Contoh Laporan Pertanian
October 2, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Contoh Laporan Pertanian...
Description
1.0 PENGENALAN Tanah oh tanah Tiap hari kau ku pijak-pijak Tapi kau tidak pernah mengeluh Tanaman tumbuh kerana tanah Dan kerana tanahlah kita bisa hidup Sedarsawarsa ini, menelusuri era pembangunan dan pemodenan teknologi negara sama ada kita sedar mahupun tidak kita harus mengakui bahawa sektor pertanian merupakan sektor terpenting di negara kita. Sajak diatas telah menggambarkan betapa besarnya jasa tanah kepada kita dan juga sektor pertanian. Kepentingan wujudnya sektor pertanian ini dapat dilihat daripada pelbagai kejayaan yang telah dicapai negara dalam sektor ini yang menjadikan Malaysia sebagai pengeluar komoditi utama dunia (Norhayati Mat Zain, 2013). Antara komoditi yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah getah, kelapa sawit dan koko. Selain itu, Malaysia juga telah memperkenalkan teknologi pertanian seperti hidroponik dan fertigasi yang mana telah menjadikan pertanian di Malaysia sebagai suatu industri, pusat pengeluaran herba dan secara tidak langsung telah mempelopori hub halal dunia. Kepentingan wujudnya sektor pertanian ini juga boleh dilihat melalui kewujudan agensi-agensi penyelidikan seperti MARDI dan juga RISDA yang sentiasa melakukan penyelidikan terhadap kaedah penanaman yang paling sesuai bagi sesuatu tanaman, inovasi teknologi pertanian masa kini dan banyak lagi penyelidikan mengenai pertanian yang telah dijalankan oleh agensi ini. Di samping itu, Malaysia juga telah menubuhkan agensi yang menguruskan pembangunan sektor pertanian seperti FELDA dan juga FELCRA dan turut menubuhkan agensi yang dikhaskan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pemasaran seperti FAMA (Norhayati Mat Zain, 2013). Kewujudan agensi-agensi ini adalah bagi memastikan kemajuan terhadap sektor pertanian terus berkembang maju mengikut kepada peredaran masa bagi membolehkan Malaysia terus bersaing dengan negara-negara pengeksport hasil tani yang lain. Jika kita memandang kepada sektor pertanian di Vietnam pula, kewujudan sektor pertanian di Vietnam telah menjadikan negara ini sebagai pengeksport beras kedua atau ketiga terbesar di dunia. Manakala, tanaman sampingan lain pula ialah merangkumi kepada kopi, kapas, kacang tanah, getah, tebu dan juga teh. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada kira-kira 60 peratus daripada tenaga kerja yang berada di Vietnam telah melibatkan
1
diri di dalam bidang pertanian, perhutanan dan juga perikanan. Malah, produk pertanian negara ini telah menyumbang sebanyak 30 peratus daripada julah eksport pada tahun 2005. Jika kita lihat aspek pertanian daripada kedua-dua negara tersebut, kita akan mendapati bahawa Malaysia dan juga Vietnam merupakan negara yang menjadikan sektor pertanian sebagai sektor terpenting bagi menjamin kelangsungan hidup dan juga ekonomi negara. Namun, wujud beberapa perbezaan dari segi pengurusan, kaedah penanaman, hasil pertanian dan sebagainya di antara kedua-dua negara yang menuntut untuk dikaji dan dihuraikan secara ringkas dan padat. Oleh itu, penulisan kali ini akan menerangkan mengenai Yayasan Sukaelawan Siswa (YSS) dan juga Green Summer Volunteer Campaign 2016 (GSVC) lantaran kedua-dua organisasi inilah merupakan organisasi penting dalam penganjuran YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign 2016. Seterusnya, penulisan ini juga akan menerangkan perihal kawasan pemerhatian atau kawasan misi berjalan dan kemudiannya penulisan ini menfokuskan kepada penerangan kronologi revolusi sektor pertanian Malaysia dan juga Vietnam secara ringkas. Selepas itu, penulisan kali ini juga akan membuat perbandingan terhadap sektor pertanian berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di kawasan misi sepanjang misi kesukarelawanan YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign 2016 da juga misi sukarelawan sukarelawan YSS-ASEAN di Menanam, Telupid Telupid Sabah. Seterusnya, Seterusnya, penulisan kali ini juga akan membuat rumusan secara holistik dan ringkas mengenai hasil dapatan pemerhatian yang dijalankan di Vietnam dan Malaysia.
2.0 YAYASAN SUKARELAWAN SISWA DAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merupakan satu organisasi sukarelawan hak milik penuh Kementerian Pendidikan Tinggi. YSS telah diterajui oleh Dato’ Zuraidah Atan sebagai pengerusi bagi organisasi tersebut dan dibantu oleh beberapa ahli lembaga pengarah. Yayasan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2012 dan kini semakin melebarkan sayapnya bukan sahaja di negara-negara ASEAN. Malah, yayasan ini juga mula menembusi peluang mengadakan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan di negara-negara eropah. Misi YSS-ASEAN yang dijalankan di Kampung Menanam, Telupid Sabah pada tahun 2015 telah dipilih menjadi lokasi pemerhatian bagi mewakili Malaysia dalam penulisan kali ini. Hal ini demikian, daerah ini merupakan salah satu daerah yang dikenali kerana hasil tanamannya. Malah, sektor pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk di daerah ini. Misi yang dijalankan di Kampung Menanam ini telah memakan masa selama 16 hari dan
2
disertai oleh 7 orang alumni dan 14 orang sukarelawan yang mana seorang daripada jumlah tersebut terdiri daripada mahasiswa daripada Laos.
Foto 1 : Para sukarelawan YSS bagi misi YSS-ASEAN di Telupid, Sabah 2015 Manakala, ‘Green Summer Volunteer Campaign (GSVC)’ pula merupakan acara tahunan yang telah dijalankan di Vietnam selama 23 tahun. Pemerhatian bagi penulisan ini telah dijalankan sepanjang tahun ke 23 GSVC dijalankan di Vietnam. GSVC untuk kali ke 23 ini telah dirasmikan di ibu pejabat Youth Union yang mana Youth Union ini merupakan organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan dan menguruskan GSVC setiap tahun. Tema yang dipilih bagi GSVC tahun ini ialah ‘Youth join hands in building new style rural areas and civilized urban areas’ yang membawa maksud campur tangan atau kerjasama daripada golongan belia dalam membina satu suasana atau trend baharu bagi kawasankawasan sama ada luar bandar, pinggir bandar mahupun kawasan bandar. GSVC merupakan satu acara penting di Vietnam yang mana sepanjang GSVC berlangsung, mahasiswa yang menuntut di universiti, murid-murid sekolah rendah hingga sekolah tinggi serta pekerja daripada semua badan kerajaan akan diarahkan mengambil cuti dan turun padang menjalankan apa-apa aktiviti kesukarelawanan mengikut kepada tempat dan projek yang perlu dilaksanakan. dilaksanakan.
3
Bagi GSVC untuk kali ke 23 ini, lebih daripada 100,000 sukarelawan daripada negara Vietnam sendiri sendir i telah turun padang dan menyertai GSVC dengan diikuti 50 orang sukarelawan terpilih mewakili Malaysia bagi GSVC tahun 2016. Ini sekaligus menjadikan GSVC 2016 sebagai GSVC keempat yang disertai oleh Malaysia dan menjadikan tahun 2016 sebagai tahun ke-5 kerjasama antara YSS (Malaysia) bersama Ho Chi Minh Yuth Union (HCMCYU).
Foto 2 : 50 orang sukarelawan YSS yang mewakili Malaysia bersama Dato’ Da to’ Zuraidah Atan dan ahli lembaga pengarah YSS
3.0 LOKASI MISI
Vietnam Daerah Cu Chi Dinamakan Cu Chi bersempena nama sebatang pokok yang terdapat di daerah tersebut yang menjadi tempat para askar negara berehat setelah penat pulang daripada peperangan. Daerah ini mempunyai satu bandar utama dan memiliki 20 komun. Daerah ini terkenal dengan terowong Cu Chi yang merupakan sebab terpenting dalam kemenangan Vietnam dalam peperangan menentang Amerika Syarikat dan memperoleh kemerdekaan
Merupakan kawasan utara Rajah 1 : Pengenalan mengenai daerah Cu Chi 4
barat
pinggir
Pemerhatian yang dijalankan bagi penulisan kali ini telah dijalankan di daerah Cu Chi bagi mewakili negara Vietnam. Pemerhatian telah merangkumi selama 38 hari misi sukarelawan GSVC dijalankan di daerah ini. Lokasi pemerhatian atau lokasi misi yang lebih spesifik ialah di Tan Thong Hoi komun iaitu salah satu daripada 20 komun yang terdapat di daerah Cu Chi.
Rajah 2 : Lokasi misi iaitu di Tan Thong Hoi Komun
Tan Thong Hoi komun mempunyai populasi penduduk seramai 37,325 orang yang mewakili sebanyak 9440 buah rumah dan merangkumi kepada 4 kawasan urban dan 6 kawasan pinggir bandar (Wikipedia, 2016 ). ). Tambahan lagi, keluasan tanah Tan Thong Hoi komun telah merangkumi 4.11% daerah Cu Chi yang mana dengan keluasan tanah sebanyak 1,781.47 hektar.
Malaysia Daerah Telupid atau Beluran
Merupakan daerah yang terletak di bahagian tengah Sabah
Terkenal sebagai pengeluar beras bario
Rajah 3 : Pengenalan daerah Telupid 5
Manakala, daerah Telupid telah dipilih sebagai kawasan pemerhatian bagi mewakili negara Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan di Teupid ini telah dijalankan semasa mengikuti misi sukarelawan YSS-ASEAN di Menanam, Telupid Sabah 2015. Pemerhatian telah merangkumi kepada 16 hari misi dijalankan di daerah ini. Perjalanan menuju ke daerah ini mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Sandakan.
Rajah 4 : Lokasi Misi iaitu di Menanam, Telupid Sabah. Kampung Menanam telah mendapat namanya daripada sebatang sungai yang terdapat di kampung tersebut yang mana perkataan asalnya ialah ‘anam’. ‘Anam’ merupakan bahasa Dusun yang membawa maksud air yang sangat sedap dan sejuk. Hal ini demikian, air yang terdapat pada sebatang sungai di kampung tersebut sangat jernih sehingga individu yang duduk di gigi sungai boleh melihat ikan berenang-renang di dalam sungai tersebut. Malah, air sungai Menanam sangat sejuk dan nyaman lantaran sumber air tersebut adalah berasal dari puncak bukit yang mana wujud juga air terjun di kawasan kampung tersebut. Kebanyakan penduduk kampung Menanam adalah berasal daripada etnik Dusun Mangka’ak yang mana etnik ini merupakan etnik majoriti di kawasan tersebut. Hasil temu bual bersama ketua kamung Menanam yang dijalankan semasa misi berlangsung, kampung Menanam telah wujud sejak 10 generasi yang lalu. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh para penduduk hasil daripada temu bual dan tinjauan yang dilakukan. Jumlah populasi komuniti yang berada di kawasan kampung Menanam ialah seramai 800 orang penduduk kampung dan 400 orang lagi merupakan jumlah penduduk yang telah berpindah ke bandar iaitu 250 penduduk dewasa dan 150 orang kanak-kanak. Penduduk Pe nduduk yang telah berpindah ini kebanyakannya merupakan golongan muda yang telah berumah tangga dan memperoleh pekerjaan di bandar.
6
4.0 PERBANDINGAN
SEKTOR
PERTANIAN PERTANI AN
BERDASARKAN
PEMERHATIAN
SEPANJANG MISI Malaysia
Aspek
Menanam, Telupid Sabah
Lokasi
Vietnam Tan
Thong
Hoi
komun,
daerah Cu Chi Sumber pendapatan Sumber makanan
Tujuan Penanaman Penanaman
Sumber
bahan
Sumber pendapatan Hiasan
Sumber makanan makanan
mentah bagi sektor perindustrian Kaedah Penanaman Penanaman
Ladang
Dykes
(penanaman
padi)
Tanaman batas
Tanaman batas batas
Dusun
Ladang
Kaedah Penjagaan Penjagaan
Baja
Semburan
racun
serangga
Sistem pancuran air
Baja
secara
berkala Padi (padi huma)
Jenis Tanaman
Padi (beras)
Kelapa sawit
Sayur-sayuran
Sayur-sayuran
Tebu
Buah-buahan
Orkid
Kacang tanah
Buluh Buluh
Jualan secara pukal
Jualan Hasil Tanaman
kepada orang awam Jualan mentah
sendiri
(bisnes keluarga) Jualan hasil tanaman
kepada peniaga untuk dijual semula
Jualan
kepada
kilang
pemprosesan
bahan kepada
syarikat petrol untuk diproses
menjadi
barang siap Jadual 1 : Perbandingan sektor pertanian berdasarkan pemerhatian sepanjang misi
7
Menelusuri hari demi hari sepanjang berlangsungnya misi sukarelawan di kedua-dua buah negara, mata ibarat helang yang memerhati di segenap ruang dan peluang yang berkait dengan pertanian. Berdasarkan daripada Jadual 1, kita dapat lihat wujudnya jurang perbezaan dalam sektor pertanian antara kedua-dua buah negara. Namun, harus ditegaskan disini bahawa perbezaan yang dibuat hanya berkisarkan kepada dua kawasan pemerhatian dilakukan sahaja iaitu kawasan misi berlangsung.
Lokasi Kita selusuri dan bandingkan satu persatu aspek yang telah disenaraikan berdasarkan kepada Jadual 1. Aspek perbandingan yang pertama ialah berdasarkan kepada lokasi. Dalam konteks ini, kita sedia maklum akan lokasi pemerhatian yang dijalankan adalah dua lokasi yang melibatkan dua negara yang berbeza. Namun, apa yang ingin ditekankan dalam konteks ini sebenarnya ialah perbezaan iklim dan juga struktur tanah antara kedua-dua negara yang sebenarnya banyak mempengaruhi jenis tanaman yang dipilih bagi kedua-dua kawasan misi. Hasil daripada pemerhatian, iklim bagi kedua-dua kawasan pemerhatian atau kawasan misi adalah sama iaitu panas. Namun, ada beberapa keadaan atau tempoh masa yang mana bahagian selatan Vietnam akan menghampiri suhu paling panas dan kawasan utara Vietnam pula akan menghampiri suhu paling sejuk (Selective asia, 2016). Manakala, perbezaan dapat dilihat daripada keadaan struktur tanah bagi kedua-dua kawasan misi dijalankan. Bagi Malaysia iaitu kawasan misi di Telupid, keadaan struktur tanah di kawasan ersebut ialah tanah berbukit yang mana keadaan struktur ini mempengaruhi jenis tanaman di kawasan tersebut dan cara penanaman juga agak berbeza lantaran kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan keadaan struktur tanah. Manakala, bagi Vietnam pula iaitu di Tan Thong Hoi komun pula keadaan struktur tanah yang landai menjadikan kaedah dan jenis tanaman yang dijalankan turut berbeza jika dibandingkan di Malaysia. Salah satu fakta yang paling menarik hasil daripada pemerhatian yang dijalankan di antara kedua-dua tempat misi ini ialah perbezaan kawasan tanaman dilakukan, Di Malaysia, tanaman dijalankan di kawasan tanah yang berlainan daripada kawasan tanah di kediaman masing-masing. Dalam erti kata lain, pelbagai jenis tanaman dijalankan di kawasan kebun atau tanah yang memang disediakan khas oleh pemilik tanah untuk mengusahakan pelbagai jenis tanaman. Perkara ini adalah berbeza jika dibandingkan di Vietnam yang mana rata-rata penduduk di Tan Thong Hoi komun menjalankan aktiviti tanaman mereka di kawasan kediaman mereka. Contohnya, ada penduduk yang menggunakan laman rumah mereka 8
untuk mengusahakan tanaman sayuran. Hal ini sekaligus menunjukkan perbezaan lokasi tanaman antara kedua-dua buah negara. Secara tidak langsung, kita dapat lihat perbezaan yang amat ketara terhadap bentuk landskap kediaman bagi kedua-dua buah negara. Di Malaysia, landskap rumah yang dipilih dan dibuat kebanyakannya adalah untuk mencantikkan laman dengan tanaman bunga-bungaan yang menyejukkan mata yang memandang. Berbeza pula dengan Vietnam yang mana ladskap rumah terdiri daripada batasbatas sayuran lengkap bersama pancuran air baja untuk tanaman.
Tujuan Penanaman Skop perbincangan akan diteruskan lagi kepada aspek yang seterusnya iaitu tujuan penanaman. Bagi aspek ini, wujud persamaan tujuan bagi kedua-dua buah negara iaitu sektor pertanian atau aktiviti pertanian dijalankan adalah bertujuan untuk menjana pendapatan keluarga. Malah, sektor pertanian ini merupakan sektor paling penting bagi kedua-dua buah negara yang mana sektor inilah yang menjana sumber makanan bagi negara masing-masing. Tanpa tanah dan juga sektor pertanian ini, kita mungkin sudah mati kebuluran lantaran tiada bekalan makanan. Namun, masih wujud lagi perbezaan tujuan aktiviti tanaman dijalankan antara keduadua buah negara. Hal ini demikian, sektor pertanian di Malaysia bukan sahaja bertujuan sebagai penjana sumber makanan. Sebaliknya, sektor pertanian ini juga diusahakan adalah bertujuan sebagai sumber bahan mentah negara yang akan diproses bagi menghasilkan barang siap. Contohnya, dengan adanya peningkatan arus pembangunan dan pemodenan teknologi negara telah membantu agensi-agensi penyelidikan dalam menginovasikan atau mengkaji kaedah yang berkesan bagi menggunakan pelbagai jenis tanaman dengan optimum. Dalam konteks ini, kita melihat kepada tanaman kelapa sawit yang ditanam dan diusahakan bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan minyak masak. Sebaliknya, tanaman kelapa sawit juga adalah bertujuan sebagai bahan bakar bagi kenderaan di negara ini (Utusan Malaysia, 2013). Berbeza pula di negara Vietnam yang mana negara ini merupakan pengusaha tanaman orkid terbesar di Asia dan tujuan tanaman ini dijalankan adalah untuk tujuan hiasan. Dalam erti kata lain, tanaman ini diusahakan untuk dijual kepada orang awam yang akan menggunakan bunga tersebut sebagai hiasan di rumah mereka. Selain itu, ada juga benih spesies orkid ini yang akan dieksport ke luar negara mengikut kepada permintaan pelanggan.
9
Foto 3 : salah satu ladang orkid terbesar di Vietnam
Kaedah Penanaman Dalam konteks ini, kawasan misi di Malaysia mengusahakan tanaman padi huma yang berbeza daripada tanaman padi sawah yang diusahakan di kawasan misi di Vietnam. Hal ini demikian, tanaman tanam an padi huma tidak memerlukan air yang banyak selain kos yang lebih rendah berbanding tanaman padi sawah yang memerlukan air yang banyak dan melibatkan kos yang lebih tinggi. Padi huma memerlukan tempoh masa kira-kira 4 bulan sebelum dituai dengan menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai ‘ketam’ iaitu alatan ini diperbuat daripada papan nipis yang dipasang mata pisau padanya. Berbanding dengan tanaman padi sawah yang mengambil masa kira-kira 6 bulan sebelum musim menuai dijalankan. Malah, penanaman padi sawah yang dijalankan di Vietnam menggunakan sistem Dykes iaitu sistem pengairan bagi mengawal aliran air di dalam sawah. Bagi jenis-jenis tanaman lain pula, penggunaan kaedah yang sama diamalkan seperti tanaman menggunakan batas dan juga sistem ladang. Tanaman menggunakan batas ini lebih difokuskan pada tanaman sayuran di kedua-dua kawasan misi yang mana hasil daripada tinjauan tidak menjumpai mana-mana penduduk yang mengusahakan tanaman jenis hidroponik. Kemudian, bagi tanaman yang menggunakan sistem ladang pula sebenarnya menfokuskan kepada tanaman kelapa sawit bagi kawasan misi di Malaysia dan tanaman tebu bagi kawasan misi di Vietnam.
10
Kaedah Penjagaan Tanaman Berdasarkan tinjauan yang dijalankan pada kedua-dua tempat t empat misi, wujud beberapa kaedah yang sama dan juga berlainan. Jurang perbezaan yang timbul ini mungkin dipengaruhi oleh kemampuan, perkembangan teknologi dan juga budaya setempat yang mempengaruhi kaedah penjagaan yang diguna pakai. Namun, hakikatnya penjagaan tanaman ini dilakukan dengan satu niat yang sama iaitu untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dan sihat. Persamaan yang didapati pada kedua-dua kawasan misi ialah penggunaan baja organik digunakan dan ditabur pada tanaman yang ditanam. Baja ini adalah bagi menyuburkan lagi tanaman supaya hidup sihat dan mempunyai khasiat yang lebih banyak. Dalam konteks ini, apa yang ingin disampaikan ialah kedua-dua negara menggunakan baja daripada jenis yang sama iaitu baja organik yang mana mungkin kandungan dalam baja ini telah dicampur dengan beberapa bahan organik lain yang tidak memudaratkan kepada manusia. Namun, jurang perbezaan mulai kelihatan pada kaedah penaburan baja antara keduadua buah negara. Tinjauan yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa penduduk kampung masih menggunakan cara tradisional lagi yang mana baja ditabur di setiap tanaman secara manual atau lebih mudah lagi menggunakan tenaga manusia. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kemampuan pemilik tanaman untuk menggunakan teknologi terkini masih belum tercapai dan pengetahuan penduduk kampung mengenai teknologi terkini masih lagi rendah. Perkara sebaliknya pula didapati pada tinjauan di kawasan misi yang dijalankan di Vietnam yang mana pemilik tanaman telah menggunakan sistem pancuran bagi menjimatkan masa dan tenaga manusia bagi menabur cecair baja dan juga siraman air kepada tanaman mereka. Malah, sistem ini turut diguna pakai oleh pengusaha-pengusaha tanaman sayur di laman rumah mereka. Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor kemampuan dan juga pengetahuan para pengusaha dalam memiliki dan menggunakan sistem pancuran air ini. Hal ini demikian, pengalaman berada di kedua-dua kawasan bagi dua buah negara yang berbezaini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Faktor
yang
menjadi
sebab
kepada
perbezaan
tahap
pengetahuan
dan
perkembangan teknologi ini mungkin disebabkkan oleh liputan internet yang berbeza dia kedua-dua buah tempat misi. Begini, sepanjang 16 hari bermukim di Kampung Menanam, saya bersama ahli sukarelawan yang lain amat sukar bagi mendapat talian internet untuk berhubung dengan dunia luar. Malah, kami bukan sahaja sukar untuk mendapatkan talian internet tetapi untuk menghubungi keluarga menggunakan talian telefon juga adalah amat 11
sukar. Kesukaran sepanjang misi ditambah lagi dengan tiada bekalan elektrik dan saliran air paip disambung di setiap rumah penduduk kampung. Kesukaran yang bukan kami sahaja lalui namun penduduk kampung ini hadapi setiap hari menjadikan mereka kurang mengetahui perkembangan semasa yang berlaku walaupun mereka hidup dan tinggal di negara ini. Situasi yang berbeza pula dihadapi oleh saya dan ahli sukarelawan yang lain semasa mengjalani misi di Vietnam yang mana bekalan air paip dan bekalan elektrik berada di manamana dan boleh didapati dengan mudah. Malah, talian telefon dan talian internet juga mudah untuk didapati dan kami boleh mengakses internet pada bila-bila masa sahaja. Perbezaan gaya hidup dan fasiliti asas yang ketara ini sudah terang lagikan bersuluh menjawab kepada persoalan mengapa tahap pengetahuan dan perkembangan teknologi di kedua-dua buah tempat ini adalah amat berbeza. Malah, kesukaran-kesukaran lain juga mungkin menjadi faktor wujudnya jurang perbezaan ini.
Jenis Tanaman Perbezaan iklim dan struktur tanah ini merupakan sebab utama berlakunya jenis tanaman yang berbeza di antara kedua-dua kawasan misi. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini mengenai perbezaan lokasi, jenis tanaman yang ditanam di sesuatu kawasan tersebut mestilah bersesuaian dengan iklim dan juga keadaan struktur tanah. Bertitik tolak daripada itu, wujud perbezaan jenis tanaman pada kedua-dua kawasan misi iaitu di di Malaysia, jenis tanaman yang dipilih dan diusahakan oleh majoriti penduduk Kampung Menanam ialah penanaman padi huma atau dikenali juga sebagai padi bukit bagi menghasilkan beras bario. Selain itu, jenis tanaman lain yang turut diusahakan ialah kelapa sawit, sayur-sayuran, kacang tanah dan buah-buahan. Keistimewaan yang berada di daerah Telupid ini ialah kewujudan buah tarap yang amat sukar dan tidak dijumpai di mana-mana negeri lain di Malaysia. Buah tarap mempunyai isi bewarna putih. Rasanya yang lemak serta manis sangat memikat deria rasa. Malah, tekstur buah ini seakan-akan nangka dan juga cempedak. Buah tarap ini hanya boleh didapati mengikut kepada musim-musim tertentu kerana pokok tarap tidak berbuah sepanjang tahun.
12
Foto 4 : Buah Tarap yang menjadi keistimewaan di daerah Telupid Sepanjang 16 hari menjalani misi di Kampung Menanam, saya telah tinggal dan menginap bersama sebuah keluarga yang mengusahakan tanaman kelapa sawit, mempunyai dusun buah-buahan serta mengusahakan tanaman kacang tanah. Hasil daripada tinjauan mengikuti mereka menjalani menjalan i rutin harian bekerja di kebun, saya mendapati bahawa Encik Felix iaitu ketua keluarga tempat saya menginap ini telah membahagikan kebun dengan keluasan 10 ekar kepada beberapa kawasan tanaman yang berbeza. Contohnya, kawasan di bahagian bawah bukit telah digunakan untuk menanam tanaman kacang tanah dan pokok rambutan. Manakala, ada beberapa kawasan yang berhampiran dengan kawasan cerun bukit pula digunakan untuk menanam pokok betik. Di kawasan atas bukit pula digunakan untuk menanam tanaman kelapa sawit. Manakala, jenis tanaman yang dijalankan di Tan Thong Hoi komun pula ialah tanaman padi, tebu, orkid, sayur-sayuran dan juga buluh. Tanaman padi, tebu dan sayur-sayuran adalah sebagai sumber makanan. Bagi tanaman orkid dan buluh pula adalah bagi tujuan hiasan. Negara Vietnam terkenal dengan penghasilan tirai buluhnya yang sangat cantik. Namun, pengalaman mempelajari cara menghasilkan tirai ini adalah sangat rumit dan mengambil masa yang lama. Tirai buluh ini dihasilkan menggunakan tenaga manusia daripada langkah yang pertama iaitu pemilihan saiz buluh sehinggalah kepada proses mewarnakan tirai tersebut mengikut kepada corak yang dikehendaki.
13
Foto 5 : Tirai T irai buluh yang sangat popular popular di Vietnam
Jualan Hasil Tanaman Perbezaan bagi aspek yang terakhir sekali dapat dilihat melalui kaedah pemasaran hasil tanaman bagi kedua-dua kawasan misi. Bagi kawasa misi di Malaysia, kebanyakan penduduk kampung yang mengusahakan tanaman padi dan juga kelapa sawit kepada syarikat atau kilang pemprosesan bagi menukarkan bahan mentah kepada barang siap yang kemudiannya dipasarkan kepada orang awam. Namun, untuk jenis tanaman yang lain seperti kacang tanah, buah-buahan dan juga sayur-sayuran pula akan dijual secara pukal kepada peniaga untuk dijual kepada orang awam. Manakala, kebanyakan penduduk kawasan misi
Vietnam pula telah mengambil
inisiaitif untuk memasarkan sendiri hasil tanaman mereka. Kebiasaannya, mereka akan menyusun hasil tanaman di bahagian hadapan rumah mereka setiap pagi untuk dipasarkan kepada orang awam. Jenis tanaman yang sering dipasarkan sendiri oleh pemilik tanaman di hadapan rumah ialah sayur-sayuran, tebu dan ada sebilangan kecil yang menjual tanaman pelbagai spesies orkid mereka yang diletakkan di halaman rumah. Di vietnam, sayur-sayuran 14
bukan sahaja dijual mengikut timbangan kilogram. Namun, ada beberapa jenis sayur berdaun seperti bayam dan sawi yang akan dikisar dan menjadi air sayur-sayuran sayur-sa yuran yang diberikan nama Rau Ma. Malah, sayur-sayuran berdaun ini juga diproses menjadi puding hijau yang mempunyai rasa seakan-akan cincau. Bagi tanaman seperti padi dan buluh pula, pemiik yang mengusahakan tanaman jenis ini akan memasarkan atau menjual hasil tanaman mereka kpada pengusaha kilang yang berdekatan untuk diproses dan menjadi barang siap sebelum dijual semula kepada orang ramai.
3.0 RUMUSAN Kesimpulannya, wujud persamaan dan juga perbezaan sektor pertanian bagi kedua-dua buah negara ini yang kedua-duanya mempunyai kebaikan dan juga kelemahan yang tersendiri. Apa yang penting, kebaikan yang kita perolehi daripada kedua-dua buah negara boleh diambil dan di implementasikan pada masa akan datang. Manakala, kelemahan pula boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Memahami Mata yang engkau pejamkan Adalah pulau yang jauh, di ufuk timur timur Matahari…matahari…
Kita yang masih bertani Berdiri …Menatap matahari Meniti mati …Melumat sepi Esok hari…Revolusi
Puisi diatas sebenarnya menunjukkan betapa kerja kerasnya para petani di antara kedua-dua buah negara bagi memastikan sumber makanan negara tetap ada saban hari kerana melalui hasil tanamanlah mereka menjana pendapatan harian. Sekiranya kita selami dan rasai sendiri keperitan dan kerugian yang mereka tanggung sekiranya tanaman yang diusahakan tidak membuahkan hasil, sudah tentu kita akan menghargai setiap butir nasi yang terhidang di atas pinggan dan tidak akan pernah membazir makanan. Dalam Islam sendiri telah menggariskan bahawa membazir itu amalan syaitan.
15
Harus diakui bahawa kawasan yang berlainan akan memberikan cabaran yang berlainan kepada para petani bagi mengusahakan tanaman mereka. Oleh itu, dengan aadanya perkembangan teknologi pertanian dari semasa ke semasa dapat meningkatkan dan memajukan lagi industri pertanian di kedua-dua buah negara ini di samping dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka ke satu tahap yang lebih baik.
16
View more...
Comments