berita mbmmbi

June 1, 2016 | Author: redbeanz138 | Category: Types, School Work
Share Embed Donate


Short Description

mbmmbi...

Description

DASAR MBMMBI MURID TAHUN SATU MULAI 2011 Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuh bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid tahap satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar lama. Tambah beliau lagi, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010, kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. Menurut beliau, pelaksanaan dasar MBMMBI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula akan bermula pada tahun 2012. Langkah itu, katanya, adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur. Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran menegaskan, kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sumber : Kosmo online 21 oktober 2009

MBMMBI MAMPU BELA PELAJAR TERCICIR Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata pelaksanaan dasar baru yang menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu tidak boleh dilengahkan lebih lama kerana sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, ia memberi kesan negatif kepada pelajar sekolah rendah terutama di luar bandar. Akhbar melaporkan keputusan kerajaan mengkaji mempercepatkan pelaksanaan MBMMBI bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata, pelaksanaan lebih awal itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Zainal berkata, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak memberi banyak masalah kerana ia pernah dilaksanakan sebelum PPSMI diperkenalkan. Sementara itu, Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan kehendak pertubuhan itu yang mahu pelaksanaan dasar itu dipercepatkan. Mereka juga ingin menggesa kerajaan supaya dasar itu dilanjutkan pula di peringkat institusi pengajian tinggi selain tidak mengabaikan usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris. Selain itu, ucapan pemimpin negara dan papan tanda juga perlu menggunakan bahasa Melayu. Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad turut menyokong dasar baru itu berharap bahasa Melayu akan dijadikan teras utama dalam pembinaan gagasan 1Malaysia. Sumber : Berita Harian

KEMENTERIAN BERI 5 ALASAN MBMMBI DILAKSANA PADA 2012

Oleh Azrina Ahzan [email protected] PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengemukakan lima sebab bagi menjawab persoalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada 2012, bukan pada 2010 seperti didesak beberapa pihak.

Lima alasan itu berkaitan penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tempoh yang panjang juga dapat memastikan segala kelemahan sewaktu pelaksanaan program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak berulang. "Kementerian Pelajaran memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan seperti makmal BI. "Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu MBMMBI dilaksanakan tahun depan dan bukannya pada 2012 berikutan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada Julai lalu. Mengenai dasar PPSMI, katanya, guru besar dan pengetua diminta memastikan guru terus melaksanakan dasar itu hingga 2012, sejajar keputusan Kabinet. Beliau berkata, guru yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kerana melanggar dasar ditetapkan kerajaan. "Guru besar dan pengetua perlu memantau keadaan kerana dasar PPSMI akan kekal sehingga 2012. "Lagipun, perkara ini tidak sepatutnya berlaku (mengajar dalam BM) kerana sukatan pelajaran, perisian komputer dan buku teks subjek Sains dan Matematik masih dalam BI," katanya.

Mengulas tindakan sekolah mengadakan peperiksaan dalaman dalam BI, Alimuddin berkata, kebanyakannya membabitkan sekolah di kawasan bandar kerana sekolah di luar bandar selalunya memilih mengadakan peperiksaan dalaman dalam dwibahasa iaitu BM dan BI. Berita Harian Online: 20 Ogos 2009

Forget about PPSMI, activate the MBMMBI BY PROF. DATUK DR SIDEK BABA The issue of Teaching Science and Mathematics in English (PPSMI) should have been resolved. The preparation in implementing the teaching programme “Upholding the Malay Language and Strengthening the Command of English (MBMMBI)” is going on in earnest. Before the MBMMBI approach was taken, various discussions were held involving many interest groups. Minister of Education, Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also Deputy Prime Minister, has exercised wisdom based on the aspiration of Clause 152 of the Federal Constitution and the Education Act 1996, by devising a “win-win” formula so that the Malay language be strengthened and the command of English be further enhanced. It is strange that there are some Malays who suggested the set up of two school streams – one for English and the other for the Malay language, so that parents can have a choice which school stream they prefer. This suggestion is out of sync with the national aspiration which makes the Malay language as a uniting factor. It will only create a huge gap in the social strata if this is to happen. There will be a great distinction of the elites as what happened in the 1970s. There are those who even want to bring the issue to the United Nations as if the leadership of the country and those who fight in the interest of the Malay language do not have the educational capacity and wisdom to make a decision that they have to resort to outsider for help. There are those who are of the opinion that reference materials in science and mathematics are mostly in English and translation will take a long time. But Malaysia should emulate China, South Korea and Japan in this aspect, and not to give in so easily. More importantly as stated by Sapir 1949 and Whorf 1956, in what language do we want our children to see and think about the world and its surrounding? Language is not just about the medium of knowledge and thinking skill. It carries with it value and culture, resilience, giving meaning to a person‟s character and also shape their world views that will guide them to face life. Muhyiddin has recently stated that MBMMBI will be continued and this statement is very much welcome. The pressure that he faced has never ceased. But his resolve in strengthening the Malay language and enhance the command of English is morally correct. The implementation of the PPSMI before was not done with appropriate preparation. There were English teachers who taught the language but substantial number of

teachers who taught Science and Mathematics having poor command of English were asked to teach the subjects. From the pedagogy point of view, it is wrong. At last, the mastering of knowledge among students are metaphorically like a person dress in mini-skirt – when pulled up it exposed the knee and when it is pulled down, it exposed the navel. By engaging foreign teachers whose mother-tongue is English, the Ministry of Education is making a viable and effective move in enhancing the level of fluency among students in the language. The ministry is also making commendable move to train skilful students as English teachers, restructuring the English curriculum to be in line with the Malaysian ethos, setting up language laboratories as a way to speed up the mastering of English, reviewing the pedagogical approach making it more dynamic. Why not let this strategy take shape and evaluated it after some years of its implementation. It is more fair and democratic. Having a referendum is also unnecessary. The MBMMBI strategy is also in line with the spirit of National Constitution and doesn‟t contravene the Education Act 1996. According to sources which I quote from Prof. Dr. Ahmad Termizi, a physic scholar from Universiti Teknologi Malaysia, the change of medium in schools from English to the Malay language had made it closer to the objective of creating fair opportunities. The achievement of the bumiputera students in general is more balance with the achievement of non-bumiputera students compare with 30 years ago when the medium of education was in English. For the first time in history, the number of bumiputera students attaining excellent grades and credit in Physic surpassed the number of non-bumiputera students in the SPM 2001 – bumiputera 23,157 and non-bumiputera 22,929 students. Now the number is the same with non-bumiputera . In term of quantity, the number is comparable with non-bumiputera although in term of quality, much more effort should be done. The relative stability that give fair opportunity among the bumiputera students should not be disturbed with some mechanism which has the element of high risk and whose effectiveness is yet to be proven. There is a basis for the concern that the sole use of English in teaching Science and Mathematics may affect the achievement of bumiputera students, based on the poor mastering of English which is prevalent among them. We need political will and resolve to strengthen the Malay language so that it can place itself as the language of knowledge and international language. If globalisation factor be taken into account to justify the use of English, then one day if China rises to become a superpower, we shall divert to use the Chinese language and abandon English. Learning the Chinese language is not wrong but refusing to strengthen the Malay language in the context of Malaysia is a wrong move. Medieval Muslim scholars

mastered various languages of civilisation but the use of Arabic language continued to be given priority.

Hormati keputusan kerajaan perkenalkan dasar MBMMBI KUALA LUMPUR 29 Okt. – Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah. "Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya. "Pada hari ini, kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap... jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di sini hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan. – Bernama

Guru penutur jati tingkat penguasaan BI KEMENTERIAN Pelajaran melalui Bahagian Pembangunan Dasar Kurikulumnya telah memperkenalkan Program Penutur Jati di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru sekolah. Timbalan Pengarah bahagian itu, Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib berkata, strategi yang dicadangkan adalah dengan pengambilan pakar bahasa Inggeris (mentor) dari luar negara untuk bekerjasama dengan pakar negara ini bagi tujuan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru mata pelajaran tersebut. "Matlamat utama program adalah untuk meningkatkan kapasiti tenaga pengajar dalam pedagogi dan pengetahuan bahasa Inggeris yang seterusnya dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah lebih menarik," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bijat bagi menyaksikan pelaksanaan program tersebut di Sri Aman, Sarawak, baru-baru ini. Program ini disasarkan kepada guru bahasa Inggeris Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) di 1,800 buah sekolah rendah di seluruh negara. Seramai 360 penutur jati dibahagikan kepada beberapa kawasan di seluruh negara. Seorang penutur jati dipertanggungjawabkan untuk menjaga lima buah sekolah yang berada di sesuatu kawasan tersebut. Tiga syarikat telah dikenal pasti sebagai vendor untuk mengendalikan program ini selama tiga tahun iaitu SMR HR Group bagi kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; Brighton Education Group (Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan) dan British Council Malaysia (Sabah, Sarawak dan Labuan). Menurut Mohamad Nor lagi, selain meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru, program ini diadakan bagi membantu kementerian meningkatkan tahap kebolehan berbahasa Inggeris di kalangan murid-murid sekolah luar bandar. "Kepentingan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di kawasan luar bandar yang kurang mendapat pendedahan serta peluang. "Selain membantu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan bahasa Inggeris, program ini juga secara tidak langsung membolehkan murid-murid luar bandar

berkomunikasi secara langsung dengan guru bahasa Inggeris dari luar negara dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka," jelasnya. Beliau menambah, pelbagai pendekatan menarik diwujudkan melalui program ini yang bermatlamat untuk meningkatkan lagi keseronokan murid-murid untuk belajar bahasa Inggeris termasuklah aktiviti latihan, aktiviti bercerita dengan muzik dan juga aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah. "Proses pengajaran dalam pelbagai bentuk kaedah dan situasi berbekalkan pengalaman dan cara-cara pengajaran baru ini lebih kreatif dan mampu menambah minat murid-murid untuk meminati subjek bahasa Inggeris," ujarnya lagi. Sementara itu, Guru Besar SK Tanjung Bijat, Fadzli Mohd. Edon berkata, program yang dijalankan di sekolahnya itu terbukti telah berjaya membawa kepada peningkatan dalam pembelajaran murid-murid. "Program ini sememangnya banyak membawa kebaikan kepada murid dan guru jika diambil manfaat penuh daripadanya. "Selain itu, ibu bapa juga sangat seronok dengan usaha kerajaan dan pihak luar membawa kelainan positif yang terbukti dapat meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak mereka seterusnya menambah minat murid untuk datang ke sekolah. ''Program yang bermanfaat ini diharap dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah bagi memberi faedah serta manfaat berguna kepada murid-murid," jelasnya.

MBMMBI imbangi penguasaan dua bahasa utama Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai soft-landing PPSMI Hasil kajian lapangan dapati murid sukar fahami pengajaran Matematik, Sains dalam BI KERAJAAN pada 2009 mengambil keputusan memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Manakala di sekolah menengah, bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains. Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2009 juga membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing. Berdasarkan keputusan berkenaan, Kementerian Pelajaran pada 2010 menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada 2011 yang mana murid Tahun Satu pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia pada semua peringkat persekolahan, kementerian juga memutuskan bermula 2012, pelajar Tingkatan Satu akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan Satu bermula tahun hadapan menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak mereka yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak. Selepas mengambil kira pandangan ibu bapa, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa

Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan Satu bermula tahun hadapan. Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima. Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam pada 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan jemaah menteri pada Julai 2009. Bagi murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak. Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun Dua hingga Tingkatan Lima tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat Tingkatan Lima dapat melegakan hati ibu bapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas. Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada 2021. Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah sudah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan, kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Manakala pada peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran terbabit. Masalah seperti ini bukan saja dialami sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif terbabit ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisiatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah. Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Minda Pengarang: Ketegasan mansuh PPSMI demi kepentingan masa depan pelajar KETIKA kontroversi isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hangat dibincangkan, pihak yang mahu opsyen mengekalkan PPSMI mengetengahkan beberapa hujah bagi menguatkan pendirian mereka. Antaranya ialah bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan jika bahasa itu diabai di sekolah, anak akan ketinggalan dalam arus kemajuan. Kita bersetuju bahawa hujah ini mempunyai merit. Tiada siapa boleh menafikan bahasa Inggeris berkembang pesat dan menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Malah jika kita menjelajah ke mana-mana negara sekali pun, kita tidak akan sesat jika boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan majikan, terutama syarikat pelbagai nasional, mahupun syarikat tempatan yang menceburi pasaran antarabangsa mahukan kakitangan masing-masing fasih bertutur dalam bahasa terbabit. Pengajian pada peringkat universiti dalam apa-apa bidang sekali pun memerlukan penguasaan dalam bahasa Inggeris. Di atas kesedaran ini, Kementerian Pelajaran menerusi Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan pelajar, baik pada peringkat rendah mahupun menengah. Malah seperti ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sidang medianya semalam, pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif akan dilaksanakan agar penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dipertingkatkan lagi. Sebenarnya, jika pihak yang memperjuangkan PPSMI bersikap jujur, mereka harus akui hakikat bahawa sejak dilaksanakan pada 2003, PPSMI tidak langsung memberi kesan terhadap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Sebaliknya, kebanyakan pelajar tidak pula dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan terus ketinggalan. Menyedari kelemahan ini dan demi kepentingan masa depan anak, kerajaan terpaksa bertindak mengatasi masalah ini dengan memansuhkan PPSMI dan memperkenalkan MBMMBI.

Namun langkah ini yang sudah bermula tahun ini pada peringkat Tahun Satu di sekolah rendah, dilakukan secara berhemah dengan terus memberi pilihan kepada pelajar yang sudah melalui PPSMI menghabiskan pelajaran mereka dalam bahasa Inggeris hingga di Tingkatan Lima. Kita yakin kaedah „soft-landing‟ ini tidak akan mengakibatkan kecelaruan dalam sistem pembelajaran dan tidak akan menyulitkan mana-mana pelajar. Sikap kerajaan dalam menangani isu ini, walaupun tegas terbukti mengambil kepentingan semua pihak dan berikutan itu harus menutupkan debat mengenai PPSMI ini.

Sektor kewangan wajar martabat bahasa Melayu - (12-11-11) BNM diminta tingkat penguatkuasaan surat pekeliling KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa sektor kewangan dan insurans mematuhi pekeliling mengenai penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang kewangan bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Timbalan Perdana Menteri, berkata sejak 1997 kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan beberapa surat pekeliling meliputi semua urusan surat menyurat dan dokumen, selain dokumen komprehensif seperti kontrak, perjanjian dan polisi insurans atau sijil takaful perlu disediakan dalam satu bahasa. Sehubungan itu, katanya, BNM diharap meningkatkan penguatkuasaan terhadap pekeliling berkenaan. Beliau juga menyarankan BNM serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melakukan pengauditan bahasa ke atas institusi kewangan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui penarafan bintang. “Pengauditan ini perlu dilakukan ke atas tahap dan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan institusi dan syarikat. Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Simposium Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sektor Kewangan dan Insurans di Auditorium Sasana Kijang, BNM, di sini, semalam. Muhyiddin juga berharap Kementerian Kewangan menyesuaikan pemakaian pekeliling perkhidmatan „Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam‟ yang dikeluarkan 28 Oktober lalu kepada sektor kewangan termasuk GLC. Selaras dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), katanya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dipengerusikan oleh beliau pada 30 November tahun lalu. Katanya, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Insurans dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai beberapa bank, pertubuhan bukan

kerajaan, tokoh bahasa dan DBP diharap berperanan merancang program kebahasaan dan memantau penggunaan bahasa dalam sektor kewangan. “Saya menggesa institusi kewangan supaya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terhadap bahasa kebangsaan. Saya tidak nampak penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor kewangan akan mendatangkan masalah besar,” katanya.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF