Case Study A&E/JABATAN KECEMASAN miokardium infarksi

April 12, 2017 | Author: kenny nana | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Case Study A&E/JABATAN KECEMASAN miokardium infarksi...

Description

PENGENALAN

Nekrosis miokardium akibat gangguan bekalan darah & oksigen dari arteri koronari.Satu proses nekrosis miokardium yang akut akibat bekalan darah terputus secara tiba-tiba. Infarksi miokardium (MI) dikenali sebagai serangan jantung. Ia menyebabkan kerosakan kepada sebahagian dinding jantung yang disebabkan oleh aliran darah menurun (iskemia). Kira-kira 90% daripada kes-kes, MI adalah disebabkan oleh pembentukan darah beku (thrombus) yang menghalang arteri yang membawa darah ke jantung (arteri koronari). Kolesterol yg pecah membina “plak” yang telah terkumpul di dalam arteri koronari dari masa ke masa (aterosklerosis) sering mencetuskan pembentukan thrombus. MI boleh didahului dengan sakit di dada dikenali sebagai angina. Sebab lain MI termasuk vasospasm contohnya, varian angina. Penggunaan dadah yang boleh membawa kepada koronari vasospasm iaitu, methamphetamines dan kokain.Selain itu embolus yang juga boleh menghalang pengaliran darah ke arteri koronari contohnya, dari injap jantung dijangkiti seperti miokarditis.

PENYATAAN MASALAH

NO. PENDAFTARAN : HK00022651 NAMA PESAKIT : Encik A. UMUR : 51 Tahun AGAMA : Kristian PEKERJAAN : Guru Sekolah Rendah JANTINA : Lelaki BANGSA : Dusun ADUAN UTAMA : Sakit Dada SEJARAH PENYAKIT KINI :  Loya/Muntah  Sesak Nafas  Berpeluh Sejuk  Palpitasi DIAGNOSIS : Infaksi Miokardium Akut

PENCARIAN LITERATUR

"Secara umum penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakitpenyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan dan seterusnya serangan jantung” (Dr. Kamil.2009) "Sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang.”(Dr. Haizal Haron Kamar.2011) "Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang.Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini.Obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah.Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok.” (Albert G.A. 1993) Senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti dan amalan gaya hidup tidak sihat.(zahid.2001) “Proses ini dipanggil koronari aterosklerosis yang menyebabkan peredaran darah lemah, miokardium anoksia dan juga miokardium nekrosis.“Dalam kes yang teruk, pesakit boleh meninggal dunia disebabkan jantung terhenti secara tiba-tiba atau dikenali sebagai serangan jantung,” kata pakar runding kardiologi.(Sim H.I.2010) “Penyakit ini berpunca daripada gaya hidup tidak sihat.“Bagi mengelakkan penyakit ini, kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak, kolesterol dan garam, jangan merokok, kurangkan tekanan dan selalu bersenam,”.(Wilson J.P.2004)

PENEMUAN

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun. Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak yang akan menyebabkan strok. Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.Dahulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

PERBINCANGAN

Serangan jantung biasanya berlaku apabila darah beku menyekat aliran darah melalui arteri koronari apabila satu saluran darah yang membekalkan darah ke sebahagian daripada otot jantung tersekat. Aliran darah yang terganggu yang berlaku semasa serangan jantung boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung. Serangan jantung, juga dikenali sebagai infarksi miokardium yang boleh membawa maut. Biasa gejala serangan jantung termasuklah:

 Tekanan, sakit, di dada atau lengan yang boleh merebak ke leher, rahang atau       

belakang loya, masalah pencernaan, pedih hulu hati atau sakit perut Sesak nafas Berpeluh atau peluh sejuk Perasaan bimbang keletihan mempunyai masalah tidur pening

Etiologi:

1. Faktor penggalak: a. Faktor tak terkawal: - peningkatan umur: 40 tahun ke atas - jantina: lebih kerap melibatkan lelaki - keturunan: faktor genetik

b. Faktor terkawal: - pemakanan: kolesterol tinggi. -merokok: tar & nikotin mempercepatkan penyempitan salur darah - alkohol: gangguan bekalan darah menerusi arteri koronari - diabetes melitus: mempradispos penyempitan dan kerosakan salur darah. - obesiti: kaitan dengan hiperlipidemia dan tekanan ke salur darah - kurang aktiviti: pengaliran darah perlahan menggalakkan pemendapan lemak

Faktor-faktor tertentu menyumbang kepada pembentukan lemak deposit (aterosklerosis) yang menyempitkan arteri di seluruh badan, termasuk arteri ke jantung adalah:  Umur. Lelaki yang berumur 45 atau lebih dan wanita yang berumur 55 atau lebih tua lebih cenderung untuk mempunyai serangan jantung berbanding adalah lelaki dan wanita muda.  Tembakau. Merokok dan pendedahan jangka panjang kepada asap rokok boleh merosakkan dinding arteri termasuk arteri ke jantung keadaan ini membolehkan deposit kolesterol dan mengakibatkan aliran darah perlahan.  Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri terutamanya koronari arteri.  Kolesterol Darah tinggi atau paras trigliserida. Kolesterol adalah sebahagian besar bahan deposit yang boleh menyempitkan arteri di seluruh badan  Sejarah keluarga serangan jantung. Jika adik-beradik, ibu bapa atau datuk dan nenek telah mempunyai serangan jantung awal ,pesakit mungkin mempunyai risiko yang tinggi.  Kekurangan aktiviti fizikal. Gaya hidup tidak aktif menyumbang kepada paras kolesterol yang tinggi dalam badan.Mereka yang sering melakukan latihan aerobik yang kerap mempunyai kecergasan kardiovaskular yang lebih baik, seterusnya boleh mengurangkan risiko serangan jantung. .

 Penggunaan dadah haram. Menggunakan ubat-ubatan perangsang seperti kokain atau amfetamin, boleh mencetuskan kekejangan arteri koronari anda yang boleh menyebabkan serangan jantung.  sejarah praeklampsia. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah tinggi semasa mengandung, dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung seumur hidup

Pelbagai ujian yang boleh dilakukan bagi memastikan seseorang pesakit itu mengalami penyakit jantung, antaranya:  Elektrokardiogram (ECG). Ini adalah ujian utama yang dilakukan untuk mendiagnosis serangan jantung. Ujian ini merekodkan aktiviti elektrik jantung pesakit melalui elektrod yang dipasang pada kulit pesakit. Impuls direkodkan sebagai gelombang lalu dipaparkan pada monitor serta dicetak di atas kertas. kecederaan otot jantung tidak menjalankan impuls elektrik jadi ECG boleh menunjukkan bahawa serangan jantung telah berlaku atau sedang berlaku .

 Ujian darah dilakukan bagi mengesan kardiak enzim. Semasa berlakunya kerosakan tisu jantung,enzim tersebut akan di rembeskan ke dalam salur darah.  X-ray dada. Imej X-ray dada dapat memeriksa saiz jantung dan saluran darah serta mengesan jika berlakunya pengumpulan cecair di dalam paru-paru.

Penyakit ini jika tidak diberikan rawatan yang segera boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi yang serius dan boleh mengancam nyawa.Antara komplikasi lain yang boleh berlaku adalah . 1.Aritmia jantung: - takikardia ventrikel - fibrilasi ventrikel - fibrilasi atrium 2. Kegagalan jantung 3. Renjatan kardiogenik 4. Embolisme pulmonari 5. Ruptur dinding jantung/otot papilari 6. Aneurisme jantung 7. Edema pulmonari 8. Sindrom Dressler/Perikarditis 9. Serangan berulangan

CADANGAN PENYELESAIAN

Rawatan serangan jantung di hospital

Jika berlaku serangan jantung, rawatan serangan jantung di hospital berbeza-beza bergantung kepada keadaan. Pesakit boleh dirawat dengan ubat-ubatan, menjalani prosedur invasif atau kedua-duanya bergantung kepada keterukan keadaan dan jumlah kerosakan pada jantung tersebut. Antara ubat-ubatan diberikan untuk merawat serangan jantung termasuk:

 Aspirin. Aspirin mengurangkan pembekuan darah, oleh itu membantu mengekalkan aliran darah melalui arteri yang sempit.  Thrombolytics. membantu melarutkan darah beku yang menyekat aliran darah ke jantung. Lebih cepat pesakit menerima ubat trombolitik selepas serangan jantung, lebih besar peluang untuk terus hidup dan mengurangkan kerosakan kepada jantung.  Superaspirins. Doktor di bilik kecemasan boleh memberi anda ubat-ubatan lain yang agak serupa dengan aspirin untuk membantu mengelakkan pembekuan baru daripada terbentuk. Ini termasuk ubat-ubatan, seperti clopidogrel (Plavix) dan lain-lain, yang dikenali sebagai perencat platelet pengagregatan.  Analgesik. seperti morfin, untuk mengurangkan ketidakselesaan anda.  GTN. Ubat ini digunakan untuk merawat sakit dada (angina), sementara membuka saluran darah arteri, dan meningkatkan aliran darah ke jantung.  Beta Bloker. Ubat ini membantu otot jantung berehat, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan darah.Beta bloker boleh menghadkan jumlah kerosakan otot jantung dan mencegah serangan jantung berlaku lagi  ACE inhibitors. Ubat ini mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan pada jantung. RUMUSAN

Kesimpulannya, infarksi miokardium adalah nekrosis miokardium akibat gangguan aliran darah ke otot jantung.. Infarksi miokardium biasanya disebabkan oleh trombus arteri koronari,prosesnya bermula dengan ruptur yang kemudian diikuti oleh

pembentukan trombus oleh trombosit. Lokasi dan luas infarksi miokardium berrgantung pada jenis arteri yang berlakunya pengumpulan darah beku dan gangguan aliran darah., antara gejalanya seperti sakit pada dada kiri merebak ke bahu kiri, leher kiri dan lengan atas kiri, selalunya selama 30 minit sehingga beberapa jam, sifatnya seperti ditusuk-tusuk, ditekan serta takikardia, Kadang-kala berlaku juga loya dan muntah. Bagi mereka yang tidak menghidapi penyakit ini,mereka boleh mengambil langkah-langkah pencegahan seperti bersenam,elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan kolestrol,elakkan tekanan emosi,jangan mengambil minuman keras dan juga merokok. Bagi yang sudah menghidapi penyakit ini,adalah digalakkan supaya mengambil ubatan yang ditetapkann oleh doktor secara berterusan bagi mengelakkan kejadian serangan jantung berulang

RUJUKAN



Wilson AM, Ryan MC, Boyle AJ (2006). "The novel role of C-reactive protein in cardiovascular disease: risk marker or pathogen". Int J Cardiol 106 (3): 291–7.



Bowlby LJ, Rogers WJ (1996). "A composite view of cardiac rupture in the United States National Registry of Myocardial Infarction". J Am Coll Cardiol 27 (6):



1321–6. Beamer AD, Lee TH, Cook EF, Brand DA, Rouan GW, Weisberg MC, Goldman L (1987). "Diagnostic implications for myocardial ischemia of the circadian variation



of the onset of chest pain" Smith A, Aylward P, Campbell T, et al. (2003). Therapeutic Guidelines: Cardiovascular (4th ed.). North Melbourne: Therapeutic Guidelines. ISSN 1327-



9513 Charakida M, Tousoulis D (2013). "Infections and atheromatous plaque: current therapeutic implications.". Current pharmaceutical design 19 (9): 1638–50.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF