CONTOH LAPORAN LATIHAN AMALI

August 21, 2017 | Author: Aina Sofieyah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

contoh laporan latihan amali (praktikal) ini adalah ditulis mengikut gaya UKM. Isi kandungan dan panduan penulisan lapor...

Description

PPPL 1992 LAPORAN AKHIR LATIHAN AMALI/INDUSTRI

AGENSI: RUMAH FIKIR/AISY ASYRAF BUTIK

DISEDIAKAN UNTUK: DR. TENGKU INTAN ZARINA BINTI TENGKU PUJI (PENYELIA UKM) DISEDIAKAN OLEH: NUR NABIHAH BINTI HASSAN A144791

JABATAN USULUDDIN DAN FALSAFAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMESTER 2 SESI 2014/2015

1

Senarai Kandungan

Halaman 1.1 PENGHARGAAN

3-5

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

5-6

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI 1.4LATAR BELAKANG AGENSI

6 7-12

1.4.1 Sejarah Penubuhan 1.4.2 Objektif Penubuhan Rumah Fikir 1.4.3 Visi Rumah Fikir 1.4.4 Misi Rumah Fikir 1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir 1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir 1.4.7 Metod Penyampaian Modul Pengajian 1.4.8 Carta Organisasi Rumah Fikir

1.5TUGASAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

13-14

1.5.1 Tugasan Hakiki 1.5.2 Tugasan Harian 1.5.3 Tugasan Luar Bidang

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

15

1.7 MASALAH DAN CABARAN

16-18

1.8 CADANGAN

18-19

2

1.9 PENUTUP

20

RUJUKAN

21

LAMPIRAN

21-24

3

LAPORAN LATIHAN AMALI INDUSTRI SESI 2014/2015

Disediakan oleh: Nur Nabihah Binti Hassan A144791 Jabatan Usuluddin Dan Falsafah

1.1 PENGHARGAAN Alhamdulillah. Pertama dan selamanya saya dengan rasa rendah diri mengucapkan syukur ke hadrat Illahi, Tuhan sekalian alam atas rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan pada diri yang kerdil ini, selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Berkat segala ruang dan peluang yang ada, akhirnya dapat juga saya dapat menjalani dan menamatkan Latihan Amali/Industri ini dengan jayanya. Pertamanya, saya dedikasikan kalungan penghargaan ini kepada pihak institusi Rumah Fikir/Ais Asyraf Butik kerana telah membuka ruang dan peluang kepada saya bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya selama tiga bulan. Saya amat berterima kasih atas kesudian Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik untuk menerima saya

yang serba kekurangan ini sebagai pelajar Latihan

Amali/Industri. Sesungguhnya layanan baik dan kemesraan yang terjalin dalam tempoh ini teramat saya hargai sebagai suatu ukhuwwah yang tidak ternilai harnya. Semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal berterusan ke penghujung waktu.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil peluang untuk berterima kasih kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan barisan pentadbiran yang begitu komited kerana telah menjadikan Latihan Amali Industri ini sebagai salah satu kursus wajib universiti yang perlu diambil sebagai syarat untuk bergraduasi. Hal ini secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada pelajar akan realiti sebenar alam pekerjaan

4

yang bakal ditempuh setelah bergraduasi kelak. Ruang ini juga sebenarnya dapat membantu para pelajar untuk membuat persiapan diri bagi menyumbang bakti kepada masyarakat dan Negara pada masa hadapan. Hal ini adalah seiiring dengan matlamat kerajaan iaitu bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang, bahkan produktif dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan.

Di samping itu, ucapan jutaan terima kasih turut saya rakamkan kepada pihak pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik serta pihak pentadbiran Hal Ehwal Jaringan Industi dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam UKM, terutamanya kepada Puan Haziyah Binti Hussin selaku ketua bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak lupa juga kepada pihak Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri yang juga telah banyak membantu saya bagi mencari penempatan yang sesuai untuk menjalani Latihan Amali/Industri saya.

Tidak lupa juga buat Penyelia Latihan Amali/Industri dari UKM, iaitu Dr. Tengku Intan Zarina Binti Tengku Puji yang merupakan pensyarah daripada Jabatan Pengajian Al-Qur’an dan Sunnah Fakulti Pengajian Islam, yang telah banyak membantu dalam menyiapkan laporan lengkap latihan industri ini dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada penyelia Latihan Amali/Industri saya iaitu Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri yang sentiasa memantau dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh tiga bulan ini. Sepanjang berada di bawah seliaan beliau, tidak pernah sekali pun saya berasa kekok dengan tugasan yang diberikan kerana beliau sentiasa memberi nasihat dan panduan terutamanya dalam menguruskan pentadbiran organisasi dan kelas-kelas pengajian Rumah Fikir sekaligus dengan pengurusan perniagaan di Butik Ais Asyraf yang belum tentu dapat saya perolehi di tempat-tempat yang lain. Untaian terima kasih ini juga saya titipkan kepada ibubapa dan rakan-rakan yang sentiasa setia menyokong dan membantu saya sama ada sari segi kewangan, material mahupun dorongan mental dan fizikal. Begitu

5

juga dengan mereka yang terlibat sepanjang saya menjalani Latihan Amali/Industri ini tidak kira sama ada sama ada secara langsung atau tidak langsung.

1.2 PENGENALAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Latihan Amali Industri (LAI) merupakan salah satu kursu praktikum yang melibatkan proses pembelajaran di luar kuliah secara praktikal yang perlu diambil oleh semua mahasiswa Fakulti Pengajian Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, bagi memenuhi jam kredit pembelajaran, kami telah diberi panduan dan peluang untuk memilih agensi atau tempat tertentu bagi melaksanakan praktikum yang bertepatan, bersesuaian dan mempunyai hubungkait dengan bidang yang dipelajari dalam tempoh selama lebih kurang dua tahun di Jabatan Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi memenuhi kriteria tersebut, saya telah memilih Rumah Fikir bagi menjalani Latihan Amali/Industri. Rumah Fikir merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan dengan misi yang begitu fleksibel iaitu untuk menjadi suatu platform neutral bagi anak muda untuk mereka berkumpul dan mendalami ilmu agama tanpa mengambil kira pada tahap mana sekalipun pengetahuan asas mereka. Apa yang menjadi keutamaan adalah minat mereka untuk mendalami ilmu agama.

Sehubungan itu, rasionalnya saya memilih Rumah Fikir ini sebagai tempat untuk saya menjalani Latihan Amali Industri saya adalah kerana saya ingin mengetahui dengan lebih jelas dan tepat tentang pemikiran anak muda dewasa ini dalam usaha untuk mendekati mereka pada masa yang akan datang. Sesungguhnya kita tidak akan mengetahui tentang sesuatu sehingga kita mengenalinya. Hal ini bertepatan dengan ungkapan Imam Al-Ghazali bahawa seseorang itu tidak akan mampu mendedahkan tentang sesuatu pengetahuan melainkan ianya difahami sedalam-dalamnya.

Pada hemah saya, Rumah Fikir juga merupakan sebuah institusi yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara talaqqi secara berterusan dan

6

menjalankan kelas-kelas pengajian dengan cara yang tidak membebankan para pelajar. Pada saya, aspek inilah yang menjadikan Rumah Fikir sebagai sebuah institusi pembelajaran ilmu agama yang unik dan menarik kerana institusi ini secara tidak langsung cuba menjulang kembali tradisi ilmu yang termasyur pada zaman kegemilangan ulamak silam suatu masa dahulu.

Dalam tempoh Latihan Amali/Industri yang berlangsung selama tempoh tiga bulan di Rumah Fikir ini, saya ditemani oleh seorang sahabat saya iaitu Nur Salwati Binti Ibrahim yang juga bertindak sebagai rakan sekerja dan sepasukan dengan saya. Hal ini memudahkan kami untuk menjalani Latihan Amali/Industri dengan baik dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih mudah dan cepat.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN AMALI/INDUSTRI Tujuan utama Latihan Amali/Industri ini dilaksanakan adalah untuk: I.

Melatih para pelajar bagi mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi selaras dengan matlamat bidang pengajian. Secara tidak langsung, pelajar bukan sahaja dapat mempelajari sesuatu secara teori bahkan turut berpeluang mempraktikkannya secara amali.

II.

Mendorong dan melatih pelajar bagi memberi sumbangan khidmat dan bakti kepada masyarakat. Objektif ini secara tidak langsung dapat membantu bagi memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan para pelajar tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

III.

Melatih semangat dedikasi dan tanggunggjawab dalam kalangan para pelajar. Sikap bertanggungjawab termasuklah juga tangunggjawab terhadap diri, persekitaran, masyarakat dan Negara.

IV.

Persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Tempoh Latihan Amali/industri ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman dan menyesuaiakan diri dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar yang bakal ditempuhi suatu masa nanti.

V.

7

1.4 LATAR BELAKANG AGENSI/INSTITUSI

Lokasi: Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik Lot 3-27-03A, (Atas Zawara Coffee), Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Hubungi: Tel: 019- 359 8210/019-358 8210 Email: [email protected] Website: http://rumahfikir.com/ Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

Motto: “SEGALANYA BERMULA DISINI”

8

1.4.1

Sejarah Penubuhan Rumah Fikir Rumah Fikir adalah merupakan sebuah pusat pengajian ilmu islam yang berusaha untuk menyumbangkan sebanyak mungkin manfaat kepada semua lapisan masyarakat, khususnya bagi mayarakat di sekitar Lembah Klang dan seluruh Malaysia amnya. Gagasan Rumah Fikir ini adalah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2010 dengan dinaungi oleh Yang Berbahagia Ustaz Imam Muda Asyraf Bin Muhammad Ridzuan selaku pengasasnya. Konsep pengajian yang dibawa oleh Rumah Fikir adalah sebagaimana sistem pengajian pondok iaitu dengan mengaplikasikan kaedah talaqqi atau menadah kitab dengan guru sebagai pendekatan utama dalam penyampaian modul pengajian yang ada. Dalam kaedah ini, penuntut berpeluang untuk mempelajari dan khatam sesebuah kitab dari kulit hingga ke kulit. Inilah yang merupakan suatu tradisi menuntut ilmu yang termasyur pada zaman kegemilangan ulamak silam yang ingin diketengahkan kembali oleh Rumah Fikir. Program yang dilaksanakan oleh Rumah Fikir merupakan suatu program yang bermatlamatkan untuk mendidik masyarakat kearah budaya cintakan ilmu dengan cara yang santai dan mudah untuk diterima oleh mereka terutamanya ilmu pengetahuan agama. Selain itu, program-program Rumah Fikir juga adalah berkonsepkan “Segalanya bermula disini” dengan maksud sedia untuk menerima dan mendidik segenap lapisan masyarakat tanpa membezakan tahap pemahaman mereka. Pada peringkat awal, Rumah Fikir hanya bergerak sebagai sebuah pusat pengajian awam sahaja. Namun, baru-baru ini Rumah Fikir telah diberi nafas baharu dengan digabungkan dengan Butik pakaian muslim. Matlamatnya adalah untuk memperlihatkan bahawa proses mendapatkan ilmu bukan hanya didapati secara formal di institusi tertentu, tetapi juga boleh didapati secara santai sambil berbelanja dan membeli belah.

9

1.4.2

Objektif Penubuhan Rumah Fikir Tujuan utama penubuhan Rumah Fikir adalah dengan tujuan: I.

Untuk menjadikan Rumah Fikir sebagai satu pusat keilmuan alternatif bagi masyarakat setempat terutamanya mereka yang berada di kawasan Bangi, Kajang dan sekitarnya.

II.

Untuk memudahkan urusan masyarakat setempat dalam usaha untuk mempelajari ilmu-ilmu islam

III.

Untuk member peluang dan mendorong semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda supaya lebih dekat dan serasi dengan tradisi keilmuan islam yang sebenar.

1.4.3

Visi Rumah Fikir Rumah Fikir menjadi suatu pusat pengajian ilmu agama yang pertama berjaya melahirkan legasi ummah yang mengutamakan dan mengamalkan nilai-nilai agama seiring dengan perkembangan revolusi pemikiran semasa.

1.4.4

Misi Rumah Fikir Rumah Fikir menjadi suatu platform yang neutral bagi anak muda untuk berkumpul dan mendalami ilmu agama.

1.4.5 Tema Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir I. II. III.

Mengangkat dan menyuburkan majlis-majlis ilmu Sistem pengajian yang berbentuk talaqqi secara berterusan Sistem pengajian secara percuma dan tidak membebankan para pelajar.

1.4.6 Modul Utama Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir I.

Asma’ul Husna

II.

Akidah dan Fiqh

III.

Al-Qur’an dan Tajwid

IV.

Tafsir dan Intisari Al-Qur’an

V.

Hadith

10

VI.

Sirah Nabawiyyah

VII.

Fardhu A’in dan Kifayah

VIII.

Tarbiyyah/Qolbun Salim

IX.

Wacana Isu Semasa

1.4.7 Metod penyampaian Modul Aktiviti/Pengajian Rumah Fikir I.

Intelektual. Pendekatan secara intelektual ini secara tidak langsungnya adalah bertujuan untuk membentuk pemahaman dan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda terhadap isu-isu semasa agar mereka lebih peka serta berani untuk meluahkan pendapat dan pemikiran mereka sesuai dengan peranan mereka sebagai generasi pembentuk legasi masa hadapan. Modus operandi bagi pendekatan ini adalah melalui perlaksanaan program bedah buku, wacana atau perbincangan ilmiah yang berkaitan isu semasa. Sebagai contoh, Rumah Fikir pada bulan November 2014 telah menganjurkan Program Bedah Buku Fiqh Kerahsiaan Wanita yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dihadiri oleh Yang Berbahgia Ustaz Fauwaz Fadzil sebagai panel jemputan utama. Program ini sedikit sebanyak telah mengupas isu-isu yang berkaitan dengan Fiqh Kewanitaan yang sering menjadi persoalan sperti masalah haid wanita dan sebagainya. Selain itu, Rumah Fikir juga turut mengadakan kelas-kelas mingguan yang berfokuskan pengetahuan agama dalam bentuk teori.

II.

Dakwah Secara Lapangan. Umumnya, dakwah merupakan suatu usaha bagi menyampaikan dan menerangkan tentang islam sebagai cara hidup.

Dalam konteks

pendekatan ini, kami mengambil inisiatif “turun padang” untuk mendekati golongan tertentu bagi menyampaikan risalah islam secara terus dan langsung tanpa perlu mengajak atau memaksa mereka untuk menghadiri kuliah-kuliah agama. Antara aktiviti yang berkaitan

11

termasuklah Program Dakwah Street kepada golongan mat rempit dan gelandangan. Tidak ketinggalan juga bagi golongan non-muslim. Pendekatan dengan cara ini secara tidak membuka ruang kepada Rumah Fikir untuk menyahut seruan untuk berdakwah dengan cara “Tabligh”. Dakwah secara lapangan ini juga turut melibatkan mereka yang bukan islam kerana golongan sasaran bagi pendekatan cara ini kebiasaannya adalah dipilih secara rawak.

III.

Penerapan Nilai-Nilai Islam. Dalam aspek ini, matlamat utama modul pengajian Rumah Fikir adalah untuk mewujudkan generasi masyarakat yang membudayakan nilanilai agama dalam kehidupan mereka dengan menjadikan nasihatnasihat Al-Qur’an dan juga sirah para nabi dan sahabat sebagai ikutan. Pendekatan ini juga dilaksanakan bagi menyemai semangat perpaduan dan sikap saling menghormati serta bertolak ansur tanpa mengira bangsa dan agama. Rentetan itu, Rumah Fikir dengan modus operandi yang tersendiri menganjurkan kelas-kelas pengajian yang berunsurkan nasihat-nasihat agama dengan cara yang santai dan mudah untuk diterima oleh masyarakat awam. Penerapan nilai murni ini juga dilaksanakan dengan penganjuran program seperti ceramah, forum dan lain-lain.

IV.

Pendekatan Secara Berhikmah. Dalam pendekatan ini, penyampaian modul yang ada berupaya untuk menampilkan Rumah Fikir sebagai suatu institusi atau pusat pengajian yang unggul dan bukan sahaja mesra kepada masyarakat islam setempat, bahkan turut menerima golongan non-muslim dan juga mereka yang “free thinkers” dengan hati yang terbuka tanpa mengira siapa dan bagaimana latar belakang mereka. Metod penyampaian modul kepada mereka ini adalah berbentuk aktiviti dialog seperti dialog perbandingan agama dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk

12

mengenal mereka dengan lebih dekat seterusnya membina hubungan yang baik bagi menjamin keberkesanan interaksi yang berlaku.

1.4.8

Carta Organisasi Rumah Fikir

YANG BERBAHAGIA UST. IMAM MUDA ASYRAF B. MOHD RIDZUAN (PENGARAH URUSAN)

PN. NUR HUSNA BT YUSOFF (TIMBALAN PENGARAH)

MOHD HAFIZUDDIN B. MOHD SHUKRI (PENGURUS OPERASI)

MOHD FAIZ B. HAMDAN (PENGURUS KEWANGAN)

NOOR HASHIMAH BT. RAZALI (PENGURUS PENTADBIRAN)

AHLI JAWATANKUASA RUMAH FIKIR

TENAGA PENGAJAR RUMAH FIKIR

13

1.5 TUGASAN

Pada 29 Jun 2015 saya telah melapor diri di pejabat pengarah urusan Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik bagi menjalani Latihan Amali/Industri saya selama dua bulan. Hari pertama saya disitu, saya telah diberi beberapa taklimat mengenai agensi, tatacara sebagai seorang pekerja, dan saya turut diberi sedikit pendedahan mengenai bidang tugas di institusi tersebut. Saya juga turut dimaklumkan bahawa saya akan berada di bawah seliaan Encik Mohd Hafizuddin Bin Mohd Shukri sepanjang tempoh Latihan Amali/Industri ini berlangsung. Semua tugasan yang saya lakukan adalah daripada arahan dan dibawah seliaan beliau. Tugasan-tugasan saya lakukan sepanjang tempoh Latihan Amali/Industri berlangsung adalah dibahagikan seperti berikut:

1.5.1

TUGASAN HAKIKI Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik, tugasan berterusan yang saya lakukan pada setiap hari ialah menyemak kalendar perancangan program dan kelas pengajian Rumah Fikir bagi mengemaskini setiap perubahan jadual pengajian. Saya juga turut ditugaskan bagi menyelia pengurusan dan kebersihan pejabat dan butik. Pada waktu yang sama, saya juga turut diberi tanggungjawab untuk menguruskan bahagian khidmat pelanggan bagi pengurusan butik.

1.5.2

TUGASAN HARIAN Latihan Amali/Industri (LAI) ini telah dijalankan lebih kurang selama dua bulan atau Sembilan minggu bermula daripada 29 Jun sehingga 28 Ogos 2015. Aktiviti/tugasan ini adalah tertumpu di dalam persekitaran pejabat sahaja dengan hanya menggunakan peralatan pejabat yang telah sedia ada seperti komputer, printer, mesin fotostat dan lain-lain. Antara tugasan harian yang saya lakukan sepanjang tempoh tersebut ialah: i.

Menyediakan draf modul pengajian dan perancangan aktiviti bagi Rumah Fikir.

14

ii.

Merangka kertas kerja bagi setiap aktiviti/program Rumah Fikir.

iii.

Mereka bentuk poster bagi setiap aktiviti /program yang dilaksanakan oleh Rumah Fikir.

iv.

Memuatnaik dan mengemaskini maklumat, hebahan program dan info yang berkaitan Rumah Fikir di media sosial.

v.

Membuat hebahan dan mengedarkan flyers aktiviti/program Rumah Fikir.

vi.

Mengurus dan menyelia kelas-kelas pengajian harian dan mingguan.

vii.

Menyediakan kertas kerja bagi Tajaan Program/Aktiviti dan Majlis Rumah Terbuka Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik.

viii.

Menguruskan meeting harian gerak kerja tugasan harian pekerja.

ix.

Menyemak log kehadiran pekerja

x.

Sentiasa bersedia untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap perkhidmatan yang diberikan.

1.5.3

TUGASAN LUAR BIDANG Sepanjang menjalani Latihan Amali/Idustri di Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik, saya juga turut diberi tanggngjawab untuk melaksanakan tugasan yang bukan dalam bidang saya. Antara tugasan tersebut ialah: i.

Menjadi pengerusi majlis bagi kuliah muslimat Rumah Fikir.

ii.

Merangka log kehadiran pekerja Butik Aisy Asyraf

iii.

Membantu bagi menguruskan bahagian promosi dan jualan online Butik Aisy Asyraf

iv.

Merangka draft rekod keluar dan masuk stok bagi Butik Aisy Asyraf

v.

Menguruskan peralatan dan aksesori bagi sesi photoshoot Butik Aisy Asyraf.

vi.

Menyediakan draf dan kertas kerja rasmi bagi terma, syarat dan manual sistem vendor Butik Aisy Asyraf.

vii.

Melakar reka bentuk dan susun atur vendor bagi Butik Aisy Asyraf.

15

1.6 SUMBANGAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri, saya mengakui bahawa kursus ini sedikit sebanyak telah menyumbangkan sesuatu yang cukup berharga buat diri saya sebagai seorang mahasiswa. Dalam tempoh tersebut, Latihan Amali/Industri telah berjaya membawa para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman berada di alam pekerjaan yang sememangnya akan ditempuhi oleh mereka setelah bergraduasi kelak. Oleh itu, pada ruang inilah satu-satunya peluang untuk para pelajar mengaplikasikan dan mempraktikkan segala ilmu yang selama ini hanya dipelajari secara teori sahaja. Dalam tempoh ini juga, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu seperti tatacara pengurusan organisasi dan juga pelbagai ilmu-ilmu lain lagi. Hal ini membuatkan saya berasa terdorong untuk lebih fokus dan tekun dalam setiap tindakan yang saya lakukan demi mencapai kerjaya yang diidamkan pada masa hadapan. Selain itu, Latihan Amali ini juga turut melatih para pelajar untuk sentiasa bersikap positif, bertanggungjawab dan peka terhadap persekitaran dan mampu untuk membina hubungan yang baik dengan masyarakat serta melahirkan modal insan yang benar-benar memahami akan tanggungjawab sosialnya sebagai mahasiswa yang juga anggota masyarakat. Hal ini secara tidak langsung dapat membuka minda para pelajar akan realiti sebenar sebuah tangunggjawab itu bukanlah hanya sekadar terhadap diri mereka sendiri, bahkan turut terikat dengan masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

Latihan ini juga banyak membantu saya untuk berinteraksi serta bercampur dengan masyarakat tanpa mengira batas umur dan tahap pemikiran mereka. Pengalaman berpraktikal di Rumah Fikir/Ais Ayraf Butik benar-benar memerlukan kami untuk sentiasa berinteraksi dengan masyarakat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya ketika menyelia dan mengendalikan kela-kelas pengajian Rumah Fikir. Hal yang sama turut berlaku ketika mana saya diajukan dengan pelbagai persoalan yang kurang difahami oleh mereka ketika kelas pengajian dijalankan. Keadaan telah memberikan kesedaran kepada saya untuk berusaha

16

dengan lebih gigih dalam menimba ilmu pengetahuan sebagai persediaan bagi melangkah ke alam pekerjaan dengan pengetahuan yang benar-benar mantap.

Oleh kerana Rumah Fikir telah dikembarkan dengan Butik Aisy Asyraf, saya juga secara tidak langsung turut didedahkan dengan selok-belok bidang pengurusan pemasaran dan perniagaan. Meskipun bidang ini tampak jauh bebeza daripada bidang pengajian saya yang asal, saya berasa amat bersyukur kerana setidaktidaknya kami berpeluang untuk merasai pengalaman menceburi bidang perniagaan walaupun dalam tempoh yang tidak begitu lama. Dalam tempoh ini, saya telah berpeluang untuk mempraktikkan sedikit-sebanyak ilmu tentang perniagaan yang pernah kami pelajari dalam kursus Keusahawanan dan Inovasi (CESMED) semasa berada dalam semester dua tahun pertama pengajian saya. Pengalaman ini kami rasakan sangat-sangat berharga kerana kami mungkin tidak akan mendapatnya di tempat lain, apatah lagi bila difikirkan bahawa perniagaan itu sendiri merupakan salah satu daripada pekerjaan Nabi s.a.w dalam lembaran sirah yang terdahulu.

Bagi pihak Rumah Fikir/Aisy Asyraf sendiri, kehadiran kami sebagai pelajar Latihan Amali/Industri di institusi mereka sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban dan melancarkan proses pentadbiran mereka. Hal ini kerana dengan kapasiti kakitangan yang tidak begitu ramai, mereka perlu menguruskan beberapa perkara yang berlainan dan kadangkala diluar bidang tugas mereka pada satu-satu masa. Justeru, kehadiran kami telah membantu mereka bagi melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih cepat dan sempurna.

1.7 MASALAH DAN CABARAN

Sepanjang menjalani Latihan Amali/Industri ini saya mendapati bahawa terdapat beberapa masalah dan cabaran yang terpaksa saya hadapi sama ada sebelum atau semasa berpraktikal. Antaranya ialah: i.

Masalah penentuan penempatan Latihan Amali/Industri Pelajar.

17

Dalam aspek ini, antara permasalahan yang timbul adalah berkenaan dengan penolakan agensi terhadap permohonan-permohonan yang telah dibuat oleh pelajar dengan sebab tertentu. Antaranya ialah faktor kelewatan pihak pentadbiran untuk mengeluarkan surat permohonan pelajar. Malah, ada juga surat permohonan pelajar yang hilang dalam simpanan pentadbiran dan terpaksa membuat permohonan untuk surat yang sama untuk kali yang kedua. Hal ini membuatkan pihak agensi terlebih dahulu memilih permohonan pelajar yang sedia ada. Masalah penolakan dan permohonan agensi baru juga dilihat membebankan pelajar kerana setiap pelajar hanya boleh membuat satu permohonan sahaja pada satu masa. Hal ini menyebabkan pelajar terpaksa mencari agensi yang baharu sekiranya permohonan yang pertama gagal. Sekiranya pelajar boleh memghantar lebih daripada satu permohonan, pelajar tersebut sekurang-kurangnya mempunyai agensi yang kedua sebagai sokongan sekiranya permohonan yang dibuat tidak diterima.

ii.

Tidak diberikan tanggungjawab. Sewaktu melaporkan diri untuk berpraktikal, saya tidak diberikan tugasan yang sepatutnya. Hal ini berkemungkinan kerana ketika itu penyelia saya berada di Vietnam pada minggu yang pertama. Saya hanya menunggu selama 1 hingga 2 minggu, tetapi memandangkan saya masih tetap belum diberi sebarang tugasan. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan meminta tugasan daripada kakitangan yang sedia ada bagi menimba pengetahuan dan pengalaman.

iii.

Kekangan kewangan. Seperti yang sedia maklum, Latihan Amali/Industri kami ini adalah berlangsung semasa cuti semester. Oleh yang demikian, para pelajar tidak mendapat sebarang peruntukan kewangan daripada mana-mana penaja mahupun PTPTN sendiri. Hal ini dilihat membebankan kami kerana kami terpaksa menanggung sendiri kos perbelanjaan harian kami. Meskipun Pusat

18

Zakat dan Baitulmal ada menyediakan dana, namun tidak semua pelajar mendapatnya disebabkan oleh prosedur permohonan yang berperingkat dan memerlukan kepada criteria yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah agensi yang memberikan elaun kepada pelajar, namun elaun tersebut kebanyakannya adalah diperolehi setelah tamatnya tempoh berpraktikal.

iv.

Tempoh masa. Pada pandangan saya, tempoh masa yang diperuntukkan untuk kami menjalani Latihan Amali/Industri adalah singkat iaitu lebih kurang dua bulan setengah. Alangkah baiknya jika tempoh ini dipanjangkan lagi kerana tempoh ini merupakan ruang dan peluang yang terbaik untuk kami menimba pengalaman dan pengetahuan demi untuk melangkah ke alam realiti pekerjaan yang sebenar.

1.8 CADANGAN

Kursus Latihan Amali/Industri ini memberi banyak manfaat dan peluang kepada para pelajar untuk merasai realiti suasana alam pekerjaan yang sebenar dan menimba ilmu serta pengalaman daripada agensi tententu. Namun begitu, kursus ini masih memerlukan sedikit penambahbaikan bagi memastikan ianya berjaya untuk meraih hasil dan kualiti pada tahap yang maksima dan lebih baik.

Setelah menamatkan latihan ini dengan jayanya, saya sebagai orang yang melalui detik ini mencadangkan agar tempoh Latihan Amali/Industri ini dilanjutkan lagi. hal ini kerana saya berpendapat bahawa tempoh yang sedia ada adalah terlalu singkat dan menjadikan kami para pelajar terburu-buru untuk mengejar masa bagi menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama menimba pengalaman serta pengetahuan baharu. Tempoh masa yang singkat ini juga sebenarnya menyebabkan pihak agensi tidak berani untuk memberikan tugasan yang sedikit berat dan mencabar untuk menguji kemampuan pelajar kerana bimbang akan tempoh yang

19

terlalu singkat akan mempengaruhi kualiti gerak kerja dan hasil kerja yang bakal diperolehi.

Selain itu, saya juga menyarankan agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM agar menimbang semula waktu Latihan Amali ini dijalankan. Saya amat berbesar hati sekiranya Latihan Amali ini dijalankan pada semester 2 tahun ke 3 pengajian atau bersamaan dengan semester 6 pengajian semasa. Rasionalnya saya memberi cadangan ini adalah kerana tempoh jarak Latihan Amali dengan Graduasi pelajar adalah sangat hampir. Hal ini secara tidak langsung menjadikan para pelajar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam Latihan Amali mereka kerana mereka tahu tidak lama lagi mereka akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Tambahan pula, pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai alam pekerjaan juga adalah masih baharu.

Akhir sekali, besarlah harapan saya agar pihak Pentadbiran Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM menyediakan sedikit peruntukkan khas bagi tujuan perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh latihan ini dijalankan. Saya tidak menafikan bahawa banyak agensi lain seperti Pusat Zakat UKM, Baitulmal, dan pejabat Setiausaha Negeri ada memperuntukan dana untuk pelajar Latihan Amali ini, namun ianya memerlukan kepada permohonan dan mengambil masa yang agak lama. Selain itu, besar juga harapan saya agar pihak fakulti dan agensi dapat menyediakan satu senarai tugasan atau justifikasi tugasan sama ada secara umum mahupun berfokus. Pada hemah saya, tindakan ini akan memudahkan para pelajar dan agensi itu sendiri untuk bersiap sedia untuk tugasan tersebut disamping dapat melatih para pelajar untuk lebih bersistematik dalam pengurusan kerjaya mereka kelak.

20

1.9 PENUTUP

Setelah bertungkus lumus selama hampir dua bulan, akhirnya berjaya juga saya tamatkan Latihan Amali/Industri ini . Walaupun dengan tempoh masa yang agak pendek, namun ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperolehi amatlah banyak serta berguna bagi bagi diri saya sebagai sebuah manual persediaan awal untuk melangkah kea lam pekerjaan kelak. Terdapat juga pelbagai input positif yang dapat saya diperolehi dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Sekali lagi, jutaan terima kasih saya titipkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu serta memudahkan proses latihan amali industri ini berjalan dengan lancar. Ucapan ini juga saya tujukan kepada pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia di Fakulti Pengajian Islam, barisan pentadbiran Rumah Fikir/Aisy Asyraf Butik, Penyelia UKM serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata dari saya, pengalaman yang diperolehi sepanjang Latihan Amali/Insutri ini adalah merupakan suatu ilmu yang amat bermakna bagi diri saya serta individu lain. Setiap perkara yang dipelajari sepanjang Tempoh latihan ini adalah merupakan proses persediaan yang penting bagi para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Saya juga amat berharap agar pelajar yang akan menjalani kursus ini pada masa hadapan akan berusaha sebaik yang mungkin untuk menggunakan peluang yang diberikan.

21

RUJUKAN

Buku

Log

Latihan

Amali/Industri,2015,Fakulti

Pengajian

Islam,Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Prof.Madya Dr. Jaffary Awang, Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Email: [email protected]

Website: http://rumahfikir.com/

Facebook: https://www.facebook.com/rumahfikir

Instagram: https://i.instagram.com/rumahfikir/

LAMPIRAN

1) Gambar-Gambar Sekitar Latihan Amali.

22

2) Contoh Poster Program/Aktiviti.

23

3) Gambar Aktiviti/Program

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF