Bab 3 Kemasan

March 11, 2018 | Author: nazuraain | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kemasan dalam pembinaan...

Description

BAB 3: KEMASAN

3.1

Pengenalan

Di dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikan sesebuah bangunan. Beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahanbahan yang digunakan, keadaan persekitaran dan juga pertimbangan kosnya. 3.2

Kemasan Lantai

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

3.2.1

Jejalur Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur yang digunakan mestilah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan jalur mestilah

tidak melebihi 100mm kerana papan yang terlalu lebar akan mengecut berlebihan ketika proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Kebiasaannya jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 6.1 menunjukkan pembinaan lantai jalur kayu. Rajah 6.1: Jejalur kayu dan kaedah pemasangan

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP.Thn 1994

3.2.2

Parket

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan kepingan kayu beroti yang disusunkan seperti dalam Rajah 6.2. Kayu ini dilekarkan pada kertas selebar 300mm X 300mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Terlebih dahulu

permukaan

parket

perlulah

diasahkan

dengan

menggunakan mesin canai sehingga rata dan licin. Apabila permukaan parket yang siap diasah dan bersih, ianya boleh dikemaskan dengan sampang, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas. Kemasan parket boleh dibahagikan kepada lima jenis utama; a. Jenis A – Ketebalanya ialah 10mm yang diperbuatan daripada kayu kempas, keranji atau meranti. Kayu-kayu ini diawetkan sebelum digunakan. Pembinaannya hendaklah menggunakan cara tanggam temu. b. Jenis B – Ketebalannya ialah 10mm, diperbuat daripada kayu jati dan dibina secara tanggam temu. c. Jenis C – Ketebalannya ialah 25mm dan diperbuat daripada kayu kempas, keranji dan meranti dan dibuat setelah ianya diawet. Ianya dibina dengan sambungan tanggam lidah dan lurah. d. Jenis D – Ketebalannya ialah 30mm diperbuat daripada kayu kempas, keranji dan dibuat setelah ianya diawet. Ianya dibina dengan sambungan tanggam lidah dan lurah. e. Jenis E – Ketebalannya ialah 30mm, diperbuat daripada kayu jati dan dibina dengan meggunakan sambungan tanggam lidah dan lurah.

Kemasan parket biasanya dibina pada kawasan-kawasan yang mementingkan corak seperti di dewan perhimpunan, ruang tamu dan bilik tidur. Perhatian yang teliti perlu dilakukan bagi menentukan kemasan tersebut tidak terdedah kepada air dan kelembapan. Rajah 6.2 : Parket dan jenis rekabentuk serta cara pemasanganya

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP.Thn 1994

3.2.3

Mozek

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan seperti campuran seramik, kaca dan mamar memalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300mm X 300mm. Bentuknya adalah segi empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen pasir 1:3 untuk meletakkan mozek di dasar konkrit. Dicelah-celah sambungan antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus (Rajah 6.3 dan Rajah 6.4). Jubin mozek digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga dan tandas.

Rajah 6.3 : Cara pemasangan jubin mozek

Jubin mozek

Sumber : Kerja Binaan Banguinan ( Hideo Izumida) DBP 1984

Rajah 6.5 : Rekabentuk dan jenis-jenis mozek

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan (Tan Boon Tong), DBP.Thn 1994

3.2.4

Ubin Tanah Liat (Clat Tiles)

Diperbuat daripada tanah liat semulajadi yang halus, iaitu dalam bentuk kepingan segi empat sama berukuran 75mm, 100mm, 115mm atau 150mm, tebalnya ialah 12.5mm. Jubin-jubin ini di atur atas lapisan setebal 20mm dan diturapkan betul-betul dengan cairan simen dan air. Kemasan ini mempunyai kualiti haus yang bagus dan tidak dirosakkan oleh minyak atau lemak. Ia juga tahan terhadap kebanyakkan asid perdagangan dan alkali. Lantainya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan, tetapi bising dan sejuk.

3.2.5

Jubin Konkrit (Concrete Tiles)

Dibentuk daripada campuran simen warna dan batu baur bahan haus, dibekukan atas pelapik konkrit biasa dalam acuan keluli dan ditekankan. Jubin ini dihasilkan mengikut saiz daripada 100mm hingga 305mm segi empat sama setebal 16mm hingga 39mm. Jubin konkrit biasanya mempunyai bahagian bawah berlidah, diletak dan diikat betul-betul dengan mortar simen atas lantai konkrit bersih dan menonjolkan kemasan yang begitu menarik. Lantai seperti ini senang dibersihkan jika membasuhnya. Kemasan ini banyak digunakan di sekolah, kedai, dewan pameran, kantin dan kilang di mana permukaan lantai yang tahan haus dan menarik diperlukan.

3.2.6

Jubin PVC

Jubin ini biasanya tidak mempunyai lapisan guni dan di kilangkan daripada damar polivinil klorida sebagai bahan utama bersama dengan pelikat dan pewarna. Ia dipotong menjadi jubin segi empat sama berukuran 225mm, 305mm dan 455mm, tebalnya ialah 1.2mm hingga 3.2mm Ia dihasilkan dengan rupa siap berkilat dan usam, berwarna daripada warna biasa sehingga kepada warna seperti marmar. Ia agak hangat, tahan dan telap kepada air, minyak, gris, petrol, alcohol, kebanyakkan bahan kimia dan tidak mudah terbakar, tetapi api rokok memberi kesan buruk yang kekal kepada jubin ini. PVC juga mudah tergaris dan tercalar. Ia sesuai dilekatkan dengan simen kepada semua bentuk lantai dengan syarat

lantai

itu

kering,

aras

dan

tidak

tertakluk

pada

pengembangan dan pengecutan. Selain itu jubin ini juga sesuai untuk tangga, dinding, pintu, hiasan atas permukaan meja dan perabot.

3.3

Tugas setiap unit Bahagian Jalan

3.3.1 Unit Projek Jalan a) Menaikkan taraf jalan sedia ada ke taraf yang lebih baik kemudahan orang terutama dari segi lebar,lurus dan struktur. b) Membina jambatan,jalan dan system pembentungan yang baru c)

Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan sector swasta yang melibatkan jalan.

3.3.2

Unit Pembangunan Tepi Jalan a) Memproses permohonan dan memberi jawapan kepada Pengarah Tanah dan Galian,pentadbiran Tanah Daerah,Badan-Badan Berkuasa Tempatan,Agensi-agensi yang terlibat seperti LAP,TNB,STM dan orang-orang persendirian yang melihat segala aktiviti di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. b) Unit ini diguna pakai untuk memberi kelulusan jalan keluar / masuk dan papan tanda dan / atau khidmat nasihat pembangunan tepi jalan dalam memproses permohonan pembangunan tepi jalan Negeri dan Persekutuan yang diterima daripada pemohon. c) Jenis-jenis permohonan yang berbentuk kelulusan seperti permohonan mendirikan papan tanda dan permohonan kelulusan persimpangan jalan keluar / masuk ke industri,skim perumahan dan juga stesen minyak. d) Jenis-jenis permohonan yang berbentuk khidmat nasihat adalah seperti tukar syarat tanah milik kepada industri,skim perumahan dan juga stesen minyak. e) Permohonan tanah kerjaan / pecah sempadan bagi industri,skim perumahan,stesen minyak,pertanian / ternakan,bangunan / bengkel dan kauri. f)

Permohonan lombong pasi / tanah merah / kauri.

g) Permohonan membangun tanah persendirian.

3.3.3

Unit Penyelenggaraan Jalan a) Merangkumi kerja penyelenggaraan jalan raya dan jambatan kerajaan yang sedia ada ke taraf yang lebih memuaskan dan selamat pada pengguna b) Membaru muka jalan dan menampal lopak-lopak di muka jalan.

c) Menyelenggara bahu jalan dan memotong rumput d) Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan. e) Membersih,membaiki dan membina semua jika diperlukan ke atas pembentung,jambatan dan longkang tepi jalan. f)

Membersih,membaiki dan menggantikan kelengkapan perabot jalan seperti papan tanda,delinetors post,road gard,dan sebangainya.

g) Mengecat garisan jalan. h) Menyediakan pengangkutan apabila orang ramai memerlukan khidmat kecemasan misalnya semasa musim banjir dan kejadian tanah runtuh. i)

Menyediakan data dan laporan bagi pembangunan tepi jalan untuk memastikan kemudahan awam yang diperlukan sesuai digunakan oleh orang ramai.

3.4

Bahan Premix Premix adalah bahan yang digunakan untuk proses seterusnya dalam pembinaan jalan selepas selesainya subgred,subbase dan roadbase.Premix disediakan di logi bancuhan di mana ianya dicampur dan digaul dalam keadaan yang telah ditentukan.

3.4.1 Premix Bitumen Macadam Premix bitumen macadam ini adalah terdiri daripada batu baur yang telah digred.Ianya digred mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.Batu baur ini dikeringkan dan dipanaskan kepada suatu suhuyang ditetapkan sebelum dicapur dan digaul dengan unit bancuhan selama 40 hingga 60 saat.Hasil adunan yang diperolehi adadlah panas.Oleh itu proses pengangkutan,penurapan dan penggelekan mestilah dilakukan sebelum suhu berkurangan.



Penurapan Dense Bitumen Macadam (DBM)

a) Sebelum kerja penurapan Dense Bitumen Macadam (DBM) dijalankan,hendaklah dipastikan terlebih dahulu bahawa semburan prime coat telat pun dijalankan di atas lapisan roadbase.Prime coat hendaklah disembur sekurang-kurangnya 50-100 ela ke hadapan daripada jentera penurapan bagi mempunyai masa untuk selangan. b) Kerja-kerja penurapan DBM ini hanya akan dilakukan setelah semburan prime coat ini kering sepenuhnya. c) DBM akan dihantar ke tapak dengan menggunakan lori pengangkut.Adunan DBM ini dicampur dengan tarpaulin bagi mengekalkan suhu semasa proses penghantaran. d) Kemudian DBM akan dihamparkan dengan menggunakan paver.Biasanya ia dihamparkan bermula satu bahagian dahulu.Para pekerja akan mengemaskan penghamparan sekiranya berlaku sebarang ketidak sempurnaan dalam proses penghamparan. e) Setelah DBM dihamparkan,kerja mampatan dijalankan dengan penggelek tandem – 4 kali ulang alik dan penggelek pneumatic tayar – 6 kali ulang alik. f)

Ianya dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi setiap laluan.Suhunya mestilah tidak kurang 110c.

g) Sedikit sample DBM akan diambil untuk dijalankan ujikaji makmal h) Proses mampatan akan berakhir setelah mengikut kamber dalam spesifikasi

3.4.2

Premix konkrit asphalt Premix konkrit adalah premix yang adunanya menggunakan batu baur gred berterusan.Bagi mendapatkan bahan permukaan yang padat kawalan mutu diloji bancuhan mestilah tinggi dang red bahan mestilah betul.

Kawalan suhu adalah penting untuk memastikan bitumen dan batu baur tidak hilang pengikatnya serta tidak mudah merekah.Bagi membantu pengikatan yang kuat antara batu baur dengan bitumen,kebanyakkan konkrit asphalt mengandungi 2-3% filler simen dalam adunanya. Batu baur kapur tidak digalakkan untuk digunakan kerana mudah dihauskan oleh kenderaan.Jenis adunan premix konkrit asphalt di Malaysia biasanya berlandaskan ujian marshall.Premix konkrit asphalt digunakan dengan meluas bagi jalan-jalan utama di Malaysia kerana kekuatan dan ketahanannya menanggung beban trafik.

3.4.3

Asphaltic Concrete Binder Course (ACBC) 1. Lapisan ini disediakan setelah lapisan DBM dibersihkan sepenuhnya dan disiram oleh tack coat 2. ACBC ini di hantar dengan lari pengangkut ke kawasan tapak.Bagi mengekalkan suhu semasa proses penghantaran ianya dicampur dengan terpaulin 3. ACBC di hantarkan dengan menggunakan paver 4. Setelah dihampatkan dengan dempurna,kerja mampatan dan pengelekan dijalankan seperti berikut: a) Penggelek tandem – 4 kali ulang alik b) Pengelek pneumatic – 6 kali ulang alik 5. Aktiviti ini dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dengan suhunya mestilah tidak kurang 110c 6. Sedikit sample ACBC diambil untuk dijalankan ujukaji di makmal 7. Aktiviti untuk lapisan ini selesai setelah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

3.4.4

Asphatic Concrete Wearing Course (ACWC) 1. Lapisan ini dimulakan setelah lapisan ACWC dibersihkan dan disemburkan dengan tack coat sehingga kering 2. ACWC dihantar ke kawasan tapak dengan menggunakan lori pengangkut.Bagi mengekalkan suhu semasa proses penghantaran,adunan dicampur dengan tarpaulin 3. ACWC dihampar dengan menggunakan paver 4. Setelah penghamparan dijalankan dengan sempurna,kerja-kerja mampatan dan penggelekan dijalankan seperti berikut: a) Penggelek tandem – 4 kali ulang alik b) Penggelek pneumatic – 8 kali ulang alik c) Penggelek tandem – 2 kali ulang balik 5. Aktiviti ini dijalankan dari kawasan rendah ke kawasan tinggi dengan suhu tidak kurang daripada 110c 6. Aktiviti untuk lapisan ini selesai setelah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan 7. Laluan dibuka untuk trafik

3.5

Prime Coat 1. Semburan prime coat dijalankan pada lapisan atas roadbase yang telah dibersihkan 2. Disiram dengan menggunkan penyiram emulsi atau pam siram pada tapak jalan 3. Bitumen emulsi yang digunakan ialah SS – 1K 4. Prime coat dibiarkan selama 24 jam untuk kering sebelum aktiviti seterusnya dijalankan 5. Ujian tray dijalankan pada semburan ini

3.6

Tack Coat 1. Dijalankan siraman setelah permukaan yang ingin disembur dibersihkan dan bebas daripada bahan asing 2. Kerja akan dijalankan setelah persediaan aras formasi ACBC siap 3. Tack coat disiram dengan menggunakan penyiram emulsi atau pam siraman pada ACBC 4. Bitumen emulsi yang digunakan ialah RS – 1 K

Rajah 3.1 (a) :Semburan tack coat disembur diatas jalan

Rajah 3.2 (b): Proses pemadatan bitumen dilakukan

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF