Case Stdy Ot Scrub Nurse

July 19, 2017 | Author: Shivaneshwari Ranganathan | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Case Stdy Ot Scrub Nurse...

Description

PENGENALAN Scrub nurse merupakan seorang jururawat yang terlatih khas yang bekerja dengan doktor pakar dan pasukan perubatan di dalam bilik pembedahan. Jururawat scrub amat berharga dalam anggota pasukan pembedahan, memberi sokongan dalam bilik pembedahan dan rawatan pesakit luar. Jururawat scrub memang sudah biasa dengan pelbagai prosedur. Secara definisinya, scrub nurse adalah seseorang yang menscrubkan atau mensterilkan diri dan menjaga serta bertanggungjawab ke atas segala barang steril di sekeliling ketika sesuatu pembedahan iaitu sebelum, semasa, dan selepas pembedahan. Scrub nurse juga boleh dikatakan seseorang yang membantu pakar bedah dalam setiap pembedahan. Semasa saya berada di dewan pembedahan, kesemua jenis pembedahan adalah satu usaha yang sukar , dan ia memerlukan satu pasukan sokongan yang besar daripada professional perubatan untuk memastikan bahawa pembedahan itu berjalan dengan lancar. Jururawat scrub juga dikenali sebagai jururawat perioperative.

Perioperative

kejururawatan melibatkan penjagaan pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Pada umumnya, jururawat scrub sebenarnya sepenuhnya “digosok” untuk pembedahan, bermaksud bahawa dia telah menggunakan sabun khas dan memakai pakaian steril supaya jururawat boleh melakukan tugasnya di bidang pembedahan.

Jururawat scrub juga

menyediakan instrumen kepada doktor dan membantu memerhatikan keadaan pesakit. Jururawat scrub juga biasa dengan pengendalian peralatan bilik kecemasan.

PENCARIAN LITERATURE Peranan scrub nurse yang utama adalah untuk bekerja secara langsung dengan pakar bedah , biasanya berada di kawasan yang steril serta mengedarkan instrumen yang sesuai, swab dan suture dengan cara yang kukuh mengikut arahan yang digunakan semasa sesuatu prosedur. ( Haytham al- khaffaf,1990 )

Seorang scrub nurse harus mengetahui prosedur bedah, anatomi dan fisiologi yang terkait dengan prosedur pembedahan. ( Mary Baradero,1991 )

Scrub nurse akan menyediakan instrumen , walaubagaimanapun dia tetap steril semasa pembedahan dilakukan dan mengedarkan instrumen kepada doktor.

Sekiranya, ahli

teknologi pemantauan mempunyai masalah steril, stimulators, elektrod atau kabel untuk kegunaan pakar bedah , ini akan diedarkan secara steril kepada scrub nurse. ( Aatif m. Husain, 2008 )

Scrub nurse perlu memastikan bahawa pesakit berada pada kedudukan yang betul atas meja operasi untuk mengelakkan berlakunya nerve compression, burns and injuries. Scrub nurse perlu mengetahui pelbagai peringkat pembedahan dan teknik mengendali operators. ( Frank Novak, 1987 )

PERBINCANGAN

Sepanjang tempoh 2 minggu, saya menjalani praktikal di dewan bedah Hospital Tuanku Fauziah saya mendapati bahawa tanggungjawab seorang scrub nurse adalah memang rumit. Saya dapat memerhatikan tugas-tugas yang dilakukan oleh scrub nurse dalam setiap prosedur pembedahan. Sebelum memulakan operasi, scrub nurse perlu memastikan bahawa jururawat circulating telah menyemak peralatan yang telah diedarkan dengan betul, memastikan bahawa dewan bedah telah dibersihkan sebelum penyediaan troli, menyediakan instrumen dan peralatan yang diperlukan dalam operasi pembedahan, penggunaan teknik steril untuk scrubbing, gowning, dan gloving, menerima peralatan steril melalui jururawat circulating dengan menggunakan teknik yang steril . Selain itu, scrub nurse juga membantu pakar bedah.

Apabila pakar bedah tiba selepas

scrubbing, membantu dengan gowning dan gloving kepada doktor dan pembantu pakar bedah dengan segera, memasang drapes yang sesuai untuk digunakan, mula dengan towel, towel clips, draw sheet dan scrub nurse akan membantu dalam draping pesakit aseptically mengikut prosedur rutin. Bukan itu sahaja, akan menyediakan jahitan dan jarum mengikut penggunaan doktor. Semasa pengendalian pembedahan, scrub nurse memainkan peranan yang besar . Antaranya, hendaklah mengekalkan sterility di sepanjang dan seluruh prosedur yang dilakukan, kesedaran tentang keselamatan pesakit.

Scrub nurse perlu mengekalkan

sterility. Di akhir operasi pembedahan, scrub nurse bertanggungjawab menjalankan kiraan span dan instrumen dengan circulating nurse, memberitahu doktor mengenai hasil kiraan akhir, membersihkan instrumen dan peralatan, selepas prosedur pembedahan membantu

melakukan dressing kepada pesakit, menyediakan dokumentasi dan seterusnya menghantar pesakit ke bilik pemulihan.

Jururawat scrub adalah seorang jururawat yang dilatih khas yang bekerja dengan pakar dan pasukan perubatan di dalam bilik operasi. Jururawat Scrub amat berharga dalam anggota pasukan pembedahan , memberi sokongan dalam bilik pembedahan dan rawatan pesakit luar. Kerjaya dalam bidang kejururawatan sentiasa berkembang kerana professional ini penting dalam penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.

RUMUSAN Peranan seorang scrub nurse bukanlah sesuatu yang amat mudah. Seorang scrub nurse haruslah mengetahui tentang prosedur pembedahan, anatomi, dan fisiologi yang berkait dengan sesuatu prosedur pembedahan yang dijalankan. Scrub nurse perlu bersedia dengan sempurna dari segi fizikal dan emosi bagi mengendalikan kes-kes pembedahan yang dilakukan. Justeru, scrub nurse juga mesti mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh berinteraksi dengan pesakit, dan kakitangan perubatan. Scrub nurse juga harus mempunyai kekuatan fizikal dan stamina yang diperlukan untuk meletakkan pesakit di pembedahan dan persediaan peralatan pembedahan . Secara amnya, , seorang scrub nurse harus memiliki keterampilan manual dan kecekapan serta mengikuti prinsip teknik aseptik dengan ketat. Ia biasanya melaksanakan tugasnya secara konsisten dan menjamin sterility selama pembedahan berlangsung.

RUJUKAN

Retrieved from http://www.wisegeek.com/what-is-a-scrub-nurse.htm. A, M. (1998). How theatre nurses perceive their role:a study.Nurs Stand 1 . Baradero, M. (1991) Prinsip dan Praktik Keperawatan Perioperatif. Husain, A. M. (2008) A practical approach to neurophysiologic intraoperative monitoring. Novak, F. (1978). Surgical gynecologic techniques.

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR KEDAH

TAJUK PERANAN SCRUB NURSE DALAM DEWAN BEDAH

PENEMPATAN DEWAN BEDAH HOSPITAL KANGAR

DISEDIAKAN OLEH SHIVANESHWARI A/P RANGANATHAN 900810-01- 6308 DBMA090420

TARIKH PENEMPATAN 26/09 /2011 – 07/10/2011

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF