Bangsa Malaysia Berhemah Tinggi

September 2, 2017 | Author: Boniface Jane | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Bangsa Malaysia Berhemah Tinggi...

Description

Bangsa

Malaysia

Ramah

dan

Yang

tiada

dibantu,

Bertimbang

Kita

berhemah mesra yang

rasa

jujur

bakti

Harapan

lemah

hormat

berkhidmat

Mencurah

rakyat

pekerti dilindungi menghormati

dan

tak

Budi bahasa budaya kitaSekalung

tinggi elok

minta satu

ikhlas dibalas amanah

aprisiasi buat tuan pengerusi, saf-saf kehakiman yang

berintegriti, penjaga masa yang dihormati, hadirin dan hadirat, warga dewan yang disegani. Salam satu Malaysia, salam Kedah sejahtera. Sungguh manis si anak dara, Kembang mekar umpama bunga, Nilai-nilai murni pemangkin kecemerlangan bangsa, Mohon izin membuka bicara. Sidang dewan yang mulia, Masyarakat berintegriti, masyarakat yang harmoni. Demikianlah lembayung kata saya yang pertama. Apakah itu integriti? Menurut kamus Dewan Edisi ke-4, integrity membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita seharusnya memiliki integrity yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan Negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Seperti yang kita sedia maklum, integrity merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Masyarakat yang mempunyai ciri-ciri ini akan melahirkan satu komuniti sosial yang harmoni. Saya berikan satu analogi, bayangkan jika seorang penjawat awam membazir sehelai kertas sehari, dalam setahun berapa tan kertaskah yang telah dibazirkan oleh semua penjawat awam yang berjumlah lebih dari 1 juta ini? Perkara yang sama juga akan berlaku dalam kalangan penjawat awam. Jika salah seorang daripada mereka terlibat dengan gejala rasuah, maka Negara akan menanggung kerugian yang besar. Peristiwa inilah akan membawa tercetusnya salah faham dan amalan fitnah menfitnah mula berleluasa. Pertengkaran ini akan mengganggu gugat

keharmonian dalam kalangan institusi masyarakat kita. Saya berikan satu fakta yang amat memilukan, menurut statistic kes rasuah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada tahun 2010 sebanyak 31.0% kes rasuah yang melibatkan penjawat awam, manakala pada tahun 2011 meningkat kepada 35.0% Peningkatan ini amat menusuk-nusuk keharmonian Negara kita Malaysia. Peningkatan ini akan menjurus kepada peningkatan amalan fitnah dan hilangnya sifat tolak ansur dalam kalangan masyarakat Malaysia. tuntasnya, masyarakat yang berintegriti akan melahirkan sistem sosial yang harmoni. Sedang intelegensia sekalian, Kesetiaan dijunjung, politik semakin agung. Cukup menarik lembayung kata saya yang kedua. Rukun Negara kita yang kedua menyatakan, Kesetian Kepada Raja dan Negara telah menunjukan betapa tingginya martabat seorang pemerintah dan kawasan pemerintahanya. Prinsip kedua ini wajar dipegang erat oleh setiap rakyat Negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada Negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua dalam sesebuah organisasi adalah teras kepada kewibaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Organisasi yang berpecah dan tidak mempunyai taat setia yang tinggi akan mengalami kehancuran. Bak kata pepatah, „ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.‟ Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi ini perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dan kewajiban dengan penuh amanah. Pembelotan dalam sesebuah pemerintahan akan mengeruhkan lagi politik semasa Negara kita. Cukuplah kita menyaksiakan kelicikan Si Kitol membocorkan rahsia benteng pertahanan Melaka kepada Portugis yang akhirnya Melaka telah digulingkan sepenuhnya. Sudah terang lagi bersuluh menunjukan betapa kesetiaan itu amat penting dalam menjadikan sesebuah politik itu stabil. Siding intelektual sekalian, Lembayung kata saya yang ketiga,

Budaya berpretasi tinggi diamalkan, ekonomi Negara dapat ditingkatkan. “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Apakah yang dimaksudkan dengan slogan ini? Rakyat didahulukan merujuk kepada 6 Bidang Keberhasialn Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. Manakala “pencapaian Diutamakan” pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pencapaian bagi setiap NKRA. Bagi mencapai tujuan ini, budaya berprestasi tinggi perlulah dipupuk dalam diri kita kerana kejayaan slogan ini akan membawa kepada kegemilangan ekonomi kita. Sikap memastikan setiap perkara dan tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik perlu diamalkan. Sifat “acuh tak acuh‟ dan “lebih kurang” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Pengalaman budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap pencapaian yang lebih tinggi. Peningkatan pencapaian inilah yang akan membentuk perjalanan ekonomi yang sentiasa menarik. Sebagai contoh, salah satu bidang yang terdapat di dalam NKRA iaitu memperkasa prasarana luar Bandar dan pedalaman. Bagi tujuan ini, bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita menjanjikan untuk mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidamatan dan memperbanyak program Ladang Kontrak bagi memastikan bekalan produk makanan mencukupi. Kedua-dua bajet yang dibentangkan ini akan menambahkan peluang pekerjaan yang sedia ada dan juga sekaligus dapat mengembangkan aktiviti rantaian ekonomi. Hal ini jelas menunjukan bahawa budaya berprestasi tinggi dapat menjamin ekonomi yang murni. Warga ilmuan yang dihormati, Ketabahan yang utuh, perpaduan semakin teguh. Demikianlah

lembayung kata saya

yang keempat.

Ketabahan

ialah

keupayaan kita untuk menghadapi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagaimanakah ketabahan ini mampu memperkuatkan lagi perpaduan

di Negara kita? Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menyanjung tinggi amalan demokrasi, sifat tolak ansur dan tidak mementingkan diri perlulah dititikberatkan. Setiap masalah yang dihadapi akan dapat kita atasi dengan bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Kita seharusnya tabah dan tidak mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri kita dan orang lain. Ketabahan dalam menghadapi pelbagai jenis dan ragam manusia juga akan mengajar kita untuk memahami cara pemikiran,perbualan dan perlakuan orang lain. Semangat berpasukan dapat dibentuk jika nilai ketabahan ini diterapkan dalam setiap individu. Sifat ketabahan yang tinggi akan meniup semangat ingin dan sanggup bekerjasama dengan orang lain walau dalam apa-apa jua keadaan. Sebagai contoh, krisis kewangan yang pernah melanda Negara kita pada tahun 1997 memberikan tamparan yang amat hebat kepada semua rakyat Malaysia. Namun begitu, dek ketabahan pemimpin dan rakyat kita, akhirnya krisis ini dapat diatasi dengan mudah. Penyelesaian krisis ini telah membawa terbentuknya kerjasama dan perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat. Tidak lupa juga dengan ketabahan pemimpin dan rakyat zaman sebelum mencapai kemerdekaan dahulu. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, namun pejuang kemerdekaan tanah air kita tetap tabah dan bersatu padu dalam mencapai kemerdekaan. Hasilnya, kita telah pun merdeka selama 55 tahun. Tuntasnya, ketabahan merupakan salah satu nilai aspirasi satu Malaysia yang mampu mebentuk perpaduan Negara. Si tanggang telah disumpah, Dek menjadi anak derhaka; Empat nilai terhurai sudah, Satu Malaysia lambang kesejahteraan Negara Siding dewan yang dimuliakan. Secara tuntasnya, konsep 1 Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuh hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan dan akhirnya menjamin kesejahteraan Negara. Semua kaum perlulah menghayati konsep dan dasar 1 Malaysia ini agar peristiwa 13 Mei tidak lagi

menghantui kita. Nilai-nilai aspirasi ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu Negara. Pembinaan Negara bangsa adalah bergantung kepada kesejahteraan sesebuah Negara tersebut. Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun. Tanggis srikandi berduka lara, Rindu arduka arjuna idaman; Kikis berdengki sengketa sengsara, Bersatu sebangsa bina impian.

Sekian, bakal Guru Pembina Bangsa mengundur diri.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF