contoh karangan upsr
February 22, 2017 | Author: Ang Ah Chai | Category: N/A
Short Description
Download contoh karangan upsr...
Description
Jiran Saya Saya dan keluarga saya tinggal di Pulau Ketam. Kami berjiran dengan Encik Tan. Encik Tan bekerja sebagai nelayan. Beliau selalu menjala ikan di laut. Isterinya pula bekerja sebagai suri rumah tangga. Encik Tan ada seorang anak, iaitu, Siang Wei. Saya dan Siang Wei bersekolah di sekolah yang sama. Kami belajar dan bermain bersama-sama. Encik Tan sangat baik dengan jiranjirannya. Dia selalu membantu jiran yang berada dalam kesusahan jika terdaya.
Pengalaman Bercuti di Rumah Kawan / Kampung Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke rumah Tan di Pulau Ketam. Tan tinggal di kampung nelayan. Rumah Tan terletak berhampiran dengan pantai. Saya berpeluang mengikut bapa Tan menjala ikan di laut. Saya berasa seronok. Pada waktu petang, suasana di pantai sangat indah. Budak-budak bermandimanda di laut. Saya menolong bapa Tan membaiki jala. Cuti sekolah telah tamat. Saya berasa sedih untuk meninggalkan Tan dan keluarganya. Bapa Tan memberi saya ikan masin untuk dibawa pulang. Saya berjanji akan datang lagi ke kampung nelayan itu.
Faedah / Kebaikan Membaca Membaca jambatan ilmu. Orang yang suka membaca akan mendapat banyak kebaikan. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. kita dapat menjawab soalan guru dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat menulis karangan dengan baik. Membaca buku dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, saya suka mengisi masa lapang saya dengan membaca buku cerita, majalah, dan sebagainya. Rajin membaca mempunyai banyak kebaikan. Oleh itu, kita perlu memilih bahan bacaan yang sesuai.
Perhimpunan Sekolah Saya Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan sekolah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid-murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan. Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru bertugas akan mengumumkan beberapa perkara penting kepada murid-murid. Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan, murid-murid masuk ke kelas masingmasing.
Persiapan Ke Sekolah Saya bangun pada pukul 6 pagi. Saya mengemas bilik tidur saya selepas bangun. Saya menggosok gigi sebelum mandi. Selepas itu, saya membersihkan diri dengan menggunakan sabun. Saya mengelap badan saya dengan menggunakan tuala yang bersih. Kemudian, saya memakai baju sekolah. Saya menyikat rambut dengan kemas. Setelah siap, saya bersarapan bersama keluarga. Bapa menghantar saya ke sekolah pada pukul 6:50 pagi. Ayah menghantar saya dengan menaiki basikal.
Kampung Saya / Tempat Tinggal Saya Saya tinggal di Pulau Ketam. Kampung saya ialah sebuah kampung nelayan. Penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina dan Melayu. Kebanyakan penduduk lelaki bekerja sebagai nelayan. Mereka menjala ikan di laut. Manakala, penduduk wanita bekerja sebagai suri rumah tangga. Mereka sangat rajin membuat kerja rumah. Para penduduk di kampung saya sering mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. Penduduk kampung ini hidup dalam aman dan damai.
Sekolah Saya Nama sekolah saya _________. Saya ialah murid Tahun 6 Merah. Sekolah saya dibina pada tahun 1930. Semenjak itu, bangunan sekolah saya banyak berubah. Bilangan murid juga semakin bertambah. Sekolah saya mempunyai kantin, perpustakaan, pejabat guru, taman dan 12 buah bilik darjah. Keadaan di sekolah saya bersih dan selamat. Selain itu, sekolah saya mempunyai 372 orang murid dan 25 orang guru. Semua gurunya baik dan tekun bekerja.
Keluarga Saya Nama saya _______. Keluarga saya terdiri daripada 4 orang iaitu ayah, ibu, abang dan saya sendiri. Nama ayah saya _______. Ayah saya seorang nelayan. Dia menjala ikan di laut. Nama ibu saya _______. Dia seorang suri rumah tangga. Ibu sangat rajin membuat kerja rumah seperti mencuci pakaian dan memasak. Abang saya berumur 14 tahun. Dia seeorang pelajar yang pandai. Saya dan abang selalu membantu ibu dan ayah pada masa lapang.
Orang Yang Paling Saya Sayangi : Bapa Saya Orang yang paling saya sayangi ialah bapa saya. Nama bapa saya ialah _______. Dia seorang peniaga. Dia bekerja di kedainya. Bapa saya berumur 46 tahun. Dia rajin membaca. Dia suka membaca surat khabar dan majalah. Pada waktu petang, bapa dan saya akan bermain badminton di halaman rumah. Kadangkala, saya dan bapa juga berjoging di taman. Bapa sentiasa menasihati saya agar belajar dengan rajin. Saya akan mematuhi nasihatnya.
Diri Saya Nama saya __________. Saya berumur dua belas tahun. Saya tinggal di ___________. Saya belajar di ________. Saya murid Tahun 6 Merah. Saya rajin belajar di sekolah untuk berjaya. Pada waktu petang, saya bermain badminton dengan kawan-kawan saya. Kadangkala, saya pergi ke perpustakaan sekolah untuk membaca buku cerita. Makanan kegemaran saya ialah nasi lemak dan ayam goreng. Ibu selalu menyediakan makanan kegemaran saya pada hujung minggu.
Berkelah Di Tepi Pantai Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkelah di tepi Pantai Merdeka. Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 11 pagi. Saya dan adik membantu ayah dan ibu membawa barang-barang. Kemudian, saya dan adik terus berenang menggunakan pelampung. Ayah dan ibu menyediakan makanan di bawah pokok. Setelah penat berenang dan bermain air, kami duduk di bawah pokok. Kami sekeluarga makan dan minum bersama. Selepas itu, kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah. Walaupun penat, tetapi kami berasa seronok.
Kebaikan Aktiviti Bersukan Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang sihat. Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu banyak bersukan agar badan kita sentiasa sihat dan cergas. Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan bersukan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Semangat bermasyarakat dapat dipupuk dalam perlawanan persahabatan. Oleh itu, bersukan memberikan banyak kebaikan/ faedah/ manfaat kepada kita.
Jenis-jenis Pencemaran Alam Pencemaran alam ialah perbuatan mengotorkan alam sekitar. Pencemaran alam terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu air , udara dan bunyi. Pencemaran air berpunca daripada pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai dan laut. Air yang tercemar menyebabkan ikan mati. Pencemaran udara disebabkan pembakaran secara terbuka dan pelepasan asap dari kilang dan kenderaan. Udara yang kotor boleh menjejaskan penglihatan. Pencemaran bunyi disebabkan bunyi bising daripada kenderaan dan alat hiburan. Bunyi yang bising boleh menyakitkan telinga kita. Pencemaran alam boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kita perlu menyayangi alam sekitar kita.
Kepentingan Hutan Hutan banyak mempunyai kepentingan kepada manusia. Hutan membekalkan oksigen kepada kepada manusia dan haiwan. Tanpa oksigen, manusia dan haiwan akan mati. Hutan juga dapat mengawal suhu permukaan bumi. Hutan merupakan sumber pendapatan kepada rakyat menerusi kegiatan pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan digunakan untuk membuat rumah dan perabot. Hutan juga dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan hakisan tanah. Hutan juga merupakan kawasan tadahan air yang berupaya menyalurkan air bersih kepada manusia. Hutan menjadi habitat flora dan fauna. Penerokaan hutan yang berleluasa akan menyebabkan hidupan liar semakin pupus.
Hutan sangat penting kepada manusia. Oleh itu, manusia perlulah memelihara hutan.
Kebaikan Tinggal Di Kampung / Luar Bandar Terdapat banyak kebaikannya jika kita tinggal di kampung. Udara di kampung lebih bersih. Keadaan di sekeliling kampung lebih aman dan tenang. Kampung juga tidak dicemari oleh bunyi bising. Penduduk di kampung mengamalkan semangat kejiranan. Mereka hidup bergotong-royong dan tolong-menolong antara satu sama lain. Perbelanjaan harian di kampung lebih murah. Dengan itu, kos hidup di kampung lebih rendah berbanding di bandar. Kehidupan di kampung pada masa kini lebih selesa. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, elektrik , sekolah dan sebagainya. Oleh itu, hidup di kampung lebih baik daripada hidup di bandar.
Berita Kebakaran XXXXXXX, 5 Mei – Suatu kebakaran telah berlaku di sebuah rumah kedai yang terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada pukul 3:00 pagi. Ketika kejadian berlaku, orang ramai bertungkus-lumus memadamkan api yang merebak. Pihak bomba tiba 10 minit kemudian. Namun, kebakaran hanya berjaya dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Siasatan bomba mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas. Kebakaran ini menyebabkan kerugian sebanyak RM 500 000. Mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di dewan orang ramai sementara menunggu bantuan. Mereka turut menerima sumbangan daripada penduduk setempat yang prihatin. Pihak bomba menasihati para penduduk agar sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran berlaku.
Kepentingan Menguasai Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan di negara kita. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita menguasai Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan. Rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia untuk berhubung. Selain itu, Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa ilmu. Kita perlu menguasai Bahasa Malaysia untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang. Jika kita menguasai Bahasa Malaysia dengan baik, kita dapat menghasilkan penulisan bermutu. Misalnya, kita boleh menghasilkan sajak, cerpen, novel dan sebagainya. Kita juga boleh menjadi penulis untuk menambah pendapatan. Dengan lain kata, Bahasa Malaysia memberi banyak kebaikan kepada kita. Kita perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.
Melengkapkan Cerita Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat berikut: “......Akhirnya, saya telah menang dalam pertandingan. Semua orang menuju ke arah saya untuk mengucapkan tahniah. Alangkah bangganya saya.” atau “.....Ayah dan ibu memeluk saya sambil mengucapkan tahniah. Saya sangat gembira.”
Jawapan: Saya pandai bermain pingpong, badminton, catur dan sebagainya. Namun, saya paling suka bermain pingpong. Sejak kecil lagi, saya selalu bermain pingpong dengan bapa. Bapa mengajar saya bermain pingpong. Pada masa lapang, saya akan mengajak rakan saya untuk bermain pingpong. Saya dipilih untuk menyertai pertandingan badminton di sekolah. Dengan itu, saya berlatih dengan tekun. Perlawanan tersebut sungguh sengit. Saya bermain dengan bersungguh-sungguh.
Akhirnya, saya telah menang dalam pertandingan. Semua orang menuju ke arah saya untuk mengucapkan tahniah. Alangkah bangganya saya.
Aku Seekor Anjing Aku seekor anjing. Nama aku Bobi. Aku dilahirkan oleh ibuku. Aku berumur 1 tahun. Bulu badan aku berwarna hitam. Aku dipelihara oleh Ah Fei. Tuan aku sangat sayang akan aku. Setiap hari, aku diberi makan. Badan aku kian membesar. Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia menjaga aku dengan baik. Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku akan sentiasa sihat bersamanya.
View more...
Comments