CIRI-CIRI GURU YANG INTEGRITI

August 13, 2017 | Author: Sunflower | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Guru yang berintegriti...

Description

CIRI GURU BERINTEGRITI

o Integriti - wholeness atau completeness- kesempurnaan o Nillsen 2004, - keikhlasan dan kejujuran o Integriti guru - guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

DEFINISI

ADIL

TELUS

AMANAH

AKAUNTABILITI

ADIL Perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama. Bersikap adil berkait rapat dengan sesuatu keputusan yang dibuat. Setiap keputusan yang hendak dibuat oleh guru memerlukan pertimbangan yang sewajarnya berlandaskan peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang sedia ada. Ini bertujuan bagi mengelakkan setiap keputusan yang dibuat tidak berat sebelah atau berpihak kepada satu pihak sahaja. Sebagai contoh semasa proses pengajaran, guru perlu melayani kehendak murid secara adil dan saksama. Jika tidak, murid akan memberi tanggapan atau melabelkan guru tersebut bersikap tidak adil. Ini akan menimbulkan perasaan benci dan sikap ingin memberontak dikalangan murid terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, ketidakadilan ini akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Sikap benci dan memberontak murid yang wujud ini akan menyebabkan murid tersebut tidak memberikan kerjasama kepada gurunya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila situasi ini berlaku, ia juga boleh mempengaruhi murid-murid yang lain untuk mengikut sikap murid tersebut.

Guru dipertanggungjawabkan untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak murid menjadi insan yang berguna. Persamaannya ialah ia saling berkaitan dengan kepercayaan yang diberikan kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu tugas atau perkara yang dipertanggungjawabkan. Dalam konteks profesionalisma keguruan, seseorang guru harus mempunyai sikap amanah. Mengapa? Guru telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan negara untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan membentuk anak muridnya menjadi insan yang berguna, berdaya saing, berinovasi, sentiasa ingin maju dan sebagainya kepada bangsa dan negara. •

 Dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah pula, guru perlu melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan sama ada oleh pihak kementerian, jabatan, sekolah dan masyarakat selagi ia berkaitan dengan profesion seorang guru. Misalnya, jika Guru Besar mengamanahkan guru tersebut untuk berusaha meningkatkan prestasi muridnya dalam pelajaran, guru tersebut hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru perlu menerapkan nilai amanah dalam diri murid. Guru perlu menegaskan kepada murid supaya sentiasa menyiapkan tugas yang diamanhkan dengan jujur iaitu tidak meniru tugasan atau kerja rumah dengan rakanrakan mereka.

AMANAH

AKAUNTABILITI • guru akan berusaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang telah ditetapkan dengan berkesan. Ini bermakna guru perlu mematuhi dan mengikuti apa yang telah diarahkan oleh organisasinya selagi ia sesuai dan tidak melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang yang sedia ada. Jika peraturan-peraturan sedia ada tidak dipatuhi, maka guru tersebut hendaklah bertanggungjawab terhadap kesalahannya dan tidak menyalahkan orang yang lain. Contoh situasi yang kadang-kadang berlaku di sekolah ialah guru terlupa masuk ke kelas untuk sesi pengajarannya pada waktu yang telah ditetapkan dan memarahi muridnya kerana tidak memberitahunya bahawa waktu tersebut adalah masa pengajarannya. Apabila keadaan ini berlaku, ia menunjukkan guru tersebut tidak mempunyai akauntabiliti yang seharusnya ada pada seseorang guru.. Jadi, bagaimana guru tersebut hendak memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan di dalam bilik darjah. •  

Menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan jujur Contohya guru yang terlibat dalam pengurusan kewangan haruslah telus dalam menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah bagi mengelakkan penyelewengan berlaku. Dalam kelas pula, guru perlu telus terutamanya apabila guru mengutip wang daripada murid untuk membeli buku atau membayar yuran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan pengajaran yang telah dirancang dengan telus bagi mewujudkan pembelajaran murid yang berkesan.

TELUS

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF