Buku Log Lompat Jauh.docx
December 2, 2016 | Author: Noor Farhana Zakaria | Category: N/A
Short Description
Download Buku Log Lompat Jauh.docx...
Description
CSP 2071 OLAHRAGA KUMPULAN E (5)
BUKU LOG LOMPAT JAUH
SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015
BIL
NAMA AHLI KUMPULAN
NO. MATRIK
1
Jeterik b Tanis
D20141067440
2
Tean Lee Chiet
D20141067310
3
Noor Farhana bt Zakaria
D20141067320
4
Felicia Vung
D20141067333
5
Rosnoraslina bt Mokhtar
D20141067448
NAMA PENSYARAH
:
ENCIK ROSHDAN BIN AHMAD
NAMA INSTRUKTOR
:
ZARULNAIM BIN MANSUR
ISI KANDUNGAN
Perkara Penghargaan 1.0 Sejarah olahraga 1.1 Sejarah olahraga antarabangsa 1.2 Sejarah olahraga di Malaysia 1.3 Olahraga 2.0 Pengenalan kepada lompat jauh 3.0 Alatan yang digunakan (termasuk ukuran) 4.0 Ansur maju pengajaran 4.1 Latihan ansur maju 4.2 Latihan lonjakan 4.3 Latihan mendarat 4.4 Mengukur penujuan 4.5 Latihan gaya lompatan berbeza 4.6 Ansur Maju 4.7 Fasa-fasa lompat jauh 4.8 Teknik-teknik lompat jauh 5.0 Latihan yang sesuai untuk atlet 6.0 Undang-undang dan peraturan 7.0 Penutup
Muka surat 1
2-4 4-5 6 7-8 9-12 13 13 13 13 14 14-17 17-18 18-21 22 23-24 25
PENGHARGAAN Bersyukur ke atas Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat, masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami,
dapat juga kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tajuk tugasan ini iaitu “Lompat Jauh”.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Encik Roshdan Bin Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada instructor kami iaitu saudara Zarulnaim Bin Mansur yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
1.0
SEJARAH OLAHRAGA Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula
jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan. Dari masa ke semasa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-acara
berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ). 1.1
Sejarah Olahraga Antarabangsa
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.Mengikut
catatan,
Sukan
Olimpik
kuno
bermula
tahun
776
S.M
di
Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik 656 S.M. Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata. Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh memberi peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.
Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-acara olahraga. Ternyata kebanyakkan
peserta
dari
negara
Amerika
Syarikat
ialah
berketurunan
Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah ditubuhkan pada tahun 1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang dicapai oleh atlit.Segala peraturan dan undangundang yang berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF. Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih
akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan. 1.2
Sejarah Olahraga Di Malaysia
Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya. Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain
pada
tahun
1948. Empire’s
Games ditukarkan
menjadi Commonwealth
Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama
pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962. Malaysia
telah
menganjurkan beberapa
kejohanan besar di
peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi
tuan
rumah
Sukan
Komanwel 1998 yang
melibatkan
ramai
jaguh antarabangsa bertanding. Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada
tahun
Majlis
Sukan
Sekolah-Sekolah
Malaysia
ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.
1.3
Olahraga
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.
Acara balapan Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar
yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana
dan
jauh
dan
berjalan
kaki.
2.
Acara-acara padang a)
Acara lompatan Terdapat dua jenis acara lompatan iaitu untuk ketinggi (lompat tinggi dan lompat galah) dan untuk jarak jauh (lompat jauh dan lompat kijang).
b) Acara balingan - Lempar cakera - Rejam lembing - Lempar tukul - Lontar peluru Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan
dalam
temasya
a)
Decathlon
b)
Penthathlon
c)
Marathon
d)
Merentas desa
2.0
PENGENALAN KEPADA LOMPAT JAUH
olahraga
:
Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan
yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yg dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki
dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.
3.0
ALATAN YANG DIGUNAKAN (TERMASUK UKURAN) Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun,
sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat jauh : 3.1
Lorong Larian (Runaway)
Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan. 3.2
Papan Pelepas (Take-Off Board)
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya. 3.3
Petunjuk Plastisin (Plasticine Indicator)
Petunjuk
plastasin
ini
digunakan
untuk
mengesan
dan
membuktikan
pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai. 3.4
Kawasan Pendaratan (Landing Area)
Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang
3.5
dan
2.75
Pita Pengukur (Measuring Tape)
m
lebar.
Pita
pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan.
Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan
3.6
pengukuran
lebih
mudah,
cepat
dan
tepat.
Pengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator)
Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini
tidak
digunakan.
3.7
Bendera Isyarat (Flag)
Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.
3.8
Kasut Berpaku (Spike)
Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara
ini.
4.0
ANSUR MAJU PENGAJARAN 4.1
Latihan Ansur Maju
Menentukan kaki lonjakan – pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan. 4.2
Latihan Lonjakan
Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa
tinggi yang boleh. Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak. Berlari 3 dan 5
langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung. 4.3
Latihan Mendarat
Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (peti kayu) atau
papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian). 4.4
Mengukur Penujuan
Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah
dan menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat menghadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.
4.5
Latihan Gaya Lompatan Berbeza
Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas.
Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,
gantung, tendang kayuh). Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.
A) Ansur maju 1: Larian menuju ke papan lonjak
Dilakukan
secara
berpasangan: •
A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak
•
di papan lonjak. Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak
•
ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat
•
permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau
• • •
dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru. Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut. Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
B) Ansur Maju Lonjakan Ansur maju 1: • • •
Lonjak dari papan lonjakan. Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.
•
Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2: • • •
Melonjak dari hujung bangku. Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku. Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang
• •
termampu. Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3: • • • •
Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali. Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan. Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.
C) Ansur Maju Layangan dan Mendarat
Ansur maju 1: • •
Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.
Ansur maju 2: •
Mencecah bola dengan hujung tangan.
•
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan
• • •
mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Cuba mencecah bola dengan hujung tangan. Mendarat dengan tumit.
Ansur maju 3: • •
Mencecah bola dengan dahi. Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan
• •
mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan. Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke
• •
atas. Cuba sentuh bola dengan dahi. Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas. • Mendarat dengan tumit dahulu. • Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.
4.6
Fasa-Fasa Lompat Jauh FASA PENUJUAN Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal. Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu. Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan. Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak. Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok. FASA LONJAKAN Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki.
Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke
hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi. FASA LAYANGAN Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan. Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:- Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak. Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki. Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas lonjakan. Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan. Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang. Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat layangan. Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan
supaya bersama dengan kaki bebas. FASA PENDARATAN Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan. 4.7
Teknik-Teknik Lompat Jauh
I.
Teknik Lompat Jauh Gaya Layar
Teknik sesuai untuk
ini
pelompat jauh
yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan •
melunjur semasa dalam fasa layangan. Fasa lari landas - Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal, lari 2123 langkah atau jarak 35-45 meter, kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan dan panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan
•
graviti. Fasa lonjakan - Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum dan ayunkan lutut kaki hadapan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan
•
menegak. Fasa layangan - Rapatkan lutut ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas
•
dan ke hadapan. Fasa mendarat - Rapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh, gerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah dan condongkan badan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat. II.
Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung
Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat. • •
Fasa lari kandas - Sama seperti lari landas gaya layar. Fasa lonjakan - Lonjak dengan kuasa kaki maksimum, angkat lutut kaki hadapan seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama angkat tangan
•
yang bertentangan tinggi ke hadapan. Fasa layangan - Ayunkan kedua-dua tangan ke belakang dan lentikkan badan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung, luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara dan angkat kedua-dua lutut serentak dengan ayunan tangan
•
ke hadapan untuk persediaan mendarat. Fasa mendarat - Ayun tangan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan dan dahulukan tumit untuk mendarat dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan. III.
Teknik Lompat Jauh Gaya Kayuh
Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang
peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat. •
Fasa lari landas dan lonjakan - Sama seperti lari landas gaya layar dan
•
gantung. Fasa layangan - Lakukan pergerakan ‘tendang kayuh’ satu setengah atau dua setengah langkah pergerakan ‘tendang kayuh’ dua setengah langkah dengan melonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas di hadapan dan kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan. Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan. Tangan lurus ke hadapan. Kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Baran bongkok sedikit ke
•
hadapan, tangan lurus ke hadapan. Fasa mendarat - Bongkokkan badan sedikit dan luruskan tangan ke hadapan, lunjurkan kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan dan bengkokkan lutut dan bawa pinggul ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.
5.0
LATIHAN YANG SESUAI UNTUK ATLET i.
Lakukan bangkit tubi L-seat. Latihan ini adalah untuk menguatkan bahagian
ii.
abdominal. Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya, angkat kedua-dua kaki lurus dan belakang badan rata di dinding. Tujuannya ialah menguatkan
iii.
bahagian abdominal bagi lunjuran kaki semasa mendarat. Naik dan turun tumit pada julat yang maksimum dengan hujung kaki diletakkan di atas platform 8 cm tebal dan lakukan dengan atau tanpa
iv.
beratan. Latihan ini untuk menguatkan achcillies tendon. Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum
v.
kaki. Aktiviti dapat menguatkan quadriceps. Latihan plyometric. Lompat dari kotak berketinggian 50 cm dengan satu kaki. Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Latihan ini untuk meningkatkan kuasa ekplosif
vi.
kaki sewaktu lonjakan. Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk,lutut bengkok dan tangan di belakang. Naikkan lutut kaki lonjakan. Aktiviti ini dapat meningkatkan
vii.
pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki. Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang mungkin dengan ayunan kaki bebas. Tujuannya ialah memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).
6.0
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN i.
Kawasan Lari Landas
Kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga 1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter ii.
panjang. Papan Lonjakan Diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai. Berukuran 1.21 meter hingga 1.22 meter panjang dan lebar 198 milimeter hingga 202 milimeter serta ketebalan 100 milimeter. Papan ini mestilah dicat putih dan diletakkan antara 1 hingga 3 meter dari kawasan permulaan mendarat.
iii.
Papan Penanda Plastasin Diperbuat daripada kayu tegar berukuran antara 98 milimeter hingga 102 milimeter lebar dan 1.21 hingga 1.22 meter panjang yang diselaputi plastesin atau bahan yang sesuai di atasnya. Papan penanda ini berfungsi mengesan tapak kaki atlet bila melakukan lompatan batal.
iv.
Kawasan Mendarat Kawasan ini mestilah berukuran antara 2.75 meter hingga 3 meter lebar.Terletak di penghujung kawasan lari landas dan selari dengan bahagian tengah kawasan mendarat.
v.
Peraturan Umum Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi tiga kali percubaan lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. Jika terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan. Sebarang keputusan seri
dirujuk kepada lompatan kedua terbaik.Jika masih sama,rujuk lompatan ketiga terbaik. Jauh lompatan diukur dari sentuhan pasir terdekat dengan bahagian penghujung papan lonjak.
Contoh tempat mendarat dan lintasan lari yang digunakan dalam acara lompat jauh
Contoh teknik lompat jauh yang diguna pakai masa kini
7.0
PENUTUP Sebagai kesimpulannya, olahraga telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi
dan di Malaysia pula bermula sejak 1906. Sukan lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m di Greece. Lompat jauh melibatkan beberapa peralatan yang khas contohnya pita ukur, papan plastasin, bendera dan banyak lagi. Dalam sukan lompat jauh, terdapat ansur maju yang harus diketahui oleh para atlet iaitu latihan ansur maju, latihan lonjakan, latihan mendarat dan seumpamanya. Selain itu, empat fasa utama dalam lompat jauh yang harus diketahui oleh atlet lompat jauh ialah lari landas, lonjakan, layangan dan mendarat. Terdapat juga beberapa latihan dan peraturan yang harus diketahui oleh atlet lompat jauh.
View more...
Comments