Bahasa Melayu Pascamerdeka Penggal 1 STPM

August 6, 2017 | Author: Yillson Yanggun | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kita belajar sama-sama....

Description

BAHASA MELAYU 910/1 BAHASA MELAYU MODEN   PASCAMERDEKA (Akta-Akta Pelaksanaan Disediakan oleh, Bahasa Melayu) Yillson Yanggun

Pengenalan Perkembangan bahasa Melayu pada zaman pramerdeka agak berbeza dari zaman pascamerdeka. Perkara ini disebabkan selepas kemerdekaan, Malaysia telah mempunyai dasar bahasa. Menerusi dasar ini, maka kedudukan dan peranan bahasa Melayu telah berubah.

Akta-Akta Berkaitan Pelaksanaan Bahasa Melayu 

Dasar bahasa telah berubah selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Hassan Ahmad (1997), perubahan ini melibatkan empat aspek. o Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan

bagi seluruh rakyat Malaysia. o Bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris dan dengan ini bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi tunggal negara. o Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem penddikan. o Bahasa Inggeris wajib diajarkan di sekolah, iaitu sebagai bahasa kedua.





Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi terkandung dalam Fasal 152 Perlembagaan (1957), Akta Bahasa Kebangsaan tahun 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996. Di samping itu, Akta DBP 1959 (Pindaan 1995) turut menjelaskan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia. Kesemua akta ini digubal oleh kerajaan Malaysia bagi memantapkan kedudukan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakat Malaysia. Oeh itu, bahagian yang berikutnya memuatkan akta-akta yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Akta Pelaksanaan Bahasa Melayu Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

Akta Pendidikan 1996

Perkara 152 Perlembagaan 

Dasar Bahasa Kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, di bawah perkara 152. PERKARA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa: (a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain. (b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.



Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menjadi simbol identiti masyarakat dan negara bangsa Malaysia kerana bahasa Melayu digunakan oleh semua individu yang menjadi warganegaranya,khususnya dalam urusan rasmi negara.



Berdasarkan kepada Perkara 152 ini, bahasa Melayu telah diberikan taraf istimewa berbanding dengan bahasa lain di Malaysia. Dengan termaktubnya perkara ini dalam Perlembagaan , maka bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, iaitu bahasa perpaduan bagi seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa.



Di samping itu, pelaksanaan dasar bahasa ini penting bagi mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dasar bahasa seperti ini dapat mengelakkan timbulnya salah faham semasainteraksi antara kaum kerana semua kaum menggunakan bahasa yang sama.

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 



(Pindaan 1995) Dasar bahasa kebangsaan ini turut disokong oleh Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978) [Akta 213] dan diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 [Akta A930]. Tujuan akta ini adalah untuk memperkukuh dan memperkaya bahasa kebangsaan. Yang berikut merupakan Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995.



Menerusi akta ini, maka DBP sebagai sebuah institusi yang diberi autonomi telah menyusun pelbagai program bagi membina dan mengembangkan bahasa dan sastera Melayu. Selain itu, DBP juga banyak menerbitkan buku, khususnya buku sekolah dan buku ilmiah dalam bahasa kebangsaan.

AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 (PINDAAN 1995)  Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.  Untuk memperkembangkan bakat sastera, khusunya dalam bahasa kebangsaan,  Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan lain-lain bentuk kesusteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain.  Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.  Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.  Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undangundang yang sedang berkuat-kuasa

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Kebangsaan 1963/67. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 mengehendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.



Yang berikut diperturunkan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (2006).

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 1 Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi: Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan manamana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

o

o

Akta ini menunjukkan bahawa semua urusan rasmi kerajaan sama ada urusan tersebut dilaksanakan secaralisan atau tulisan, perlu menggunakan bahasa kebangsaan. Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang sopan, baik, dan betul nahunya. Akta ini juga secara langsung menuntut agar bahasa Melayu dipelihara, dibina, diperkembangkan, dipupuk, dan dibudayakan dalam semua situasi rasmi. Hal ini menunjukkan keseriusan pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Meayu sebagai bahasa kebangsaaan.





Akta Pendidikan 1996

Bermula pada tahun 1956, kerajaan berusaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu menerusi sistem pendidikan negara. Usaha ini dilaksanakan menerusi Jawatnakusa Pelajaran Razak 1956. Jawatankuasa ini menetapkan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berteraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Usaha Jawatanuasa tersebut yang dikenali sebagai Penyata Razak diperkukuh lagi oleh Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 (yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib). Usaha yang dilakukan in telah dijadikan sebagai asas penggubalan Akta Pelajaran 1961.



Selepas 35 tahun, diluluskan pula Akta Pendidikan 1996. Seksyen 17 dalam akta ini masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Berikut merupakan Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

AKTA PENDIDIKAN 1996 17 Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhka di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. (2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selan daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.





Akta ini pada umumnya masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkataan “kecuali” dalam akta ini memberikan implikasi kepada bahasa Melayu kerana sekolah jenis kebangsaan boleh menggunakanbahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan. Di samping itu, institusi pendidikan yang tidak boleh menggunakan bahasa Melayu boleh terus menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar.

Sekian dan Terima Kasih  

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF