Contoh Karangan Penggal 3 PENGAJIAN AM

September 1, 2017 | Author: Azfar Hassan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

pengajian am...

Description

KARANGAN 1 Malaysia merupakan anggota Pertubuhan ASEAN sejak dari awal penubuhannya. Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN telah membawa banyak manfaat yang mendorong kepada kemajuan negara. Antaranya ialah manfaat dari segi ekonomi. Malaysia telah terlibat dengan pelbagai projek perindustrian yang melibatkan kerjasama antara negara serantau. Antara projek perindustrian ialah Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu. Malaysia juga dapat, memanfaatkan pulangan ekonomi melalui kerjasama perindustrian dengan negara Indonesia melalui Projek Perindustrian Baja Urea. Bukan itu sahaja, Malaysia juga dapat meneroka sumber maritim untuk sektor perikanan, pelancongan, dan perlombongan. Penglibatan Malaysia dalam ASEAN Free Trade Area (AFTA) telah menguntungkan sektor perdagangan dengan adanya Skim Tarif Sama Rata (CEPT). Malaysia juga memperoleh manfaat daripada aspek sosial dan kebudayaan. Melalui program Tahun Melawat Malaysia, keunikan dan kecantikan alam semula jadi Malaysia terutamanya di negeri Sabah, Terengganu, dan Sarawak telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu tarikan pelancong utama di ASEAN. Malaysia juga mendapat manfaat apabila menganjurkan sukan SEA. Malaysia dapat menjalinkan hubungan serantau melalui penganjuran sukan SEA dan seterusnya dapat mengekalkan nama baik negara dalam kalangan negara anggota. Secara tidak langsung, sektor pelancongan ekonomi negara turut berkembang dengan pesat. Seterusnya ialah manfaat dari segi keselamatan. Malaysia bebas daripada ancaman senjata nuklear melalui konsep Zon Bebas Senjata Nuklear ASEAN (SEANWFZ) kerana konsep ini menegaskan bahawa negara luar seperti Rusia, Korea Utara, dan China tidak boleh memiliki, meletakkan dan menggunakan tapak di Malaysia untuk tujuan pengujian bom nuklear. Keselamatan Malaysia juga terjamin melalui konsep Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali (ZOPFAN) yang menekankan kepentingan keamanan dan keselamatan negaranegara anggota. Melalui konsep ini, Malaysia sehingga kini dapat mengelakkan sebarang jenis bentuk penjajahan oleh kuasa asing. Bukan itu sahaja, kedaulatan Malaysia juga dapat dipelihara kerana kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia, dan China tidak boleh mencampur tangan dalam isu-isu di Malaysia. Aspek pendidikan juga mendatangkan banyak manfaat kepada Malaysia. Program-program seperti RESCAM dan RELC telah meningkatkan mutu pendidikan di negara ini terutamanya dalam bidang Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, para penimba ilmu di Malaysia juga dapat mengembangkan potensi mereka dalam mempelajari bahasa Brunei Darussalam dan Indonesia melalui penubuhan MABBIM. Program pertukaran pelajar antara negara anggota ASEAN juga dapat giat dilaksanakan. Secara konklusinya, keanggotan Malaysia dalam ASEAN telah memberi banyak manfaat kepada Malaysia dan keanggotaan ini harus dikekalkan untuk kebaikan yang lebih banyak pada masa akan datang.

KARANGAN 2 Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional sering dikaitkan dengan aktiviti penyeludupan dan pelanunan di kawasan maritim negara lain. Kawalan pintu masuk yang kurang berkesan merupakan punca jenayah rentas benua berleluasa. Negara Malaysia merupakan transit bagi aktiviti penyeludupan yang merupakan satu jenis jenayah rentas benua. Antara penyeludupan yang sering dilakukan ialah penyeludupan barangan dan manusia. Sungai Golok di Kelantan merupakan transit bagi semua aktiviti penyeludupan tersebut. Hal ini demikian kerana kawasan tersebut tidak mempunyai kawalan yang ketat dan penyeludupan dapat dijalankan secara senang dan tanpa dikacau. Hal ini bertambah buruk apabila pihak berkuasa melibatkan diri menjadi orang tengah dalam aktiviti penyeludupan ini untuk mengaut keuntungan. Permintaan terhadap sesuatu barangan ataupun tenaga kerja yang meningkat juga menyebabkan jenayah rentas benua berleluasa. Hal ini kerana, Malaysia berada dalam keadaan sedang membangun. Banyak kilang-kilang perindustrian telah didirikan dan bidang ini memerlukan tenaga kerja. Untuk menjimatkan kos pengeluaran, majikan-majikan tersebut telah memilih untuk mengupah pendatang asing tanpa izin dengan upah yang murah. Sindiket-sindiket penyeludupan telah mengambil kesempatan ini untuk menyeludupkan lebih banyak pekerja asing untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak. Seterusnya, kemajuan teknologi juga menyebabkan jenayah rentas benua semakin berleluasa. Semua urusan-urusan sindiket-sindiket antarabangsa dapat dijalankan secara maya. Perkembangan teknologi menyebabkan pengurusan yang dijalankan oleh sindiket-sindiket antarabangsa sukar dikesan. Kepakaran teknologi yang terhad di Malaysia juga turut menyebabkan pihak polis tidak dapat mengesan sindiket-sindiket tersebut. Operasi tangkapan penjenayah juga akan terbantut. Tindakan yang wajar diambil untuk membanteras jenayah ini ialah bekerjasama dengan negara jiran. Operasi penangkapan dapat dijalankan dengan lancar kerana berlakunya pertukaran maklumat risikan antara negara. Hal ini demikian kerana keupayaan ataupun teknologi Malaysia yang terhad dan ini mampu menyenangkan pihak kerajaan Malaysia dalam operasi penangkapan penjenayah. Latihan bersama juga boleh diadakan dengan negara jiran dalam kerjasama ini untuk menghadapi sebarang pencerobohan oleh lanun. Selain itu, memperkasakan penguatkuasaan undang-undang juga dapat membanteras jenayah rentas benua. Undang-undang harus diperketatkan untuk menghalang penjenayah tersebut mempunyai peluang untuk melakukan jenayah ini lagi. Hukuman yang berat harus diberikan kepada penjenayah yang ditangkap untuk memberikan satu amaran kepada orang lain. Akta-akta dan kawalan yang ketat harus dilaksana supaya tidak memberi peluang kepada sindiket-sindiket melakukannya lagi. Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggungjawab dalam kegiatan membanteras jenayah ini supaya keharmonian dan kedaulatan negara Malaysia dapat dikekalkan.

KARANGAN 3 Malaysia merupakan negara membangun dan pihak kerajaan berusaha untuk membangunkan Malaysia supaya Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Sebenarnya, Malaysia mendapat banyak manfaat dalam bidang ekonomi. Antara manfaat utama yang dinikmati oleh Malaysia dalam bidang ekonomi ialah memajukan pendidikan. Malaysia menggunakan peralatan multi media seperti komputer untuk menjalankan aktiviti pembelajaran supaya kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Malaysia juga menghantar guru ke luar negara untuk belajar supaya menjadikan guru profesional untuk membantu pembangunan negara. Guru profesional juga digaji oleh Malaysia untuk mengajar pelajar supaya pelajar mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Seterusnya, manfaat dalam bidang ekonomi yang dinikmati oleh Malaysia adalah memajukan sektor pelancongan. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia untuk membuat perbelanjaan.

Kedatangan pelancong asing dapat meningkatkan

pendapatan negara kerana pelancong asing membuat perbelanjaan atas penginapan di hotel, makanan dan minuman di restoran, dan barangan buatan Malaysia. Hal ini dapat meningkatkan kadar pertukaran mata wang Malaysia dan dapat meningkatkan pendapatan negara. Manfaat lain yang dinikmati oleh Malaysia dalam bidang ekonomi adalah penggunaan teknologi yang canggih dalam sektor-sektor ekonomi. Untuk meningkatkan teknologi negara, Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Kualiti barang dan perkhidmatan merosot disebabkan oleh teknologi yang rendah dan tradisional. Contohnya, Malaysia telah menggunakan teknologi yang canggih dari negara lain seperti mengimport mesin dari negara Jepun untuk kegunaan dalam sektor pembinaan supaya dapat menghasilkan barang yang berkualiti dan dapat meningkatkan daya saing dengan negara lain. Selain itu, manfaat yang dinikmati oleh Malaysia dalam bidang ekonomi juga termasuklah menambah bilangan sumber tenaga pakar. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar untuk melahirkan modal insan dalam sektor pembinaan dan sektor perkhidmatan. Malaysia menghantar pekerja ke luar negara untuk menghadiri kursus supaya menjadi modal insan untuk pembangunan negara. Malaysia juga mengaji sumber tenaga pakar dari negara asing untuk mengajar pekerja tentang kemahiran menghasilkan barang dan perkhidmatan supaya sektor ekonomi dapat berkembang dengan baik dan kadar pengangguran dapat dikurangkan. Tambahan pula, manfaat yang dinikmati oleh Malaysia dalam bidang ekonomi adalah dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur. Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar dan juga bekerjasama dengan negara luar dalam pelbagai bidang bertujuan untuk menarik minat pelabur asing datang Malaysia untuk melabur supaya Malaysia dapat meningkatkan pendapatan negara dan pelabur asing mendapatkan pulangan modal yang lumayan. Kemasukan pelabur asing dapat mengembangkan ekonomi negara ke luar negara dan juga dapat meningkatkan imej negara. Kesimpulannya, Malaysia telah mendapat banyak manfaat dalam bidang ekonomi melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar. Malaysia akan maju menjadi negara berpendapatan tinggi sekiranya Malaysia menghargai manfaat dalam bidang ekonomi.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF