bab8.pdf

July 19, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

TINGKATAN 4 BAB 8...

Description

1 8. Pembaharuan dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat Pengaruh Islam Terhadap Politik

Pentadbiran

   

    

Tanah Melayu memperkenalkan system pentadbiran beraja sejak sebelum kedatangan Islam. Institusi beraja merupakan tradisi Hindu Buddha berasaskan konsep dewa-raja. Kedatangan Islam mengubah corak institusi raja seperti istilah Sultan, Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh bermaksud bayangan Allah di muka bumi. Pemerintah juga menggunakan gelaran Khalifahtul mukminin bermaksud pemimpin orang mukmin contoh Sultan Mahmud Shah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin Pahang menggunakan gelaran ini. Pengaruh Hindu-Buddha nasab keturunan pemerintah disusurgalurkan dengan dewa, selepas kedatangan Islam tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai nasab Sultan. Isntitusi kesultanan kekal selepas kedatangan Islam dan mempunyai kuasa tertinggi dalam system pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. Institusi Kesultanan Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan golongan ulama. Konsep daulat digunakan dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan raja-raja Melayu. Berbagai-bagai adat, cara berpakaian, bahasa pengucapan dan tingkah laku digunakan untuk menggambarkan kedaulatan Sultan yang memerintah termasuklah adat istiadat pertabalan.

Perundangan

           

Sistem perundangan penting untuk menjamin keharmonian rakyat. Undang-undang terbahagi dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai undang-undang adat iaiatu adat Perpatih dan adat Temenggung. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala negeri-negeri lain mengamalkan adat Temenggung. Dalam adat Perpatih asas pentadbiran dan penyelesaian masalah berdasarkan musyawarah yang dihadiri oleh semua perwakilan suku. Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung. Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Palembang. Adat Perpatih mengutamakan jurai keturunan ibu, dan anak perempuan diberi hak mewarisi harta. Adat Temenggung mengutamakan jurai keturunan bapa, dan pembahagian harta pusaka diutamakan kepada anak lelaki bersesuai dengan hukum faraid dalam Islam. Undang-undang bertulis seperti hokum kanun Melaka, Undang-undang laut Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah, Undangundang 99 Perak dan Undang-undang Johor. Undang-undang Islam menjadi asas kepada undang-undang yang dikuatkuasakan. Semua kitab perundangan bercorak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

2 Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosio Budaya

Pendidikan Tidak Formal

      

 

Pendidikan awal yang berlaku dalam institusi keluarga. Pendidikan yang berlaku pada peringkat keluarga dan penekanannya adalah terhadap nilai-nilai moral melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibubapa melalui pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan dan pertukangan. Kanak-kanak juga diajar tentang hal-hal agama, kelakuan, adat resam, sopan santun dan cara berkawan. Nilai murni diserap melalui cerita lisan seperti cerita binatang, dan cerita jenaka. Kaedah bercerita sangat berkesan kerana digemari oleh kanakkanak. Cerita berbentuk teladan dan pengajaran seperti cerita anjing dan bayang-bayang supaya tidak terlalu tamak dan cerita sang kancil memperlihatkan kepandaian dan kebijaksanaan dapat menyelesaikan masalah. Kanak-kanak diajar pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan social seperti tunduk sambil menghulur tangan ketika lalu di hadapan orang terutama orang yang lebih tua. Pendidikan tidak formal melalui pantun seperti Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak berkelakuan baik dan tidak berbohong.

Pendidikan Formal

      

Merupakan pendidikan berkaitan keagamaan melalui perantaraan institusi tertentu. Pendidikan sebegini telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam berasaskan tradisi pengajaran agama Hindu dan Buddha. Bidang pendidikan pada waktu itu didominasi oleh golongan istana dan golongan atasan, dan istana menjadi sebagai pusat pengajian. Dengan kedatangan Islam corak pendidikan formal tidak lagi terhad kepada golongan atasan semata-mata, sebaliknya semua golongan terlibat. Pendidikan berteraskan agama dijalankan dibeberapa tempat seperti istana, masjid, rumah, surau madrasah dan pondok. Pendidikan di rumah memberi penekanan kepada pengajaran al-Quran. Pengajian al-Quran biasanya di rumah tok guru dan murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 15 tahun.

Peranan Institusi Pendidikan

     Istana

   

 

    

Sistem pendidikan yang lebih formal ialah system pondok. Pengajian ditekankan kepada pelajaran agama dan pelajar-pelajarnya kemudian menjadi tenaga pengajar. Sistem pengajian pondok meluas di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Patani. Sistem pengajian pondok tidak mempunyai batasan waktu, adakalanya mengambil masa selama sepuluh tahun.



Sistem madrasah mula diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk semasa memerintah Iraq pada tahun 1056 M. Sistem pendidikan madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas. Sistem madrasah mempunyai dua tahap iaitu tahap permulaan dan pertengahan. Madrasah diawasi oleh mudir (guru besar), dan perjalanannya diselia oleh sebuah lembaga, jawatan kuasa kewangan dan lain-lain lagi.



Madrasah

Istana berfungsi sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan. Sejarah Melayu mencatatkan peranan Melaka sebagai pusat pengajian agama. Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan. Perkembangan pendidikan Islam di Melaka berkait rapat dengan kewujudan ramai ulama dan kehadiran pendakwah pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat Mereka datang ke Melaka kerana kerajaan menitik beratkan perkembangan ilmu pengetahuan. Minat pemerintah terhadap agama terbukti apabila kitab al-Dur al-Manzum kitab tasawuf karangan Maulana Abu Bakar diarak hingga ke balairung Istana . Istana berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Pendidikan di istana bukan sahaja melibatkan keagamaan tetapi juga hal yang melibatkan pentadbiran negara dan system pentadbiran.

Masjid dan surau turut berperanan menjalankan pendidikan formal. Masjid dan surau merupakan tempat yang paling ideal untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam kerana ia merupakan pusat pertemuan dan berkumpulnya masyarakat. Dalam pengajian ini, kanak-kanak diajar ilmu yang lebih formal seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang. Pada sebelah malam masjid dan surau menjadi pusat pengajian untuk orang dewasa.

Masjid dan Surau

Pondok

3

  

4

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosio Budaya

Kesenian

Bahasa dan Kesusasteraan  

 

 

  

Pengaruh yang paling ketara ialah tulisan jawi. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah suai huruf Arab dikenali sebagai tulisan jawi dan menjadi saluran bacaan dan penulisan. Perbendaharaan bahasa Melayu bertambah dengan pertambahan istilah baru daripada bahasa Arab. Pada tahap awal kesusasteraan berbentuk lisan seperti cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng. Setelah kedatangan Islam, penulisan karya berkembang dalam bentuk prosa dan puisi. Terdapat hikayat tentang Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat bulan berbelah. Hikayat tentang Nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.. Karya berbentuk puisi seperti Syair dahulu kala ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam dari Terengganu. Terdapat hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hassan Damsyik.

  

        

Bidang kesenian mempunyai bidang yang sangat luas rangkumannya. Sebelum kedatangan Islam, kesenian Melayu berasaskan tradisi Hindu-Buddha. Bidang seni bina memaparkan pengaruh HinduBuddha seperti yang terdapat pada candi-candi di Lembah Bujang, Candi Borobudur dan Candi Angkor Wat. Hasil ukiran dan arca menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara. Kedatangan Islam telah mengubah keadaan apabila unsur agama Islam dikaitkan dengan kesenian. Kesenian yang paling menonjol kepada orang Melayu ialah seni bina seperti Masjid yang mempunyai ciriciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga dan bumbung. Ketinggian dan cita rasa orang Melayu turut dipaparkan pada binaan rumah dan istana yang terdapat pelbagai hiasan dalam bentuk seni ukiran. Kesenian epigrafi dapat dilihat pada batu bersurat Terengganu. Seni tulisan Khat (Kaligrafi) digunakan sebagai hiasan dimasjid, barang tembikar, mata wang dan lain-lain. Orang Melayu turut meminati persembahan merangkumi bidang muzik, tarian, drama, nyanyian, dan wayang kulit. Selepas kedatangan Islam, ia diteruskan tetapi disesuaikan berasaskan ajaran Islam. Pengaruh dari Asia Barat seperti tarian dabus di Perak, nyanyian nazam (naban) Terengganu, Melaka dan Pahang, seni dikir dengan iringan kompang dan kesenian ghazal di Johor.

Gaya Hidup   

       

Gaya hidup orang Melayu berubah daripada perubahan prinsip akidah, kepada syariah seterusnya akhlak. Perlantikan raja pembacaan cirri (kata-kata hikmat) ditukar kepada lafaz ikrar menyerupai proses baiah dalam Islam. Selepas Sultan mangkat penggantinya akan dilantik sebelum adat istiadat pemakaman ditiru daripada zaman khalifah Bani Umaiyah. Kesan ajaran Islam dapat dilihat dari segi hubungan dan pertalian kekeluargaan yang rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati. Pangilan dan gelaran tertentu terhadap orang yang lebih tua seperti Pak Long dan Mak Long. Orang Muda hendaklah menghormati yang tua , merendahkan suara ketika bercakap. Tetamu dihormati dan dihidangkan makan dan minuman.Ungkapan Bismillah dibaca sebelum makan dan minum. Adat berziarah memberi salam, ketika bersalaman yang muda mencium tangan orang yang lebih tua. Majlis perkahwinan dijalankan secara Islam termasuk berkhatan dan majlis khatam. Amalan gotong-royong ditekankan berasaskan kepada konsep Bersatu teguh bercerai roboh..

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi



 

 

  



Perdagangan Perdagangan sejak abad ke-12 hingga ke18 yang melibatkan lautan Hindi dan China Selatan didominasi oleh saudagarsaudagar Islam. Secara tidak langsung telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di alam Melayu. Orang Melayu terlibat dalam perdagangan kerana Islam turut menyarankan aktiviti perdagangan kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dalam bidang perniagaan. Perdagangan adalah merupakan aspek penting pengislaman alam Melayu. Untuk memastikan perdagangan berjalan lancar, Melaka mewujudkan jawatan Laksamana untuk menjaga urusan kelautan dan syahbandar sebagai ketua pelabuhan Melaka telah memperkenalkan undangundang laut dan system sukat timbang. Dalam urusan perdagangan, kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli. Kejatuhan Melaka ditangan Portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang Melayu, aktiviti perdagangan diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu sehingga kurun ke-17. Sepanjang abad ke-17 dan 18, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi pusat perdagangan.

     

      

Mata Wang Sistem mata wang digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan dan jual beli. Sistem mata wang menjadi alternatif kepada system tukar barang. Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mata wang timah berbentuk bulat dan beratnya satu kati lapan tahil. Mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan. Di Johor mata wang timah dikenali sebagai wang katun berbentuk bulat atau segi enam, tidak mempunyai tarikh tetapi tertera tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil. Negeri Kedah mempunyai mata wang timah berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin. Mata wang digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad yang ke-16. Mata wang emas Johor yang tertua bertarikh 1527 pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riaayat Shah. Di Kelantan mata wang emas digelar kijang kerana terdapat gambar kijang. Mata wang emas Johor dikenali sebagai kupang. Tiap-tiap mata wang tertera nama raja yang memerintah dan di belakangnya tertulis gelaran sultan seperti Khalifatul Muslimin. Pada masa itu, pedagang Eropah menggunakan wang perak, manakala pedagang India, China dan Arab menggunakan emas atau wang emas.

5

    

 

   

Percukaian Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu. Cukai merupakan sebahagian pendapatan kerajaan kemudian disalurkan untuk pembangunan negara. Perkembang system percukaian di Melaka seiring dengan dengan kepesatan perdagangan. Di Melaka para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai. Cukai terbahagi kepada beberapa jenis iaitu cukai tetap (eksport) dikenakan kepada pedagang India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu sebanyak 6% daripada nilai barangan yang dibawa, pedagang Jepun dan China pula dikenakan cukai sebanyak 5%. Sesetengah barang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan. Orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3% dan orang asing lain dikenakan cukai 6%. Amalan riba tidak dibenarkan dalam urusan perdagangan orang Islam. Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka. Penegasan amalan riba terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Pahang. Golongan kaya dan berkemampuan disarankan supaya membayar zakat.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF