bab10.pdf
October 8, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Short Description
TINGKATAN 4 BAB 10...
Description
Dasar British dan Kesannya terhadap ekonomi negara Pengenalan
Zaman awal Tanah Melayu telah dikenali sebagai Suvarnabhumi (Bumi Emas) Banyak pelabuhan penting muncul di sepanjang Selat Melaka menjadi tumpuan pedagangpedagang India, China dan Eropah. Perubahan ekonomi di Eropah telah mendorong kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang kaya dengan bahan mentah. Pertapakan kuasa Barat telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti getah, tebu, tembakau dan kelapa sawit. Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah memberikan kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi, politik dan social masyarakat tempatan.
Ekonomi Sara diri
Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti memungut hasil hutan, menternak binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan. Pengeluaran dalam bentuk skala kecil, menggunakan teknologi mudah, modal yang kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil. Lebihan pengeluaran digunakan oleh keluarga atau kumpulan masayarakat untuk kenduri kendara, tukar barang dan bayaran zakat. Adakalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan bekalan makanan. Masyarakat Melayu juga menanam ubi, kelapa dan pisang. Untuk menambah sumber bekalan makanan masyarakat Melayu menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau.
Ekonomi Tradisional
Teknologi
Peralatan asas yang digunakan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar mereka contohnya dalam penanaman padi mereka menggunakan peralatan seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala. Sistem pengairan yang mudah dari sumber sungai atau hujan. Dalam kegiatan menangkap ikan peralatan yang digunakan mudah dan bergantung kepada kawasan penangkapan ikan sama ada di laut, sungai atau sawah padi. Kaedah yang digunakan adalah dengan tali kail, bubu dan jala. Teknologi yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam kegiatan ekonomi sara diri bergantung kepada tenaga binatang atau manusia dan bukannya mesin. 1
Ekonomi Dagangan Pengenalan
Ekonomi dagangan bermaksud kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan eksport. Pengeluaran dalam jumlah yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar, teknologi moden dan pasaran yang lebih meluas. Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun dan India sejak sebelum kedatangan British. Masyarakat Melayu juga menggunakan bijih untuk membuat gendang gangsa, alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
Perlombongan bijih sebelum kedatangan British.
Kebanyak lombong dikuasai oleh pembesar Melayu dan diusahakan oleh buruh-buruh tempatan. Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan sungai. Antara pembesar yang memiliki kawasan lombong bijih termasuklah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat (Selangor), Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar dan Datuk Muda Linggi (di Sungai Ujong)
Kegiatan Ekonomi selepas kedatangan British.
Buruh
Buruh luar dibawa masuk kesan perkembangan perusahaan perlombongan bijih. Buruh luar dari China telah dibawa masuk pada pertengahan kurun ke-19. Buruh China juga diperlukan untuk sector perladangan.
Penguasaan British terhadap pelabuhan utama telah mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat terutama di kawasan yang kaya dengan bijih timah dan tanaman getah. Kepesatan kegiatan British dan dasar pertaniannya telah menyebabkan aktiviti ekonomi tradisional terutama di kawasan luar Bandar terpinggir dan ketingalan. Ini telah mewujudkan dua jenis ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Penumpuan kepada aktiviti ekonomi di Pantai Barat telah menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di Pantai Timur. 2
Sistem Pertanian Komersial
British memberi penekanan kepada pertanian berasaskan eksport. Pertanian komersial memberi sumbangan kepada pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu. Tanaman komersial yang digalakkan ialah ubi kayu, kopi gambir, lada hitam dan tembakau Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar, gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui system kangcu. 1860-an Johor mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Pada zaman penjajahan British, tanaman komersial banyak melibatkan para pemodal dari Eropah dan China. Mereka menguasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi serta konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama. Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri, ini mewujudkan dwiekonomi. Pada kurun ke-19, British hanya memberi tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu. Pada kurun ke-20, pemodal British telah mengusahakan tanaman getah untuk tujuan eksport.
3
Perusahaan Getah
Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap getah akibat perkembangan industri membuat kereta.
H.N Ridley telah memperkembangkan perusahaan getah. Ridley telah menyakinkan para peladang untuk menanam getah dan mengagihkan benih getah secara percuma. Ridley juga telah memperkenalkan teknik torehan ibidem yang lebih sesuai.
Perkembangan infrastuktur seperti jalan raya dan kereta api dibina menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran untuk kemudahan golongan pengusaha.
Perkembangan industri pembuatan seperti kasut, tayar basikal dan peralatn elektrik meningkatkan permintaan terhadap getah. Ini menyebabkan harga getah melabung tinggi dan menjadikan perusahaan getah merupakan perusahaan yang penting di Tanah Melayu.
.
British telah membawa buruh pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah. Tujuan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh.
Galakan dan sokongan British memainkan peranan penting perluasan kawasan tanaman getah. British menyediakan kadar sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.
Zaman Kemelesetan ekonomi dunia telah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran dunia 1929-1932. Nilai eksport getah mulai pulih selepas tahun 1934 disebabkan peningkatan permintaan dunia dan kawalan Negara pengeluar. Rancangan Sekatan Stevenson telah diperkenalkan bagi mengawal harga getah. Prinsip asal rancangan ini adalah untuk mengehadkan pengeluaran getah di kalangan Negara pengeluar. Rancangan ini dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928. 4
Industri Perlombongan
Perlombongan merupakan kegiatan ekonomi perdagangan penting masyarakat Melayu tradisional. Tanah Melayu kaya dengan pelbagai hasil galian seperti emas, bijih timah, arang batu, bauksit, antimony dan bijih besi sehingga digelar Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas. Bijih timah dan emas telah dilombong oleh masyarakat Melayu secara kecil-kecilan.
Bijih timah telah mendapat perhatian British kerana sector ini telah mendatangkan keuntungan yang lumayan akibat permintaan yang tinggi. Pemodal-pemodal Eropah kemudiannya telah melibatkan diri dalam perlombongan yang sebelum ini diusahakan oleh orang Melayu.
Pada awal abad ke-20, pelombong Eropah mulai menguasai industri perlombongan bijih timah. Pemodal Eropah berjaya menyaingi pemodal dari China kerana menyediakan modal untuk menggunakan kapal korek. Kelebihan yang ada pada pemodal Eropah telah membolehkan mereka menguasai sector pengeluaran bijih timah. Beberapa enakmen dan undang-undang telah diluluskan untuk membolehkan Kolonial British menguasai perusahaan melombong bijih timah.
Pengusaha China mula terlibat dalam sector perlombongan bijih timah mulai pertengahan abad ke19. Pada awalnya mereka diawasi oleh pembesar Melayu. Hasil bijih yang dilombong, dijual semula kepada pembesar Melayu. Harga bijih ditentukan sendiri oleh pembesar Melayu.
Terdapat pembesar Melayu mengambil jalan mudah untuk mendapat keuntungan dengan memajakan lombong mereka kepada saudagar-saudagar China dari negeri-negeri Selat. Ini disebabkan para pembesar Melayu tidak berupaya untuk menyediakan modal berbanding pemodal British. Penguasaan pemodal China dalam perusahaan perlombongan bijih timah merosot pada awal abad ke20, teutamanya selepas pengenalan kapal korek oleh pemodal Eropah.
5
Penggunaan tenaga Buruh luar
Pengenalan
Perkembangan perlombongan dan perusahaan getah telah menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi tempatan. Bagi mengatasi masalah ini British telah membawa masuk buruh India untuk bekerja di ladang dan buruh China untuk bekerja di lombong bijih timah.
Galakan kolonial British agar mereka berhijrah. Kedatangan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu
Faktor Kedatangan Buruh
Hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Kepesatan pembangunan Tanah Melayu akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah terdapat banyak peluang pekerjaan. Kestabilan politik yang wujud di Tanah Melayu telah menarik minat bukan sahaja pemodal malahan juga tenaga buruh.
6
Kemasukan Buruh China ke Tanah Melayu
system tiket kredit
Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung dari Negara China oleh Kheh-thau (ketua) Ketua akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China. Bakal imigran dikenali sebagai sinkheh. Golongan imigran diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran. Sin kheh membuat perjanjian akan menjelaskan hutang dengan bekerja dengan majikan tersebut dalam satu tempoh yang tertentu. Sin kheh akan diberi tiket menunjukkan pelabuhan yang akan dituju dan keterangan sama ada berhutan atau tidak. Apabila sampai di pelabuhan, mereka akan diambil oleh orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.
system pengambilan kakitangan
Majikan yang memerlukan tenaga buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh. Segala tambang dan perbelanjaan dibiayai oleh majikan. Pegawai terbabit akan memastikan buruh-buruh tersebut dihantar sehingga mereka sampai ke tempat majikan.
system pengambilan rumah kongsi.
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah mereka sampai ke rumah kongsi. Apabila buruh tersebut diserahkan kepada ketua rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui.
Pada tahun 1872, jawatan pegawai pelindung buruh dari Negara China telah diambil untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran China. Beberapa undang-undang dan tindakan telah diluluskan untuk membaiki system pengambilan buruh. Pada 30 Jun 1914, British telah memperkenalkan system pengambilan kakitangan ataupun system pengambilan rumah kongsi.
7
Kemasukan Buruh India ke Tanah Melayu
Sistem Buruh Bebas
Melalui sistem buruh bebas mereka akan datang sendiri dengan pembiayaan masingmasing. Kedatangan mereka diatur oleh orang perseorangan atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi. Apabila di Tanah Melayu mereka bebas untuk memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.
Sistem Kontrak
Majikan membiayai segala tambang dan perbelanjaan, sebagai balasan mereka akan bekerja dalam tempoh masa tertentu dengan bayaran yang paling minimum. Dalam system ini sering berlaku penindasan dan pemerasan terhadap. Sistem ini pernah dianggap sebagai satu bentuk perhambaan yang tidak ketara. Sistem ini kemudiannya digantikan dengan sistem kangani pada tahun 1907.
Sistem Kangani
Kangani bermaksud ketua, tandil atau mandur. Melalui system ini, seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan akan diberi lessen dan pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai ke Tanah Melayu. Kangani seolah-olah seperti pengurus agensi yang membawa buruh asing. Pada tahun 1938, system ini diharamkan kerana penyelewengan kangani.
8
Institusi Kewangan
Sistem mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman Sultan muzaffar Syah, mata wang emas, perak dan timah telah digunakan bagi tujuan melicinkan urusan perdagangan.
Mata Wang Awal
Terdapat pelbagai mata wang digunakan di Tanah Melayu selain di Melaka. Dinar emas telah digunakan di Kelantan, wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang. Kedatangan pedagang Eropah telah memperkenalkan mata wang asing di Tanah Melayu. Mata wang perak Sepanyol telah diperkenalkan pada tahun 1580 dan bertahan selama 300 tahun digunakan di Negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat. Pada tahun 1897, Lembaga Pesuruhjaya Wang ditubuhkan untuk mengeluarkan wang kertas bagi negeri-negeri Selat di bawah ordinan XIII. Wang kertas ini mula diperkenalkan pada tahun 1906. Hanya mata wang ini sahaja sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-negeri Selat.
Bank-Bank
Institusi Kewangan
Bagi mempercepat dan melicinkan urusan kewangan, pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank. Institusi kewangan ini telah menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur. Secara tidak langsung telah memaju dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah. Bank juga telah memperkenalkan system kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan faedah yang tinggi. Penubuhan institusi kewangan ini telah membolehkan dana dari luar Negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih cepat dan mudah. Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang kemudiannya menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin.
Bank yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank. Selepas perjanjian Pangkor lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu. The Chartered Bank ditubuhkan pada tahun 1875, Hong Kong and Shanghai Bank pada tahun 1894 dan Algemene Bank Nederland pada tahun 1899. Bank Eropah lebih mengutamakan pedagang Eropah. Pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkidmatan bank melalui orang tengah (komprador). Pemodal tempatan telah menubuhkan bank mereka sendiri. Pada tahun 1913, Kwong Yik Bank telah ditubuhkan, 1920 penubuhan Bank of Malaya di Ipoh, dan 1935 Ban Hin Lee ditubuhkan di Pulau Pinang. Di Sarawak, Kwong Lee Bank ditubuhkan pada tahun 1905, Sarawak Chinese Banking Corporation Limited tahun 1913 dan Ban Chiang Bank 1924. Orang Melayu menubuhkan Bank yang pertama 9 Malay National Banking Corporation pada tahun 1947 di Kuala Lumpur.
Perkhidmatan Insurans
Pengenalan
Perkhidmatan insurans yang penting pada masa itu ialah Insurans maritime, insurans kebakaran, insurans harta, insurans perniagaan dan kemalangan serta insurans nyawa. Abad ke-20, pengangkutan laut merupakan pengangkutan utama sector perdagangan. Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering menimbulkan masalah. Contoh pada tahun 1881,berlaku kebakaran yang hampir memusnahkan Bandar Kuala Lumpur dan pada tahun 1892, 100 buah kedai musnah dalam kebakaran di Ipoh.
Syarikat Insurans
Pada peringkat awal insurans di Tanah Melayu merupakan wakil syarikat asing yang beribu pejabat di luar Negara. Antara syarikat perwakilan yang terkenal di Tanah Melayu ialah Boustead and Company yang ditubuhkan di Pulau Pinang yang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England. Pada akhir abad ke-19, barulah ditubuhkan beberapa syarikat insurans tempatan seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang. Undang-undang insurans telah dikemaskini pada tahun 1917 oleh Kerajaan Inggeris. Berdasarkan kepada enakmen ini, insurans nyawa telah diasingkan daripada insurans kebakaran. Pada tahun 1948 enakmen ini telah digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans Kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
10
Dasar British Terhadap Pertanian
British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara langsung meninggalkan kesan yang positif terhadap masyarakat Melayu. Dalam sector pertanian British telah memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah yang mendapat pasaran yang baik diperingkat antarabangsa. British juga cuba mengkomersialkan tanaman tradisonal seperti tanaman gambir dan lada hitam. Tanaman ini diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari India dan China. Undang-undang tanah telah diperkenalkan dalam usaha untuk memastikan British terus menguasai ekonomi Tanah Melayu. Undang-undang tanah yang diperkenalkan ini bertujuan untuk menyekat tanah milik orang Melayu dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing. Bagaimanapun terdapat aspek-aspek yang tertentu dalam undang-undang ini menindas orang Melayu.
Undang-Undang Berhubung Tanah, Sebelum Kehadiran British.
Sebelum kehadiran British tanah tidak menjadi persoalan kerana wujud kawasan tanah yang luas dan kepadatan penduduk yang rendah. Segala hal yang berkaitan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi di atas tanah perlu mendapat kebenaran para pembesar Melayu. Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan kedudukan seseorang pembesar. Menurut undang-undang adat, tanah yang telah diteroka dan dikerjakan akan menjadi milik seseorang dan boleh diwarisi oleh generasi kemudian.
11
Undang-Undang Berhubung Tanah, Selepas Kehadiran British.
Penjajah telah mengubah cara pemilikan tanah. Sistem pemilikan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu dianggap tidak sesuai. System pemilikan tanah masyarakat Melayu dikatakan tidak mempunyai rekod dan catatan bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah. Sistem rekod dapat memudahkan urusan pentadbiran seperti cukai dan urus niaga seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian. Konsep Barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
British telah memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi. Negeri Melayu pertama yang memperkenalkan undangundang tanah ialah negeri Perak melalui Peraturan Tanah Perak 1879. Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan pada tahun 1891. Peraturan Tanah Sungai Ujong telah diperkenalkan pada tahun 1887.
Dasar kerajaan British telah membawa perkembangan ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu. Semua urusan jual beli, cukai dan sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang. Masyarakat Melayu di kawasan luar Bandar bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang. Ada orang Melayu terpaksa menjual tanah untuk melangsaikan hutang mereka.
British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan. Jenis cukai yang dikenakan bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki dan diusahakan. Pengenalan undang-undang tanah Barat telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu keseluruhannya. Undang-undang Barat menetapkan sesiapa yang berminat untuk mengusahakan kawasan tidak perlu mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu, tetapi mestilah membuat permohonan di pejabat tanah. Masyarakat tempatan juga perlu mendapat kebenaran dari Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan. Undang-undang Tanah British memberi kuasa sepenuhnya kepada residen menentukan jumlah konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
12
Akta Tanah Simpanan Melayu
Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu pada 25 November 1913. British berpendapat akta ini penting untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, social dan politik orang Melayu di Tanah Melayu. Tujuan akta ini untuk mengelakkan tanah orang Melayu jatuh ke tangan orang asing. Akta ini memberi kuasa kepada Residen untuk mengisytiharkan mana-mana tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu (TSM). TSM sebenarnya bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi penjajah. Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melayu. Kebanyakan kawasan Tanah Simpanan Melayu juga tidak subur, walaupun kawasannya besar. Sekiranya terdapat tanah yang subur, jumlah keluasannya terhad.
Akta Tanah Di Sarawak
Akta Tanah Di Sabah
Akta Tanah Sarawak (Land Order) telah diperkelakan pada tahun 1931 untuk melindungi hak milik tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha China untuk tujuan pertanian. Pada tahun 1933, Land Settlement Order telah dikuatkuasakan. Berdasarkan akta ini, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah tersebut kepada orang luar. Akta membahagikan Sarawak kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, kawasan tanah simpanan dan kawasan pedalaman. Golongan imigran hanya boleh mempunyai tanah campuran sahaja, secara tidak langsung, akta ini memberi perlindungan kepada tanah Peribumi.
Proklamasi III perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889. Peraturan ini menetapkan kepentingan hak milik tanah peribumi di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah. Semua urus niaga tanah dengan orang Eropah mesti dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk juga berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.
13
Dasar British Terhadap Pekebun Kecil
British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani. British telah memperkenalkan enakmen tanah padi yang melarang melarang tanaman getah di kawasan tanaman padi. Tujuannya untuk mengurangkan penglibatan orang Melayu sebagai pekebun kecil getah. Penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah pada peringkat awal tidak mendatangkan masalah kepada penjajah British. Sentimen ini berubah apabila berlaku kejatuhan harga getah di pasaran dunia pada tahun 1930-an. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan British memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah dengan mempekenalkan rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 menyebabkan pekebun kecil getah diberi kuota yang lebih rendah. Pekebun kecil getah ditekan kerana British menganggap mereka menjadi ancaman kepada pengusaha ladang.
Langkah British untuk meningkatkan harga getah telah memberi kesan negatif kepada pekebun kecil getah. Rakyat tempatan tidak berminat dengan tanaman padi kerana mengusahakan tanaman getah mendatangkan keuntungan yang lebih baik walaupun menghadapi pelbagai masalah. Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myanmar dan Indo-China. Untuk mengelakkan pergantungan yang berlebihan terhadap import beras dari luar, penjajah telah memperkenalkan beberapa dasar dan langkah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di kawasan tanah sawah. British juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada tahun 1930 bagi memperbaiki system perparitan dan tali air untuk membantu kegiatan penanaman padi.
Polisi British yang memberi galakkan kepada pelaburan Eropah melalui skim perladangan telah meminggirkan pekebun kecil di Tanah Melayu. Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil yang terdiri daripada orang Melayu. Ini menyebabkan pekebun kecil terpinggir dari aliran ekonomi. Tanpa bantuan teknikal dan modal, golongan pekebun kecil yang terdiri daripada orang Melayu jauh ketinggalan berbanding golongan yang mendapat bantuan kerajaan kolonial. Polisi penjajah tidak mengambil kira kepentingan golongan pekebun kecil dalam sektor pertanian di Tanah Melayu.
14
Kesan-Kesan Dasar Ekonomi
Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan berkembang menjdai Bandar. Akan berlaku pertambahan penduduk serta berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil perlombongan Antara bandar yang muncul ekoran kegiatan perlombongan bijih ialah Bandar Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban Bandar Miri berkembang ekoran perkembangan petroleum.
Pembandaran
Perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar
Perkembangan pesat ekonomi telah membawa kepada perkembangan Bandar. Kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi berkembang menjadi Bandar.
Bandar-bandar yang baru muncul berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pusat pentadbiran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih, pusat kesihatan dan institusi kewangan seperti bank. Kebanyakan kawasan Bandar lebih banyak didiami oleh orang China berbanding orang India dan Melayu. Masyarakat Melayu terdapat di kawasan perkampungan manakala orang India di kawasan lading getah.
Perkembangan system pengankutan dan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan Bandar seperti Kuala Lumpur. Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar besar kerana kedudukannya yang strategic. Ia menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain membabitkan infrastuktur jalan raya dan jalan kereta api utama. Peningkatan hasil pengeluaran getah dan bijih timah telah menjadikan Pelabuhan Kelang, Melaka dan Pulau Pinang menjadi pelabuhan yang penting. Bandar Kuching berkembang sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam sejak tahun 1840-an. Pembinaan infrastuktur penjajah British tertumpu di kawasan yang mempunyai keuntungan ekonomi kepada mereka. Kesannya kawasan Pantai Barat Tanah Melayu dibangunkan berbanding kawasan Pantai Timur kerana kawasan Pantai Barat mempunyai sumber bahan mentah yang banyak. 15
Masyarakat Berbilang Kaum
Pembentukan
Petempatan
Masalah
Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat lebih ramai golongan imigran berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman penjajah. Dasar penjajah yang menggalakan kemasukan buruh asing untuk menampung keperluan tenaga kerja telah menyumbang kepada pertambahan jumlah kedatangan imigran China dan India. Imigran China di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah bertambah dari 163,000 orang pada tahun 1891 kepda 300,000 orang pada 1901. Di Negeri-negeri Selat dalam tempoh yang sama telah berkembang daripada 228,000 orang kepada 282,000 orang.
Kewujudan masyarakat berbilang kaum ini telah menyebabkan wujud pertempatan dan jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum. Orang Melayu yang menjalankan kegiatan pertanian tinggal di kawasan luar bandar. Orang India yang kebanyakan menjadi penoreh getah tinggal di kawasan estet. Orang China yang bekerja di lombong dan berniaga tinggal di kawasan bandar. Bahasa pertuturan yang digunakan di antara kaum adalah berbeza antara satu sama lain.
Pada zaman penjajah tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas. Perkara ini telah menyulitkan proses mewujudkan perpaduan nasional dalam usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas mencapai kemerdekaan. Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan kita terpaksa bertungkus lumus berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum berdasarkan fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dan Negara.
16
Sistem Pendidikan Vernakular
Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah
Sekolah Vernakular China
Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok. Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab dan hukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Sekolah Vernakular Melayu
Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat. Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura 1856. Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsar dan Batu Gajah (1884). Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeri Selat pada tahun 1885. Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnya terbatas. Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapa mereka. Maktab Perguruan Sultan Idris dibina bertujuan melatih guru untuk sekolah Melayu.Tamil Sekolah Venakular Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) dibina untuk golongan elit. Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar. Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India. Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.
Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagar dari Negara China. Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa (1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari Negara China. Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina. Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.
Sekolah Vernakular Inggeris
Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana ia terletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusun berasaskan system pendidikan di England. British juga membina Universiti Malaya di Singapura, walaupun agak terlewat. 17
Sistem Pendidikan Vernakular Pendidikan Sebelum Zaman Penjajah
Sebelum kedatangan penjajah system, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, , masjid dan sekolah pondok. Mereka belajar membaca dan memahami al-Quran, bahasa Arab dan hukum agama serta menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Sekolah Vernakular Melayu Selepas kedatangan penjajah, sekolah vernakular Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat. Sekolah Melayu pertama ialah Sekolah Melayu Teluk Belanga di Singapura 1856. Sekolah Melayu seterusnya di Seberang Prai (1871), Kuala Kangsar dan Batu Gajah (1884). Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri-negeri Selat pada tahun 1885. Sekolah Melayu hanya dibina peringkat rendah dan kurikulumnya terbatas. Ia bersesuaian dengan cita-cita penjajah menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapa mereka. Maktab Perguruan Sultan Idris dibina bertujuan melatih guru untuk sekolah Melayu. Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) dibina untuk golongan elit. Sekolah Venakular Tamil Sekolah vernakular Tamil dibina oleh penjajah di Bandar. Pihak pengurusan ladang membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekananda (1912) di Seremban berorientasikan pendidikan di Negara India. Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.
Sekolah Vernakular China
Sekolah vernakular China dibiayai oleh saudagar dari Negara China. Pendidikan China seperti Sekolah chung Hwa (1914) dan Sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan. Guru, buku dan sukatan pelajaran datangnya dari Negara China. Pada tahun 1920, kerajaan British mewartakan enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina. Melalui enakmen ini, segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina dikawal oleh British.
Sekolah Vernakular Inggeris
Sekolah vernakular Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya diusahakan oleh Mubaligh Kristian dan badan sukarela. Sekolah Inggeris dianggap sekolah elit kerana ia terletak di kawasan Bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan. Sukatan pelajaran sekolah Inggeris disusun berasaskan system pendidikan di England. British juga membina Universiti Malaya di Singapura, walaupun agak terlewat. 18
Sektor Perkilangan
Sebelum abad ke-20 ekonomi British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah terutama getah dan bijih timah. Semua barangan perkilangan yang diperlukan di Tanah Melayu telah diimport. Barangan perkilangan yang diimport telah memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu.
Perusahaan Berasaskan Getah
Perusahaan Berasaskan Bijih Timah
Pada tahun 1923, Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua buah kilang yang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China. Kilang yang berasaskan getah juga telah dibina di Setapak, Selangor dan di Tapah, Perak. Kilang Kasut Bata telah ditubuhkan di Klang, Selangor untuk membuat kasut getah. Syarikat Fung Keong di Klang, Selangor dan Kinta Rubber Works di Ipoh, Perak mengeluarkan barangan yang berasaskan getah.
Perusahaan Mengetin
Syarikat United Engineers telah mendirikan kilang untuk membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah. Syarikat Straits Trading Company menjalakan perusahaan melebur bijih timah.
Perusahaan kalengkalengan telah diasaskan di Johor oleh seorang berbangsa Perancis. Perusahaan yang berpusat di Johor ini telah menghasilkan nanas di dalam tin untuk dieksport.
Secara umumnya kebanyakan kilang dimiliki dan diusahakan oleh pemodal Eropah atau orang China. Orang Melayu terus tercicir dan ketinggalan. Tindakan pemerintah untuk membanyakkan penglibatan orang Melayu dalam sector perindustrian dan perniagaan mulai tahun 1970-an adalah wajar untuk mengimbangi kedudukan ekonomi antara kaum. 19
Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian telah menyebabkan perkembangan system perhubungan dan pengangkutan. Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan udara turut diwujudkan. Dengan system perhubungan ini, hubungan dengan Negara luar semakin cekap.
Jalan Kereta Api
Jalan Raya
Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan kereta api telah dibina pada tahun 1885 menghubungkan Taiping dengan Port Weld. Jalan kereta api lain turut dibina menghubungkan kawasan perlombongan dengan pelabuhan seperti Kuala Lumpur ke Port Swettenham (1889), Seremban ke Port Dickson (1891), Ipoh dengan Tapah kemudian ke Teluk Anson (1895). Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan telah dihubungkan dengan perkhidmatan kereta api. Jalan kereta api menguhubungkan Seberang Prai dengan Siam siap pada tahun 1918. Pada tahun 1931, jalan kereta api Pantai Timur menghubungkan Gemas, Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam siap dibina. Menjelang 1923, jalan kereta api Tanah Melayu telah dihubungkan hingga ke Singapura. Pembinaan jalan kereta api telah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah.
Jalan raya berasal daripada jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah kemudian ditukar dengan jalan berturap dan tanah merah. Pembinaan jalan raya semakin berkembang terutamanya dikawasan perlombongan bijih timah dan getah. Menjelang tahun 1895, Perak dan Selangor mempunyai rangkaian jalan raya sepanjang 2400 km. Pengenalan kenderaan bermotor menyebabkan kegunaan jalan raya semakin popular. Pada tahun 1911, jalan raya Seberang Prai Melaka telah disiapkan. Jalan raya menghubugkan Perlis dan Singapura telah disiap dibina antara tahun 1911 hingga tahun 1928. Untuk menghubungkan pantai Timur dengan pantai Barat, Jalan raya Kuala Lumpur dengan Kuantan dibina. 20
Perkhidmatan Kesihatan
Hospital dan Pusat Kesihatan
Institut Penyelidikan Perubatan
Kerajaan British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan bertujuan untuk mengawal penyakit. Hospital awal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur pada tahun 1898. Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang 29 buah pusat perubatan di Perak dan di Kuala Lumpur. Di Perak, hospital telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar. Di negeri-negeri lain pusat kesihatan kecil telah dibina, misalnya 14 buah pusat kesihatan di Selangor, 2 buah di Pahang 3 buah di Negeri Sembilan.
Hospital dan Pusat Kesihatan di Sabah dan Sarawak
Di negeri Sabah, beberapa buah hospital telah dibina di Jesselton, Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau. Di negeri Sarawak, perkhidmatan perubatan tertumpu di bahagian Kuching sahaja. Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Sanitary Board
Hospital Swasta
Terdapat juga hospital yang dibina dengan pembiayaan atau sumbangan orang perseorangan. Hospital Tung Shing (swasta) di Kuala Lumpur dibina untuk memberikan perkhidmatan kesihatan khususnya kepada pekerja lombong bijih yang terdiri daripada kalangan imigran China.
Kerajaan British juga menjalankan usaha untuk mengawal penyakit. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1900. Institut ini bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil.
British juga menitikberatkan kebersihan dan kesihatan awan di kawasan bandar. Sanitary Board telah ditubuhkan pada tahun 1890-an untuk mengawasi kebersihan dan kesihatan di kawasan bandar di Kuala Lumpur. Lembaga seperti ini turut dibina dibeberapa Bandar di Perak. Pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board telah dipecahkan kepada dua bahagian. Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar diteruskan oleh Sanitary Board sehingga perang Dunia ke-2. Tanggungjawab kesihatan diambil alih oleh Jabatan Kesihatan. 21
22
View more...
Comments