Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin

September 21, 2017 | Author: Li Ting | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

pungurusan disiplin...

Description

Berdasarkan Model Pengurusan Disiplin, anda dikehendaki memilih dua model dan buat perbandingan antara kedua-dua model tersebut berdasarkan aspekaspek konsep, focus model, ciri-ciri model, kekuatan dan kelemahan, aplikasi model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah dan Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1.0 Model Akibat logikal Dreikurs 1.1 Konsep/prinsip-prinsip Menurut Haliza Hamzah dan Joy Samuel, Model akibat logikal dreikus ini berkonsep berasaskan empat premis asas teori sosial Alder. Premis pertama ialah manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah ingin dimiliki atau menjadi ahli atau anggota sesuatu kelompok. Premis kedua pula ialah kesemua tingkahlaku adalah bersebab dan premis ketiga menyatakan manusia adalah organisma yang berupaya membuat keputusan. Yang keempat pula realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh berlaku salah tanggapan ataupun bias.

Model akibat logikal dreikurs ini menekan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah iaitu menggunakan pendekatan demokratik. Dreikus menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid perlu dilatih untuk mendapt kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi dapat dipraktikan.

Pengurusan disiplin yang mantap dan cemerlang tidak dapat terbentuk di dalam bilik darjah yang autokratik dan persimif. Bilik darjah yang bersifat autokratik iaitu guru telah buat semua keputusan tanpa bagi peluang kepada murid untuk beri pandangan atau tanggungjawab manakala suasana yang permisif pula guru gagal memastikan peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pelajar dan gagal menangani salah laku pelajar. 1.2 Fokus Model Akibat logikal Dreikurs Fokus model ini ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana mewujukan rasa kepunyaan terhadap bilik darjah dalam pembentukan tingakah laku murid. Maksud rasa dipunyai ini dirasai oleh

murid

semasa

guru dan

rakan-rakan

memberikan

perhatian

dan

menghormati hak merekan, melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah dan tidak meminggirkan

mereka.Jika

murid

gagal

mendapat

rasa

kepunyaan,

kadangkala mereka akan menggunakkan cara yang salah untuk memenuhi keperluan mereka.

1.3 Ciri-ciri Model Akibat logikal Dreikurs Ciri-ciri model ini boleh membicara berkenaan dengan

tingkah laku

bermasalah berpunca daripada empat motif, iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Motif pertama mendapatkan perhatian dengan membangkitkan kemarahan guru dengan tingkahlaku secara aktif dan pasif. Guru harus menganalisa dan mencari punca kepada salah laku dan memberi perhatian tingkah laku yang positif. Secara tidak langsung, guru memberi murid membuat pilihan untuk memilih tingkah laku. Seterusnya, guru membimbing murid cara mendapat perhatian yang betul. Motif kedua, mencabar kuasa yang tercetus daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Guru harus bertenang dan bersemuka secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan murid-murid. Motif ketiga, membalas dendam iaitu semasa guru bersikap autokratik menyebabkan murid-murid menyimpan dendam dan menunjukkan salah laku yang lebih serius. Guru perlu menenangkan keadaan dan cuba berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada matlamat mereka yang salah. Motif keempat, menunjukkan kekurangan iaitu murid yang gagal mendapat pengiktirafan dan memencilkan diri. Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan beri peluang menunjukkan

keupayaan

serta

menghargai

usaha

mereka

dan

bri

pengiktirafan yang sesuai. 1.4 Kekuatan dan Kelemahan Model Akibat logikal Dreikurs Kekuatan model ini ialah mampu memupuk autonomi iaitu murid akan bertanggungjawab

atas

tindakan

dan

pilihan

mereka.

Seterusnya

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling menghormati antara guru dan murid. Kelemahan model ini pula berkaitan dengan kenalpastian moti murid melakukan salah laku Tambahan pula agak susuah untuk guru mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

1.5 Aplikasi model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah Model ini dapat menangani masalah disiplin di bilik darjah dengan cara yang diperkenalkan oleh Dreikrus iaitu guru perlu mengenal pasti motif murid tersebut berdasarkan empat motif utama yang ditunjukkan. Guru perlu menunjuk dan beri kesedaran murid memahami motif yang ditunjukkan. Seterusnya membantu muri untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Tambahan pula guru harus menggalakkan dan membimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu. Cara terakhir memberi bantuan murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat itu perlu memberikan manfaat kpada diri murid an orang-orang di persekitaran mereka. 1.6 Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Kesan pengaplikasian model ini terhadap pengajaran dan pembelajaran di ilik darjah ialah guru dapat selalu beerkomunikasi tentang perkara-perkara positif bersama dengan murid dan menggalakkan muru untuk menunjukkan peningkatan bukannya kesempurnaan. Guru juga akan dan mengenal pasti kelemahan murid dan berbincang dengan murid untuk mengatasi masalah. Guru juga akan membantu murid untuk belajar daripada kesilapan, percaya kepada kebolehan murid, bantu mereka menghadapi cabaran. Dreikus juga meminta guru memberi galakkan murid untuk bekerjasama antara satu sama lain. Bagi guru harus menunjukkan ras bangga atas hasil kerja muri dan pamerkan untuk dikongsi bersama dengan murid-murid lain sebagai tandan penghargaan dan pengiktirafan untuk murid 2.0 Model Terapi Realiti Glasser 2.1 Konsep/ prinsip-prinsip Model terapi realiti ini telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Pilihan yang dibuat berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Setiap individu bertanggungjawab atas tingkahlaku masing-masing dan berupaya. Terapi ini menkankan aspek tingkahlauku dan pemikiran klien. Menolak konsep “mental illness” atau sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis. Konsep denda atau dera tidak diaplikasikan dalam terapi realiti. Menurut Glasser, masaah tingkah laku di daam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan

guru di dalam bilik darjah, keadaan persetiran yang menyebabkan muridmurid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka di sekolah. 2.2 Fokus Model Terapi Realiti Glasser Glasser percaya bahawa keperluan asa mendorong tingkah laku individu. Di samping itu, pengajaran mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak menggunakan paksaandan bukan bersifat memerintah.

Antara keperluan

asas murid termasuk rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa an kawalan, kebebasan dan kperluan untuk bersuka ria. Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid. Murid memerlukan kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap aktiviti-aktiviti bilik darjah mengikut kecenderungan dan kebolehan mereka. Kebebasan perlu diberikan kepada murid bersepadan dengan keupayaan murid. Kebebasn membuat pilihan akan membangkitkan rasa tanggungjawab murid terhadap pilihan aktiviti bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dan berpusatkan murid supaya murid berasa seronok untuk belajar, guru juga akan bernmotivasi untuk guru mengajar. 2.3 Ciri-ciri Model Model Terapi Realiti Glasser Model terapi realiti ini memrupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahiran diri, mmbuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang. Model ini telah megemukakan ciri-ciri tertentu yang boleh diperlihatkan, iaitu terapi reaiti memberi fokus kepada tingkah laku dan tidak kepada perasaan dan sikap. Di dalam memberi perhatian kepada tingkah laku masa kini, model ini menekankan kepada aspek positif seperti potensi

individu,

kejayaan,

kelebihan

dan

kualiti

positif

dalam

keperibadiannya. Yang penting, ciri-ciri teori terapi realiti dapat membantu murid mengenal realiti kehidupan dalamn memnuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. 2.4 Kekuatan dan Kelemahan Model Terapi Realiti Glasser Model terapu realiti, kekuatannya terletak pada menitikberatkan kepada kurikulun yang berkualiti, kualiti pengajaran dan pembinaan bilik darjah yang berkualiti. Suasana postif serta saling percaya antara guru dan murid akan terbentuk dan model ini menggalakkan kebebasan membuat pilihan dan

keputusan

murid

sendiri.

Dengan

ini

juga

membenarkan

mereka

menggerakkan kaviti yang mereka cenderung untuk lakukan tetapi dalam pantauan guru dengan bimbingan yang berterusan.

Model ini memwujudkan persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin an mementingkan kebajikan dan perkembangan murid. Mahupun demikian, kelemahan yang palain ketara ialah bukan semua murid dapat selesaikan masalah tingkahlaku masing-masing kerana tahap mental murid berbeza. 2.5 Aplikasi model dalam menangani masalah disiplin di bilik darjah Aplikasi dari segi kurikulum pula guru akan membuat perancangan yang berkesan, dan permuaan yang dapat memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada muri untuk memahami dan meneroka topik yang diajar. Selain itu, aplikasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Guru boleh mempraktikan cara bermula dengan mengenali murid dan membantu murid kenali guru. Guru harus bersifat pembimbing untuk murid. Pengajaran dan pembelajaran berkaitan sengan kehidupan harian murid serta memberi galakkan dan memberikan yang terbaik untuk muris dan peluang untuk mereka memperbaiki kerja mereka.

Bagi membentuk dan menangani disiplin bilik darjah, pembinaan bilik darjah yang berkualiti juga amat penting. Tabiat guru yang baik danmesej guru yang jelas serta realistik hurus diaplikasikan. Hubungan antara guru an muri yang mesra terjalin. Guru mengadakan perbincangan peraturan kelas bersama murid-murid dengan mengelakkan dendaan dan hukuman. Guru harus menyalurkan pengetahuan kepada murid dan menggalakkan kompetensi murid dalam pembelajaran. Guru perlu senantiasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan membuat penilain dari semasa ke semasa terhadap murid-murid supaya dapat mengesan kefahaman murid-murid fan penggunaan ilmu mereka dalam harian. 2.6 Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah 3.0 Rumusan

 Berasaskan 4 premis asas teori sosial Adler) :

1) Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah ingin di miliki atau menjadi ahli/anggota sesuatu kelompok 2)Kesemua tingkah laku adalah bersebab 3)Manusia adalah organisma yang berupaya membuat keputusan 4)Realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu, boleh berlaku salah tanggapan ataupun bias.          

Shared By:M_siraj Date:2009-07-28 00:07:17 Source:Scribd Store:Free Docs Category:Education & Learning Tags:Children > Water > People > Rudolf Dreikurs > Rudolf Consequences Archives:Jul 28th, 2009 > Week 31, 2009 > July, 2009 Format:pdf Length:10 Pages Copyright:Attribution Non-commercial

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF