BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1
July 19, 2017 | Author: Rovina Samsudin | Category: N/A
Short Description
Download BAHASA MELAYU MODEN PENGGAL 1 ...
Description
KONSEP Definisi - Perkembangan bahasa Melayu Moden bermula pada
abad ke-19 dengan bermulanya karya-karya Abdullah Munsyi. - Selepas mencapai kemerdekaan bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malysia yang mengiktiraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
KONSEP - Sebagai bahasa kebangsaan bahasa Melayu
memikul tugas sebagai bahasa rasmi, pentadbiran,perhubungan,pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan universiti. - Untuk mencapai matlamat di atas, satu perancangan bahasa bagi meningkatkan status bahasa Melayu moden telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
CIRI-CIRI BM MODEN MEMPUNYAI BUNYI-BUNYI BAHASA ( FONOLOGI) MEMPUNYAI SISTEM / SUSUNAN ASPEK
BUNYI/RANGKAI KATA/ IMBUHAN (MORFOLOGI) MEMPUNYAI BENTUK DARI ASPEK
FRASA/KLAUSA/NAHU DAN AYAT (SINTAKSIS) MEMPUNYAI KAITAN MAKNA ANTARA BUNYI
YANG DIHASILKAN OLEH MANUSIA DAN
KEADAAN DI SEKELILING (SEMANTIK)
TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MODEN
1. BAHASA MELAYU PRAMERDEKA 2. BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA Dilakukan secara persendirian oleh tokoh-tokoh tertentu seperti Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Raja Ali Haji, Mejar Dato’ Haji Mohd. Said dan Za’ba. Secara berkumpulan hanya bermula pada tahu 1888 apabila tertubuhnya Pakatan Belajar Pengetahuan Bahasa (Pakatan) Pertubuhan lain seperti PASPAM, Pejabat Karang Mengarang dan ASAS’50.
TOKOH TEMPATAN
MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR Dikenali sebagai Abdullah Munsyi (1796-1854 M) dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka. Mempunyai pergaulan luas dengan pegawai dan paderi Inggeris dan mempengaruhi pemikiran dan penulisannya Menghasilkan 5 buah karya seperti Syair Singapura Terbakar (1830), Kisah Pelayaran Abdullah (1838), Hikayat Abdullah (1849), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854) dan Dewa-ul-Kulub (1883)
MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR Membina dan menggunakan kosa kata yang
banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baharu akibat daripada pertembungan budaya Barat dan Timur. Menghasilkan karya berdasarkan pengalaman yang dilalui atau pengamatannya terhadap sesuatu perkara.
MUNSYI ABDULLAH BIN ABDUL KADIR Amat mengambil berat tentang persoalan bahasa Melayu, menerusi Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Turut membincangkan persoalan kemiskinan orang Melayu, politik, pentadbiran dan keagamaan.
RAJA ALI HAJI • Dilahirkan di Penyengat, Riau (18091870) • Memainkan peranan bagi meningkatkan Penyengat sebagai pusat kebudayaan Melayu dan pusat pengetahuan Islam. • Menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti agama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang.
Raja Ali Haji • Dua karya sejarah – Kitab Salasilah
Melayu dan Bugis dan Sekalian Rajarajanya dan Tuhfatul-Nafis. • Karya syair – Syair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk dan Syair Hukum Nikah.
RAJA ALI HAJI • Bustanul Katibin Lissubyanil-Muta’alimi (Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia) – dalam bentuk cap batu – mengandungi mukadimah, 31 fasal, dan khatimah – dibahagi kepada 2 bahagian. • Kitab Pengetahuan Bahasa – terbahagi kpd 2
bahagian, tatabahasa dan kamus – dianggap sebagai ensiklopedia.
MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN Merupakan tokoh persuratan Melayu Johor (1876 – 1953) Karya bercorak sejarah – Hikayat Queen Victoria (1904/5), dan Hikayat Johor dan Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar (1908)
MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN
Sumbangan terbesar sebagai penunjang
Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (Pakatan) Buku bahasa yang dihasilkan – Buku Katan PBmPB Dirja Johor (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937), Buku Ketetapan Hejaan Melayu (1941).
MEJAR DATO’ HAJI MOHD. SAID BIN HAJI SULAIMAN
Karya sastera – Syair Alam dan Bangsa
Melayu (1935), Syair Keadaan Tuhan dan Manusia Dunia dan Akhirat Juga (1935), Syair Panduan Perkahwinan (1936). Dianugerahkan bintang kebesaran Seri Mahkota Johor, dan Seri Paduka Mahkota Johor.
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA) Tokoh bahasa tahun 1920-an dilahirkan di Batu
Kikir, N9. (1895-1973) Menggunakan 4 nama samaran Anak Melayu Jati, Patriot, Zai Penjelmaan dan Za’ba. Sumbangan paling menonjol dalam bidang kebahasaan khususnya aspek tatabahasa bahasa Melayu. Buku penting – Pelita Bahasa Melayu (Penggal I-1940, Penggal 2-1946, Penggal 3-1949) – menjadi rujukan utama
ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)
Buku lain – Rahsia Ejann Jawi (1930), Ilmu Mengarang Melayu (1934), dan Daftar Ejaan Melayu (1941) Terlibat secara langsung sebagai Ketua Pengarang dan Penterjemah Kanan Pejabat Karang Mengarang, MPSI (1924-1939) Dianugerahkan gelaran Pendeta ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru.
Pada peringkat awal pemerintahan
Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat. Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat.
TOKOH BARAT R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden,
O.T Dusek, W.G Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner
Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi.
-
William Marsden (1875-1836) Pegawai Syarikat Hindia Timur yang
berkhidmat di Sumatera. Karya beliau termasuklah A Dictionary Of Malayan Languange
A Grammar Of Malayan Languange
R.O Winsted (1878-1966) Pegawai pemerintah Inggeris di Tanah
Melayu dan Singapura. Karya beliau termasuklah: The Malay Grammar (1914) A Practikal Modern malay-English Dictionary An Unabbridged English Dictionary
R.J Wilkinson (1867-1941) Malay-English Dictionary (1901) An Bridge Malay English-
Dictionary(1914) A malay History Of Riau And Johor
W. G Shellabear Catalogue Of Dictionaries,
Vocabolaries, Grammars and Alphabets Grammar and Dictionaary Of Malay Languange Travels Of Marcopolo
DAN INSTITUSI
PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (PBmPB) Salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang ditubuhkan di Johor Bharu, 1888. Pengasasnya Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman. Tujuan utama ditubuhkan utk mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu dan mewujudkan perpustakaan.
Matlamat PBmPB adalah untuk i. memelihara, memperlengkap dan mempermoden dan memelihara tulisan jawi. ii. Menstandarkan ejaan dan perkataan iii. Mencipta perkataan baharu iv. Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan iv. Mengedarkan Peredar atau jurnal enam bulan sekali v. mengadakan perpustakaan. Kegiatan utama ialah menghasilkan buku, membentuk istilah dan menganjurkan ceramahceramah bahasa.
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA
Dikenali dengan nama PASPAM, ditubuhkan pada
7 April 1934, atas usaha Mohd. Al-Khatib (pengarang Saudara) dan Ariffin Ishak.
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA Tujuan PASPAM adalah untuk
i. mendirikan suatu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan serta mempererat perserikatan sahabat sesama ahli. ii. Hendak memperluas sekalian ahlinya bagi mengarang keoada baca-membaca dan menggalakkan karang-mengarang di dalam bahasa dan buku-buku Melayu dan iii. Mendirikan satu kutub khanah
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA Membentuk Lembaga Bahasa, kegiatannya
i. mengeluarkan buku-buku adat Melayu ii. Membeli karangan-karangan daripada ahliahli PASPAM iii. Mengatur tarikh-tarikh negeri Melayu iv. Mengeluarkan kamus Melayu v. mengadakan peraduan karang-mengarang vi. Mengeluarkan buku tahunan PASPAM
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA vii. Menentukan suatu ejaan yang tetap bagi ahli-ahli PASPAM viii. Mereka perkataan Melayu baharu daripada perkataan Inggeris Menimbulkan kesedaran tentang ptgnya bergerak secara kolektif bagi memajukan bahasa dan persuratan Melayu
PEJABAT KARANG MENGARANG Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada tahun 1924 – tonggak utama Za’ba, R.O Winstedt, O.T Dussek Tujuan penubuhan i. mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu ii. Mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu iii. Menerbitkan jurnal bergambar iv. Mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung
Pejabat karang Mengarang Menghasilkan “Siri Buku Teks Sekolah”, dan “The Malay Home Library Series” Antara buku yang diterbitkan Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu, Pelita Mengarang, dan Daftar Ejaan Melayu. Sebuah institusi penting dalam usaha mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu dan membantu meningkatkan kemajuan pendidikan sekolah Melayu. Setelah dibubdarkan, diambil alih oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.
ANGKATAN SASTERAWAN 50 Dikenali ASAS 50, ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950. Tokoh penting ialah Mohd. Arif Ahmad (MAS), Hamzah, Rosmera, Jymy Asmara, Masuri S.N, Keris Mas, dan Asraf. Matlamat utama penubuhan i. Memperluas dan meningkatkan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. ii. Melindungi hak-hak ahli dan para pengarang iii. Mengadakan pembaharuan dalam sastera dengan tidak membunuh yang lama.
Angkatan Sasterawan 50
Tumpuan utama adalah memperjuangkan status
politik bahasa dan memodenkan bahasa Melahirkan Kongres Bahasa dan Persuratan – menubuhkan Balai Pustaka dan diubah Dewan Bahasa dan Pustaka. Merupakan persatuan yang memperjuangkan politik bahasa agar bahasa Melayu dijadikan bahas yang penting dalam sebuah negara yang merdeka.
BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA Pelbagai usaha dijalankan bagi memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu dengan taraf perkembangan dan kemajuan masyarakat penuturnya. Perancangan Bahasa – usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Perancangan bahasa dilakukan di peringkat negara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah
jabatan dalam Kementerian Pelajaran. Mula ditubuhkan disebut sebagai Balai Pustaka 1959 – Ordinan DBP diluluskan oleh Parlimen dan DBP dinaikkan tarafnya menjadi sebuah badan berkanun.
Matlamat DBP i. Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan ii. Memajukan bakat kesusasteraan iii. Mencetak dan menerbit atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah, dan bentuk persuratan lain iv. Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah sesuai v. Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan
Matlamat DBP
Melaksanakan banyak kegiatan kebahasaan – memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – mengadakan kempen bahasa 1960 – Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan pada setiap tahun di seluruh negara selama tujuh tahun – bertujuan membina keyakinan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Matlamat DBP Turut mencipta istilah baharu, menyediakan kamus, buku teks,
majalah, risalah dan mengusahakan sistem ejaan baharu bersama Indonesia.
PERANCANGAN BM MODEN 1. Bahasa Kebangsaan
- Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. - Di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum, di mana setiap kaum mempunyai bahasa ibundanya sendiri, bahasa kebangsaan sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum tersebut.
Bahasa Kebangsaan Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan kerana bahasa Melayu olah bangsa Melayu yang mewakili bangsa teramai. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa lingua franca sejak zaman dahulu lagi. - Oleh itu pada tahun 1969, bahasa Melayu telah dipilih secara rasminya sebagai bahasa kebangsaan Negara Malaysia.
PERANCANGAN BM MODEN - Bahasa rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam
semua urusan rasmi pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi. - Semua urusan rasmi kerajaan termasuk suratmenyurat, papan-papan tanda, boring-borang rasmi, penyimpanan rekod hendaklah menggunakan bahasa Melayu.
- Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu juga digunakan oleh semua
pemimpin Negara semasa berurusan dengan rakyat.
PERANCANGAN BM MODEN c. Bahasa
Ilmu (pengantar) - Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 pada tahun 1981. - Pada tahun 1983, semua kursus di tahun pertama universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Dasar Pelajaran Kebangsaan (1963/67)
melalui Laporan Razak (1956) DAN Laporan Abdul Rahman Talib (1960) memperakui bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam semua sistem pendidikan negara.
PERANCANGAN BAHASA MELAYU - Disebut sebagai pembinaan dan pengembangan bahasa
- Dikembangkan dari dua segi a) Perancangan Taraf Bahasa b) Perancangan Korpus Bahasa
View more...
Comments