Bangunan Hijau
August 8, 2017 | Author: Affyza Ar | Category: N/A
Short Description
Download Bangunan Hijau...
Description
BANGUNAN HIJAU
1.0
Pendahuluan
“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan dikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah, rumah kediaman dan banyak lagi. Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk, dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan dengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup bangunan itu. Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.
Foto 1: Contoh bangunan hijau
1
BANGUNAN HIJAU
2.0
Tujuan bangunan hijau
Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar, penghuni dan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk dan dibina. Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir. Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaan tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan berkualiti. Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkat produktiviti para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan merujuk kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada di dalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dan tiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalami masalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang penyaman udara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udara ini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara. Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat kerja, lambat laun semua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti. Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlaku apabila struktur bangunan
yang dibina ini direkabentuk semata-mata untuk
mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan. 2
BANGUNAN HIJAU
3.0
Kebaikan bangunan hijau Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan, penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau: Kebaikan kepada alam
Kebaikan kepada
Kebaikan kepada
sekitar
ekonomi
kesihatan dan komuniti
Meningkatkan dan
Mengurangkan kos
Meningkatkan kualiti
melindungi ekosistem dan
operasi.
udara, terma dan bunyi di
kepelbagaian hidupan.
persekitaran.
Meningkatkan kualiti udara Meningkatkan nilai aset
Meningkatkan keselesaan
dan air.
dan kesihatan penghuni
dan keuntungan.
bangunan. Mengurangkan
Meningkatkan
Mengurangkan masalah
pembuangan bahan
produktiviti dan kepuasan
infrastruktur tempatan.
tercemar.
pekerja.
Melindungi sumber asli
Mengoptimumkan prestasi Meningkatkan kualiti
semulajadi.
kitar hidup ekonomi.
Kos
kitar
hidup
bangunan
lebih
rendah
hidup.
kerana
kurang
melakukan
penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.
Mengurangkan liabiliti bangunan.
Lebih mesra alam.
Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakan elemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunan yang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa.
3
Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.
BANGUNAN HIJAU
4.0
Bahan-bahan yang digunakan dalam bangunan hijau Secara aplikasinya, sebelum kewujudan bangunan hijau ini, para perekabentuk bangunan cuba mencari kaedah alternatif dalam merekabentuk infrastruktur mementingkan keselesaan dan kesihatan penghuninya. Akhirnya, dengan memasukkan elemen semulajadi ke dalam rekaan bangunan, bangunan hijau berjaya dihasilkan. Sehingga kini bangunan hijau masih dalam kajian bagi menambahbaik fungsi dan keberkesanannya kepada penghuni dan alam sekitar. Di dalam bangunan hijau terdapat semua yang diperlukan oleh penghuninya. Malah bangunan hijau juga turut kurang kerja-kerja penyelenggara, kurang penggunaan tenaga elektrik, udara dalam bangunan yang segar dan sentiasa berlaku peredaran udara dalam dan luar bangunan, kurang penggunaan air dan banyak lagi. Pembinaan bangunan hijau ini perlulah dibuat dari peringkat awal lagi iaitu ketika proses merekabentuk bangunan tersebut. Pengurusan elemen-elemen hijau juga perlu diwujudkan agar ianya berterusan memainkan peranan dalam mengujudkan bangunan hijau.
Foto 2: Contoh rekabentuk berkonsepkan bangunan hijau
4
BANGUNAN HIJAU
4.1
Tingkap dan pintu kaca Penggunaan kaca dalam pembinaan bangunan terutama bangunan pencakar langit sudah tidak asing bagi kita. Hampir kebanyakan bangunan yang tinggi di serata dunia menggunakan kaca, sebagai contoh Menara Berkembar Petronas, Malaysia (KLCC). Di dalam rekaan bangunan hijau, kaca dapat mengurangkan penggunaan pencahayaan yang bersumberkan tenaga elektrik.
Foto 3: Rumah bertingkap kaca Foto 3 di atas menunjukkan sebuah rumah di mana tingkapnya diperbuat daripada kaca. Dengan penggunaan tingkap kaca ini, lampu elektrik tidak perlu dipasangkan pada waktu siang kerana cahaya matahari yang memancar masuk ke dalam rumah sudah memadai untuk menerangi ruang dalam rumah berkenaan. Di dalam bangunan hijau yang bertingkap kaca juga, penggunaan langsir amat tidak digalakkan kerana langsir ini akan meminimakan cahaya yang masuk ke dalam ruang itu. Tambahan lagi, kaca senang dibersihkan kerana licin dan berkilat.
5
BANGUNAN HIJAU
4.2
Tumbuh-tumbuhan Elemen utama dalam bangunan hijau ialah tumbuh-tumbuhan hijau. Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, seolah-olah merekalah nadi bangunan itu. Tumbuhtumbuhan sangat berguna kepada manusia kerana mereka berperanan menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain itu, meletakkan tumbuh-tumbuhan hijau dalam bangunan dapat menyegarkan pandangan penghuninya. Tumbuh-tumbuhan juga boleh mengurangkan kepanasan dalam bangunan iaitu dengan membebaskan wap-wap air ketika proses fotosintesis. Mengikut kajian sains, tumbuhan hijau mampu mengurangkan tekanan di tempat kerja.
Foto 4: Tumbuhan hijau dalam bangunan Selain itu juga, kebanyakan bangunan besar pada masa sekarang menggunakan rumput-rumput hijau sebagai pelindung atap daripada cuaca panas terik. Rumputrumput yang ditanam ini mampu menyejukkan persekitaran dalam bangunan. Dengan menggunakan rumput dan pokok-pokok yang kuat menyerap air, air hujan yang turun dan jatuh ke atas bumbung akan diserap. Air ini juga digunakan sebagai sumber air untuk kegunaan dalam bangunan. Mekanisme ini berlaku apabila air hujan ini diserap ke dalam tanah dan disalurkan ke dalam tangki yang tersimpan di bawah bangunan. Tangki ini mampu menyimpan air pada kuantiti yang banyak. Oleh itu, penjimatan air dapat dikurangkan berbanding bangunan yang menggunakan air dari syarikat bekalan air bersih. 6
BANGUNAN HIJAU
Foto 5: Rumput hijau yang ditanam di atas bumbung bangunan 4.3
Tenaga solar sebagai sumber tenaga elektrik Pada masa jangka masa pendek mungkin kos penggunaan tenaga solar amat mahal kerana kos pembelian dan pemasangannya. Tetapi pada masa jangka panjang, tenaga solar amat menjimatkan kerana tenaga ini boleh diperbaharui dan sangat sesuai digunakan di negara yang mengalami hujan dan panas sepanjang tahun. Peralatan untuk mendapatkan tenaga ini kebiasaannya dipasang di atas atap atau di satu ruang yang lapang dan tidak terlindung dari pancaran matahari.
Foto 6: Tenaga solar dipasang di atas bumbung rumah
7
BANGUNAN HIJAU
4.4
Penggunaan bahan kitar semula Bahan kitar semula merupakan satu bahan buangan yang digunakan semula untuk kegunaan lain. Kaedah kitar semula ini dapat mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam semula jadi. Sebagai contoh, air yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk atau air yang keluar dari mesin basuh boleh digunakan untuk kegunaan air pam tandas ataupun cuci kereta.
4.5
Penggunaan cat warna cerah Penggunaan cat pada bangunan juga mempengaruhi kadar penyerapan haba matahari. Warna cerah mampu memantulkan haba lebih tinggi berbanding warna gelap. Secara tidak langsung, warna bangunan mempengaruhi kadar kepanasan dalam bangunan.
4.6
Bukaan berlubang pada bangunan Rumah Melayu Tradisional merupakan suatu contoh bangunan yang mempunyai ciri-ciri bangunan hijau. Rumah ini lebih sejuk jika dibandingkan rumah konkrit. Rumah Melayu Tradisional mempunyai siling yang tinggi dan mempunyai bukaan pada dindingnya(kerawang). Foto di bawah menunjukkan rekabentuk rumah melayu awal 40an-60an.
8
BANGUNAN HIJAU
Secara teorinya, rumah melayu mempunyai kerawang bagi membenarkan udara panas keluar dari rumah. Manakala udara sejuk akan masuk ke dalam rumah melayu bukaan lain seperti pintu, tingkap dan bukaan lain. Di kebanyakan tempat peranginan pesisir pantai, elemen pintu mempunyai celah-celah boleh mengizinkan angin laut masuk ke dalam bangunan walaupun pintu ditutup pada waktu malam.
Foto 7: Pintu mempunyai celah Selain itu juga, penggunaan kerawang pada sisi atap rumah juga dapat mengurangkan silau matahari masuk ke dalam rumah. Di samping itu juga, kebanyakan Rumah Melayu Tradisional mempunyai balkoni yang bertujuan mengurangkan cahaya matahari sampai ke dinding rumah. Hal ini dapat mengurangkan haba panas matahari masuk ke dalam rumah.
5.0
Teknik membina bangunan hijau Di dalam proses membina rumah hijau terdapat beberapa teknik atau kaedah selain menggunakan elemen bangunan hijau. Di antara teknik tersebut ialah; 5.1
Menentukan orientasi bangunan Orientasi bangunan di sini bermaksud kedudukan sisi bangunan itu. Di dalam kajian pakar-pakar arkitek, bagi memaksimumkan cahaya pasif datang dari 9
BANGUNAN HIJAU
luar(cahaya matahari), orientasi bangunan itu perlulah mengambil kira terbit dan terbenamnya matahari. Pada sisi bangunan ini, ruang tingkap dan pintu perlu diperbuat daripada kaca dan tidak dipasang tabir bagi memaksimumkan percahayaan masuk ke dalam bangunan. Secara tidak langsung, penjimatan penggunaan tenaga elektrik untuk memasang lampu dapat dilakukan.
5.2
Penggunaan bahan campur dalam penyediaan konkrit Zaman serba moden pada masa kini, bangunan tinggi memerlukan konkrit sebagai asas pembinaan. Sebagai contoh bangunan hijau ialah One Bryant Park, Manhattan, New York. Bangunan ini direkabentuk oleh seorang arkitek yang telah bercadang memasukkan elemen hijau ke dalamnya. Elemen ini bermula dari peringkat awal pembinaan lagi. sangat mengejutkan lagi, asas elemen bangunan ini ialah besi yang diperbuat daripada campuran besi buang yang diproses mencari besi bangunan yang berkekuatan tinggi pada mampatan dan tegangan. Semasa dalam proses menghasilkan besi ini, sisa besi akan turut terhasil. Lebih mengejutkan, sisa ini tidak dibuang begitu sahaja malah digunakan dalam campuran penyediaan konkrit. Mengikut beliau, campuran ini boleh mengurangkan kadar pembebasan karbon dioksida ke udara sekali gus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Berdasarkan konsep One Bryant Park ini, arkitek berkenaan menyatakan dalam channel Discovery Channel, bangunan ini mempunyai udara dalam bangunan yang lebih bersih dari luar bangunan. Mengikut rekaan bangunan ini, 100 kaki dan ke atas bangunan ini akan memperolehi udara bersih dan udara ini akan memasuki ke segenap ruang dalam bangunan pada bila-bila masa. 95% bangunan ini menggunakan udara semula jadi sebagai pengudaraannya. Oleh itu penjimatan penggunaan penyaman udara dan pembebasan CFC dapat dikurangkan. Foto 8 menunjukkan konsep binaan bangunan One Bryant Park. 10
BANGUNAN HIJAU
Foto 8: Konsep One Bryant Park, Manhattan, New York 6.0
Penutup Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa ialah isu global seperti “global warming”. Global warming berlaku disebabkan kerakusan manusia yang mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam sekitar. Dalam beberapa dekad ini, barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan hijau serta peranannya kepada manusia. Pada ketika ini telah banyak bangunan hijau telah dibina dan masih dalam penyelidikan bagi menambahbaik lagi fungsi dan sumber-sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan suasana tempat kerja dan kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari ini perlu beralih arah dengan memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan di samping pembangunan yang serba pesat. Di antara bangunan hijau yang popular ialah The Urban Cactus(Rotterdam), 340 on the Park(Chicago), Waugh Thistleton Residential Tower(London), The Burj al-Taqa (Energy Tower, Dubai), The Hearst Tower(New York City), The CIS Tower(Manchester, England), The Lighthouse Tower(Dubai), The Pearl 11
BANGUNAN HIJAU
River Tower(Guangzhou, China), The Bahrain World Trade Center(Kingdom of Bahrain), The old Time Favorite(Mesiniaga Tower, Malaysia) dan banyak lagi.
7.0
Rujukan
http://www.scribd.com/doc/37244718/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.scribd.com/doc/22120699/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.scribd.com/doc/29047432/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.scribd.com/doc/38616993/Green-Building dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.scribd.com/doc/27801380/green-buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.scribd.com/doc/39039809/Green-Buildings dicapai pada Oktober 13, 2010.
http://www.interestinc.biz/towardsazeroenergyhome.pdf dicapai pada Oktober 11, 2010.
http://www.greenbuilding.com/knowledge-base/energy-green-building dicapai pada Oktober 11, 2010. 12
BANGUNAN HIJAU
8.0
Lampiran 8.1
Konsep bangunan hijau
13
BANGUNAN HIJAU
14
BANGUNAN HIJAU
15
View more...
Comments