Bab 2

December 24, 2017 | Author: Zamri Talib | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Nota Grafik tingkatan 4 bab 2 : oleh cikgu zamri bin talib/ smk kemumin kota bharu kelantab...

Description

BAB

2

PENINGKATAN TAMADUN

TEMA 7.1 ( HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH SMA BARU

Sejarah Dunia Tingkatan

Peningkatan Tamadun Latar Belakang Tamadun

Sumbangan Tamadun

Tamadun Yunani

Aspek-Aspek Peningkatan Tamadun

Tamadun Yunani

Tamadun Rom

Tamadun Rom

Tamadun India

Tamadun India

Tamadun China

Tamadun China

Politik

Ekonomi

Pentadbiran

Pertanian

Pendidikan

Perundangan

Perdagangan

Falsafah

Perusahaan

Sains Teknologi

Kewangan

Seni / Seni bina

Perluasan Kuasa

Sosial

Bahasa

Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Di Dunia

Kesusasteraan Agama Hindu

Agama Buddha

Agama Kristian

Ajaran Confucianisme

Agama Islam

Ajaran Taoisme

Sistem Sosial

2.1

 

Peningkatan Tamadun

Manusia mula mampu menggunakan pemikiran mereka untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks Ia berkait rapat dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup Latar Belakang Tamadun Lengkapkan Rajah Berikut Berkembang di Semenanjung Greece dan Pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediteranaen Bermula melalui petempatan manusia yang dikenali sebagai Negara kota atau polis Sekitar 1000 – 800 S.M beberapa buah kampong dan Bandar telah digabungkan membentuk sebuah Negara kota Tamadun Terdapat banyak Negara kota dan setiap Negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian di dalamnya terdapat pasar, kubu, kuil dan istana Yunani Negara kota yang terkenal ialah Athens, Sparta, dan Corinth yang terletak berhampiran Laut Mediterranean Setiap Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang sendiri Sering berlaku peperangan antara Negara-negara kota tersebut, walaupun masyarakatnya sentiasa bersatu padu

Polis

Institusi politik yang merdeka, saiznya agak kecil Athens merupakan polis yang terbesar Jumlah penduduknya juga kecil, Athens pada kemuncaknya hanya mempunyai 40 000 orang penduduk

Muncul di kawasan Bukit Palatine yang berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium yang didiami oleh masyarakat Latin.

753 S.M Lembah ini telah berkembang dan menjadi penting semasa pemerintahan Romulus 2 M, Majlis Perbandaran telah diwujudkan di setiap bandar Ia menjalankan pentadbirannya tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom Majlis Perbandaran telah Berjaya membawa kemajuan dan keselesaan hidup dibandar Bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, Tamadun rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog, rumah mandi awam, dan istana Rom Pompei adalah merupakan Bandar yang terkenal mempunyai pelbagai kemudahan seperti pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan Colloseum Pada tahun 80 Masihi, Bandar Pompei mempunyai seramai 50 000 orang penduduk Di Bandar ini juga terdapat sistem saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 Kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan Saliran tersebut dapat membekalkan air kepada penduduknya ketika aman atau semasa peperangan serta dalam aktiviti perindustrian dan pengangkutan

Keruntuhan Tamadun Indus dikaitkan dengan kedatangan Orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus Ia dikenali sebagai Zaman Vedik sempena kelahiran kitab – kita Veda. Merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana pada zaman ini lahirnya agama Hindu Menjelang abad ke 7 sebelum masihi, masyarakat mula memberi perhatian terhadap Lembah Tamadun Ganges India Golongan pemerintah pada masa ini ialah golongan raja Wujud dua buah kerajaan iaitu janapada dan Mahajanapada Kerajaan kecil telah Berjaya disatukan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321 S.M menandakan lahirnya sebuah Empayar yang pertama di India. Ia berlaku semasa pemerintahan Dinasti maurya dan telah mencapai zaman kemuncaknya semasa pemerintahan Asoka. Muncul di lembah Hwang Ho Kemunculan Dinasti Chin, mewujudkan perluasan kawasan Kelahiran empayar pertama ini menandakan satu peningkatan dalam tamadun China Dinasti Chin telah bermula pada tahun 221 S.M dan berakhir pada tahun 206 S.M. Tamadun Pengasasnya ialah Maharaja Shih Huang Ti yang memerintah dari tahun 226 S.M – 210 S.M China Beliau Berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga terbentuk sebuah empayar sehingga mencecah ke Sungai Merah di Vietnam Pada zaman tersebut sering berlaku peperangan dan perluasan kuasa yang akhirnya dapat disatukan di bawah pentadbiran pusat.

Aspek aspek peningkatan Tamadun

2.2

1. Pemerintahan dan Pentadbiran Lengkapkan rajah berikut Pemerintahan di Yunani

1

Beraja

2

Oligarki

i. ii.

raja dibantu oleh sebuah badan yang di namakan konsul. Raja ber peranan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

i.

lahirlah sistem pemerintahan yang rajanya dipilih tetapi kuasanya amat terhad. Pemerintahan adalah dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya atau di panggil Oligarki.

ii. iii. Aristokrasi

3

i. ii.

Di kalangan konsul ini lahir pula golongan Aristkrot yang kuat. Kuasa yang dimiliki oleh golongan aristkrot adalah kuat dan pemerintahannya di namakan aristokrasi

i.

Ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan aristokrasi telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan telah membawa kepada pemerintahan berbentuk Tirani oleh diktator. Diktator ini bukan merupakan golongan aristokrat tetapi terdiri daripada golongan kaya dan tentera.

Tirani

4

ii.

i. Demokrasi

5

Pemerintahan Demokrasi di Athens Lengkapkan Rajah berikut Dewan Perhimpunan

Rampasan kuasa yang dijalankan oleh tirani ini mendapat sokongan daripada rakyat dan mendapat tentangan dari golongan aristokrat dan akhirnya telah mewujudkan sistem Demokrasi.

Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. Bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

Demokrasi di Athens

Majlis

keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis yang ahlinya terdiri daripada Ahli Majlis, Majistret dan Juri yang dilantik oleh dewan. Sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.

Pemerintahan di Sparta

pemerintahan bercorak ketenteraan,

Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik latihan ini menjadikan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal.

Pemerintahan dan Pentadbiran Rom

Lengkapkan rajah berikut

Peringkat Awal

Pemerintahan dan Pentadbiran Rom

Rom diperintah oleh raja-raja bangsa Etruscan yang terkenal dengan pemerintahan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Golongan Patrician telah bangun memberontak dan lahirlah pemerintahan bercorak republik. Pada tahun 509 S.M.

Sistem Republik

Republik ialah sebuah Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan diketuai oleh presiden

Dua orang Konsul telah dilantik untuk memerintah negara. bertujuan untuk menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat dan mengelakkan salah seorang daripada konsul ini mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Sistem Republik Rom

Konsul ini dibantu oleh Majlis yang dikenali sebagai Senat yang dianggotai oleh golongan bangsawan.bagi membincangkan hal-hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan. Sebelum seseorang itu dilantik sebagai konsul, beliau ialah preotor, iaitu pemerintah tentera. Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom. Kuasa Dewan Perhimpunan adalah terhad, rakyat Rom berkumpul dan mendengar laporan tentang pekara yang dibincangkan oleh Dewan Senat. Fungsi Dewan Perhimpunan hanya untuk meluluskan atau mengesahkan undang-undang yang diputuskan oleh Dewan Senat. Sistem republik di Rom telah mengalami perubahan semasa pemerintahan Julius Caesar yang mencapai taraf empayar.

Perubahan semasa Julius Caesar

Merupakan seorang ketua tentera yang agung dan terkenal kerana kejayaanya meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania dan beberapa kawasan Jerman. Beliau telah dilantik sebagai preaotor dan seterusnya telah menjadi seorang Konsul. Setelah berjaya mengalahkan Jeneral Pompey, beliau telah menisytiharkan dirinya sebagai Diktator Beliau melaksanakan pentadbiran berpusat dan menjadi seorang diktator yang menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakan gelaran Maharaja.Akhir Julius Caesar telah dibunuh oleh penyokong Jeneral Pompay Empayar Rom telah diteruskan oleh Augustus yang juga mengelarkan dirinya sebagai Maharaja dari tahun 27 – 14 S.M

Perubahan semasa Augustus Caesar

Maharaja Augustus telah berjaya membawa keamanan dan keagungan hingga kekal selama 200 tahun. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai “pax Romana” ( Keamanan Rom ). Augustus telah berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa di tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Pemerintahan dan Pentadbira India

Bentuk Kerajaan

Bentuk Kerajaan

Kerajaan Besar /Mahajanapada

Kerajaan Kecil / Janapada Mengamalkan sikap kepuakan dan tidak mempunyai raja. Maharaja Chandra Gupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil India dari tahun 321 – 185 Masihi menjadi sebuah empayar Maurya. Chandra Gupta telah mengubah status raja kepada Maharaja Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Palaliputra di jadikan sebagai ibu kotanya

Kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha telah diketuai oleh pemerintahan beraja. . mengamalkan pemerintahan berkuasa mutlak dan diperkukuhkan lagi dengan pelbagai bentuk upacara ritual . Golongan Brahmin adalah penasihat kepada raja

golongan Ksyatria merupakan pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan

Pemerintahan Asoka mencapai zaman kegemilangan.kerajaan Maurya Empayar Maurya telah

Menamatkan perang Saudara selepas kematian ayahnya Bindusara Menakluki negeri Kalinga yang mempunyai penduduk yang ramai di India. Pemerintahan Dan Sumbangan Maharaja Asoka

Perang Kalinga menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian.

Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkan ajaran tersebut.

Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha. membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.

Pemerintahan dan Pentadbiran China

Pemerintahan menggunakan gelaran Maharaja dan membentuk birokrasi awam

Dinasti Chin telah memulakan zaman empayar dan perluasan kuasa

membentuk birokrasi awam yang terrdiri daripada pegawai yang dilantikoleh Maharaja. Terdapat Hon Kao Tsu iaitu jawatankuasa dalam perkhidmatan awam Perlantikan pegawai-pegawai ini diasaskan kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam

mengubah bentuk pemerintahan daripada sistem feudal kepada pemerintahan pentadbiran berpusat.

Pemerintahan Tokoh : Maharaja Shih Huant Ti dan Pentadbiran China Ia di wujudkan semasa Dinasti Han dan diteruskan oleh Dinasti yang lain

Undang – Undang Yunani

  

Perundangan

Dewan Perhimpunan Berfungsi sebagai penggubal undang-undang. Plato telah mengutarakan tentang kepentingan undang-undang di dalam bukunya Republik. Menurut Plato, Negara harus diperintah oleh golongan ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik, dan berupaya menggubal undang-undang.

Rom

       

undang-undang berrtulis Rom yang pertama ialah Hukum Kanun 12 Ia dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Undang-Undang Papan Dua Belas. Ia diletakkan di tempat awam untuk dibaca dan dipatuhi oleh semua rakyat Rom. Undang-undang Rom menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Hakim hanya akan menjatuhi hukuman berdasarkan bukti yang cukup sahih. Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut. Usaha Maharaja ini telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527 M. Kod undang-undang ini dikenali sebagai Undang-Undang Justinian dan intipatinya masih kekal sehingga kini

Keadilan Terhadap Individu

Hukuman berasaskan bukti yang sahih

Prinsip Undang –Undang Rom

Semua Manusia sama di sisi undang-undang

Seseorang tidak beralah sehingga terbukti bersalah

PerundanganTamadunIndia    

   

Kitab Dhrama sastra kitab undang-undang Hindu tertua Raja merupakan tonggak undang-undang Segala kesalahan akan dikenakan denda mengikut keseriusan kesalahan Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang hokum-hakam keagamman Undang –Undang semasa Zaman Dinasti Maurya Undang-undang disampaikan secara titah perintah raja Segala titah perintah diukir pada tiang batu ditepi-tepi jalan supaya dapat dibaca rakyat Ia dieknali sebagai Tiang Asoka semasa pemerintahan maharaja Asoka Asoka sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat dan menjadikan pemerintahannya adil

Kepala Tiang Asoka ini terletak di atas Tiang batu yang mengandungi Undang-Undang Asoka

Perundangan Tamadun China      

Berteras dua prinsip iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif Ia berteraskan falsafah legalisme- ia berteraskan falsafah llegalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tsu Undang-Undang nya amat tegas utk mengawal tingkahlaku manusia Tidak harus wujud perasan belas kasihan semasa menjalankan hukuman Penguatkuasanya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan Raja mempunyai kuasa yang utuh untuk menggunakan undang-undang tersebut

  

Undang –Undang Mengikut Ajaran Confucius Bertentangan dengan falsafah Legalisme Diamalkan semasa zaman Dinasti han Menekankan keperluan raja mempunyai pekerti yang baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat

 Perluasan Kuasa Perluasan KuasaTamadunYunani  





Raja Philips II Bermula 800 s.m semasa pemerintahan Raja Philips II Mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Mekadonia dan ingin menguasai Yunani Berjaya menyatukan Seluruh Mekadonia dan Yunani

Perluasan Kuasa Tamadun Yunani



 

Keruntuhan Empayar Yunani ini berakhir selepas kematian Alexander the Great dan kemunculan tamadun Rom.

Iskandar Zulkarnain Mewarisi pemerintahan ayahnya, Raja Philips II meluaskan lagi kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkhan dan Laut Meditterranean Menyebarkan kebudayaan Hellenestik iaitu campuran budaya Antara Parsi dan kemudayaan Timur yang lain. Kebudayaan tersebut tersebar di Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioh.

Perluasan KuasaTamadun Rom Perluasan Kuasa Tamadun Rom

Bermula semasa pemerintahan Augustus Caesar

Merupakan anak saudara, Julius Caesar, yang merupakan pengasas empayar Rom menjalankan pemerintahan secara Diktator.

Berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, iaitu bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam peperangan Actium

Pada zaman pemerintahannya, empayar Rom terdiri daripada kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki dan Palestin

Beliau telah mewajibkan sistem pemerintahan berasaskan warisan.

Augustus Caesar telah berjaya menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya

Perluasan KuasaTamadunIndia Perluasan KuasaTamadunIndia

Perluasan kawasan tamadun India bermula semasa pemerintahan Dinasti Maurya

Maharaja Chandragupta Maurya  

 

Memulakan usaha meluaskan tanah jajahan Kejayaan disebabkan oleh pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah dan 1000 orang tentera berkuda, dan 10 000 orang infantry. Menguasai seluruh India Utara dan menakluki Punjab menewaskan Seleceus yang memerintah Empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

Bindusara 

menyambung usaha-usaha perluasan kuasa ayahnya iaitu dengan menguasai Mysore di bahagian Selatan India.



Asoka 

  

Apabila Asoka menaiki tahta beliau tidak lagi menggunakan kekuatan tentera untuk meluaskan empayarnya. menggunakan kaedah lemah lembut dan terbuka untuk meluaskan empayarnya menggunakan pendekatan keagamaan iaitu memberikan penekanan terhadap agama Buddha. seluruh India telah berjaya ditakluki olehnya selepas kejayaan ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

 Perluasan KuasaTamadunChina Bermula semasa pemerintahan Dinasti Chin iaitu di bawah Maharaja Shih Huang Ti Beliau telah berjaya menyatukan seluruh Empayar China yang pada ketika itu dalam keadaan berpecah belah membolehkan Shih Huang Ti menguasai wilayah yang luas sehingga terbentukknya empayar.

Shih Huang Ti

Beliau telah memerintah China secara autokratik, tegas dan mutlak. menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. mengarahkan pembinaan tembok besar China dalam usaha untuk mempertahankan empayarnya daripada serangan orang gasar. Han Wu Ti daripada Dinasti Han, selepas kejatuhan Dinasti Chin Beliau digelar Maharaja kerana meluaskan kawasan taklukannya melalui angkatan tentera yang besar dan kuat.

Han Wu Ti

Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya Sinkiang, Lembah Tarim dan Totor di Utara., Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang di selatan Pada zaman ini, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negari China telah berjaya diwujudkan.

bentuk muka buminya yang bergunung-ganang telah menghalang untuk penduduknya terlibat dalam kegiatan pertanian

Ekonomi TamadunYunani Kegiatan perdagangan menjadi tumpuan utama di hampir semua Negara kota di Yunani, kecuali Sparta.

Kekurangan tanah untuk kegiatan pertanian menyebabkan Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan

Ekonomi Tamadun Yunani

kegiatan perdagangan hanya berlaku antara kawasan di pesisi pantai yang berhamiran dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.

Negara kota Yunani terpaksan mendapatkan makanan dari luar iaitu dari selatan dan laut hitam

Athens menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur

Kenaikan cukai barang menyebabkan kenaikan harga barangan

Ini menyebabkan, ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman pada tahun 300 S.M. PeningkatanEkonomi TamadunIndia

Peningkatan Ekonomi Tamadun India    

    

Melibatkan perdagangan dengan wilayah luar daripada India. Pusat-pusat perdagangan seperti Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. Menjalankan hubungan dengan kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Perdagangan menerusi pelabuhan Tamaralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat. Kewujudan persatuan perdagangan yang dikenali sebagai Sresthin di setip Bandar. Persatuan untuk tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja Persatuan dikawal oleh undang –undang dan diawasi oleh raja Mata wang mula digunakan semasa zaman Gupta iaitu matawang emas

  



 

 

Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik semasa zaman maurya dan Gupta Aktiviti perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil,kain kapas dan sutera Perusahaan membuat sutera di Bengal dan Barnes.Perusahaan yang berkaitan dengan barangan emas, mutiara, dan batu permata turut berkembang di India. cukai telah diperkenalkan terhadap hasil perdagangan sejak zaman Dinasti Maurya lagi dalam bentuk hasil pertanian dan hasil buahbuahan. Cukai ini untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. Hubungan perdagangan antara India dan Alam Melayu di Asia Tenggara telah berkembang sejak tahun 100 Masihi lagi dan semakin meningkat semasa zaman Gupta hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah, dan besi diperolehi dari Alam Melayu. Barang-barang seperti tekstil, tembikar, barang kaca, minyak wangi dari China.

PeningkatanEkonomi TamadunChina Berlaku sejak zaman Dinasti Shang lagi

Peningkatan Ekonomi Tamadun China

Kemajuan Pertanian  Pengenalan alat tenggala untuk membuat batas tanaman semasa zaman Han  Kolar Kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong dan penyisir tanah  Sistem tanaman giliran untuk menjaga kesuburan tanah  kawasan bukit telah diteres untuk kegiatan petanian.  Sistem pengairan juga telah diwujudkan  Kawalan terhadap banjir juga telah dilaksanakan dengan menggunakan terusan yang telah dibina.  Kegiatan Perusahaan logam  Perusahaan logam dan tembikar berkembang pesat zaman Dinasti han  Ia diperdagangkan ke Alam melayu, India Timur Tengah dan barat  Hasil dibawa menerusi jalan sutera  Terdapat juga barangan logam yang telah diperdagangankan  Kelahiran golongan kelas pertengahan disebabkan oleh kemunculan persatuan perdagangan  perkembangan dalam dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

PeningkatanSosial Peningkatan Sosial Dalam Bidang Pendidikan TamadunYunani untuk melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.

Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tututan mental dan fizikal

menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis

banyak sekolah falsafah telah tumbuh dan berkembang di Negara kota seperti Athens,Thebes, Elea dan Miletus

Athens telah menjadi pusat perkembangan cendekiawan Yunanai yang terpenting semasa pemerintahan Pericles

Athens Melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodetus,

Peningkatan Sosial Dalam Bidang Pendidikan TamadunYunani Sparta

Bagi Negara kota Sparta, pula pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna gagah, dan setia kepada Negara kotanya.

Oleh itu pendidikan di Sparta lebih memetingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.

ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras

Peningkatan Sosial Dalam Bidang Pendidikan Tamadun Rom

Semangat setia kepada Rom

menekankan aplikasi ilmu yang pratikal

Dipengaruhi oleh pendidikan Yunani

Pendidikan Tamadun Rom

Melahirkan jurutera yg membina bangunan dan jalanraya

Penyediaan Infrastruktur dan kemudahan awam

Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan

PeningkatanSosial Dalam Bidang Pendidikan Tamadun India Pendidikan Tamadun India

     

Bermula pada zaman vedik Mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu Lelaki mendominasi pendidikan, wanita tida ruang Lelaki mendominasi pendidikan untuk pendidikan Pembelajaran Kitab Veda dan Bahasa Sanskrit Kitab vedal dihafal isinya Pendidikan untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati   

 

 

Pendidikan agama menjadi tumpuan utama bidang pendidikan Segala hukum agama harus dipelajari supaya dapat hidup dengan sempurna dengan nilai murni yang diajar agama Pendidikan Tinggi bermula selepas Kolej brahman ditubuhkan pada 100 S.M Universiti Buddah ditubuhkan iaitu Nalanda

Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama Mereka juga harus mempelajari karya saintifik dan falsafah. Pendidikan tamadun India juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains dan juga bertujuan untuk menambahkan ilmu dan mengatasi huruf dan juga mendapatkan jawatan dalam kerajaan

PeningkatanSosial Dalam Bidang Pendidikan Tamadun China Masyarakat tamadun China amat menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utamanya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Tiga Peringkat: Rendah, menengah dan Tinggi . Peringkat Sekolah Rendah : Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan Sembilan buku suci. Pada peringkat menengah pula, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera. Peringkat Tinggi : Tumpuan kepada mempertejamahkan buku suci Pendidikan bertujuan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan dan pentadbiran Peperiksaan awam di China yang tertua di dunia dan dikendalikan dengan kawalan yang ketat untuk mengelakkan penipuan. Hukuman mati dikenakan jika didapati meniru Pendidikan Tamadun China

Untuk mengelakkan penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tibanya hari peperiksaan, calon peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan Tahap pendidikan : Tahap Pertama – Hsui Tai ( Ijazah Pertama, Tahap Kedua – Chung Jen ( Sarjana ) dan Tahap Ketiga – Chin Shih ( Doktor Falsafah ) Peperiksaan Tahap pertama dijalankan di daerah, Tahap kedua di ibu kota dan tahap ketiga di ibu kota empayar di istana dan di hadapan maharaja Lulusan tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan tahap ketiga menjadi seorang pendidik

.

Tahap pertama di adakan dua kali dalam tempoh tiga tahun, tahap kedua dan ketiga tiga tahun sekali Peperiksaan awam ini telah menjamin kestabilan sosial dan politik di China kerana masyarakat menyanjung tinggi

Peperiksaan Awam China

Falsafah  

Tamadun yang mempunyai ramai ahli falsafah menandakan ia memiliki tradisi ilmu yang tinggi Ahli falsafah merupakan manusia yang sentiasa menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap sesuatu persoalan yang berkaitan dengan kehidupan dan alam sekitar.

 Falsafah TamadunYunani     





Melahirkan ramai tokoh falsafah seperti Herodetus, Socrates, Aristotle dan plato. Isu utama falsafah seperti Persoalan seperti nilai hidup, individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi Seorang ahli falsafah dan sejarawan yang terkenal iaitu Herodetus telah dianggap sebagai tokoh sejarawan terulung dan dianggap sebagai “Bapa Sejarah”. Beliau telah menghasilkan karya yang berjudul History of Persian Wars. Herodetus merupakan “ Bapa Sejarah ” yang pertama kali menggunakan istilah sejarah bagi menerangkan peristiwa lampau dalam karyanya “History Of Persian War” Thucydides adalah orang yang dianggap sebagai pengasas sejarah saintifik dalam menghasilkan karyanya “History Of The Peloponnesian War” yang berasaskan fakta-fakta yang nyata dan tepat. Beliau telah menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan

Tokoh TamadunYunani Scorates  Socrates adalah ahli falsafah yang mementingkan kebenaran, menurutnya “kebenaran boleh diperolehi dengan cara menyoal dan sebarang pernyataan harus dibuktikan sebelum ia bolehh diterima ”  Ajaran nya : - Jangan percaya sesuatu tanpa bukti - Kemukakan soalan untuk mendapat kebenaran - Menuntut ilmu pengetahuan untuk membantu berakhlak mulia  Ajaran Socrates dianggap terlalu radikal dan boleh merosakkan pemikiran golongan muda kerana mempersoalkan kewujudan dewa dewi  Dikenakan hukuman mati dengan meminum racun Socrates merupakan bapa falsafah Barat danbeliau amat mencintai bidangfalsafah

 Plato  Anak murid Socrates yang mempunyai sekolah sendiri iaitu Akademi  Maklumat tentang Socrates terdapat di dalam bukunya iaitu Republic.  Ia menerangkan struktur kerajaan yang terbaik untuk rakyat.  Mengikut Pandangan Plato - ahli falsafah boleh menjadi pemimpin yang baik kerana beliau dapat memerintah negara dengan adil dan saksama. - masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.  Beliau juga telah mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun  Plato juga pernah menjadi guru kepada tokoh ilmuan yang terkenal seperti Aristotle. 

Aristotle  Merupakan anak murid Plato dan menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain  memberikan sumbangan penting dalam perkembangan ilmu Fizik, Ekonomi dan Muzik  Falsafah beliau adalah untuk membaiki dunia  Antara karyanya ialah Polititics  Mempunyai sebuah institusi Sains yang terkemuka iaitu Lyceum.  menghasilkan pelbagai karya tentang politik, etika. ekonomi. Psikologi, astronomi, fizik, biologi, puisi dan drama.  beliau dikatakan seperti ensiklopedia kerana ilmu pengetahuannya

Falsafah Tamadun Rom     

Falsafah Tamadun India

mengambil falsafah daripada tamadun Yunani. Falsafah Rom iaitu Stoisisme diasaskan kepada falsafah Yunani, iaitu ajaran Zeno kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang adalah bergantung kepada hubungannya dengan alam. menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.



    

Berasaskan Veda dan menolak veda Veda berkaitan dengan kuasa alam dan dipuja Kitab Veda : Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Sumber falsafah yang penting yang terdapat di dalam Veda ialah Upanishad ( 700 – 600 S.M. ), Mahabhrata, dan Bhagavad Gita. Bukan veda pula berasaskan ajaran Carvaka, jainisme dan Buddhisme

Falsafah Tamadun China         

Menekankan hal yang berkaitan dengan manusia, iaitu hubungan manusia dengan manusia yang lain. Kung-Fu Tze atau Confucius – ajarannya Confucianisme dan Lao Tze Confucianisme ini menekankan keperimanusiaan dan maruah diri, juga mengutamakan kesopanan dan kesusilaan di samping menggalakkan hubungan baik sesama manusia Taoisme dan juga Mo Tzu merupakan sumber utama falsafah China. Ajaran Taoisme ini amat menekankan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat Mo Tzu atau dikenali juga sebagai Mencius atauMotze telah menolak beberapa ajaran dalam Confucianisme Beliau telah memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik. manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar. Legalisme ialah salah satu aliran falsafah di China, falsafah ini percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat

Sains DanTeknologi India

Sains DanTeknologi TamadunYunani   







Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. sistem angka iaitu herodianic dan Ionic dalam tamadun Yunani. Pythagoras - memperkenalkan teori Pythagoras mempelajari matematik Mesir Purba dan Babylon, serta mengembangkan geometri Mesir Purba dan Babylon Hippocrates - ahli sains - terkenal sebagai Bapa Perubatan , Sumpah Hippocrates dan pakar dalam anatomi Archimandes - Ahli matematik dan Fizik, mengutarakan teorinya yang berkaitan dengan isipadu air dan gravity. Ptolemy - Tokoh utama dalam bidang astronomi

       

cabang kepada pengetahuan tentang Vedik. kitab Rig Veda- ilmu astronomi Ilmu matematik berkembang semasa zaman Gupta angka Brahmin dan angka Kharosti telah diperkenalkan angka Kharosti dikatakan mirip angka Romawi. angka Brahmin pula angka 10 diwakili dengan simbol alfa. Aryabhata Varahamihira - ahli matematik India Ilmu perubatan juga telah wujud dalam tamadun India, ini kerana kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan Yoga.

Sains DanTeknologi

Sains DanTeknologi Tamadun Rome   

Boethius.- Salah seorang Tokoh Matematik Rom Asas matematik Boethius ialah daripada tamadun Yunani Beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi

Sains DanTeknologi Tamadun China     

Ilmu astronomi telah dianggap sebagai ilmu sains Negara. bidang perubatan - Yin dan Yang ( kuasa aktif dan kuasa pasif ) seseorang berkeadaan sihat telah digunakan dalam asas perubatan tradisionalnya teknologi membuat kertas - oleh Chai Lun mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh, dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa.

SeniBina

Seni Bina

queduct,   

Colloseum,

Pantheon,

Tembok Besar China.

mencerminkan ketahanan manusia untuk mengabadikan pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya. Kepimpinan yang berwibawa dan kuat telah dapat menyatupadukan rakyat dan meningkatkan jati diri mereka serta menyakini apa yang mereka usahakan akan menemui kejayaan.

Seni BinaTamadunYunani Acropolis  dihasilkan semasa zaman pericles.  untuk tujuan keagamaan dan pusat kegiatannya.  sebuah bangunan yang amat sempurna dengan ukiran yang unik berunsurkan keagamaan dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.  merupakan pusat pentadbir atau ibu negeri Athens  Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater serta bangunan yang menarik seperti parthenon. Parthenon.  sebuah rumah berhala untuk dewi Athena dan dibina pada zaman pemerintahan Pericles iaitupada tahun 421 – 409 S.M..  sempena mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Perssia. Pantheon  binaan berbentuki kubah yang terbesar didunia. Ia dibina semasa zaman Maharaja Hadriah  tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Seni BinaTamadun Rom   

Pakar dalam pembinaan bangunan, jalanraya dan sistem saliran. membina jalanraya untuk menghubungkan Rom dengan seluruh empayarnya Setiap binaan yang dibina mempunyai fungsi yang penting kepada raja dan Negara.

Akueduk  sistem saliran  untuk membekalkan air minuman kepada penduduk Rom  Akueduk yang termasyhur ialah Aqua Claudia  Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saliran air tersebut.  Akueduk yang paling panjang ialah di Marcia, iaitu 91 kilometer dan disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.  Teknologi aqueduct adalah berasaskan sistem graviti. Colloseum  Gelanggang yang mempunyai tempat duduk  Bentuknya adalah seperti kubah  Memuatkan 50 000 hingga 80 000 penonton  Fungsi tempat perlawanan Pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai taeter

Seni BinaTamadunIndia Seni BinaTamadunIndia     

Berasaskan keagamaam Hindu Buddha satu binaan yang terkenal ialah Great Bath. Stupa besar di Sanchi Kompleks kuil di Gua Ajanta ciri bangunan seperti kon, kubah dan pagoda. Seni BinaTamadun China

          

Tembok besar China dibina sejak Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti-dinasti yang berikutnya di Bandar-bandar seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga telah dibina dengan rekabentuk yang mempunyai tembok batu. Tembok-tembok di bandar lain telah dibina dengan menggunakan tanah liat dan batu bata. Di kampung juga terdapat tembok yang dibina daripada tanah Lumpur Setiap tembok yang dibina mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit besar dan menara Tembok-tembok yang terdapat di bandar menempatkan tempat kediaman maharaja Istana Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman Dewan adalah berfungsi sebagai balai penghadapan, tempat hukuman, keraian dan perjumpaan Kuil-kuilnya adalah terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu dan pusat pemujaan. Pagoda Ia mempunyai bentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Bentuknya adalah oktagon atau segi empat sama

Bahasa dan Kesusasteraan

Bahasa dan Kesusasteraan tamadunYunani      



Tokoh sastera Yunani yang terkenal ialah Homer dan Hesiod. Hesiod - penyair dan telah menulis dua buah buku puisi iaitu Theology Asal usul manusia dan ketuhanan )dan Works and Days. Homer - epik Illiad dan Odyssey - peperangan Antara Yunani dan Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M Tulisan kita pada hari ini berasal dari tulisan orang Phonecia Tersebar kepada orang Yunani Ditambah huruf vokal dan diubah suai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom sehingga tersebar ke barat Digunakan di Asia Tenggara dalam bentuk tulisan Rumi

Bahasa danKesusasteraan tamadunChina     

 

terdapat tujuh dialek utama iaitu, Mandrin, Wu, Hunanis, Kingsi, Hakka, Kantonis dan Fukien. Perkembangan kesusasteraan disebabkan oleh galakan daripada pemerintah Ssu Ma Chien - menghasilkan sebuah karya sastera yang bertajuk Shih Chi menceritakan sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan karya dalam bentuk puisi berikutan kemunculan tokoh-tokoh seperti Tu Fu, Li Po dan Po Chu-I, semasa Dinasti Tang. sajak dan cerpen semasa dinasti Han Seseorang yang terpelajar haruslah mampu bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikirannya.

Bahasa dan Kesusasteraan Rom    

Cicero - Penulis ( 106 – 43 S.M ) dan Virgil Penyajak ( 70 – 19 S.M ). Kesusasteraan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotism Mencapai keagungan semasa Augustus Caesar Bahasa Latin semasa pemerintahan empayar Rom

Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun India      

Dua kelompok masyarakat iaitu Dravidia dan Indo Arya yg mempunyai budaya dan bahasa berbeza Dravidia – di bahagian selatan India bahasanya seperti Telegu, Malayalam, Kannada. Indo-Arya – Menggunakan Bahasa Sanskrit melahirkan Bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, kasmiri Bahasa Sanskrit digunakan pada zaman Vedik Kesusasteraan dibahagi kepada dua bentuk iaitu Epik dan sajak Karya sastera Epik – Ramayana dan Mahabhrata menggunakan Bahasa Sanskrit

Sistem SosialTamadunYunani Athens

Sparta Kumpulan pertama mempunyai hak dalam politik, sementara golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.

Helot yang merupakan golongan majoriti dan menguasahakan tanah.Helot memainkan peranan penting dalam ekonomi Sparta.

Jumlah Helot adalah besar dan mereka menjadi ancaman kepada kelas pemerintah faktor utama mengapa sistem ketenteraan diamalkan oleh Negara kota Sparta.

manakala bukan warganegara pula terdiri daripada penduduk yang ditakluki.

Sistem Sosial Tamadun Rom

  Sistem Sosial Tamadun India



Sistem Sosial Tamadu China  Confucius sarjana yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. golongan petani yang merupakan tulang belakang sumber ekonomi China.   

lapisan pentadbir seperti Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. rakyat bawahan iaitu golongan petani dan artisan. Golongan ketiga ialah golongan hamba.

masyarakat China boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan.

Sistem Kasta Setiap kasta mempunyai tanggungjawab yang berbeza dan sistem ini diikuti dengan ketat. Seseorang Lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita daripada kasta yang berbeza dan juga tidak boleh bergaul dengan ahli kasta lain.

SumbanganTamadun SumbanganTamadun

Yunani  berbentuk demokrasi  rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.  Rakyat telah terlibat secara langsung dalam pembentukkan kerajaan  dianggap sebagai kerajaan rakyat

Tamadun India - Agama Hinddu - Agama buddha Tamadun Yunani - Aristotle, Socrates dan Plato - Menjadi ikutan ahli falsafah kini Yunani – Pantheon Rom – Aqueduct, Colloseum

Yunani – Illiad dan Odyses Rom – Bahasa Latin utk Kristian India – Bahasa Sanskrit untuk agama Hindu Tamadun Yunani - Sukan Olimpik - diadakan empat tahun - bertujuan untuk mengingati tuhan Zeus. - Negara kota yang terlibat Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olimpia dan Argos. -

Falsafah

Rom  pemerintahan yang bercorak Republik  dikuasai oleh dua orang Konsul  tujuan mengimbangi kuasa yang ada pada konsul  Dewan Senat - memberi nasihat kepada Konsul. Dewan Senat pula di bantu oleh Dewan Tamadun China Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom

Agama

-

Agama Confucianisme Agama Taoisme

Falsafah

Tamadun Rom - Stoicisme Tamadun China - Legalisme

Senibina/ Teknologi

China – Tembok Besar china India – Stupa di Sanchi, Candi Tamadun China – Teknologi kertas dan tembikar

Sastera

Sosial

India – Mahabhrata dan Ramayana Tamadun China – ensiklopedia, sumber sejarah Tamadun China - peperiksaan awam Pendidikan - Matematik, astronomi, fizik, perubatan dan senibina, teori matematik seperti Teorem Pythagoras, dan Teori Archimendes masih digunakan hingga kini

Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia

Agama Hindu    

Berasal daripada perkataan “Sindhu - iaitu tempat permulaan tamadun di lembah sungai Indus. dikenali sebagai Sanata Dhrama bermaksud peraturan kerohanian yang kekal abadi. Muncul sejak zaman tamadun Indus Pada zaman Vedik – wujud kitab suci veda - kitab utama bagi agama Hindu Mencipta ( Brahman ) Fungsi Tuhan

Memelihara ( Vishnu ) Membinasa ( Siva ) )

Saivisme Saura

Kaumaram

Vaishnavisme Aliran Hindu Saktham Ganapathyam

       

Agama Hindu memaparkan dominasi golongan Brahmin Menerima Saingan daripada Agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka Zaman kegemilangannya semasa zaman Empayar Gupta Kepercayaan kepada Hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati. bergantung kepada karma iaitu perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidupnya. Matlamat - mencapai Nirvana atau Moksya iaitu kebebasan yang mutlak. Apabila bersatu dengan tuhan tidak akan dilahirkan semula ke dunia. Penganut hindu mestilah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia utuk mengelakkan kelahiran semula dan mencapai taraf taraf tersebut

Agama Buddha Pengasas -

-

seorang putera raja iaitu Siddharta Gautama anak raja yang memerintah Kapilavastu di Nepal dan berasal dari suku Sakya. mula mencari kebenaran sewaktu berusia 39 tahun dan meninggal dunia sewaktu berusia 80 tahun

Asal usul -

-

-

-

-

-

Kemunculan agama ini dikaitkan dengan penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam agama Hindu. Sistem kasta yang diamalkan oleh Agama Hindu menjadikan masyarakat tidak teratur memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran yang ditemuanya di bawah pokok Bodhi di sebuah kampung di Uruveda. Kebenaran dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan. Zaman Pemerintahan Asoka agama Buddha mencapai zaman kegemilangannya agama rasmi kerajaan Maurya

Ajaran -

-

-

Terdapat Empat kebenaran  Dukka atau penderitaan  Samudaya atau sebab penderitaan  Nirodha, nafsu yang membawa penderitaan  Marga, iaitu cara memadamkan nafsu dan keinginan Untuk memadamkan nafsu, penganutnya mesti haruslah mengikuti Jalan Mulia Berlapis Lapan Lapan Jalan Mulia berlapis lapan        

-

Kepercayaan yang betul Tujuan yang betul Pertuturan yang betul Perbuatan yang baik Hidup yang baik Usaha yang baik Fikiran yang baik Renungan yang baik

menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci. Di dalam Tripikata terdapat Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka

Agama Kristian

Pengasas   

Jesus Christ yang berasal dari Jeruselum 25 Desimber telah dianggap sebagai tarikh lahir Jesus diraikan setiap tahun oleh penganut agama kristian sebagai Hari Natal.

Perkembangan

Kitab  

Old Testament dan New Testment dikenali sebagai Bible.

     



 

Terdapat halangan untuk menyebarkan agama Kristian di eropah Termasuk halangan daripada pemerintah Rom sendiri berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang ramai di Eropah. agama Kristian telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Constantine Constantine telah mengiktiraf agama Kristian Mereka yang terlibat dalam kerja kegiatan keagamaan akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat. Hari Ahad ialah hari aktivi keagamaan Rom dikenali sebagai Empayar Kristian

Agama Islam Pengasas 

 

Nabi Muhammad s.a.w telah menerima wahyu pada tahun 610 Masihi. di Gua Hira bersamaan 17 Ramadhan melalui Malaikat Jibril. Agama islam tersebar di Tanah Arab Pada 12 September 622 Masihi, bersamaan 1 Rabiul Awal , Nabi Muhammad s.a.w telah berhijrah ke Kota Madinah

Ajaran o

o



o

Akidah iaitu kepercayaan seluruh jiwa terhadap Allah yang maha Esa. Syariah iaitu Undangundang dan hukum islam yang terkandung di dalam kitab suci alQuran dan al-Hadis. Al-Quran adalah kitab suci Allah yang mengandungi ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Rukun Islam 

   

Syahadat iaitu pengakuan tiada tuhan yang disembah selain dari Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah. Wajib menunaikan Solat lima waktu sehari semalam Wajib berzakat Wajib berpuasa di bulan Ramadhan Menunaikan fardu Haji di Makkah bagi yang mampu.

Rukun Iman   

  

Percaya kepda Allah s.w.t Percaya kepada Malaikat Percaya kepada Kitabkitab suci yang diwahyukan oleh Alla s.w.t Percaya kepada nabi dan Rasul. Percaya kepada Hari Qiamat. Percaya kepada Qadak dan qadar

  Confucianisme  

Pengasas : Kung Fu Tze di negeri Lu ( Shantung ) Beliau telah meletakkan jawatan sebagai pegawai kerajaan untuk mengembara dan menyebarkan ideanya kepada penduduk China. diamalkan oleh masyarakat China Confucius telah disembah sebagai salah satu dewa penting.



Perikemanusiaan ( ren ) Ajaran

Kesusilaan ( Li ) Kesusilaan ( Li )

 

Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat pendidikan Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapis masyarakat.



konsep Tao  

AjaranTaoisme

   

Pengasas : Lao Tze yang lahir dinegeri Chu Mengembara untuk menyebarkan pengaruhnya Kitab : Tao Te Ching Berbentuk falsafah dan bertukar menjadi ajaran agama Lao Tze berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengubah sesuatu kea rah kebaikan.

setiap tindakan manusia akan ditentukan Tao. Manusia tidak boleh bertindak terhadap apa-apa yang berlaku Ajaran

tidak mengambil sebarang tindakan Atau Wu-Wei. Jika manusia bertindak ia adalah bertentangan dengan prinsip Wu-Wei Jika bertindak akan merosakkan dunia.

1. Dasar utama ajaran ini ialah tumpuan kepada konsep Tao iaitu jalan, setiap tindakan manusia akan ditentukan Tao. 2. Manusia tidak boleh bertindak terhadap apa-apa yang berlaku atau tidak mengambil sebarang tindakan atau Wu-Wei. 3. Jika manusia bertindak ia adalah bertentangan dengan prinsip Wu-Wei, ini akan merosakkan dunia. 4. Lao Tze berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengubah sesuatu kea rah kebaikan.

Kesimpulan

1. Peningkatan tamadun berlaku kerana meningkatnya perkembangan dalam bentuk pemikiran dan kemahiran. 2. Ini dapat dilihat melalui pencapaian ilmu falsafah, pendidikan, pemerintahan, kesenian, kesusasteraan, dan sains dan teknologi dalam kehidupan masyarakatnya. 3. Warisan seni bina seperti Colloseum, Aquduct, Tembok Besar China dan Stupa di Sanchi India adalah bukti peningkatan kemahiran yang berbentuk kebendaan. 4. Manusia dalam tamadun awal sentiasa bersikap inovatif dan berusaha membaiki dan meningkatnya kehidupannya. 5. Ini berlaku kerana wujudnya keamanan dalam negara,sistem pemerintahan yang kuat dan adil seperti Demokrasi dan republik. 6. Kepimpinan yang berwibawa seperti yang di tunjukkan oleh Augustus Caesar, ChandraGupta Maurya, Alexander The Great, Asoka dan Shih Huang Ti telah menyumbangkan kepada peningkatan tamadun. 7. Masyarakat pada hari ini amat beruntung kerana dapat menilai dan menghayati apa yang telah dilakukan oleh masyarakat masa dahulu yang membawa kepada perubahan dari masa ke semasa. 8. Pada hari kita akan berupaya untuk meningkatkan tamadun yang telah dibina untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial. 9. Kita boleh melihat bukti pencapaian masyarakat lampau berdasarkan warisan seperti bangunan, monumen, dan dokumen sejarah. 10. Ia boleh memberikan pengajaran kepada kita bagaimana kebolehan menjangka perubahan seperti yang terdapat dalam masyarakat zaman lampau. 11. Kita perlu meningkatkan pemikiran dan kemahiran dengan adanya ilmu pengetahuan atau menerokai bidang baru bagi meningkatkan tamadun kita. 12. Ini kerana pencapaian yang akan kita capai akan dapat diwarisi, dibanggai oleh generasi akan datang.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF