Bahan Mestilah Berkaitan Dengan Matlamat Dan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran

October 1, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Bahan Mestilah Berkaitan Dengan Matlamat Dan Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran...

Description

 

Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.   Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya. b)

Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.  Falsafah

Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian keha rmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu. c)

Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh

melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif . Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang

 

melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri. d)

Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar . Keperluan belajar pelajar-

pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

 

e)

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan

pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejalagejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkaraperkara

yang

dilakukan

oleh

pelajar-pelajar

kita

di

dalam

kelas

itu

menarik

dan

menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka. f)

Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran

mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

 

Pengajaran Bahan-Bahan Pembelajaran  Pengolahan bahan-bahan pengajaran bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan semula bahanbahan pengajaran itu dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di dalamnya, memperjelaskan aspek-aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek yang kurang ditekankan dan membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak berkaitan. Semua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan. Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

a) Inspirasi dan kreativiti  Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan me ndapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif   Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat eluang berinteraksi sesame sendiri dan menguasai kecekaan berbahasa.

c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna  Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal 

 

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

e)

Memenuhi keperluan pelajar sama sama ada dari segi segi luaran dan psikologi psikologi 

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajarpelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

f)

Menggunakan bahasa autentik 

Penggunaan bahasa autentik membolehkan para pelajar memahami penggunaan bahasa berdasarkan situasi sebenar. Ini membolehkan mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih sempurna di samping berupaya memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran  Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahanbahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guruguru.

a) Ketahanan  Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b) Kos 

 

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c) Aspek-aspek Teknikal  Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.

d) Ketepatan Maklumat  Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih  Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu. terte ntu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas 

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.

 

g) Jangka Masa  Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

h) Strategi Pengajaran Pembelajaran  Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.

i)

Bentuk dan Fungsi 

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui ‘non -verbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku. Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi (penglahiran bunyi-bunyi individu, tekanan, irama, intonasi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), perbendaharaan kata (leksis) dan wacana (sekuen ayat-ayat). Aspek-aspek bahasa seperti ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid mengenal dan menggunakan bahasa itu dengan betul.

 j)

Ketepatan 

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’ yang menekankan

bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa

 

adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.

k) Kepelbagaian  Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.

l)

Kemahiran Bahasa 

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

m) Standardisasi dan Simplikasi Simplikasi 

Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.

n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan  Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan

 

sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsurunsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran  Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah cara bahan itu disampaikan kepada para pelajar. Adakah bahan-bahan itu guru sahaja yang menggunakannya? Bagaimanakah tindak balas pelajar terhadap bahan tersebut? Adakah bahan itu bermanfaat kepada semua pelajar? Dan adakah amanat atau pengetahuan yang hendak disampaikan melalui bahan itu jelas, dan secara keseluruhannya dapat memenuhi objektif pengajaran? Untuk mencapai satu tahap penggunaan bahan yang berkesan, beberapa soalan harus dapat dijawab oleh para guru. a)

Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat dapat memenuhi keperluan pancaindera para para

pelajar? Semua bahan pengajaran sama ada yang y ang digunakan oleh guru atau yang digunakan oleh pelajar mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar. Dari segi visual umpamanya, bahan-bahan itu harus mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas dan kemas. Begitu juga dengan bentuk huruf, ilustrasi dan penjilidannya.bagi bahan-bahan yang dirakamkan, ianya perlulah dapat didengar dengan jelas, mudah difahami, ringkas dan padat. Biasanya, bahan-bahan yang dirancang mengikut keperluan pencaindera para pelajar akan lebih berkesan dan berfaedah. b) Banyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh diajar secara sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan peringkat-peringkat perkembangannya, maka bahanbahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini, bahan itu tentulah dipengaruhi oleh sukatan pelajaran bahasa pada peringkat yang telah diterapkan itu. Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu dalam sesuatu waktu tertentu, bahan-bahan yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula melebihi daripada masa yang telah

 

ditetapkan. Guru harus memastikan bahawa dalam masa yang sesingkat itu, bahan-bahan yang disediakan harus memiliki sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran serta harus dapat disampaikan dalam masa tersebut. c)

Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar?

Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam pengajaran bahasa Malaysia sekolah menengah, perkara penting yang perlu diajar ialah mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa (morfologi, sintaksis), peribahasa, perbendaharaan kata, unsur-unsur sastera, tulisan jawi, bahan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun dengan mengambil kira perkara-perkara tadi. Penggunaan bahan harus dapat menekankan aspek-asek ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik. d)

Adakah bahan-bahan itu dapat dapat disa disampaikan mpaikan dengan cara yang yang terbaik?

Keupayaan pelajar-pelajar menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya bergantung kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran itu kepada mereka. Dalam hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik yang dapat digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti serta alatalat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahanbahan tersebut. e)

Adakah terdapat perbezaan dariada segi jumlah dan kuali kualiti ti dalam teks.

Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran, guru itu harus sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak gabungan disiplin ilmu, maka makin luas isi, pengetahuan dan aktiviti engajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang termuat dalam sesebuah teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang berterusan. Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, bahasa, ilustrasi, penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak menjejaskan pengajaran guru.

 

Penilaian Secara Keseluruhan  Pertimbangan guru terhadap kriteria memilih bahan-bahan pengajaran telah menyebabkan guru memandang bahan-bahan tersebut daripada pelbagai segi dengan beberapa disiplin. Walau bagaimanapun, proses menilai seharusnya tidak terlalu mekanikal sehingga melibatkan penilaian secara profesional pada setiap peringkat. Dengan melihat bahan-bahan pengajaran daripada pelbagai perspektif yang berlainan, dan menentukan kriteria menilai secara eksplisit, kita berharap dapat memberikan maklumat-maklumat asas, (profesional judgement) dan membuat keputusan dalam bidang yang penting ini. Penilaian boleh dipraktikkan secara berkesan, terutamanya melalui senarai semak, dan guru-guru boleh membuat penilaian berdasarkan senarai semak tersebut. Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah ini adalah cadangan yang mungkin dapat membantu guru-guru mendapat gambaran secara keseluruhan terhadap sesuatu bahan pengajaran, jika guru-guru itu menilai secara umum tanpa merujuk kelas-kelas tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu pelajar. a)

Secara ringkas nyatakan objektif bahan-bahan pengajaran.

b)

Sejauh mana manakah kah bahan-bahan bahan-bahan itu berjaya mencapai objektif-objektif objektif-objektif yang telah dinyatakan? dinyatakan?

c)

Beri perhatian kepada kekuatan-kekuatan tertentu.

d)

Beri perhatian kepada kelemahan-kelemahan tertentu.

e)

Adakah perkara-perkara yang tertinggal?

f)

Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak digunakan?

g)

Untuk situasi pembelajaran yang yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak tidak sesuai digunakan?

h) Bandingkan bahan bahan-bahan -bahan itu dengan bahan-bahan lain yang telai dinilai. dinilai. i)

Buat satu kesimpulan umum.

 

Jika guru-guru ingin menilai bahan-bahan pengajaran untuk sesebuah kelas dalam satu-satu situasi tertentu, guru-guru itu seharusnya mempunyai satu senarai objektif yang ingin dicapai. Ini akan membolehkan guru-guru itu menyesuaikan dan memadankan objektif-objektif pengajaran dengan potensi bahan-bahan tersebut. Ketidaksesuaian yang terlalu ketara akan membuatkan guru-guru mencari bahan-bahn lain. Namun demikian jangan mengharap kesesuaian yang begitu tepat. Bahanbahan daripada buku-buku teks, diwujudkan untuk pasaran umum dan secara meluas. Tiada satu pun teks yang betul-betul sesuai untuk satu-satu kelas tertentu, terutama pada tahap perkembangan tertentu. Jadi, tugas guru selanjutnya ialah mencari bahan-bahan yang hampir-hampir dapat memenuhi dan menepati keperluan mereka dan kemudian bersedia mengolah dan menyesuaikan bahan-bahan itu untuk memenuhi keperluan sendiri.

Kesimpulan  Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia memberi kesan kepada prestasi para pelajar. Ini terbukti dengan fenomena yang wujud di sekolah-sekolah akhir-akhir ini. Daripada pemerhatian biasa, proses pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan tidak mengikut prinsip yang sepatutnya. Bahanbahan itu juga tidak pernah dicuba dan tidak pernah dinilai. Sebagai penutup, disarankan beberapa cadangan iaitu bahan-bahan teks Bahasa Melayu yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung seenuhnya keada satu-satu atau dua teks sahaja. Selain itu, semua bahan dalam sesebuah teks tidak seharusnya digunakan semuanya tanpa pilihan dan penyesuaian. Guru perlu memilih bahan-bahan yang releven dengan pelajar pada waktu itu. Bahanbahan yang terdapat dalam teks juga perlu diubahsuai mengikut keperluan pelajar dan pengalaman guru. Bahan-bahan teks yang berupa ulasan, ringkasan dan panduan lulus peperiksaan tidak wajar dibiarkan mempengaruhi guru-guru. Bahan-bahan tersebut tidak wajar digunakan tanpa pemilihan, penyesuaian, sekatan dan panduan guru. Bahan-bahan teks yang dipilih juga perlu disertai dengan alat bantu mengajar yang lain supaya engajaran menjadi lebih menarik dan pelajar cepat mengingat dan memahaminya. Bahan-bahan yang akan digunakan perlulah dicuba terlebih dahulu dan dinilai dari semasa ke semasa. Akhir sekali, bahan-bahan teks yang digunakan perlu disertai dengan penggunaan kamus bagi mewujudkan satu dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF