bab 9.pdf

September 13, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 9...

Description

b

Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa

Sebab   

 

 

Faktor politik kemunculan Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Negara kecil bergabung membentuk sebuah Negara bangsa contoh Jerman dan Itali. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masingmasing. Persaingan berlaku akibat imperialisme baru untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan siap. Sebab semerta yang mencetuskan Perang Dunia I ialah pembunuhan Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya. Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang ke atas Serbia. Britain yang bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan dan meminta pertolongan Amerika

9.1 Konflik Antarabangsa Perang Dunia Pertama 1914-1918

Kesan   

     

Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Perjanjian Versailles mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa Negara baru. Perjanjian Versailles membawa kepada pembentukan Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta menjamin keselamatan bersama. Negara berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan yang tinggi. Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion, Kuasa Tengah US$60 bilion. Berlaku inflasi dan pengangguran. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika dan Jepun. Britain kehilangan 1/3 perdagangan luarnya. Kesan social, kehilangan nyawa yang ramai

Perang Dunia Kedua 1939-1945 Sebab









     

Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan maslah Perang Dunia I. Jerman tidak puas hati dengan perjanjian kerana kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi. Adolf Hitler menguasai Jerman dan membesarkan angkatan tentera. Di Rusia Vladimir Lenin mengukuhkan ideology Komunis, kematiannya digantikan oleh Joseph Stalin. Di Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis. Di Timur, Jepun berasa bertanggungjawab membebaskan Negara Timur daripada dijajah. Kemelesetan ekonomi Amerika, menyebabkan Negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan. Di Jerman mengukuhkan tentera dan menjalankan dasar perluasan kuasa.

Proses Perang 

  

Meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat, USSR menyerang Poland dari Timur. Perancis dan Britain mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour di Hawaii. Perang Dunia II muncul Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis, Amerika dan Soviet Union, manakala Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Kuasa Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada bulan Mei 1945. Amerika menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki untuk mengelakkan peperangan yang lebih lama.

Kesan Perang Dunia II     

Negara Jerman terbahagi dua, Jerman Timur dan Jerman Barat. Keruntuhan system imeperialisme Barat dan satu demi satu tanah jajahan mencapai kemerdekaan. Peperangan menyebabkan korban nyawa yang tinggi. Menimbulkan kesedran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa.

9.1.2 Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin

Pengenalan  

     

Blok Dunia merujuk kepada Negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok Dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.

Kesan Perang Dingin Perang Dingin berlaku sejak tamat Perang Dunia II sehingga tahun 1989 apabila Soviet Union hancur. Perang Dingin berlaku akibat perbezaan ideologi dan fahaman politik. Blok kapitalis diketuai oleh Amerika dan blok komunis diketuai oleh Soviet Union. Kedua-dua blok berusaha untuk menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia. Negara Dunia Ketiga mengamalkan sikap berkecuali. Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.







Pembentukan Pakatan NATO, Pakatan WARSAW dan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau SouthEast Asia Treaty Organization (SEATO) serta perlumbaan senjata. Konflik antarabangsa telah membawa perubahan yang ketara dari segi politik, ekonomi dan social kepada Negara Eropah, Asia, Afrika, Asia Barat dan Amerika Latin. Peluang dan juga cabaran terutamanya kepada Negara baru dalam usaha membina identiti yang tersendiri.

Faktor Sejarah  Hubungan luar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berbentuk hubungan perdagangan.  Pada masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan dengan Negara-negara di Kepulauan Melayu  Setelah mencapai kemerdekaan menyertai Komanwel kerana Malaysia sedang diancam oleh komunis.  Malaysia menjalankan dasar luar proBarat dan anti komunis.

Faktor Ekonomi  Malaysia merupakan Negara pengeluar getah dan bijih timah.  Terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan British dan Amerika.  Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal dari Negara tersebut.  1980-an, melalui Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia menggalakan pelaburan Asing dari Jepun dan Korea.  Malaysia juga berbaik dengan Negara membangun dan Negara Islam

9.2 Peranan dan Sumbangan Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

9.2.1 Dasar-Dasar Luar Malaysia Faktor Politik  Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan Negara masingmasing.  Dasar Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.  Malaysia juga berpegang kepada prinsip-prinsip dan piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu bagi memelihara keamanan dunia.  Malaysia tegas menyokong semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

Faktor Geografi  Malaysia mempunyai kedudukan yang strategic di Asia Tenggara dan bersempadan dengan kebanyakan Negara rantau ini.  Perairannya menjadi laluan kapal perdagangan dunia.  Keselamatan Negara serantau mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

Faktor Demografi  Majoriti penduduk Tanah Melayu beragama Islam. Oleh itu menjalinkan hubungan baik dengan Negara-negara Islam  Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Israel disebabkan dasar Negara itu menceroboh dan menindas rakyat Palestin.  Malaysia menentang dasar apartheid yang diamalkan Afrika Selatan.  Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatic sehinggalah undang-undang tersebut dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Politik

    



Tahap Pertama : Tunku Abdul Rahman

Dasar Pro Barat dan anti komunis serta berbaik-baik dengan jiran dan Negara komanwel. Tunku Memerlukan bantuan dari Negara-negara komanwel untuk menyekat pengaruh komunis. Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan InggerisTanah Melayu pada tahun 1956. Menurut perjanjian ini British akan membantu Tanah Melayu sekiranya diserang oleh mana-mana Negara. Dasar Malaysia berbaik-baik dengan Negara jiran selepas timbul krisis dengan Negara jiran sebaik-baik Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu konfrantasi dengan Indonesia 1963-1965, putusnya hubungan diplomatic Malaysia Filipina 1963-1965 dan Singapura keluar dar Malaysia 1965. Usaha berbaik dengan jiran ini dapat dibuktikan dengan Perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA)1961, Perjanjian MAPHILINDO 1962 dan pembentukan ASEAN pada tahun 1967

    

Ekonomi

Malaysia bergantung kepada Britain untuk menjaga kepentingan ekonomi. Hal ini disebabkan Malaysia menjadi anggota blok sterling dengan menjalankan perdagangan dengan dengan nilai pound sterling. Malaysia masih bergantung kepada bijih timah dan getah dan mengharapkan permintaan sepenuhnya dari Negara-negara Barat. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam sector perladangan dan perindustrian Untuk mengurangkan pergantungan, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula menjalankan perdagangan dengan Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat.

Tahap Kedua : Tun Abdul Razak

    





Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Mulai tahun 1970-an, Malaysia mula mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar disebabkan kurangnya kurangnya peranan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu dan pengaruh British di Timur. Perubahan dasar disebabkan berlaku pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China. Malaysia bersama Negara-negara ASEAN mengisytiharkan konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Kesungguhan Malaysia berbaik-baik dengan semua negara terutama negara jiran jelas kelihatan apabila menjalinkan hubungan diplomatic dengan Vietnam pada tahun1976. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia juga dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

    

 

Tahap Ketiga : Tun Hussien Onn

Malaysia meneruskan dasar tahap kedua dengan memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi. Ia berkaitrapat dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Malaysia menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN terutama dalam menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. Malaysia telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982 dengan menjadi Korea dan Jepun sebagai model pembangunan negara. Dasar ini menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menggunakan nilai-nilai baik seperti semangat cinta negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Negara-negara lain menerusi lawatan pemimpin Negara ke Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Semasa lawatan, misi perdagangan Malaysia turut serta dan menjalinkan perdagangan dua hala.

Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa Negara Komanwel

 

Ditubuhkan pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada Negara bekas tanah jajahan Britain yang telah merdeka. Komanwel dianggotai oleh 54 buah Negara maju dan juga Negara sedang membangun.

Matlamat



Membina semangat setia kawan dalam kalangan Negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Faedah yang dicapai

   

Negara komanwel membantu memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa berkonfrantasi dengan Indonesia. Menjalinkan kerjasama pertahanan dengan Negara anggota. Mesyuarat CHOGM di Malaysia 1989, telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.

Sumbangan Malaysia

 

 

Menyuarakan tentangan terhadap dasar apartied di Afrika Selatan. Dari segi perdagangan eksport Malaysia ke Negara-negara komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah Rancangan Colombo menyediakan kemudahan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Malaysia telah berjaya mendapatkan hak menganjurkan sukan Komanwel pada tahun 1998.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF