8.00 pagi hingga 12.30 tengahari i. 18 orang murid
ii. 6 orang guru iii. 1 orang Pembantu Pengurusan Murid BILANGAN KESELURUHAN
:
AKTIVIT
:
I
25 orang i. Menunggang kuda
ii. Melawat sekitar UTM, Skudai
1.
PENGENALAN
Panitia Pemulihan dan Pendidikan Khas telah mengadakan program lawatan sambil belajar iaitu menunggang kuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin, UTM Skudai. Program ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda. Program ini juga sedikit sebanyak membantu murid untuk mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan menamakan haiwan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini berjalan lancar dan menyeronokkan. Mereka begitu teruja dapat menunggang kuda. Para guru juga tidak melepaskan peluang untuk cuba menunggang kuda. Selain itu penglibatan sekolah lain seperti SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah telah memeriahkan lagi program ini.
2.
KELEBIHAN PROGRAM
Terdapat pelbagai kebaikan program lawatan sambil belajar ini dijalankan. Melalui program ini :i. Murid sangat seronok dan teruja dapat menunggang kuda. ii. Murid dapat menimba pengalaman baru serta menambahkan ilmu pengetahuan. iii. Murid dapat bersosialisasi dan berkomunikasi bersama rakan-rakan baru serta orang awam.
iv. Meningkatkan keberanian serta keyakinan murid terhadap diri mereka sendiri. v. Murid dapat melihat dan mengenal haiwan secara lebih dekat dan realiti.
3.
KELEMAHAN PROGRAM i. Kawalan Murid Disebabkan jamuan makanan disediakan pada jam 10.30 pagi maka ada beberapa orang murid tidak dapat mengawal emosi kerana lapar. Namun, guru-guru dapat mengawal dengan baik dengan memberi murid-murid makanan dan minuman yang dibawa oleh guru dari rumah. ii. Terapi Ada beberapa orang murid tidak dapat memberanikan diri untuk menunggang kuda. Mereka kelihatan takut dan menangis apabila disuruh untuk menunggang kuda. Terapi kuda untuk murid-murid ini boleh dikira berjaya kerana dapat memupuk sifat berani dalam diri murid apabila guru berjaya memujuk murid untuk menyentuh dan mengusap badan kuda. iii. Kuantiti Kuda Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin tidak mencukupi kerana mereka menyediakan 4 ekor kuda sahaja sedangkan terdapat 4 buah sekolah lagi yang menyertai program ini iaitu SJK (T) Ladang Kulai Besar, SK Senai Utama, SJK (C) Pulai dan SK Taman Muhibah. Maka, murid-murid tidak puas bermain dan menunggang kuda. iv. Masa Disebabkan kuantiti kuda yang tidak mencukupi untuk memberi perkhidmatan menunggang kepada 5 buah sekolah maka masa yang ditetapkan oleh pihak Ekuin untuk menunggang adalah terhad iaitu sekitar 5 minit untuk 1 pusingan.
4. CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM i.
Membuat T-shirt seragam untuk guru dan murid bagi untuk kegunaan aktivitiaktiviti luar bilik darjah agar mudah bagi para guru untuk mengenal pasti murid-murid mereka. ii. Membawa bekalan makanan dari rumah untuk mengelakkan murid dalam kelaparan.
iii. Membuat latihan awal sebelum menunggang kuda sebenar seperti mengenal dan menyentuh haiwan terlebih dahulu. iv. Meningkatkan kawalan untuk mengawal murid-murid ketika mengadakan program luar bilik darjah.
5. KOS SEBENAR BI L
1
BIL
Pakej (Tiket, fasilitator, makanan dan minuman)
2
Pengangkutan
JUMLAH
PERKARA
RM 15.00 orang
x
RM 4 x 25 orang
KOS (RM)
25
375.00
100.00
370.00
6. PENUTUP Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi murid-murid pendidikan khas kerana sedikit sebanyak memberi pendedahan mengenai realiti kehidupan masyarakat normal di luar sana. Selain mengenal pengangkutan darat dan haiwan-haiwan, murid-murid juga dapat bergaul dengan orang awam dan melihat situasi sebenar pada tempat yang dilawati. Oleh yang demikian, program
ini seharusnya dilaksanakan pada masa-masa akan datang supaya pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.