Buku Pedagogi Abad 21.pdf
September 30, 2017 | Author: aisyah | Category: N/A
Short Description
Download Buku Pedagogi Abad 21.pdf...
Description
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
i
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
MODUL KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MELAYU
PEDAGOGI BAHASA MALAYSIA abad 21
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
i
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 2 – 6, Blok 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu PENASIHAT 1. 2.
Puan Rosnarizah binti Abdul Halim Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Imam
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
PENYELARAS Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Razlee bin Mohamad
PANEL MODUL Dr. Maridah binti Alias
IPG Kampus Raja Melewar
Zaleha binti Fadzil
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Mohd Asri bin Abdul Razak
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Bakhtiar bin Omar
IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
PANEL PEMURNI MODUL 2015 Ab. Rahim bin Md. Yasin
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Dr. Abd Khahar bin Saprani
IPG Kampus Bahasa Melayu
Zawahir bin Ismail
IPG Kampus Bahasa Melayu
Dr. Maridah binti Alias
IPG Kampus Raja Melewar
Jalalludin bin Ibrahim
IPG Kampus Raja Melewar
Datin Mastura binti Berawi
IPG Kampus Raja Melewar
Nor Alizah binti Alias
IPG Kampus Ilmu Khas
Dr. Habibah binti Mohd Samin
IPG Kampus Ipoh
Noorliza binti Abdullah
IPG Kampus Ipoh
Sharifah Noora binti Syed Tahir
SMK Bukit Rahman Putra
Jasmi bin Bachik
SMK Dang Anum
Dr. Noor Hayati binti Che‟ Mat
SK Sungai Kantan
Dr. Nazirah binti Mohd Nordin
SK Sungai Serai
Zul Hazmi bin Hamad
SJK(T) Ladang Repah, Tampin iii
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
PANEL PENILAI MODUL 2015 Nasri bin Ramli
JPN Negeri Sembilan
Mat Hassan bin Abdullah
JPN Melaka
Mohd Hassany bin Hashim
JPN Kelantan
Zulkafly bin Othman
JPN Pulau Pinang
Junaidah binti Kamarudin
JPN Selangor
Mohd Rosle bin Said
PPD Sabak Bernam, Selangor
Nor Hayati binti Mohd Shaharim
PPD Petaling Perdana
Noorazam binti Ahmad Nadzir
PPD Port Dickson, Negeri Sembilan
Dr. Hj. Raja Othman bin Raja Ismail
PPD Petaling Perdana, Selangor DE
Ibrahim bin Yunus
PPD Jempol, Negeri Sembilan
Jiani binti Jaman
PPD Petaling Perdana, Selangor DE
Mohd Zaki bin Abd Rahman
PPD Hulu Langat, Selangor DE
Zaleha binti Md Jadi
SMK Bandar Baru Sungai Long, Cheras
Nor Azalina binti Mohamed Adam
SMK Puteri, Seremban
Sartini binti Mohd Nor
SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya
Rosesilawati binti Mohd Jab
SK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya
Zamzam binti Abd Karim
SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
Noorbaity binti Hussin
SK Putrajaya Presint 16(2), Putarajaya
iv
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
KANDUNGAN
1. Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
1
2. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
32
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
49
4. Didik Hibur
85
5. Tatabahasa
117
6. Aplikasi Teknologi Web
156
v
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk
Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan
Topik
Pengenalan : Pembelajaran Abad 21 dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Personel
Penceramah
A. Objektif Pada akhir kursus ini, peserta dapat: 1. menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran abad 21. 2. mengenal pasti, membina, mengurus sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi pedagogi pembelajaran abad 21.
B. Kandungan Kursus 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PdP Bahasa Malaysia 2. Pembelajaran Secara Kontekstual 3. Merentas Kurikulum 4. Kolaboratif 5. Teknologi Maklumat dan Media 6. Pembelajaran Berasaskan Projek/Modul 7. Penyelesaian Masalah 8. Pentaksiran secara Telus C. Kaedah 1. Syarahan 2. Perbincangan 3. Aktiviti latih amal (hands-on) 4. Pembentangan
1
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
D. Bahan Pengajaran 1. Modul 2. Nota 3. Slaid Perisian Persembahan 4. LCD 5. Komputer 6. Papan putih 7. Pen Papan Putih 8. Kertas sebak E. Rumusan / Refleksi Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharap memahami konsep pedagogi dalam pembelajaran abad 21 untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia secara berkesan dalam kelas di sekolah masing-masing..
2
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
1.0 Latar Belakang „Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad 21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran. – (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013) Sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21 ini bermatlamat untuk menganjak paradigma kehidupan masyarakat dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa (Tan Sri Datuk Dr. Madinah Mohamad, 2014). “Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Tranformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad 21. Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara termaju didunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan diperingkat global.” - YAB Tan Sri Dato‟ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin 1.1
Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik. Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.
3
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.
1.2 Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21
1.2.1 Banding Beza Ciri-Ciri Kelas a) Kelas Tradisional a. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala b. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas c. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang d. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan b) Kelas Futuristik i. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahanbahan pembelajaran ii. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik. iii. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar iv. Kemudahan TMK 4
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
1.2.2 Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21 Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:
Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Bilik darjah yang dicadangkan ialah.
5
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
6
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
7
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah i. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang). ii. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis. iii. Sudut Parking Lot iv. Sudut hasil kerja murid v. Sudut maklumat vi. Ruang santai
8
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
9
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 1.3
2015
Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21 i. ii. iii. iv. v. vi.
Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif. Merangsang pemikiran kritis secara latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on). Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK. Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.
1.4 Prinsip Pembelajaran Abad 21
10
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
11
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
12
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
13
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 1.5
2015
Elemen Pendidikan Abad 21 Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.
1.6
Kreatif dan inovatif Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Komunikasi dan kolaborasi Literasi maklumat Literasi teknologi maklumat dan komunikasi Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri Berinisiatif dan mempunyai haluan diri Kemahiran sosial dan antara budaya Produktiviti dan akauntabiliti Kepimpinan dan tanggungjawab
Ciri-ciri Guru Abad 21 Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran alaf 21. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad 21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut: 1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum. 2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid. 4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”. 5. Memiliki kemahiran kaunseling. 6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Rajah : Ciri-Ciri Guru Abad 21 27
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
1.7
2015
Ciri-ciri Murid Abad 21 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.
Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah. Yakin untuk berkomunikasi. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu. Mempunyai perasaan ingin tahu. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel. Tidak pernah berputus asa. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.
28
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
1.8 Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;
Rajah : Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah: 1.9
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda, menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert) mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan menggunakan teknologi maklumat terkini. Kemahiran Pengajaran Abad 21
PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guruguru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut;
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi Kemahiran berkomunikasi Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain. 29
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
viii. ix. x. xi.
2015
xvi. xvii.
Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan. Kemahiran literasi media dan informasi. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan. Kemahiran tanggungjawab sosial Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.
1.10
Pedagogi Abad 21
xii. xiii. xiv. xv.
Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;
Rajah : Pedagogi Abad 21 30
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 1.11
Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21
1. Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)
2. Papan Putih Mini
3. Program ‘Bintang’
31
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk Topik Personel
Pedagogi Bahasa Malaysia Abad 21 Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Penceramah
A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat; 1. memberikan penerangan tentang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia; 2. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kaedah dan teknik yang dipelajari; 3. mencipta inovasi berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam modul. B. Kandungan Pengajaran Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Amat penting bagi seorang guru mengambil kira beberapa perkara seperti pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas pada abad 21 ini. Guru yang kreatif akan memikirkan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat, dan kebolehan murid. C. Kaedah 1. Syarahan 2. Perbincangan 3. Aktiviti latih amal (hands-on) 4. Pembentangan
D. Bahan Pengajaran 1. Modul 2. Nota 3. Slaid Perisian Persembahan 4. Borang penilaian 5. LCD 6. Komputer 7. Papan putih 8. Pen Papan Putih 9. Kertas Sebak E. Rumusan/Refleksi Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang disarankan.
32
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 2.0 Pengenalan Pengaplikasian pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah melihat kepada kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam konteks pendidikan, kaedah dan teknik merupakan satu perancangan atau siri tindakan guru semasa melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai objektif pengajaran. Menurut Zamri Mahamod (2012), dalam melaksanakan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru Bahasa Melayu perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan. Selepas kaedah yang hendak digunakan dipilih, barulah guru merancang teknik yang boleh melengkapkan kaedah tersebut seperti teknik bercerita, latih tubi, menghafal dan seumpamanya. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Kaedah pengajaran membolehkan guru-guru mengajarkan bahasa mengikut cara yang betul lagi terancang. Kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah-kaedah dan teknik yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa. Menurut Burton, Donelson, dan Haley (1975), pendekatan dan kaedah yang sesuai ialah pendekatan dan kaedah yang memberikan peluang kepada murid untuk berusaha sendiri dalam pembelajaran. Guru sebagai pembimbing manakala murid sebagai pelakon. Tujuannya ialah, murid-murid mendapat pengalaman dan berpeluang menerima, menerapkan dan menyatukan nilai-nilai yang dipelajari itu kepada personaliti mereka melalui pengalaman yang dialami. Perkara ini jelas terbukti apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir murid. Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu dan belajar tentang cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan bagi mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasikan, menjanakan kemungkinan baharu, mencipta idea atau pengetahuan baharu; Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Yang berikut ialah pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka. 2.1
Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2.1.1
Pendekatan Konvensional - Berpusatkan guru Guru menggunakan teknik seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Murid hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
33
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu 2.1.2
2015
Pendekatan Abad 21 - Berfokuskan murid Pendekatan berpusatkan murid. Aktiviti PdP lebih menarik dan berkesan. Murid berpeluang untuk: mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari dan mampu menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Aktiviti PdP seperti lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan bermain. Pelajar terlibat secara latih amal (hands-on) dalam aktiviti PdP. - Berfokuskan bahan Guru perlu lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran. Guru perlu menggunakan sudut dan ruang bilik darjah, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB). Guru juga perlu menggunakan sumber seperti bahan dari internet, audio visual, gambar, graf, carta, dan poster.
2.2
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.3 2.2.4
Pembelajaran Koperatif Penyelesaian Masalah Kontekstual Kajian Masa Depan Konstruktivisme
2.2.1 Pembelajaran Koperatif -
-
-
Tumpuan utama memfokuskan kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial. Pembelajaran aktif yang mengubah situasi pembelajaran pasif kepada pembelajaran yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Satu pasukan yang heterogen,saling bergantung, tidak bersaing sesama sendiri ke arah pencapaian matlamat yang sama. Mengapa Perlunya Pembelajaran Koperatif? Pembelajaran koperatif diperlukan kerana : Positive Interdependence: kebergantungan positif Individual Accountability: akauntabiliti individu Equal Participation: penglibatan seimbang Simultaneous Interaction: interaksi bersemuka Enam konsep utama pembelajaran koperatif Dijalankan secara berpasukan Menggerakkan inisiatif individu dan ahli kumpulan Mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli kumpulan. Meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan. Menggalakkan budaya inovatif dalam pencetusan idea. Prosedur Aplikasi Pembelajaran Koperatif dalam PdP Menyampaikan isi pengajaran baru Memberi tajuk tugasan Memberi struktur pelaksanaan tugasan Mengagih kumpulan (Kagan Cooperative learning: Rally Robin & Round Robin) Mengagih tugasan bagi mencapai hasil pembelajaran Membimbing kelompok pelajar dan perbincangan Proses: Pengumpulan dan pembentangan bahan tugasan 34
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Maklum balas/penilaian oleh guru Memberi penghargaan
- Contoh aktiviti pembelajaran koperatif: Fan-N-Pick (Kipas dan Pilih) Three Stray One Stay (Tiga Sesat Satu Tinggal) Travelling File (Fail Bergerak) Jigsaw Puzzle Teams-Games-Tournament (TGT) / Pertandingan-Permainan Berpasukan Pembelajaran Bersama Kajian Berkumpulan Kumpulan Membantu Individu Think-Pair-Square / Fikir-Berpasangan-Berkumpulan Think-Pair-Share / Fikir – Berpasangan – Berkongsi Pair Check / Semakan Berpasangan Team Present To Other Team / Kumpulan Bentang Pada Kumpulan Lain Two-box induction / Dua Kotak Induksi Three-Step Interview (Tiga Langkah Temuduga) Rotating Review (Kajian berputar) Find-Someone-Who (Cari seseorang) Value Lines (Garis nilai) Who am i? (Siapa saya?) Gallery Tour (Galeri Pelancongan) Match Mine (Padankan Saya) Inside-Outside Circle (Dalam – Luar Bulatan) Talking Chips (Cip Bercakap) Trade-A-Problem (Bina Suatu Masalah) Window Pane (Anak tetingkap) The Yarn Yarn (Benang-Benang) Blind Sequencing (Urutan Tunanetra) 2.2.2 Penyelesaian Masalah -
-
Fokus utama berkisar kepada pencapaian akademik dan penerimaan kepelbagaian kemahiran sosial. Fokus pada pengalaman dan kemahiran melalui daya usaha murid sendiri. Bermula dengan bertanya soalan, cari penyelesaian, peroleh pengetahuan dan pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah dan seterusnya membuat refleksi. Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung dan autentik. Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan dalam PdP - Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual curiosity). - Mengembangkan kemahiran berfikir. - Menyesuaikan diri untuk mengambil tindakan mengikut situasi. - Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. - Menggalakkan pembelajaran kendiri. - Mengukuhkan kemahiran belajar. - Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif.
35
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu o
2015
Prosedur Aplikasi Penyelesaian Masalah Dalam PdP Langkah 1 : Mengenal pasti Masalah Langkah 2 : Merancang Cara Penyelesaian Langkah 3 : Mengumpul Maklumat Langkah 4 : Mengkaji / Analisis maklumat Langkah 5 : Membuat Rumusan
2.2.3 Kontekstual -
-
-
-
2.2.4 -
Menyediakan situasi PdP yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (handson) dan latih minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek. Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman. Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka. Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat membantu menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami. Kepentingan Pembelajaran Kontekstual • Membantu pelajar mengaitkan kandungan pembelajaran kepada situasi sebenar dan mencari makna tentang apa yang dipelajari secara latih amal dan latih minda. • Pembelajaran berlaku apabila pelajar berupaya memproses maklumat atau pengetahuan baru yang memberi makna kepada mereka. • Pelajar faham sesuatu yang dipelajari dalam situasi yang lebih luas yang berkait dengan isu sebenar. • Pembelajaran mengikut konteks berlaku apabila pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan. Elemen Dalam Kontekstual R (Relating (hubung kait) – pengalaman hidup dgn pengetahuan baru E (Experiencing (alami) penerokaan, penemuan, mereka cipta) A (Applying (aplikasi) – aplikasi pengetahuan dan maklumat dalam situasi lain) C (Cooperating (kerjasama) – kerjasama dan komunikasi) T (Transfering (memindahkan) – pengetahuan sedia ada, menggunakannya , bina baru) Prosedur Aplikasi Kontekstual Dalam PdP Motivasi – pengenalan Isu perbincangan sumber PdP Pemahaman- Penerangan konsep dan perbincangan kelas bacaan dan melakukan contoh kajian Kemahiran - Aktiviti latih amal menyelesaian masalah Penilaian - Ingat kembali dan Penilaian Kemajuan Kajian Masa Depan Strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perubahan Mengupayakan murid mengambil bahagian dalam merangka masa depan mereka secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab Mengajar bersikap futuristik agar lebih kritis dan sentiasa membuat perancangan sebelum berbuat sesuatu 36
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu -
-
2015
Memberi murid kesedaran dan merangsang pelajar berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi Pelajar diasuh dan dibimbing konsep dimensi masa depan yang berubah dengan pembaharuan dan inovasi. Contohnya persekitaran, kehidupan anda, apa pilihan anda, seluruh dunia, negara, masa depan : perubahan, masa kini : trend utama dan masa lalu : perspektif. Kemahiran KMD dalam PdP a. Kemahiran Khusus i. Membuat Ramalan ii. Menjangka Akibat iii. Mengendali Perubahan b. Kemahiran Asas i. Pemahaman Konsep Masa Depan ii. Pengumpulan Maklumat dan Analisis Trend iii. Ramalan dan Analisis iv. Penggunaan Imaginasi dan Kreativiti v. Strategi Mengatasi Kebimbangan vi. Proses Inovasi Sosial vii. Pembinaan Senario viii. Penjelasan Nilai dan Masa Depan ix. Pemahaman Dimensi Kemapanan
- Kepentingan Kajian Masa Depan (KMD) a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal berkaitan masa depan b) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal berkaitan masa depan c) Membina sikap dan nilai tentang masa depan d) Pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan e) Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal berkaitan masa depan - Empat Prinsip Dalam KMD a) Prinsip Perubahan b) Prinsip pandangan jauh c) Prinsip Perancangan Strategik d) Prinsip Pengupayaan - Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Kajian Masa Depan: Perancangan Seorang Guru a) Perancangan Yang Strategik b) Isu dan Tema Yang Relevan c) Berpusatkan pelajar d) Aplikasi Sebagai Projek, Kerja Kokurikulum atau Sepanjang Hayat e) Peranan Guru Sebagai Fasilitator - Prosedur Aplikasi KMD Dalam PdP o Tajuk & Konsep o Senaraikan kemungkinan yang akan berlaku (masa depan) o Sediakan eviden-eviden bagi asas kemungkinan o Cadangkan langkah – langkah penyelesaian/ penambahbaikan / pelan tindakan o Pembentangan/ Simulasi/ Hasil kerja
37
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
- Contoh/ Sumber PdP Tema: Malaysia Negaraku Kemerdekaan Semangat patriotik Perpaduan rakyat Keharmonian negara - Kemungkinan berlaku jika negara kita kehilangan kemerdekaannya? - Senaraikan kemungkinan apa yang bakal berlaku? - Kaitkan kemerdekaan dengan kejayaan dan masa depan - Sumbang saran untuk mendapatkan pandangan pelajar - Guna gambar negara-negara yang sering dilanda kekacauan - Cadangan - Bina senario masa depan jika langkah tidak diambil - Pelan tindakan mengekalkan kemerdekaan - Refleksi 2.2.5
Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pendekatan Konstruktivisme dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya pengajaran dan pembelajaran pada masa ini. Konstruktivisme menekankan kepada peranan murid dan guru sebagai pembimbing sahaja. Kelebihan pendekatan ini ialah murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Pendekatan Konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Hasilnya, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
38
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
2.3 MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM Kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut: 1.
Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. Antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka teki, lakonan dan simulasi.
2.
Pencetusan Idea Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuiri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.
3.
Penstrukturan Semula Idea Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut urutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.
4.
Aplikasi Idea Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.
5.
Refleksi Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman muridmuridnya.
39
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme
40
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme
41
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2.4
2015
Kaedah Pembelajaran Koperatif 2.4.1
Susun Suai (Jigsaw Puzzle) Model pembelajaran ini merupakan sebuah model pembelajaran koperatif yang menitikberatkan kerja kumpulan kecil. Kumpulan kecil seramai 4-6 orang akan diwujudkan di dalam kelas. Mereka akan bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugasan dalam kumpulan mereka. Menurut Rusman (2008:205) model pembelajaran jigsaw juga dikenali sebagai pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap ahli dalam kumpulan akan diberikan isu dan masalah yang berbeza untuk dibaca dan difahami. Namun setiap masalah yang sama akan dibincangkan dalam kelompok yang telah ditetapkan dan akhirnya mereka akan menerangkan dan membahaskan isu tersebut dalam kumpulan asal mereka. Langkah-langkah Pelaksanaan Guru mengedarkan bahan bacaan kepada setiap ahli kumpulan. Bahan bacaan hendaklah berbeza antara ahli dalam kumpulan tetapi semua isu dan masalah adalah sama untuk semua kumpulan. ii. Apabila selesai membaca dalam tempoh yang diberikan, ahli kumpulan akan bergerak membentuk kumpulan yang mendapat isu atau masalah yang sama. Mereka akan berbincang untuk kefahaman yang lebih luas. Mereka juga dikehendaki menyediakan laporan dan maklumat supaya mudah untuk dikongsi dalam kumpulan asal. iii. Mereka akan kembali semula ke kumpulan asal. Setiap ahli akan menerangkan isu/masalah kepada ahli kumpulan mengikut giliran yang ditetapkan. Mereka turut melakukan perbincangan dan penyoalan. iv. Guru melakukan aktiviti merumuskan semua hasil pembelajaran. Guru juga boleh melaksanakan penilaian yang sesuai. i.
Contoh Pelaksanaan
42
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
1. Guru akan mengajarkan tatabahasa bertajuk „Golongan Kata‟. Sebagai contohnya, murid ada 20 orang. Bentuk 4 kumpulan seperti dalam Rajah 1. Kumpulan ini ialah Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D. Dalam kumpulan asal ini Pelajar 1 menerima wacana Kata Nama Am, pelajar nombor 2 menerima wacana Kata Nama Khas, pelajar nombor 3 menerima wacana Kata Ganti Nama dan pelajar nombor 4 menerima wacana Kata Kerja. 2. Seterusnya, pelajar membentuk kumpulan baharu mengikut nombor murid. Murid yang bernombor sama duduk dalam kumpulan yang sama dan melakukan perbincangan. Mereka membaca dan memahami wacana itu. Mereka boleh merujuk bahan sokongan seperti kamus, buku glosari dan ensiklopedia, serta melalui internet. Mereka memproses dan mencerna maklumat melalui perbincangan dan sumbang saran. Akhirnya mereka arif dan menjadi pakar tentang masalah/isu yang diperoleh. 3. Setelah menjadi pakar Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Kata Ganti Nama dan Kata Kerja, mereka kembali ke kumpulan asal. Setiap ahli pakar akan menyampaikan maklumat kepakaran mereka kepada empat orang rakannya. Rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan. Pakar hendaklah menjawab pertanyaan itu dengan menyerlahkan keterampilannya sebagai pakar. Kemudian diikuti pula oleh pakar seterusnya sehingga habis. 4. Setiap kumpulan asal yang telahpun berkongsi kepakaran itu hendaklah membuat rumusan dan refleksi. Refleksi wajar menyerlahkan nilai murni. 2.4.2
Model Rakan Pemikir Apakah yang dimaksudkan dengan Model Rakan Pemikir? Model ini memberi penekanan kepada pengetahuan para pendidik menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks dalam persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka hendaklah mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap pelajarnya, pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta penilaian rakan dalam kumpulan. Model ini banyak melibatkan cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, ilustrasi menarik, contoh-contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas dan bermakna serta tunjuk cara berkesan agar sesuatu isi pelajaran dapat difahami oleh pelajar secara mudah. Di samping itu, Model Rakan Pemikir memberi fokus membantu pendidik bahasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka. Model ini menggunakan model terapan untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai pendekatan, antaranya pembentangan hasil kerja perbincangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat, pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembinaan bahan secara kreatif dan efektif. (Maridah:2010) Model ini disediakan secara terancang dan tersusun bagi memantau dan menilai pelajar secara efektif. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Kegiatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar ini akan dapat membantu pelajar menghayati kandungan pelajaran dan 43
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
meningkatkan daya afektif dan kreativiti mereka seterusnya meningkatkan minat dan memupuk bakat pelajar terhadap Bahasa Malaysia.
Selanjutnya, satu sistem penilaian rakan dalam kumpulan diwujudkan bagi menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan. Menurut Brown (1999), penilaian rakan dalam kumpulan sangat membantu dalam melengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila mereka melaksanakan tugasan yang diberikan. Ini penting untuk peningkatan kendiri pelajar dan khususnya membantu guru yang tidak dapat menilai beberapa aspek sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pada masa ini, pendidik mempunyai beban tugas yang sangat mencabar dalam proses pengajaran dan bentuk ilmu pengetahuan yang pelajar mereka terima. Pendidik yang baik akan menunjukkan rasa tanggungjawabnya terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.
Bagaimanakah penggunaan Model Rakan Pemikir dapat meningkatkan kualiti pendidik seterusnya berupaya menghasilkan pelajar yang cemerlang? Model ini dapat menyumbang kepada kaedah pengajaran yang menitikberatkan pembelajaran yang bermakna bertujuan untuk membantu pelajar; i.
menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan yang diberikan.
ii.
melaksanakan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam kumpulan dan pihak-pihak yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja dan persembahan yang berkualiti.
iii.
mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi dengan guru/pensyarah, rakan dalam kumpulan dan pihakpihak tertentu serta dalam penulisan reflektif.
iv.
menilai rakan-rakan dalam kumpulan mereka dengan telus berasaskan borang penilaian yang disediakan.
Penilaian kendiri adalah penting. Justeru, para pendidik bahasa menyediakan rubrik yang lengkap tentang aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran tersebut. Rubrik akan membantu pelajar melakukan penilaian kendiri dari peringkat awal proses pembelajaran hingga menghasilkan satu produk akhir. Komputer ialah alat kognitif yang penting dalam model ini. Literasi digital dapat mencabar pemikiran pelajar kerana apabila belajar dengan komputer, komputer menjadi rakan intelektual (Jonassen, 2005). Pelajar perlu mempunyai kemahiran belajar cara belajar.
44
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Melalui Model Rakan Pemikir ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan dan seterusnya menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu. Ringkasnya, Model Rakan Pemikir memberi tumpuan kepada lima komponen yang berikut; i.
inventif; Murid mengumpulkan maklumat melalui perbincangan
ii.
inovatif; Murid berbincang berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui perbincangan dalam kumpulan dan mengaitkan pemikiran kreatif dan inovatif dengan pemikiran lateral. Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah dan melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah tersebut dan mencetuskan idea baharu berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru.
iii.
informatif; Untuk memantapkan kreativiti dan inovatif murid di dalam bilik darjah, mereka digalak menggunakan alat-alat berfikir iaitu Peta Pemikiran iTHINK untuk membantu mereka memahami fakta-fakta dan maklumat yang diperoleh dalam langkah inventif. Murid digalakkan untuk mencatat nota dengan menggunakan peta pemikiran. Melakarkan peta pemikiran yang sesuai menggunakan maklumat yang diperoleh. Membina tiga (3) soalan mengikut aras Taksonomi Bloom– aras KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk diajukan kepada rakan sewaktu sesi pembentangan. Penggunaan peta pemikiran membantu murid berfikir secara lebih terbuka, kreatif, dan inovatif.
iv.
inferens Sesi pembentangan - Ahli kumpulan yang ditetapkan sebagai pembentang akan melakukan pembentangan dalam kumpulan yang ditetapkan. Pembentangan akan dilakukan serentak untuk semua kumpulan. Mereka akan menggunakan peta pemikiran yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Selepas sesi pembentangan, pembentang akan mengajukan soalan kepada ahli dalam kumpulan untuk dibincangkan bersama. v.
intelektual. Semasa pembentangan, kumpulan yang mendengar akan membuat penilaian terhadap pembentang berdasarkan senarai semak yang dibekalkan oleh guru. Dari senarai semak tersebut, setiap ahli dalam kumpulan juga akan membuat refleksi tentang hasil dapatan dalam langkah inventif, inovatif, informatif, dan inferens mereka.
45
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Kerangka Aktiviti 1 Tajuk
:
Model Rakan Pemikir
Objektif
:
Pada akhir sesi peserta dapat;
Tempoh Persediaan
i.
menyemaikan budaya membaca dalam kalangan guru,
ii.
menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baharu secara mendalam,
iii.
mengakses maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna,
iv.
menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills) dan membina pemikiran sendiri (independent thought),
v.
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan,
vi.
menggalakkan suasana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial untuk meningkatkan mutu pembelajaran,
vii.
dapat menilai secara telus pencapaian sendiri dan pencapaian rakan-rakan dalam kumpulan, dan
viii.
merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.
viiii.
menggunakan peta pemikiran i-Think secara maksimum.
:
2 jam :
Para peserta telah menyediakan bahan pembelajaran dan bahan rujukan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Peta Pemikiran i-Think, Borang Penilaian, Komputer Riba.
Kerangka Aktiviti 2 1. Guru mengajar/memberi kuliah/menggunakan modul. 2. Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. (5 orang). Lantik ketua dan tentukan giliran pembentangan. 3. Minta peserta berkongsi maklumat dalam kumpulan dan sediakan bahan pembentangan. Bahan pembentangan yang perlu disediakan ialah, Peta Pemikiran i-Think yang menarik Sekurang-kurangnya 3 soalan KBAT yang akan digunakan dalam sesi perbincangan. Soalan-soalan ini akan digunakan setelah sesi pembentangan selesai.
46
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Pergerakan Pembentang
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Pembentang
Pembentang
X
X
X
Pembentang
X
Kumpulan 4
Pembentang
Kumpulan 3
X – Pembentang yang telah dilantik oleh kumpulan Pembentang ini akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan apabila sesi pembentangan.
4. Pembentang yang telah dilantik akan bergerak ke kumpulan yang ditetapkan. Contohnya : Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 4 Kumpulan 1 5. Sesi perbincangan berdasarkan soalan-soalan aras pemikiran tinggi yang disediakan. 6. Rakan dalam kumpulan mengisi borang penilaian – untuk menilai pembentang. Borang-borang yang telah lengkap diisi akan diserahkan kepada pembentang. 7. Rumusan oleh fasilitator. 8. Sesi tamat. 47
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Kesimpulannya, sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan murid-murid cemerlang, yang berfikir secara kreatif, inovatif, dan kompetens selaras dengan pembentukan modal insan bagi mengisi keperluan negara maju. Modal insan yang dilahirkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta mampu untuk menghadapi dunia global yang sering berubah-ubah. Pelbagai kaedah koperatif yang boleh digunakan sebagai panduan. Sila layari web yang diberikan. 1.
Think-Pair-Share http://www.colorincolorado.org/educators/content/cooperative/
2. 3. 4. 5.
Search-Pair-Share Round Table Knotty Problems Model Student Teams http://www1.umn.edu/ohr/prod/groups/ohr/@pub/@ohr/documents/asset/ohr_ 89185.pdf
6.
Model Student Teams Achievement Divisions (STAD) http://www.academia.edu/5124516/The_Impact_of_STAD_Strategy_on_FL_ Reading_Achievement_of_Low-_Average-_and_Highachieving_Students_in_Al_balqa_Applied_University http://www.infonomicssociety.org/IJCDSE/The%20Effect%20of%20Student%20Teams%20Achievement%2 0Divisions%20as%20a%20Teaching%20Strategy%20on%20Grade%2010%20Learne rs%20Economics%20Knowledge.pdf
7.
Coorperative Integrated Reading and Composition (CIRC) http://ies.ed.gov/ncee/wwc/pdf/intervention_reports/wwc_circ_062612.pdf http://ies.ed.gov/ncee/wwc/interventionreport.aspx?sid=109
8. 9.
Learning Together Group Investigation http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198912_sharan.pdf http://www.keansburg.k12.nj.us/cms/lib02/NJ01001933/Centricity/Domain/163 /Intro_to_Coop_Learning.pdf
48
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA MALAYSIA DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk
Strategi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan
Topik
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP BM
Personel
Penceramah
A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat; 4. memberikan penerangan tentang pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid; 5. membimbing guru dalam proses pemerolehan ilmu dan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan kehendak sukatan pelajaran; 6. menggunakan dan mengamalkan pemikiran aras tinggi semasa pengajaran dan pembelajaran. B. Kandungan Pengajaran Kemahiran berfikir aras tinggi perlu menjadi satu budaya dalam kalangan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan instrumen berfikir dapat membantu guru meningkatkan amalan berfikir aras tinggi, dalam usaha membudayakan kemahiran tersebut. Alat berfikir aras tinggi dan Peta Pemikiran i-THINK dipersembahkan dalam 8 bentuk grafik mudah untuk diguna pakai serta mempunyai proses pemikiran tersendiri. Penggunaan peta pemikiran ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
C. Kaedah 5. Syarahan 6. Perbincangan 7. Aktiviti latih amal (hands-on) 8. Pembentangan
D. Bahan Pengajaran 10. Modul
49
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
11. Nota 12. Slaid Perisian Persembahan 13. Borang penilaian 14. LCD 15. Komputer 16. Papan putih 17. Pen Papan Putih 18. Kertas sebak E. Rumusan/Refleksi Peserta dapat melaksanakan tugasan mengikut langkah-langkah dan teknik yang disarankan
50
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran
3.0 Latar Belakang Dalam pembinaan dan pembangunan negara kita sebagai negara baharu, iaitu sesudah lepas daripada belenggu penjajahan, bahasa Melayu menjadi salah satu asas jati diri bangsa Malaysia yang berbilang kaum, menjadi bahasa perpaduan, menjadi lambang dan tanda kewujudan sebuah negara bangsa yang berdaulat (Awang Sariyan, 2004). Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk melahirkan setiap murid yang mempunyai enam ciri utama bagi mengupayakan mereka bersaing di persada antarabangsa. Ciri-ciri murid yang ditetapkan untuk dibina oleh setiap pendidik kepada setiap murid sekolah adalah seperti yang berikut:
1.
Identiti nasional
2.
Kemahiran berfikir
3.
Pengetahuan
4.
Kemahiran memimpin
5.
Kemahiran dwibahasa
6.
Etika dan Kerohanian
51
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Data tentang pencapaian murid Malaysia dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, analisis keperluan guru dan murid sekolah-sekolah di Malaysia oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan laporan UNESCO tentang pendekatan pengajaran guru dijadikan sebagai asas pertimbangan untuk membangunkan dan melaksanakan program KBAT. Profil pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa yang telah diperoleh melalui keputusan pentaksiran antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) 2007 dan PISA (Programme for International Student Assessment) 2009 menunjukkan bahawa potensi kemahiran berfikir dalam kalangan murid sekolah perlu digilap. Laporan TIMSS dan PISA menjadi input utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka strategi sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi negara supaya berada dalam kelompok negara sepertiga di atas. TIMSS mentaksir domain kandungan dan domain kemahiran kognitif, iaitu pengetahuan, aplikasi dan penaakulan dalam matematik dan sains. PISA mengukur pencapaian murid yang berumur 15 tahun dan ke atas dalam literasi matematik, literasi sains, dan literasi membaca. Tujuannya adalah untuk melihat tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh remaja untuk menjadi anggota masyarakat yang berjaya. Profil pencapaian dalam TIMSS (2007) menunjukkan bahawa pencapaian murid Malaysia adalah baik dalam domain pengetahuan dan aplikasi tetapi lemah dalam domain menaakul atau kemahiran berfikir aras tinggi. Kedudukan Malaysia dalam PISA (2009) pula menunjukkan bahawa Malaysia berada dalam kelompok 20 negara terkebawah daripada 74 buah negara dan 60 peratus daripada murid Malaysia gagal mencapai tahap minimum untuk mengambil bahagian dalam kehidupan secara efektif dan produktif. Seterusnya, dapatan kajian analisis keperluan oleh AIM pada tahun 2011 menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia adalah rendah. Guru-guru sedar bahawa kemahiran berfikir adalah penting tetapi mereka tidak bersedia dan kurang kemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Kestral Education, 2011). Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana untuk membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menangani cabaran abad 21. Sebagai seorang guru, aspek berikut perlu difahami dengan jelas supaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dapat disampaikan secara berkesan.
3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
52
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.2 Kemahiran Abad 21 Budaya kerja profesional guru ialah tabiat kerja yang mementingkan kecemerlangan, kualiti dan menekankan kerja sepasukan. Ahli-ahli dalam kumpulan pasukan mempunyai hubungan yang erat, sepakat, sefahaman, dan bertanggungjawab melaksanakan program yang dirancang. Satu daripada sifat guru ialah, ….pencinta ilmu, sentiasa hauskan pengetahuan dan oleh itu, sentiasa berterusan belajar. Guru juga merupakan gedung ilmu bagi murid untuk belajar. Guru akan sentiasa mencetus, memupuk semangat belajar, serta menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:166)
Budaya inilah yang ingin diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut: i.
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;
ii.
berilmu pengetahuan luas, mendalam, dan terkini;
iii.
menguasai, mengamalkan, menghayati, dan berkongsi ilmu;
iv.
menjana, mencetus, mengembang, dan menyumbang ilmu;
v.
mengamalkan penyelidikan;
vi.
menjalin kejeleketan dalam kumpulan dan organisasi; dan
vii.
menitikberatkan kerja berpasukan untuk menjayakan aktiviti organisasi.
Guru bahasa perlu memiliki kualiti peribadi yang baik dan mampu menggariskan perancangan, kaedah, dan aktiviti untuk menjayakan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dalam milenium ke-21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Menurut Zamri Mahamod (2011), sering kali terdapat kegagalan guru untuk menerapkan pelbagai kemahiran yang diajar, terutamanya kemahiran-kemahiran abad 21. Murid-murid sepatutnya sudah boleh menyatupadukan kemahiran-kemahiran abad 21 khususnya ketika belajar di dalam dan di luar kelas. Pandangan tentang kemahiran-kemahiran abad 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dengan empat komponen kemahiran abad 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran abad 21 yang diketengahkan. Kemahiran Abad 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda, menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert) mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan menggunakan teknologi maklumat terkini. 53
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Pengajaran dan pembelajaran pada abad 21 perlu juga mengambil kira kemahiran-kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) bagi tujuan memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti yang berikut; 1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab. 2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi dalam hubungan dengan masyarakat. 3. Kemahiran berkomunikasi 4. Dapat memahami, mengurus dan berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi. 5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat 6. Dapat menjana, melaksanakan dan seterusnya menyampaikan idea baharu kepada orang lain serta bersifat terbuka. Sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain. 7. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal 8. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta-fakta yang diberikan. 9. Kemahiran literasi media dan informasi. 10. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media. 11. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. 12. Berkemahiran untuk bekerjasama, mempunyai sifat-sifat kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat. 13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya. 14. Kebolehan untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan cuba menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. 15. Kemahiran pengurusan kendiri. 16. Mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan. 17. Kemahiran tanggungjawab sosial 18. Bertindak dengan mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di tempat kerja dan dalam masyarakat.
3.3 Konsep Berfikir Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.
3.3.1 Definisi KBAT Kemahiran berfikir aras tinggi ditakrifkan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran baharu (Tuan Jah Tuan Yusof, 2015). Menurut Onosko dan Newman (1994) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT merujuk situasi yang memerlukan seseorang individu penginterpretasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh disempurnakan hanya dengan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada secara rutin. Menurut Zevin (1995) dalam Tuan Jah Tuan Yusof (2015) KBAT juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran memproses maklumat sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. KBAT ialah keupayaan untuk 54
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur. Menurut Edward de Bono (1976) - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Manakala Onosko & Newmann (1994) pula mentakrifkan KBAT sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah, menganalisis,mentafsir dan memanipulasikan maklumat. Rumusannya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
3.3.2 Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT dilihat sebagai proses kitaran daripada pemikiran aras rendah (KBAR) kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Konsep KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan metakognitif. Memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Dengan menggunakan KBAT, murid mampu memberikan penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.
3.3.3 Alat Berfikir •
Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.
•
Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan berfikir iaitu : Soalan dan penyoalan Peta pemikiran Peta minda Pengurusan grafik Alat-alat berfikir ialah instrumen yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran secara visual dan terkawal.
55
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menurut Philips (1997) – cara guru bertindak mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap berfikir murid. • •
Kemahiran berfikir ialah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.
56
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.4 Cara Pelaksanaan KBAT
3.4.1 Tahap Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Kemahiran berfikir aras tinggi merujuk empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson & Krathwohl) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
57
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Rendah TAKSONOMI BLOOMS (SEMAKAN ANDERSON & KRATHWOHL 2011)
3.4.2 Tujuan Diperkenalkan KBAT KBAT diperkenalkan bertujuan untuk mengubah amalan hafalan kepada pemahaman, meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak menganalisis, menilai dan mencipta), mewajarkan penyelesaian dan penemuan untuk penyiasatan saintifik. KBAT ini penting untuk menghasilkan modal insan yang cergas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Pengajaran KBAT dapat meningkatkan pencapaian akademik dan membantu murid dalam perkembangan intelektual.
3.4.3 Ciri Item KBAT a)
Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal
(b)
untuk
Pelbagai tahap / aras pemikiran: Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif
(c)
Konteks yang baharu: Konteks yang merujuk situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya menyatakan apa-apa yang telah dipelajari semula di dalam bilik darjah
58
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu (d)
2015
Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran daripada pelbagai disiplin
(e)
Item tidak berulang: Item pelbagai/berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks
3.5 Konsep Pentaksiran Pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman dan luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh dipertimbangkan dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Proses ialah satu susunan langkah / tindakan / operasi yang bertertib dan terarah yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat ialah evidens yang menggambarkan prestasi murid dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan murid. Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai / adab yang diperoleh murid setelah melalui proses pendidikan
3.5.1 Langkah Penggubalan Item KBAT 1 2 3 4 5 6 7
Tentukan konstruk, konteks dan aras kesukaran Tentukan jenis item Rancang penggunaan stimulus yang berkaitan dengan konteks untuk mengukur konstruk Tentukan jenis evidens (fakta, konsep, generalisasi, keupayaan menilai dan rasional) Tulis item Tulis Peraturan Pemarkahan/rubrik penskoran Menilai item menggunakan prinsip 9 poin
Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi suatu mata pelajaran yang dikenal pasti berdasarkan dokumen kurikulum mata pelajaran tersebut.
59
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.5.2 KATA KUNCI DALAM PEMBINAAN SOALAN KBAT
Kompleksiti Pemikiran
Bahasa Pemikiran
Kata Kunci
Saya boleh ingat maklumat
Mengecam, mengulang, menyenaraikan. menggambarkan, mengenal pasti, namakan
Memahami
Saya boleh ingat dan menjelaskan idea dan konsep
Mentafsir, menjelaskan, memberi contoh. meringkaskan, membuat kesimpulan, menunjukkan pemahaman, menterjemah
Mengaplikasi
Saya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan serupa atau baru
Melaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, gunakan
Menganalisis
Saya boleh mengekstrak keluar ideaidea penting
Mengingat
Menilai
Mencipta
Saya boleh membuat beberapa pertimbangan dan keputusan
Saya boleh memikirkan idea-idea baru dan cara-cara baru untuk menggunakan maklumat
60
Membandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun Menyemak, mempertimbangkan, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesis Mereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasilkan
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.5.2.1 MENGINGAT Kata Kerja yang boleh
Contoh Soalan
Contoh aktiviti dan hasil
Apakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...? Siapakah itu yang...? Namakan...? Terangkan apa yang berlaku di...? Siapa yang memberitahu...? Beritahu kenapa...? Cari maksud bagi...? Apakah yang...? Yang manakah benar dan salah...?
Buat satu senarai tentang peristiwa-
digunakan memberitahu menyenaraikan menggambar menghubung kait mengesan menulis mencari menyatakan menamakan
peristiwa utama .. Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta. Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini. Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu teka silang kata/teka-teki (acrostic) Deklamasikan satu puisi.
3.5.2.2 MEMAHAMI
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menerang menginterpretasikan menggariskan membincang mengesan meramal menyatakan semula menterjemah membanding
Nyatakan dalam perkataan sendiri ... Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...? Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda. Apakah definisi...?
Cari atau lukis gambar yang menerangkan peristiwa. Terangkan pendapat anda tentang idea utama. Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan cerita…
menggambarkan
Ceritakan semula dalam perkataan sendiri Lukiskan satu aspek yang anda suka Tuliskan ringkasan Sediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwa Sediakan satu buku mewarna
61
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.6.2.3 MENGAPLIKASI
KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menyelesaikan menunjukkan menggunakan membuat ilustrasi membina meramal melengkapkan menilai mengklasifikasikan
Tahukah anda peristiwa lain di mana..? Bolehkah perkara ini berlaku ...? Himpunkan mengikut perwatakan
Bina satu model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bina satu diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat.
menggambarkan
Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...?
Apakah faktor yang anda ubah jika..?
Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...?
Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan. Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan/tradisional. Lukis mural berdasarkan perkara yang sama. Tulis buku teks tentang …
3.5.2.4 MENGANALISIS KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
menganalisis membezakan menilai
Peristiwa manakah akan berlaku..? Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku?
Bina satu set soal selidik untuk mengumpulkan maklumat
Apakah persamaan .. dengan ..?
Bina satu carta alir yang mempunyai peringkat kritikal
Apakah hasil lain yang mungkin...? Himpunkan mengikut perwatakan
Bina satu aktiviti susun suai (jigsaw)
membanding menyiasat mengkategorikan mengenal pasti menerangkan
Reka satu iklan untuk menjual satu produk
Bina satu salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubungan Tuliskan satu biografi seseorang
62
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu memisahkan
2015
Sediakan laporan ..
mempromosi
Apakah faktor yang anda ubah jika..? Kenapa perubahan ini berlaku? Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang disampaikan.
Anjurkan satu majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukan Nilaikan hasil seni – persamaan dan permasalahan
Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..? Apakah persamaan..? Apakah masalah yang mungkin timbul? Apakah motif..? Apakah titik perubahan ...?
3.5.2.5 MENILAI KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
mengadili
Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... memilih memutuskan Nilaikan ... membenarkan Bolehkah anda mempertahankan membahaskan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik mengesahkan atau sesuatu yang buruk? Bagaimana anda akan berhujah mengendalikan ...? mengesyorkan Apakah yang mengubah ... menilai Adakah anda akan mengesyorkan? membincang Adakah anda percaya? Adakah anda seorang ... orang? mengutamakan Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...? memberi kadar Apakah pendapat anda tentang ...? menentukan
63
Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai ... menunjukkan. Jalankan perbahasan tentang isu kepentingan khas. Buat buku catatan 5 peraturan anda anggap penting. Meyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah." Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ... Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang ...
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.5.2.6 MENCIPTA KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKAN
CONTOH SOALAN
CONTOH AKTIVITI DAN HASIL
Mencipta
Adakah anda boleh mencipta……?
Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu
Mengapa tidak mengarang sebuah lagu……..?
Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda
Mereka Mengarang Meramal Merancang Membina Mereka bentuk
Dapatkah anda melihat penyelesaian jika………? Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber , bagaimana anda akan berurusan dengan ...?
Mengembangkan imaginasi Mengusul Menjana Mencipta formula
Mengapa tidak anda merangka………? Adakah anda mempunyai cara tersendiri… ?… Apakah yang berlaku jika….?
Cipta suatu produk baru. Berikan nama dan merancang kempen pemasaran Menulis tentang perasaan anda berhubung dengan.........? Tulis rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim tentang ...?
Berapa banyak carakah anda boleh cipta ..yang baharu dan luar biasa untuk…..?
Reka bentuk rekod, buku, atau penutup majalah untuk ...? Jual idea. Merangka satu cara
Bolehkan anda tulis resepi baharu untuk hidangan yang sedap?
untuk ... ?
Bolehkan anda bina kertas kerja untuk…
64
Reka satu rentak atau meletakkan perkataan baru kepada melodi yang dikenali....?
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
3.6 CONTOH SOALAN ITEM KBAT BAHASA Melayu
65
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
66
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
67
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
68
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
69
2015
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu
2015
3.7 Alat-alat Berfikir
1. Edward De Bono 6 Thinking Hats http://www.debonogroup.com/six_thinking_hats.php 2. Peta Minda (Tony Buzan) http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/ 3. Diagram Tulang Ikan (Ishikawa) 4. Analisis SWOT http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm 5. Carta T http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html 6. Carta Y http://www.globaleducation.edu.au/resources-gallery/resource-gallery-templates.html 7. Diagram Lotus 8. Peta Pemikiran
70
View more...
Comments