BAGAIMANA KAKITANGAN SEKOLAH MEMBINA HUBUNGAN YANG ERAT DENGAN MASYARAKAT npqel.docx

November 22, 2017 | Author: fatinaqilaa | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download BAGAIMANA KAKITANGAN SEKOLAH MEMBINA HUBUNGAN YANG ERAT DENGAN MASYARAKAT npqel.docx...

Description

Rakan Perbincangan topik ini adalah 1. En Mohd Arif 2. En Mohd Zaki BAGAIMANA KAKITANGAN SEKOLAH MEMBINA HUBUNGAN YANG ERAT DENGAN MASYARAKAT Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan kuku kerana saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah bahkan juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya. Sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar dan berperanan besar dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara. Kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan bagi memupuk kesefahaman dan perpaduan. Konsep sekolah wawasan yang diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

Peranan sekolah amat besar dalam melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dan negara ke arah kejayaan dan kegemilangan. Oleh sebab itu, dalam pelaksanaan “Satu Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara. Pendidikan yang berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif mampu menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ Satu Malaysia” remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum. Kepentingan hubungan kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF