Case Study Pks Pedikulosis
August 23, 2017 | Author: Mohd Khairul Neezm Ali | Category: N/A
Short Description
Case study PKS MACH...
Description
PEDIKULOSIS PENGENALAN Pedikulosis merupakan infestasi kutu yang menyebabkan kegatalan pada kulit disebabkan kegatalan, individu tersebut akan selalu menggaru bahagian yang gatal sehingga menyebabkan calar dan ruam pada kuli. Dalam kes yang teruk, pembentukan nanah akan berlaku pada kulit serta mengakibatkan infeksi sekunder. Terdapat tiga jenis kutu iaitu: a) Pedikulosis humanus capitis (kutu kepala) Pedikulosis humanus capitis atau kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak bersayap, bersaiz kira-kira 2-3mm panjang dan lazzim terdapat pada kulit kepala. Parasit daripada keluarga Pediculidae ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina mampu bertelur sebanyak 5-10 biji telur sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Telur kutu berukuran 0.5-0.8mm dan melekat antara 1-2mm dari permukaan kulit kepala. Ia menjadi dewasa dalam tempoh 2 minggu. Kutu kepala tersebar daripada seseorang kepada orang lain melalui sentuhan terus rambut yang bermasalah atau melalui perkongsian barangan individu yang bermasalah seperti sikat rambut, tuala, topi dan bantal. b) Pedikulosis humanus corporis Merupakan kutu pada badan dan pakaian. c) Pedikulosis pubis Merupakan kutu pada ari-ari ataupun di bahagian kemaluan (pubic) atau kutu ketam.
PENYATAAN MASALAH BIODATA PESAKIT No. kad pengenalan:081225-12-1055 No. surat beranak; SB 472026 Jantina: lelaki Tarikh lahir: 25.12.2008 Umur: 6 tahun
PEDIKULOSIS Warganegara: Malaysia Alamat rumah: kampung tombongon Alamat sekolah: Sekolah Kebangsaan ST. Joseph Kiulu
Suhu
36.7°c
Kadar Nadi
85
Ritma nadi
regular
Isipadu
kuat
nadi Pernafasa
22/minit
n Aduan pesakit: Pesakit mengadu rasa sangat gatal yang berterusan pada kulit kepala serta di belakang telinga dan leher selama seminggu. Sejarah penyakit kini: • Pesakit mengalami rasa gatal di kepala terutama pada waktu malam • Tidur selalu terganggu kerana rasa gatal di kepala • Terdapat bintik-bintik merah pada permukaan kepala, leher dan di belakang telinga • Terdapat kesan luka calar dan ruam di kulit kepala akibat digaru oleh pesakit • Terdapat telur-telur yang kecil, berwarna putih dan bersinar, seakan-akan kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan Sejarah penyakit lalu: • Tidak pernah mengalami penyakit atau masalah infestasi kutu kepala sebelum ini • Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan • Tidak mempunyai sebarang alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan Sejarah keluarga: • Tiada anggota keluarga yang mempunyai masalah kutu kepala • Tiada anggota keluarga yang menghidap penyakit kronik sebelum ini. Contohnya penyakit Hipertensi, Diabetes Mellitus, Asma Bronkiol dan penyakit Kardiovaskular
PEDIKULOSIS Sejarah sosial: • Pesakit merupakan seorang yang aktif dan suka bergaul dengan rakan di sekolah • Pesakit selalu berkongsi sikat rambut dengan rakan di asrama sekolah Diagnosis: pedikulosis humanus capitis (kutu kepala) Diagnosis perbezaan: Kelemumur Dermatitis
PENCARIAN LITERATUR DEFINISI:
Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala adalah manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus capitis yang hanya memberi kesan kepada kulit kepala manusia. Pedikulosis amat mudah berjangkit dan biasa berlaku dikalangan kanak – kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya adalah masalah kesihatan komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada kanak – kanak di negara maju dan yang sedang membangun (M. Albashtawy dan
F.Hasna, 2012). Pedikulosis kapitis adalah sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh mendapat jangkitan kutu melalui sentuhan rapat dan melalui perkongsian barang-barang peribadi yang mudah dihinggapi kutu seperti sikat, topi,
PEDIKULOSIS dan pakaian. Semua kenalan rapat yang dijangkiti juga perlu dirawat pada masa yang sama untuk mengelakkan infestasi semula. (John “Lucky”
Meisenheimer, 2012). Menurut (Lyn Guenther, 2012) kutu adalah ektoparasit yang hidup pada badan. Makanan kutu adalah darah manusia. kutu akan menggigit kulit kepala manusia dan menyuntik air liur, yang menyebabkan pesakit merasa gatal. Kutu mampu bertahan di badan manusia. Walau bagaimanapun, kutu akan mati kebuluran dalam tempoh 10 hari jika tidak berada di badan
manusia. Menurut (Lowell A. Goldsmith,2008) sama ada kutu bergerak ataupun tidak,telur boleh dilihat pada kulit kepala dan rambut pesakit. Setiap kutu adalah lebih kurang 1-2 mm panjang dan ber!arna putih-kelabu. Telur kutu melekat pada rambut,dan biasanya terletak sangat dekat dengan kulit kepala. Di samping itu, lebam merah boleh dilihat pada kulit kepala, leher, dan bahu. jika pesakit menggaru dengan kuat,lebam ini boleh menjadi “scabbed”. Adakalanya, nodus limfa di belakang telinga atau pada bahagian leher juga boleh menjadi bengkak.
MANIFESTASI KLINIKAL • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala. • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga. • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan. • Terdapat kesan luka calar dan ruam pada kulit akibat digaru oleh pesakit kerana kepala terlalu gatal.
PEDIKULOSIS • Pembentukkan nanah akan berlaku pada kulit bagi kes yang teruk akibat infeksi sekunder. KOMPLIKASI Infeksi sekunder Anemia
PENGENDALIAN DAN RAWATAN CARA 1 a) Ubat – ubatan ; • Cuci rambut dan keringkan • Sapukan emulsi (mengandungi Pyrithin 0.2 % / Lindane (BHC) 1% / Benzyl Benzoate 12% / DDT 10% ) • Boleh juga gunakan debu racun serangga Lindane 1% atau Malathion 2% • Kemudian syampu rambut dengan sempurna • Keringkan, sikat dan beruskan untuk buang kutu yang telah mati • Lakukan rawatan kedua selang 7 – 10 hari selepas rawatan pertama CARA 2 b) Kaedah alternatif (Jika tiada racun serangga) ; • Boleh gunakan minyak kerosin tulen atau campuran 50% kerosin dengan 50% minyak sayuran • Minyak disapukan pada seluruh kepala • Bungkus kepala selama 1 jam
PEDIKULOSIS • Kemudian syampu rambut, keringkan dan sikat untuk buang segala kutu • Lakukan rawatan kedua selang 7 – 10 hari selepas rawatan pertama
PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH Semasa menjalani kajian tentang pedikulosis di kalangan pelajar sekolah, timbul tanda Tanya bagaimana untuk mengurangkan kes ini: a) Apa penyebab(etiologi) pedikulosis? b) Apakah langkah-langkah pencegahan?
PENYEBAB (ETIOLOGI): Rebakan kutu di kalangan pelajar mudah berlaku secara lansung dengan perkongsian barangan antara pelajar yang bermasalah kutu kepada individu lain melalui ; • Berus atau sikat rambut • Perhiasan rambut • Tuala • Topi • Tudung kepala
PEDIKULOSIS • Bantal • Tilam
Oleh hal demikian, pihak sekolah perlulah prihatin dalam menangani masalah ini dengan mengesan dan membawa pelajar-pelajar yang bermasalah ini untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan misalnya klinik yang berdekatan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga perlu di didik untuk menguruskan diri terutamanya dari aspek kebersihan diri. Justeru, masalah infestasi kutu ini dapat ditangani secara berkesan.
PENCEGAHAN: • Gunakan syampu berubat untuk membunuh kutu • Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu) • Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh • Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan disitu selama sekurang-kurangnya 12 jam • Buangkan telur kutu dengan mencelup sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut • Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu • Elakkan daripada menggunakan losyen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes ini, pembuangan kutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan • Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut
PEDIKULOSIS yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus di rendam dalam losyen kutu atau alkohol selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya • Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan dibawah cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering • Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain • Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan Pegawai Perubatan untuk rawatan • Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan untuk membunuh kutu dan telurnya.
RUMUSAN Sebagai rumusan, infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah lain sekiranya dibiarkan. Misalnya, infeksi sekunder yang mana boleh memudaratkan lagi kesihatan.Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai kutu kepala ini juga akan hilang tumpuan dalam kelas akibat kegatalan kulit kepala. Kutu ini juga boleh merebak kepada rakan-rakan yang lain termasuk guru sendiri.Justeru, amatlah penting untuk mengurus kebersihan diri bagi mencegah infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis. Tambahan itu, saya mempunyai beberapa cadangan sebagai langkahlangkah bagi mengelakkan infestasi kutu ini semakin merebak, iaitu ; • Elakkan tidur dekat dengan rakan yang dijangkiti kutu • Elakkan berkongsi bantal, tilam atau cadar dengan rakan yang bermasalah kutu • Elakkan perkongsian barangan atau aksesori seperti sikat rambut, perhiasan
PEDIKULOSIS rambut dan topi • Elakkan berkongsi atau menggunakan tuala rakan yang mempunyai kutu • Pertingkatkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan masalah infestasi kutu kepala • Jaga kebersihan pakaian termasuk cadar tilam dan sarung bantal untuk mengelakkan risiko pembiakkan kutu • Para pelajar digalakkan untuk berambut pendek bagi mengelakkan pembiakkan kutu. Hal ini kerana kutu suka membiak pada rambut yang panjang dan tebal • Dapatkan rawatan sekiranya mendapat jangkitan kutu • Dapatkan ubat dari pusat perubatan atau farmasi • Elakkan mendekati orang lain terutama bayi sekiranya mendapat jangkitan kutu
RUJUKAN 1. Lowell A. Goldsmith, Lawrence Etter, Lavanya Vaidya Nagaraj & Eliza Myer. (2008, December 22), Head Lice (Pediculosis Capitis), Retrieved on January 14, 2014, from http://www.skinsight.com/infant/pediculosisCapitisHeadLice.htm#selfCa re 2. Lyn Guenther. (2012,February 9). Pediculosis Lice. Retrieved on January 14, 2014, from http://emedicine.medscape.com/article/2250133. John “Lucky” Meisenheimer. (2012), Retrieved on January 14, 2014, from http://www.orlandoskindoc.com/pediculosis_capitis%201.htm 4. M. AlBashtawy & F. Hasna (2012), Pediculosis capitis among primaryschool children in Mafraq Governorate, Jordan. Eastern Mediterreanean Health Journal. EMHJ. Vol 18. Nal. 2012. 5. http://www.uptodate.com/contents/pediculosis-capitis 6. http://myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/ubat-ubatanuntuk-merawat-kutu-rambut 7. Slide show pedikulosis.ppt
PEDIKULOSIS
LAMPIRAN
PEDIKULOSIS
View more...
Comments