1
Bismillah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
“Apabila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi) Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) Disebut ‘but’ (tetapi)
Allah dulu, Allah lagi, Allah terus Diinspirasikan oleh Ustaz Yusuf Mansur
Hashtag rasmi: #TeknikBAD #BertanyaAllahDahulu #KisahSuksesBAD
2
PERCUMA! Ebook ini diberikan secara percuma sehingga saya didetikkan Allah untuk meletakkan bayaran.
Seandainya anda mendapatkannya secara berbayar daripada pihak lain, mohon laporkan kepada saya, Insyirah A. (pengasas Writethrough) di emel
[email protected] atau PM FB Fanpage Writethrough di: https://www.facebook.com/messages/wrthrough Ebook ini saya halalkan untuk anda berikan secara percuma kepada seramai mungkin orang kesayangan anda. Syarat ketat: Jika ia memberi manfaat kepada anda. Ini adalah kerana saya mementingkan ‘high valuable content’ bagi sebarang karya saya dan di bawah naungan Writethrough. Produk ini adalah salah satu produk jenama Segala urus niaga melalui jenama Writethrough adalah di bawah syarikat Insyirah Creative Solution (SA0245969-‐X)
3
Isi Kandungan Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online .......................................................... 5 Kisah Bertemu Bakat Penulisan ............................................................................................ 8 Cara Saya Sedar Bakat Penulisan ......................................................................................... 9 Apa Yang Writethrough Lakukan? ............................................................................ 11 Kisah Pencetusan Writethrough ......................................................................................... 13 Rezeki Sudah Ditentukan ..................................................................................................... 15 Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur ......................................................................... 17 Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting? ....................................................................... 26 Asas #TeknikBAD .......................................................................................................... 28 Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah ........................................................................ 28 Mengapa Nama Teknik BAD? ............................................................................................. 32 Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah ......................................................... 34 Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan ............................................................... 38 Beza Berdoa Dan Membaca Doa ........................................................................................ 40 Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD ............................................................................ 51 Calon-‐Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan #TeknikBAD ........................................... 54 Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah – Kisah Ahli Ibadah 500 Tahun ......................... 54 Jabariah vs. Qadariah ............................................................................................................. 60 #BADLessons .................................................................................................................. 61 Jangan Ikut Orang .................................................................................................................. 61 It Is Not About Being Perfect .............................................................................................. 62 Hidup Sekadar Mampu .......................................................................................................... 65 Cara Praktikkan #TeknikBAD ..................................................................................... 68 Q & A #TeknikBAD ....................................................................................................... 76
4
Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online Saya memulakan bisnes secara online pada tahun 2009. Niat saya untuk mulakan bisnes adalah, “Suatu hari nanti, aku mampu taja ibu aku pergi menunaikan haji.” Dengan niat itu, saya mula mengkaji bisnes secara online yang boleh diusahakan dengan kadar wang yang minima. Saya mula berkenalan dengan jenama Clickbank iaitu ibarat sebuah mall secara maya untuk produk digital. Saya teruskan kajian demi kajian dan bertemu dengan Wangcyber.com (WC). Di situ, saya berkenalan dengan ramai Internet Marketer (IM). Walau ketika itu saya masih belajar, saya banyak membeli-‐belah di sana. Cuma, banyak membeli, dan banyak buat pekasam. Saya terhibur dengan testimoni-‐tesmoni yang dipaparkan. Sehinggakan ada seorang sifu yang perasan saya selalu membeli pada tiap thread di forum WC. Ia membuatkan beliau kutip saya jadi menteenya dan handle sebuah projek digital. Saya jadi ketua walau member lain adalah lelaki. Walaupun begitu, sehingga saya menulis ebook ini, kami tidak berjumpa secara berhadapan.
5
Segalanya dilakukan melalui maya tanpa tahu muka masing-‐masing (ketika itu). Penglibatan usahawan wanita dalam bisnes secara online ketika itu boleh dikatakan sebagai, ‘boleh bilang dengan jari’. Walaupun begitu, saya tidak kenal rapat dengan usahawanita dalam forum itu. Saya banyak melabur namun lebur. Lebur kerana tidak bertindak. Saya juga pernah laburkan RM4 angka untuk orang lain buatkan projek digital untuk saya, namun RM4 angka itu disia-‐siakan oleh individu tersebut. Bukan salah beliau. Salah saya kerana percaya bulat-‐bulat dan tidak bertanggungjawab dengan duit yang saya ada. #LessonLearned. Boleh baca pengajaran yang lain dalam ebook karya saya 70 Lesons. Ia terkandung 70 pengajaran merangkumi aspek bisnes, kehidupan dan seni (spiritual). 100% dalam bahasa Melayu. Tajuk dan cover je bahasa Inggeris. Melalui cara berkuli dengan sifu itu, saya jana RM1,000 pertama. Namun ia tidak berpanjangan. Lama-‐kelamaan, kami mula buat hal masing-‐masing. Saya kembali solo. Sehingga suatu masa, saya kembali dikutip oleh seorang sifu yang lain. Saya uruskan projek dropship untuk pasaran luar negara.
6
Mula rasa duit USD dan UK. Dapat seciput pun, andai diconvert kepada duit Malaysia, darab 3 hingga 5. Walaupun begitu, sukar untuk saya capai RM2,000. Terasa liat untuk cecah RM2,000. Selama 3 tahun, semua perkara itu terjadi. Dalam tempoh 3 tahun itu saya bertemu dengan pelbagai perkara. Pengetahuan walau dalam bidang Information Technology (IT) iaitu bidang yang saya ambil di universiti pun, saya banyak belajar sendiri, seperti Wordpress, minisite. Ia tidak diajar di universiti. Kadang-‐kadang saya rasa tak berbaloi masuk universiti, hadap RM5 angka hutang. Keluar gaji RM4 angka (budak tak suka akademik memang macam ini) >.< Lebih baik saya guna RM5 angka itu masuk coaching bisnes yang praktikal jana RM4 – RM6 angka / bulan. Itulah pengajaran terbesar dalam hidup saya. Andai ada anak pun, saya berhajat memasukkan beliau ke dalam sekolah, seperti sekolah tahfiz atau sekolah bisnes, supaya belajar hidup berdikari tanpa bergantung kepada duit ibu bapa. Dunia kini akan semakin menyempitkan. Terutamanya dalam aspek kewangan. Andai kita masih malas, terus merungut, itulah sahaja kehidupan kita pada masa akan datang.
"A man is what he thinks about all day long." - Ralph Waldo Emerson
7
Lebih baik work out something, daripada menyalahkah Tuhan, merungut kehidupan yang serba kekurangan. Jadi orang yang bertanggungjawab dengan apa yang terjadi dalam hidup kita, terutamanya part hutang. Andai tak mampu hidup lebih daripada kemampuan, admit it (akuinya) dan hiduplah setakat yang mampu. Jangan hidup skala Ferrari, sedangkan pendapatan skala kereta Kancil. Saya ingatkan diri saya sebenarnya yang masih muda, dan hanya ada hutang pendidikan yang dalam proses selesai bayar.
Kisah Bertemu Bakat Penulisan Solo, berdua atau beramai. Itulah saya selama 3 tahun itu. Sehingga saya menjadi solo semula dalam bisnes, saya bertemu dengan sebuah jalan bernama Jalan Buntu. Jalan Buntu adalah jalan mati yang buat saya tersangkut, tidak tahu nak pergi ke mana-‐mana. Saya tidak tahu nak buat apa, saya tidak fokus dengan bisnes sedia ada, sedangkan sudah banyak perkara saya explore. Saya berkejar-‐ kejaran buat bisnes itu dan ini untuk menyeru duit, sehingga saya rasa penat. Penat dengan hidup begitu.
8
Suatu hari, saya bertemu dengan seseorang yang pakar dalam dropship. Saya berpeluang menemui beliau di dunia maya, apabila beliau menawarkan peluang mentorship dalam projek dropship. Saya mengkhabarkan kepada beliau, saya sedang mencari apa bakat dan bisnes yang sesuai untuk saya. Setelah berbincang, beliau berpesan,
“Tunaikan solat Istikharah, tidur atas sejadah.” Kemudian, saya buat selama beberapa hari. Tanpa banyak soal dan hanya mengikut apa yang beliau pesan.
Cara Saya Sedar Bakat Penulisan Suatu hari saya tersedar, “Kau bukan suka menulis ke?” Al kisah -‐ sejak tahun 2008, saya telah mulakan sebuah blog yang saya kumpul artikel-‐artikel tentang remaja. Ketika itu, saya bangunkan sebuah blog yang saya khaskan untuk remaja. Saya copy artikel daripada ILuvIslam tentang remaja, dan saya paste dalam blog itu. Kemudian, saya upgrade sedikit, kepada tulis versi diary.
9
Seterusnya barulah saya beralih arah kepada blog dot com sendiri. Sekarang, saya fokus kepada pembinaan jenama Writethrough dan Teknik Bertanya Allah Dahulu (B.A.D / BAD).
10
Apa Yang Writethrough Lakukan? Writethrough adalah transformasi semula sebuah jenama bawah tanah (underground) yang saya bangunkan, khas untuk memperkatakan soal keyakinan sama ada dunia dalaman atau luaran. Pada asalnya, saya mahu biarkan ia menjadi bawah tanah. Namun, setelah berfikir semula, saya membuat ia jadi dikenali. Mendapat inspirasi daripada program Breakthrough oleh Anthony Robbins. Cuma itu dalam bentuk program realiti. Saya kongsikan qute Will Smith dalam movie After Earth,
“Fear is not real. The only place that fear can exist is in our thoughts of the future. It is a product of our imagination, causing us to fear things that do not at present and may not ever exist. That is near insanity. Do not misunderstand me, danger is very real but fear is a choice.” Andai difikirkan semula, ketakutan adalah imaginasi yang kita cipta tentang masa hadapan. Perkara itu belum berlaku pun, kita sudah fikirkan yang negatif. Masa hadapan – belum berlaku.
11
Takut adalah salah satu daripada isu dunia dalaman dalam tiap manusia, yang akan membuat mereka risau dan tidak tenang pada waktu sekarang. Itulah antara peranan Writethrough. Suatu breakthrough melalui penulisan yang fokus pada pembinaan keyakinan, kebahagiaan daripada dunia dalaman. Contoh, keyakinan tentang rezeki, jodoh, keyakinan untuk bercakap di depan orang ramai. Sebuah medium untuk saya berkongsi cara saya membaiki soal yakin, sama ada kepada Tuhan, pengucapan awam atau perkara lain. Bahasa lainnya adalah pembinaan keyakinan diri. Ia berpunca daripada dunia dalaman, yang boleh diubah sama ada melalui dunia dalaman atau luaran. Contohnya, orang yang kurang keyakinan diri sering mensabotaj diri dengan menggunakan perkataan-‐perkataan negatif. • Aku tak boleh. • Aku tak cantik • Aku hodoh. Perkataan-‐perkataan ini adalah perkataan negatif, yang kita boleh ubah dan baiki kepada perkataan positif yang akan secara tidak langsung mengubah dunia dalaman kita.
“What goes in, comes out.”
12
Botol kicap yang pecah akan mengeluarkan kicap. Bukan air soya, sos cili atau tomato. Oleh sebab itu, maka benarlah -‐ penting menjaga apa yang kita fikir, rasa, dengar, dan cakap, kerana ia boleh jadi salah satu percikan makbulnya doa kita.
Kisah Pencetusan Writethrough Saya adalah seorang penulis ebook. Antara ebook saya adalah, 9 Formula Pantas Seru Rezeki (http://www.insyirahazhar.com/9formularezeki/). Dengan izin Allah, tajuk ebook itu menjadi doa buat pembaca dan pengamal ebook itu. Ebook itu terbukti memberi pengamalnya rezeki terutamanya daripada aspek kewangan dengan cepat. Adakalanya saya tertanya. Walau saya yang menulis, saya tidak dapat antara rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Contoh, ada yang dapat projek RM150k, projek jutaan ringgit, RM5 – 6 angka dalam masa yang singkat. Saya ada menulis ebook tentang 2 Amalan Menjemput Rezeki RM27,000. Jawapannya adalah Istighfar dan solat Hajat. Cuma dalam ebook itu, saya membebel tentang Seni Istighfar – bagaimana Istighfar boleh membantu kita untuk bertemu dengan jalan keluar seperti dalam hadis ini,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
13
"Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." (Hadis Riwayat Abu Dawud) Testimoni ebook ‘2 Amalan Menjemput Rezeki RM27,000’ Ini adalah antara testimoni pembaca ebook tersebut:
(insya-‐Allah andai berminat mendapatkan, saya akan khabarkan di akhir mukasurat ebook ini)
14
Jadi, hasil daripada tertanya, ‘Mengapa saya tidak dapat seperti mereka?’ telah membawa saya kepada mencari ‘missing link’. Bukankah biasa berlaku, seperti kita sedekah. Kita nak capai sesuatu amaun dengan bersedekah, namun hakikatnya tidak semua sedekah kita, memberi apa yang kita nak. Kadang-‐kadang kita kongsi, pembaca buat dan pembaca itu yang dapat. Namun, apabila kita cuba, “Eh, eh! Tak dapat pula. Memilih ke apa rezeki ni? Dia tak suka aku kot no. #nangestepibucumeja” Tiada siapa yang mampu memahami Allah dengan baik. Yang penting, tugas kita adalah berusaha. Hasilnya Allah tentukan.
Rezeki Sudah Ditentukan
Hadis Riwayat Abdullah bin Masud RA, ia berkata: Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan dipercaya bercerita kepada kami: Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah).
15
Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga, kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara iaitu, menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara, ataukah orang yang bahagia. Andai dibaca dalam hadis di atas, tiap daripada kita telah ditentukan rezeki, sejak berumur 40++ hari lagi. Analoginya begini. Andai bos kita kata atau kita sudah tahu gaji kita tetap ada di hujung atau awal bulan, adakah kita masih ada perasaan ragu? Adakah kita masih teragak-‐agak sama ada kita ada gaji atau tidak pada bulan ini? Pasti tidak kan? Pasti kita akan terus melakukan kerja harian pejabat, dan pada hujung atau awal bulan, kita akan dapat gaji seperti kita yakin kita dapat. Namun, mengapa walau sudah ada hadis yang juga janji daripada Allah, kita masih ada keraguan? Seolah-‐olah ia bermaksud, kita lebih yakin kepada majikan yang beri gaji, berbanding Tuhan. Allahu akbar.
16
Jawapan daripada ‘missing link’ saya itu adalah tentang keyakinan kepada Tuhan.
Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur Dalam pencarian missing link saya iaitu keyakinan kepada Tuhan, antara perkara yang saya buat adalah Google dengan menggunakan keyword ‘yakin’. Saya mencari sesuatu seperti artikel, atau video yang boleh memberi saya cahaya keyakinan itu. Antara yang saya dapat adalah video bagaimana sepasang suami isteri menjadi kaya dalam masa 7 hari. Ia dipaterikan dalam bentuk penulisan di blog, http://www.wrthrough.com/kisah-‐mengharukan-‐bagaimana-‐ sepasang-‐suami-‐isteri-‐menjadi-‐kaya-‐dalam-‐masa-‐7-‐hari/ Selepas itu ada tajuk tentang menjemput jodoh dengan yakin dan sebagainya. Di lewat pencarian, saya bertemu pula dengan buku bertajuk, Undang Saja Allah, Belajar Syukur, Belajar Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur. Buku ini berkongsi tentang dalam apa-‐apa perkara, carilah Allah dahulu. Tidak kira sama ada dengan menunaikan solat, bersedekah atau apa sahaja. Asalkan ia adalah tentang mencari di jalan Allah dahulu. Antara quote dalam buku itu yang terkesan pada saya adalah,
17
“Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di konsep ‘mencari Allah dulu’ atau bahkan ‘mencari Allah saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia. Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang lain.” Ia membuat saya terfikir – bagaimana dengan cara saya beristikharah membuat saya dapat cecah lebih RM2,000 yang selama ini 3 tahun pun susah. Namun, setelah bertanya Allah dahulu dengan cara beristikharah, saya dapat menjemput RM5 angka dalam masa 7 bulan sahaja. Ternyata, dengan bertanya Allah dahulu membuatkan kita dapat capai sesuatu dengan lebih tepat dan cepat, dengan izin-‐Nya. Nah! Sekarang anda sudah faham kan? Mengapa bertanya Allah dahulu itu penting. Dengan mencari Allah dahulu, akan membuat kita capai solusi yang lebih tepat dan cepat, berbanding meminta bantuan orang lain.
18
Dalam pencarian bisnes atau bakat yang sesuai itu, saya ada sahaja pergi ke seminar atau kursus tentang potensi diri. Namun, kata pepatah, masih ‘blur-‐blur katak’. Katak pun tak blur macam itu =.=” Impak Menggunakan Teknik BAD Dalam Penulisan Alhamdulillah, penulisan yang saya gunakan teknik BAD telah memberi hasil seperti di bawah: Artikel Bestview “Salam. Good news, artikel cikpuan telah menjadi artikel paling popular dengan 189,481 unit views setakat saat ini. Lebih kurang 189,481 manusia yang membaca artikel tersebut. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal ya! :D ” “Mungkin agak lewat untuk berkongsi bahawa Tazkirah.net telah mendapat lebih kurang 357,000 pelawat dalam masa 30 hari. Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat baik bagi laman web baru seperti kita. Tahniah kepada semua Tim Penulis. Cuma angka pelawat ini masih bukan kekuatan sebenar, kerana 70% pelawat disumbangkan oleh artikel nukilan Cik Insyirah bertajuk "5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan" yang telah viral diseluruh pelusuk sosial media. Kini pelawat telah kembali kepada pace biasa sekitar 1000-‐2000 pelawat unik setiap hari. Jika ada mana-‐mana artikel yang viral maka jumlah pelawat akan melonjak naik.”
19
Boleh layari link di bawah untuk bacaan lanjut, http://tazkirah.net/5-‐petua-‐menyimpan-‐duit-‐bagi-‐orang-‐yang-‐ susah-‐menyimpan/ Haza min fadhli Rabbi – ini semua kurniaan Tuhanku. Isu writer block, iaitu kebuntuan mencari idea adalah antara masalah biasa pada tiap penulis. Antara sebab saya praktikkan BAD dalam penulisan adalah kerana, Allah sahaja yang lebih tahu apakah topik dan artikel yang mahu dibaca oleh para pembaca. Penulisan Dibaca Komuniti Punk Rock 4 Disember 2014: Ebook BAD 2.0 telah dibaca oleh komuniti Punk Rock. Oleh Dhani Ahmad, https://www.facebook.com/thedhani
8.33 pagi “Assalamualaikum sis. Sekadar nak beritahu. BAD 2.0 dah masuk ke kelompok pembaca di komuniti punk rocker. Ya saya salah seorang penggiat komuniti punk rock dan saya sedang membaca dan berkongsi BAD dengan kawan-kawan. Terima kasih untuk perkongsian awal dari sis. Sukses terus!
20
Www.alteraktif.blogspot.com.” 8.59 malam “Salam sis, dalam tempoh 22 jam, ecover ebook BAD di update ke wall saya, saya sudah pun menghantar link (tak rasmi) ebook BAD ke 57 emel. Satu angka di luar jangkaan saya sebenarnya, tak sangka saya ramai dalam kalangan rakan-rakan saya yang berminat dengan BAD. Terima kasih dan tahniah sekali lagi untuk IA sebab hasilkan BAD.” Haza min fadhli Rabbi – ini kurniaan Tuhanku. Oleh sebab itu, buat para penulis, praktikkan BAD sebelum menulis, insya-‐Allah berpotensi dikurniakan idea berlimpah ruah yang luar biasa. Justeru, teknik BAD adalah teknik yang paling mudah, praktikal dan insya-‐Allah berkesan untuk menyeru idea topik dan artikel yang disukai pembaca dan Allah. Walaupun begitu, terdapat X factor lain yang perlu dipertimbang untuk capai 6 angka pembaca. Saya tidak meletakkan jaminan, bahawa apabila para penulis mempraktikkan BAD, mereka mampu capai 6 angka pembaca.
21
Oleh sebab hasil terletak kepada Allah seperti dalam surah Al Anfaal ayat 10,
“Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Saya hanya tukang tulis sahaja tentang BAD. Selebihnya adalah kerja Allah untuk mengizinkan ia berlaku atau tidak.
Kekayaan Hati – Antidot (Penawar) Terunggul Akhir Zaman Ini Pada saat ini, terutamanya pada 2015, ekonomi akan jadi semakin menyempitkan. Duit yang dulu bukan duit yang sekarang (daripada segi nilainya). Dulu, 10 sen pun boleh masih boleh digunakan untuk membeli sebiji gula-‐gula. Namun sekarang, nilainya telah bernilai 20 sen, hatta mungkin lebih. Siapakah orang yang mampu bertahan dengan ujian dunia ini? Tidak kisah sama ada daripada aspek kewangan, bencana alam atau apa sahaja. Ia disebut dalam petikan hadis di bawah,
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan,
22
dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan baginya, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Hadis Riwayat Muslim) Saya katakan orang yang mampu bertahan adalah orang mukmin, kerana orang mukmin ini walau macam mana teruk pun terjadi kepada dia, dia akan tetap bersangka baik kepada Allah. Oleh sebab itu, dalam hadis itu, dinyatakan ‘Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan’ – walauapapun yang berlaku walau buruk pun, baik belaka bagi dia. Itulah ‘the hidden mean’ dalam hadis tentang kaya hati,
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Kaya itu bukan kerana banyak harta, melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup yang ada).” (Hadis sahih Riwayat Muslim)
23
Apabila saya baca tentang ‘ajaibnya orang mukmin’, yang terfikir di fikiran saya hanyalah orang yang bercinta. Orang yang bercinta ini sungguh ajaib. • Panas, dia kata sejuk. • Andai tunggu lama, dia kata sekejap. • Andai dating lama, dia rasa sekejap. • Dia tidak berkira untuk mengorbankan apa-‐apa. • Seburuk-‐buruk akhlak pasangannya, dia tetap menerima. Boleh juga digunakan pepatah, ‘Cinta itu buta’, kerana orang yang bercinta tidak akan nampak cacat cela dengan sesuatu yang dia cintai. Maka, tidak hairan mengapa orang mukmin sungguh ajaib. Dia tetap positif, bersangka baik kepada Allah. Di saat dia diberikan ujian walau seberat, seteruk mana pun, baginya, tetap ada kebaikan dalam ujian itu yang diberi oleh Tuhan. Namun, suatu hakikat, untuk mendapat cinta Allah, tidak semudah kita dapatkan cinta manusia. Jalan cinta Allah itu penuh dengan duri. Itu adalah jalan-‐jalan sufi, para Nabi dan Rasulullah SAW. Kita boleh renung bagaimana beratnya mereka diuji, namun martabat mereka diangkat oleh Allah. Antara quote yang saya dapat daripada sahabat saya,
24
“Orang yang ditimpa banyak musibah, itu tandanya orang itu mendapat lebih banyak perhatian daripada Allah. Semakin kita redha dengan ujian-Nya, semakin dekatlah kita dengan-Nya, dan semakin tinggilah peluang kita untuk menjadi penghuni syurga-Nya.” Maka beruntunglah, ketika kita diuji, membuatkan kita sering ingat Allah. Ujian yang membuat kita ingat kepada Allah, lebih baik daripada nikmat yang membuat kita lupa kepada Allah. Justeru, berbalik kepada topik Kekayaan Hati. Apa yang saya ingin sampaikan adalah, hanya dengan mendapatkan cinta kepada Allah sahaja, akan buat kita sentiasa bersangka baik kepada Allah. Dengan itu, tidak akan timbul rasa ragu-‐ragu, bersangka buruk kepada Allah. Baik belaka, walau Allah beri kita ujian seberat mana pun. Ebook ini adalah salah satu tool untuk kita perbaiki semula keyakinan kepada Allah, perbaiki perasaan bersangka baik kepada Allah. Insya-‐Allah.
25
Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting? Selepas saya menemui Ustaz Yusuf Mansur di Youtube, saya mula mencari, ‘Bagaimana aku boleh belajar tentang yakin kepada Allah? Kerana jiwa saya tidak faham apabila orang berkata tentang, “Yakinlah dengan Allah.” Pasti ada sesuatu yang kita boleh praktikkan untuk belajar tentang yakin. Pencarian diteruskan, saya bertemu dengan artikel ‘5 Pengajaran Berguna Nabi Musa Berdialog dengan Allah’ di Tazkirah.net.
http://tazkirah.net/5-‐pengajaran-‐berguna-‐dari-‐kisah-‐nabi-‐musa-‐ berdialog-‐dengan-‐allah/
Saya teringat tentang kisah saya – bagaimana saya boleh ‘membuka’ pintu walau tanpa kad akses, sebab saya selalu berdialog dengan Allah, tiap kali pulang ke rumah, “Allah, Kau Maha Berkuasa. Tolonglah bukakan pintu untuk aku.” Berbicara dengan Allah – jangan anggap macam ada mukjizat pula. Lol! Sebenarnya berdialog dengan Allah yang saya maksudkan adalah konsep berdoa yang biasa kita ungkapkan, cuma saya komersialkan untuk dilakukan secara santai.
26
Apatah lagi, alhamdulillah, ia turut berkesan kepada pengamal, iaitu pembaca ebook BAD saya daripada tahun lepas. Boleh baca kisah kejayaan mereka dengan menggunakan hashtag #KisahSuksesBAD di Facebook.
27
Asas #TeknikBAD Asas Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) – disebut ‘but’ bermaksud, ‘tetapi’ dalam bahasa Inggeris, adalah teknik berdoa di luar solat secara santai. Saya bukan pengasas teknik BAD, kerana konsep berdialog dengan Allah sudah ada dalam Al Quran sejak sekian lama. Saya hanya seseorang penama konsep dialog dengan Allah dengan nama Teknik BAD, berkongsi pengalaman bagaimana aplikasi dan kisah kejayaan setelah amalkannya.
Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah Bagi memudahkan kita faham tentang berdialog dengan Allah, kita boleh rujuk surah ini. Petikan ini diambil daripada Surah Taha ayat 17 hingga 36:
Apakah itu yang di tangan kananmu, hai Musa? Berkata Musa: “Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya”. Allah berfirman: “Lemparkanlah ia, hai Musa!”
28
Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi seekor ular yang merayap dengan cepat. Allah berfirman: “Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula, dan kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu niscaya ia ke luar menjadi putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula), untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas”. Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau.
29
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami”. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, hai Musa.” Apabila kita baca kisah di atas, kita akan mendapati cara Nabi Musa berdialog dengan Allah, lebih kurang sama dengan konsep apabila kita berdialog dengan manusia. Teknik BAD hanyalah sebuah nama lain yang saya takrifkan untuk berbicara, tentang berdialog dengan Allah di luar solat. Saya adalah pelajar Information Technology (IT). Apabila ingin membuat programming, kami perlu namakan coding. Maka, saya namakan semula berdialog dengan Allah itu adalah refleksi Teknik BAD. Selama ini, kita sering mengehadkan pemikiran bahawa, berdoa hanya ketika dalam solat. Sedangkan kita ada banyak doa harian yang boleh diamalkan. Antaranya, • Doa keluar rumah • Doa masuk rumah • Doa masuk tandas • Doa makan • Doa sesudah makan
30
Cuma itu adalah doa versi formal. Ada skrip untuk membacanya. Berbeza dengan berdialog dengan Allah -‐ kita berbual dengan Allah tentang apa yang kita ingin luahkan, seolah-‐olah berbual dengan manusia. Dengan berdialog dengan Allah, ia akan membuatkan kita jujur, semakin santai, dan peramah untuk berbicara dan meluahkan kepada Allah. Apabila saya baca #KisahSuksesBAD, apa yang saya dapat belajar adalah, sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana untuk berdialog dengan Allah. Selain itu, saya rasa pasti antara anda yang sudah pun amalkan perkara ini secara tidak langsung. Cuma, saya sahaja yang meletakkan nama. Di samping mungkin saya orang yang mengkomersialkan ‘Berdoa secara berdialog dengan Allah’ di luar solat. Pada mulanya, saya sekadar kongsi secara suka-‐suka. Tidak sangka pula, ramai yang amal dan dapat kesannya, sehingga alhamdulillah ebook BAD 2.0 – 2.1 dapat capai 33,221 jumlah muatturun.
31
Mengapa Nama Teknik BAD? Faktor nama teknik ini adalah Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah kerana, saya ingin merefleksikan bahawa berdialog dengan Allah itu penting, untuk dilakukan di awal sebelum kita melakukan sesuatu aktviti. Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD bagaimana saya membuka pintu level tanpa perlu kad akses: Ketika masih belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), saya berpindah ke rumah sewa yang memerlukan saya ada kad akses untuk masuk pintu level rumah saya. Pemilik rumah itu mengehadkan tiap rumah hanya pegang 6 kad akses. Saya adalah orang ke-‐7 yang terpaksa berkorban untuk saling berkongsi dengan mereka. Adakalanya saya rasa segan untuk pinjam kad akses mereka, dan perlu berhubung dengan mereka tiap kali nak pulang ke rumah. Apatah lagi, jadual kelas kami tidak sama. Khuatir pula andai menganggu mereka. Saya juga adalah seorang introvert. Tidak begitu peramah untuk minta bantuan daripada manusia. Lebih suka selesaikan sendiri. Hasilnya, pada tiap hari, saya selalu membebel dengan Allah,
32
“Allah, aku nak balik ni. Aku tiada kunci. Kau Maha Berkuasa, jadi tolonglah bukakan pintu level untuk aku. Kunci rumah aku dah ada. Kad akses tempat masuk tiap level je tiada.” Hasil daripada menjadi seorang penulis introvert yang suka bermonolog sendirian, saya sering berdialog dengan Allah. Dengan izin Allah, tiap kali saya pulang ke rumah dan meminta daripada Allah, akan ada sahaja orang lain atau pak guard yang buka pintu untuk saya. Maksima waktu itu hanya kurang 30 minit tiap kali saya pulang ke rumah. Selama 8 bulan, saya hidup seperti itu. Andai ikut fikiran logik, mana mungkin saya mampu survive tanpa kad akses selama 8 bulan. Namun seperti Ustaz Yusuf Mansur kata,
“Jangan bertanya kepada otak yang terbatas.” Oleh sebab itulah saya namakan ia sebagai Bertanya Allah Dahulu, dengan mengenepikan logik akal, untuk meminta kepada Allah apa yang kita mahu. Walau ketika itu logik akal berkata, ‘Mana mungkin Allah beri!’. “Nak apa-‐apa? Bertanyalah Allah Dahulu!” “Nak apa-‐apa? BAD la.”
33
Ia bertujuan supaya kita tidak meminta kelulusan manusia dahulu, sebelum kita ingin melakukan sesuatu. Sebaliknya, kita mendapatkan kelulusan daripada Allah, tentang apa yang kita ingin lakukan.
The Prophet had said: “Ask Allah for everything, even the lace of your shoes. If Allah does not provide, it will never be available.” (Ibn al-Sunni, no. 349 – hasan. Supported by atTirmidhi 4/298 and others)
Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah Saya bukan budak berlagak alim, sekadar seorang penulis yang suka berbicara tentang rahmat Tuhan, walau adakalanya saya turut sangsi dengan-‐Nya. Ebook ini ditulis supaya kita sama-‐sama memperbaiki diri tentang pembinaan yakin kepada-‐Nya. Dalam surah Al Fatihah ayat 5, kita sering berikrar bahawa,
“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.” Cuba kita hadam beberapa kali ayat itu.
34
• Adakah kita benar-‐benar mempraktikkannya? • Adakah kita benar-‐benar mengakui, ‘Hanya kepada Dia, kita memohon pertolongan’? • Adakah kita benar-‐benar menyembah Dia sahaja? Renung pula saat kita nak pergi mengembara, apakah yang kita akan kita fikirkan dahulu? Bagi yang dalam proses mampu, pasti perkara pertama yang kita akan fikir adalah, “Berapa kos ke sana?” Berbanding fikir, “Insya-‐Allah.” Ia adalah refleksi bahawa kita lebih yakin dengan adanya duit, kita akan dapat pergi ke mana-‐mana. Berbanding kita memikirkan dapat ke sana dengan izin Allah, walau ketika tiada duit. Astagfirullah. Itulah hitungan iman, hitungan tahap keyakinan kita kepada Allah. Saya pasti, ada antara anda para pembaca yang ada kisah tersendiri, ketika mahu pergi ke sesuatu tempat, walau tiada duit, Allah izinkan pergi dengan jalan yang tidak disangka-‐sangka. Izinkan saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang kedua, iaitu ‘Allah Taja Pergi Kota Bharu’, selepas kisah ‘8 Bulan Tanpa Kad Akses’.
35
Pada tahun 2013, pada bulan Syawal, sahabat saya mengajak saya pergi bermalam di rumah sahabat di Kota Bharu. Saya ada keluarga angkat di sana. Saya kenal sahabat dan keluarganya. Sehingga saya panggil maknya dengan panggilan ‘Mak’ berbanding panggilan ‘Makcik’. Saya tak pernah pergi ke rumahnya ketika itu. Jadi, saya rasa sangat teruja pergi ke Kota Bharu. Ketika itu, saya masih di kampung. Saya sangat berhajat untuk pergi. Saya meminta izin daripada ayah untuk pergi. Pada mulanya, cuak juga ayah tak beri. Namun, setelah buat muka seposen, alhamdulillah, setelah pulang ke rumah, ayah beri izin pergi. Dalam pada itu, status kewangan saya tiada peruntukan untuk ke Kota Bharu, saya meminta dengan Allah, “Allah, Kau pun tahu aku tiada duit yang banyak untuk pergi ke Kota Bharu. Kau tolonglah taja aku.” Saya jujur dengan sahabat saya tentang saya tiada peruntukan wang ke Kota Bharu. Walaupun begitu, tetap berdegil nak ikut. Alhamdulillah, beliau sahabat yang memahami. Banyak beliau sedekah saya makanan. Pada ketika itu, agak malu kepada mereka. Saya pula bukan jenis mahu bercakap, diam sendiri sudah.
36
Selama berada di sana, Allah taja saya melalui sahabat saya. Ada daripada mereka yang bayarkan makanan dan minuman saya, juga ada yang berkongsi apa-‐apa yang dibeli di sana. Rasa macam terhutang budi pun ada. Namun, apa yang saya ingin khabarkan di sini, 1. Allah boleh beri, bila Dia nak beri 2. Mintalah. Jangan mengehadkan doa walau kita rasa macam mustahil Allah beri – jangan bertanya kepada otak yang terbatas. 3. Pertolongan Allah boleh datang daripada pelbagai bentuk, justeru penting sentiasa peka dengan pertolongan Allah.
37
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan Saya kurang ingat sinetron apa, tetapi dialognya berbunyi begini, “Ya Allah, tolongin Nabila ya Allah. Nabila enggak kuat dong!” Seringkali redha itu datang setelah kita jumpa jalan buntu. Setelah berpenat lelah, baru ingat Allah. Baru ingat untuk kembali kepada Allah.
“Doa adalah penyerahan bukan tuntutan.” – Prof Wan Maseri Andai doa adalah tuntutan, ia ibarat apabila kita meminta kepada Allah, Allah wajib menunaikannya. Namun, antara kita dan Tuhan, siapakah yang lebih tahu tentang alam ini? Siapakah yang mencipta alam ini?
“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” – Surah Al Hadid: 3 Apabila kita berserah kepada Allah, ibarat kita memberi kuasa penuh kepada Allah untuk memberikan yang terbaik. Seperti seorang hawa memberi kuasa kepada ibu bapanya untuk menetapkan calon suami buatnya. Eh eh!
38
Teknik BAD adalah tentang berserah kepada Allah dahulu sebelum kita berusaha. Kita boleh adaptasi konsep penyerahan dahulu kemudian diikuti dengan doa dalam surah Al Fatihah ayat 5 hingga 6,
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. “
Selama ini, kita sering berusaha dahulu, kemudian baru berserah. Seolah-‐olah kita yang tahu jalan terbaik untuk diusahakan berbanding Allah =.=” Renung kisah saya – selama 3 tahun, huru-‐hara buat bisnes tetapi tak menjadi. Ya, saya akui salah satunya adalah kerana tidak fokus. Yang lain adalah saya tidak jumpa dengan bakat dan bisnes yang sesuai dengan saya. Selama 3 tahun itu RM2,000 sangat susah untuk capai. Tak pernah terfikir untuk bertanya Allah. Namun, setelah bertanya Allah dahulu dengan cara solat Istikharah, saya capai RM5 angka dalam masa 7 bulan, yang membuktikan kata-‐kata Ustaz Yusuf Mansur,
39
“Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di konsep ‘mencari Allah dulu’ atau bahkan ‘mencari Allah saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia. Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang lain.” Walaupun begitu, lain orang lain mazhabnya. Jangan terlalu terikat dengan apa yang saya kongsi tentang kepentingan bertanya Allah dahulu, kemudian baru berusaha. Saya sekadar berkongsi pengalaman mengenai keajaiban Bertanya Allah Dahulu (BAD).
Beza Berdoa Dan Membaca Doa Ketika kita berdoa, ada banyak syarat untuk doa dimakbulkan. Antaranya adalah yakin doa kita dimakbulkan.
Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
40
Membaca Doa Andai kita tidak faham dengan apa yang kita doakan, bagaimana mungkin kita akan yakin dengan apa yang kita doa? Contoh membaca doa. Ketika kita solat secara berjemaah, kita berpotensi untuk tidak faham apa yang imam doakan. Terutamanya bagi mereka yang tidak faham bahasa Arab. (Adakalanya saya rasa diri useless juga apabila tidak belajar dan faham bahasa Arab, kerana kita berpotensi tidak faham apa yang Tuhan kata pada kita. Seperti kita tidak faham apa orang Cina dan orang India cakap, apabila mereka berbual dengan bahasa mereka #nanges) Jadi, adakah dengan mendengar doa itu sahaja akan buat kita yakin doa itu dimakbulkan (tanpa memahaminya)? Pasti tidak kan? Kita akan lebih yakin ia dimakbulkan, apabila kita faham dan hadam doa itu. Berdoa Analogi mudah yang saya boleh beri, adalah ketika berbual. Adakah ketika kita berbual kita akan membaca skrip? Adakah sama ketika kita berbual dengan membaca skrip? Kebiasaannya ketika kita berbual, kita akan bercakap secara spontan. Tiada skrip. Ia adalah dialog daripada hati. Tanpa kita perlu terlalu berhati-‐hati untuk menuturkannya.
41
Membaca doa adalah ibarat kita membaca skrip – boleh jadi ia kaku dan berhati kering (tanpa emosi). Berbanding ketika kita berdoa, kita lebih jujur dengan dialog kita terhadap Allah. Teknik BAD yang saya perkatakan ini adalah tentang cara kita berdialog (berdoa) dengan Allah.
42
#KisahSuksesBAD Oleh Pembaca Ebook BAD Hashtag #KisahSuksesBAD adalah hashtag yang saya gunakan untuk mengumpulkan kisah-‐kisah kejayaan mereka yang berjaya dengan menggunakan Teknik BAD. Bahagian ini saya akan kongsikan kisah kejayaan mereka yang telah membaca ebook BAD dan mengamalkannya. Kebiasaannya tiap produk akan beri testimoni. Jadi, saya beri orang lain punya. Andai saya kongsikan saya punya, nanti orang kata syok sendiri. Oh!
43
44
45
Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang terbaru iaitu pada 4 Februari 2015. Beliau adalah salah seorang ahli WRT Clan iaitu salah seorang pembaca dan pengamal #TeknikBAD.
Bismillah. #KisahSuksesBAD - 4.2.2015 - Dipermudahkan kelahiran dengan 'kurang rasa sakit.' Alhamdulillah. Saya sudah bergelar "ex-mak buyung" pada jam 8.47pm, 4.2.15. Kisah yang ingin saya kongsikan ini antara yang akan saya kenang sepanjang hidup saya. Semenjak mengandungkan anak ke-5 ini, antara perkara yang paling saya 'geruni' adalah sakit contraction dan semasa mahu 'push' baby. Sakitnya terbayang-bayang di ruang mata! Benar. Ia nikmat seorang Ibu tetapi, di situlah "kesakitan yang amat sakit". Untuk kelahiran kali ini, apabila sudah turun tanda, saya BAD. "Ya Allah. Aku bakal melahirkan khalifah-Mu. Aku tahu antara nikmat seorang Ibu adalah kesakitan melahirkan itu kerana ia bisa menghapuskan semua dosa.
46
Dan aku akur, setiap proses kelahiran ada 'sakitnya.' Tapi Ya Allah. Aku mohon dengan kuasa dan izin-Mu serta ehsan-Mu kepadaku, hamba-Mu, mohon hilangkan rasa sakit itu. Jangan datangkan rasa sakit itu. Meskipun ada, cukuplah cuma sebentar. Aku benar-benar mohon belas ehsan-Mu Wahai Tuhan yang baik. Aku tahu, Kau mampu mengadakan sesuatu yang mustahil, kerana Kau adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Izinkanlah permohonanku ini Ya Rabb." Berulang kali saya meminta kepada Allah sambil berzikir "La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzaalimiiin." Kronologi kisah ini: Jam 6.45pm, ketika bersiap untuk mandi petang, sudah turun sedikit tanda. Oleh kerana Tuan Suami sedang berkursus, saya mengajak adik lelaki dan ayah untuk temankan saya ke hospital. Saya telefon Tuan Suami, memaklumkan perihal 'turun tanda.' Dalam masa ini, saya BAD tentang kehadiran suami. Tidak pernah anak-anak saya lahir tanpa suami menemani dan dia yang azan / iqamahkan. Saya minta pada Allah.
47
"Ya Allah. Suamiku sedang berkursus. Untuk pulang waktu ini, rasanya mustahil sempat sampai untuk bersama sambut bayi. Tetapi, Kau Maha Mengatur takdir. Izinkan suamiku sempat sampai dan bersamaku semasa bersalin nanti." Pada jam 7.30pm, sampai di hospital. Kira-kira jam 7.45pm, saya dibawa ke labour room. Usai kerjakan solat maghrib, saya BAD tentang kehadiran Tuan Suami. Doktor datang periksa bukaan. Sudah 6cm. Sekitar jam 8.15pm, doktor pecahkan air ketuban. Sekitar jam 8.15pm juga, Tuan Suami sampai. Alhamdulillah. Gembira hati apabila Allah makbulkan permohonan saya untuk bersama Tuan Suami menyambut kelahiran bayi ke-5 ini. Dan pastinya, beliau akan azankan bayi kami. Syukur Alhamdulillah. Bidan masuk jam 8.30malam untuk siapkan kelengkapan doktor dan peralatan bersalin. Jam 8.40pm, contraction berlaku. Bidan terus panggil doktor dan kelam-kabut menyediakan apron doktor, pancang kaki, dan segala bagai lagi. . .
48
Jam 8.45pm, doktor masuk. Doktor juga kelam-kabut memakai apron dan bersedia segala bagai kerana sudah nampak kepala bayi (sempat bidan tu suruh saya 'tahan sekejap!' Jangan PUSH katanya, sebab mereka belum bersedia - tapi saya tidak endahkan. Saya PUSH juga... malas mahu tahan lagi!). Jam 8.47pm, Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang lagi putera. Maha Suci Allah yang Maha Agung. Allah makbulkan permintaan saya! Sungguh benar! Allah 'hilangkan' rasa sakit itu. Ajaibnya, rasa sakit itu tidak lama. Hanya SEBENTAR dan saya LUPA sakit itu. Yang saya INGAT adalah keadaan doktor dan bidan yang beriya suruh saya tahan, jangan 'push!' Yang saya RASA adalah, NIKMAT bayi yang sudah keluar (perut rasa lapang dan hati rasa tenang - Subhanallah!) Doktor dan bidan masing-masing berebut bertanya petua. Apa yang buat kerana mudahnya kelahiran saya ini? Jawapan mudah saya, "Atas izin Allah yang Maha Memakbulkan doa. Saya hanya minta pada DIA." "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?"
49
Allah. Allah. Allah. Benar janji Allah. Apabila dikatanya 'Kun!', maka 'Fa ya kun' itu adalah HAK MUTLAK-Nya. Tidak ada siapa yang mampu halang atau teruskan. Hanya izinNya yang memungkinkan segalanya berlaku. Ya Allah. Betapa saya tidak putus mahu mengucapkan syukur kepada Illahi. Allah sangat dekat. Sangat dekat. Sangat dekat! Sangat berbelas ehsan, meski pada hamba-Nya yang engkar dan melampaui batas. Allahu Allah! Nota: Sekarang fasa berpantang. Saya tidak lagi boleh 'melayur' gambar makanan yang lazat di perut. Salam takzim. -KakTiny-
Tamat. Insya-‐Allah pada akhir ebook ini, saya akan tunjukkan jalan untuk bersama dengan pengamal Teknik BAD yang lain. Anda juga boleh baca lebih banyak dalam grup itu. Insya-‐Allah.
50
Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD Nanti, ketika anda telah mula praktikkan teknik BAD, apabila tidak jadi, ingat perkara yang saya tulis dalam topik ini. Matlamat utama saya memperkenalkan teknik BAD adalah untuk menepati kewajipan seperti dalam firman Allah,
"Celakalah bagi orang yang hatinya keras dari berzikir kepada Allah. Mereka itulah orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az Zumar: 22) Dengan teknik BAD, insya-‐Allah ia akan buat kita sentiasa bertanya Allah, berkomunikasi dengan Allah, dan sandarkan Allah dalam segala perkara. Daripada ayat di atas, andai kita tukar kepada ayat yang positif, ia akan jadi, ‘Dengan sentiasa mengingati Allah, kita akan berada dalam kebenaran yang nyata.” Jadi, seandainya anda amalkan teknik BAD, bermaksud insya-‐Allah anda sentiasa berada dalam bimbingan Allah. Apabila anda berhenti praktikkan, ingat semula surah itu. Suka untuk saya kongsikan, artikel daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang ‘Apabila Digerakkan Hati Untuk Berdoa’,
51
http://genta-‐rasa.com/2010/07/16/bila-‐digerakkan-‐hati-‐untuk-‐ berdoa/ Ustaz berkongsi tentang kepentingan doa kepada manusia. Faktor ke-‐3 adalah faktor yang terkesan pada saya,
Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama kita. Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita terjerumus ke neraka. Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang. Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan yang sentiasa ingin mendampingi kita.
52
Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan Allah. Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insyaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir! Justeru teruskan praktikkan BAD. Konsep BAD adalah tentang pembelajaran yakin. Jangan tergesa-‐gesa dengan mengatakan Allah tidak memakbulkan doa kita.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud; "Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan. " Lalu Baginda ditanya oleh seseorang; "Apa maksudnya meminta dicepatkan? "
53
Jawab Baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya : Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa." (Hadis Riwayat Muslim)
Calon-Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan #TeknikBAD Orang yang sesuai praktikkan BAD adalah, • Orang yang mempunyai rasa ragu dengan Allah tentang rezeki • Orang yang ingin belajar mengagungkan dan meletakkan pergantungan hanya kepada Allah • Orang yang ingin belajar meletakkan keyakinan kepada Allah • Orang yang rasa berdosa kerana membuat dosa dan ingin merasa rahmat Allah itu dekat • Orang yang ingin belajar untuk mencintai dan meyakini Allah itu dekat
Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah – Kisah Ahli Ibadah 500 Tahun Firman Allah dalam surah Al Anfaal ayat 10,
“Dan kemenangan hanyalah daripada sisi Allah.”
54
Berbalik kepada topik di atas. Andai ada yang tanya saya, saya tak mampu nak beri kuasa veto untuk buat teknik BAD saya menjadi. Sekali lagi, saya tekankan, saya bukan pengasas Teknik BAD melainkan hanya seorang penama Teknik BAD sahaja. Tukang beri nama sahaja. Sentiasa ingat -‐ apa sahaja yang berlaku kepada kita adalah dengan izin Allah. Doa adalah usaha kita terhadap Pencipta. Selepas itu perlu ada usaha daripada aspek usaha sebagai manusia. Kita baca kisah ahli ibadah 500 tahun seperti di bawah -‐ tentang bagaimana walau dia beribadah 500 tahun pun, belum jamin dia masuk syurga.
Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah SAW keluar menuju kami, lalu bersabda, ‘Baru saja kekasihku Malaikat Jibril keluar dariku dia memberitahu, ‘Wahai Muhammad, Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran. Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba di antara sekian banyak hamba-Nya yang melakukan ibadah kepadaNya selama 500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang berada di tengah laut. Lebarnya 30 hasta dan panjangnya 30 hasta juga. Sedangkan jarak lautan tersebut dari masing-masing arah mata angin sepanjang 4000 farsakh. Allah mengeluarkan mata air di
55
puncak gunung itu hanya seukuran jari, airnya sangat segar mengalir sedikit demi sedikit, hingga menggenang di bawah kaki gunung. Allah juga menumbuhkan pohon delima, yang setiap malam mengeluarkan satu buah delima matang untuk dimakan pada siang hari. Jika hari menjelang petang, hamba itu turun ke bawah mengambil air wudhu’ sambil memetik buah delima untuk dimakan. Kemudian mengerjakan shalat. Ia berdoa kepada Allah Ta’ala jika waktu ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan bersujud, dan mohon agar jangan sampai jasadnya rusak dimakan tanah atau lainnya sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan bersujud juga. Demikianlah kami dapati, jika kami lewat dihadapannya ketika kami menuruni dan mendaki gunung tersebut. Selanjutnya, ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat ia dihadapkan di depan Allah Ta’ala. Lalu Allah berfirman, ‘Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam Surga karena rahmatKu.’ Hamba itu membantah, ‘Ya Rabbi, aku masuk Surga karena perbuatanku.’
56
Allah Ta’ala berfirman, ‘Masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga karena rahmatKu.’ Hamba tersebut membantah lagi, ‘Ya Rabbi, masukkan aku ke surga karena amalku.’ Kemudian Allah Ta’ala memerintah para malaikat, ‘Cobalah kalian timbang, lebih berat mana antara kenikmatan yang Aku berikan kepadanya dengan amal perbuatannya.’ Maka ia dapati bahwa kenikmatan penglihatan yang dimilikinya lebih berat dibanding dengan ibadahnya selama 500 tahun, belum lagi kenikmatan anggota tubuh yang lain. Allah Ta’ala berfirman, ‘Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke Neraka!’ Kemudian ia diseret ke dalam api Neraka. Hamba itu lalu berkata, ‘Ya Rabbi, benar aku masuk Surga hanya karena rahmat-Mu, masukkanlah aku ke dalam SurgaMu.’ Allah Ta’ala berfirman, ‘Kembalikanlah ia.’ Kemudian ia dihadapkan lagi di depan Allah Ta’ala, Allah Ta’ala bertanya kepadanya, ‘Wahai hambaKu, Siapakah yang menciptakanmu ketika kamu belum menjadi apa-apa?’ Hamba tersebut menjawab, ‘Engkau, wahai Tuhanku.’
57
Allah bertanya lagi, ‘Yang demikian itu karena keinginanmu sendiri atau berkat rahmatKu?’ Dia menjawab, ‘Semata-mata karena rahmatMu.’ Allah bertanya, ‘Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu sehingga kamu mampu mengerjakan ibadah selama 500 tahun?’ Dia menjawab, ‘Engkau Ya Rabbi.’ Allah bertanya, ‘Siapakah yang menempatkanmu berada di gunung dikelilingi ombak laut, kemudian mengalirkan untukmu air segar di tengah-tengah laut yang airnya asin, lalu setiap malam memberimu buah delima yang seharusnya berbuah hanya satu tahun sekali? Di samping itu semua, kamu mohon kepadaKu agar Aku mencabut nyawamu ketika kamu bersujud, dan aku telah memenuhi permintaanmu!?’ Hamba itu menjawab, ‘Engkau ya Rabbi.’ Allah Ta’ala berfirman, ‘Itu semua berkat rahmatKu. Dan hanya dengan rahmatKu pula Aku memasukkanmu ke dalam Surga. Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga! HambaKu yang paling banyak memperoleh kenikmatan adalah kamu
58
wahai hambaKu.’ Kemudian Allah Ta’ala memasukkanya ke dalam Surga.” Jibril ‘Alaihis Salam melanjutkan, “Wahai Muhammad, sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi hanya berkat Rahmat Allah Ta’ala.” (Hadis Riwayat Al-Hakim) Daripada kisah di atas, maka jelas di sini, kita dapat masuk syurga adalah kerana rahmat Allah, bukan kerana faktor luaran. Namun di sini, jangan salah sangka. #ketukkarang Saya bukan perkatakan kita tidak patut beramal, sebab nanti kita masuk syurga pun sebab rahmat Allah. Teruskan bacaan ke bab seterusnya.
59
Jabariah vs. Qadariah Saya menukar video Ustaz Azhar Idrus bertajuk Maksud Pegangan Jabariah & Qadariah (http://youtu.be/NNq7QoRVRT8) kepada penulisan. Mengikut kata Ustaz Azhar Idrus, puak Jabariah adalah golongan yang mengatakan,
“Tidak perlu berusaha, semua sudah Allah tetapkan. Buat baik pun tak guna, sebab kalau kita sembahyang masuk neraka, tak guna juga. Jadi, baik kita tidak perlu sembahyang. Kalau kita tak sembahyang, Allah tetapkan masuk syurga, kita masuk syurga juga.” Puak Qadariah pula adalah golongan yang mengatakan,
“Manusia yang tetapkan untuk segala perkara berlaku. Apabila kita buat sesuatu, pasti menjadi.”
Yakni, mereka mengasingkan Allah dalam hidup mereka. Segala-‐ galanya berlaku kerana manusia semata. Kita buat dan hasilnya kita serah kepada Allah – ini adalah golongan yang patut kita ikuti iaitu pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
60
#BADLessons #BADLessons adalah sesi berkongsi pengajaran yang saya dapat daripada melakukan BAD.
Jangan Ikut Orang Selama 3 tahun itu, apa yang saya dapat adalah kita jangan ikut orang. Hatta kembar pun, lahir tak sama waktu walau sama tarikh. Apatah lagi, kita. Tiap daripada kita adalah unik. Tiada seorang pun yang sama dengan kita. Kerana tiap daripada kita lahir pada waktu dan tarikh berbeza. Andai dua orang jurujual berniaga pun, tidak semestinya mereka akan dapat hasil yang sama. Antara orang yang saya kagum adalah Encik Mimpi. Orang yang pakai topeng dalam dunia ini tidak ramai. Walaupun begitu, dia begitu kuat untuk pertahankan imej topeng dan melindungi identitinya. Bukan mudah, kalau nak jumpa kena pakai topeng dan sebagainya. Itulah dipanggil integriti – pegangan. Andai dalam term Islamik, dipanggil Iman. Contoh, di luar negara, kita boleh sahaja tak solat, tak puasa, tak pakai tudung, sebab tiada orang akan tahu. Tetapi itulah hitungan iman kita.
61
Manusia mungkin tak tahu, tetapi Allah tidak pernah lalai untuk menilai kita. Justeru sebab itu BAD penting terutamanya andai kita ingin tahu apa bisnes yang tepat untuk kita. 3 Tahun saya bertukar bisnes antaranya kerana ikut orang. Orang buat itu berjaya, saya pun nak ikut. Orang buat ini berjaya, saya pun nak ikut. Hasilnya, buat macam-‐macam, satu pun tak jadi. Fokus.
It Is Not About Being Perfect Buat BAD bukan tentang selalu menjadi sempurna. Contoh, setelah bertanya Allah dahulu, tiap jawapan yang kita dapat membuat kita berjaya cepat, dapat jodoh cepat dan sebagainya. Kadang-‐kadang, kita sudah bertanya Allah pun, apa yang kita buat tak jadi. Namun, apa yang saya dapat adalah, ada antaranya Allah beri apa yang kita nak. Ada antaranya Allah tak beri sebab Allah nak ajar kita. Kadang-‐ kadang walau Allah beri, sesuatu berlaku tetapi tetap Allah nak ajar kita sesuatu. Contoh, saya telah BAD untuk membeli produk. Saya beli, tetapi apabila beli rasa macam tak sesuai dengan saya. Saya dapat beli produk tu. Namun, kerana produk itu tidak sesuai dengan saya,
62
saya dapat belajar sesuatu. Yang saya ingin kongsikan adalah, tiap perkara pasti ada hikmahnya. Hanya masa yang boleh menentukan bila kita akan sedar tentang hikmah itu. Cuma yang menariknya apabila kita mulakan sesuatu dengan BAD, kadang-‐kala walau Allah tak beri, kita akan lebih berasa tenang dan relax. Berbanding sebelum ini kita ada perasaan tidak redha dan terlalu sakit untuk menerima kenyataan – Allah tak makbulkan doa aku.
Bismillah | Apabila ditolak cinta "Demi Allah, sakit." - dialog Isfahan dalam #SatuHari "Apabila kita menyatakan cinta dan ditolak, sakitnya sampai di sini [hati]. Tetapi lebih baik menyatakan cinta walaupun ditolak, daripada tersingkir kerana terlambat menyatakan cinta." - Mario Teguh Begitu juga dengan doa. Apabila kita berdoa dan tidak dikabulkan, sakitnya mungkin sampai di sini [hati]. Kita rasa sakit bukan berbentuk sakit hati, barangkali sakit kerana kecewa Allah tak beri apa yang kita nak.
63
Sakit itu pula buat kita tidak mengerti apa hikmah yang Allah mahu beri. Kita cari, cari dan terus mencari. Namun, hikmahnya tidak kita jumpai. "Aturan Tuhan sudah sempurna. Tidak ada yang namanya kebetulan. Kekecewaanmu adalah cerminan bahawa kamu tidak mahu diatur oleh-Nya." Bersabarlah duhai hati yang meragui. Menuju Allah bukan suatu jalan mudah seperti ABC, sebaliknya penuh dengan onak dan duri. Kita akan diuji untuk Allah menguji, "Adakah kita masih akan datang kepada-Nya selepas ujian demi ujian Dia lemparkan?" Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Surah Al-Ankabut: 2-3) Apakah kita akan dibiarkan tanpa Allah uji, tentang kebenaran ungkapan, 'Saya sayangkan Allah' tanpa Allah beri peperiksaan Ujian Sayang ke atas kita? Andai tidak diadakan peperiksaan berbentuk ujian, pasti tidak dapat dibezakan antara pendusta dan yang bercakap benar.
64
Teruskan. Teruskan berdoa. Itulah hitungan iman, kita selalu perlukan Allah dalam hidup kita. Itulah bukti ciri-ciri seorang hamba yang selalu ingin dekat dengan Pencipta. “Doa adalah penyerahan bukan tuntutan." - Prof. Wan Maseri Saat kita berdoa, Allah tidak wajib untuk menunaikannya. Satu yang pasti, Allah akan kabulkan mengikut kebijaksanaan-Nya. Dia akan beri pada masa yang tepat bagi-Nya, bukan pada masa kita mahukan doa itu tertunai. Cinta kepada manusia kebiasannya mengecewakan. Namun apabila kita berikan hati dan cinta kepada yang selayaknya iaitu Allah, pasti yang terpateri dalam hidup adalah kebahagiaan tanpa batasan. Walau adakalanya buat kita tersungkur di dunia, namun pasti, ia lebih membahagiakan daripada kita halakan cinta kepada manusia dan dunia.
Hidup Sekadar Mampu Perkara ini agak cliché, namun saya mahu repharase. Tujuan kita hidup di dunia dijawab dalam surah Adh Dhariyat: 56,
65
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. “
Beribadat kepada Allah adalah sebenarnya perjuangan jiwa untuk memerangi nafsu dan syaitan.
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud ........ menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (Surah Al Maidah: 91) Kerja syaitan adalah membuat kita lupa daripada Tuhan.
Tenteranya adalah nafsu. Maka, tidak hairan mengapa ketika bulan Ramadhan pun, kita masih berbelanja tak hengat dunia, kerana mengikut nafsu. Dengan mempraktikkan BAD, ia adalah tentang memerangi nafsu dan syaitan. Ia akan membuat kita mengingati Tuhan di saat nafsu dan syaitan cuba memperdaya kita. Saya beri contoh. Antara sebab kewangan kita tidak cukup, adalah kebiasaannya kita lebihkan membeli kehendak (beban yang membuat kita mengeluarkan duit), berbanding keperluan. Saya merujuk kepada kelas menengah dan rendah yang struggle (berjuang untuk duit).
66
Jadi, dengan mempraktikkan BAD inilah akan membuat kita sentiasa mendahulukan ingat Tuhan, sebelum kita membeli dengan nafsu dan tindakan yang tergesa-gesa. Saya tidak bother (terganggu) dengan tawaran yang memerlukan saya beli dengan cepat, kerana itu memang strategi pemasaran. Hatta, saya pernah berjumpa dengan suatu tawaran murah pada sesuatu masa, apabila ia telah tamat, ia tetap ada lagi pada keesokannya. Sebab kadang-kadang tawaran itu kita tidak perlu pun. Cuma kerana kerakusan nafsu dan impak sifat tergesa-gesa daripada syaitan, kita bertindak untuk membolot semuanya. Warrant Buffett berpesan, “If you buy things you don't need, you will soon sell things you need.” Justeru, hidup sekadar mampu. Sentiasa BAD dan fikirkan semula adakah perkara itu kita betul-betul perlu beli atau sekadar ia tawaran murah.
67
Cara Praktikkan #TeknikBAD 1. Mengakui kelemahan – kita kuat kerana Allah Penanda aras paling mudah, kita renung pada diri kita. Pernahkah jantung kita bercuti walau 1 saat? Kalau jantung minta cuti bagaimana? Begitulah kerdilnya kita tanpa Allah. Andai kita menahan nafas untuk 24 jam boleh? Hatta 24 saat sudah sesak nafas, apatah lagi 24 minit. Kecuali dibantu dengan alat pernafasan. Andai rasa diri hebat, buatlah dua perkara di atas, pasti tiada siapa yang mampu melakukannya. Tiada apa yang kita boleh banggakan tanpa Allah. 2. Sedari kuasa Tuhan Renung apa yang terjadi kepada Pantai Timur suatu ketika dahulu pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Hujan lebat beberapa hari sahaja, Pantai Timur sudah banjir. Dalam sekelip mata sahaja, Allah boleh buat Pantai Timur yang besar dilanda banjir.
68
Tsunami yang berlaku di Indonesia. Itu semua adalah kebesaran Allah. Petik jari sahaja, hancur seluruh bumi. Andai rasa masalah kita besar, renung bencana-‐bencana alam yang pernah terjadi. Contoh, kita ada hutang RM5 angka. Andai dibandingkan dengan bencana alam itu, adakah kekuasan Allah itu tidak boleh selesaikan hutang RM5 angka kita? Mustahil. Apalah sangat hutang RM5 angka dengan kebesaran Allah yang mampu membuat seluruh negeri di Pantai Timur banjir dan tsunami di Acheh. Semudahnya petik jari sahaja, hutang kita boleh diselesaikan Allah. Tonton video ini untuk menikmati dan merasai kebesaran-‐Nya, How Big Is Universe? http://youtu.be/JvdL3R7fDL4 Andai rasa masalah kita besar, tonton video itu dan memintalah kepada Allah dengan penuh rasa ingin meminta dan khusyuk. 3. Jangan guna otak Teladani perang Badar – bagaimana tentera Islam yang hanya 313 berlawan dengan 1,000 tentera musuh. Kalau ikut logik, pasti tentera Islam kalah. Namun begitu, dengan bantuan Allah, tentera Islam menang dalam peperangan itu.
69
“Dan kemenangan hanyalah daripada sisi Allah.” – Surah Al Anfaal: 10 Jangan guna otak yang saya maksudkan adalah jangan terlalu menghadkan diri untuk meminta dengan Allah. Andai kita hadkan, ia adalah refleksi kita meragui kekuasaan Allah. Tonton dan hadam video yang saya beri di atas tentang betapa besarnya alam ini. Mustahil, Allah tidak mampu beri apa yang kita nak. Cuma penting untuk sedar, doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Allah tidak wajib tunaikan doa kita. Dia akan tunaikan mengikut kebijaksanaan-‐Nya. #TeknikBAD adalah refleksi istikharah seperti dalam doa solat Istikharah, "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmu-‐Mu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan-‐Mu dan aku memohon daripada-‐Mu akan limpah kurniaan-‐Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.” Seperti yang saya nyatakan, doa adalah penyerahan bukan tuntuan. Minta sahaja yang tidak logik, seperti dapat rumah percuma. Saya
70
merujuk kepada quote dalam buku Undang Saja Allah: Belajar Syukur, Belajar Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur, “Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas.” Meh saya belanja satu #KisahSuksesBAD tentang bagaimana beliau dapat makanan tengah hari percuma, # KisahSuksesBAD -‐ 11 11 14: Lunch Free Selepas sahaja baca ebook, saya paling tertarik bab dapat makan free. Masa itu terdetik dalam hari untuk nak juga makan free. Saya cakap dalam hati -‐ Ya Allah, boleh tak nak makan free tengahari nanti? Saya ada dalam bilik, rumah bujang. Bukak pintu bilik, ada bau makanan. Dalam kepala saya -‐ budak rumah makan maggi la ni, seganlah nak mintak mintak. Tiba-‐tiba salah seorang cakap -‐ "Eh, pergi makan bihun, banyak lagi dalam kuali tu." Pernah tak anda rasa nak menangis apabila Allah jawab permintaan kita, walau kita tahu perangai kita hodoh macam mana. Nikmat apa lagi yang kita dustakan? 4. Allah suka kita minta kepada Dia
71
Berikut saya sertakan beberapa rujukan yang boleh anda tonton, yang berbicara tentang ‘Meminta Kepada Allah’, yang akan membuat kita suka meminta kepada-‐Nya berbanding kepada manusia. Insya-‐Allah. Mintalah Kepada Allah, Walaupun Garam – Habib Ali Zainal Abidin https://www.youtube.com/watch?v=431AUOYpGds Mintalah Kepada Allah Kebutuhanmu – Ustaz Yusuf Mansur https://www.youtube.com/watch?v=21FppfqDJ9w Mintalah Kepada Allah – Ustaz Iqbal Zain https://www.youtube.com/watch?v=xFupr0URmbA Mintalah Kepada Allah – UFB https://www.youtube.com/watch?v=U69zy7MKcY4 Video ini adalah video yang terkesan di hati saya yang membicarakan, ‘Doa dalam bahasa Arab adalah iman’. Dengan berdoalah, ia akan membina keyakinan kita kepada Allah. Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah tentang kita berdoa kepada Allah secara santai di luar solat, tidak terlalu skrip, malah lebih ramah untuk meluahkan kepada Allah. 5. Jangan terlalu fikirkan skrip
72
Fikirkan daripada konsep berbual dengan manusia dan gunakan cara yang sama untuk berdialog dengan Allah. Spesifik. Saya berikan contoh berdoa secara spesifik, Ketika kita keluar pergi kerja, bicara di awal pagi, “Ya Allah, hari ini aku nak pergi kerja. Selalu aku pergi kerja mesti jem, aku mohon, sesatkanlah aku di jalan yang lancar yang memudahkan aku sampai ke pejabat awal, mudah dan tenang.” Ketika kita nak buat kerja yang kita tidak suka, “Ya Allah, aku tertekan buat kerja ini. Aku tak rasa termotivasi nak buat. Kadang-‐kadang aku rasa nak berhenti kerja je, tetapi aku tak tahu apa nak buat. Kau tolonglah berikan aku cara untuk aku suka kerja ini, dan berikanlah aku kerja yang aku suka buat, yang aku dapat jana duit yang banyak melaluinya dengan cara yang halal berkat, lumayan dan diredhai oleh-‐Mu.” Ketika kita sukar nak bangun Subuh, “Ya Allah, aku selalu tidur lambat, dan kadang-‐kadang Subuh terlajak laris, terlajak sampai Subuh dinosaur, sebab terlalu lewat pukul 9 pagi. Jadi, aku mohon, beritahulah aku dan bimbinglah aku buat sesuatu yang boleh memudahkan aku bangun Subuh di awal waktu. Bonus, aku dapat solat Tahajud dua rakaat.” 6. Buat secara senyap-‐senyap
73
Bagi mengelakkan kita dikatakan gila atau seangakatan dengannya, memadai cakap secara berbisik kepada diri sendiri atau dalam hati. 7. Teliti dengan anugerah Allah Baca kisah dongeng ini. Kisah Dongeng Mangsa Banjir Dan Tuhan
Teringat satu kisah dogeng mangsa banjir yang berdoa kepada Tuhannya, agar menyelamatkannya. Maka datanglah perahu yang pertama untuk menyelamatkan mangsa tadi, tetapi ditolak atas alasan menunggu pertolongan daripada Tuhan. Ketika banjir makin teruk, datang bot penyelamat ingin menghulurkan bantuan, mangsa tadi tetap menolak jua kerana dia yakin Tuhan akan menolongnya. Dikala banjir semakin teruk, datanglah helikopter mahu menyelamatkannya namun dia tetap berkeras dan menolak pertolongan penyelamat, akhirnya mangsa itu mati lemas. Di alam kematian, si mangsa itu bertanya kepada Tuhannya,
74
"Wahai Tuhan kenapa kamu tidak menyelamatkan diriku, aku berdoa dan menyembahmu setiap hari tanpa jemu," tanya mangsa itu dengan penuh kegeraman. "Aku telah mengirimkan pertolongan kepadamu tapi kamu menolak,” balas Tuhannya. "Bila?" tanya mangsa itu. "Bukankah Aku telah mengirimkan perahu, bot penyelamat dan helikopter kepadamu, tetapi kamu menolak untuk diselamatkan," balas Tuhannya lalu tercenganglah mangsa itu atas kebodohannya sendiri. Tiada kena mengena dengan isu banjir, kisah di atas adalah sekadar untuk memahamkan, ‘Pertolongan Allah boleh datang daripada pelbagai bentuk’. Yang penting, kita peka dengan pertolongan-‐Nya. Jangan jadi macam individu di atas =.=”
75
Q & A #TeknikBAD Soalan-‐soalan di bawah adalah soalan yang ditanya daripada pembaca dan pengamal #TeknikBAD. 1. Macam mana nak terapkan rasa yakin yang tinggi, apabila Allah belum makbulkan lagi? Soalan in saya sudah jawab di artikel di Wrthrough.com, http://www.wrthrough.com/?p=107 Namun saya paste di sini, Soal yakin adalah antara makanan saya. Saya suka mengkaji (walau tidak secara rasmi) tentang soal yakin. Berbual dengan seseorang yang saya anggap seperti adik membuat saya dapat persoalan ini, "Bagaimana saya boleh buat BAD andai saya tak yakin?" Teknik B.A.D adalah tentang berdoa kepada Allah, hampir setiap masa. Apa-‐apa, 'Allah dulu, Allah lagi, Allah terus'. 24 Jam ke Allah terus dalam tiap perkara dan kehidupan seharian. Doa Adalah Gim Membina Keyakinan Kepada Tuhan
76
Saya berikan analogi. Andai dalam bisnes, untuk kita bina kredibiliti dan kepercayaan, penting untuk kita selalu ada engagement dengan pelanggan. Seperti ada profile Instagram, kita sentiasa update profile kita dengan info-‐info produk yang bagus, feedback daripada pelanggan yang lalu supaya pelanggan percaya dengan kita. "Oh, peniaga ini 'hidup'. Selalu update." Bayangkan andai kita selaku pelanggan, tengok Facebook fanpage mereka, • Lebih setahun sudah tidak update • Tiada feedback pelanggan • Tiada info tentang cara menghubungi (no. telefon, alamat kedai, emel) Agak-‐agak, kalau kita sebagai pelanggan, adakah kita sangka kedai atau bisnes itu masih hidup? Pasti tak kan? Adakah dengan itu, kita akan rasa yakin untuk membeli? Pasti 100% kita tidak akan terdetik untuk membeli dengan mereka. Sebaliknya kita akan cari peniaga yang aktif mengupdate status, layan Private Message (PM) di Facebook dan ada info untuk menghubungi mereka.
77
Begitu juga dengan doa. Andai selama ini kita jarang berdoa, adakah perasaan yakin itu boleh ada dalam sekelip mata? Mustahil. Untuk menuju Allah, untuk ada perasaan cinta kepada Allah, bukan semudah kita ada perasaan cinta kepada manusia. Ada pepatah, "It takes less than a second to fall in love with someone but might takes whole life to forget." Kadangkala jatuh cinta dengan manusia itu boleh jadi dalam masa kurang satu saat, tetapi ia mungkin mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya. Ibarat kita bersihkan hati. Adakah seorang penzina itu akan mudah untuk berubah menjadi seorang yang soleh? Pasti tidak. Ia memerlukan masa dan proses yang panjang untuk berubah ke arah soleh. Hatta, orang yang berubah ke arah soleh pun, masih perlu untuk sentiasa bersihkan hati. Menuju Allah tidak mudah. Menuju Allah, ada ujiannya. "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (Surah Al-‐Ankabut: 2-‐3) Kita pula sangka, berasa yakin untuk berdoa itu semudah ABC? Tidak. Untuk membina keyakinan, dan bersangka baik dengan Allah memerlukan latihan dan masa yang panjang. Ia adalah suatu proses menuju Allah.
78
Andai kita selalu pergi gim, buat latihan, pasti otot kita akan mula semakin tegap. Begitu juga dengan soal yakin. Apabila kita selalu berdoa, secara tidak langsung, ia akan membina keyakinan dan bersangka baik dengan Allah. Doa adalah gim untuk membina keyakinan kepada Allah. Insya-‐ Allah apabila kita semakin kerap berdoa, keyakinan kita kepada Allah akan semakin meningkat sehingga kita akan semakin positif (bersangka baik) dengan Allah, walaupun adakalanya Allah tak makbulkan apa yang kita doa. Doa Adalah Komunikasi Katakan kita seorang hawa. Dilamar oleh seorang lelaki yang kita tiada perasaan terhadapnya. Namun, kita melihat lelaki itu ada usaha ke atas kita, bersungguh untuk menikah dan menjaga kita. Dia seorang yang penyabar. Tidak memaksa walaupun dia tahu, kita tiada perasaan terhadapnya. Namun begitu, dia tidak putus asa untuk mengambil hati kita. Andai sudah duduk serumah selama beberapa tahun, dia pula begitu sabar untuk memikat hati kita, mana mungkin kita tidak akan berlembut hati betul? Sedangkan kerak nasi pun boleh jadi lembut. Eh eh!
79
Begitu juga apabila kita selalu berdoa dengan BAD (berdialog dengan Allah). Saya kongsikan puisi yang saya dapat daripada Tuan Fuad Latip, penulis di blog Jiwa Positif Hidup BerTuhan, Komunikasi adalah segala-‐galanya di dalam cinta. Tanpa komunikasi, cinta tidak akan dapat termeterai. Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati. Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa. Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah. Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi. Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta. Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka. Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan. Dengan Komunikasi datangnya Cinta. Dengan cinta datangnya keasyikan. Dengan keasyikan datangnya keikhlasan. Dengan keikhlasan datangnya keyakinan. Dengan keyakinan datangnya kekuatan. Dengan kekuatan datangnya semangat. Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan. Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat. Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar. Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan. Komunikasi itu cinta. Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.
80
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diri-‐Mu ya Allah. Aku ingin ceritakan segala-‐galanya dengan dirimu ya Allah. Agar wujud rasa cinta kepada-‐Mu dalam jiwaku ya Allah. Insya-‐Allah apabila kita terbiasa berkomunikasi dengan-‐Nya, akan terbit rasa cinta. Bersangka baik terhadap-‐Nya. Doa Adalah Usaha Hamba Mendekati Allah Andai ibadah kita adalah apabila kita ikhlas, apa yang akan jadi kepada dunia? Solat apabila ikhlas Pakai tudung apabila ikhlas Puasa apabila ikhlas Sedekah apabila ikhlas Membaca Al Quran apabila ikhlas Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam, di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita. Satu persoalan yang saya mahu tanya, "Adakah ikhlas itu sesuatu yang kita boleh kawal?" Jawapannya adalah tidak. Ikhlas adalah termasuk dalam hasil. Hasil adalah sesuatu yang kita tidak boleh kawal. Yang kita boleh kawal hanya usaha. Contoh, perancangan saya pada bulan ini adalah jana RM10,000. Saya ada tindakan (to do list) dan perancangan untuk mencapainya.
81
Namun, adakah saya boleh jamin ke atas diri sendiri, yang saya pasti akan dapat, walaupun sudah ada plan yang mantap? Tidak. Sebab hasil bukan dalam kawalan saya. Hasil adalah dalam kawalan Allah. Dialah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dialah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)." (Surah Ash Shura: 4) Cuma kita digalakkan berusaha. Berusaha sebagai kudrat seorang hamba yang tidak mampu mengawal hasil, sebaliknya hanya boleh menguasahakan sesuatu tindakan. Seterusnya diserahkan kepada Tuhan untuk memakbulkan. Seperti, kalau saya tidak suap makanan di mulut, saya tidak akan dapat makan. Itu contoh usaha. • Suap makanan ke mulut (usaha) • Kenyang (hasil) Tiada usaha, tiada hasil. Hasil tidak tertakluk kepada usaha fizikal. Doa juga adalah salah satu usaha. Usaha untuk mendekati Tuhan. Jawapan kepada soalan 'Bagaimana Kalau Kita Berdoa Tetapi Tidak Yakin?' adalah kerapkan berdoa supaya tahap keyakinan kita semakin bertambah. Insya-‐Allah. Sentiasa ingat, doa adalah gim untuk melatih keyakinan dan bersangka baik kepada Allah.
82
2. Bolehkah BAD sahaja tanpa diiringi usaha? Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah hasil daripada Allah dan manusia perlu berusaha. Maksudnya, bukan doa semata-‐mata atau usaha semata-‐mata. Perlu ada gandingan antara kedua-‐duanya. Sebelum itu, izinkan saya berkongsi another #KisahSuksesBAD.
#KisahSuksesBAD : 04 01 2015 - Hikmah BAD Buat pertama kalinya saya menulis disini. Jika ada salah silap teguran membina amatlah diharapkan. Alhamdulillah, sejak seminggu yang lepas saya amalkan teknik BAD ni banyak perubahan yang baik telah berlaku. Sebelum ini tak pernah terfikir nak BAD sebelum buat apa-apa. Tapi sekarang tidak lagi. BAD : Dapat Makan Free Sungguh, sebelum ini saya tak pernah terlintas difikiran nak minta makan free dengan Allah. Tapi lepas baca ebook BAD haritu saya cuba amalkan yang paling simple 'makan free'. Sebelum tu saya ada terfikir, "Di musim akhir semester begini ramai yang dah kemerosotan ekonomi, siapalah yang mahu belanja aku?"
83
Seolah meragui dengan BAD. Dalam pada itu, saya sedar saya tidak patut berasa begitu. Saya mesti yakin dengan Allah. Jadi semalam sebelum tidur, saya BAD "Ya Allah, esok saya mahu makan free." Lebih kurang begitulah ayatnya. Hari ini, abang saya dari Gombak tiba-tiba saja mahu melawat saya di asrama. Jarang sebenarnya dapat berjumpa walaupun dekat sebab masingmasing sibuk dengan hal sendiri. Dia belanja makan tengah hari. Biasa saja fenomena ini, tapi bagi saya ia satu perkara yang buat saya percaya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Alhamdulillah dan Terima kasih kepada admin. IA atas ilmu yang dikongsi :') Tamat. Andai lihat pada perkara di atas, beliau macam tak berusaha apa-‐ apa. Namun, izinkan saya berkongsi sesuatu. 4 Jenis Rezeki Ada 4 jenis rezeki yang penting untuk kita ketahui. i.
Kita usaha, kita dapat
Contoh mudah, kita bekerja, hujung bulan dapat duit. ii.
Kita usaha, kita tak dapat 84
Kadang-‐kadang kalau kita buat jualan dengan 101 cara pemasaran, kita tak dapat hasilnya. Tak tahu mana silapnya. iii.
Kita tak usaha, kita dapat
Jenis ini adalah seperti kes di atas. Beliau minta dengan berdoa kepada Allah. kemudian, tiba-‐tiba abangnya datang dari Gombak melawat beliau di asrama. iv.
Kita tak usaha, kita tak dapat
Ini normal. Contoh, kita berdoa dapat RM1 juta. Tanpa kita ikuti dengan usaha seorang manusia seperti cari bisnes > jana duit > buat jualan dan sebagainya. Mana mungkin RM1 juta jatuh atas sejadah. Andai ada pun, itu kes rare. Justeru, andai ditanya, bolehkah BAD sahaja tanpa diiring usaha, jawapannya adalah tidak. Baca semula tentang Jabariah dan Qadariah. Seandainya kita sekadar berdoa tanpa mengusahakan apa-‐apa, ia bermakna kita termasuk dalam golongan Jabariah – segala-‐galanya dengan izin Allah sahaja. Tiada kaitan dengan usaha manusia. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Dr. Muhammad Lukman Al-Hafiz Kaedah paling mudah : Kurung orang ini dalam bilik selama 4-‐5 jam. Pastikan bilik itu bertingkap. Selepas 5 jam makan nasi paling sedap dengan aroma yang mencengkam jiwa di hadapannya.
85
Apabila dia minta makanan kerana lapar, jawab begini : “Jangan risau, kamu akan makan dengan izin Allah.”
86
3. Bagaimana kita nak tahu jawapan setelah kita lakukan BAD? Bahasa lainnya, adalah bagaimana kita nak tahu itu jawapan daripada istikharah kita secara berdialog dengan Allah. The rule is simple, “Tenang daripada Allah. tergesa-‐gesa daripada syaitan.” Saya tiada jawapan berdasarkan jawapan daripada kitab atau seangkatan dengannya, namun begitu saya kongsikan cara saya. Kebiasaannya, apabila saya nampak sesuatu produk, yang buat saya teruja nak beli, saya akan relax dahulu. Saya BAD, “Ya Allah, perlu ke aku beli benda ni?” Saya takkan beli, selagi saya dalam keadaan tergesa-‐gesa, kerana tergesa-‐gesa itu sifat syaitan. Saya ambil masa beberapa hari, apabila dalam keadaan tenang, saya rasa tak perlu beli, saya takkan beli. Begitu juga apabila saya nak pergi seminar. Saya kongsikan sesuatu petikan daripada artikel myilham.com, http://www.myilham.com/blog/2011/08/istikharah-‐petunjuk-‐ yang-‐bagaimana/
87
Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang membebani kita itu ( membuat pilihan ), maka salah satu pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut, jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu. Firman Allah Ta’ala: ”Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal.“ – Surah Ali Imran: 159
88
Was-was itu daripada Syaitan Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut : Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah (berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan membantu buat keputusan), maka jangan dilayan lagi bisikanbisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut: Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah. Maksud petikan di atas adalah, selepas istikharah, pertolongan Allah mungkin datang daripada manusia atau bentuk lain. Peka dengan anugerah itu. Andai masih rasa ragu, tanya lagi dengan dialog seperti,
89
“Ya Allah, aku tak faham. Andai ini petanda daripada BAD, mohon Kau beri pemahaman yang lebih dalam, supaya aku faham sama ada itu petanda daripada Kau atau tak. Terima kasih Allah.”
90
4. Bagaimana nak yakin berdoa apabila baru sahaja buat dosa besar? Saya dalam proses tulis lanjutan BAD iaitu ‘BAD Untuk Pendosa’. Ia sesuai bagi mereka yang adakalanya rasa putus rahmat dengan Allah untuk bertaubat, dan mendekati Dia. Antara #KisahSuksesBAD seorang pengamal #TeknikBAD bangun Subuh walau selalu terlajak Subuh. Bukan Subuh gajah dah, Subuh dinosaur kerana selalu terbangun sekitar pukul 9 pagi.
Pertama sekali, saya nak berterima kasih banyak-banyak kepada IA kerana sudi share ebook dengan saya. Alhamdulillah petang semalam, saya baca sampai habis. Sebelum saya cerita, saya minta maaf share di inbox. Segan. Baik, saya mula. Saya ni bab solat memang terabur sebelum ini. Jahil pula rasa diri ini. Selepas baca semalam, saya cuba la teknik BAD sebelum tidur. Saya cakap, "Ya Allah, Kau kejutkanlah aku bangun Subuh ya Allah. Beri aku kekuatan untuk bangun ya Allah." Selepas itu saya set alarm jam 6.30 pagi. Selepas itu saya pun tidur. Betapa terkejutnya saya apabila Allah kejutkan saya jam 5.50 pagi. Lebih awal daripada alarm saya.
91
Ya Allah. 10 - 15 Minit saya termenung tidak percaya senangnya saya bangun Subuh. Sebelum ini saya selalu bangun pukul 9 pagi ke atas. Selepas kejadian pagi tadi, saya tidak lewat solat dah. Allah Maha Mendengar. Haza min fadhli Rabbi – ini kurniaan daripada Tuhanku. Saya kongsikan satu petikan daripada ‘BAD Untuk Pendosa’,
Aku penat nak jadi baik "Penat aku nak ubah hidup aku. Penat aku nak jadi baik." dialog Hayati dalam Telemovie #MenghitungRahmatTuhan Apabila aku rasa penat nak buat baik, aku rasa selalu buat dosa > bertaubat > buat lagi sehingga aku rasa nak berhenti buat baik, aku akan terfikir ayat ini, Daripada Aisyah rha, Nabi SAW bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Allah takkan jemu dengan aku, sehingga aku jemu untuk kembali kepada Dia. Kadang-kadang aku tertanya, orang kafir
92
tidak solat, tetapi ada yang kaya raya. Sedangkan ada orang yang rajin beribadah, mereka hidup sempit dan miskin. "Dunia tidak adil." monolog aku dalam hati. Hatta ada orang yang kerjanya sedikit, tetapi duitnya berlimpah ruah sehingga tidak tahu mahu belanja ke mana. Sedangkan ada orang dipaksa memerah keringat buat kerja keras untuk orang lain. Mereka hidup susah dan orang kaya yang dapat hasilnya. "Dunia tidak adil." monolog aku dalam hati. Aku budak nakal yang dalam proses berhijrah menuju Allah. Aku bukan alim. Bukan mudah nak berubah, tetapi demi Allah, aku perlu sentiasa berusaha. Walau adakalanya aku rasa nak berputus asa. Orang lain takkan faham apa yang kita rasa. Andai hati itu boleh dikeluarkan > masuk dalam mesin basuh > dapat hati yang bersih daripada titik-titik hitam > heaven. Pasti dengan itu, semudah petik jari sahaja orang boleh berubah jadi baik. Berubah menuju Allah. Malangnya dan hakikatnya, tak semudah itu untuk berjihad jiwa di jalan Allah. Itulah mahar andai kau mahu kembali kepada Allah.
93
"Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." - (Surah Al-Taubah: 41) Kadang-kadang aku rasa diri kotor. Kotor dengan dosa. Sehingga rasa tak layak untuk berdoa. Namun ada hadis berpesan, “Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan Allah, merasa aman dari makar Allah, putus asa terhadap rahmat Allah, dan putus harapan terhadap kelapangan dari Allah.” (Hadis hasan sahih; diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam AlMu’jam Al-Kabir; lihat Majma’ Az-Zawaid, juz 1, hlm. 104; kutip dari muslimah.or.id) Allah juga memujuk dalam firman-Nya dalam Surah Az Zumar ayat 53, Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
94
Maksud Allah Takkan Jemu Selagi Kita Tidak Jemu Kopi-pasta: Dalam kitab 'Aun al-Ma'bud disebutkan, Allah SWT tidak akan jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi mana seseorang itu tidak jemu beramal. Dalam kitab Syarah Sahih Muslim diterangkan, Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik, daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah SWT secara berterusan. Kesimpulannya: Nabi SAW telah memberitahu kita bahawa, sekiranya kita mahu melakukan amalan sampingan seperti amalan-amalan sunnah maka haruslah mengikut kesanggupan diri kita. Amalan wajib pula iaitu yang fardhu sememangnya tidak boleh untuk kita persoalkan lagi seperti: [+] Solat lima waktu dalam sehari
95
[+] Puasa pada bulan Ramadhan [+] Menunaikan zakat dan sebagainya. Setiap amalan yang kita lakukan akan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sekiranya kita pilih untuk membaca al-Qur'an maka bacalah setiap hari walaupun satu muka surat. Ini kerana membaca al-Qur'an akan membuatkan hati dan jiwa kita hidup dalam mengingati Allah SWT pada setiap waktu dan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa seseorang itu tetap boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT hanya dengan melakukan ibadah yang wajib. Hal ini ditunjukkan dalam hadith Qudsi, yang disampaikan oleh baginda SAW, firman Allah: "Tidak ada (amal) yang lebih Aku cintai yang digunakan hambaKu untuk mendekatkan diri kepada-Ku, selain dari (amal) yang telah Aku wajibkan atasnya." Di dalam riwayat ini Allah telah mengutamakan amalan wajib diatas amalan sunnah, baik sedikit mahupun banyak. Ganjaran Allah SWT pada hamba-Nya amatlah luas, dan jauh dari jangkauan akal manusia. Allah SWT tidak akan pernah jemu memberi ganjaran pada amal ibadah yang kita lakukan
96
sehinggalah kita sendiri yang jemu dengan amalan yang sama setiap hari. Allah SWT tahu bahawa kita ini makhluk yang lemah dan cepat jemu. Dia yang menciptakan kita dalam keadaan demikian. Dia tahu apa yang kita mampu lakukan dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Setiap amal ibadah yang Allah SWT wajibkan kepada kita adalah masih dalam kemampuan kita. Lirik Keredhaan-Mu - In Team Inteam - KeredhaanMu (Acapela) https://www.youtube.com/watch?v=6jG-JypXDP4 Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayang-Mu Dan jua keredhaan-Mu Dalam hidupku Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari Keampunan-Mu tidak bertepi Ku akui diri ini
97
Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih "Setiap waktu kita masih seorang insan yang masih bertatih dalam hidup." – Choceeqa Tamat. Jadi apa jawapannya untuk soalan, ‘Bagaimana nak yakin berdoa apabila baru sahaja buat dosa besar?’ adalah teruskan berdoa,
98
kerana doalah itu adalah komunikasi antara kita dengan Allah yang akan membuat kita semakin rasa tentang rahmat Tuhan. Doa adalah gim untuk meningkatkan keyakinan – Allah Maha Mengabulkan permintaan hamba-‐Nya (mengikut apa yang kita perlu). Antara contoh skrip yang saya boleh beri adalah,
“Ya Allah, aku minta maaf. Aku selalu buat dosa, lepas tu aku bertaubat. Buat dosa lagi dan bertaubat. Kadang-kadang aku penat nak jadi baik. Aku rasa bersalah kepada Kau. Aku rasa tak layak nak berdoa sebab aku buat dosa kepada Kau. Tetapi tanpa pertolongan Kau, aku nak minta tolong dengan siapa Allah. Sungguh, aku perlukan kekuatan daripada Kau untuk bertaubat. Untuk aku bersihkan hati, berakhlak mulia dan beramal soleh kepada-Nya. Sungguh, aku tak kuat Allah, tanpa Kau.”
99
5. Perlukah berdoa dengan doa yang spesifik? Kita ambil ibrah (pengajaran) Surah Al Fatihah. Ayat 6, “Tunjukilah kami jalan yang lurus.” Ayat di atas diperjelas dalam ayat 7 iaitu,
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” Andai ditanya perlu atau tidak, jawapan saya – ya. “Insyirah, bagaimana nak berdoa dengan spesifik?” Baik, saya berikan sedikit panduan. Saya ada menulis lebih lanjut dalam ebook Seni Menulis 101 Impian – ia adalah sebuah ebook yang saya tulis tentang bagaimana saya berdoa secara spesifik menggunakan penulisan. Sebuah perkongsian, bagaimana saya dapat apa yang saya nak (dengan izin Allah) dengan menulis. Berikut adalah petikan daripada ebook tersebut, i.
Formula 5W 1H
100
Kita boleh gunakan 5W 1H untuk berdoa secara spesifik. • Who • What • When • Where • Why • How Kita tidak wajib guna semua. Make it flexible. Sesuaikan dengan apa yang anda nak minta. Contoh kita mahu rezeki. Ayat biasa yang digunakan, “Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang deras.” Rezeki itu sendiri mempunyai maksud yang luas. Spesifikkan seperti ini menggunakan formula 5W 1H,
“Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki yang deras, rezeki daripada segi wang yang halal, berkat dengan mudah.” Rezeki daripada segi wang – ini menunjukkan What. Rezeki apa yang kita mahukan. Halal, berkat dan dengan mudah – ini menunjukkan How the rezeki look like. Rezeki yang bagaimana kita mahukan? Haram? Mudah?
101
Lancar? Susah? Kena kerah lutut dan kudrat untuk dapatkan? Berikan caranya. Doa spesifik ini, kadang-‐kadang kita akan belajar sendiri cara untuk tune. Contoh, tempoh hari saya ada minta kepada Allah tentang kerja yang produktif yang buat saya sibuk sepanjang hari. Allah beri. Namun, saya tidak spesifikkan doa itu. Allah beri, namun ia adalah kerja yang saya tak suka buat dan membuat kesihatan saya masih dalam proses sembuh. Hasil daripada itu, saya dapat belajar spesifikkan doa seperti ini,
“Ya Allah, saya mohon berikan saya kerja yang buat saya manfaatkan hari-hari saya dengan kerja yang saya suka, yang jana duit dengan mudah, yang saya enjoy apabila lakukan kerja itu tanpa rungutan.” ii.
Masukkan elemen-‐elemen positif
Elemen positif bertujuan untuk memberi kata sifat, suasana dan menambahbaik impian kita. Antara elemen-‐elemen positif adalah, • Selamat • Tenang • Damai • Dengan mudah
102
• Tanpa berhutang • Secara percuma • Halal • Berkat • Diredhai Allah / ibu bapa • Dirahmati Allah Contoh apabila saya masukkan elemen positif. Biasa: “Ya Allah, saya mohon dapat income RM3,000 setiap bulan.” Spesifik: “Ya Allah, saya mohon dapat income RM3,000 yang berkat dengan mudah melalui kerja yang saya suka buat pada setiap bulan.” Mahu tahu lebih lanjut tentang Berdoa secara spesifik melalui penulisan? Nantikan caranya di bawah. :D
103
Alhamdulillah. Selesai. Terima kasih atas bacaan sampai ke sini. Jadi, seterusnya apa perlu buat?
Latihan Praktikal 7 Hari Mahu rasa apa yang saya rasa? Mahu rasa apa yang pembaca Teknik BAD rasa? Mungkin di sini permulaan anda, atau mungkin menjadi reactivation anda semula untuk teruskan bertanya Allah atau berdialog dengan Allah. Apa yang anda lakukan selepas tamat bacaan ebook ini adalah, menyempurnakan latihan 7 hari. Saya akan berikan beberapa idea untuk anda mula lakukan dan rasai keajaibannya sendiri. Cuma penting untuk saya tekankan, barangkali bagi yang baru bermula, rasa skeptikal, namun saranan saya, buat sahaja walau ada perasaan ragu. Hasil daripada Allah dengan usaha daripada kita. Jadi, apa yang kita boleh fokuskan adalah usaha, bukan hasil. Boleh pilih salah satu senarai di bawah, 1. Minta breakfast percuma Sebelum pergi kerja, ungkapkan,
104
“Ya Allah, hari ini hari pertama aku akan mulakan #TeknikBAD yang aku tak pernah mulakan. Sebelum ini. Aku mungkin tak pernah mulakan atau sekarang ini aku nak mulakan semula. Aku mohon, Kau sponsorlah breakfast percuma.” *Selepas itu, boleh tambah dengan apa yang anda nak untuk breakfast anda. 2. Dapat jalan yang lancar dan sampai pejabat awal Bagi kawasan Kuala Lumpur, mungkin selalu hadapi jem ketika pergi kerja awal pagi. Antara skrip yang boleh digunakan adalah, “Ya Allah, aku mohon, Kau pandulah keretaku ini ke jalan yang lancar dan dapat sampai awal ke pejabat. Selalu aku sampai lewat, jadi hari ini aku mohon aku dapat sampai awal. Terima kasih Allah.” 3. Beri sesuatu yang menggembirakanku Tip ini sesuai bagi anda yang sedang rasa tertekan untuk teruskan kerja. Cuba berdialog dengan Allah dengan skrip seperti di bawah, “Ya Allah, aku tiada mood nak buat kerja. Kau tolonglah beri aku sesuatu yang boleh menggembirakan aku yang buat aku teruja nak sambung kerja aku.
105
Kalau nak ‘do what we love’ pun, aku tak tahu apa aku suka buat. Jadi aku mohon Kau beri idea untuk aku perbaiki kehidupan aku yang sekarang, supaya aku seronok buat kerja yang aku suka.” 4. Dapat KFC percuma “Teringin nak makan KFC ya Allah. Aku mohon dapat makan KFC secara percuma.” Bagi senarai seterusnya boleh buat dialog sendiri, seperti dialog bercakap dengan manusia. 5. Ayat Al Quran yang diperlukan Sebelum buka Al Quran terjemahan, cuba berdialog seperti, “Ya Allah, berilah saya sepotong ayat Al Quran yang mengena dengan diri saya sekarang, yang boleh dijadikan penawar kedukaan.” Kemudian, buka Al Quran secara rawak dan baca terjemahannya. 6. Ada orang hadiahkan sticker note dengan ucapan ‘Terima kasih’ 7. Rakan pejabat buatkan air kopi 8. Sahabat belanja makan tengah hari 9. Sahabat lama yang dirindui yang sudah lama tidak berhubung tiba-‐tiba telefon
106
10. Orang yang berhutang dengan kita, telefon untuk selesaikan atau bayar hutang kita.
107
Alhamdulillah, kita sudah totally selesai membaca ebook BAD. Saya mendoakan anda dapat manfaat daripada ebook ini. Maaf atas segala kekurangan. Adakah anda suka dengan karya ini dan mahu saya tulis lebih banyak? Untuk makluman, saya telah menulis beberapa buah karya. Cuma sekarang saya tidak lagi menjualnya. Mahu fokus pada pembinaan Writethrough dan #TeknikBAD. Seandainya anda berminat, berikut adalah antara karya saya yang saya mahu tawarkan pada harga runtuh: 9 Formula Pantas Seru Rezeki (RM30) Senarai pendek antara formula pantas seru rezeki yang saya dapat daripada pengembaraan untuk 3 tahun mencari the most basic yet effective untuk menjemput rezeki Sistem Menjemput Rezeki (RM90) Lanjutan dan lebih mendalam daripada ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki. Bergabung dengan penulis dengan nama pena Supersonic 70 Lessons (RM90) Pengajaran daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual selama 3 – 5 tahun. Bergabung dengan penulis dengan nama pena
108
Supersonic. 100% dalam bahasa Melayu, tajuk sahaja bahasa Inggeris :D Seni Menulis 101 Impian 3.0 (RM20) Perkongsian bagaimana saya menggunakan penulisan dengan berdoa secara spesifik untuk dapat apa yang saya nak Resepi Cipta Bahagia (RM20) Perkongsian bahan-‐bahan untuk mencipta bahagia dalam diri. Disertai 11 senarai semak untuk mencipta bahagia pada setiap hari. Laporan Buat Duit Dengan BAD (RM47) http://www.teknikbad.com/laporan-‐buat-‐duit-‐dengan-‐bad/ Jumlah semua: RM30 + RM90 + RM90 + RM20 + RM20 + RM47 = RM297 Namun, harga spesel, saya beri serendah RM250 sahaja untuk semua ebook di atas. Berikut saya berikan ia kepada set jika mahu beli secara pakej yang asing. Set 1 – RM250 9FR SMR 70L SM101 3.0 RCB LBD
109
Set 2 – RM100 9FR SMR Set 3 – RM120 70L SM101 3.0 RCB Set 4 – RM35 SM101 3.0 RCB Bagi set yang tiada, diskaun sebanyak RM5 / produk diberikan secara automatik. Untuk pembayaran boleh lawat link ini: http://www.teknikbad.com/borang-‐pembelian/ *Masukkan nombor set/nama produk pada ruang ‘Produk’
110
Sebenarnya apa yang anda baca dalam ebook ini adalah hanya 10% daripada buku BAD yang akan diterbitkan nanti. Insya-‐Allah. Anda boleh cari buku itu dengan nama ‘Bertanya Allah Dahulu – Penawar Buat Peragu Rezeki oleh Insyirah A’. Insya-‐Allah dijangka berada di Pesta Buku pada hujung bulan April hingga awal bulan Mei tahun 2015. Mohon doakan dipermudah supaya lebih ramai dapat manfaat daripada Teknik BAD – teknik berdialog dengan Allah. Insya-‐Allah.
111
Adakah anda suka dengan ebook ini? Mahu saya hasilkan karya lebih banyak? Pernah dengar konsep Crowdfund atau bahasa mudah, butang Donate yang biasa ada dalam apps yang ditawarkan secara percuma? Simbolnya seperti ini: Crowdfund bermaksud pembiayaan orang ramai. Dengan donate (sedekah), anda akan membantu developer apps tersebut supaya dapat menambah baik apps tersebut dan bina lebih banyak apps yang lebih bermanfaat. Sumbangan yang anda berikan akan membantu saya untuk menambahbaik karya dan terus menerus menerbitkan lebih banyak karya yang berkualiti, insya-‐Allah. Andai anda rasa ebook ini berbaloi untuk diberikan sumbangan, anda boleh sedekahkan seberapa banyak yang anda berminat dengan mengisi borang yang sama iaitu,
112
http://www.teknikbad.com/borang-‐pembelian/ Bagi tujuan ini, anda tidak wajib isi nama dan telefon. Cuma saya mahukan emel anda untuk saya hubungi. Mana tahu, saya ada niat beri saguhati eksklusif bagi mereka yang donate. ;) Saya ucapkan terima kasih dan jazakumullahu khairan katsiran kepada anda atas kesudian untuk menderma, supaya saya dapat menulis lebih banyak karya yang berkualit, insya-‐Allah. Mohon doa. Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyarankan anda menderma kepada mereka. Mereka adalah antara ejen kegembiraan yang berbuat kebajikan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tip sebelum sedekah: Niatkan apa hajat anda dan sedekah. Contoh skrip, “Ya Allah, dengan ini aku sedekah kerana-‐Mu. Aku mohon dengan sedekah ini, ia sebagai ikhtiar untuk aku semakin berakhlak mulia, mencinta-‐Mu, aku sihat walafiat dan semakin bersemangat untuk berkarya dengan lebih agresif dan produktif.” Kemudian, sedekah. 1. Sedekah Subuh Ia diketuai oleh Puan Mahawa Pilus (https://www.facebook.com/mahawa.pilus)
113
Fanpage: Sedekah Subuh ( https://www.facebook.com/pages/Sedekah-‐ Subuh/1446459295576493 ) Ini projek terdekat ketika saya menulis ebook ini: RM2,000 / telaga tiub https://www.facebook.com/mahawa.pilus/posts/9803883219888 20 2. The Telekung Project Fanpage: The Telekung Project https://www.facebook.com/TheTelekungProject CIMB Telekung Project (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek Maybank (MBB) Admin Telekung Project (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz (Optional) Emailkan transaksi sumbangan kepada
[email protected] SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193337151 3. Aman Palestin Fanpage: Aman Palestin
114
https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial/ Bank Islam: 12029010047880 Maybank: 562263010787 CIMB: 8600460353 Bank Muamalat: 12070005133717 RHB Bank: 21245760004907 Bank Rakyat: 220806195922 4. Richwell Fanpage: https://www.facebook.com/richwell.org Website: http://www.richwell.org Maybank Richwell 5541 2951 7126 Email:
[email protected] Tel : 03-‐5523 9661 @ 603-‐5523 6732 (Pn. Sharina/Cik Fatiha)
115
Peraturan-‐peraturan & Syarat Masuk Ke Grup WRT Clan Sebelum saya beri anda cara untuk masuk ke grup itu, saya ingin terlebih dahulu menerangkan peraturan-‐peraturan grup WRT Clan. Prinsip Writethrough (WRT) adalah eksklusif – terhad, lain daripada yang lain. Jadi, dalam segala perkara yang saya bawa dalam WRT, insya-‐Allah saya akan bertindak dengan cara lain daripada yang lain. Masuknya anda ke grup itu, ia bermaksud anda bersetuju dan mempraktikkan perkara-‐perkara di bawah:
116
1.
Di saat anda berkongsi #KisahSuksesBAD di dalam grup,
yakni anda bersetuju untuk membenarkan saya menggunakannya untuk tujuan promosi sebagai testimoni atau apa sahaja termasuk seperti ebook, buku dengan jenama WRT tanpa keizinan atau notis kepada anda. Termasuk menyiarkan nama anda dalam screenshot. Seandainya anda tidak mahu menyiarkan nama, anda boleh PM kepada saya / fanpage WRT / emel rasmi untuk penghantaran #KisahSuksesBAD di
[email protected] Apa sahaja #KisahSuksesBAD yang datang melalui 3 cara di atas, saya akan anggap, anda mahu dirahsiakan nama. Sebaliknya andai anda bersetuju disiarkan nama, boleh terus post tentang #KisahSuksesBAD anda di dalam grup WRT Clan. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan saya menggunakannya bagi tujuan promosi teknik BAD di mana-‐mana sahaja. Saya tekankan di awal-‐awal, supaya saat sudah beribu ahli WRT Clan (insya-‐Allah), saya tidak perlu PM seorang-‐seorang untuk minta izin. Jadi saya khabarkan awal-‐awal sebelum anda masuk ke grup. 2.
Tiap post (terutamanya #KisahSuksesBAD) yang anda ingin
taip di grup WRT Clan, wajib menggunakan Bahasa Melayu (BM) dengan ejaan penuh.
117
“Bahasa kontot / pendek / sms menjimatkan masa penulis tetapi menarik masa pembaca untuk baca dan hadam.” Maaf, saya lebih mudah dan cepat faham, baca dan hadam BM ejaan penuh. 3.
Menggunakan format berikut untuk post di grup WRT Clan
apabila ingin berkongsi #KisahSuksesBAD: #KisahSuksesBAD: Tarikh -‐ Tajuk Contoh: #KisahSuksesBAD: 14 11 14 -‐ Dapat makanan percuma Antara tujuan saya minta buat begitu adalah kerana, kadang-‐kadang saya bagi perkongsian lain dalam grup itu. Jadi, untuk memudahkan saya, dan WRT Clan Member rujuk kisah orang lain, mereka hanya perlu klik hashtag itu sahaja di grup itu nanti. *Anda juga boleh kongsikan kisah yang sama di profile / fanpage anda dengan hashtag itu. 4.
Semua post dalam grup ini adalah bebas daripada iklan atau
post daripada link luar. Kecuali saya yang post. Ia hanya diperuntukkan untuk grup tentang BAD dan WRT sahaja. Barangsiapa yang mengepos post-‐post seperti iklan atau perkara yang saya tidak redha, serta-‐merta insya-‐Allah saya akan remove anda daripada grup TANPA notis. Once SPAM, block lifetime.
118
Kecuali sekiranya anda rasa anda dihack, dan telah membuatkan anda terpost sesuatu yang saya tidak redha di grup, boleh terus inform saya. Ia adalah berdasarkan quote berikut, "Trust is like a paper. Once crumpled, it can't be perfect." 5.
Berhati-‐hati ketika post. Sebelum post, disarankan praktikkan
BAD dan semak 3 kali. Elakkan post penulisan yang tidak profesional (tidak bermanfaat untuk orang lain), mempunyai emosi negatif (marah, bengang, psiko, menyindir dan sebagainya). Insya-‐Allah andai praktikkan BAD sebelum post, penulisan kita dibimbing Allah. 6.
Menggunakan jenis case dengan betul – UPPERCASE,
lowercase, Sentence case. HURUF BESAR -‐ MENUNJUKKAN MARAH. semua huruf kecil -‐ menunjukkan malas. Sentence case – menunjukkan kita seorang yang kemas. 7.
Menggunakan tanda baca dengan betul. Terlalu banyak
menggunakan tanda seru / tanya – menunjukkan emosi. Contoh, ‘Awak kat mana???’, ‘Gila ko!!!!!!!’
119
Contoh lain yang tidak menggunakan tanda baca dengan betul, Saya rasa ………. Lepas itu kan ………. 8.
Tiap perenggan maksima 3 baris sahaja. Andai panjang, buat
perenggan baru. 9.
Sharing is caring
Saya serahkan anda kepada Allah, supaya sentiasa dibimbing-‐Nya untuk post dan berkongsi di dalam grup. Walaupun saya admin dan leader grup itu, namun saya menggalakkan orang lain juga ada buat perkongsian berkaitan BAD. Atau tentang cara hidup kembali kepada asas seperti 4 sifat wajib Rasulullah SAW dan berkaitan. Oleh sebab contoh, andai saat saya tiada beberapa hari kerana outstation, tiada perkongsian dalam grup itu, grup itu sudah mula tidak aktif yang saya tak nak ia berlaku. Ia juga adalah persediaan saat IA sudah tiada. Saya hanya tukang tulis sahaja. Jangan bergantung harap kepada saya untuk menjadi satu-‐satunya makhluk Tuhan yang buat sharing dalam grup itu. Join the crowd and be one of the contributor of BAD concept legacy.
120
Antara sebab saya nak anda praktikkan teknik BAD adalah supaya, anda bergantung harap 100% kepada Allah. Bukan kepada manusia. Contoh, anda boleh ceritakan apa pengajaran yang anda dapat dengan amalkan BAD, bagaimana konsep – back to basic (kembali kepada Allah) banyak mudahkan kita dan sebagainya. #UniversitiBAD adalah nama lain bagi WRT Clan. Justeru, penting tiap apa yang kita lakukan dalam grup itu, hatta di luar praktikkan BAD. Selalu. Allah dulu, Allah lagi, Allah terus. 10. Hanya post gambar yang 100% menutup aurat dan selamat daripada dosa sahaja. Hatta gambar perempuan non muslim, saya tidak benarkan. Paling selamat, insya-‐Allah tidak perlu upload gambar orang secara LIVE. Memadai gambar seperti bangunan, bunga dan sebagainya. Apatah lagi dalam grup itu nanti ratusan dan mungkin nanti insya-‐Allah ribuan orang akan tengok post kita. Maaf, ini pegangan (integriti) saya. Saya amat teliti tentang perkara ini. Itu juga antara sebab saya keluar daripada bidang fotografi menjadi jurufoto hawa. Insya-‐Allah didoakan kita semua sentiasa dibimbing Allah dalam segala perkara yang menyelamatkan dunia dan akhirat kita. Saya adalah pengamal tegar Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan penulisan berpengaruh ajaran Puan Ainon Mohd.
121
Oleh sebab itu, saya pentingkan semua ini = saya juga sedang mendidik anda menjadi penulis berpengaruh. Biiznillah. Di samping, saya berniat untuk ebookkan semula tiap #KisahSuksesBAD dan apa sahaja perkongsian penting yang dikongsikan dalam grup itu. Jadi, bagi memudahkan editor kami untuk mengeditnya, saya menetapkan perkara-‐perkara di atas. Hanya jika anda bersetuju dengan perkara-‐perkara di atas, boleh request ke grup WRT Clan (jika belum sertai). Taip ‘WRT Clan’ atau guna link di bawah untuk request kemasukan ke grup -‐ https://www.facebook.com/groups/wrtclan/
122
Maaf, banyak bebel. Saya mohon maaf juga andai ada sebarang kekurangan. Seandainya anda rasa ebook ini bermanfaat, boleh lakukan antara tiga perkara di bawah, 1. Kongsikan link http://www.teknikbad.com kepada orang lain sama ada melalui Whatsapp, Telegram, Wechat, Facebook, Twitter atau Instagram 2. Upload ecover ebook ini di media sosial anda dan letakkan website untuk mereka muatturun 3. Beri ebook ini kepada sesiapa sahaja sama ada secara website atau emel kepada mereka Seperti yang saya katakan. Ebook ini adalah 10% daripada buku BAD yang akan dilancarkan di pasaran. Seandainya anda tidak mahu ketinggalan mendapatkan update terkini tentang buku BAD atau artikel tentang BAD boleh masukkan nama dan emel anda di sini, http://goo.gl/forms/sw2E4SThKr Seandainya anda mahu memberikan feedback tentang ebook ini, boleh masukkan feedback anda di sini, http://goo.gl/forms/tsJKI1JS1M
123
Andai ada typo error atau apa-‐apa, boleh berhubung saya di sini.
LAWAT LIKE / FOLLOW … IA dan Writethrough pada maklumat di bawah: FB Fanpage: Insyirah A. – IA https://www.facebook.com/iathewriter Instagram & Twitter: iathewriter FB Fanpage : Writethrough https://www.facebook.com/wrthrough Instagram WRT: writethrough Blog http://www.wrthrough.com http://www.teknikbad.com Emel rasmi untuk sebarang urusan
[email protected] Emel rasmi untuk penghantaran #KisahSuksesBAD
[email protected]
124