Bumi Dan Angkasa
May 9, 2017 | Author: Zaari Mohamad | Category: N/A
Short Description
hubungan antara bumi, bulan, bintang dan matahari...
Description
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
BUMI DAN ANGKASA
A.
PENDAHULUAN
Seperti yang kita ketahui, selain planet bumi, di alam semesta terdapat banyak lagi benda-benda lain di langit. Kenampakan objek-objek samawi lain di langit yang umumnya dapat diperhatikan dari bumi adalah bulan, bintang dan matahari. Namun, pernahkah kita mengamati, menghayati, memikirkan dan mengkaji pemandangan langit di waktu malam yang indah dan cerah? Tentunya pernah dan bahkan mungkin mengamati langit adalah hobi kita. Tapi adakah sekadar kita memerhati dan menghayatinya sahaja. Kali ini marilah kita sama-sama mengkaji akan keindahan dan kewujudan objek-objek samawi yang lain yang terdapat di angkasa. Pada kesempatan kali ini, saya akan kongsikan beberapa maklumat tentang kenampakan tiga objek samawi di langit yang telah saya sebutkan di atas, iaitu bulan, bintang dan matahari.
1. Kenampakan Bulan
Saat langit cerah di malam hari (tidak hujan dan tidak mendung serta tidak berawan), ada objek di langit yang kelihatan terang tetapi tidak seterang mataharidan objek di langit tersebut adalah bulan.
1|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Sebenarnya bulan tidak memancarkan cahaya sendiri, bulan hanya memantulkan sebahagian cahaya matahari yang diterimanya. Cuba perhatikan bentuk bulan selama sebulan! Betul sekali, bulan berbeza-beza selama sebulan. Dilihat dari bumi, bulan selalu berubah-ubah, bergantung pada kedudukan bulan ketika mengelilingi bumi.
Untuk lebih jelas lagi, marilah kita sama-sama perhatikan gambar di bawah dan teliti penerangannya.
a. Pada kedudukan 1
Bulan terletak di antara matahari dan bumi. Akibatnya, permukaan bulan yang mendapat cahaya matahari membelakangi bumi. Sehingga kita tidak dapat melihat Bulan. Kedudukan ini disebut bulan baru atau bulan muda.
b. Pada kedudukan 2
Separuh bahagian bulan yang menghadap bumi kira-kira hanya suku daripada keluasan yang terkena sinar matahari. Akibatnya, kita melihat bulan sabit.
2|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
c. Pada kedudukan 3
Bulan beralih hingga kedudukannya terhadap matahari dan bumi membentuk sudut 90 °. Dari separuh bahagian bulan yang menghadap Bumi, hanya satu perempat bahagian bulan yang terkena
sinar
matahari.
Sehingga
bentuk
bulan
yang
kelihatan
adalah
setengah
lingkaran. Kedudukan ini disebut bulan separuh.
d. Pada kedudukan 4
Dari separuh bahagian bulan yang menghadap bumi kira-kira tiga perempatnya terkena sinar matahari. Akibatnya, kita melihat bulan cembung.
e. Pada kedudukan 5
Separuh permukaan bulan memantulkan cahaya matahari ke bumi. Akibatnya, kita melihat bulan purnama yang terjadi pada sekitar hari ke-14 atau ke-15 setiap bulan dari tahun Qamariah.
Bulan sebenarnya tidak mengalami perubahan bentuk. Bentuk bulan tetap bulat. Bulan kelihatan
berubah
bentuk
kerana
bulan
mengelilingi
bumi.
Akibatnya, bahagian bulan yang memperoleh cahaya matahari menjadi berubah-ubah pula. Kerana kamu hanya dapat melihat bahagian bulan yang terkena cahaya matahari, maka bentuk bulan kelihatan selalu berubah-ubah.
2. Kenampakan Bintang
Objek di langit yang banyak terlihat jelas saat langit cerah di malam hari adalah bintang. Ada kalanya kita menemui saat langit bertaburan bintang. Kalau kita perhatikan secara saksama, akan kelihatan bintang-bintang tersebut nampak berkelip-kelip.
3|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Mengapa bintang hanya kelihatan pada malam hari? Sebenarnya, bintang bersinar setiap masa. Namun, kerana letaknya sangat jauh, lebih jauh daripada letak matahari, maka cahaya bintang pada siang hari kalah kuat dengan cahaya matahari.
Oleh kerana itu, bintang tidak kelihatan di siang hari. Bintang termasuk benda langit yang dapat mengeluarkan cahaya sendiri. Di alam semesta terdapat banyak sekali kumpulan bintang (gugusan bintang). Gugusan bintang disebut galaksi. Setiap galaksi terdiri atas berjuta-juta bintang. Kalau satu galaksi saja terdiri daripada berjuta-juta bintang, bolehkah kamu bayangkan seberapa luasnya alam semesta ini?
3. Kenampakan Matahari
Matahari
termasuk
salah
satu
contoh
bintang
kerana
dapat
menghasilkan
cahaya
sendiri. Matahari merupakan bola gas yang sangat panas serta berukuran sangat besar. Matahari adalah bintang yang paling terang bila dilihat dari bumi. Hal ini disebabkan jaraknya paling dekat dengan bumi.
4|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Setiap hari, kita menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Kita tidak boleh memandang matahari secara langsung. Ini kerana akan merosakkan mata, bahkan boleh menimbulkan kebutaan. Negara kita termasuk negara tropika. Maksudnya, matahari terbit setiap hari. Matahari terbit dari arah timur dan terbenam di arah barat.
B.
PEMERHATIAN
Saya telah memilih 15/11/2014 iaitu hari Sabtu (malam Ahad) untuk menjalakan kajian ini. Ia bersesuaian kerana cuti hujung minggu di samping itu pula hari yang cukup cantik dan indah kerana cuacanya sangat cerah dan terang. Saya menjalankan kajian ini dalam daerah Temerloh, iaitu tempat di mana saya tinggal dan bekerja. Apa yang saya perhatikan pada malam itu ialah kedudukan bulan yang cukup tinggi di langit. Bulan sudah berbentuk cembung kerana mengikut kalendar Qamariah atau kalendar Islam, hari ini bersamaan 22 Muharram 1436. Bulan juga terbit agak awal. Pada waktu petang dalam pukul 6 lagi bulan sudah mula kelihatan di langit. Jadi, Apabila saya memulakan pemerhatian saya pada malam itu jam 8.00 malam, bulan sudah pun berada di tengah langit, bukan lagi di kaki langit.
5|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Gambar-gambar di bawah menunjukkan kedudukan bulan dari pukul 8.00 malam sehingga jam 12.00 malam. Walaupun hanya 4 jam yang sepatutnya diperhatikan, namun saya menunggu sehingga jam 12.00 malam untuk melihat bulan tersebut sampai ke kaki langit dan terbenam.
Pukul 8.00 malam. Bulan sudah di tengah langit
6|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Pukul 9.00 malam. Bulan sudah turun beberapa darjah.
7|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Pukul 10.00 malam. Bulan semakin turun ke kaki langit
8|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Pukul 11.00 malam. Bulan semakin hampir ke kaki langit
9|Mukasurat
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Pukul 12.00 malam. Bulan sudah pun berada betul-betul di kaki langit.
10 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Gambar menunjukkan kedudukan
C.
HUBUNGAN BUMI, BULAN, DAN MATAHARI
1. BUMI
Bentuk bumi kita seolah-olah rata. Dalam keadaan yang sebenarnya bumi itu bentuknya bulat. Hal-hal yang membuktikan bahawa bumi bulat antara lain:
1. Jika seseorang berlayar ke arah barat, maka orang itu akan kembali ke tempat semula dari arah yang berlawanan.
2. Pada saat terjadi gerhana bulan, bahagian bulan yang tertutup bayangan bumi berupa gerbang. 11 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
3. Jika kita berada di pelabuhan melihat kapal dari kejauhan yang tampak terlebih dahulu ujung dan akhirnya baru semua badan kapal.
4. Ketika menjelang matahari terbit atau terbenam, di ufuk timur atau barat tampak kemerahmerahan.
Bumi melakukan 2 gerakan iaitu:
a)
Putaran bumi
Putaran bumi iaitu gerakan bumi berputar pada paksinya.
Putaran bumi mengakibatkan peristiwa-peristiwa:
a) Kejadian siang dan malam
b) Matahari kelihatan terbit di timur dan tenggelam di barat. Terbit dan tenggelamnya matahari disebut gerak semu harian matahari.
c) Terjadinya perbezaan dan pembahagian waktu. Kala putaran bumi memerlukan waktu 24 jam. Satu kali putaran semua tempat di permukaan bumi putarannya 360 ° bujur. Bumi kita dibagi menjadi 24 daerah waktu, sehingga setiap daerah waktu meliputi 15 ° bujur. Garis bujur 0 ° melewati bandar Greenwich, sehingga waktu pangkal ditetapkan di Greenwich. Jika waktu standard di sebelah barat bujur 0 ° waktunya dikurangkan sebaliknya di sebelah timur 0 ° waktunya ditambah.
12 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
b)
Revolusi bumi
Rovolusi bumi adalah peredaran bumi mengelilingi matahari.
Revolusi bumi mengakibatkan:
a) Gerak semu tahunan matahari
b) Perubahan lamanya siang dan malam
c) Pergantian musim sepanjang tahun
d) Kelihatan rasi bintang yang berada dari bulan ke bulan
Gerak semu tahunan matahari berlangsung terus antara garis balik utara dan garis balik selatan. Perubahan lamanya siang dan malam. Revolusi bumi tidak dapat kita rasakan, tetapi adanya revolusi bumi ditunjukkan oleh terjadinya pergeseran lintasan mental sepanjang tahu .Revolusi bulan mengakibatkan terjadinya pergantian musim sepanjang tahun di kawasan iklim. Musim yang berlaku di belahan bumi utara dan selatan selama 3 bulan.
Revolusi bumi juga mengakibatkan terlihatnya rasi bintang yang membezakan dari bulan ke bulan. Rasi bintang adalah kumpulan beberapa bintang yang membentuk planet tertentu misalnya rasi bintang scorpio, dan rasi gemini, zaman dahulu digunakan oleh para petani sebagai permulaan musim. Revolusi bumi digunakan asas untuk dasar perhitungan kalender Masehi atau kalendar syamsiah. Jumlah hari dalam satu tahun Masihi 365 hari. Kala revolusi bumi 365,25 hari, sehingga bakinya 0.25 hari dikumpulkan menjadi 1 hari. Sehingga setiap 4 tahun jumlah hari dalam 1 tahun Masihi 366 hari disebut tahun lompat yang ertinya tahun yang boleh dibahagikan 4.
13 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
2. BULAN
Bulan merupakan benda langit yang tidak memancarkan cahaya sendiri. Bentuk bulan sering kelihatan berubah-ubah dari hari ke hari. Tapi sebenarnya bentuk bulan tidak berubah. Hal ini boleh demikian kerana bulan dalam peredarannya melakukan 3 gerakan, iaitu:
* Bulan beredar berputar pada paksinya ( berputar )
Bulan berputar memerlukan masa kira-kira 1 bulan, sama dengan masa reformasi dilakukan maka wajah bulan yang kelihatan dari bumi selalu sama.
* Bulan mengelilingi bumi ( berevolusi )
Dalam sekali bulan berevolusi, yang bererti pula berputar, revolusi bulan mengakibatkan terjadinya fasa-fasa bulan. Kejadian fasa-fasa bulan adalah proses perubahan bentuk bulan yang kelihatan dari bumi iaitu bulan baru, bulan mati, bulan sabit, bulan purnama. Waktu yang di perlukan oleh bulan dari bulan mati ke bulan baru adalah 29.5 hari.
* Bulan bersama-sama bumi mengelilingi matahari.
Selain beredar mengelilingi bumi, bulan juga melakukan gerakan bersama bumi mengelilingi matahari. Akibat gerakan ini bulan dan bumi kadang berada dalam satu garis lurus / sejajar. Peristiwa ini disebut juga dengan gerhana.
Pergerakan bulan pada orbitnya digunakan untuk dasar kalender Hijrah. Kalendar hijriah sering disebut juga dengan kalendar Qamariah. Jumlah hari dalam kalender Hijrah 354 hari. Bermakna dengan tahun Masihi selisih 11 hari atau 12 hari.
14 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
Gerhana ada 2 macam iaitu:
* Gerhana bulan ( Solar Eclips )
Gerhana bulan berlaku apabila bulan berada dalam kawasan bayang-bayang bumi. Pada saat ini umbra bumi menutupi bulan. Kejadian ini terjadi jika matahari, bumi, dan bulan berada pada satu garis lurus, dan bumi terletak di antara matahari dan bumi.
* Gerhana matahari ( Lunar Eclips )
Gerhana matahari terjadi jika di antara matahari dan bumi serta dalam satu garis lurus.
Gerhana matahari dibezakan menjadi 3 iaitu:
* Gerhana matahari total.
Gerhana ini berlaku bila permukaan bumi yang tertutup bayang-bayang inti bulan tidak terkena cahaya matahari. Peristiwa ini berlangsung sekitar 7 minit. Dalam seumur hidupnya mungkin seseorang hanya akan dapat akan mengalami gerhana ini sekali.
* Gerhana matahari sebahagian
Gerhana matahari sebahagian terjadi jika hanya sebahagian cahaya yang menuju bumi terhalang bulan.
* Gerhana matahari cincin
Gerhana ini terjadi pada saat bulan berada pada titik paling jauh dari bumi.
15 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
D.
GERAK DAN POSISI OBJEK LANGIT.
Bumi kita berputar seperti gasing. Gerak putar Bumi pada paksi putarnya ini dinamakan gerak putaran. Untuk menyelesaikan satu putaran (satu tempoh putaran), diperlukan waktu 23 jam 56 minit 4.1 saat. Gerak putaran Bumi inilah yang menyebabkan terjadinya siang dan malam dan pergerakan semu objek-objek langit.
Gerak semu langit adalah gerak yang kita amati dari Bumi, di mana objek-objek langit terlihat terbit di timur dan tenggelam di barat. Gerak semu ini teramati kerana Bumi kita yang berputaran dengan arah sebaliknya, dari barat ke timur. Lintasan gerak objek-objek langit yang terbit di timur dan terbenam di barat, dinamakan lintasan harian benda langit. Lintasan harian ini terlihat berbeda jika kita mengamatinya dari lintang berbeda. Jika kita berada tepat di khatulistiwa, kita akan mengamati lintasan harian objek-objek langit tersebut, tegak lurus terhadap horizon / ufuk.
Jika kita berada di bumi belahan selatan (sebelah selatan khatulistiwa), kita akan mengamati lintasan harian objek-objek langit tidak lagi tegak lurus terhadap horizon, tapi condong ke arah utara. Besarnya kemiringan lintasan harian ini tergantung sejauh mana kita dari khatulistiwa. Semakin ke arah selatan, maka garis lintasan gerak harian objek-objek langit akan semakin condong ke arah utara. Begitu juga sebaliknya jika kita bergerak ke arah utara. Semakin ke utara dari khatulistiwa, maka semakin besar kecondongan lintasan harian objek-objek langit itu ke arah selatan.
Gerak semu langit tidak sama tempohnya dengan gerak Matahari di langit (diamati dari Bumi). Gerak semu langit tempohnya 23 jam 56 minit 4.1 saat, sedangkan gerak harian Matahari di langit tempohnya 24 jam. Terdapat perbezaan sekitar 4 minit. Perbezaan ini menyebabkan penampakan langit sedikit berbeza dilihat pada jam yang sama tiap harinya. Sebagai contoh: misalnya sebuah bintang hari in terbit pukul 18:00 petang. Maka keesokan harinya ia akan terbit pukul 17:56, lusa pukul 17:52, dan seterusnya. Bintang itu akan terbit 4 minit lebih cepat dari hari sebelumnya. Kerana itu, perlahan-lahan penampakan langit akan bergeser dari hari ke hari. Kira-kira enam bulan dari sekarang, bagian langit yang berada di atas kepala kita pada 16 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
(misalnya) jam 9 malam, akan berada di bawah kaki kita. Dengan kata lain, jika kita mengamati langit dengan waktu pengamatan yang terpisak 6 bulan, kita akan mengamati dua belahan bola langit yang berbeza.
Objek-objek langit seperti Matahari, Bulan, dan planet-planet, memiliki geraknya sendiri di antara bintang-bintang. Matahari bergerak secara perlahan ke arah timur relatif terhadap bintang-bintang. Kerana itu, untuk menyelesaikan satu putaran mulai dari misalnya posisi tepat di atas kepala kita, terbenam, terbit, kembali di atas kepala kita, matahari memerlukan waktu 24 jam (selang waktu sehari semalam). Bintang-bintang memerlukan waktu sama dengan tempoh putaran Bumi, 23 jam 56 minit 4.1 saat. Bulan memerlukan waktu sedikit bervariasi, kira-kira 50 minit lebih panjang dari 24 jam. Planet-planet bergerak di langit dengan kecepatan yang lebih besar lagi variasinya, tergantung pada seberapa dekat planet tersebut ke Matahari, dan di mana posisinya (dalam orbitnya) relatif terhadap Bumi.
17 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
E.
KESIMPULAN Setelah menjalankan kajian dan pemerhatian ini, saya mendapati bahawa setiap objek
samawi yang berada di langit tidak berada dalam kedudukan yang tetap pada setiap masa. Oleh itu, jika pemerhatian ulangan dilakukan dalam tempoh 3,6,9 atau 12 bulan akan datang akan menunjukkan keputusan yang berbeza. Ini mungkin disebabkan oleh putaran bumi mengelilingi matahari di samping jarak bintang-bintang tersebut yang berada sangat jauh dari bumi.
18 | M u k a s u r a t
ZAARI BIN MOHAMAD 800421065431001 HBSC4203_V2 - EARTH AND SPACE / BUMI DAN ANGKASA
F.
RUJUKAN
1.
https://www.academia.edu/1253488/Konsep_Astronomi_dari_Perspektif_Al-Quran
2.
"Total Lunar Eclipse: February 20, 2008". NASA Eclipse Page. NASA. 2008. Diarkibkan
daripada asal pada 2008-02-18. Diperoleh pada 2008-02-20.
3.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan
4.
https://ml.scribd.com/doc/133383097/Sfera-Langit
5.
http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/14
6.
http://ctsains.blogspot.com/2012/11/planet-planet-dalam-sistem-suria.html
7.
http://suarianiedris.blogspot.com/p/ahli-sistem-suria.html
8.
https://cikguhamzah.wordpress.com/sains-upsr/tahun-vi/gerhana-bulan-gerhana-matahari/
9.
http://shafiqolbu.wordpress.com/2014/10/08/fenomena-gerhana-bulan-penuh-berdarah-
di-malaysia-8-oktober-2014/ 10.
http://www.astroawani.com/news/show/dua-fenomena-angkasa-malam-ini-selain-
gerhana-bulan-berdarah-45551
19 | M u k a s u r a t
View more...
Comments