May 8, 2017 | Author: Salmawati Shamsudin | Category: N/A
Untuk panduan lengkap cara menjahit baju kurung tradisional, baju kurung moden, baju kurung riau/ pahang, baju melayu le...
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Cara Menjahit Pelbagai Jubah Panduan Langkah Demi Langkah
www.panduanbajukurung.com
panduanbajukurung.com@ copyright
1
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Disclaimer Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan, juga bagi anda yang sudah lama menceburi bidang jahitan ataupun anda yang sememangnya sudah pakar dan ingin menambah ilmu yang mungkin tiada pada anda. Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit pelbagai jenis jubah. Pihak www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dan kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.
Amaran • • • •
Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com Ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah yang dikeluarkan oleh www.panduanbajukurung.com. Anda dibenarkan mengedarkan ebook ini dengan syarat tidak mengubah sebarang isi kandungannya. Di dalam ebook ini, anda ditunjukkan cara melukis pola peplum dan cara memotong kain berdasarkan pola tersebut.
Ditulis Oleh: Salmawati Shamsudin H/p: 013-2819152 Email:
[email protected]
panduanbajukurung.com@ copyright
2
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah Panduan ini hanya menunjukkan cara melukis dan memotong bahagian bawah peplum. Cara ini boleh digunakan samada untuk menjahit jubah atau blouse peplum. Ini adalah sebahagian daripada isi kandungan Ebook Cara Jahit Pelbagai Jubah daripada www.panduanbajukurung.com. Anda boleh menggunakan pola baju kurung moden sebagai pola bahagian atasnya.
CARA MELUKIS POLA BAHAGIAN BAWAH PEPLUM Secara asasnya, terdapat dua jenis bentuk peplum iaitu: 1) Peplum Bulatan Penuh. Apabila dicantumkan kedua-dua belah belakang dan depan bentuknya merupakan sebuah bulatan penuh. 2) Peplum Setengah Bulatan. Apabila dicantumkan kedua-dua belah belakang dan depan bentuknya merupakan setengah bulanan.
Sebelum melakar pola peplum. Ukur panjang garisan yang telah dilukis pada pola di mana bahagian bawah peplum akan diletakkan. Kebiasaannya peplum diletakkan pada garisan pinggang atau sedikit ke bawah dari garisan pinggang.
panduanbajukurung.com@ copyright
3
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah Di dalam panduan ini, peplum akan diletakkan di garisan melintang YZ, iaitu sedikit ke bawah dari garisan pinggang. Anda juga boleh menentukan di mana bahagian peplum ingin diletakkan dengan memakai baju sedia ada, kemudian tandakan di mana bahagian peplum ingin diletakkan. NOTA: Sila abaikan semua garisan dan huruf di dalam illustrasi di atas. Tumpukan perhatian hanya kepada garisan melintang YZ.
1) Peplum Bulatan Penuh Untuk menghasilkan Peplum Bulatan penuh, bahagi ukuran tersebut dengan 1.57. Bahagi sebarang ukuran yang didapati dengan 1.57. Contoh: Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci 21.25 sm dibahagi dengan 1.57 = 21.25 sm / 1.57 = 13.5 sm 8.5 inci / 1.57 = 5.4 inci 5.4 inci = 13.5 sm Labuh jubah pula = Garisan melintang YHB seperti ditunjukkan dengan garisan merah di dalam gambar di atas. Contoh: 37 inci = 94 sm
2) Peplum Setengah Bulatan Untuk menghasilkan Peplum Setengah Bulatan, bahagi ukuran tersebut dengan 0.785. Bahagi sebarang ukuran yang didapati dengan 0.785. Contoh: Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci 21.25 sm dibahagi dengan 0.785 = 21.25 sm / 0.785 = 27.1 sm 8.5 inci / 0.785 = 10.8 inci 10.8 inci = 27.1 sm Labuh jubah pula = Garisan melintang YHB seperti ditunjukkan dengan garisan merah di dalam gambar di atas. Contoh: 37 inci = 94 sm
panduanbajukurung.com@ copyright
4
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Ukur bermula dari bucu kertas. Untuk pola peplum bulatan penuh, tandakan 13.5 sm. Untuk pola peplum setengah bulatan, tandakan 27.1 sm.
Untuk pola peplum bulatan penuh, kesemua titik yang ditanda di ukur 13.5 sm dari bucu kertas. Untuk pola peplum setengah bulatan, kesemua titik yang ditanda perlu di ukur 27.1 sm dari bucu kertas. Contoh di dalam gambar menunjukkan titik-titik merah yang ditanda untuk pola peplum bulatan penuh. panduanbajukurung.com@ copyright
5
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Kemudian, sambungkan titik-titik tersebut menggunakan pembaris lengkung mengikut lengkungan yang sesuai. Lengkungan ini adalah lengkungan bagi bahagian atas pola.
Lipat kertas tersebut kepada dua bahagian. Lipat di bahagian tengahnya.
panduanbajukurung.com@ copyright
6
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Lipat sekali lagi. Lipat tengahnya. Ulang lipatan beberapa kali.
Apabila kertas dibuka, ianya akan kelihatan begini.
panduanbajukurung.com@ copyright
7
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Kemudian, ukur labuh peplum yang dikehendaki berdasarkan ukuran pola jubah yang telah dilukis sebelum ini. Ukur bermula dari garisan yang telah dibuat sebelum ini. Garisan tersebut ditunjukkan dengan garisan kuning. Contoh: 53 inci = 94 sm
Ukur 53 inci bermula daripada lengkungan yang telah dibuat, seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. Ukur mengikut kesan lipatan kertas. Tandakan seperti ditunjukkan dengan titiktitik merah.
panduanbajukurung.com@ copyright
8
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Sambungkan titik-titik merah tersebut menggunakan pembaris lengkung. Lengkungan tersebut diwakili dengan garisan lengkung berwarna biru di dalam gambar. Lengkungan ini adalah lengkungan untuk bahagian bawah pola. Untuk pola peplum bulatan penuh, panjang lengkung bahagian atas pola perlu sama dengan saiz yang telah diukur daripada pola sebelum ini. Panjang lengkung sama dengan panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci Untuk pola peplum separuh bulatan, panjang lengkung bahagian atas pola perlu sama dengan saiz yang telah diukur daripada pola sebelum ini, dan didarab dua. Panjang garisan melintang YZ = 21.25 sm = 8.5 inci Jadi, panjang lengkungnya adalah 21.25 didarab 2 21.25 sm X 2 = 42.5 sm 8.5 X 2 = 17 inci Kebiasaannya, saiz lengkungan bagi kedua-dua jenis pola bulatan penuh atau bulatan separuh hanya sedikit berbeza dengan saiz yang diperlukan. Biasanya disebabkan anda terlebih melengkungkan atau kurang melengkungkan bahagian tersebut. Perbezaan saiz yang sedikit boleh disesuaikan apabila anda memotong kain. Jika perbezaannya terlalu banyak, semak semula lukisan yang anda telah buat. Kemungkinan anda menanda di tempat yang salah atau membuat kiraan yang silap. panduanbajukurung.com@ copyright
9
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah Kemudian, potong mengikut bentuk lengkung di atas dan bawah kertas.
Pola bulatan penuh yang telah dipotong akan kelihatan begini. Pola separuh bulatan juga akan kelihatan begini, bezanya hanya pada kedudukan lengkungan kecil yang ditunjukkan di dalam gambar.
panduanbajukurung.com@ copyright
10
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Cara Memotong Peplum. Cara memotong kain Peplum Bulatan Penuh dan Peplum Setengah Bulatan adalah berbeza. Pastikan anda sudah mengukur lengkungan peplum tersebut seperti ditunjukkan di mukasurat 9. Berikut adalah cara memotong Peplum Bulatan Penuh:
Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan pola di atasnya. Letak pola betul-betul selari dengan bahagian lipatan kain seperti didalam gambar.
Tanda setengah inci di sekeliling pola seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. Tanda 1 inci pada bahagian yang ditandakan dengan garisan merah. Pinkan pola dan potong. panduanbajukurung.com@ copyright
11
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Kain yang telah dipotong akan kelihatan begini apabila dibuka. Ianya berbentuk separuh bulatan. Ulang langkah yang sama untuk memotong sekeping kain lagi. Menjadikannya dua keping, sekeping untuk bahagian depan dan sekeping untuk bahagian belakang. Dua keping kain menjadikannya satu bulatan penuh. NOTA: Disebabkan kain yang digunakan di dalam contoh ini agak nipis, bahagian bawah kain agak jelas kelihatan. Untuk jubah anda, gunakan kain dengan ketebalan yang bersesuaian.
panduanbajukurung.com@ copyright
12
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah Cara Memotong Peplum Setengah Bulatan:
Terus letak pola pada kain tanpa melipat kain.
Tanda setengah inci di sekeliling pola seperti ditunjukkan dengan garisan kuning. Tanda 1 inci pada bahagian yang ditandakan dengan garisan merah. Pinkan dan potong.
panduanbajukurung.com@ copyright
13
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Kain yang telah dipotong akan kelihatan begini apabila dibuka. Ulang langkah yang sama untuk memotong sekeping kain lagi. Menjadikannya dua keping, sekeping untuk bahagian depan dan sekeping untuk bahagian belakang. Dua keping kain menjadikannya setengah bulatan. Kain yang telah dipotong sedia dijahit menjadi jubah atau blouse peplum.
TAMAT.
panduanbajukurung.com@ copyright
14
Cara Menjahit Pelbagai Jubah – Panduan Langkah Demi Langkah
Dapatkan Ebook: 1) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi 2) Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang 3) Jahit Baju kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik 4) Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar 5) Jahit Pelbagai Jubah (A Cut, Moden, Princess, Empire, Peplum) Ebook disertakan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah demi langkah bagi memudahkannya diikuti secara praktikal. Untuk melihat apa kata mereka yang telah BERJAYA menjahit berpandukan ebook di atas, sila buka: https://www.facebook.com/PanduanBajuKurung. Kemudian, klik bahagian ‘photos’ dan lihat album “Testimonial Ebook Menjahit”. Untuk melihat detail isi kandungan ebook, sila klik link ini: http://www.panduanbajukurung.com/ (Laman Utama) Untuk detail harga dan proses pembelian, sila klik link ini: http://www.panduanbajukurung.com/order.htm
TAMBAH ILMU ==> TAMBAH KEMAHIRAN ==> TAMBAH PENDAPATAN
panduanbajukurung.com@ copyright
15