BORANG SINOPSIS BUKU-hassan 2010
February 12, 2018 | Author: Siti Fatimah | Category: N/A
Short Description
Download BORANG SINOPSIS BUKU-hassan 2010...
Description
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Kod Sekolah: BEA 7621
Md Asror Bin Ab Manan Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan Pengetahuan Profesionalisma Abdul Latif bin Haji Gapor 2003 Penerbit UPSI Buku ini membicarakan khusus mengenai domain penilaian dalam teknologi pendidikan. Domain penilian merupakan satu daripada lima domain yang terdapat dalam teknologi pendidikan. Domain penilaian amat penting untuk digunakan bagi mengenalpasti dan mencari jalan kearah penambahbaikan pelaksanaan kursus dan amalan teknologi pendidikan baik di peringkat maktab maupun universiti. Kursus teknologi pendidikan merupakan komponen penting dalam pendidikan guru untuk menyediakan guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan pengajaran berkesan dengan berintergrasikan teknologi. Buku ini mengandungi 12 bab. Isi kandungan buku ini yang cukup menyeluruh dengan huraian yang cukup terperinci tentang domain penilaian dalam teknologi pendidikan akan dapat membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar khususnya yang mengikuti program perguruan baik di maktab maupun universiti. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilaian, teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning. Pengarang menghuraikan maksud domain Teknologi Pendidikan yang mencakupi Domain Penggunaan, Domain Reka Bentuk, Domain Pengurusan, Domain Pembangunan dan Domain Penilaian. Perihal mengenai Kurikulum dengan kandungan kurikulum, sumbangan teks atau buku dalam kandungan kurikulum, pelaksanaan kurikulum, penilaian kurikulum, reka bentuk kurikulum, hala tuju kurikulum, masa hadapan, model perkembangan kurikulum dan model penilaian kurikulum. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan ilmu terkini tentang penilian, teknologi pendidikan khususnya mod penyampaian e-learning
Disediakan oleh:
Disahkan oleh;
…………………… (Md Asror Bin Ab Manan)
………………………. ( )
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Kod Sekolah:BEA 7621
Md Asror Bin Ab Manan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Pengetahuan Profesionalsme Ernie Stringer, Universiti Teknologi Curtin 2004 Pearson Merril Prentice Hall,New Jersey Buku ini merupakan antara bahan bacaan yang amat berguna kepada mereka mula berjinak-jinak membuat Kajian Tindakan. Panduan yang diberikan oleh Ernie Stringer begitu lengkap. Ia menerangkan tentang Konsep Kajian Tindakan itu sendiri yang berbeza dengan kajiankajian yang lain apabila dilihat dari sudut tindakan segera yang diambil apabila sesuatu kajian tindakan telah dijalankan, dimana kajian-kajian lain hanya terhenti pada tahap penulisan laporan yang berkemungkinan besar tidak ada tindakan pun yang diambil dalam jangka waktu terdekat. Kajian Tindakan adalah satu proses kajian inkuiri atau kajian yang bersistematik. Kajian Tindakan berbeza daripada kajian tradisional kerana wujudnya pusingan atau kitaran, bersifat dinamik dan menggunakan pendekatan secara kolaboratif dalam menjalankan penyiasatan kajian. Kajian Tindakan memerlukan kepada tindakan segera selepas kajian jalankan bagi menyelesaikan permasalahan. Proses asas yang perlu ada dalam kajiaan tindakan merangkumi Rekabentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, hasil komunikasi dan mengambil data tindakan. Buku ini juga amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui perkembangan dalam Kajian Tindakan.
Disediakan oleh;
Disahkan Oleh
………………………… (Md Asror Bin Ab Manan)
………………… (
)
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
8 9
Kod Sekolah: BEA 7621
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
Md Asror Bin Ab Manan Pengenalan Pedagogi Kemahiran Profesionalisma Esah bt Sulaiman 2004 UTM Press Buku ini membicarakan beberapa tajuk yang dapat membantu guru pelatih memahami dan menguasai kemahiran mengajar di dalam bilik darjah. Guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka selaras dengan etika perguruan. Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam pengajaran dan pembelajaran. Model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan turut diperbincangkan. Strategi pengajaran dalam bilik darjah juga dibincangkan yang merangkumi beberapa pendekatan dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penggunaan objektif pengajaran dalam pembelajaran, khususnya objektif tingkahlaku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih, mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Nilai Mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik pengetahuan/ meningkatkan disiplin dalam bilik darjah. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan kemahiran pengajaran guru dan isu berkaitan profesionalisme guru. Aplikasi ilmu Buku ini amat berguna kepada guru-guru yang ingin mengetahui aspek dalam bipengurusan, masalah disiplin dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah organisasi
Disediakan oleh;
Disahkan oleh;
…………………………… (Md Asror Bin Ab Manan)
……………………….. ( )
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Kod Sekolah: BEA 7621
Md Asror Bin Ab Manan Penjelasan Budaya Ilmu Amalan Dan Nilai Wan Mohd Nor bin Wan Daud 2003 Pustaka Nasional Singapura Buku ini membicarakan satu perkara pokok dan asas dalam pembangunan diri insan, masyarakat dan tamadun . Penulis juga memberikan takrifan yang dinamik dan penuh implikasi tentang budaya ilmu dan perkara-perkara bersangkutan dan harus disemai dan disuburkan dalam diri masyarakat kita. Ia juga menghuraikan sejarah pelbagai bangsa dan tamadun.Islam dan bukan Islam, dari zaman kuno sehingga ke zaman kini . Penulis juga ada memaparkan kisah-kisah dan nilai-nilai utama yang dapat dimanfaatkan. Gagasan pengislaman ilmu yang dipercayai sebagai wadah utama bagi penmanfaatan ilmu dari setiap sumber, dihuraikan dan dipaparkan sejarahnya buat kali pertama. Sehubungan dengan ini,sejarah dan perkembangan tradisi keilmuan di Alam Melayu,khasnya di Malaysia, diselidiki.peranan pemimpin politik, pentadbir,para cendikiawan dan guru serta ibu bapa juga dikaji dalam pembinaan budaya ilmu. . Penulis telah menghuraikan bahawa pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan terpenting bagi kejayaan,kekuatan dan kebahagiaan seseorang dan sesuatu bangsa. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan tidak boleh mempertahankan miliknya, apatah lagi mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik . Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Bangsa yang tidak besar jumlahnya boleh memberi pengaruh yang besar kepada bangsa lain yang lebih besar dan kuat. Nilai yang terpancar daripadanya tersebar luas di kalangan masyarakat dan generasi akan datang . Sistem pendidikan kita sama ada yang formal atau tidak terlalu cenderung ke arah penyediaan tenaga kerja yang lebih produktif. Masyarakat pula amat terdedah kepada nilai luar yang merosakkan melalui media cetak atau elektronik. Akibatnya, generasi akan datang akan membayar dengan harga yang mahal disebabkan kecuaian ini. Sekarang ini pun, golongan muda banyak yang terlibat dengan gejala negatif, berpunca daripada faktor keluarga yang tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Oleh itu peranan dan kerjasama golongan politik, guru dan ibu bapa amat penting.
Disediakan oleh :
Disahkan oleh
…………………….. (Md Asror Bin Ab Manan)
………………… ( )
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Kod Sekolah:BEA 7621
Md Asror Bin Ab Manan Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah Kemahiran Profesionalisma Sonia Blandford;Munirah Mustafa 2010 Institut Terjemahan Negara Malaysia Isi kandungan buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian dimana keseluruhannya merangkumi sebanyak 12 bab.Bab-bab tersebut adalah bahagian 1-Sekolah sebagai pusat pendidikan ,bahagian 2-konteks kebangsaan dan bahagian 3-Pembangunan sekolah yang menyeluruh. Antara kupasan daripada bahagian ini menyatakan terdapat 4 tujuan utama dalam membangunkan kerjaya di sekolah iaitu meningkatkan prestasi kerja individu, Membaiki amalan kerja yang tidak berkesan , Mengukuhkan persediaan awal bagi menerapkan dasar dan Memudahkan proses perubahan. Selain daripada itu budaya membangun kerjaya yang baik penting bagi membentuk pusat pendidikan. Ia juga berkesan dalam menerapkan dasar pembangunan pekerja. Mengurus budaya pembangunan kerjaya ini termasuklah sikap menerima proses membangunkan kerjaya sebagai satu proses yang berterusan memantapkan kemahiran melalui program induksi proses menilai, menyediakan pelbagai pengalaman belajar kepada kakitangan, mengalakkan sikap berfikir dan membangunkan diri dan akhir sekali memberi motivasi dan menghargai setiap kakitangan dalam pusat pengajian. Seseorang pengetua itu mestilah memastikan guru pembimbing menerima latihan yang sesuai, tahu membuat pengurangan beban mengajar tanpa menambahkan beban guru-guru yang lain , menetapkan masa bagi memenuhi tanggungjawab latihan awal mengajar ( ITT),pemberian elaun guru pembimbing yang bersesuaian ,sokongan ,nasihat dan penilaian berterusan ,bilangan pelatih bagi setiap guru pembimbing bergantung pada pengalaman pelatih ,memberi tanggungjawab kepada guru pembimbing mengikut pada perjanjian kerjasama , latihan dan pengalaman guru pembimbing ,skim kerjasama yang disertai oleh pelatih samada satu atau lebih dan jumlah masa yang diperuntukkan kepada guru pembimbing untuk mengendali pelatih. Kebolehan professional seorang guru yang berjaya adalah mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai kanak-kanak dan proses belajar tahu mengenai subjek , faham mengenai kokorikulum dan tahu peranan seorang guru. Manakala dari segi kemahiran ianya perlu tahu mengenai aplikasi subjek, kaedah bilik darjah , mahir mengurus kelas dan membuat ujian dan merekod keputusan. Ianya bertujuan mendorong dan membangunkan kakitangan/staf organisasi.Bagi seorang penilai berikut adalah beberapa kemahiran yang perlu ada bagi mengadakan temu duga penilaian .Kemahiran tersebut adalah kemahiran menyoal ,kemahiran menganalisis,kemahiran merimus dan menilai,kemahiran memberi penjelasan, kemahiran menerima dan memberi maklum balas,kamahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran menetapkan matlamat.Beberapa bentuk latihan yang boleh digunakan dalam membangunkan pengurusan professional di sekolah adalah seperti pendidikan jarak jauh ,program latihan luar,pendidikan swasta ,pusingan kualiti ,pertukaran sekolah ,membangunkan diri sendiri dan kursuskursus pendek.
Disediakan oleh: ………………………..... (Md Asror Bin Ab Manan)
Disahkan oleh ………………………….. (
)
BORANG SINOPSIS BUKU Kod Sekolah: BEA 7621
Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2
Nama Guru Judul
3 4 5 6 7
Pengarang Bidang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Disediakan oleh,
……………………… (Md Asror Bin Ab Manan)
Md Asror Bin Ab Manan Instuctors Manual to Accompany on How To Design and Evaluate Research in Education Jack R.Fraenkel dan Norman E.Wallen, San Francisco State University Pengetahuan Profesionalisma 2005 Mac Graw Hill International Buku iringan kepada sebuah teks penuh ini ditujukan kepada guru dan pensyarah yang mengajar khursus penyelidikan. Buku setebal 240 muka surat ini dibahagikan kepada 20 bab dimulai dengan saranan reka bentuk kursus penyelidikan yang hendak dikendalikan. Bab dua tertumpu kepada cara menyediakan masalah penyelidikan , soal jawab dan ujian aneka pilihan bagi mengukur penyampaian kursus. Bab 3 menyentuh etika dalam penyelidikan ,termasuk perlindungan terhadap subjek / responden kajian,kerahsian, persetujuan berpengatahuan dan hak kanak-kanak jika mereka dilibatkan.Bab 4 mengkategori pemboleh ubah, serta membandingkan hipotesis dengan soalan penyelidikan.Bab 5 ialah tentang tinjauan bacaan yang perlu diterangkan dari segi kaedah dan sumber akses yang autentik.Bab 6 menyarankan tunjuk ajar pemilihan sample supaya dapat digeneralsasikan kepada populasi.Bab 7 mengetengahkan tentang proses instrumentasi bagi mentadbirkan penyelidikan yang sejajar dengan sejenis data yang hendak dikutip.Bab 8 menjurus kepada cara menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dalam kutipan data ,serta jenis kesalahan pengukuran yang mungkin berlaku.Bab9 membincangkan sejumlah persembahan statiistik deskiptif dalam laporan penyelidikan .Bab10 tertumpu kepada statistic inferensi .Bab11 tentang signifikan keputusan penyelidikan .Bab12 memberi penegasan terhadap kawalan kesahan dalaman.Bab13 hingga 18 menyajikan kaedah penyelidikan : eksperimental,kolerasi,perbandingan sebab musabab ,tinjauan,kualitatif dan pensejarahan.Bab19 memberi panduan tatacara menulis kertas cadangan dan laporan penyelidikan. Bab terakhir membincangkan pelaksanaan penyelidikan di sekolah yang disertakan engan contoh dan lampiran. Buku ini memberikan perspektif yang boleh dikatakan lengkap dan menyeluruh kepada guru dan pensyarah yang diamanahkan mengendalikan kursus penyelidikan. Walaupun pdpada asanya buku ini berfokus kepada pengajaran kursus prasiswazah dan ijazah tinggi,guru dan pensyarah yang mengendalikan kursus penyelidikan di sekolah juga memperoleh input penting tentang bidang pendedahan yang perlu disampaikan kepada peserta asas kursus penyelidikan, sama guru atau pelajar prauniversiti. Langkah penyampaian,bahan ujian,ulasan penyelidikan dan contoh yang disediakan dalam setiap bab disusun dengan begitu jelas dan teratur supaya dengan lebih mudah digunakan semasa penyampaian kuliah, atau semasa mengendalikan kelas tutorial tentang penyelidikan. Panduan untuk mengendalikan kursus penyelidikan ini sangat mustahak justeru guru akademik tingkatan 6/ pensyarah prauniversiti dikehendaki melaksanakan penyelidikan setiap tahun. Sebahagian guru belum pernah mendapat pendedahan lengkap berkenaan penyelidikan. Jika ada pendedahan sekalipun, mereka sudah tidak melaksanakan penyelidikan yang dalam format dan tatacara yang betul. Guru yang memiliki ijazah tinggi(sarjana dan Ph.D) pula perlu dirundingi supaya bidang tujahan penyelidikan yang dilaksanakan menepati keperluan dan kepentingan pengajian prauniversiti tinkatan 6.dalam konteks SMK St Michael,Ipoh (SMI) ,tumpuan yang dikhususkan kepada penyelidikan tindakan yang bertujuan membuat reflaksi amalan p&p sedia ada dan elemen penambahbaikan yang diperlukan.selain itu,buku panduan ini juga dapat digunakan bagi membimbing pelajar prauniversiti tentang proses dan tatacara penyelidikan dengan pilihan kaedah tinjauan yang hanya mengkehendaki pentadbiran penyelidikan hanya sekali.sebagai setiausaha penyelidikan sekolah,saya mendapati ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalm meereka bentuk taklimat asas penyelidikan kepada guru dan pelajar pra universiti. Disahkan oleh,
……………………………. ( )
BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah: SMK Taman Desa 2 , Rawang 1 2 3 4 5 6 7
Nama Guru Judul Bidang Pengarang Tahun Penerbit Sinopsis
8
Nilai pengetahuan/ kemahiran
9
Aplikasi ilmu dalam organisasi
Kod Sekolah: BEA 7621
Md Asror Bin Ab Manan Murid Dan Proses Pembelajaran Kemahiran Profesionalisma Ee Ah Meng 1995 Penerbit Fajar Bakti,Shah Alam Buku ini membicarakan aspek psikologi pertumbuhan dan perkembangan, dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran . Penulis juga menghuraikan proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Seterusnya, penulis menjelaskan juga pelbagai peranan guru dan pelbagai peranan guru besar sebagai pendidik. Kemahiran komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah turut dibincangkan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan turut dihuraikan oleh penulis. Buku ini sesuai untuk rujukan guru-guru pelatih khasnya, serta seluruh warga pendidik amnya. Seseorang guru mestilah menguasai bidang psikologi untuk membantu kanak-kanak mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani dan mental. Guru yang baik juga perlu menguasai kebolehan komunikasi dan interaksi yang berkesan. Seorang guru mestilah menguasai konsep pembelajaran, proses pembelajaran, jenis-jenis pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran dan faktor-faktor dalam pembelajaran. Guru juga amat berperanan dalam memupuk dan menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagi cara dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu mengaplikasikan ilmu psikologi, kemahiran komunikasi dan interaksi, proses pembelajaran serta pengurusan bilik darjah, agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh; ………………………… (Md Asror Bin Ab Manan)
Disahkan oleh: ……………………. (
)
SMK TAMAN DESA 2 , RAWANG BEA 7621 MD ASROR BIN AB MANAN 541019-10-6115
SINOPSIS BUKU 2010
View more...
Comments