Construction and Material

August 17, 2017 | Author: Nadirah Kun | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Construction and Material...

Description

PEMBINAAN KAYU OBJEKTIF AM

1

Unit

Memahami konsep–konsep asas kayu, jenis-jenis kecacatan, kesan pembinaan, pengeringan, pengawetan, pemeliharaan, papan lapis, serpihan dan gantian, kemasan, pelarut dan tanggam.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :  Menghuraikan pengkelasan kayu berdasarkan aspek botani, ketumpatan dan kelasakan serta kekuatan.  Menerangkan proses pengeluaran kayu bersaiz piawai.  Menerangkan tatacara pengeringan kayu dengan kaedah semulajadi dan tanur.  Menyatakan sebab-sebab kecacatan kayu/papan dari segi semulajadi dan faktor luaran.  Menerangkan kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan.  Menyatakan tatacara pengawetan kayu dengan kaedah sapuan, semburan, rendaman dan tekanan.  Menerangkan kebaikan dan keburukan kayu sebagai bahan binaan.  Menerangkan jenis-jenis dan kegunaan produk kayu seperti papan lapis, serpihan, gentina, gentian dan lainlain produk terbaru.  Menyatakan jenis-enis kemasan kayu dan kegunaannya seperti wax, syelek, lekar dan cat.  Menyatakan jenis-jenis bahan pelarut dan kegunaannya seperti turpentine, spirit dan thinner.  Menerangkan jenis tanggam dan peringkat struktur seperti lantai, tangga, pintu, tingkap, siling dan kekuda bumbung.

INPUT 1.0

PENGENALAN Cuba anda lihat disekeliling anda, pada bangunan terdapat banyak komponen kayu yang digunakan. Kayu tersebut adalah daripada jenis yang pelbagai. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya:  Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya.  Sebagai bahan perabot  Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat  Untuk membuat alatan dan pemegang  Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.  Dijadikan papan lapis dan papan gantian. Selain dari itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lainlain lagi. Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport kayu yang terkenal di dunia.

1.1

KAYU TEMPATAN Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah:  Kayu lembut seperti damar minyak (Rajah 1.4).  Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak (Rajah 1.1).  Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur, kempas, keruing dan tualang (Rajah 1.2).  Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah (Rajah 1.3).

Rajah 1.1 : Kumpulan Kayu Keras yang sederhana berat

Rajah 1.2 : Kumpulan Kayu Keras yang Berat

Rajah 1.3 : Kumpulan Kayu Keras yang Ringan

Rajah 1.4 : Kayu Lembut

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.1 Pengkelasan Kayu Berdasarkan Aspek Botani, Ketumpatan, Kelasakan dan Kekuatan. Jadual 1.1 : Menunjukkan Senarai Beberapa Jenis Kayu dan Kegunaanya.

Kumpulan

Nama

Ketumpatan

Kekuatan

Kegunaan

Tekanan/Kelasakan

Keras dan berat Gred A

Keras dan sederhana berat Gred B

Keras dan ringan Gred C

3

Cengal Balau/ Selayan batu Kekatong

993kg/m 3 1027kg/m

Merbau

847kg/m

3

9.979N/mm

2

11.38N/mm

2

9.17N/mm

2

Resak

4.9-11.45N/mm

Tembusu

8.00N/mm

2

2

Kempas

926kg/m

3

7.52N/mm

Keruing

926kg/m

3

4.34-9.17N/mm

Kapur Tualang

791kg/m 3 875kg/m

3

6.74N/mm 2 8.0N/mm

2

Nyatuh

758kg/m

2.65N/mm

2

Jelutung

3

2

2

Kapal, rangka, ukiran. Jambatan, landasan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot Rasuk, rangka pintu/tingkap, pemegang alat lantai parket dan panel. Kerja hiasan, parket, perabot, venir dan pemegang alat. Pembinaan berat, tiang rasuk, cerucuk, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu/tingkap, landasan. Pembinaan berat, lantai parket dan perabot. Pembinaan berat, tiang, gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerucuk dan pemegang alat. Pembinaan umu, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori. Kekuda, rasuk dan tiang. Tiang, rasuk, parket, lantai dan perabot. Pintu, tingkap, rasuk tiang, lantai, siling dan perabot. Pensel, patung, bingkai gambar dan pemegang berus.

Meranti

707kg/m

3

Ramin

657kg/m

3

Sepetir

707kg/m

3

Kayu getah Lembut Gred D

3.38N/mm

2

5.93N/mm

2

4.69N/mm

2

Pembinaan ringan, lantai, venir, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel. Hiasan perabot, dinding dalam dan panel. Gerobok, panel dan perabot. Perabot, panel, parket dan susur tangga.

Damar minyak

Panel hiasan, venir, papan lapis dan perabot

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP (1994)

1.1.2 Proses Pengeluaran Kayu Bersaiz Piawai Kayu balak setelah digergaji dikelaskan mengikut ukurannya. Pengkelasan yang berikut adalah terdapat dalam pasaran tempatan. Jadual 1.2 : Jenis dan Ukuran Kayu

Bil 1.

Nama Balak

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Tiang Kayu segi besar Papan Beroti Beroti kecil Papan jalur

Ukuran Potongan kayu daripada pokok atau dahan yang tidak digergaji. 100mmx100mm-150mmx150mm Tebal > 100mmxlebar > 150mm Tebal 12mm-37mmxlebar > 150mm Tebal 37mm-100mm < 150mm Tebal 20mm-37mmx25mm-75mm Tebal < 20mmxlebar < 100mm

1.1.3 Tatacara Pengeringan Kayu Kayu perlu dikeringkan sehingga kandungan lembapannya kurang daripada 15% barulah sesuai digunakan dalam kerja pembinaan, jika kandungan lembapan berlebihan kayu akan mengecut dan mengakibatkan kecacatan pada kerja yang dihasilkan. Oleh sebab itu proses pengeringan kayu merupakan satu langkah yang mesti dilakukan sebelum kayu boleh digunakan. Pengeringan mempunyai tujuan berikut : menambahkan kekuatan, tahan lasakan dan kesenangan kerja. mengurangkan kemungkinan kayu pecah, mengecut dan menggeleding. mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat. mengurangkan berat, menjimatkan kos penghantarannya. untuk kemudahan kerja-kerja mengawet, mengecat dan menggilap. menjadikannya lebih mudah membakar, jika dijadikan sebagai kayu api.

a) Kaedah Pengeringan Secara Semulajadi Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada: Jenis kayu Kandungan lembapan kayu Cara susunannya Iklim cuaca semasa pengeringan dilakukan Proses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

b) Pengeringan Tanur Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam. Selain kaedah-kaedah yang tersebut di atas, terdapat juga kaedah lain seperti pengeringan air, di mana kayu balak dimasukkan ke dalam sungai supaya sebahagian besar ‘sap’ dikeluarkan oleh air. 1.1.4 Sebab-Sebab Kecacatan Kayu / Papan Dari Segi : a) Semulajadi  Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang dialami disepanjang pertumbuhannya boleh menyebabkan kecacatan. Kecacatan yang disebabkan oleh faktor ini ialah berbuku, rekah kipas, rekah bintang, rekah bulat dan ira berpintal. 

Lumut menyerang kayu apabila kayu tersebut lembap dan akan mengakibatkan kayu itu reput. Contoh kecacatan ini ialah reput kering reput basah dan sebagainya.



Serangga merosakkan kayu dengan memakannya. Serangga seperti kumbang, penggerik dan anai-anai menyebabkan kayu berlubang-lubang dan kadangkala terus meruntuhkan sesebuah binaan

b) Faktor luaran  Kecacatan juga berlaku semasa pengeringan. Ini disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah dan menggeleding. 

Kecacatan berlaku semasa kayu balak diproses. Ini disebabkan oleh mesin atau cara kerja. Antara kecacatan jenis ini ialah pecah ira, lekuk, ira pepenjuru dan sebagainya.

1.1.5 Kesan Kecacatan Kayu Terhadap Pembinaan      

Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan serangga/haiwan

1.1.6 Tatacara Pengawetan Kayu : Dengan Kaedah Sapuan, Semburan, Rendaman dan Tekanan 

Ini merupakan pengawetan pada permukaan kayu sahaja. Kemasukan ubat awet ke dalam kayu biasanya tidak melebihi 3mm. Minyak kreosot panas digunakan untuk menyapu. Bahan kimia cecair dalam digunakan sebagai bahan untuk pencelup.



Kayu basah sesuai dicelupkan ke dalamnya kerana ubat awet yang pekat mudah diserap oleh sel-sel kayu. Selepas dicelup, kayu disusun tanpa menggunakan beroti selama beberapa minggu. Pengawetan pada kayu lapis dilakukan dengan mencampurkan ubat awet yang beracun seperti klordan atau arsenik trioksida ke dalam glu semasa kayu lapis dilapikkan. Pengawetan ini menjamin kayu lapis tidak dimakan anai-anai atau dirosakkan oleh serangga lain.



Kaedah tekanan pula memerlukan satu silinder yang bertekanan tinggi, tudungnya ditutup dan kayu dimasukkan kedalamnya.

1.1.7 Kebaikan dan Keburukan Kayu Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya. 1.1.8 Jenis-Jenis dan Kegunaan Kayu : 







Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya. Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan dengan ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya. Papan gentina – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerjakerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot ayng berangka dan sebagainya. Papan gentian – papan ini diperbuat daripada gentian kayu. Gentian kayu ditekan bersama pengikat dijadikan kepingan besar yang sesuai digunakan untuk pembinaan. Papan ini sesuai digunakan untuk kerjakerja dalaman seperti dinding, siling, panel, pintu rata, permukaan perabot yang berangka dan sebagainya.

AKTIVITI 1A

1.1

Namakan lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu.

1.2

Nyatakan proses pengeringan kayu.

1.3

Huraikan proses pengeringan kayu secara semulajadi.

1.4

Apakah kelebihan proses pengeringan tanur dibandingkan dengan proses semulajadi.

1.5

Terangkan kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan serta contoh-contohnya.

SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS BERIKUT !

MAKLUMBALAS

1.1

Lima jenis kayu tempatan yang sesuai digunakan untuk pembinaan lantai kayu ialah kayu resak, kayu tualang, kayu nyatuh, kayu meranti dan kayu balau.

1.2

Proses pengeringan kayu ialah secara semulajadi dan pengeringan tanur

1.3

Proses pengeringan ini lambat dan mengambil masa yang panjang. Dalam proses ini kayu basah disusun dengan cara yang teratur dan dilindungi di bawah bumbung. Kayu tersebut dibiarkan menjadi kering sendiri. Jangkamasa yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis kayu, kandungan lembapan kayu, cara susunannya, iklim cuaca semasa pengeringan dilakukanProses pengeringan ini sukar dikawal. Oleh sebab itu, mutu kayu yang dihasilkan dengan cara ini tidak seragam.

1.4

Kelebihan proses pengeringan tanur ialah kayu dapat dikeringkan dalam masa yang singkat di samping menghasilkan kayu-kayu yang lebih seragam. Stim yang dimasukkan ke dalam tanur dapat mengurangkan retak, mengawal kecacatan dan mempercepatkan proses pengeringan.

1.5

Kecacatan yang berlaku pada kayu melalui proses pengeringan disebabkan kayu-kayu tidak disusun dengan betul, pengeringan tidak seragam, hawa terlalu tinggi, peredaran udara tidak cukup dan sebagainya. Contoh-contoh kecacatan ialah melengkung, piuh, pecah, dan menggeleding.

OK

INPUT 1.2 JENIS-JENIS KEMASAN KAYU DAN KEGUNAANNYA  Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin,rata dan berkilat.  Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh.  Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur.  Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. 1.3 JENIS-JENIS BAHAN PELARUT DAN KEGUNAANNYA  Turpentin – untuk melarutkan cat dan kerja-kerja pembersihan.  Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek  Tinner – untuk melarutkan cat yang lebih pekat kepada lebih cair.  Kerosin - untuk melarutkan lekar 1.4 KERJA KAYU DAN KERJA TANGGAM Tanggam melebar – untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk dijadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot, dinding, lantai dan sebagainya (Rajah 1.5).

Rajah 1.5 : Jenis-jenis Tanggam Melebar

TANGGAM GLU GESEL TANGGAM MELEBAR

TANGGAM PENETAP

TANGGAM LIDAH DAN LURAH

TANGGAM TETINGKAT Tanggam siku – tanggam ini diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat (Rajah 1.6). Rajah 1.6 : Jenis-jenis Tanggam Siku TANGGAM TEMU TETINGKAT

TANGGAM TEMU

TEMU TETINGKAT LIDAH BERPARIT

TANGGAM SIKU

TANGGAM BAJANG HUJUNG LITUP

TANGGAM BAJANG BIASA

TANGGAM RENCONG BIASA

TANGGAM BAJANG TUNGGAL

Tanggam pemidang – tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar, meja, kerusi dan lainlain lagi (Rajah 1.7). Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Pemidang

TANGGAM LEKAP

TANGGAM KEKANG

TANGGAM PEMIDANG

TANGGAM PENETAP

TANGGAM LUBANG DAN PUTING

Tanggam memanjang – tanggam ini diguna apabila menyambung dua keeping kayu untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan.

Rajah 1.7 : Jenis-jenis Tanggam Memanjang TANGGAM SKAF

TANGGAM SAMBUNG JARI

TANGGAM MEMANJANG

TANGGAM PLAT SAMBUNG

TANGGAM SAMBUNG LEKAP

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti di sebelah. Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang masih kabur…..!!!

1.6 Huraikan bahan-bahan berikut: a. lekar b. syelek c. cat 1.7 Nyatakan kegunaan bahan-bahan pelarut berikut : a. turpentine b. thinner c. spirit

1.6

Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh. Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur. Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat.

1.7

Turpentin – untuk mencairkan cat minyak. Spirit – sebagai bahan pelarut untuk melarutkan syelek Tinner – untuk melarutkan cat, lekar dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

PENILAIAN KENDIRI 1. Kayu tempatan mempunyai banyak kegunaan, mahupun diusahakan secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan. Nyatakan di antara kegunaan-kegunaan tersebut? 2. Berikan empat jenis kayu tempatan yang baik yang biasa digunakan untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan lain? 3. Kaedah pengeringan kayu terbahagi kepada dua iaitu pengeringan secara semulajadi dan juga pengeringan secara tanur. Huraikan kaedah pengeringan kayu secara tanur? 4. Berikan kesan-kesan kecacatan kayu yang berlaku terhadap pembinaan? 5. Penggunaan kayu tempatan dalam kerja pembinaan adakalanya lebih tahan lasak dan adakalanya mudah dimakan anai-anai. Nyatakan kebaikan dan keburukan tersebut kayu dalam kerja-kerja pembinaan? 6. Terangkan perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah : a) papan lapis b) papan serpihan 7. Berikan jenis-jenis kemasan kayu beserta dengan bahan-bahan pelarutnya. 8. Terangkan dengan jelas mengenai tanggam siku.

MAKLUMBALAS 1. Terdapat banyak kegunaan kayu diantaranya: a. Sebagai bahan binaan - kayu digunakan untuk membuat tiang, lantai, dinding, rasuk, jambatan, landasan keretapi, cerucuk dan sebagainya. b. Sebagai bahan perabot c. Untuk pembungkusan – secara ringan atau berat d. Untuk membuat alatan dan pemegang e. Sebagai bahan larikan (turnery) dan patung permainan.. f. Dijadikan venir, papan lapis dan papan gantian. g. untuk menghasilkan kertas dan sebagai bahan mentah dalam menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine dan lain-lain lagi. 2. Banyak jenis kayu tempatan yang bermutu tinggi baik untuk bahan pembinaan mahupun kegunaan bahan yang lain. Jenis kayu yang biasanya digunakan ialah: a. Kayu lembut seperti damar minyak b. Kumpulan kayu keras yang berat seperti cengal, balau/selayan batu, kekatung, merbau, tembusu dan resak c. Kumpulan kayu keras yang sederhana berat seperti kapur, kempas, keruing dan tualang. d. Kumpulan kayu keras yang ringan contohnya jelutung, meranti, nyatuh, ramin, sepetir dan kayu getah 3. Dengan pengeringan tanur, kayu dapat dikeringkan dalam masa yang lebih singkat disamping menghasilkan kayu-kayu kering yang lebih seragam. Pada dasarnya, pengeringan tanur ini memerlukan satu relau atau tanur yang dapat mengawal suhu, kelembapan dan peredaran udara. Proses ini dapat dicepatkan dengan meninggikan suhu serta mengawal peredaran udara di dalamnya. Stim juga dimasukkan ke dalam tanur pada hujung proses pengeringan untuk mengurangan retak dan mengawal kecacatan kayu serta mencepatkan proses pengeringan, terdapat beberapa jenis tanur yang digunakan, antaranya ialah tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar dan tanur berkipas dalam.

4. Kesan kecacatan kayu terhadap pembinaan a. Terpiuh - hasil daripada pengeringan yang tidak baik b. Menggeleding – hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sempurna c. Pecah – proses pengeringan yang tidak seragam d. Merekah - hasil daripada proses pengeringan semulajadi yang tidak sepurna e. Melengkung – akibat daripada pengeringan yang tidak stabil f. Berlubang – faktor semulajadi daripada serangan serangga / haiwan

5. Kayu mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Antaranya kebaikannya ialah mudah direkabentuk bagi menghasilkan struktur binaan yang menarik dan mudah diperolehi. Manakala keburukannya pula ialah mudah reput, mudah terbakar, serangan serangga perosak seperti anai-anai, kurang lasak dan memerlukan kos yang tinggi bagi pembinaannya. 6. Perbezaan dan kegunaan kayu-kayu seperti dibawah: Papan lapis – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya. Papan serpihan – merupakan lapisan venir yang diglukan secara bertindih selang-seli. Sekurang-kurangnya tiga lapis venir diglukan denagn ira kayu melintang satu sama lain supaya dapat kekuatan yang lebih. Ia digunakan untuk membuat bahagian-bahagian sekatan di dalam rumah atau bangunan seperti bilik dan sebagainya. 7. Wax – merupakan kemasan yang biasa digunakan sebagai lapisan terakhir untuk mendapatkan satu permukaan yang licin, rata dan berkilat. Syelek – merupakan kemasan yang biasa digunakan pada kayu.Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs. Resin syelek larut di dalam alcohol dan digunakan untuk mengilat kayu. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu dengan berus. Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan ataupun dibeli siap bancuh. Lekar – terdiri daripada jenis resin (nitro–cellulose) ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu ataupun disembur. Cat – cat digunakan dalam perusahaan kayu untuk memberi lapisan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu-bata dan lain-lain lagi. Cecair cat mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. 8. Tanggam siku diperbuat daripada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak yang dibuat secara cepat.

KERJA BATA OBJEKTIF AM

2

Unit

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan susunannya serta jenisjenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :  Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta ukurannya.  Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata potong.  Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.  Membeza dan menerangkan istilah-istilah dalam kerja bata.

I N 2.0 PENGENALAN P U Bata merupakan satuTbahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu. Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen. Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.

2.1

JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

2.1.1 Bata tanah liat Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciriciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

SUDAHKAH ANDA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BATA ?

Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)

Sumber: Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata. Membentuk bata Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Batabata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini

mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya. Pembakaran Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

2.1.2 Bata simen Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm. 2.1.3 Blok Simen Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa. Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga. Rajah 11 : Blok Konkrit

Sumber : Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

 Blok Padu Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 % isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).  Blok Berongga Blok ini mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya. ( Rujuk rajah12 ).

 Blok Bersel Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan senang. ( Rujuk rajah12 ).

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.1.4 Saiz Blok Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja. Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok

Blok

Panjang x Tinggi Tebal (mm) (mm)(saiz kerja) (Saiz Kerja) A (ketumpatan : 390 x 90 75,90,100,140,190

>1500kg/m3)

390 x 190 440 x 225

140,190 75,90,100,140,190,215

B (ketumpatan:
View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF