Contoh Kajian Tindakan Matematik

March 21, 2017 | Author: Nurulhanani Nanys | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kajian tindakan matematik...

Description

1. Tajuk Kajian

Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Masalah Algebra Bagi Pelajar Tingkatan 1 F Dengan Menggunakan Kaedah “Pick And Match”.

2. Nama Penyelidik

2.1 Mat Nazir bin Musa @ Md Salleh 2.2 Ong Siew Siew 2.3 Rushaniah bt Abdul Halim 2.4 Yeow Hon Chong

3. Nama Sekolah SMK Skudai Jaya No 23 Jalan Maju 77000 Skudai Johor Darul Takzim

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sepanjang pengalaman mengajar di Tingkatan 1F, saya mendapati terdapat seramai 10 orang pelajar daripada 35 orang pelajar menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah matematik. Mereka sering tidak dapat melengkapkan kerja rumah yang telah diberi serta tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pelajar-pelajar ini juga hanya memperolehi markah kurang daripada 20 markah dalam ujian 1 bagi mata pelajaran matematik.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada 5 lima pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki. Saya mendapati pelajar-pelajar ini tidak mempunyai asas yang kukuh dalam matematik. Kesemua mereka hanya mampu memperolehi gred D dalam Peperiksaan UPSR. Sebagai guru baru, saya banyak menggunakan kaedah “Chalk and Talk”. Saya mendapati kumpulan pelajar ini tidak menunjukkan minat terhadap pengajaran saya. Mereka sering terpinga-pinga dan keliru apabila saya mengemukakan soalan kepada mereka. Saya sering bertanya kepada diri sendiri adakah

pengajaran saya tidak berkesan dan tidak dapat menarik perhatian kumpulan pelajar ini. Saya rasa saya perlu membuat sesuatu untuk meningkatkan pretasi pelajar serta mutu pengajaran saya.

5. Fokus Kajian

Di antara kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh kumpulan pelajar ini, saya ingin memfokuskan kepada kemahiran mempermudahkan masalah algebra. Saya memilih tajuk ini kerana ia merupakan asas kepada penyelesaian algebra yang perlu dipelajari sehingga ke tingkatan 5.

Kesilapan umum yang sering dilakukan oleh kumpulan pelajar ini ialah: • Tidak dapat membezakan sebutan sama dan sebutan tidak sama. • Keliru bila terdapat lebih daripada satu simbol operasi bagi sebutan

Dengan membantu kumpulan pelajar ini, saya berharap kumpulan pelajar ini dapat menyelesaikan masalah algebra dan pada masa yang sama menarik minat mereka terhadap matematik. Selain itu, saya berharap saya dapat meningkatkan mutu pengajaran melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.

6. Objektif Kajian

Selepas kajian selesai dijalankan, pelajar-pelajar adalah diharap dapat mencapai objektif-objektif berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran kumpulan pelajar ini untuk mempermudahkan masalah algebra tingkatan satu.

ii. Objektif Khusus • Meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengklasifikasikan sebutan-sebutan algebra.

• Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mempermudahkan sebutan algebra yang mengandungi lebih daripada satu simbol operasi. • Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mempermudahkan masalah algebra yang mengabungkan satu sebutan algebra dan integer.

7. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 10 pelajar dari tingkatan 1F yang terdiri daripada 5 pelajar perempuan dan 5 pelajar lelaki.

8. Tindakan Yang Dicadangkan

i. Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dilakukan melalui: • Ujian pra sebelum aktiviti “Pick and Match” • Ujian pasca selepas aktiviti “Pick and Match” • Pemerhatian semasa sesi penyelesaian masalah di hadapan kelas serta penilaian terhadap kerja rumah yang telah diberikan ii. Pelaksanan Program “Pick and Match” a) Guru meminta pelajar menjawab soalan ujian pra sebelum aktiviti “Pick and Match” b) Dalam aktiviti “Pick and Match”, guru memberikan setiap pelajar satu set gambar yang mengandungi buah oren dan epal. Pelajar diminta memadankan gambar mengikut jenis buah yang sama. Kemudian menjumlahkan bilangan buah oren dan juga buah epal

9 oren + 2 epal - 5 oren + 2 epal + 1 oren = 5 oren + 4 epal

c) Guru menerangkan buah oren adalah tidak sama dengan buah epal. Oleh itu, buah oren dan buah epal tidak boleh dikelaskan bersama. Guru menghubungkaitkan buah oren dan epal dengan sebutan algebra.

Jika oren ialah x dan epal adalah integer, maka

5 oren + 4 epal = 5x + 4

d) Guru memberikan satu masalah algebra dan meminta pelajar menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan kad-kad kecil yang disediakan. Pelajar diminta menulis hanya satu sebutan sahaja pada setiap satu kad kecil. Simbol dihadapan sebutan hendaklah ditulis bersama-sama dengan sebutan. 3x – 2 –x + 5 =

e) Pelajar diminta menyusun semula kad-kad kecil ini supaya sebutan yang sama dikumpulkan bersama.

f) Pelajar diminta menjumlahkan sebutan-sebutan yang sama

= 2x + 3

g) Guru menerangkan hasil darab dua simbol operasi , iaitu (-) x (+) = (+) x (-) = (-) x (-) = + (+) x (+) = +

h) Pelajar didedahkan dengan masalah algebra yang lebih kompleks, iaitu mengandungi lebih daripada satu simbol operasi bagi satu sebutan algebra. 4x – (-2) + x -2

i) Pelajar diminta menyelesaikan hasil darab simbol operasi sebelum memadankan sebutan dengan menggunakan kad-kad kecil. j) Selepas aktiviti “Pick and Match”, pelajar diminta menjawab soalan pasca

untuk menilai kemahiran mereka.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 5 Mac 2007 2. Menulis Proposal Kajian 7 Mac 2007 3. Merancang tindakan 9 Mac 2007 4. Melaksanakan tindakan 15 Mac 2007 5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan. 1 April 2007 6. Refleksi kajian 5 April 2007 7. Menulis laporan kajian 10 April 2007 8. Pembentangan dapatan kajian 10 Mei 2007

10. Kos Kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x Harga seunit Jumlah Kos 1. Printer Cartridge 1 x RM 65 RM 65.00 2. Kad Manila 10 x RM 0.60 RM 6.00 3. Pen Marker 10 x RM 2 RM 20.00 4. Buku catatan guru 1 x RM 3 RM 3.00 Jumlah RM 94.00

Ujian Pra/ Praca

Algebra Tingkatan 1

1. X + 5 – 2X + 8 =

2. –X – 6 + X -6 =

3. 2X – 1 + X – 2 =

4. 5X + 5 – 4X – 1 =

5. X + 10 – X – 10 =

6. X – 5 – 5X – 4 =

7. -5X – 8 – 6X – 1 =

8. -2X + 7 – X – 6 =

9. –X – 1 – 2X + 2 =

10. 6X – 5 + 4X -9 =

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF