Contoh Pendahuluan Dan Penutup Karangan Yang Menarik

November 5, 2017 | Author: Cikgu Osman bin Zaini | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

BM...

Description

Cikguosmanzaini_bm_upsr_pt3_spm CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK. (Untuk penutup gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam, Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya ) Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besarbesaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Cikguosmanzaini_bm_upsr_pt3_spm Soalan Contoh 2 Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. Bahagian A) Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ? Perenggan Penutup Contoh 2 Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

ISU: SEJARAH TANAH AIR Contoh Pendahuluan Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air?

Cikguosmanzaini_bm_upsr_pt3_spm Contoh Penutup Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni. ISU: GEJALA SOSIAL Contoh Pendahuluan Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategistrategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ? Contoh Penutup Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF