Bahasa Melayu Pada Batu-batu Bersurat
January 4, 2018 | Author: nurliza91 | Category: N/A
Short Description
bahasa melayu pada batu-batu bersurat...
Description
PENDAHULUAN Pertumbuhan Bahasa Melayu semakin berkembang pesat melalui bukti sejarah dan tinggalan manusia zaman purba. Di Kepulauan Asia Tenggara terdapat banyak khazanah tulang, tengkorak dan juga alat yang diperbuat dari besi. Begitu juga peninggalan tulisan pada batu-batu bersurat. Terdapat sejarah bahasa Melayu pada batu bersurat sejak abad ke-4 dengan menggunakan bahasa bangsa dimana terletaknya batu bersurat tersebut. Pengaruh bahasa pada tulisan bahasa bersurat seperti bahasa Hindu, Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Jawa. Pada awal abad ke-4 bahasa yang digunakan pada batu bersurat kebanyakanna menggunakan bahasa Hindu dan Sanskrit seperti batu bersurat Dong Yen Chau, Kedukan Bukit dan Sajamerta. Manakala yang batu bersurat yang dijumpai pada abad ke-7,ke-8 dan ke-9, bahasa yang digunakan juga daripada bahasa Sanskrit seperti batu bersurat Talang Tuwo, Karang Berahi kota Kapur dan banyak lagi. Walaupun begitu, apabila wujudnya penggunaan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa melayu pada awal abad ke-14. Sebelum itu, penggunaan bahasa Arab telah digunakan tetapi hanya bagi menulis ayat al-Quran pada batu nisan sahaja. Namun terdapat sebuah batu Nisan di Minye Tujuh, Aceh. Tulisan pada batu nisan ini masih lagi dengan huruf India, tetapi bahasanya mengandungi beberapa perkataan Arab. Secara logiknya, apabila telah ada kerajaan sudah pastilah ada bangsa dan bahasanya serta khazanah yang ditinggalkan. Bangsa yang mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang berkenaan.
1
2.1 Batu Bersurat di Dong Yen Chau, di Teluk Tourance, Vietnam Selatan.
Kerajaan Melayu Champa telah wujud sejak abad kedua Masihi. Sekarang ini kerajaan ini terletak di Vietnam Tengah dan menurut logik, apabila wujudnya sebuah kerajaan sudah pastilah ada bangsa dan bahasanya. Terdapat sebuah batu bersurat bertarikh pada abad ke-4 Masihi manakala bahasa yang digunakan bahasa melayu Kuno Campa. Batu bersurat ini ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourance, Vietnam Selatan. Perkataan yang mempunyai kesamaan dengan bahasa Melayu kini pada batu bersurat
tersebut:
Yan
=
yang
Naga
=
naga
Ni
=
ini
Uran
= orang
Svarggah
= syurga
Saribu
=
seribu
Thun
=
tahun
Naraka
=
neraka
Dnan
= dengan
2
Bahasa yang digunakan
Terdapat persamaan dan perbezaan daripada contoh yang diberikan, senarai kata di sebelah kiri itu merupakan transliterasi daripada huruf Hindu (daripada tulisan Pallava di India) ke dalam tulisan rumi. Walaupun batu bersurat sudah dapat menggambarkan bahasa Melayu pada zaman awal, transliterasi berdasarkan huruf-huruf Hindu tidak dapat memenuhi kehendak sebutan fonem Melayu. Maka tulisan Hindu digunakan hanya untuk mencatat tetapi tidak dapat menggambarkan 100 peratus sebutan Melayu. Daripada batu bersurat itu juga terdapat kata-kata pinjaman Sanskrit. Contohnya ialah svargga dan naraka. Svargga dalam bahasa Melayu Klasik disebut swarga. Tetapi sekarang disebut syurga. Manakala perkataan naraka disebut sebagai naraka juga tetapi sekarang dilafazkan menjadi neraka.
3
2.2 Batu Bersurat Sajamerta.
Batu bersurat berbahasa Melayu kedua tertua ialah batu bersurat Sajamerta. Batu bersurat ini dijumpai di sebuah tempat di bahagian Utara Jawa Tengah, di satu tempat bernama Sajamerta. Batu bersurat ini bertarikh abad ke tujuh Masihi. Manakala sifatnya agak ringkas.
Perkataan yang yang telah ditransliterasikan daripada batu bersurat Sajamerta ialah:
Syasyaiva
=
siwa
Bharat
=
betara
Paramesyvara
=
parameswara
Sarvva
=
seru
Samvah
=
sembah
Namanda
=
nama + nda
Bapanda
=
bapa + nda
Ayahanda
=
ayah + nda
Vivinda
=
bini
Bahasa yang digunakan. Selain itu terdapat perkataan – perkataan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti berikut: Syaiva
=
siwa
Bhatara
=
betara
Sarvva
=
seru
Daiva
=
dewa
Daripada penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa pengaruh bahasa Sanskrit dan pengaruh Hindu sangat kuat mempengaruhi bahasa Melayu awal abad ke-7 Masihi.
4
2.3 Batu Bersurat Kedukan Bukit
Batu bersurat berbahasa melayu tertua yang ketiga ialah batu bersurat Kedukan Bukit .telah ditemukan di sebuah kampung yang bernama Kedukan Bukit, di tepi sebuah sungai yang bernama sungai Tatung dan di kaki sebuah bukit bernama Bukit Seguntang. Batu bersurat Kedukan Bukit bertarikh pada 605 tahun Syaka bersamaan dengan 683 Masihi (605 + 78 = 683) kerana tahun Syaka dikira mengikut tahun Syamsiah atau matahari dan berselisih 78 tahun kemudian daripada tahun Masihi. Perkataan – perkataan yang dapat dikenal pasti daripada batu bersurat Kedukan Bukit adalah seperti berikut:
Syri
=
seri,sri
Syaka
=
saka
Wulan
=
bulan
Dapunta hiyam
=
dipertuan Hiyang
Nayik
=
naik
Marlapas
=
berlepas
Dari
=
dari
Mamawa
=
Yam
=
yang
Wala
=
bala(tentera)
Dua laksa
=
dua laksa
Dangan
=
dengan
Dua ratus
=
dua ratus
Jalan
=
dengan
Sariwu
=
seribu
Tlu ratus
=
telu (tiga) ratus
Jalan
=
tujuh
Sapulu dua
=
sepuluh dua = dua belas
Datam
=
datang
membawa
5
Sukhasyita
=
berbuat
Marwuat
=
benua
Wanua
=
benua
Syriwijaya
=
sriwijaya
Bahasa yang digunakan Terdapat
perkataan
pinjaman
yang
digunakan
dalam
bahasa
Jawa,
Tagalog,Dusun dan lain-lain seperti tlu atau telu. Selain itu, terdapat kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti sukhasyita (sukacita), syaka, warsa, eka, sapta, waisyakha, panca, syriwijaya, jaya, siddayathra.
6
2.4 Batu Bersurat Talang Tuwo.
Batu bersurat seterusnya yang ditemui di daerah bahasa Melayu. Ia dijumpai bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan dari teks batu bersurat di atas di antara lain ialah:
Sakarwarsa
=
tahun saka
Vulan
=
bulan
Tatkala
=
tatkalanya
Ini
=
ini
Niparvuat
=
diperbuat
Hiyam
=
hiyang
Savanakna
=
sebanyaknya
Nitanam
=
ditanam
di sini
=
di sini
niyur
=
nyiur
pinam
=
pinang
hanau
=
enau
rumviya
=
rumbia
dnan
=
dengan
yam
=
yang
kayu
=
kayu
nimakan
=
dimakan
vuahna
=
buahnya
tathapi
=
tetapi
haur
=
aur
vuluh
=
buluh
pattum
=
betung 7
vukan
=
bukan
vuatku
=
buatku
prayojanakan
=
prayojana+kan
punyana
=
punyanya
sarvvasatva
=
sarwa satwa
sacaracara
=
secara-cara
sukha
=
di
=
suka di
asannakala
=
sasanakala
di antara
=
di antara
marga
=
jalan
air
=
air
niminumna
=
diminumnya
vuatna
=
buatnya
huma
=
huma
mamhidupi
=
prakara
=
perkara
janan
=
jangan
varam
=
barang
diya
=
dia
kavuatanana
=
perbuatannya
bhakti
=
bakti
mitrana
=
vinina
=
bininya
lagi
=
lagi
curi
=
curi
di sana
=
di sana
marvvanum
=
berbangun
vodhicitta
=
bodicita
rajin mahasattva
= =
menghidupi
mitranya
rajin mahasatwa 8
rupa
=
rupa
jadi
=
jadi
laki
=
laki
cintamani
=
cintamani
Bahasa yana digunakan
Batu bersurat Talang Tuwo ini ditulis dengan hururuf Pallava. Pengaruh agama Hindu menyebabkan bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit. Daripada senarai yang terdapat pada batu bersurat jelas bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya.
9
2.5Batu Bersurat Karang Berahi
Batu bersurat seterusnya dijumpai di Karang Berahi bertarikh 686 Masihi dan telah ditransliterasikan oleh Coedes. Daripada teks yang terdapat pada batu bersurat terdapat senarai kata-kata yang sama atau hamper sama dengan kata-kata bahasa Melayu Moden. Antaranya ialah:
Vari Kayet Makamatai Bhakti Kita Devata Maharddhika Kadatuan Parsumpahan Yam Uram di dalamna bhumi drohaka manujari niujari tida marppada sumpah nisuruh datu dnan tathapi jahat makalanit makagila mantra upuh tuva vuatna jahat janan
= beri = kait = maka mati = bakti = kita = dewata = merdeka = kedatuan = persumpahan = yang = orang = di dalamnya = bumi = derhaka = mengujari = diujari = tidak = berpadah = sumpah = disuruh = datu = dengan = tetapi = jahat = maka langit = maka gila = mantera = ipuh = tuba = buatnya = jahat = jangan 10
Bahasa yang digunakan
Senarai di atas ini sama dengan senarai kata-kata pada batu-batu bersurat yang lain. Jika diteliti dari batu bersurat yang lain jelas menunjukkan bahawa banyak antara kandungannya yang sama dengan bahasa Melayu Moden.
(a) Terdapat kata-kata Melayu asli: Pinam
= pinang
(b) Kata-kata daripada bahasa Sanskrit:
Haur
= aur
Sakawarsa
Vuluh
= buluh
Siddha
Niyur
= nyiur
Drohaka
Huma
= huma
Bhakti
Jahat
= jahat
Mantra
Ini
= ini
Prayoga
Di sini
= di sini
srivijaya
Di sana = di sana
11
2.6 Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu
Batu Bersurat Terengganu adalah tulisan bahasa Melayu yang mula-mula sekali dijumpai tertulis dalam skrip Arab yang diadaptasikan sebagai skrip Jawi. Batu bersurat ini dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini. Ia merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi yang ditemui di Malaysia. Batu bersurat ini dijumpai di Sungai Teresat dekat Kuala Berang, Terengganu. Tarikhnya tidak dapat dipastikan kerana bahagian hujung tulisan telah pecah sedikit, namun dipercayai ia ditulis pada tahun 1303 Masihi. Isi teks pada batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut nama Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat serta segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303 Masihi. Antara isi kandungan pada batu bersurat tersebut ialah: Muka pertama 1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka 2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam 3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya 4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. 5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam 6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. 7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. 8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. 9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. 10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. 11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua. 12
Muka kedua 1. Keluarga di Benua jauh kan 2. Datang berikan.keempat orang berpiutang. 3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. 4. Kelima derma barang orang....(mar)dika. 5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. 6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. 7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. 8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. 9. Seratus ratun jika merdeka beristeri. 10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. 11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. 12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika..... Muka ketiga 1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia......... 2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha).... 3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil.... 4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang)..... 5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak.......... 6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara.............. Muka keempat 1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. 2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. 3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. 4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. 5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini. 13
PENUTUP
Terdapat banyak lagi bukti wujudnya permulaan bahasa Melayu pada batu bersurat. Pada awal abad ke-4, agama Hindu terlalu kuat sehingga menyebabkan bahasa Sanskrit mempengaruhi bahasa Melayu. Kesemua batu bersurat mempunyai kepentingan dan fungsi serta peranannya dalam penyebaran bahasa Melayu, kerana tiap-tiap satunya membawa maksud dan pengertian tertentu. Walaubagaimanapun, batu-batu bersurat pada abad ke-14 merupakan bukti tulisan batu yang terakhir kerana selepasnya abad tersebut, muncullah zaman kesusasteraan Melayu bertulis dalam bentuk manuskrip. Kesimpulannya, setiap khazanah yang ditinggalkan oleh masyarakat Melayu terdahulu adalah satu khazanah yang paling bernilai kerana, sekiranya tiada bukti-bukti tersebut, maka kita juga tidak akan mengenali keindahan Bahasa Melayu yang penuh dengan gaya bahasa serta kelembutannya.
14
BIBLIOGRAFI
1. Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. 2006. Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd.
2. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2010. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Hashim Musa. 2003. Epifigrafi Melayu : Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1997. “Tradisi Penulisan manuskrip melayu”, Perpustakaan Negara Malaysia, Selangor Darul Ehsan Malindo printers Sdn.Bhd 5. Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh Husniyati Ali, Huzaimah Ismail, Siti Fatimah Sudin, 2006. Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian. Kuala Lumpur.Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)UITM, Ampang Press Sdn.Bhd.
6. Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia.Selanor Darul Ehsan. Pearson Malaysia Sdn.Bhd
15
View more...
Comments