Bina Insan Guru Di Teluk Gorek

August 20, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Bina Insan Guru Di Teluk Gorek...

Description

 

1.

PENGAKUAN  

Kami mengaku bahawa hasil kerja kursus pendek ini adalah hasil kerja berkumpulan kami berempat. Kami juga mengaku bahawa kami telah sertakan lampiran berkenaan aktiviti yang dijalankan .

Tandatangan : ……………………………  ……………………………  Nama : Nur Shahirah Zafirah Binti Zainun No. kad pengenalan : 930228-06-5478

Tandatangan : ……………………………  ……………………………  ROSLI  Nama :  AMALINA BINTI ROSLI

No. kad pengenalan : 930912-06-5028 

Tandatangan : ……………………………  ……………………………  Nama : SITI NOR AISHA BINTI ROSDY  No. kad pengenalan : 930908-01-5546 

Tandatangan : ……………………………  ……………………………  Nama : MUHAMMAD AIMAN HAZIQ BIN AR AZMI   No. kad pengenalan : 930929-02-638 

1

 

2.

PENGHARGAAN  

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kami berempat

berganding bahu meny menyiapkan iapkan kerja kursus Bin Bina a Insan Guru ini

dalam masa yang telah ditetapkan secara berkumpulan.

Ribuan penghargaan diucapkan kepada En Nordin Tormadi Bin Jono diatas tunjuk ajar yang diberikan kepada kami sepanjang menjalankan aktiviti Bina Insan Guru dijalankan selama empat hari di Teluk Gorek,Mersing .Tanpa beliau,tidak mungkin kami kami dapat menjalankan aktiv aktiviti iti kerja kursus lan laporan

ini denga dengan n

sempurna dan lengkap.Kami amat menghargai jasa beliau yang sudi membantu memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa dan tempat. Di samping itu,beliau dan pensyarah-pensyarah lain termasuk mentor kami juga turut sedia memberikan bimbingan kepada kami sekiranya kami menghadapi m enghadapi masalah.

 Akhir kata, saya ingin merakamkan seribu tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua individu yang terlibat memberi tunjuk ajar dalam proses menjayakan aktiviti bina insan gu guru ru ini serta pros proses es meny menyiapkan iapkan la laporan poran

kerja

kursus ini.

2

 

3.

PENGENALAN  

Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, semua guru pelatih diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru. Program ini telah dijalankan untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai--nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses nilai pembinaan insan guru. Melalui pelaksanaan program ini Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat dapat m membina embina insa insan n guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, selari dengan cabaran profession perguruan masa kini.  kini. 

Program Bina Insan Guru ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Beberapa matlamat telah digariskan agar para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman praktikal asas tentang persediaan dan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah. Kami telah mengikuti Program Bina Insan Guru buat kali yang pertama pada semester ini. Program ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada tarikh 12 Mac sehingga 15 Mac 2013 di Teluk Gorek, Mersing, Johor.. Banyak p Johor pengalaman engalaman dan penilaian yang kami telah milki untuk memenuhi tuntutan profesyen keguruan pada zaman kini. kini.  

Program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Oleh itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan normanorma - norma kehidupan.   kehidupan.

3

 

4.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU 

Melalui Program Bina Insan Guru ini guru pelatih dapat :  :    Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. kumpulan.  



  Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan



masalah.   masalah.   Membina kemahiran mengurus perubahan.  perubahan.  



  Mengenali dan menilai potensi insan guru.  guru.  



  Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya



keguruan.   keguruan.   Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.  keguruan. 



  Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama, dan



bertanggungjawab.   bertanggungjawab.   Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.  ibadah.  



  Berakauntabiliti kepada profesion keguruan. keguruan.  



  Memahami realiti persekitaran respinsif secara positif kepada



keadaan dan keperluan persekitaran per sekitaran berkenaan. berkenaan.     Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi,



rohani dan social.  social.    Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana



pemikiran baru.  baru.    Membuat refleksi secraa kritikal ke atas pengalaman, pe ngalaman, kekuatan



dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

4

 

5.

LAPORAN REFLEKTIF 

Hari pertama – Selasa (12 Mac 2013)

Tepat pukul 8 pagi hari selasa, kami dikehendaki berkumpul didepan HEP untuk menunggu bas. Untuk membawa kesemua pelajar, sebanyak dua buah bas diperlukan. Perjalanan kami ke Teluk Gorek bermula pada pukul 8.30 pagi. Namun begitu, kami telah berhenti sebentar di Kota Tinggi untuk bersarapan dan perjalanan telah diteruskan kembali pada pukul 9.30. setelah 3 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di teluk gorek pada pukul 12 tengahari. Setibanya kami disana, kami telah memunggah barang keluar dari bas ke Dewan Pak Malau dan seterusnya berkumpul dihadapan dapur untuk memastikan semua kelengkapan kami sepanjang empat hari berada

di

Teluk

Gorek

berada

lengkap.seterusnya, pensyarah

yang

dalam

keadaan

bertugas, iaitu

yang En

sempurna

Mohd

Jasa

dan telah

menunjukkan kaedah untuk memasang khemah dengan betul. Setelah semua khemah siap dipasang, kami berkumpul dan dipecahkan kepada dua kumpulan besar iaitu kumpulan A dan B manakala saudara Fidauddin bin Rosli pula telah dilantik sebagai penghulu kem.bagi memastikan aktiviti memasak berjalan lancer, ketua bagi aktiviti ini telah dipilih. Nur Nazatul Nisha telah dilantik dan pembahagian tugas memasak telah dijalankan. Sementara menunggu untuk minum petang, para peserta telah diberi taklimat mengenai pendahuluan tentang B.I.G , taklimat keselamatan semasa berlaku kecemasan dan taklimat asas bantu mula.

Setelah minum petang, para peserta telah dikehendaki untuk berkumpul di tebing pantai untuk aktiviti memasang rakit dengan dipantau oleh pensyarah yang bertugas iaitu En Hisyam dan En Mohd Jasa.pada mulanya, kami menghadapi sedikit kesukaran kerana bagi kebanyakan pelajar, ini merupakan kali pertama mereka memasang rakit. Namun begitu, para peserta cepat belajar dan mereka telah menggunakan peluang ini dengan sebaiknya untuk belajar memasang rakit dengan betul.

5

 

Selesai sahaja pengurusan diri dan solat berjemaah, peserta dihidangkan dengan makan malam dan aktiviti diteruskan dengan latihan dalam kumpulan oleh Puan Zaiton Sharif. Ceramah yang diberikan adalah berkenaan mengenali potensi kendiri dan kepentingannya.dari apa yang dapat kami simpulkan,isi adalah mengenai mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan sejauh mana kita mampu mengembangkan bakat dan potensi diri.sesi tamat pada pukul 10.30 dan peserta telah dihidangkan dengan minum malam oleh ahli yang bertugas.aktiviti yang terakhir pada hari berkenaan adalah pembahagian sentri dimana setiap jam bermula pukul 12 hingga 5, terdapat 4 orang peserta yang ditugaskan untuk menjaga kawasan.sentri berjalan lancar.

Pelajar berkumpul di hadapan HEP menunggu bas

Berhenti makan di Kota Tinggi 6

 

Setibanya di Teluk Gorek, kam mengangkat beg turun

Mmemeriksa dan membuat catatan bilangan peralatan yang ada

dari bas

En. Mohd Jasa menunjukkan kaedah memasang khemah dengan betul

7

 

Proses mendirikan khemah

Taklimat mengenai keselamatan sekiranya berlaku kecemasa

 Aktiviti membina rakit 8

 

 Aktiviti LDK mengenali potensi kendiri kendiri Hari kedua – Rabu (13 Mac 2013)

Keesokan harinya, setelah selesai pengurusan diri dan solat subuh, terdapat slot tazkirah yang disampaikan oleh saudara Hafiz Azree dengan seliaan ustaz yang bertugas. bagi memupuk semangat patriotism dalam diri peserta, kami dikehendaki untuk menyanyikan 3 buah lagu rasmi iaitu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu IPGM pada setiap pagi. Aktiviti pagi kami bermula dengan jogging disekitar  pantai,sedikit stretching dan yang lebih menarik,permainan kecil seperti bola beracun, baling selipar dan bola berduri turut dijalankan.tamat sahaja sesi senaman ringkas pada pagi itu, para peserta bergegas untuk sarapan pagi . sarapan pada pagi berkenaan telah dihidangkan oleh saudari nur atiqah,nihayatul,azura dan Brenda.kemudian, kami berkumpul dan bersiap untuk aktiviti utama pada hari itu, dan aktiviti telah dipecahkan kepada dua bahagian dimana satu kumpulan ditugaskan untuk aktiviti darat manakala satu kumpulan lagi ditugaskan untuk aktiviti air.

Untuk hari kedua, kami telah dikehendaki untuk menjalani aktiviti darat dan daripada satu kumpulan besar A, kami telah dipecahkan lagi kepada 3 kumpulan kecil supaya kerja-kerja pengurusan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan 9

 

kemas.setiap kumpulan diberikan kompas dan dikehendaki untuk mencatat bearing disetiap checkpoint yang ada. Disamping itu, kami turut dikehendaki untuk melakar  peta disepanjang perjalanan. Perjalanan menjadi sedikit sukar apabila kami terpaksa melalui laluan yang licin dan berbatu tajam.Namun demikian, segalanya berbaloi apabila kami dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan dipersisiran pantai dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Sampai sahaja kami disebuah titi, peserta diberikan masa 5 minit untuk berehat dan minum pagi.perjalanan diteruskan selama lebih kurang 2 jam lagi.keluar  sahaja dari kawasan hutan, kami masuk pula ke kawasan perkampungan di Gunung  Arung.sesampainya  Arung.sesampainy a kami di tapak memasak, para peserta diberi tugasan untuk mencari tempat yang sesuai untuk menyalakan api dan memasak. Kumpulan kami menghadapi masalah kecil pada mulanya apabila berlaku perebutan tapak memasak.namun begitu, kami telah mengambil inisiatif untuk mengalah dan berpindah ketempat yang baru. Pada mulanya, kami menghadapi kesukaran untuk menghidupkan api ekoran kayu api yang masih basah, namun begitu,berkat usaha yang gigih,api berjaya dihidupkan. Menu makan tengahari kami pada hari itu, merupakan nasi putih, sardine,timun sebagai ulaman dan buah epal sebagai pencuci mulut. Selesai sahaja makan tengahari,kami bergegas untuk membersihkan perkakas memasak dan tapak memasak.kami mula bergerak pulang pada pukul 1 lebih dan sementara menunggu kumpulan lain siap berkemas, kumpulan kami telah mengadakan gotong-royong secara kecilan.

Di penghujung perjalanan pulang kami, peserta telah ditugaskan untuk membina pengusung daripada bahan semulajadi yang ditemui didalam hutan. Aiman dan Furqan telah ditugaskan untuk menebang pokok dan kami telah bersama-sama membina pengusung. Tamat sahaja aktiviti pada hari tiu, aktiviti refleksi secara berkumpulan

telah

dilaksanakan

dengan

seliaan

oleh

En.

Latiff

bagi

membentangkan dapatan masing-masing.Aktiviti masing-masing.Aktiviti terakhir pada hari itu adalah latihan dalam kumpulan oleh Pn Zaiton Shariff dan tamat pada pukul 10.30.

10

 

 Aktiviti Malaysia cergas dan patriotik iaitu menyanyikan lagu lagu rasmi Negaraku, Lagu Negeri Johor dan lagu IPGM

Selepas senaman pagi, aktiviti berjogging sekitar tepi pantai

11

 

 Aktiviti senaman pagi yang diketuai oleh pelajar pendidik pendidikan an jasmani

Salah satu aktiviti mencabar semasa aktiviti kembara

12

 

Memasak untuk makan tengah hari semasa aktiviti kembara

Proses menghidupkan dan mengawal kayu api

13

 

 Aiman dan Furqan mendirikan mendirikan ponco untuk menghidangkan menu makan tengah hari

Proses membina pengusung 14

 

Hari Ketiga : Rabu (27.02.2013)

Seawal jam 5.30 pagi, kami melakukan pengurusan diri untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah yang diimami oleh saudara Muhammad Faris Bin Hashim. Selepas melaksanakan solat subuh, kami mendengar tazkirah subuh yang bertajuk „mencari hidayah‟ yang disampaikan disampaikan oleh saudara Hamiduddin bin Shuhaimi. Selesai sahaja sesi tazkirah subuh, kami semua terus bersiap untuk sesi nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG. Kami semua berkumpul di dataran dan beratur mengikut kumpulan masing.

Sesi nyanyian diketuai oleh penghulu, Muhammad Fidauddin Bin Rosli dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu rasmi IPG. Sesi senaman pagi didahulukan dengan jogging di sepanjang pantai. Selepas itu sesi senaman aerobik bermula dan diketuai oleh Nur Akma Haleeda Binti Abdullah Sani. Seperti biasa, aktiviti diteruskan dengan permainan kecil yang dikendalikan pelajar 1PISMP PJ. Tamat sahaja sesi senaman pagi, sesi taklimat diteruskan oleh Kem Komanden kami Tn. Hj Tormadi bin Jono. Beliau memberi taklimat tentang perjalanan aktiviti pada hari tersebut dan sedikit nasihat kepada kami. Kemudian, kami semua bersarapan sambil bersiap siap untuk melakukan aktiviti bagi kumpulan masing masing.

Pada hari tersebut, tersebut, kumpulan 1 akan menjala menjalankan nkan aktiviti darat manakala kumpulan 2 akan melakukan aktiviti air. Kami semua diminta berkumpul semula untuk sesi taklimat ringkas sebelum berangkat menjalani aktiviti masing masing. Taklimat ringkas bagi kumpulan kami telah diberikan oleh En. Hishamuddin bin Hassan dan beliau menasihati kami agar sentiasa berhati-hati dalam menjalani setiap aktiviti di sini. Tamat sahaja sesi taklimat ringkas kami semua terus berangkat untuk menjalani aktiviti. Pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, aktiviti air dimulakan dengan water confident. Dalam aktiviti ini, kami diajar tentang cara dan perkara perlu dilakukan ketika berada di dalam air. Contohnya, merumpai, cara apungan dan cara memakai boyouncy aid (alat bantuan apungan). Pada jam 10.30 pagi, selepas 15

 

minum pagi, kami dikehendaki berakit ke destinasi yang ditetapkan. Dari situ kami belajar bahawa untuk mengendalikan sebuah rakit bukanlah satu perkara yang senang. Kami perlu bekerjasama dan semangat tidak mudah berputus asa. Setelah sampai ke destinasi yang ditetapkan, di tetapkan, kami dikehendaki menyediakan makanan tengahari. Kami mengagihkan tugas untuk memasak, mencari kayu api dan khemah. Selesai makan tengahari, kami bersiap untuk berakit pulang ke kawasan perkhemahan. Setelah sampai di pantai, kami mengadakan sesi refleksi bersama En. Hisham. Daripada aktiviti air ini, kami dapati bahawa sikap bekerjasama, mematuhi arahan dan berdisiplin merupakan perkara yang amat penting dalam menjalankan sesuatu aktiviti. aktiviti. Sekitar jam 2.30 petang, aktivit air tamat. t amat. Kami bergotong-royong membersihkan membersihkan alat bantuan apungan (BA), tiub, paip, pendayung dan tali. Selepas mengemas, segelintir daripada kami yang bertugas untuk menyediakan makanan menuju ke dapur untuk menyediakan juadah minum petang dan yang lain melakukan pengurusan diri.

 Aktiviti seterusnya iaitu LDK disambung disambung pada tepat jam 4 petang. petang. Semua peserta berkumpul di dalam dewan untuk menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti LDK ketika itu meminta para peserta berfikir secara kritikal dan kreatif dalam membentang dan memberi hujah mengenai perkataan yang diberi oleh Tn Hj. Othman Bin Mustaffa. Antara perkataan tersebut adalah pembimbing, model, fasilitator dan motivate. Sesi LDK tamat jam 5 petang dan selepas itu kami diberi masa untuk berlatih dan membuat pe persediaan rsediaan untuk membuat persemba persembahan han untuk malam kebudayaan.

Selepas itu, para peserta bersiap siap untuk solat maghrib m aghrib dan tazkirah selepas solat maghrib. Solat maghrib diimami oleh saudara Muhammad Aiman Haziq Bin Ar Azmi dan tazkirah disampaikan oleh saudara Mohammad Fidauddin Bin Rosli. Selepas tamat sahaja tazkirah maghrib, para peserta semua berkumpul semula ke dewan untuk menjayakan malam kebudayaan yang bakal mempersembahkan bakat-bakat kami semua bakal guru. Kesemua kumpulan mempersembahkan persembahan yang sangat memberangsangkan kepada para tetamu dan pensyarah yang hadir. Antara persembahan pada tersebut adalah dikir  16

 

barat, tarian, sketsa, pantomen, boria dan lakonan. Gelak tawa riang ria para hadirin yang hadir telah memeriahkan suasana pada malam itu. Dalam pukul 10.30 malam, selepas malam kebudayaan, kami menikmati minum malam. Kami melakukan pengurusan diri dan berehat. Jadual kawalan malam berjalan seperti biasa.

Tazkirah subuh bertajuk Mencari Hidayah

Para peserta sedang joging di sepanjang pantai Teluk Gorek ketika sesi senaman pagi

17

 

Para peserta sedang menjalani aktiviti water confident

Para peserta sedang membentang dan menghuraikan perkataan yang diberi ketika sesi LDK bersama Tuan Haji Othman bin Mustaffa

18

 

Para peserta sedang melakukan persembahan ketika malam kebudayaan

19

 

Hari Keempat - Jumaat (15 Mac 2013) Pada hari terakhir iaitu 15 Mac, selepas melakukan pengurusan diri kami menunaikan solat subuh yang diimamkan oleh Muhammad Furqan dan sesi tazkirah telah diberikan oleh Muhammad Haziq yang dibimbing oleh ustaz yang bertugas.  Aktiviti nyanyian lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG serta senaman pagi tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat turun pada pagi itu. Selepas itu, kami telah diarahkan oleh ketua peserta program untuk mengambil sarapan pagi terlebih dahulu. Setelah selesai sarapan pagi, kem komandan telah memberikan taklimat yang ringkas tentang perjalanan hari terakhir program sebelum berangkat pulang ke kampus. Para peserta diarahkan untuk mengemas barang-barang peribadi, membersihkan dan menyimpan semula khemah yang telah kami dirikan. Kami juga dikehendaki

untuk

membersihkan

tapak

perkhemahan.

Setelah

selesai

membersihkan tapak perkhemahan, kami diminta mengemas dan mengumpulkan semua peralatan yang digunakan sepanjang program program ini dijalankan. Hal ini bertujuan untuk membuat senarai semak dan memastikan tiada sebarang peralatan yang hilang. Kesemua peralatan ini disimpan semula di dalam bekas yang disediakan dan dimasukkan di dalam stor.

Aktiviti Aktivi ti men emas emas khemah khemah dan eralatan eralatan

20

 

Peserta membuat senarai semak peralatan

Selepas itu, kami kemudiannya diminta untuk masuk ke dalam dewan Pak Malau bagi majlis penutupan program yang bermula jam 10.00 pagi. Majlis penutupan program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 2 telah dipengerusikan oleh Nur   Akma Haleeda dan Luk Teck Ung. Sebelum memulakan majlis, kami telah menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Johor dan IPG. Untuk memberkati majlis tersebut, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Asyraf. Selesai sahaja bacaan doa, ucapan ketua peserta telah disampaikan oleh saudara Mohammad Fidauddin. Menyusul kemudian, kem komandan telah memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan program Bina Insan Guru ini. Walaupun kami berada dalam keadaan keletihan disebabkan aktiviti di air dan darat, namun kami berasa bangga kerana dapat menghabiskan aktiviti tersebut tanpa mendapat sebarang kecederaan. Kem komandan juga telah memberi kata-kata semangat dalam ucapannya kepada kami. Upacara penyampaian hadiah diadakan sebaik selesai ucapan kem komandan dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh kem komandan. Sebanyak enam hadiah telah diberikan kepada enam kumpulan persembahan yang bertemakan 1 Malaysia.

21

 

Majlis penyampaian hadiah oleh kem komandan

Para peserta diberi peluang untuk mengadakan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke kenderaan yang telah disediakan untuk bergerak pulang. Peserta bergerak pulang ke kampus pada  jam 11.00 pagi dan tiba di bumi IPTI kira-kira jam 3.00 3.00 petang.

Sesi fotografi

22

 

6.

ANALISIS SWOT 

KEKUATAN   1. Tapak perkhemahan yang luas, strategik, selamat dan selesa member kesenangan kepada para peserta untuk menjalankan aktivitiaktiviti-aktiviti perkhemahan di sana.  sana. 

2. Lokasi perkhemahan ini juga sesuai untuk para peserta kerana lokasinya yang berdekatan dengan pantai dan dikelilingi hutan sesuai untuk aktiviti seperti water  confidence,, berakit dan jungle confidence dan jungle trekking. trekking.

3.  Aktiviti yang dijalankan dijalankan disana disana kebanyakannya kebanyakannya mencabar mencabar dan lasak.peserta lasak.peserta juga sentiasa bersemangat untuk menjalankan aktiviti disana..  disana..  

4. Bahan mentah dan makanan sering mencukupi dan para peserta tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan makanan..  makanan.. 

KELEMAHAN 

1. Jadual pembahagian sentry yang kurang sistematik menyebabkan wujud kekeliruan dalam kalangan pelajar.  pelajar. 

2. Kurang kerjasama antara peserta akibat kurangnya persefahaman disebabkan latar  belakang kelas yang berbeza.  berbeza. 

23

 

3. Jadual aktiviti yang terlalu padat menyebabkan pelajar kekurangan masa untuk aktiviti pengurusan diri.  diri. 

PELUANG 1. Para peserta berpeluang untuk menikmati persekitaran pembelajaran yang baru selain dari di dalam bilik kuliah.

2. Peserta juga dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi. Kami diajar untuk tidak mementingkan diri dan saling bantu membantu antara satu sama lain.  lain. 

ANCAMAN  1.  Antara ancaman terbesar terbesar yang dihadapi dihadapi adalah adalah cuaca yang yang tidak menentu. menentu. Pada hari terakhir, hujan telah turun dengan lebatnya dan terdapat khemah peserta yang dimasuki air dan telah menyebabkan keseluruhan barang didalam khemah basah.  basah.  

24

 

7.

REFLEKSI KENDIRI

7.1 NAMA: AMALINA BT ROSLI IC NO : 930912-06-5028

Seperti yang telah termaktub didalam silibus setiap guru pelatih, aktiviti Bina insan guru merupakan suatu perkara wajib dan perlu disempurnakan oleh setiap bakal-bakal guru..terdapat banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripada aktiviti seperti ini. Banyak ilmu dan perkara yang dapat ditimba dari aktiviti seperti ini. Pada pendapat saya, aktiviti yang dilaksanakan seperti jungle trekking dan water  confidence banyak mengajar saya erti keyakinan dan kerjasama apabila berada dalam kumpulan yang besar.

Kami telah pergi ke teluk gorek selama empat hari bermula daripada 12 Mac 2013 hingga 15 Mac 2013. Sepanjang saya berada disana, saya banyak belajar  nilai-nilai yang positif dan banyak pengajaran yang dapat diambil. Para pensyarah dan rakan- rakan pula sangat membantu dan ini memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dan menangani masalah ketika berada dalam situasi yang sukar.

 Aktiviti seperti latihan dalam kumpulan banyak mengajar saya untuk saling bantu membantu dan bertolak ansur. Ketika berada didalam kumpulan, sifat kerjasama sangat penting kerana sebagai manusia,kita saling memerlukan antara satu sama lain. Kami juga diperlukan untuk bercakap dihadapan orang ramai dan sedikit sebanyak,Ia membantu saya meningkatkan keyakinan dan mengurangkan rasa gemuruh. Ahli kumpulan kami juga terdiri daripada peserta yang terdiri daripada berbilang kaum seperti cina,india dan iban. Ini membuka mata saya mengenai betapa pentingnya sifat perpaduan sesama kaum. Kesukaran untuk berkomunikasi kerana slanga yang berlainan tidak menjadi penghalang kepada kami untuk bekerjasama dan berbual sepanjang tempoh aktiviti. 25

 

Pada hari kedua, kami telah mengadakan aktiviti jungle trekking dan antara perkara yang saya perolehi daripada aktiviti tersebut adalah bahawa kesabaran merupakan

sesuatu

yang

paling

diperlukan

sewaktu

kita

berada

dalam

kesusahan.terdapat beberapa situasi yang saya boleh simpulkan sebagai menguji kesabaran. Antaranya adalah sewaktu melalui melalui titi. Sebagai seorang yang kurang berkeyakinan dan gayat, melalui titi tersebut merupakan cabaran yang besar  buat saya. Namun begitu, berkat kegigihan rakan-rakan member sokongan kepada saya, saya berjaya menempuh halangan tersebut dengan jayanya.

 Aktiviti seterusnya yang menarik perhatian saya adalah water confidence.. kami telah diajar kaedah berenang yang betul oleh En Hisyam.. tempoh masa yang diperuntukkan selama 2 jam ini telah digunakan dengan baik untuk belajar kaedah asas berenang. Walaupun aktiviti ini sangat menguji ketahanan mental, tetapi saya berasa gembira kerana dapat didehkan dengan pelbagai teknik. Tidak ketinggalan, aktiviti berakit yang turut lasak.setiap ahli kumpulan saya begitu bersungguhsungguh bersaing dengan ahli kumpulan yang lain bagi memastikan kami sampai terdahulu ke persisiran pantai.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli dalam kumpulan saya adalah sangat memberangsangkan dan kami begitu bersungguh-sungguh memberikan semangat kepada satu sama lain. Setiap titik peluh kami berbaloi apabila kumpulan saya telah mendahului kumpulan lain dan kami sampai terlebih dahulu untuk memilih tempat memasak.sebagai seorang pelatih guru, semangat sukakan persaingan yang sihat

adalah

penting

kerana

ia

dapat

membantu

kita

untuk

sama-sama

meningkatkan potensi diri .

Kesimpulannya, terdapat beberapa kekurangan sepanjang program ini berlangsung, namun para peserta tidak lemah semangat malah bertambah 26

 

semangat untuk meneruskan aktiviti. Saya berasa begitu bersyukur mendapat peluang sebegini kerana banyak perkara dan ilmu yang telah dapat ditimba.saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan segala kelemahan dapat diperbaiki untuk manfaat kita pada masa akan datang.

7.2 Siti Nor Aisha Binti Rosdy 930908-01-5546

Bina Insan Guru merupakan sebuah program yang sangat berkesan untuk para pelatih guru melatih diri untuk lebih berkeyakinan diri dan mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang tinggi.Oleh hal yang demikian,sebagai pelatih guru di Institut Perguruan kampus Temenggung Ibrahim,kami telah dikehendaki untuk menyertai program ini yang telah diadakan pada 12 Mac 2013 sehingga 15 mac 2013 di Teluk Gorek,Mersing.Sepanjang menjalani program B.I.G (Bina Insan Guru ) ini,saya mendapati pelbagai ilmu dan input baru yang telah saya pelajari yang mana perkara tersebut sukar didapatkan daripada program-program jati diri yang lain.Program B.I.G tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelatih guru daripada opsyen Pendidikan Jasmani,Sains dan Bahasa Cina, dan Bahasa Inggeris SJKC 4 pengambilan Jun 2011 Institut Perguruan Kampus temenggung Ibrahim. Pelbagai

aktiviti

yang

telah

dijalankan

sepanjang

program

B.I.G

ini.Antaranya,aktiviti kembara merentasi kampung,keyakinan dalam air (water  confidence) dan berakit menggunakan pelampung dan pvc.Semua aktiviti ini telah memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada setiap para pelatih guru.Sebagai contoh,untuk aktiviti kembara merentasi kampung,kami semua telah didedahkan dengan keindahan alam semulajadi yang terdapat di kawasan Teluk Gorek.Pensyarah iringan kami iaitu Encik Latif telah banyak memberikan input tentang flora dan fauna yang kami jumpa sepanjang perjalanan tersebut.Pelbagai  jenis flora yang kami dapati seperti periuk kera,pokok gelenggang dan daun 27

 

senduduk manakala untuk fauna pula,kami telah mnjumpai kambing biri-biri,kerbau dan lembu yang terdapat t erdapat di kawasan kampung para penduduk berdekatan. Seterusnya,aktiviti keyakinan dalam air pula,kami telah diajar cara-cara untuk ber e enang nang

dan

teknik

pengapungan

dalam

air

menggunakan

„buoyancy

aids‟.Walaupun pada mulanya saya berasa sangat gementar kerana sebelum ini pernah mempunyai pengalaman yang mencemaskan di dalam air,tetapi apabila saya mempelajari teknik berenang yang betul,saya dapat mengawal rasa gementar  tersebut dan berasa sangat teruja untuk berenang lebih jauh.Sesudah selesai aktiviti keyakinan dalam air,pada hari yang sama,kami melakukan aktiviti berakit menggunakan pelampung yang telah kami siapkan sehari lebih awal.Rakit tersebut telah kami bina bersama-sama rakan guru-guru pelatih yang lain dengan bantuan tunjuk ajar daripada pensyarah kami.Sedikit sebanyak,saya belajar cara-cara untuk membina rakit dengan kukuh dan ia akan menjadi ilmu yang berguna bagi saya pada suatu hari nanti. Pada pengamatan saya,aktiviti berakit merupakan aktiviti yang mencabar  kesabaran dan memerlukan tahap kerjasama yang tinggi daripada seluruh ahli kumpulan.Untuk menggerakkan rakit tersebut,persefahaman yang tinggi untuk mendayung rakit tersebut dengan kadar yang sama oleh semua pendayung amat diperlukan.Oleh sebab itu,dalam kumpulan saya,kami telah melantik seorang ketua untuk memberi arahan kepada semua ahli kumpulan semasa mengendalikan rakit agar rakit tersebut dapat bergerak dengan lancar.Berkat kerjasama dan kesabaran yang tinggi,akhirnya kumpulan saya berjaya menghabiskan aktiviti rakit tersebut dan kami merupakan kumpulan yang pertama sampai di pulau tersebut.Walaupun penat tetapi kami berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh semua ahli kumpulan yang saling membantu antara satu sama lain. Konklusinya,program B.I.G ini memberikan banyak pengalaman baru kepada para pelatih guru.Program ini sewajarnya perlu diteruskan untuk semua pelatih guru pada masa akan datang agar mereka berasa lebih berkeyakinan dan mempunyai semangat jati diri yang kuat serta berani menempuh pelbagai cabaran lebih-lebih lagi apabila mereka ditempatkan di kawasan pedalaman untuk mengajar apabila tamat pengajian nanti.Bagi saya,program ini telah berjaya meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kami semua kerana sepanjang aktiviti perkhemahan 28

 

ini,kami berasa sangat seronok dan teruja untuk merasai pelbagai pengalaman baru.Akhir sekali,saya harap segala ilmu yang dipelajari di B.I.G dapat saya praktikkan di kampus dan dalam kehidupan seharian saya.

7.3 MUHAMAD AIMAN HAZIQ BIN AR AZMI 930929-02-6383 1 PISMP PJ/PK/BM

Pada 12 hingga 15 Mac yang lalu, saya telah menyertai program perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan dengan jayanya di Telok Gorek Chalet And Camp Site Tg. Resang, Mersing selama 4 hari 3 malam. Program perkhemahan ini merupakan perkhemahan yang pertama saya sertai sepanjang belajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini sejak 2011. Program BIG ini bertujuan sebagai usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat tinggi, bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Terdapat banyak ilmu dan pengalaman baharu yang dapat saya peroleh sepanjang menjalani aktiviti BIG ini. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini dilaksanakan antaranya ialah kembara di hutan, keyakinan di air, berakit dan banyak lagi. Melalui aktiviti seperti inilah yang akan memberikan seribu pengalaman yang berharga dan bermanfaat untuk digunakan ketika menjadi guru pada masa hadapan. Selain itu, saya dan rakan sekelas telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan beberapa permainan kecil yang dimainkan selepas senaman pagi. Permainan kecil ini dijalankan untuk pelajar-pelajar dari kelas yang lain. Kami berjaya menjalankan permainan kecil ini dengan baik dan kami dapat melihat wajah keseronokan yang terpancar dari pelajar kelas lain tatkala bermain permainan kecil ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah ditegur oleh pensyarah yang bertugas. Ini kerana permainan kecil itu tidak begitu melibatkan semua pelajar dan tidak menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan. 29

 

Kelemahan

ini

telah

kami

ambilkira

sebagai

sesuatu

yang

positif

dan

penambahbaikan pada masa hadapan ketika menjadi guru. Di samping itu, program BIG ini juga telah banyak menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Ketika melakukan aktiviti meredah hutan, ketahanan mental dan fizikal saya diuji kerana melalui laluan yang sukar, cuaca yang sangat panas dan banyak lagi cabaran yang telah saya tempuhi. Sebelum memulakan aktiviti, saya telah diajar cara untuk membaca kompas. Pensyarah pengiring juga telah memberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan seperti mencari 5 jenis flora dan fauna serta mengetahui kebaikan tumbuhan tersebut. Saya juga perlu memasak di dalam hutan dengan menggunakan kayu api. Pengalaman ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada saya untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya dari segi fizikal dan mental. Ketahanan fizikal dan mental penting sebagai seorang bakal pendidik kerana bakal pendidik belum tentu akan ditempatkan di kawasan bandar ataupun pedalaman yang mempunyai persekitaran yang tidak mencukupi. Pengalaman ini yang dapat ditimba dari program BIG ini akan membuatkan saya untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang akan mendatang ketika menjadi guru kelak. Disamping itu, saya juga dapat memperoleh pengalaman baru berdasarkan aktiviti di air. Ketika aktiviti pemasangan rakit, saya dapat mempelajari tentang jenis jenis ikatan tali contohnya ikatan balak, ikatan buku sila dan banyak lagi. Ikatan ini penting bagi memastikan rakit yang dipasang itu berada dalam keadaan yang kukuh dan selamat. Ketika aktiviti keyakinan di air, saya terpaksa menyelam dengan membuka mata didalam air, mengapungkan diri serta belajar berenang dengan cara yang betul. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keyakinan dan potensi saya ketika berada bermain dengan aktiviti air. Saya juga telah bersemangat dan berani mencuba sesuatu yang baru kerana dengan berbekalkan keyakinan yang tinggi, sesuatu aktiviti yang dilihat sukar untuk dilakukan pasti akan boleh dilakukan. Selepas selesai melakukan aktiviti keyakinan di air, saya dan kumpulan saya perlu melakukan aktiviti berakit. Ketika melakukan aktiviti berakit inilah memberi pengajaran dan ilmu yang berguna kepada saya. Sebagai seorang yang bekerja dalam satu kumpulan, semangat kerjasama adalah penting kerana dengan adanya semangat ini sesuatu aktiviti itu dapat dilakukan dengan mudah. Aktiviti ini dapat meningkatkan semangat kerjasama, tolong-menolong dan sifat bertoleransi antara 30

 

saya dan kumpulan. Saya juga dapat meningkatkan tahap kesabaran dan ketabahan saya kerana perlu berakit dalam jarak yang agak jauh dan terpaksa melawan ombak. Sikap-sikap seperti ini perlu dididik dalam jiwa seorang bakal pendidik kerana sudah pasti diberi dengan pelbagai tugasan yang mencabar sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Melalui aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang dijalankan, saya juga telah banyak mempelajari sesuatu yang berguna seperti memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi saya dengan orang lain. Ini dapat meningkatkan keyakinan saya ketika berucap atau berkomunikasi di hadapan orang ramai. LDK ini juga dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri saya dan membuatkan saya lebih berani untuk memberi sebarang idea atau pandangan. Aktiviti seperti ini mengajar saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis ketika memberi idea dalam perbincangan kumpulan. Dengan adanya aktiviti LDK ini, saya juga dapat bergaul dengan semua pelajarpelajar dari kelas lain tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Sebagai seorang bakal pendidik, kehidupan bermasyarakat adalah penting kerana seorang guru akan bergaul dan berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai bangsa. Program seperti ini sedikit sebanyak dapat memupuk bakal pendidik yang menjalani kehidupan bermasyarakat secara normal dan harmoni. Sepanjang aktiviti program BIG ini berjalan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan sepanjang perjalanan program

dan

kelemahan diri saya sendiri. Kawasan tapak perkhemahan adalah tidak sesuai kerana terlindung daripada laluan angin. Ini menyebabkan beberapa orang guru pelatih terutama yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tidak dapat tidur di dalam khemah kerana panas. Keadaan khemah yang patah dan bocor ketika hujan telah menyebabkan beberapa khemah terpaksa ditukar. Perjalanan aktiviti yang disusun juga terlalu santai dan kurang mencabar. Selain itu, saya juga mempunyai beberapa kelemahan diri yang perlu diatasi. Antaranya ialah pengurusan masa yang tidak betul. Dalam menjalani aktiviti yang telah diatur, saya kurang menepati masa yang telah ditetapkan dalam jadual aktiviti. Bagi mengatasi masalah ini, saya perlulah mempunyai sikap sentiasa bersemangat dalam melakukan apa jua aktiviti supaya saya dapat menepati masa.

31

 

Untuk cara-cara penambahbaikan, saya mencadangkan supaya jadual aktiviti program dapat diberikan lebih awal kepada pelajar supaya pelajar dapat bersedia lebih awal. Selain itu, pembahagian tugas-tugas ahli jawatankuasa perlu disusun dengan lebih rapid an tersusun supaya semua ahli jawatankuasa memainkan peranan. Aktiviti program juga perlu lebih mencabar supaya guru pelatih lebih terdedah dengan cabaran ketika menjadi seorang pendidik kelak. Kesimpulannya, saya percaya bahawa program Bina Insan Guru ini adalah satu program yang sangat menarik dan banyak memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih untuk diaplikasikan ketika berada di sekolah. Profesion perguruan bukanlah satu cabang kerjaya yang mudah. Justeru itu, melalui program seperti inilah guru pelatih dapat d apat membina atau memupuk semangat dan sikap jati diri yang unggul. Saya berharap supaya program-program seperti ini dapat didedahkan lagi kepada guru pelatih supaya akan terlahirnya guru yang berkualiti dari semua aspek dalam mendidik anak-anak bangsa.

7.4 NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN 930228065478

 Alhamdulillah, bersyukur saya saya kehadrat Ilahi kerana saya saya telah berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi kedua bagi tahun 2013 ini. Bersyukur  kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan I nsan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Teluk Gorek Chalet And Camp Site Tg. Resang, Mersing pada 12 Mac hingga 15 Mac yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan sama sekali bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya dimana saya amat gemar akan aktiviti fizikal f izikal yang agak lasak. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan dengan semua kaativiti yang diadakan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 32

 

malam kerana faktor kesihatan . Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.. BIG yang buat pertama kali bagi saya ini i ni telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel f leksibel dan berkeyakinan tinggi. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berakit,, “water confident”, “jungle trecking”, latihan dalam kumpulan(LDK),memasak, berakit masakan rimba,dan persembahan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif  tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti “water confident”, saya terpaksa menyelam didalam air dan berenang. Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan rakan-r akan saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham f aham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara Pe rkara yang menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan tugasan yang diberikan itu dengan sempurna dan jayanya.

33

 

Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama berkawal mengikut  jadual yang telah ditetapkan ditetapkan oleh ketua kumpulan kumpulan.. Saya dan dua orang lagi rakan yang telah diberikan tugas untuk berkawal pada jam 1 pagi telah berkawal di sekitar  khemah bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak ti dak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana hutan tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi yang dilakukan menggunakan item-item yang berada dihutan dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan bagi memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. 34

 

Terdapat beberapa kelemahan pada diri saya yang telah saya perasan dan sedar sepanjang saya menjalankan BIG ini. Antaranya termasuklah saya tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, sebelum menjalankan BIG ini, saya dimaklumkan bahawa kami perlu terlibat dengan aktiviti air seperti berenang. Semasa aktiviti air dan aktiviti water confident , sebenarnya saya takut untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut kerana saya fobia akan air dan tidak pandai berenang. Namun dengan bantuan rakan yang sama kumpulan dan sekelas,saya telah berjaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang oleh pihak institut dengan lancar dan berjaya. Jadi, selepas BIG ini, saya dapati keyakinan saya meningkat dan sentiasa berasa berkeyakinan diri dalam melakukan semua perkara. Selain itu, saya sedar bahawa saya mempunyai kelemahan yang sangat ketara dalam bidang memasak. Hal ini demikian kerana pada asasnya saya tidak mempunyai kemahiran memasak kerana persekitaran di rumah yang tidak mendorong saya untuk melakukan aktiviti memasak dimana saya merupakan anak bongsu . Namun begitu, tanggungjawab disini perlu dijalankan juga apabila saya perlu memasak pada suatu hari , ianya merupakan pengalama pengalaman n dan kali pertama saya melakukannya sepenuh hati . Nescaya, selepas menjalani aktiviti BIG ini saya berasa bertuah dan beruntung kerana dapat merasai pengalaman tersebut setelah dibantu oleh rakan-rakan sepasukan.

Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program BIG ini akan menjadi lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktiviti-aktiviti IQ yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan, dan sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang sangat digalakkan. Dalam stesen games, games, setiap kumpulan haruslah menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk fizikal atau mental. Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya sekiranya mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini, barulah semangat bekerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik, lantas ia dapat menguji ketabahan seseorang peserta menyelesaikan masalah dalam situasi yang begitu meruncingkan. 35

 

 Akhir sekali, saya sangat sangat bersyukur kerana telah melalui program program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina m embina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.

8.

PENUTUP 

 Alhamdulillah , akhirnya kami selesai juga menyiapkan tugasan Bina Insan Guru ini. Segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan akan kami semat dihati dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kami mampu untuk menjadi guru yang cemerlang kelak. Kami berharap para pelatih guru mendapat sesuatu pelajaran yang sangat bernilai daripada kem tersebut selama ianya dijalankan. Pengalaman yang dimiliki akan menjadikan bakal guru menjadi lebih matang dan lebih berpengetahuan di dalam segala aspek seperti kokurikulum dan kokorikulum. Sesungguhnya bukanlah kerja yang mudah untuk melaksanakan kesemua aktiviti sebagai satu kumpulan tetapi berkat didikan dan ajaran yang diberikan oleh para pensyarah, akhirnya para pelatih guru dapat menempuh segala dugaan dan rintangan dengan baik sepanjang aktiviti ini.Semoga para pelatih guru yang telah menyertai kem ini akan menggunakan sebaiknya pengalaman dan keyakinan yang telah dibina serta menerapkan ilmu yang berguna dalam diri mereka daripada aktiviti perkhemahan ini. Diharapkan kem Bina Insan Guru yang akan datang akan lebih memberi inspirasi kepada para pelatih guru untuk berasa lebih tercabar untuk bersaing menjadi yang lebih baik. Sekian , terima kasih. kasih.  

36

 

9.

LAMPIRAN  

9.1 SENARAI NAMA JURULATIH/PNSYARAH PENGIRING

Kem Komandan/  Komandan/  Quarter Master Alatan

: En. Tormadi Bin Jono Jono  

Jurulatih Air (ketua)  (ketua) 

: En. Hishamuddin Bin Hassan

Jurulatih Air/Senaman Pagi/  Pagi/   Kebajikan   Kebajikan

: En. Mustafa B. Othman  Othman 

Jurulatih Darat/Makanan  Darat/Makanan  : Pn. Ruziyah Bt. Zainol Abid Abidin in  

Jurulatih Moral/ Darat

: Tn. Hj. Abdullah Zhidi Omar  

Jurulatih Darat / Keselamatan   Keselamatan

: En. Mohd. Jasa bin Hj. Siraj  Siraj  

Jurulatih LDK  LDK 

: Pn. Zaiton Binti Sharif   Tn. Hj. Othman b. Mustaffa  Mustaffa 

Mentor Tesl 4  4 

: Pn. Kamsiah Binti Omar  

Mentor PJ  PJ 

: Cik Shaireena Binti Jaafar  

Mentor Sains  Sains 

: Pn. Halina binti Kasmani  Kasmani 

Keagamaan   Keagamaan

: En. Sirajudin Bin Sapuan  Sapuan 

37

 

9.2 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA

Penghulu

: Mohd Fidauddin Bin Rosli

Penghuluwati

: Siti Nadhirah Bt Zuraidhi Zuraidhi  

 Alatan

: Razian Bin Rashid Rashid  

Makanan

: Nur Nazhatul Nisha Binti Muhamad Baharin Baharin  

Moral dan Rohani

: Muhd Hamiduddin Bin Suhaimi Suhaimi  

Dokumentasi

: Vincent Andam Andam  

38

 

9.3

SENARAI AJK MEMASAK  MEMASAK 

SELASA  SELASA  * minum petang. hafzhan & amy * makan malam. amalina, nisha, adah, mary * supper. aiman & furqan

RABU   RABU * breakfast. zura, brenda, niha, atiqah ati qah * minum pagi. hamid & razian * lunch. wawa, eyrah, ana, akma * minum petang. tan, anas * makan malam. afiqah, madi dan 2 org dari SCIENCE. * supper. wong, zul KHAMIS   KHAMIS * breakfast. atiqah nohara, athirah dan 2 org dari SCIENCE * minum pagi. hafiz & hawari * lunch. nisha, suhana, adah dan 1 org dari SCIENCE * minum petang. vince & asyraf  * makan malam. shira, dayah, adibah, amy * supper. stefaenus & haziq.

JUMAAT   JUMAAT * breakfast. amalina, zura, ezza dan 1 org dari SCIENCE * minum pagi. fairuz & niha * lunch. pejan, akma, wawa, iqah  

39

 

9.4

JADUAL GILIRAN KAWALAN SENTRI  SENTRI 

Hari/Tarikh Rabu (13 Mac 2013)

Masa 12.00am 12.00am –  – 1.00am

1.00am – 1.00am  – 2.00am

2.00am – 2.00am  – 3.00am

Nama 1.  ANASUHANA BINTI MOHD YUSOF   YUSOF 2. BRENDA JUDE  JUDE  3. MARYLYNE PERIDOH   PERIDOH 4. MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL   ISMAIL 1. NOR AMIRAH BINTI MOHMAD SABERE   SABERE 2. NUR AKMA HALEEDA BINTI  ABDULLAH SANI  SANI  3. NUR AZURA BINTI GHALIB   GHALIB 4. MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI   ROSLI 1. NUR HAFZHAN BINTI SAMSURI  SAMSURI  2. NURSHUADAH BINTI ARIPIN  ARIPIN  3. EE WEI YING  YING  4. MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR AZMI  AZMI 

3.00am – 3.00am  – 4.00am

1. 2. 3. 4.

4.00am – 4.00am  – 5.00am

1. 2. 3. 4.

KOHYI LI QI  PING PING  LEE QI     LIM AI CHEN  CHEN  MUHAMAD  ASYRAF BIN YUNUS   YUNUS LOW CHIE KEE  KEE  LOW WEI HWEE  HWEE  LUK TECK UNG  UNG  MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMAN  OTHMAN 

40

 

9.5

JADUAL GILIRAN IMAM,BILAL DAN TAZKIRAH  TAZKIRAH 

Selasa (12 Mac 2013) Subuh

Maghrib Imam : MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS Bilal : MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR  AZMI Tazkirah : MUHAMMAD HAFIZ AZREE BIN BADRUL HISHAM

Rabu (13 Mac 2013) Subuh Imam: MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHAMAN Bilal: MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL Tazkirah: MUHAMMAD ZULHILMI BIN RAHAZAT

Maghrib Imam: MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN Bilal: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI Tazkirah: MOHAMAD HAWARI BIN ISMAIL

Khamis (14 Mac 2013) Subuh Imam: MUHAMMAD FARIS BIN HASHIM Bilal: MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMAN

Maghrib Imam: MUHAMAD AIMAN HAZIQ B AR  AZMI Bilal: MUHAMAD ASYRAF BIN YUNUS

Tazkirah: MUHAMMAD HAMIDUDDIN BIN SHUHAIMI

Tazkirah: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI

Jumaat (15 Mac 2013) Subuh Imam: MUHAMMAD FURQAN BIN ABD MANAN Bilal: MOHAMMAD FIDAUDDIN BIN ROSLI Tazkirah: MUHAMAD HAZIQ BIN OTHMAN

Maghrib I

41

 

9.6 GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI PERKHEMAHAN PERKHEMAHAN

42

 

43

 

44

 

45

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF