BAB 2 Sorotan Kajian
May 18, 2018 | Author: Nik Suzila | Category: N/A
Short Description
Download BAB 2 Sorotan Kajian...
Description
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 PENDAHULUAN
Sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif. Ia membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan. Di dalam sorotan kajian ini mengandungi penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan tajuk yang dipilih penyelidik. Sumber-sumber kajian boleh diambil daripada artikel, jurnal,tesis atau kenyataan daripada seseorang pakar.
Menurut Sulistyo,Basuki 1991, perpustakaan adalah sebuah ruangan atau gedung yang di gunakan untuk menyimpan buku dan terbitan lainnya yang biasanya disimpan menurut susnan tertentu yang digunakan pembaca bukan untuk dijual. Ada dua unsure utama dalam perpustakaan, iaitu buku dan ruangan. Namun, di zaman sekarang, koleksi sebuah perpustakaan tidak hanya terbatas kepada buku-buku sahaja, tetapi berupa filem, slide atau lain-lain yang dapat diterima diterima di perpustakaan sebagai sumber informasi. Kemudian sumber informasi itu diorganisasi,disusun teratur,sehingga kita inginkan sesuatu informasi kita akan mudah mendapatkan maklumatnya. Maklumat diatas dapat dapat disimpulkan bahawa perpustakaan a dalah suatu unit kerja yang merupakan tempat menyimpan koleksi bahan pustaka yang diatur secara sistematik dan dapat digunakan oleh pemakainya sebagai sumber informasi.
Perpustakaan Politeknik Kota Bharu menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk kemudahan pelajar di Politeknik Kota Bharu. Antara kemudahan yang disediakan adalah buku rujukan untuk pelajar perdagangan, kejuruteraan awam, mekanikal dan pelajar elektrik.
Berdasarkan tajuk penyelidikan kami iaitu kajian mengenai ketidakpuasan hati pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan PKB. Penyelidik telah memilih sorotan kajian berdasarkan tiga objektif iaitu : I. II.
Mengenalpasti ketidakpuasan hati pelajar t erhadap perkhidmatan di kaunter. Mengenalpasti ketidakpuasan hati pelajar terhadap kemudahan di perpustakaan.
III.
Mengenalpasti kajian mengenai ketidakpuasan hati para pelajar terhadap produk di perpustakaan
2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKPUASAN HATI PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNTER PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KOTA BHARU
2.1.1
Masa
Masa adalah amat penting didalam kehidupan manusia yang mana masa adalah sebahagian daripada hidup kita. Masa itu amat berharga di dalam kehidupan.Setiap pelajar amat mementingkan masa yang tepat kerana ekoran waktu kelas yang padat. Di sini dinyatakan bahawa proses untuk meminjam buku amat lambat. Masa yang ditentukan adalah selama 5 minit tetapi pelajar terpaksa men unggu lama hanya untuk meminjam buku. Permasalahan sekarang adalah mengenai masa semasa proses mendapatkan perkhidmatan di kaunter. Penyeli dik akan melakukan kajian ke atas pelajar perdagangan di politeknik kota bharu mengenai masa di perkhidmatan kaunter.
2.1.2 layanan
Layanan yang baik akan mempengaruhi pelanggan untuk mengunjungi sesebuah pasaraya atau pasar malam. Menurut Dato¶ Musa bin Haji Fadzil ( Utusan Malaysia 20 Mac 2006 ) menyatakan tindakan yang perlu diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kaunter di Jabatan kerajaan untuk mengelakkan pelanggan menunggu terlalu lama. Menurut beliau lagi, untuk meningkatkan mutu perkhidmatankaunter di Jabatan Pengangkutan Udara di mana beliau mengkehendaki perkhidmatan yang disediakan di kaunter adalah lebih berkesan contohnya dari segi layanan ianya mesti cekap, cepat dan mesra. Layanan yang diberikan tidak memuaskan hati pelajar, seperti menunjukkan mimik muka yang masam. Layanan seperti ini telah membuatkan pelajar kurang berminat untuk
mengunjungi perpustakaan. Layanan yang bersikap acuh tak acuh telah menjadi punca ketidakpuasan hati pelajar terhadap perpustakaan.
2.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKPUASAN HATI PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KOTA BHARU
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan untuk memenuhi keperluan pelajar dan syarat-syarat yang perlu a da dalam sesebuah perpustakaan. Ia adalah:
2.2.1 perkhidmatan pinjaman/pemulangan/tempahan bahan
Perkhidmatan seperti ini akan membolehkan para pelajar membuat rujukan atau kajian dirumah memandangkan jadual pelajar sentiasa penuh dengan subjek masing-masing. Manakala kemudahan pemulangan buku dihasilkan kerana memberi peluang kepada pelajar lain yang ingin menggunakan buku tersebut.pelajar akan dikenakan denda jika hantar buku lebih daripada masa yang diberikan seperti denda bayaran seba nyak RM0.10/hari.
2.2.2 Perkhidmatan fotostat
Bagi mengelakkan buku dibawa keluar dari dalam perpustakaan kerana bimbang berlaku kecurian. Perpustakaan telah menyediakan kemudahan fotostat untuk kemudahan para pelajar membuat salinan contoh-contoh soalan peperiksaan akhir semester lepas. Kemudahan ini juga mengenakan bayaran RM0.10 sehelai.
2.2.3 Kemudahan internet
Kemudahan internet telah disediakan oleh pihak perpustakaan politeknik kota bharu yang membolehkan para pelajar mencari bahan-bahan untuk menyiapkan tugasan da n kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat tanpa pergi ke cyber cafe. Kemudahan ini dis ediakan dan
sangat penting bagi para pelajar yang tidak mampu untuk mempunyai komputer ataupun komputer riba sendiri dan bagi pelajar yang tidak mempunyai internet.
2.2.4 Bilik Diskusi
Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah bilik untuk para pelajar membuat perbincangan. Ini memandangkan para pelajar sentiasa dilatih dan diberi tugas secara berkumpulan oleh pensyarah. Bilik ini juga digunakan oleh pensyarah untuk membuat kelas pembentangan bagi tugasan yang diberikan. Bilik perbincangan ini sesuai untuk membuat pembentangan kerana ianya agak sempit dan hanya boleh memuatkan untuk 5 orang pelajar sahaja untuk satu sesi pembentangan.
2.2.5 Tandas
Perpustakaan politeknik kota bharu juga menyediakan kemudahan tandas yang membolehkan para pengguna perpustakaan tidak perlu keluar mencari tandas-tandas yang berdekatan ataupun di blok-blok lain semasa menggunakan perpustakaan. Tandas perpustakaan ini sentiasa dijaga dan dibersihkan supaya bersih dan selesa untuk digunakan ol eh pelajar dan para kakitangan perpustakaan.
2.3 Produk 2.3.1 bahan rujukan
Perpustakaan menyediakan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar PKB. Antara bahan rujukan ialah buku rujukan bagi setiap subjekyang di a mbil. Selain itu, perpustakaan pkb menyediakan koleksi soalan-soalan peperiksaan akhir semester bagi setiap jabatan dan subjek yang diambil. Ini membolehkan para pelajar membuat penyelidikan soalan yang kerap keluar dan membuat latihan secara efektif. Para pelajar boleh menyalin soalan ataupun fotostat soalan berkenaan dengan kemudahan mesin fotostat yang telah disediakan.
Disamping itu juga, perpustakaan pkb ada menyediakan surat khabar kepada para pengguna perpustakaan. Ini membantu para pelajar mengetahui isu semasa dan mencari bahan untuk menyiapkan tugasan tanpa mencari dalam laman web. Begitu juga dengan majalah-majalah yang turut memberi bahan bacaa n kepada pelajar seperti majalah ilmuan yang memberitahu teknik-teknik membaca dengan berkesan.
View more...
Comments