Bab 6 Pembinaan Negara Bangsa Dalam Persekitaran Kepelbagaian Sosiobudaya Di Sekolah
May 4, 2019 | Author: Nuna Wawa | Category: N/A
Short Description
-...
Description
PEMBINAAN NEGARA BANGSA DALAM PERSEKITARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAY SOSI OBUDAYA A DI SEKOLAH
KONSEP NEGARA BANGSA Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh keraj ajaa aan n manakala ba ban ngsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri.
Justeru, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti dan menjurus kepada negara yang berdaulat dengan rakyat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara. Semangat kenegaraan ini
boleh ditanam melalui simbol-simbol seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya. Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganeraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Negara bangsa di Malaysia berakarumbikan semangat perpaduan. Konsep negara bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan
Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad . Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai negara maju menjelang 2020. CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA BANGSA Isu Bahasa Persoalan kepentingan bahasa Melayu disamping keperluan bahasa-bahasa lain.
Kewajaran Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang kini melampaui batas kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya dan juga bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina, India dan sebagainya. Cabaran kedua ialah dari segi penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Orang Melayu sendiri dilihat kurang memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Contoh ..... Turut berlaku apabila kaum lain terus berusaha memartabatkan bahasa ibunda mereka sendiri tanpa mengambil kira cabaran yang lain. Ini menjadikan usaha membina negara bangsa semakin sukar.
Isu Kebudayaan Setiap budaya mewakili identiti sesuatu kaum etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian budaya dibawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai kerana semua kaum takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing. Cabaran seterusnya ialah sistem pendidikan yang langsung tidak menyokong usaha untuk mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan kelompangan berkaitan memertabatkan kebudayaan dalam kalangan pelajar.
Sistem pendidikan zaman penjajah masih dipraktikkan sehingga ke hari ini. Meskipun telah ada pembaharuan dalam aspek-aspek tertentu tetapi masih lagi wujud lagi konsep dan kaedah yang diteruskan sejak dari zaman penjajah. Contohnya, sekolah vernakular masih lagi wujud Isu demokrasi Parti-parti politik yang wujud dilihat lebih memperjuangkan kaum masing-masing seolaholah menidakkan kepentingan nilai perpaduan. Contohnya UMNO untuk kaum Melayu, MCA bagi kaum Cina, MIC bagi kaum lndia dan sebagainya.
INISIATIF DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA Beberapa inisiatif perlu dilaksanakan terutamanya di sekolah-sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya Mempertingkatkan Semangat Patriotik dan Cinta akan Negara serta Warisan Bangsa dalam Kalangan Murid : -melalui perayaan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan dengan kepelbagaian tema dengan membawa mesej kepentingan hidup dalam masyarakat berbilang kaum, budaya “
”
dan agama, hidup bersatu-padu, saling menghormati supaya dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian. -contoh-contoh lain aktiviti yang berkaitan .. sila nyatakan .... Meningkatkan Tahap Kesedaran Murid Terhadap Perlembagaan Negara -kefahaman terhadap Perlembagaan Malaysia akan membantu meningkatkan suasana yang harmonis antara kaum. -aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke muzium, bangunan Parlimen dapat membantu meningkatkan kefahaman terhadap peranan ...
peranan Dewan Rakyat . -Sila layari website / google ... maklumat atau bahan berkaitan Perlembagaan Negara . Perbincangan akan diadakan pada kelas yang seterusnya. Mempertingkatkan Kefahaman tentang Semangat Kerjasama ke Arah Perpaduan dan Integrasi Kaum -mengalakkan murid berkomunikasi dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Aktiviti mengunjungi rumah terbuka semasa perayaan dapat menerapkan semangat perpaduan.
-aktiviti-aktiviti yang lain seperti melaksanakan projek-projek amali, pementasan, sambutan-sambutan majlis dan sebagainya. Pemantapan Kurikulum Sekolah dengan Meningkatkan Kefahaman Sejarah Negara -KPM mewajibkan semua murid lulus dalam subjek Sejarah di peringkat SPM mulai tahun 2013. -murid-murid belajar dan menghayati sejarah negara supaya dapat menghargai perpaduan dan keharmonian negara.
PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL Peranan guru dalam memupuk intergrasi nasional boleh dijelaskan dengan tugas dan tanggungjawab guru seperti :
Penerapan Nilai Murni Merentas Pengajaran dan Pembelajaran Peranan Guru dan Pembentukan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Murid Peranan dan Profesionalisme Guru dalam Pembinaan Integrasi Nasional Perbincangan / pandangan adalah terbuka ...
NEGARA BANGSA MALAYSIA DI MASA HADAPAN Dapat dicapai jika isu-isu ini dapat diselesaikan:
Isu bahasa Satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu bahasa melambangkan satu bangsa.
Isu kebudayaan Dasar Kebudayaan Negara yang bertindak sebagai pelindung kepada identiti semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat mampu untuk menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya. Isu pendidikan Penubuhan Sekolah Wawasan sebagai satu usaha merapatkan jurang pendidikan antara kaum.
Isu demokrasi Masyarakat kita perlu mengetahui hakikat sebenar perjalanan sistem demokrasi di Malaysia. Salah faham tentang sistem pentadbiran boleh mencetuskan perpecahan antara kaum. Penghayatan tentang sistem demokrasi yang telus perlu supaya negara boleh terus maju dalam usaha pembinaan bangsa Malaysia.
** Lain-lain isi yang berkaitan.
SEKIAN ....
SOALAN LATIHAN Apakah yang anda faham tentang Konsep negara bangsa ? Nyatakan peranan guru dalam membina semangat perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Bagaimanakah pembinaan negara Malaysia yang anda impikan akan tercapai?
Arahan penulisan : Individu Bertaip dengan font 12/ARIAL 1.5. Panjang penulisan .. 3-4 muka surat/A4.
View more...
Comments