta meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi. Keadaan ini akan melahirkan masyarakat yang sentiasa menghormati budaya dan agama bangsa lain. Seterusnya menjamin keamanan di mana lahir semangat ukhuwah Islamiah serta tidak mementingkan diri sendiri. Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Piagam Madinah membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan. Maka akan lahirlah masyarakat Malaysia yang dapat meraikan semua perayaan kaum di Negara ini dalam suasana yang aman, harmoni, serta saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengenal batas agama dan budaya.

5.0 Manfaat warganegara Malaysia apabila mematuhi perundangan Negara . markah)

(10

Sekiranya warganegara Malaysia mematuhi perundangan Negara, banyak manfaat yang akan diperoleh. Warganegara yang mematuhi perudangan Negara merupaka warganegara yang setia. Keadaan ini akan mewujudkan perasaan hormat menghormati dalam kalangan rakyat. Seterusnya akan mewujudkan perpaduan kaum. Situasi ini akan melahirkan kehidupan yang lebih harmoni dan keamanan Negara akan terjamin. Selain itu kejadian jenayah juga dapat dikurangkan. Malahan pembangunan Negara dan pembangunan ekonomi akan berjalan lancar. Situasi ini akan menyumbang kepada pengekalan kedaulatan Negara dan pentadbiran Negara akan berjalan lancar

6.0 Langkah-langkah bagi (10 markah)

melahirkan warganegara yang setia kepada Negara.

Banyak langkah yang diambil untuk melahirkan warganegara yang setia kepada Negara. Mata pelajaran Sejarah dan Sivik dan Kewarganegaraan turut menyumbang kepada melahirkan warganegara yang setia kerana melalui proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan ditanamkan dengan semangat cintak akan Negara. Selain itu konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan turut menekan semangat perpaduan dan cinta akan Negara. Semangat setia Negara juga dipupuk melalui lagu kebangsaan kita iatu ‘Negaraku’ yang dinyanyikan

pada setiap kali perhimpunan. Keadaan ini akan melahirkan rasa cinta terhadap Negara. Media massa memainkan peranan yang penting menyiarkan kempenkempen cinta akan Negara dan semangat setia Negara serta memaparkan drama atau filem tentang pejuang-pejuang kemerdekaan. Pelajar-pelajar juga boleh dipupuk semangat setia Negara melalui kegiatan kokurikulum seperti aktivti bulan kemerdekaan, minggu bahasa dan lain=lain lagi. Malahan program Latihan Khidmat Negara juga menyumbang ke arah memupuk semangat setia Negara melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.0Penerapan nilai-nilai murni /patriotime/iktibar yang perlu ada pada diri pelajar dalam mendaulatkan Perlembagaan Malaysia. (10 markah)

Sebagai warganegara Malaysia yang sentiasa mendaulatkan Perlembagaan Malaysia, pelajar perlu mempunyai sikap hormat menghormati antara satu sama lain terutamanya dengan pelajar yang berlainan bangsa supaya terjalin keharmonian dan perpaduan bangsa. Sikap seperti ini akan melahirkan sikap bertolak ansur kerana sikap ini penting dalam menjamin perpaduan kaum. selain itu pelajar juga perlu mempunyai sikap seperti bekerjasama dan tolong menolong supaya tidak ada perasaan hasad dengki . Malahan pelajar juga perlu mempunyai semangat cinta akan Negara dan sanggup berkorban untuk Negara. Nilai-nilai seperti ini perlu ada untuk menjamin kesentosaan Negara dan seterusnya mendaulatkan perlembagaan Negara. Di samping itu, sikap berdikari juga perlu ada dalam diri pelajar supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan sentiasa berusaha untuk kejayaan. Malahan pelajar juga perlu mempunyai sikap seperti sabar dan tidak mudah melenting serta bertindak secara rasional. Dalam usaha mendaulatkan perlembagaan Negara, pelajar perlu mematuhi undang-undang Negara dan sentiasa menjaga nama Negara agar tidak tercemar pada mata dunia.

8.0Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh ialah beberapa cirri Kerajaan Madinah sebenarnya terdapat di Negara kita terutamanya dari segi rakyat yang berbilang kaum. Keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai yang terdapat dalam kerajaan Madinah dan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w membolehkan keharmonian dan kesejateraan masyarakat terus berkekalan.

Amalan seperti semangat perpaduan, bantu membantu dan rela berkorban boleh dipupuk dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Saya berharap pelajar-pelajar juga perlu dipupuk dengan nilai-nilai tersebut sejak di peringkat sekolah rendah supaya menjadi amalan dan kebiasaan dan seterusnya Negara kita aman dan damai. Selain itu, diharapkan perlembagaan Malaysia terus dihormati dan dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat untuk melahirkansebuah Negara yang maju, aman dan makmur

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi. Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Bincangkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang menjadi asas pembentukan kerajaan Islam di Madinah dan kaitannya dengan Malaysia hari ini. 1.0 PENGENALAN (5 markah) Ceritakan latar belakang dan konsep hijrah Nabi Muhammad SAW • •

Murid perlu menceritakan latar belakang dan konsep hijrah. Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 119

2. MEMAHAMI (30 markah) Terangkan tentang perkara berikut : • Sebab-sebab dan tujuan hijrah Nabi Muhammad SAW (15 markah) • Kepentingan peristiwa hijrah (15 markah) o o

Murid perlu menerangkan tentang sebab, tujuan dan kepentingan hijrah. Rujuk buku teks SejarahTingkatan 4 halaman 119 – 124

3. MENGANALISIS (15 markah) Terangkan penubuhan kerajaan Islam di Madinah melalui pembentukan Piagam Madinah • Murid perlu menerangkan tentang pembentukan Piagam Madinah daripada aspek kandungan dan kepentingan. • Rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 4 halaman 124 – 129 4. MENGAPLIKASI (15 markah)

Bagaimanakah semangat hijrah boleh diaplikasikan untuk memajukan masyarakat Malaysia hari ini ? Semangat hijrah boleh mendorong kemajuan masyarakat di Malaysia pada hari ini melalui nilai sanggup berkorban seperti orang Islam Makkah yang berkorban meninggalkan kehidupan mereka di Makkah. Murid misalnya perlu berkorban masa dan tenaga demi mengejar masa depan lebih baik. Selain itu , hijrah juga menunjukkan kepada kita pentingnya menyusun strategi yang betul untuk mencapai kejayaan. Seorang murid misalnya, perlu berusaha bersungguhsungguh untuk belajar dan merancang demi masa depan yang gemilang. Peristiwa hijrah juga mendidik kita supaya sentiasa berusaha untuk berubah sentiasa

bersiap-sedia dan bersikap terbuka menerima perubahan supaya kita tidak ketinggalan dan sesuai dengan perkembangan semasa seperti dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat. Seterusnya, peristiwa hijrah juga mengajar kita perlu sentiasa bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain. Bagi memajukan ekonomi misalnya, seluruh masyarakat perlu berganding bahu bagi memastikan kemajuan Malaysia dapat dicapai. Kita juga mesti berani menghadapi cabaran. Nilai ini dapat dilihat melalui peristiwa hijrah yang mana Nabi Muhammad SAW dan umat Islam menghadapi pelbagai cabaran. Masyarakat Malaysia perlu berani menghadapi cabaran ke arah menjayakan Wawasan 2020. Kita juga mesti sentiasa berpegang kepada ajaran agama. Ini membolehkan kita hidup aman damai walaupun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni mampu membentuk keharmonian negara. Peristiwa hijrah juga memberi pengajaran kepada kita pentingnya aspek perpaduan. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, aspek perpaduan amat penting kerana tanpa perpaduan, kesejahteraan negara akan hancur. Seterusnya memberi impak kepada kemajuan negara. Peristiwa hijrah juga membuktikan kebijaksanaan pemimpin memainkan peranan penting ke arah kegemilangan negara. Kewibawaan tokoh-tokoh pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir bin Mohammad terbukti telah membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan meningkatkan imej negara di persada dunia. 5. MENILAI (10 markah)

Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara menjadi agenda penting pemimpin negara. Buktikan. Antara nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam pentadbiran negara ialah Amanah , Tanggungjawab , Ikhlas, Dedikasi Sederhana, Tekun, Bersih, Berdisiplin, Bekerjasama, Berbudi, dan Mulia Bersyukur Bukti : Nilai-nilai Islam tersebut diterapkan dalam agensi dan slogan : • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) • Piagam Pelanggan jabatan kerajaan • Mahkamah Syariah • Perbankan Islam • Kepimpinan Melalui Teladan Bersih, Cekap dan Amanah • Wawasan 2020 • Dasar Pembangunan Modal Insan • Dasar Pandang ke Timur

6. MENJANA IDEA (10 markah)

Perpaduan merupakan cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020. Cadangkan langkah-langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia. Antara langkah bagi memantapkan perpaduan di Malaysia ialah melalui aktiviti kokurikulum. Sukan contohnya dapat memantapkan perpaduan melalui penglibatan semua kaum dalam acara-acara yang dipertandingkan seperti dalam Kejohanan Peringkat MSSM atau pun Sukan Malaysia (SUKMA). Selain itu, pendidikan juga berperanan sebagai medium memantapkan perpaduan. sekolah kebangsaan dan Sekolah Wawasan perlu diperkasakan kerana sekolah–sekolah ini menjadi tumpuan semua kaum. Penggunaan kurikulum yang sama di peringkat sekolah dapat menyatukan pelbagai kaum di negara kita. Masyarakat juga berperanan dalam mengukuhkan perpaduan negara. Aktivitiaktiviti kemasyarakatan perlu dirancang dan dilaksanakan dengan jaya. Program-program seperti gotong-royong perdana, ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan rukun tetangga akan dapat meningkatkan rasa saling memerlukan dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Kerajaan juga perlu melaksanakan pelbagai dasar yang menjurus ke arah memantapkan perpaduan rakyat. Kempen-kempen melalui media massa, pelaksanaan konsep 1Malaysia dan pengamalan prinsip Rukun Negara yang mantap perlu dilaksanakan demi mengukuhkan perpaduan. 7. IKTIBAR (10 markah)

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah penuh dengan nilai-nilai murni, iktibar dan unsur patriotismenya. Nyatakan unsur-unsur tersebut yang dapat membawa masyarakat dan negara kita ke mercu kegemilangan. Antara nilai yang boleh dicontohi ialah • Semangat setia kawan • Kepatuhan kepada pemimpin • Sedia berkorban • Sikap tidak putus asa • Bersikap terbuka/rasional • Kebijaksanaan pemimpin/pemimpin berwibawa • Mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara • Bersatu padu Berusaha dan • bertawakal kepada Allah SWT. 8. MERUMUS (5 markah)

Rumuskan tentang pembentukan kerajaan Islam di Madinah daripada aspek pengetahuan yang diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Antara rumusan yang boleh dibuat ialah pembentukan kerajaan Islam di Madinah membuktikan bahawa corak pentadbiran berlandaskan Islam mampu membawa negara ke mercu kegemilangan. Peristiwa hijrah mengajar kita bahawa tiada sesuatu yang boleh diperoleh dengan mudah. Setiap kejayaan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Kecemerlangan dalam pendidikan misalnya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa. Masyarakat perlu menunjukkan komitmen dan meningkatkan perpaduan untuk menjamin kejayaan Malaysia. Adalah menjadi harapan, kemajuan negara dapat terus dipacu terutamanya untuk merealisasikan Wawasan 2020. Kejayaan negara juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang bijaksana dan berwibawa. (sumber: bulletin sejarah kpm)

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF