Contoh Laporan Latihan Industri

August 23, 2017 | Author: matkon | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Contoh Laporan Latihan Industri...

Description

CONTOH LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN, MELAKA

SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN & REKABENTUK)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH : LUKMAN NUL HAKIM BIN ABDULLAH 871205-08-5231

SESI LI : JANUARI 2007 – MEI 2007

1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. Laporan Latihan Industri : Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)

Pada 02 Januari 2007 – 15 Mei 2007

Oleh : Lukman Nul Hakim bin Abdullah

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Laporan Latihan Industri ini. Sepanjang lima bulan menjalani Latihan Industri ini, pelbagai pengalaman dan kemahiran yang telah saya perolehi. Jika sebelum ini pengetahuan saya lebih kepada teori, namun selepas menjalani Latihan Industri ini pengetahuan praktikal saya telah bertambah dan dapat saya jadikan bekalan untuk bidang kerjaya saya selepas ini. Segala maklumat mengenai tempat latihan industri dan kerja-kerja yang saya lakukan sepanjang 20 minggu ini telah saya muatkan dalam laporan ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada majikan saya, Encik Fakhrul Alias dan penyelia saya puan Nur Iman Hakim yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan teguran selama saya menjalani latihan industri di syarikat ini. Ucapan terima kasih juga buat staf-staf Kurnia Bakti Sdn Bhd yang telah menerima saya dengan baik dan memberi layanan yang sewajarnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar saya di IKM Jasin, Puan Siti Mariam Majid, Encik Bakri Musa dan kesemua tenaga pengajar kursus yang telah memberi tunjuk ajar, dorongan dan panduan selama 18 bulan saya berada di IKM Jasin. Terima kasih juga buat komuniti IKM Jasin terutamanya Pengarah, Timbalan Pengarah, Peg.Perh.Industri dan semua warga kerja yang telah banyak membantu urusan pembelajaran dan Latihan Industri saya ini. Akhir sekali ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ibu bapa tersayang yang telah banyak berkorban, sama ada dari segi masa, keringat dan wang ringgit bagi memastikan saya berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam aspek pendidikan ini.

Laporan Latihan Industri ini disediakan untuk Kursus Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk), Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka sebagai prasyarat untuk dianugerahkan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk).

Terima kasih juga buat ahli keluarga, sahabat dan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Laporan Latihan Industri ini, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga laporan Latihan Industri ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga warga IKM Jasin secara keseluruhannya.

Lukman Nul Hakim bin Abdullah 15 Mei 2007

2

BAB 1 PENGENALAN

ISI KANDUNGAN Bil. 1 2 3

Perkara Penghargaan Isi Kandungan Bab 1 : Pengenalan

Muka Surat i ii 1

4

Bab 2 : Latar Belakang Syarikat Nama Syarikat Sejarah Syarikat

dan mendapatkan pengalaman & persekitaran pekerjaan sebelum memasuki alam pekerjaan) dan apa-apa yang

difikirkan sesuai oleh pelajar terutamanya yang memberi kesan positif kepada pelajar & Kerjaya (Rujuk 4 5

..SETERUSNYA SAMPAI BAB 5.. 10

Pelajar perlu menerangkan tujuan laporan ini disediakan ( contoh : sebagai syarat penganugerahan sijil

Lampiran *

Buku Log untuk Objektif LI dilaksanakan).

Pelajar juga perlu menerangkan tugas-tugas yang dilakukan sepanjang 20 minggu LI dijalankan. (Secara Umum)

*Nota : Lampiran tidak perlu diletakkan no.muka surat

3

BAB 2

BAB 3

LATAR BELAKANG SYARIKAT

LAPORAN TUGAS/TANGGUNGJAWAB/PROJEK

2.1 NAMA SYARIKAT Terangkan nama syarikat tersebut (Gambar Syarikat boleh disertakan di sini)

2.2 SEJARAH SYARIKAT Terangkan sejarah syarikat tersebut (Bagaimana ditubuhkan, bila, oleh siapa, di mana dan apa-apa yang berkaitan)

2.3 OBJEKTIF, VISI DAN MISI SYARIKAT Dapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.4 PROFIL SYARIKAT Jenis perniagaan yang dijalankan dan lain-lain yang berkaitan dengan profil sykt.

2.5 LOGO SYARIKAT Sertakan logo dan terangkan maksud di sebalik logo tersebut

2.6 CARTA ORGANISASI SYARIKAT Dapatkan maklumat ini daripada pihak syarikat dan nyatakan

2.7 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT Nyatakan. NOTA : Pelajar perlu berbincang dengan pihak syarikat mengenai maklumatmaklumat yang diperlukan di atas semasa bulan pertama LI (Ambil

3.1 TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKAN Nyatakan.

3.2 PROSES TUGAS/PROJEK YANG DIJALANKAN Nyatakan (boleh secara esei atau hierarki gambarajah)

3.3 KESESUAIAN KURSUS DENGAN TUGAS Nyatakan sesuai atau tidak (sejauh mana kesesuaian tersebut, kaitkan dengan subjek/amali yang telah diambil di IKM Jasin)

3.4 KEMAHIRAN/TEKNOLOGI BARU YANG DIPEROLEHI Nyatakan.

3.5 MASALAH DAN KAEDAH PENYELESAIAN (TUGAS/PROJEK) Nyatakan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan tugas/projek dan apakah langkah penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. (boleh juga diterangkan dalam bentuk gambarajah)

NOTA : Contoh Kerja/Projek seperti gambar, graf, lukisan kejuruteraan dan sebagainya boleh diletakkan dalam muka surat lampiran. Cuma perlu dinyatakan dalam penerangan. Contoh: Pada 3.1, Tugas yang saya jalankan di syarikat ini adalah ……………………………..(rujuk contoh kerja di lampiran 1).

masa sehari untuk kumpulkan maklumat,contohnya jumpa Pengurus / Penyelia semasa masuk kerja dan ambil maklumat tersebut semasa rehat atau selepas tamat waktu kerja). Maklumkan maklumat tersebut

diperlukan bagi penyediaan laporan LI. Minta kerjasama secara bijaksana dan berkhemah.

4

BAB 4

BAB 5

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

PENUTUP

Nyatakan cadangan dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk dilakukan penambahbaikan, sama ada dari aspek penempatan LI, kerja-kerja yang dilakukan di tempat LI, perhubungan di antara pelajar dengan pihak syarikat, peralatan-peralatan yang digunakan dan semua yang berkaitan dengan Latihan Industri. Cadangan-cadangan tersebut boleh dibuat dalam bentuk poin (1,2,3) atau esei. Bagi lebih tersusun, asingkan cadangan kepada pihak syarikat, cadangan kepada pihak BPL(K) MARA & IKM, cadangan kepada pelajar LI dan cadangan-cadangan lain yang berkaitan di dalam perenggan yang berasingan..

Dalam bab ini, anda kena simpulkan semua perkara yang berkaitan dengan LI, dari aspek penempatan dan kerja yang dilakukan di syarikat. Kesimpulan juga merangkumi perjalanan LI secara keseluruhannya dan nyatakan faedah-faedah yang diperolehi semasa menjalani LI ini. Huraikan kesan pelaksanaan LI ini terhadap mutu kerja pelajar, pengalaman, pendedahan kepada teknologi baru dan bidang kerjaya di masa akan datang.

5

LAMPIRAN

n PENILAIAN LAPORAN LI n Pengenalan

Sertakan lampiran yang berkaitan (gambar, rajah, lukisan kejuruteraan, graf dan sebagainya).

n Buku Log

: : : : : : :

5% 10 % 10% 30 % 15 % 10 % 20 %

n Jumlah

:

100%

n Bab 1 n Bab 2 n Bab 3 n Bab 4 n Bab 5

n

Bagi Program Diploma, pecahan 20% bagi markah Pembentangan LI + 20% (Buku Log) & 60% (Laporan LI)

n Nota : Markah Lulus adalah 60%

6

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF