bab 2 peta minda.pdf
January 14, 2019 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Short Description
TINGKATAN 3 BAB 2...
Description
2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN
Keganasan 14 hari
REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION
MALAYAN UNION
Tujuan Penubuhan Malayan Union Pentadbiran Tentera British Ciri-ciri Malayan Union
Faktor Penentangan
PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
PENUBUHAN UMNO
Tujuan Penubuhan UMNO
Perundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Perjuangan tokoh UMNO
Perjuangan dan Perkembangan UMNO
Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Cara-cara Penentangan Terhadap Malayan Union
1
TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN
KEGANASAN 14 HARI
Selepas Jepun menyerah kalah terdapat kekosongan pentadbiran. PKM melalui MPAJA telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu
PKM menguasai tempat-tempat penting, balai polis dan pejabat pentadbiran. PKM mengenakan undangundang sendiri dengan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang membantu Jepun. Pelbagai cukai yang tinggi diperkenalkan kepada penduduk kampung.
Kekalahan Jepun pada tahun 1945, membawa kepada penguasaan PKM selama 14 hari. PKM banyak melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan huru hara. Pentadbiran Tentera British telah berjaya menyelamatkan keadaan
PKM melakukan keganasan, menculik, menghukum penduduk yang dikatakan menganiaya orang Cina. PKM membunuh seorang penghulu dan Pegawai Daerah yang ingin berunding. Mereka mencemarkan masjid dan membakar rumah pada waktu malam
PENTADBIRAN TENTERA BRITISH (BMA)
Keganasan PKM menyebabkan ketegangan kaum dan huru hara. Di Batu Pahat dan Muar, Kiyai Salleh memimpin orang Melayu menyerang orang Cina di Batu Pahat. Dato’ Onn Pegawai Daerah Batu Pahat berjaya menghalang daripada berlaku pertumpahan darah.
Pentadbiran Tentera British diperkenalkan pada September 1945. PTB diketuai oleh Sir Ralp Hone, Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam. Kejayaan PTB:i. ii. iii.
Menamatkan penguasaan PKM selama 14 hari Memujuk PKM meletakkan senjata. Memulihkan keamanan dan mengakkan undang-undang.
Pentadbiran Tentera British kemudian digantikan oleh pentadbiran Malayan Union.
2
MALAYAN UNION
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Memperkukuh kan pertahanan British di Tanah Melayu dan di Asia Tenggara
Diisytiharkan pada 1 April 1946, di Kings House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur. Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.
Membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat menumpukan kesetiaan kepada Malayan Union.
Mempersiapkan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
Mewujudkan kerajaan yang cekap dan seragam. Menyatukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negerinegeri Selat
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran kerana pentadbiran yang tidak seragam menelan perbelanjaan yang besar.
Memastikan penglibatan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur untuk memaju dan mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terjejas.
Menjamin British akan terus menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu terutama getah dan bijih timah.
Mengurangkan kuasa politik orang Melayu kerana dikatakan membantu Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah melayu 3
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
1. Mengabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka kecuali Singapura.
2. Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union
3. Seorang Gabenor akan dilantik mengetuai Malayan Union
4. Konsep kewarganegaraan berasaskan kepada prinsip “Jus Soli” iaitu kewarganegaraan sama rata
5. Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja-Raja Melayu) berkuasa soal agama dan adat istiadat sahaja
6. Setiap negeri mempunyai ketua pentadbir negeri iaitu Pesuruhjaya Negeri
7. Pemutus undang-undang Malayan Union adalah Parlimen British
Pembentukan Malayan Union adalah merupakan tindakan British untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonominya di Tanah Melayu. Malayan Union menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mutlak
4
REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION Penghapusan Kuasa Raja
Raja-Raja kehilangan kuasa dan hanya menjadi Ahli Majlis Raja-Raja Melayu. Raja-raja kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu. Zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor Malayan Union.
Kerakyatan Jus Soli Menentang Rancangan Malayan Union
Sebab-sebab Penentangan terhadap Malayan Union
Tindakan Mac Michael Mengancam Raja
Tindakan Mac Michael mengancam akan menurukan takhta raja yang tidak menyokong Malayan Union tidak diterima oleh orang Melayu. Raja-raja tidak masa yang cukup untuk berunding dan meneiliti Rancangan Malayan Union
Tamadun akan terhakis Terdapat sekumpulan kecil orang Melayu menyokong Malayan Union
Malayan Union akan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu. Malayan Union akan mewujudkan pentadbiran tidak berasaskan raja dan pembesar Melayu. Menyokong kerakyatan terbuka kepada yang lahir di Tanah Melayu dan ingin menjadi warganegara. Berseteju dengan penyatuan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Percaya British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Pengenalan Malayan Union akan menyebabkan tamadun Melayu yang dibina oleh kerajaan Melayu seperti system beraja,bahasa Melayu dan tulisan jawi terhakis. Ketuanan Melayu akan runtuh dan orang Melayu kehilangan tanah air
PKM dan Malayan Democratic Union (MDU)
PKMM, AWAS,API dan BATAS
Kerakyatan Jus Soli dalam Malayan Union mengancam kedudukan sedia ada masyarakat Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran yang mudah mendapat kerakyatan
Menyokong parti-parti radikal kerana konsep kerakyatan menguntungkan mereka. MDU mencadangkan Singapura disatukan dalam Malayan Union. Golongan imigran juga menyokong Malayan Union. Mereka bersatu dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) diketuai Tun Tan Cheng Lock. 5
Penentangan Secara individu Dato’ Onn menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) untuk menentang Malayan Union. Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan, menjelaskan raja-raja Melayu telah dipaksa menerima Malayan Union. Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut menyokong orang Melayu. Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Ceci Clementi Smith menentang Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London. Cara Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Melalui Akhbar Akhbar Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara secara berterusan menentang rancangan Malayan Union. Akhbar yang mula-mula menyeru orang Melayu menentang Malayan Union ialah akhbar Majlis. Utusan Melayu menggesa Raja-Raja Melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak ditentang. Warta Malaya mengesa orang Melayu bersatu menentang Malayan Union.
Penentangan secara kolektif Berdemontrasi membantah tindakan Sir Harold MacMichael memaksa Sultan menandatangani perjanjian. Malayan Union diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Johor Bahru. Persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi seperti Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor. Persatuan Melayu menghantar surat dan telegram ke London membantah perlaksanaan Malayan Union. Orang Melayu juga mengadakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams (di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Kuala Lumpur, Alor Stardan George Town) untuk menunjukkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union. Kaum wanita juga turut menentang Malayan Union. Cikgu Zahara Abdullah, Halimahton Majid dan Datin Puteh Mariah bergabung dengan kaum lelaki menentang Malayan Union..
6
KONGRES MELAYU
KONGRES MELAYU PERTAMA
Diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 pertubuhan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Kongres bersetuju untuk menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) Dato’ Onn Ja’afar dilantik sebagai pengerusi yang pertama. Kongres pertama mendapat sambutan hangat daripada orang Melayu. Wakil wanita dan kanak-kanak turut berucap dalam kongres ini.
KONGRES MELAYU KEDUA
Diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 di pejabat akhbar Majlis, di Kuala Lumpur. Kongres ini diadakan bertujuan membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Sembilan wakil pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghadiri Kongres Kedua ini. Kongres Kedua telah memutuskan tiga perkara penting:i.
ii.
iii.
Meminta Raja-Raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Orang Melayu yang dilantik dalam majlis Pentadbiran Malayan Union diminta memulaukan pengisytiharan Malayan Union. Menyeru orang Melayu berkabung dengan melilitkan kain putih pada songkok mereka selama tujuh hari.
7
UMNO 1949
PENUBUHAN UMNO
Berfungsi sebagai parti siasah sebagai penyatu orang Melayu. Berusaha untuk membentuk kerajaan yang merdeka di Tanah Melayu. Memajukan orang Melayu dalam pelbagai bidang. Melindungi kedaulatan tanah air. Mula menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
Dato’ Onn Ja’afar
Pengasas UMNO. Berpendidikan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. Pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1946. Mencadangkan pertubuhan untuk menentang Malayan Union. Berjaya menganjurkan Konres Melayu pada tahun 1946. Mengetuai orang Melayu menjelajah ke seluruh Semenanjung Tanah untuk menumbangkan Malayan Union. Berjaya memujuk Raja-Raja Melayu memulaukan majlis pengisytiharan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Menjadi anggota penggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949.
UMNO ditubuhkan berdasarkan Kongres Melayu yang pertama yang diadakan di Kuala Lumpur. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Yang Dipertua pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar.
UMNO 1946
Menentang Malayan Union. Menyatupadukan orang Melayu Mewujudkan satu organisasi berbentuk nasional Menjaga kepentingan politik dan ketuanan melayu. Memajukan pendidikan orang Melayu. Melindungi kepentingan orang Melayu dan belum bersedia menuntut kemerdekaan.
Perjuangan Tokoh-tokoh UMNO Zainal Abidin bin Ahmad Dato’ Panglima Bukit Gantang
Setiausaha Agung UMNO yang pertama. Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. Berpendidikan Anderson School, Ipoh dan Inner Temple, London. Menubuhkan perikatan Melayu Perak untuk menentang Malayan Union. Menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga 1953
Intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu. Beliau bertanggungjawab menguruskan persidangan Kongres Melayu. Mencadangkan kepada Dato’ Onn Menambah perkataan Kebangsaan ke dalam United Malays Organization menjadi United Malay’s National Organization.
Dato’ Nik Ahmad Kamil
Ahli Jawatankuasa UMNO pusat dan ketua UMNO Kelantan. Berpendidikan Sekolah Majlis Agama Islam Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, kemudian melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London. Menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan dari tahun 1948 8 hingga 1953.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
1. Penentangan habis-habisan yang dilakukan oleh raja-raja dan orang Melayu menyebabkan British tunduk dengan tuntutan orang Melayu. 2. British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. 3. Pemansuhan Malayan Union merupakan kejayaan besar orang Melayu mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu. Rundingan Ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
1. Bantahan orang Melayu secara aman sejak Januari hingga Mei 1946, menggambarkan orang Melayu menolak rancangan Malayan Union. 2. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan raja-raja dan UMNO. 3. British telah menubuhkan jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli. 4. Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu. 5. Mereka mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur.
Pada amnya terdapat lima tuntutan dikemukakan kepada British, antaranya ialah:i. Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. ii. Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negernegeri Melayu Bersekutu. iii. Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union. iv. Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. v. Menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negerinegeri Melayu diakui semula.
British tunduk kepada tuntutan orang Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British dengan menggunakan kekerasan. British juga tidak mahu PKM mengambil kesempatan mempengaruhi orang Melayu untuk menentang British. 9
Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
i. ii. iii. iv. v. vi.
Mewujudkan konsep Raja Berpelembagaan. Majlis raja-raja Melayu dibentuk menggantikan Majlis Melayu Pesuruhjaya tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Syarat kerakyatan diperketatkan Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Tanah Melayu. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
Perbezaan pentadbiran antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:-
Persekutuan Tanah Melayu
Aspek perbezaan
Malayan Union
Pesuruhjaya Tinggi British
Ketua pentadbiran
Gabenor British
Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu,
Kuasa di peringkat pusat
Parlimen British.
Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri
Kuasa di peringkat negeri Pesuruhjaya Negeri-negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan Negeri
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
Gabenor British
Bahasa Melayu dan Inggeris
Bahasa pentadbiran
Inggeris
10
Perbezaan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union:Kera Persekutuan Tanah Melayu
Jus soli hanya terbuka kepada rakyat raja dan rakyat British,. serta pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British.
Pemohon yang berusia 21 tahun dan tidak ada rekod jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Mereka yang berusia 21 tahun dan telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Cara mendapat Kerakyatan
Malayan Union
Secara kuatkuasa undang-undang
Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain.
Secara Permohonan
pemohon yang telah tinggal selama lima tahun dari tujuh tahun dari tarikh permohonan. Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat Malayan Union juga boleh memohon
Rumusan. 1. Perpaduan jitu orang Melayu menentang Malayan Union menyebabkan British tunduk dengan tuntutan orang Melayu. 2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah mengembalikan hak orang Melayu.
11
View more...
Comments