Banding Beza Tujuan Model Disiplin Dreikurs Dan Kounin
August 5, 2017 | Author: Joey Loh | Category: N/A
Short Description
model disiplin...
Description
Banding beza Tujuan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin Dalam Model Akibat Logikal Dreikurs, Rudolf Dreikurs berfokus untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa
dipunyai.
Dalam model ini,
murid-murid diberi
kepercayaan
dan
tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Dengan kata lain, bukan sahaja guru yang mengawal disiplin bilik darjah, muridmurid juga dibimbing untuk memahami peraturan bilik darjah supaya mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Bagi Dreikurs, dendaan atau hukuman tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana dendaan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatif. Selain itu, model ini juga bertujuan membantu murid memahami motif tingkah laku mereka supaya dapat mengurangkan salah laku dalam kalangan murid. Salah laku dapat dikurangkan sekiranya murid diberi pilihan untuk bertindak dan bertanggungjawab atas pilihan mereka. Dalam model ini, bukan guru yang mengawal tingkah laku murid, tetapi murid sendiri yang menjaga tingkah laku mereka. Guru hanya membantu murid memahami akibat tingkah laku yang ditunjukkan. Model Pengurusan Kelompok Kounin bertujuan menguruskan disiplin bilik darjah melalui pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru terhadap aktivitiaktiviti di dalam bilik darjah. Tidak seperti Model Disiplin Dreikurs, Model Kounin menekankan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa guru dipusatkan untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu, berbeza dengan Model Dreikurs juga, Model Kounin bertujuan mengurangkan salah laku murid dengan teguran yang jelas, tepat dan tegas diberi oleh guru. Sebaliknya, dalam Model Dreikurs, guru akan memberi peluang kepada murid untuk memilih tingkah laku mereka. Dalam Model Kounin, guru terus memberitahu murid kesalahan dan akibat yang akan diberi kepadanya manakala guru dalam Model Dreikurs akan membantu murid untuk memahami motif tingkah lakunya. Bagi Kounin, kesan teguran yang baik dapat diambil sebagai iktibar kepada murid lain (Kesan Gelombang). Di samping itu, Model
Kounin lebih berfokus kepada kelancaran dan pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah untuk mengawal salah laku murid manakala Model Dreikurs lebih mementingkan motif berlakunya salah laku dalam kalangan murid.
Banding beza Cara Pelaksanaan Model Disiplin Dreikurs dan Kounin Dreikurs telah mencadangkan beberapa langkah untuk menangani murid-murid yang mempunyai motif-motif yang salah dalam mempamerkan tingkah laku. Pertama sekali, guru perlu mengenal pasti motif murid. Kedua, guru haruslah membantu murid memahami motif yang ditunjukkan. Ketiga, guru perlulah membantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat sebenar. Keempat, guru haruslah menggalakkan dan membimbing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih. Akhir sekali, guru perlulah membantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Dreikurs juga memberi cadangan komunikasi antara guru dengan murid untuk menangani salah laku dalam kalangan murid. Antaranya ialah guru perlu berkomunikasi perkara-perkara positif dan menggalakkan peningkatan murid. Guru juga perlu mengenal pasti kelemahan murid dan membantu murid belajar daripada kesilapan. Guru haruslah percaya kepada kebolehan murid dan menggalakkan mereka bekerjasama antara satu sama lain. Di samping itu, guru haruslah berasa bangga dengan pencapaian murid dan selalu bersikap optimis serta memberi galakkan dan motivasi kepada murid. Menurut Kounin, faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa atau disebut sebagai withitness. Kemahiran lain yang boleh digunakan oleh guru untuk mengawal bilik darjah ialah pertindanan (overlapping). Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak. Kounin juga mencadangkan bahawa kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah sangat penting untuk mengawal salah laku murid. Kelancaran bermaksud kebolehan guru untuk membuat peralihan antara aktiviti pembelajaran dengan cekap. Selain itu, momentum juga merupakan faktor yang penting dalam pelaksanaan Model Kounin. Momentum merujuk kepada kebolehan guru memastikan pembelajaran berlaku dengan licin dan pada kadar yang stabil. Secara kesimpulannya, cara pelaksanaan Model Dreikurs lebih mementingkan
murid. Guru memainkan peranan untuk membantu murid mencari matlamat yang sebenar dan menyedari akibat tindakan mereka. Manakala cara pelaksanaan Model Kounin memusatkan peranan atau kebolehan guru. Guru memainkan peranan yang penting untuk mengawal dan mengurus tingkah laku murid.
View more...
Comments