ARTIKEL REVIEW BAHASA SLANGA PART SABRI Artikel yang dipilih dalam ulasan kajian terdahulu ini bertajuk Bahasa Slanga: Apakah Tujuan Pengunaannya hasil penulisan Dr. Ghani bin Ismail. Artikel ini terdapat di dalam Language Bulletin yang diterbitkan oleh A Publication of The Language Department of UITM Terengganu. Setelah dianalisis mengenai artikel ini, sememangnya terdapat info-info yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Slanga ini. Artikel ini memfokuskan kepada mengenai tujuan penggunaan bahasa slanga di dalam proses komunikasi. Menurut pengarang bahasa slanga juga merupakan medium yang digunakan dalam komunikasi manusia bagi menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat (Ghani Ismail, 2012). Namun pengarang tidak memberikan istilah yang khusus tetapi turut mengambil pendapat yang diutarakan oleh beberapa tokoh. Salah satunya, pendapat yang diutarakan oleh Harman dan Stork (1973), yang mendefinisikan bahasa slanga sebagai variasi ujaran yang bercirikan kosa kata baru yang dicipta dan sentiasa berubah, digunakan oleh golongan muda untuk berkomunikasi sesama sendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1981) pula, bahasa slanga merupakan bahasa yang terhad (restricted language) kerana mempunyai ciri-ciri tertentu dan hanya difahami oleh golongan tertentu. Melalui definisi yang diberikan oleh setiap ahli bahasa ini kita dapat merumuskan bahawa bahasa slanga ini dalam kata yang mudahnya ialah salah satu bahasa kelompok yang dipertuturkan dalam kalangan mereka sendiri kerana hanya individu yang berada di dalam kelompok itu sahaja yang mengerti mengenai definisi, konteks dan maksud yang ingin disampaikan oleh individu yang lain dalam satu kelompok yang sama. Dalam konteks yang lain, fokus perbincangan penulis di dalam artikel ini ialah berkaitan dengan tujuan penggunaan bahasa slanga. Bagi melihat tujuan penggunaan bahasa slanga ini pengarang mengambil pendapat yang diutarakan oleh Mhd Amin Arshad mengenai faktor yang mewujudkan penggunaannya. Menurut Mhd Amin Arshad (2000), antara penyebab munculnya penggunaan bahasa slanga ini ialah untuk menarik perhatian orang lain,untuk mengurangkan suasana sugul dan kerisauan dalam perbualan, untuk melicinkan perhubungan sosial dan untuk mengakrabkan lagi persahabatan yang sedia terjalin. Jika dilihat faktor-faktor ini sememangnya akan memberikan kesan kepada bahasa Melayu jika penggunaan bahasa slanga ini tidak dikawal dengan baik. Kesan ini lebih nyata kelihatan dalam kalangan remaja kerana tujuan penggunaan bahasa ini lebih cenderung penggunaanya dalam kalangan remaja Hal ini dipersetujui oleh
Muhamad Daud (2012), penggunaan bahasa slanga ini sentiasa mendapat tempat dalam kelangan remaja dan timbul kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa pengggunaan bahasa ini akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan bahasa rasmi di negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah si sini bahawa artikel ini mempunyai kaitan yang jelas dengan tajuk yang dibincangkan iaitu mengenai penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar kelas semantik kumpulan E, sesi 2013/2014, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Faktor dan kesan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan pelajar akan turut dikaji dan dibincangka. Melalui artikel ini ianya sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan asas dalam melakukan penyelidikan ini.
BIBLIOGRAFI Hartman dan Stork .(1973). Dictionary of Language and Linguistic. London: Applied Science Pub. Ltd. Mhd. Amin Arshad . (2000). Bahasa Slanga: Pembentukan dan Ciri-cirinya. Dalam monograf Bahasa Sastera, dan Budaya Melayu. Serdang, Selangor: UPM. Muhammad Daud. (2012). Bahasa Slanga Remaja: Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu. Dalam Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Nik Safiah Karim. (1981).Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: DBP
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.