Bab 3 Disgrafia aeuaeu

August 7, 2017 | Author: Akmar Ismail | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

aeu...

Description

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Bab 3 BERMASALAH MENULIS ATAU DISGRAFIA HASIL PEMBELAJARAN a) b) c) d)

Menjelaskan maksud disgrafia Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia Membezakan antara cara-cara genggaman pensel Menerangkan langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah menulis

3.1 Mukadimah 3.2 Pentingnya Penulisan 3.3 Apakah disgrafia? 3.4 Tanda-Tanda Disgrafia 3.5 Genggeman Pensel 3.6 Cara Mengatasi Genggaman Pensel yang Tidak Efisyen 3.7 Kajian Kes 3.8 Membantu Kanak-Kanak Disgrafia

Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penyatuan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis serta beberapa contoh bahan pengajaran yang berkaitan.

1

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.1

Mukadimah

Dalam Topik ini, kita membincang dengan mendalam mengenai disgrafia. Tumpuan ialah mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak disgrafia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu kanak-kanak digrafia.

3.2

Pentingnya penulisan

Ramai orang tidak memikirakan tentang kerumitan dan kesukaran proses penulisan. Semasa belajar menulis, kanak-kanak dikehendaki menggabungkan proses fizikal (menulis) dan proses kognitif (memperoleh idea) yang kompleks untuk menghasilan huruf, perkataan dan ayat yang surat. Pada peringkat yang lebih tinggi kanak dikehendaki menggunakan rangkaian kemahiran yang lebih sukar tidak hanya menulis dengan jelas dan secara logikal tetapi juga menggunakan peraturan tatabahasa dan sintaksis dengan betul. Kombinasi keperluan ini membuat kemahiran menulis suatu aktivti yang paling kompleks serta sukar. Ia mungkin menerangkan mengapa sesetengah orang dewasa telah memilih pekerjaan yang tidak banyak memerlukan kemahrian menulis. Kanak-kanak tidak mempunyai pilihan kerana sejak prasekolah mereka dikehendaki menulis setiap hari. Kadang-kala kanak-kanak lebih banyak menulis berbanding dengan membaca. Sejauh manakah ini benar di prasekolah anda? Apabila kanak-kanak ini masuk sekolah rendah, kegiatan menulis bertambah banyak kerana mereka dikehendaki menulis esei, menjawab soalan ujian yang memerlukan penulisan perenggan pendek, membuat kerja rumah dan sebagainya. Menurut Levine (1993), kanak-kanak peringkat umur taska dan tadika    

pada

berpura-pura menulis mula sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan mula menyusun huruf-huruf dan bentuk dalam satu barisan mula menulis huruf dan nombor.

2

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka. Sekolah memerlukan tahap kecekepan kemahiran menulis yang agak tinggi. Kanak-kanak yang menghadapi kesukaran meluahkan pengetahuan dan perasaannya dalam penulisan mereka akan mendapati sukar menguasai ilmu dalam semua mata pelajaran. .

Apakah Disgrafia

3.3

Kemahiran menulis merupakan salah satu keupayaan atau kebolehan yang perlu dikuasai pada peringkat permulaan pembelajaran. Kecekapan menulis penting bagi setiap kanak-kanak kerana kegagalan berbuat demikian boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik. Malangnya, sekelompok kanak-kanak menghadapi masalah menulis atau „disgrafia‟. Perkataan „disgrafia‟ dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris dysgraphia yang merupakan salah satu masalah pembelajaran yang mempengaruhi penulisan. Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud „masalah‟ dan graphia yang bermaksud „tulisan tangan‟. Definisi bagi disgrafia adalah luas dan lazimnya ditakrifkan sebagai masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan kesukaran dalam mengeja, tulisan tangan yang tidak kemas, tidak betul dan sukar dibaca serta bermasalah dalam memindahkan maklumat pada kertas. Ini adalah kerana menulis memerlukan satu set kemahiran motor halus dan kemahiran memproses maklumat (Deuel, 1995). Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat, pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan (contoh: “Sabtu” dan “sabut”), ayat yang tidak lengkap, susunan ayat tidak kemas dan seragam serta menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti mengelak apabila diarahkan menulis pada papan putih dan membaca (Yusup Malie & Walter Alvin Jiniti, 2010). JENIS DISGRAFIA Terdapat tiga kategori disgrafia yang dikenal pasti iaitu: 





Dyslexic Dysgraphia yang mana hasil penulisan spontan adalah sukar dibaca. Walau bagaimanapun, tulisan mereka boleh dibaca apabila menggunakan kaedah menyalin semula perkataan atau meniru perkataan. Kanak-kanak dalam kategori ini juga menghadapi kesukaran dalam mengeja tetapi tidak semestinya mereka mengalami masalah membaca atau disleksia. Motor Dysgraphia didefinisikan sebagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan dari segi kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering menunjukkan tulisan yang tidak boleh dibaca walaupun ianya menulis menggunakan kaedah menyalin semula ayat. Spatial Dysgraphia merupakan kebolehan mengeja yang normal. Namun begitu, hasil tulisan tangan masih sukar dibaca sama ada penulisan secara spontan atau menyalin semula (Deuel, 1995). 3

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Disgrafia berpunca daripada masalah neurologikal yang menyekat proses penulisan. Kanakkanak yang menghadapi disgrafia mendapati sukar menggengam pensel, sukar mengeja, tidak dapat menulis dengan baik, tidak dapat menyusuan perkataan dan nombor pada sesuatu garisan atas kertas. Mereka menghadapi masalah memproses apa yang didengar dan menyalinnya pada kertas (National Center for Learning Disabilties, What is dysgraphia?. 2014).

a) Mengapakah kemahiran menulis perlu dikuasai sejak awal? b) Apakah disgrafia? c) Nyatakan perbezaan di antara jenis-jensi disgrafia.

4

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.4

Tanda-tanda Disgrafia

Perlu ditegaskan bahawa, oleh kerana seroang kanak-kanak tidak menulis dengan tidak bermaksud dia mempunyai disgrafia. Oleh kerana disgrafia adalah masalah pemprosesan maklumat, masalah ini mungkin berterusan sepanjang hayat. Bagaimana pun, kerana penulisan ialah suatu proses, kanak-kanak sejak awal lagi boleh dibantu menulis dengan baik. Berikut ini ialah beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak disgrafia: 

Grafomotor (atau graphamotor dalam Bahasa Inggeris) – Fungsi grafomotor ialah penggunaan sistem saraf-otot (neuromuscular) pada tangan dan jari dengan berkesan untuk mengerakkan pensel atau pen untuk menulis huruf dan perkataan pada kertas (lihat gambar disebelah). Kanak-kanak bermasalah grafomotor menghadapi sukar dengan fungsi ini lebih-lebih lagi sekiranya tugas itu berpanjangan. Masalah ini menyekat keupayaan kanak-kanak menulis sambil memikiran idea-idea yang ingin diluahkan. Tanda-tanda masalah grafomotor ialah:  Genggaman pensel yang agak jangal  Kesukaran membentuk huruf  Mengambil masa yang lama untuk menulis huruf atau perkataan berbanding dengan kanak-kanak lain  Perenggan yang ditulis pendek berbanding dengan kanak-kanak lain



Tumpuan (attention) - Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang. Seorang penulis dikehendaki mengkaji semula dan memantau hujah-hujah apa yang disampaikan. Tanda-tanda masalah tumpuan ialah seperti berikut: o Kesukaran bermula menulis o Suka mengelak tugas-tugas yang melibatkan penulisan o Mudah terganggu semasa menulis o Keletihan mental atau mudah semasa menulis o Kejelasan penulis tidak konsistem o Banyak kesalahan cuai o Penulisan yang tidak terancang



Susuanan (ordering) - Kanak-kanak kurang sedar tentang susunan huruf, perkataan atau ayat pada kertas. Tanda-tanda masalah penyusunan ialah: o Jarak antara huruf atau perkataan tidak konsisten o Tidak dapat menulis atas garisan o Susunan huruf yang salah o Susunan perkataan salah o Tidak dapat menulis antara dua jalur

5

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

o Salah ejaan banyak perkataan 

Ingatan (memory) - Ini merujuk kepada berapa cepat kanak-kanak dapat mengaitkan topik yang hendak ditulis dengan pengetahuan sedia ada mereka, kosa kata yang telah dipelajari (lihat gambar disebelah). Tanda-tanda masalah ingatan ialah: o Kosa kata yang lemah o Banyak salah ejaan o Kesilapan menanda huruf besar o Salah menggunakan tanda bacaan o Tatabahasa yang salahgr



Bahasa (language) - Bahasa penting dalam penulisan. Kanak-kanak perlu mengesan bunyi huruf dan perkataan dan maksud, tatabahasa untuk membina serta menjelaskan idea-idea. Kanak-kanak yang bermasalah bahasa: o Menghadapai kesukaran mengaitkan bunyi perkataan, maksud dan ejaan. o Salah menggunakan bahasa kolokial atau bahasa slanga o Pembentukan ayat yang tidak betul o Kesukaran membaca balik atau menyebutkan apa yang telah ditulis o Meninggalkan perkataan atau tidak menghabiskan penulisan sesuatu o Perkataan

a) Apakah fungsi grafomotor? b) Bagaimana kesukaran memberi tumpuan mempengaruhi disgrafia? c) Jelaskan kaitan di antara masalah ingatan, penyusunan dan bahasa dengan disgrafia.

6

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.5

Genggaman Pensel

Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck & Henderson 1990). Genggaman pensel semasa menulis penting untuk memastikan tulisan kanak-kanak adalah baik. Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari. Terdapat pelbagai cara kanak-kanak memeganag pensel dengan cara yang tidak betul atau tidak efiysen dan akhibatnya mereka tidak dapat menulis dengan baik (Schneck dan Henderson, 1990).

Lihat gambar disebelah yang menunjukkan cara memegang pensel yang panggil genggaman Supinate Tapak Tangan (atau dalam Bahasa Inggeris Fisted grip atau Palmar Supinate Grip). Ini terdapat di kalangan kanak-kanak berumur 1-2 tahun. Kanak-kanak memegang pensel seperti memegang pisau dan menconteng menggunakan seluruh lengan.

Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang pensel yang dipanggil genggaman Pronate digital (atau dalam Bahasa Inggeris Digital Pronate Grip).

Lihat gambar disebelah kanan yang menunjukkan cara memegang pensel yang dipanggil genggaman Jejari Tapak Tangan (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb Tuck Grip).

7

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang pensel yang dipanggil genggaman Thumb Tuck (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb Tuck Grip).

Lihat gambar disebelah kanan yang menunjukkan cara memegang pensel yang panggil genggaman Lanjutan Jari.

Lihat gambar disebelah kiri yang menunjukkan cara memegang pensel yang dipanggil genggaman Thumb Wrap (atau dalam Bahasa Inggeris Thumb Wrap Grip).

8

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Genggaman Pensel yang Paling Efisyen Lim Chien Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar (2012) dalam kajian bertajuk Genggaman Pensel Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis, “merumuskan bahawa jenis-jenis genggaman tidak matang terdiri daripada genggaman jejari silang tapak tangan, genggaman supinate tapak tangan, genggaman dengan lanjutan jari, genggaman ibu jari silang, genggaman tripod statik, genggaman empat jari, genggaman thumb tuck, genggaman thumb wrap dan genggaman broken type. Jenis-jenis genggaman efisyen terdiri daripada genggaman tripod dan genggaman quadropod” (h: 73).

Lihat gambar di atas. Bagi ‘genggaman tripod’, ibu jari, jari petunjuk dan jari tengah digunakan untuk memegang pensel. Bagi ‘genggaman quadropod, empat jari digunakan untuk menstabil pensel. Perhatikan kedudukan pensel pada jari cincin yang memberi sokongan tambahan.

a) Bezakan di antara pelbagai cara genggeman pensel oleh kanak-kanak semasa menulis. b) Sejauh manakah cara-cara ini wujud dalam kanak-kanak yang anda mengajar? c) Manakah cara genggaman yang harus digalakkan dalam kalangan kanakkanak yang anda mengajar?

9

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.6

Mengatasi Genggaman Pensel Tidak matang

Jika kita memerhati cara kanak-kanak menggengam pensel, sudah tentu kita akan mendapat beberapa cara mereka memegang pensel semasa menulis. Adakah kita sebagai guru patut membetulkan cara kanak-kanak menggengam pensel? Sesetengah pakar berpendapat tidak terdapat hubung kaitan yang meyakinkan antara genggaman pensel dan penulisan tangan, maka tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Manakala sesetengah pakar mencadangkan intervensi awal wajib dilakukan oleh guru serta ibu bapa bagi membetulkan genggaman pensel yang tidak efisyen atau tiddak matang atau tidak efisyen. Apakah pandangan anda? Genggaman pensel adalah salah satu faktor ergonomik biomekanikal. Pendekatan biomekanikal adalah sebagai pendekatan tambahan dalam pemilihan pendekatan intervensi. Namun, pemahaman yang baik dalam faktor ergonomik membolehkan perancangan program intervensi yang lebih efisien seperti memupuk genggaman yang stabil. Contohnya, apabila seseorang menggenggam pensel secara tidak efisyen maka dia terpaksa menekan pensel dengan kuat dan ini mungkin menyebabkan keletihan yang berlebihan pada otot tangan.

PENGGUNAAN ALAT BANTUAN TEKNOLOGI Penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga (McMurry, Drysdale & Jordan 2009). Lihat Gambar 7.1 yang menunjukkan beberapa alat genggaman plastik yang boleh digunakan untuk membantu murid menulis dengan tujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis (Watkins & Noble 2011).

a) Sejauh manakah alat adaptif berkesan dalam membantu kanak-kanak menggunakan genggaman pensel yang lebih efisyen? b) Nyatakan cara-cara lain untuk membantu kanak-kanak mengamalkan genggaman pensel yang lebih efisyen.

10

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Gambar 7.1 Contoh-Contoh Alat Genggaman Plastik yang Digunakan Untuk Membantu Murid Mekanis Menulis 11

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Menurut Watkins & Noble (2011), alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal. Begitu juga dengan pandangan Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) yang mencadangkan guru untuk “lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan” (h:75).

3.7

Kajian Kes

Intervensi Membantu Murid Disgrafia oleh Yusof Malie & Walter Alvin Jiniti (2010)

Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010) telah menjalankan kajian yang bertujuan membantu seorang murid disgrafia bernama Kamal. Pengkaji telah mengenal pasti ciri-ciri berikut bahawa:                 

Bentuk huruf dan tulisan tidak konsisten Penggunaan huruf besar dan huruf kecil masih bercampur Saiz dan bentuk huruf tidak seragam Perkataan yang ditulis tidak lengkap Pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan(Contoh: Sabtu – sabut; Ada – daa) Tulisan banyak salah / terbalik / huruf hilang (Contoh: Paku – pku) Sukar menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergaris – barisan perkataan dan ayat yang ditulis adalah menurun dan menaik Perkataan-perkataan yang ditulis bersambung di antara satu sama lain, menyebabkan tulisan amatsukar dibaca Posisi badan yang tidak betul semasa menulis - Postur badan sangat bongkok semasa menulis dan kedudukan kepala sangat tertunduk dan rapat dengan buku / kertas Tahap keyakinan diri yang sangat rendah terutamanya apabila diminta menulis dikhalayak ramai Murid mengelak apabila diminta menulis dipapan putih Sangat lambat dalam menyiapkan kerja penulisan Murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja penulisan yang diberi, meskipun dengan menggunakan kaedah menyalin semula ayat / perkataan Mudah penat apabila menulis Murid kelihatan sering berhenti menulis dan bercerita dengan rakan sekelas yang lain sebelum meneruskan semula kerja penulisan yang diberi Cara Kamal memegang pensel adalah normal dan menggunakan tangan kanan. Saiz huruf tidak konsisten, saiz besar dan kecil bercampur aduk.

12

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

INTERVENSI KAD HURUF - Kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada kaedah yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik. Kad huruf digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan dibina. Kamal diberikan kad huruf dan kemudian diminta menulis pada papan putih. JARAK HURUF TIDAK SERAGAM    

Menjarakkan setiap perkataan yang ditulis menggunakan pensel atau sebatang kayu kecil. Menyalin perkataan dalam kotak. Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar Menyambung titik huruf

PENEGUHAN Peneguhan diberikan apabila kesalahan ejaan dikurangkan dan ayat dilengkapkan. Kamal didapati lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis. Ganjaran yang diberi ialah bermain dengan komputer. MEMBACA SEBELUM MENYALIN PERKATAAN Kamal diminat amembaca dahulu sebelum menyalin ayat atau perkataan dengan jelas. Dia menyebut dengan jelas ayat atau perkataan dan menulisnya pada lembaran kerja. Ia memberi pemahaman tentang apa yang ditulis sama dengan apa yang disebut. CARA MEMEGANG PENSEL Kamal ditunjukkan cara memegang pensel yang betul dalam gambar dibawah ini. Pensel mesti dipegang secara menegak oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan sebolehbolehnya ibu jari diletakkan bawah pensel.

TATACARA PENULISAN HURUF Kamal ditunjukkan tatacara penulisan huruf yang betul seperti ditunjukkan pada rajah dibawah ini. Rajah ini didedahkan dalam setiap pengajaran agar dia dapat menulis abjad dengan lebih cepat dan tepat.

13

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

PENGGUNAAN GARISAN Penggunaan garisan merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbangan serta keseragaman penulisan tersebut.

BUKU PETAK Untuk menyeragamkan huruf, galakkan murid menggunakan buku petak atau bergaris.

a) Terangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Kamal dalam kajian Yusof Malie & Walter Alwin Jiniti. b) Apakah tindakan yang diambil oleh penyelidik untuk membantu Kamal mengatasai masalahnya?

14

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

3.8

Membantu Kanak-Kanak Disgrafia

Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis. Tulis mereka „tidak cantik‟ dan kerap-kali dicaci oleh murid lain. Guru pula menyalahkan kanak-kanak ini sebagai „malas‟ atau tidak „tidak pandai‟. Bertambah pula di sesetengah tadika, guru tidak mengambil inisiatif untuk membantu kanak-kanak disgrafia. Mungkin mereka tidak mengetahui tentang masalah pembelajaran berkenaan atau tidak mengetahui apa yang mereka dapat lakukan. Berikut ini dibincangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa bagai membantu kanak-kanak disgrafia. Genggaman Pensel Jika pelajar mempunyai kesukaran menggenggam pensel, maka pensel yang berbeza hendaklah dicuba. Anda hendaklah menggalakkan genggaman pensel yang betul [seperti dibincangkan pada 7.6 dan 7.7 lebih awal]. Juga penting ialah guru mempunyai postur yang betul serta berikan murid peluang menggunakan papan kekunci (keyboard) pada komputer. Memperkuatkan Tangan dan Jari Guru boleh lakukan yang berikut untuk kanak-kanak yang menghadapi kesukaran menulis:  Bermain dengan plastisin untuk menguatkan otot tangan  Melengkapkan huruf atau nombor dengan menyambung titik-titik  Menggunakan kertas surih untuk menulis huruf atau perkataan Akomodasi Berikut ini ialah beberapa teknik akomodasi dan modifikasi guru boleh lakukan bagi membantu kanak-kanak disgrafia:         

Guru hendaklah sabar apabila kanak-kanak cuba membaiki tulisan mereka Gunakan kertas yang bergarisan atau kertas graf Kurangkan aktiviti menyalin huruf atau ayat Galakka penggunaan peta minda yang menyusun idea-idea yang hendak ditulis Memberi lebih banyak masa untuk menyiapkan kerja menulis Jangan mengkritik atau mempersenda kanak-kanak kerana tulisan mereka tidak kemas atau tidak jelas Galakkan latih tubi tangan apabila kanak-kanak merasa letih Pembelajaran perlu diselangi dengan rehat yang pendek Perincikan tugasan menulis kepada komponen-komponen kecil

Galakkan Tulisan Kursif (atau bersambung) Sesetengah pakar mencadangkan kanak-kanak disgrafia diajar tulisan kursif atau bersambung (Lihat rajah di sebelah).

15

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Kesimpulan Adalah sangat pentig bagi para guru dan ibu bapa memberikan bantuan, sokongan dan rangsangan yang konsisten dan berterusan. Antaranya ialah mendengar suara hali dan perasaan kanak-kanak disgrafia, memberi penghargaan kepada setiap usaha yang ditunjukkan dan bukanya kepada hasil semata-mata, berhati-hati dengan perkataan yang dituturkan kepada mereka bagi mengelakkan kesan negatif, membantu merek membina matlamat peribadi untuk diri mereka sendiri, dan membantu mereka merasai kejayaan dalam bidang atau pun aspek tertentu dalam hidup mereka.

16

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU



Ramai orang tidak memikirakan tentang kerumitan dan kesukaran proses penulisan.



Kanak-kanak pada peringkat umur taska dan tadika berpura-pura menulis dan mula sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan



Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka.



Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud „masalah‟ dan graphia yang bermaksud „tulisan tangan‟.



Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat dan pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan.



Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang.



Alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.



Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis.



Genggaman pensel semasa menulis penting untuk memastikan tulisan kanak-kanak adalah baik. Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.

17

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Deuel, Ruthmary K., (1995). Developmental dysgraphia and motor skills disorders. Journal of Child Neurology, 10, Supp.1, S6-S8.

Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary Perspectives for School Professionals. New York: Pearson Education Inc. Levine, M. (1993). Developmental Variation and Learning Disorder. Educators Publishing Service, Inc

Meese, R (2001). Teaching Learners with Mild Disabilities: Integrating Research and Practice (2nd edition). California: Wadworths/Thomson. nd

Reed, V.A. (1994). An Introduction Children with Disorders 2 . ed. New York. McMillan College Publishing Company Rosenblum, S., Goldstand, S. & Parush, S. (2006). Relationships among biomechanical ergonomic factors, handwriting product quality, handwriting efficiency, and computerized handwritng process measures in children with and without handwriting difficulties. American Journal of Occupational Therapy, 60 (1): 28-39.

Schneck, C. M. (1991). Comparison of pencil-grip patterns in first graders with good and poor writing skills. The American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American Occupational Therapy Association, 45 (8): 701-706.

Schneck, C. M., & Henderson, A. (1990). Descriptive analysis of the developmental progression of grip position for pencil and crayon control in nondysfunctional children. The American Journal of Occupational Therapy.: Official Publication of the American Occupational Therapy Association, 44 (10): 893-900. National Center for Learning Disabilities, What is Dysgraphia? NLCD Editorial Team. http://nlcd.org. 2014. Yusof Bin Hj. Malie & Walter Alvin Jiniti (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian kes Ke Atas Murid Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, h: 1-22.

18

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF