Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu
August 30, 2017 | Author: Mohaspa Mohd Hassan | Category: N/A
Short Description
Bahasa Melayu tercabar di tanah airnya sendiri. Status sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dibayangi oleh sikap m...
Description
“Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu” 1.0
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa paling ramai penutur di dunia. Berdasarkan kenyataan ini dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu telah memalui perjalanan yang panjang sehingga berkembang seperti yang ada sekarang ini. Walau bagaimanapun perdebatan mengenai asal usul bangsa dan bahasa Melayu masih lagi berterusan sehingga ke hari ini Melayu berasal dari Campa dan telah tersebar luas ke seluruh Nusantara. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa asal usul orang Melayu ialah dari Kepulauan Borneo yang kemudiannya berhijrah ke serata Asia Tenggara (Nik Safiah Karim dll, 2009:3). 2.0
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Dalam membicarakan sejarah perkembangan bahasa Melayu para pengkaji cenderung untuk membuat tahapan berdasarkan perubahan-perubahan signifikan yang berlaku dalam bahasa Melayu. Disebabkan itu kita sering terbaca tahapan-tahapan seperti bahasa Melayu, kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Selain daripada itu ada juga pengkelasan berdasarkan perkembangan politik di Kepulauan Melayu misalnya zaman kerajaan Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya. Ada juga yang mengambil kira pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit. 2.1
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik 1
digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir alquran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan. Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam. Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu. Tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David 2
Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali Abdul Rashid Melebek Amat Juhari Moain (1992:1062) . 2.2
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusatpusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskripmanuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini. Zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan kedudukan bahasa Melayu diangkat ke persada paling tinggi iaitu ditetapkan sebagai bahas rasmi dan bahasa kebangsaan negara, seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Semenjak itu banyak perubahan telah berlaku dalam bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan memperkasa bahasa Melayu telah menjalankan banyak usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Antara kemajuan yang dicapai oleh bahasa Melayu ialah pengenalan sistem ejaan baharu, penghasilan buku tatabahasa yang komprehensif, sebutan baku, perkamusan, penterjemahan, penghasilan istilah dalam pelbagai bidang, penerbitan bahan-bahan cetak berkualiti. Mengadakan sayembara dan pertandingan berasaskan bahasa Melayu dan banyak lagi. 3.0
Cabaran Masa Depan Bahasa Melayu 3
Dalam menongkah arus globalisasi, bahasa Melayu berhadapan dengan pelbagai cabaran getir untuk mengekalkan bukan sahaja statusnya sebagai bahasa utama negara tetapi juga kelangsungan hidupnya (survival). Bahasa Melayu menghadapi cabaran untuk terus releven dan berupaya menjadi bahasa ilmu, dan bahasa yang mampu diguna pakai dalam semua bidang. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah dari segi pendidikan, bahasa pengantar dan keupayaannya menjadi bahasa yang mempunyai nilai ekonomi. Walau bagaimanapun cabaran terbesar yang dihadapi oleh bahasa Melayu ialah sikap penutur natifnya sendiri. Apalah gunanya ada bahasa sekiranya tiada penuturnya. Bagaimana sesebuah bahasa boleh dimartabatkan sekiranya penutur asalnya sendiri tidak yakin akan kemampuan bahasanya sendiri. 3.1
Cabaran Bahasa Melayu Menangani Sikap Penuturnya
Cabaran sebenarnya bahasa Melayu terletak pada sikap yang diamalkan oleh penuturnya. Senario yang ada pada hari ini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak atau bahasa rancu, bahasa bercampur aduk dengan bahasa Inggeris begitu berleluasa. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah 3.2
Cabaran dalam Pendidikan dan Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu melalui zaman paling gelap apabila peranannya sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diambil alih oleh bahasa Inggeris. Pada masa itu begitu banyak justifikasi untuk merendah-rendahkan bahasa Melayu sebaliknya menjulang bahasa Inggeris sebagai penentu kemajuan dan kehebatan sesuatu bangsa. Mujurlah pada tahun 2010, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar 4
dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa. Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang tetapi mereka mencapai kemajuan yang sangat membanggakan. Sebaliknya banyak negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti India dan Pakistan masih tidak mencapai status negara maju. 3.3
Cabaran Bahasa Melayu Perniagaan dan Pasaran Kerja
Penggunaan bahasa Melayu dalam perniagaan boleh dilihat dari banyak aspek. Salah satunya ialah dalam bidang pengiklanan. Semakin banyak syarikat yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris atau Mandarin sebagai bahasa dalam iklan-iklan produk mereka. Kalau dibandingkan jumlah pengiklan yang mengiklankan produk mereka di akhbar-akhbar atau majalah-majalah berbahasa Melayu jauh lebih rendah berbanding dengan di dalam media cetak bahasa Inggeris. Dalam bidang pekerjaan pula kini semakin banyak syarikat yang mengenakan syarat mahir berbahasa Inggeris dan Mandarin sebagai prasyarat untuk diterima bekerja dengan mereka (Abdul Halim Yusoff & Azrina Ahzan, 2006). Begitulah kedudukan bahasa Melayu yang semakin hilang peranannya. 3.4
Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu
Kebelakangan timbul satu gejala yang amat membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan, ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku dalam kalangan anak muda atau remaja. Pada masa kini seolah-olah sudah menjadi satu trend atau ikutan dalam kalangan remaja untuk berkomunikasi menggunakan bahasa rojak. Hal ini cukup ketara jika dilihat cara mereka berinteraksi melalui pesanan ringkas menggunakan bahasa penulisan yang cukup pelik dan asing dalam bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. Sikap pengamal media seperti pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program juga menyumbang kepada kecelaruan bahasa Melayu. Sudah 5
menjadi kewajiban kepada mereka untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. 4.0
Usaha-Usaha untuk Memartabatkan Bahasa Melayu
.Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu titik mula yang terbaik ialah di sekolah. Rakyat Malaysia seawal kanak-kanak lagi mestilah disemai dengan bibit-bibit mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara. Profesor Dr. Awang Sariyan dalam Majlis Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka yang lalu menyarankan agar pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberi kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek iaitu: i)
Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehandan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996 dan
ii)
Pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa sembang intenet dan bahasa khidmat pesanan ringkas (sms) tidak sampai menggugat bahasa
yang
mewakili budaya teras.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan yang diadakan pada bulan Oktober
2011
telah menggariskan lapan ketetapan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memartabatkan semula bahasa Melayu (Saifulizam Mohammad, 31/10/2011). Ketetapanketetapan tersebut ialah:
6
i)
Sistem pendidikan – Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran hendaklah bertegas iaitu dengan berlandaskan Perlembagaan serta akta berkaitan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Sebarang dasar yang melanggar undang-undang seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hendaklah dilarang.
ii)
Kerajaan tempatan – Kerajaan negeri dikehendaki menyeragamkan peruntukan undang-undang berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan nama
jalan, bangunan dan iklan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan begitu juga urusan meluluskan permit dan lesen hendaklah selaras dengan kedudukan bahasa kebangsaan. iii)
Ekonomi dan kewangan – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara hendaklah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dalam semua urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan bahasa itu sebagai penggerak utama sistem ekonomi negara. iv)
Pengajian tinggi – Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan
bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua tahap pendidikan selain berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang keilmuan.
v)
Perkhidmatan awam – Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hendaklah sentiasa memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dalam semua tadbiran negara dan menjadikan JPA sebagai pelindung bahasa kebangsaan. vi)
Media, komunikasi dan penyiaran – Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Melayu
sebagai
bahasa kebangsaan dalam penyiaran berita dan pengucapan pemimpin negara
sebagai
kaedah penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat.
vii)
Perlembagaan – Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri hendaklah sentiasa memastikan penghakiman dan penulisan penghakiman di semua tahap mahkamah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan demi menegakkan keadilan berasaskan undang-undang. 7
iv)
Pemasyarakatan Persuratan Melayu: Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan
jabatan
hendaklah sentiasa berusaha memperbanyak penerbitan dalam bahasa Melayu
sebagai
bahasa kebangsaan dalam semua bidang ilmu.
5.0
Peranan-Peranan
Organisasi
dan
Individu
Tertentu
dalam
Usaha
Memartabatkan Bahasa Melayu Perkembangan bahasa Melayu moden khususnya selepas merdeka berjalan baik atas usaha beberapa organisasi dan individu. Antara organisasi dan individu yang banyak berjasa dan berperanan penting dalam usaha memodenkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia, Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan lain-lain lagi. i)
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 oleh kerajaan bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka. Sejak penubuhannya, DBP telah menyumbang kepada pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek seperti dalam aspek memperbaiki dan mengemas kini sistem ejaan, tatabahasa, pembentukan istilah, perkamusan, penerbitan dan persetakan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu yang berkualiti. DBP ditubuhkan bagi memenuhi enam objektif yang telah ditentukan oleh kerajaan iaitu: a)
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
b)
Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan.
c)
Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, d)
majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan
bahasa lain. e)
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa f) kebangsaan.
f)
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. 8
g)
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
ii)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970 adalah Universiti ketiga Ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974). UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan. (Portal Pelan Transformasi UKM) Sejarah penubuhan UKM bermula dengan iltizam dan aspirasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussain untuk menyediakan tempat pengajian tinggi di peringkat universiti kepada pelajar lepasan sekolah khususnya untuk pelajar aliran Melayu. Atas dasar dan sifatnya yang memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, maka itu institusi ini dinamakan Universiti Kebangsaan. Tambahan pula ia merupakan perintis, pendokong dan kemuncak kepada sistem pendidikan kebangsaan negara kita. Hasilnya UKM tampil sebagai universiti pertama yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Pun begitu, ia tetap unggul sebagai institusi penjana ilmu dan profesionalisme. (Azmy Mohamed, Utusan Online). iii)
Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM)
MABBIM ialah badan bahasa serantau, dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, dan Malaysia. Awalnya bernama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), yang dibentuk pada 29 Desember 1972. Pada 4 November 1985, MBIM berubah menjadi MABBIM setelah Brunei Darussalam menyertainya; sementara Singapura menjadi negara pemerhati. Majlis ini 9
dibentuk untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Di antara tujuan dan fungsinya ialah: (a)
Meningkatkan semangat kebersamaan dan persaudaraan;
(b)
Meningkatkan peranan bahasa kebangsaan/rsmi sebagai alat komunikasi;
(c)
Mengusahakan pembangunan dan pengembangan bahasa kebangsaan/rasmi;
(d)
Mengusahakan penyesuaian bahasa melalui penulisan ilmiah dan kreatif; dan
(e)
Mengadakan pertemuan kebahasaan demi penyesuaian dan pendekatan bahasa kebangsaan/rasmi.
iv)
Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
Pendeta Za’ba merupakan seorang sarjana dan ahli fikir Melayu yang banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Beliau telah menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya. Antara hasil penulisan beliau ialah: . a)
Ilmu Mengarang Melayu (1934) Buku memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah.
b)
Pelita Bahasa Melayu I (1940) Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi..
c)
Pelita Bahasa Melayu II (1940). Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah..
d)
Pelita Bahasa Melayu III (1940). Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi.
.
e)
Daftar Ejaan Melayu (1941) Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan “Kamus Bahasa Melayu” tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek. (Klik Web DBP)
10
6.0
Cadangan-Cadangan untuk Memartabatkan Bahasa Melayu
Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang memenuhi aspirasi dan fungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, usaha yang ikhlas dan berterusan hendaklah dilakukan. Harapan untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan kesampaian sekiranya tidak ada kesungguhan dan langkah berani oleh semua pihak. Beberapa perkara wajar diberi perhatian agar cita-cita melihat bahasa Melayu menjalankan fungsinya dengan berkesan, antaranya: i)
Pihak kerajaan sebagai selaku pembentuk dasar hendaklah mempunyai iltizam yang tinggi dalam merealisasikan perkara ini. Bagaimanakah masyarakat Malaysia boleh berbangga dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sedangkan dalam masa yang sama istilah bahasa Malaysia (satu bahasa yang sebenarnya tidak wujud) masih lagi digunakan di sekolahsekolah. Kalau hal inipun tidak dapat ditangani bagai mana hendak menangani perkara yang lebih besar.
ii)
Pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat mestilah menjadi contoh kepada masyarakat dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik dalam menyampaikan sesuatu perkara. Dewasa ini dapat dilihat terlalu ramai pemimpin politik yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris untuk menyampaikan sesuatu perkara. Lebih malang lagi apabila hal ini berlaku juga di dalam sidang Parlimen Malaysia sendiri. Wajarkah ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan si bapa ketam tetap jalan menyerong?
iii)
Pihak berkuasa seperti pihak berkuasa tempatan hendaklah menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa Melayu dengan betul agar semua pihak tidak lagi bersikap sambil lewa terhadap penggunaan bahasa Melayu.
iv)
Guru-guru di semua sekolah sewajarnya boleh menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar murid-murid tidak terkeliru antara apa yang diajar dengan apa yang diguna pakai oleh penutur. Ketrampilan berbahasa dalam kalangan guru
mestilah
dipertingkatkan
sekurang-kurangnya
menguasai
aspek
tatabahasa, ejaan dan kosa kata yang betul. v)
Kempen-kempen untuk mempromosi penggunaan bahasa Melayu dalam urusan seharian hendaklah diaktifkan semula. Sekitar tahun 80-an kempen penggunaan bahasa baku mendapat tindak balas positif dalam kalangan 11
masyarakat. Pada masa kini kempen seumpama itu dilakukan hanya sekadar asal ada sahaja. 7.0
Kesimpulan
Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa tua yang telah mengalami banyak transformasi sehingga begitu berbeza jika dibandingkan dengan bahasa Melayu asal. Transformasi itu jugalah yang memungkinkan bahasa Melayu terus releven dan mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa lain. Namun, cabaran besar sedang dihadapi oleh bahasa Melayu, cabaran yang datang bukan dari orang luar, tetapi oleh penutur aslinya. Sikap penutur asli bahasa Melayu yang memandang rendah kepada bahasanya sendiri, tidak ada keyakinan, dan berasa rendah diri untuk berbahasa dengan sempurna. Perkara ini merupakan ancaman yang besar kesannya dan jika dibiarkan kelangsungan hidup bahasa Melayu pastinya tergugat. Justeru itu langkah-langkah proaktif hendaklah diambil demi memartabatkan semula bahasa Melayu dalam setiap hati penuturnya.
12
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Yusoff & Azrina Ahzan. (01 Jun, 2006). Taktik Halus Tutup Peluang: Swasta Wajibkan Kemahiran Bahasa Mandarin Sekat Bumiputera Dapat Kerja. Dalam Berita Harian. Dewan Bahasa dan Pustaka Online. (t.t). Sejarah MABBIM. Diperoleh pada 21 Oktober 2014 dari http://dbp.gov.my/mab2000/sejarah.htm Ismail Hussein. (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Klik Web DBP. (t,t). Pendeta Za’ba:”Pelita yang Tak Pernah Padam”. Diperolehi pada 21 Oktober 2014 dari http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1950 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2009). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Portal Pelan Transformasi UKM. (t.t). Sejarah. Diperolehi pada 1 Oktober 2014 dari http://www.ukm.my/transformasi/?page_id=14 Saifulizam Mohammad. (31 Oktober 2011). Martabatkan Semula Bahasa Melayu.Dalam Utusan Online. Diperolehi pada 21 Oktober 2014 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia &sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
13
View more...
Comments