Buletin Sejarah Edisi 3 2014

April 27, 2017 | Author: vicnesh834457 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Buletin Sejarah Edisi 3 2014...

Description

Selembar

Bicara

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Transformasi Pendidikan. Guru-guru yang saya hormati serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Syukur ke hadrat Allah swt kerana hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menerbitkan Buletin Sejarah sebanyak enam edisi sepanjang tahun 2013 dan 2014 telah berhasil. Buletin Sejarah Edisi 3/2014 adalah penerbitan terakhir Buletin Sejarah ini. Rasional penerbitan Buletin Sejarah ini bagi membantu murid Tingkatan 5 mulai tahun 2013 bagi menghadapi perubahan format pentaksiran SPM Sejarah Kertas 3. Pendekatan penulisan Buletin Sejarah ini agak berbeza dengan memberi tumpuan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas di samping gambar berwarna-warni diharap dapat merangsang murid untuk menghayati sejarah tanah air dan objektif pembelajaran dan pengajaran murid. KPM juga telah menerbitkan tiga edisi Buletin Sejarah Digital Interaktif iaitu Edisi 1/2014, Edisi 2/2014 dan Edisi 3/2014 yang mudah di akses dengan menggunakan pelbagai peranti. Oleh itu, bahan Buletin Sejarah bercetak mahupun digital interaktif diharap dapat digunakan sepenuhnya di dalam kelas mahupun di luar kelas. Akhir kata, adalah diharapkan Buletin Sejarah ini dapat melahirkan semangat jati diri, generasi yang cemerlang, berketerampilan dan berdaya saing dalam usaha kerajaan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Sekian, terima kasih. Saya akhiri dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF PENGHARGAAN Bahagian Buku Teks (BBT) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada panel penulis, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Lembaga Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara dan semua pihak yang terlibat dalam pelbagai aspek sehingga Buletin Sejarah ini dapat diterbitkan. HAK CIPTA Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buletin ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapatkan keizinan bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bagi tujuan komersial. MAKLUM BALAS Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar melalui e-mel ke alamat [email protected] atau yusriamir.bahasa@ moe.gov.my

Bengkel Kerja Pemurnian Pruf Muka Surat (PMS) Buletin Sejarah Edisi 3/2014 dan Pemurnian Bahan Digital Edisi 2/2014 Bersama dengan Panel Penulis.

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 2

Sidang Redaksi PENAUNG Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia PENASIHAT Datuk Dr. Amin bin Senin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) PENGERUSI Haji Abdul Ghani bin Mohamad Niza PMP, AMP Pengarah Bahagian Buku Teks TIMBALAN PENGERUSI Haji Paridin bin Jais KETUA EDITOR Haji Che Noh bin Muda K.M.W SIDANG EDITOR Noriza binti Haji Asmuni Yusri Amir bin Haji Bahasa Muhammad Zuraidi bin Abdul Jalal Md Som bin Jelon Faizah binti Alias Thava Rajan Subramaniam Hasnida binti Hashim Shaharizan bin Shamsuddin Siti Nafsiah binti Ismail Nor Salina binti Mohammad Zainudin Sharifah binti Abd Rahman Aiman Syafiq bin Mat Sunari Siti Suhaila binti Sudirman Joespenzal Mek KETUA TEKNIKAL PENERBITAN Harizan bin Hamzah SIDANG TEKNIKAL PENERBITAN Azhar bin Mohd. Shariff Haji Ab. Rashid bin Md. Yasin Ali Hanafiah bin Kassim PENYELARAS BAHAN DIGITAL Azmi bin Mohd. Sayuti Azizan bin Isa Norma Hazura binti Mohd Zulkifli PENULIS Masariah binti Mispari Nor Mastura binti Bahrum Sakmor Lim Chin Guan Teo Anak Juin Mohd. Rozi bin Ibrahim Amit bin Awang Ridzuan bin Hassan Suraya binti Abdul Rahim Nor Azan bin Alias Mat Zaid bin Man Abdul Rahim bin Ali Roslani bin Maskan Mohd. Saleh bin Ibrahim Azizah binti Ramly Noor Azma binti Seman Ishak bin Saidoo Harvinder Kaur a/p Ranjit Singh Rudzuan bin Mohd. Dali Azalan bin Daud

PENGEDARAN Hajah Zainap binti Ibrahim Kamaruddin bin Ismail Mohd Mashudi bin Jelani Noraida binti Ahmad

Islam Di Asia Tenggara & PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM SEBELUM KEDATANGAN BARAT

BAB 7& 8 TINGKATAN 4

Oh, senangnya! NOOR AZMA BT. SEMAN SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor AZIZAH BT. RAMLY Smka Putrajaya

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa pelbagai kesan dalam bidang sosial terutamanya pendidikan. Bincangkan. 1. PENGENALAN [5m]

2. MEMAHAMI [30m]

3. MENGANALISIS [25m]



Latar belakang kedatangan Islam di Tanah Melayu.





Kesan pengaruh Islam terhadap pendidikan masyarakat Melayu.



Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 196)



Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 201)



Pengaruh kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu dalam aspek: a) Gaya hidup (20m) b) Bahasa dan Kesusasteraan (10m)



Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (m.s. 205-208)

4. MENGAPLIKASI [10m]

Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu.



Langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan ilmu adalah dengan meningkatkan kualiti pendidikan negara. Program pertukaran pelajar dan guru ke luar negara merupakan satu transformasi ke arah itu.



Selain itu, prestasi kolej atau universiti di Malaysia sama ada universiti awam atau universiti swasta sedang dalam proses menaik taraf setanding dengan universiti luar negara seperti Universiti Harvard di Amerika Syarikat, Universiti Oxford di England dan Universiti Al-Azhar di Mesir.



Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan prasarana pendidikan dalam negara seperti kemudahan bagi menjalankan penyelidikan dan juga akses Internet Berkelajuan Tinggi.



Kerajaan juga sedang berusaha untuk menambahkan peruntukan dalam bidang pendidikan contohnya dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Dana sebanyak RM5.2 bilion telah disediakan bagi projek berasaskan ICT.



Langkah seterusnya membuat transformasi pendidikan dengan menambah baik Kurikulum Pendidikan Negara agar bersifat lebih global. Contohnya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).



Kerajaan turut mempromosi Malaysia sebagai hab pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO), Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang adalah juga usaha yang sama ke arah itu.



Manakala dalam program menjalin kerjasama pendidikan dua hala dengan negara luar, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah Amanah dimestikan melaksana program pengantarabangsaan. 15 isi = Maksimum 10m

5. MENILAI [10m]

Peranan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia.



Malaysia berjaya memainkan peranan sebagai hab pendidikan dunia melalui kemasukan ramai pelajar asing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Universiti yang terlibat adalah seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertaraf antarabangsa. Universiti luar negara turut membuka cawangan mereka di Malaysia. Pada tahun 2003, Universiti Nottingham United Kingdom telah membuka kampus cawangannya di Semenyih, Selangor. Pada tahun 2015 pula, Universiti Xiamen China akan membuka kampus cawangannya di Salak Tinggi, Selangor.



Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) mengadakan program berkembar dengan universiti luar negara seperti Universiti Auckland, Universiti Warwick dan Universiti Victoria. Antara faedah program ini adalah untuk pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian dan jaminan kualiti.



Pendidikan di Malaysia turut mendapat pengiktirafan dari United Nations for Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Institut Perguruan Guru Malaysia (IPGM) telah mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama bersesuaian dengan matlamat pengantarabangsaan.



Seterusnya, produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mendapat pengiktirafan dunia dalam pameran British Innovation and Technology Show 2008 di Alexandra Palace, London. Universiti Malaysia Perlis (UMP) pula menerima anugerah antarabangsa dalam Majlis The Bizz 2014 di Venice, Itali.

INFO

16 isi = Maksimum 10m buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 3

6. MENJANA IDEA [10m] i) Cabaran pendidikan negara pada masa kini. [5m]

Cabaran pendidikan pada masa kini antaranya ialah kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat terkini. Keadaan ini membataskan pengaksesan maklumat terutamanya di kawasan pedalaman. Seterusnya, kekurangan kepakaran tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan, pendidikan dan perubatan sehingga kerajaan terpaksa membawa masuk tenaga pakar dari luar.

Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar turut menjadi cabaran dalam pendidikan pada hari ini. Hal ini berlaku kerana kekurangan prasarana, tenaga pengajar berpengalaman dan sokongan daripada masyarakat setempat. 8 isi = Maksimum 5m

ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran. [5m]

Langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan kemudahan sistem teknologi maklumat antaranya adalah dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih menyeluruh contohnya, Kampung Tanpa Wayar. Pada 24 April 2014, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Talent Corporation Malaysia Berhad bagi menggalakkan tenaga pakar tempatan yang bekerja di luar negara supaya pulang dan berkhidmat di tanah air.



Selain itu, jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar boleh dikurangkan dengan menyediakan prasarana yang mencukupi terutamanya di sekolah luar bandar. Kemudahan seperti makmal ICT, Makmal Sains dan pusat sumber perlu dinaik taraf. 6 isi = Maksimum 5m

7. MENGHAYATI NILAI MURNI [5m]

Iktibar yang perlu diteladani oleh generasi muda pada hari ini.



Selain itu, kita perlu mempunyai sikap berdaya saing untuk menghadapi cabaran pada masa ini.



Kita juga perlu sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan berhemah tinggi supaya dapat melahirkan masyarakat berintegriti tinggi.



Generasi muda perlu membina kepimpinan yang berwibawa dan berani ke arah mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Kita perlu menghargai ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan satu aset penting untuk kemajuan diri, bangsa dan negara.

8 isi = Maksimum 5m

8. RUMUSAN [5m]

Pengetahuan yang saya peroleh daripada kesan pengaruh Islam terhadap perkembangan sosial di Malaysia ialah pendidikan Islam berkembang pesat dengan wujudnya sekolah-sekolah pondok. Kedatangan Islam juga merubah gaya hidup masyarakat tempatan seperti cara berpakaian dan cara menghormati orang yang lebih tua. Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang yang sedia ada untuk memajukan negara. Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa perlu demi menjamin kehidupan yang harmoni. Saya berharap perpaduan di Malaysia dapat dikekalkan. Hal ini adalah kerana tanpa perpaduan, kemajuan negara tidak mungkin dapat dikecapi. Kita mengharapkan agar Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020. 12 isi = Maksimum 5m

INFO

Konsep Wasatiyyah Satu Pendekatan Untuk Keamanan Sejagat : Najib 13 Mac 2012 oleh Najib Razak

Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, “Kerajaan akan memperjuangkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan sebagai pendekatan yang boleh membawa kepada keamanan sejagat dan bukan sahaja untuk membina negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu.” Menurut beliau lagi, pengenalan konsep itu di negara ini menjadikan Malaysia sebagai antara negara yang layak untuk memperkenalkannya kepada masyarakat dunia. Kerajaan memperkenalkan konsep Wasatiyyah selaras dengan wawasan kepimpinan negara yang mahu mewujudkan keseimbangan dalam membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya. Najib berkata, “Konsep itu merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan secara berterusan dalam dasar-dasar kerajaan sedia ada dan kehidupan seharian selaras dengan matlamat konsep itu yang ingin mewujudkan perpaduan serta keharmonian hidup ke arah menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara.” (Sumber : Bernama) buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 4

BAB 9

TINGKATAN 4

MENGANALISIS

PERKEMBANGAN DI EROPAH Renaissance menjadikan negara Eropah kuasa dunia. Buktikan. 1

INFO

Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud “kelahiran semula” dan istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom.

4

5

Lahirnya cendekiawan bertaraf dunia seperti

• Leonardo da Vinci

MOHD SALEH B. IBRAHIM SM Sains Perempuan, Seremban, Negeri Sembilan

8

Maju dalam bidang ilmu Sains, Biologi, Kimia, Fizik dan Perubatan

2

Maju dalam bidang kesenian

3

7 Penjajahan beberapa negara Asia, Afrika dan Amerika

6

9

Pusat perdagangan antarabangsa di Venice, Rom dan Milan

Menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi dan di Asia Tenggara

10 Pelabuhan antarabangsa di Venice dan Genoa

Penjelajahan dan penerokaan di luar negara Eropah

Menguasai ekonomi dunia

Itali muncul sebagai pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama

• Michelangelo

• Thomas More

• Francis Bacon buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 5

MENGAPLIKASI

Renaissance berjaya memajukan negara-negara Eropah. Bagi mencapai taraf negara maju seperti mereka, kerajaan telah melaksanakan transformasi dalam pelbagai bidang. Apakah kejayaan daripada transformasi tersebut?

77% murid dapat belajar di prasekolah (2012) berbanding 67% (2011)

100 ribu orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan

100 ribu unit rumah mampu milik berjaya dibina pada 2012

Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia (laporan Bank Dunia)

Malaysia ialah negara ke-18 paling mudah menjalankan urus niaga

Kadar kemiskinan berkurangan daripada 60% awal merdeka kepada 1.7% pada 2012

Pendapatan isi rumah meningkat daripada RM4,025 (2009) kepada RM5,000 (2012)

Pendapatan Negara Kasar meningkat daripada AS $257 (1957) kepada AS $9,970 (2012)

Penjenayah rasuah dapat disabitkan kesalahan daripada 54% (2009) kepada 85% (2012)

Kadar jenayah berkurangan sebanyak 35% dalam tempoh 4 tahun (2008-2011)

M

odel Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung – falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) – satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama – merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. (UCAPAN PERDANA MENTERI PADA PERSIDANGAN INVEST MALAYSIA 2010 DI KUALA LUMPUR) SUMBER : JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

• Panglima Awang @ Enrique Melaka ialah penyumbang besar terhadap ketamadunan Melayu. Beliau merupakan manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam misi ekspedisi Armada Maluku. • 1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis. Pada akhir bulan Ogos, Panglima Awang ditawan. Beliau diberi nama Enrique of Malacca oleh Magellan. Pada akhir Disember, beliau belayar ke Portugal mengikut Magellan apabila diperintah oleh Albuqurque. • 1512 - Belayar melalui Goa (India) ke Tanjung Harapan (Afrika Selatan) dan sampai ke Lisbon (Portugal) pada bulan Jun.

INFO Haji Abdullah Muda dilahirkan pada bulan Ogos 1937 di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Beliau dibesarkan dalam suasana perkampungan di Pulau Duyung. Sejak remaja iaitu selepas tamat persekolahan, Haji Abdullah telah terlibat secara langsung membuat bot bermula dengan kerja sebagai pembantu. Dorongan keluarga sendiri, mentua dan rakan memberi semangat untuk menceburi bidang ini sepenuh masa. Latihan dan pengalaman yang diperolehi dari kerjayanya pada tahun 50’an memberi kekuatan untuk mengusaha sendiri pembuatan bot, bermula dengan bot yang berukuran kecil. Semakin hari kemahiran beliau bertambah dengan berupaya menghasilkan berbagai-bagai jenis dan saiz bot tradisional serta kapal layar. Memang wajarlah beliau menerima anugerah kesenian negeri Terengganu 2006 yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri. Adaptasi sumber : http://www.kraftangan.gov.my/craft_adiguru/details/22/?menuid=26.

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 6

• 1513 - Mengikut Magellan ke Azamor (Maghribi). • 1515 - Pada pertengahan Ogos, beliau pulang ke Lisbon dan kemudian ke Azamor dan berhijrah ke Oporto. • 1517 - Beliau meninggalkan Portugal dan pergi ke Sepanyol. Pada 20 September, beliau sampai di Seville. Beliau diperkenalkan oleh Magellan sebagai orang yang berpengaruh di Sepanyol termasuk kepada Raja Sepanyol King Charles V di Valladolid. Beliau juga terlibat dengan persiapan Armada Maluku. • 1519 - Pada 10 Ogos, Isnin (St. Lawrance’s Day), Armada memulakan pelayaran dari pelabuhan Seville ke Amerika Latin hingga ke Brazil. • 1520 - Sampai di Argentina dan merentas Lautan Pasifik. (Sumber: Perbadanan Muzium Melaka, 2010)

Dasar British dan Kesannya ke Atas Ekonomi Negara

BAB 10

TINGKATAN 4

Ishak b. Saidoo Smk Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor

MENGANALISIS

Semasa zaman penjajahan dan era pascakemerdekaan, berlaku perkembangan ekonomi yang membawa kemajuan dalam sistem pengangkutan. Bincangkan. Usaha-usaha kerajaan dalam menaik taraf sistem pengangkutan untuk kesejahteraan rakyat Melaksanakan undang-undang berkaitan Dasar Pengangkutan Negara

Memajukan pengangkutan dan maritim seperti kapal laut, feri dan pelabuhan Membina lapangan terbang bertaraf dunia seperti KLIA

Memperkenalkan konsep mesra pengguna dan mesra alam Membina dan memajukan pengangkutan rel seperti komuter, LRT, monorel dan kereta api

Membina rangkaian lebuh raya moden dan berteknologi tinggi

Membina Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITTs) seperti TPB Bandar Tasek Selatan

Membina lapangan terbang KLIA 2 Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

INFO

INFO

Sejarah Awal Kementerian Pengangkutan

1951 - Sistem pemerintahan secara Kabinet yang dipanggil Sistem Ahli diperkenalkan. Dalam sistem ini, beberapa Ahli dilantik untuk mengetuai urusan pentadbiran beberapa buah jabatan. Hal-hal mengenai pengangkutan jalan dan penerbangan awam terletak di bawah tanggungjawab Ahli untuk Tanah, Galian dan Perhubungan. Ahli untuk kereta api dan pelabuhan bertanggungjawab untuk perkara-perkara berhubung dengan kereta api pelabuhan dan laut. 1953 - Kereta api, kapal laut atau penerbangan awam dan pengangkutan Jalan diletakkan di bawah tanggungjawab Ahli untuk pengangkutan. 1956 - Kementerian Pengangkutan ditubuhkan. 1972 - Nama Kementerian ditukarkan kepada Kementerian Perhubungan. 1974 - Kementerian dikenali dengan nama Kementerian Pengangkutan dan Kerja Raya. 1976 - Kementerian dikenali sebagai Kementerian Perhubungan semula. 1978 - Nama ditukarkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kekal hingga hari ini.

Tarikh Peristiwa : 25 Januari 1970

Malaysia Menubuhkan Syarikat Penerbangan Sendiri

Pada hari ini dalam tahun 1970, kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura telah membuat pengumuman bersama bahawa demi kepentingan kedua-dua buah negara, perlulah ditubuhkan dua buah syarikat penerbangan yang berasingan. Malaysia, pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL). Tetapi nama ini telah ditukarkan kepada Malaysia Airlines System Berhad atau MAS. Tujuan penubuhan syarikat pengangkutan syarikat ini adalah untuk menyediakan suatu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Hal ini akan memberi sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan. Pada permulaan perkhidmatannya, MAS telah mengambil alih 9 buah kapal terbang jenis F27 dan 3 buah jenis BN 2 daripada Malaysia Singapore Airlines. Lambang yang berupa wau Kelantan yang mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini.

(Adaptasi Sumber: Puan Habibah Zon, En. Ahmad Haji Abdul Kadir & Cik Norizan Osman, (1981). Hari Ini Dalam Sejarah, Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia).

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 7

MENJANA IDEA

Bandar Nusajaya adalah contoh bandar pintar di Malaysia yang menepati gaya hidup mesra alam dan berteknologi tinggi.

PRASARANA BANDAR NUSAJAYA • Hab Logistik dan Pelabuhan Kelas Pertama • Hab Rekreasi, Perdagangan dan Sukan • Hab Biofuel • Hab Perubatan • Hab Industri Halal • Hab Kewangan Islam • Hab Perumahan dan Taman • Hab Industri Pembuatan Tempatan • Kota Iskandar • Waterfront City • Pusat Pendidikan • Taman Kesihatan Afiat • Pusat dan Bandar Cyber • Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor

PELAN PEMBANGUNAN NUSAJAYA

Bandar pintar merupakan bandar yang bergantung kepada penggunaan meluas dan inovatif teknologi maklumat dan komunikasi untuk merancang dan berkongsi sumber bagi (Petikan: pembangunan ekonomi Sinar Harian alam sekitar dan sosial ke 20, Nov. arah kehidupan yang lebih 2012) berkualiti.

INFO

Kerajaan memajukan aspek pembangunan fizikal dan sosial masyarakat ke arah negara maju pada tahun 2020. Bincangkan.

Kemudahan Perubatan Termoden dan Canggih

Perkembangan institusi Pinjaman, Bank dan InsuranS

Kemajuan Pertanian Dagangan dan Perladangan

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 8

Kemajuan Industri AUTOmobil (Proton dan Perodua)

Aspek Pembangunan Fizikal dan Sosial

Perkembangan Industri Berat dan Sederhana

Kemajuan Teknologi MAKLUMAT (ICT) dan Komunikasi

Pendidikan Moden Bertaraf Dunia

Modal Insan Berkemahiran Tinggi

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

BAB 7

TINGKATAN 5

AZALAN B. DAUD Smk Tengku Budriah, Perlis

1. PENGENALAN Pilihan raya ialah satu proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit mengikut prosedur yang telus dan teratur. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menjalankan proses pilihan raya di Malaysia.

2. Pilihan raya di Malaysia

PENGUNDI

Peranan SPR

Syarat kelayakan

H TO N CO

CALON Syarat kelayakan

Menjalankan pendaftaran pemilih

Warganegara Malaysia

Warganegara Malaysia

Berumur 21 tahun

Berumur 21 tahun

Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya

Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan di mana-mana dalam Malaysia bagi Kerusi Parlimen

8866 BATU 4 PMTG. PASIR 75460 MELAKA

Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan

Mengendalikan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil Tidak diisytiharkan bankrap

Bukan pegawai kerajaan

Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undangundang yang berkuat kuasa

Tidak didapati bersalah oleh mahkamah buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 9

MENGAPLIKASI

3. Ketelusan Proses Pilihan Raya di Negara Kita

Mahkamah Pilihan Raya

BEBAS

Daftar pemilih boleh disemak oleh pihak berkepentingan

Bebas berkempen sebelum pilihan raya

Ketelusan proses pilihan raya di negara kita Boleh mengemukakan manifesto sendiri

Mewakili parti politik atau calon bebas

SPR kenal pasti pemantau PRU ke-13 KUALA LUMPUR 27 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan. Sumber : Utusan Malaysia 28.11.12

Boleh membuat petisyen pilihan raya

Pengiraan undi dilakukan terbuka dan telus

Wujud Badan Pemantau Pilihan raya

4. Sejauh manakah Malaysia berjaya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen? Proses pilihan raya yang bebas dan beretika

Keamanan dan kemajuan ekonomi

Hak sama rata kepada semua rakyat

Institusi Beraja dikekalkan

Pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 10

Wujudnya kerajaan dan pembangkang

Keluhuran Perlembagaan

Wujud kuasa Eksekutif, Legislatif, dan Perundangan

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

BAB 8

TINGKATAN 5

Oh, senangnya!

Harvinder Kaur A/P Ranjit Singh SMJK Chan Wa II, Seremban Negeri Sembilan

TUGASAN SPESIFIK

Selepas kemerdekaan pelbagai usaha telah dijalankan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara kita. Bincangkan. SOALAN 1, 2 & 3 AMBIL TERUS DARIPADA BUKU TEKS… SENANGNYA… I. Pengenalan * Pembangunan ekonomi II. Memahami/ Mengaplikasi - Fakta - Huraian - Contoh III. Rujukan daripada sumber lain digalakkan

1. PENGENALAN [5m]



Memahami latar belakang pembangunan ekonomi negara (5m) * Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 197)

2. MEMAHAMI [30m]

2.1 Pembangunan ekonomi tahap I (15m)   * Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 198 - 201) 2.2. Pembangunan ekonomi tahap II (15m) * Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 201 - 206)

3. MENGANALISIS [25m]

Dasar-dasar pembangunan ekonomi negara * Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 (m.s. 206 - 209)

BEGINI CARANYA... • Kenal pasti tugasan soalan Contoh: Tugasan soalan ini memerlukan anda mengenal pasti manfaat pembangunan ekonomi kepada rakyat. • Ayat permulaan jawapan hendaklah menjawab tugasan soalan Contoh: Malaysia telah menubuhkan beberapa pertubuhan yang berperanan efektif dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat... • Merangka jawapan dengan menulis kata kunci jawapan Contoh: Membangunkan masyarakat luar bandar dan penyertaan bumiputera. • Membuat ayat lengkap Calon akan kehilangan markah sekiranya tidak menulis dalam bentuk esei atau ayat lengkap. • Mengaitkan setiap isi pada jawapan Contoh: Menggunakan penanda wacana seperti selain itu, begitu juga, isi kedua.

4. Mengaplikasi [10m]

Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat?



Sebagai contoh, Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar. Ia juga bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil serta menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan.



Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian. Kawasan tanah baru dibuka secara besar-besaran dengan kemudahan asas disediakan. Ini dilakukan supaya dapat mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam mengurangkan kadar kemiskinan.



Melalui Federal Argicultural Marketing Authority (FAMA) pula, petani dapat mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian, justeru dapat meningkatkan pendapatan mereka.



Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Ini menyediakan peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi.



Melalui Malaysian Algricultural Research and Development Institute (MARDI) pula, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang dilaksanakan berupaya untuk meningkatkan hasil keluaran pertanian.



Program Transformasi Ekonomi (ETP) menggariskan pelan untuk menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju melalui pertumbuhan ekonomi yang mapan. Selain itu, ETP juga bertujuan untuk ekonomi yang berdaya saing dan bertujuan mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Pilih mana-mana jawapan yang munasabah.

23 isi = [Maksimum 10m] buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 11

Contoh bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kesan daripada kemajuan ekonomi: • Bangunan Sultan Abdul Samad • Stesen Keretapi Tanah Melayu • Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan • Stadium Merdeka • Istana Negara • Masjid Negara • Menara Berkembar Petronas (KLCC) • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia • Istana Kehakiman • Menara Kuala Lumpur • Putrajaya International Convention Centre (PICC) • Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

5. Menilai [10m]

Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini.

Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan dalam bidang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada pemodenan pertanian. Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga membantu dalam perkembangan perindustrian. Seterusnya, kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita negara kita. Hal ini turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera. Kejayaan ekonomi ini membawa perkembangan ekonomi setaraf negara maju. Kemajuan ekonomi juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kehidupan harmonis ini dapat menjamin keamanan negara. Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya. Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untuk melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Hal ini kerana kita dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkan jaguh sukan. 24 isi = [Maksimum 10m]

6. Menjana idea [10m]

Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah kekurangan tenaga mahir. Kita terpaksa menggunakan tenaga mahir dari luar untuk memenuhi keperluan negara.

Kemahiran teknologi kita juga belum setanding dengan negara-negara maju. Contohnya, dalam bidang perubatan, walaupun kita mampu membeli mesin atau peralatan terkini tetapi kita menghadapi masalah untuk pengoperasiannya kerana kemahiran teknologi kita masih pada tahap rendah. Cabaran yang seterusnya ialah kos buruh yang semakin meningkat. Negara kita terpaksa membawa masuk buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan sebagainya untuk menampung keperluan buruh dalam pelbagai sektor seperti pertanian, pembinaan, perkilangan dan sebagainya. Senario ini juga boleh mewujudkan pelbagai masalah sosial yang lain. Selain itu, negara kita juga menghadapi masalah bahan mentah yang terhad. Contohnya, kita bukan lagi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia. Pasaran bagi bahan buatan Malaysia juga terhad. Contohnya, kereta buatan Malaysia seperti PROTON sukar mendapat pasaran di luar negara kerana persaingan dengan negara maju.

RUJUKAN LAIN Menguasai isu semasa melalui:

- Akhbar - Majalah - Jurnal - Televisyen - Internet

Cabaran seterusnya ialah persaingan menarik pelabur asing dengan negara-negara serantau. Contohnya, ramai pelabur lebih suka untuk melabur di negara-negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Indonesia kerana kos tenaga buruh yang murah berbanding di negara kita. Hal ini bermakna kos produktiviti di negara tersebut juga rendah. Cabaran yang seterusnya ialah ekonomi kita secara tidak langsung bergantung kepada harga pasaran dunia yang sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, kita terlibat secara langsung dalam turun naiknya harga barangan pasaran dunia dari semasa ke semasa. 22 isi = [Maksimum 10m]

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 12

7. Menghayati nilai-NILAI MURNI [5m]

Nilai-nilai murni memacu kemajuan pembangunan ekonomi negara.



Pembangunan ekonomi negara boleh dicapai melalui sikap berdikari, rajin berusaha dan tidak berputus asa dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita juga harus berani menghadapi cabaran dan mempunyai semangat untuk meneroka bidang ekonomi serta bercita-cita tinggi.



Sikap toleransi dalam mengekalkan perpaduan juga amat penting di samping bersikap inovatif dan kreatif dalam memajukan ekonomi negara.



Kepentingan ilmu pengetahuan dan kebolehan menerima perubahan demi kemajuan negara juga amat penting selain bersikap proaktif terhadap pembangunan ekonomi negara.



Kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara juga menyedarkan kita tentang pentingnya mengekalkan keamananan demi kesejahteraan rakyat. 12 isi = [Maksimum 5m]



8. RUMUSAN [5m]

Kesimpulannya, pengetahuan yang diperoleh ialah negara kita telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian seperti menjadi pengeluar produk berasaskan kelapa sawit yang terbesar di dunia. Malaysia juga turut berkembang dalam bidang perindustrian. Contohnya industri automobil. Selain itu, Malaysia juga telah bergiat dalam industri cari gali petroleum melalui PETRONAS.



Mudah sahaja menjawab soalan patriotisme

Iktibar yang saya peroleh ialah kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang yang tersedia untuk memajukan negara sekiranya ingin terus gemilang bersaing dengan negara-negara maju yang lain.



• Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif

Selain itu, ekonomi negara akan menjadi stabil sekiranya rakyat bersatu dan bekerjasama untuk membangunkan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi memerlukan kerjasama erat semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, ras dan keturunan.



Harapan saya agar pemimpin negara kita perlu terus cekap dan berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan. Selain itu, saya berharap negara kita mempunyai pentadbiran yang telus dan bersistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam bidang ekonomi. 12 isi = [Maksimum 5m]

• Nilai positif - Hormat-menghormati - Toleransi - Bersatu



• Sikap positif - Berdikari - Proaktif - Inovatif • Semangat positif - Kepentingan ilmu - Menerima perubahan - Mengekalkan keamanan • Jika anda tiada idea... - Baca semula Rukun Negara - Nyanyikan Lagu Negaraku - Pasti anda dapat menjawab

Rumusan

1956 - 1970

1991 - 1995

1971

1995 HINGGA KINI

1989- 1990

1971 - 1976

Pengetahuan yang diperoleh: • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara. • Harapan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. • Rumusan boleh dirujuk pada penghujung buku teks.

1979 - 1988

1977 - 1978 buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 13

BAB 9

TINGKATAN 5

MENGAPLIKASI

Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

Rudzuan b. Mohd Dali SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah

TAKRIF Globalisasi merupakan proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia.

Globalisasi merujuk perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Malaysia turut menerima tempias daripada perubahan di peringkat antarabangsa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Huraikan kepentingan globalisasi kepada Malaysia dan cabarannya kepada generasi masa kini.

(Sumber: Kamus Dewan Edisi 4 DBP)

Kepentingan globalisasi kepada Malaysia Perdagangan Bebas • • • •

Penghapusan tarif - perdagangan antara negara tidak dikenakan cukai Zon Perdagangan Bebas - penghapusan kuota eksport dapat meningkatkan perdagangan ke luar negara Rasionalisasi subsidi - disalurkan untuk peruntukan pembangunan negara - meningkatkan kualiti hidup rakyat Persamaan undang-undang harta intelek - memudahkan aktiviti perdagangan antara negara - melindungi paten produk tempatan daripada ditiru atau diciplak di pasaran antarabangsa

C abaran globalisasi kepada Pendidikan • Pengajian peringkat tertinggi • Pembelajaran sepanjang hayat • e-pembelajaran

Komunikasi • Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) • Penguasaan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa

Modal insan • Berpengetahuan dalam ICT • Berkemahiran dalam latihan • Membuat penyelidikan saintifik • Berteknologi terkini

Media Massa • Pengaruh media asing • Pegangan agama tidak diutamakan

Teknologi hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia meliputi pelbagai aspek kehidupan yang kian menjejaskan alam sekitar. Pembangunan negara mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Di Malaysia, penggunaan teknologi hijau seperti pentadbiran kerajaan, pengendalian kenderaan, pengurusan kuasa, telekomunikasi, pendidikan serta industri berkaitan aktiviti harian manusia.

INFO

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 14

Perkongsian Budaya • Masyarakat antarabangsa dalam satu komuniti • Bersikap terbuka terhadap nilai positif menghakis budaya bangsa • Hilang jati diri

Kerajaan Elektronik e-Goverment - menyediakan akses talian online mengurang kerenah birokrasi - persekitaran yang mesra pelabur e-Cukai (tanah) e-Cukai (pintu) e-Tempahan e-Pemajuan e-Sewa e-Lesen (Perniagaan) e-Lesen (Penjaja) e-Lesen (Iklan Kekal) e-Lesen (Iklan Sementara) e-Library e-Perbankan

Peningkatan Skala Ekonomi • Pengeluaran meningkat - pasaran luas dapat menampung kos pengeluaran - keuntungan digunakan dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) • Ekonomi kreatif - pengeluaran produk berteraskan teknologi kreatif - perniagaan atas talian • Kecekapan mengurus syarikat - memaksimumkan keuntungan - menyumbang peningkatan pendapatan negara Perkongsian Bestari • Perkongsian maklumat bagi semua negara - membantu negara dalam strategi pengeluaran dan pemasaran • Menentukan destinasi perdagangan - bebas memasarkan barangan dagangan ke luar negara • Pertukaran sumber manusia - pertukaran tenaga profesional dalam bidang saintifik • Kerjasama antara negara - perkongsian dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) - pemindahan teknologi terkini - pinjaman modal • Perkongsian bidang perkhidmatan - berpotensi untuk memacu peningkatan dalam bidang perniagaan dalam dan luar negara • Kemasukan tenaga pakar - menghasilkan produk yang bermutu tinggi - pusat penyelidikan bertaraf antarabangsa

Pelaburan • Kemasukan pelabur - syarikat multinasional menyumbang peningkatan ekonomi negara • Kewujudan syarikat berteknologi tinggi - pengeluaran produk teknologi terkini • Pengkhususan pengeluaran - menjadi pemain utama industri

• • •

Koridor Raya Multimedia (MSC) • Memajukan Cyberjaya - Universiti Multimedia (MMU) - syarikat kreatif Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) - melahirkan usahawan yang berjaya dalam era teknologi pada masa ini - menawarkan perkhidmatan mentor - khidmat nasihat - berkolaborasi bersama-sama dengan institusi pendidikan di Amerika Syarikat - memperluas rangkaian perniagaan Tenaga kerja berpengetahuan - mahir dalam bidang ICT - memacu industri kreatif negara Bandar Pintar - bandar raya inovatif dan berkemahiran tinggi - fokus kepada alam sekitar dan kelestarian serta mapan daripada bencana alam

generasi masa kini Jenayah Merentas Sempadan • Jenayah siber • Penipuan dan pengedaran dadah • Pemerdagangan manusia

Tenaga Kerja • Persaingan dengan warganegara lain • Persaingan pekerjaan di syarikat antarabangsa atau multinasional

Ekonomi berlandaskan pengetahuan (knowledge-based) • Menguasai perniagaan dalam talian • Rangkaian Internet Berkelajuan Tinggi • Perniagaan dari segi pengeluaran dan mutu perkhidmatan

Rangkaian internet • Capaian lambat • Tidak menyeluruh • Bayaran bulanan tinggi • Sering terganggu

Bandaraya Pintar Cyberjaya: Penggunaan rangkaian Internet, telekomunikasi dan satelit sedunia. Kerajaan Elektronik

- Pengurusan dan layanan terbaik, singkat dan segera serta tidak perlu ke pusat kerajaan. Kad Pintar - Kad elektronik seperti ATM. Sekolah Bestari - Kemudahan komputer dan multimedia. Teleperubatan - Penggunaan multimedia memberikan kemudahan kepada pakar perubatan untuk menjalankan pembedahan dan menyimpan data pesakit. Penyelidikan dan Pembangunan - Pusat kajian dan penyelidikan terbaik di dunia yang melibatkan universiti, korporat, sekolah dan institusi penyelidikan. Pembangunan Laman Web - Kejuruteraan, edaran, pemasaran, penyelidikan dan rekaan. Pasaran Tanpa Sempadan - Rangkaian pengeluaran sedunia yang menawarkan produk terbaik dengan harga rendah.

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 15

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014 Tarikh

ISNIN 10 November 2014

KHAMIS 13 November 2014

Waktu

SPM 2014

Kod Kertas

Nama Kertas

07.50 pagi - 08.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat

08.00 pagi - 09.00 pagi

1249/1

Sejarah (Aneka Pilihan) Kertas 1

09.50 pagi - 10.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan dan Buku Jawapan

10.00 pagi - 12.30 tgh. hari

1249/2

Sejarah Kertas 2

07.50 pagi - 08.00 pagi

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Buku Jawapan

08.00 pagi - 11.00 pagi

1249/3

Sejarah Kertas 3

01.50 petang - 02.00 petang

...........

Ketua Pengawas mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan

02.00 petang - 03.15 petang

2361/1

Bahasa Arab Kertas 1

Masa 10 minit

1 jam 10 minit

2 jam 30 minit 10 minit

1 jam 10 minit

1 jam 15 minit Sumber: Lembaga Peperiksaan KPM

BOLEH DIBACA DI MANA-MANA SAHAJA

Untuk maklumat lanjut sila ke

web .m o v.my/bbt go e.

buletin SeJARAH • EDISI 3 • 2014 • 16

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF