Bab 2.pdf

April 17, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Bab 2.pdf...

Description

Bab Dua Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang Penjajah

Sebab-sebab Penentangan

Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan Menentang Penjajah

Faktor-faktor Pemangkin Nasionalisme

Akhbar, Majalah dan Novel Penggerak Kesedaran Kebangsaan

Gerakan Islah dalam Meningkatkan Minda Bangsa

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu

1

2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang Penjajah 1. Perjuangan mereka menentang penjajah telah berlaku sejak awal kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu. 2. Penentangan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan akibat daripada penjajahan kuasa Barat. 3. Antara tokoh tempatan yang terlibat menentang penjajah ialah Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Rentap dan Penghulu Naning Dol Said.

Sebab-Sebab Penentangan

Dasar Britsih 1. Dasar penaklukan British telah menyebabkan penentangan masyakarat tempatan. 2. Kawasan yang jatuh ke tangan British akan terikat dengan sistem pemerintahan dan peraturannya. 3. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris Belanda 1824, Naning dipaksa menjadi tanah jajahan takluk British dan mesti membayar ufti. 4. Keengganan Dol Said tunduk kepada dasar British menyebabkan berlakunya peperangan. Penguasaan Ekonomi 1. Penentangan terhadap British disebabkan hasrat mereka untuk menguasai ekonomi untuk kepentingan mereka. 2. Perjanjian dengan pembesar tempatan telah membolehkan saudagar dari Negeri-negeri Selat menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah sehingga menyebabkan timbul kemarahan penduduk tempatan Perlaksanaan Pentadbiran Barat 1. Pemimpin tempatan menentang British disebabkan British memaksa system pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. 2. British memperkenalkan system cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapat keuntungan yang besar. 3. Antara sebab penentangan di Terengganu adalah pengenalan undang-undang tanah. 4. Peraturan yang menetapkan tanah yang dibuka mesti mendapatkan kebenaran penjajah bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan iaitu tanah dibuka mengikut keperluan, tanpa membayar cukai. Campur Tangan dalam Adat Resam 1. Penentangan terhadap British disebabkan campur tangan British dalam adat resam tempatan. 2. British memaksa penduduk tempatan menerima nilai dan budaya mereka yang bertentangan dengan masyarakat tempatan. 3. Campur tangan J.W.W Birch terhadap adat resam masyarakat Melayu di Perak menyebabkan beliau mati dibunuh oleh penduduk tempatan.

2

Kehilangan Kuasa dan Pengaruh 1. Kebanyakan pembesar dan pemimpin tempatan dilantik oleh Sultan, kehilangan kuasa dan pengaruh apabila British campur tangan. 2. Penjajahan British menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. 3. Keadaan ini menyebabkan pemimpin tempatan tidak berpuas hati dan menentang British.

Kesulitan Penduduk Tempatan 1. Perlaksanaan peraturan dan undang-undang Barat telah menyulitkan masyarakat tempatan. 2. Kesetiaan mereka terhadap pembesar tempatan sebagai ketua mereka telah mendorong mereka bekerjasama dengan pembesar menentang penajajah.

Peristiwa penentangan Pemimpin Tempatan

Penentangan Dol Said. 1. 2. 3. 4. 5.

Penentangan berlaku antara tahun 1831-1833. Dol Said menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning di bawah penguasaannya. Dol Said enggan membayar satu per sepuluh hasilnya sebagai cukai kepada British. Pada tahun 1831, British menghantar tentera untuk menakluk Naning. Dol Said mendapat sokongan Yam Tuan Ali Rembau, Syed Sa’aban, Penghulu Remai dan Recat, Datuk Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh, berjaya mengalahkan pasukan British yang terdiri seramai 150 orang yang diketuai oleh Kapten Wyllie yang cuba menawan Taboh. 6. Pada tahun 1832, Dol Said sekali lagi menghadapi serangan pasukan British yang lebih besar dipimpin oleh Kolonel Herbert. 7. Dol Said tanpa bantuan daripada mana-mana pihak telah dapat dikalahkan dan Taboh ditawan oleh British. 8. Dol Said berundur ke Seri Menanti kemudian telah menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

3

Penentangan Linggir, Rentap dan Syarif Masahor.  

Pemimpin-pemimpin Sarawak menentang James Brooke (digelar Raja Putih) kerana cuba menguasai beberapa daerah di pedalaman. Penentangan Rentap, Linggir dan Syarif Masahor kerana enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke.



LINGGIR Linggir pemimpin kaum Iban di Saribas telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar kerana membalas tindakan Brooke dan Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

        

RENTAP Rentap menentang Brooke kerana menghapuskan petempatan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan berjaya membunuh seorang pegawai Brooke Allan Lee. James Brooke telah bertindak menyerang dan membakar kubu serta rumah pengikut Rentap. Rentap bersama pengikut-pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun James Brooke terus menyerang Rentap dan berjaya mengalahkannya pada tahun 1861. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah. SYARIF MASAHOR Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghafur menentang penguasaan James Brooke di wilayah mereka di Sungai Rajang. Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghafur menyerang kubu Brooke di Kanowit, kemudian menyerang Brooke di Kuching, bagaimanapun tidak berjaya. Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunei, namun demikian atas desakan British, Syarif Masahor dibuang negeri ke Singapura. Datuk Patinggi Abdul Ghafur melarikan diri ke Betawi tetapi telah ditahan oleh pihak berkuasa Belanda dan diserahkan kepada Brooke.

4

Penentangan Mat Salleh. 1. Penentangan terbesar di Sabah dipimpin oleh Mat Salleh pembesar daerah Tambunan dan Sungai Sugut. 2. Syarikat Borneo Utara British tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh telah menduduki kawasan Mat Salleh dan memperkenalkan cukai kepala dan perahu. 3. Mat Salleh ke Sandakan untuk berunding dengan pegawai British, tetapi tidak dilayan. 4. Gabneor Beaufort telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh kerana tersalah anggap tujuan kedatangan Mat Salleh. 5. Mat Salleh melancarkan tindak balas menyerang kubu British di Pulau Gaya. 6. British membuat tawaran untuk berdamai. Mat Salleh telah dibenarkan mentadbir wilayah Tambunan. 7. Bagaimanapun, British mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu British. 8. SBUB bertindak balas menyerang Mat Salleh dan dalam pertempuran ini Mat Salleh dikatakan terbunuh pada 31 Januari 1900.

Penentangan Dato’ Maharaja Lela 1. Dato’ Maharaja Lela memimpin gerakan menentang British di Perak. 2. Penentangan ini disebabkan oleh :a. b. c. d. e.

Residen bertindak melampui bidang kuasa seperti yang termaktub dalam perjanjian Pangkor. Pembesar kehilangan hak memungut cukai. Penguasaan British terhadap kawasan pentadbiran pembesar. J.W.W Birch mencampuri urusan adat resam terutama soal hamba. J.W.W Birch tidak boleh berbahasa Melayu dan tidak menghormati sistem sosial masyarakat setempat.

3. Kronologi penentangan Dato’ Maharaja Lela a. Januari 1875, Sultan Abdullah dan Andrew Clarke menandatangani Perjanjian Pangkor. b. Februari 1875, Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain mengemukakan bantahan terbuka terhadap campur tangan British. c. Julai 1875, mesyuarat yang dihadiri oleh Sultan Abdullah, Dato’ Sagor, Dato’ Maharaja Lela, Pandak Lam dan Ngah Ibrahim telah membuat keputusan menjatuhkan hukuman mati kepada Birch. d. 2 November 1875, J.W.W Birch telah dibunuh atas arahan Dato’ Maharaja Lela. e. 13 November 1875, pihak British menghantar askar dari negeri-negeri Selat, India dan Hong Kong melancarkan serangan ke atas Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah menentang pasukan British tetapi terpaksa mengundurkan diri ke Kota Lama. f. 20 November 1875, setelah dibicarakan di mahkamah, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Sultan Ismail dan Panglima Semaun dibuang negeri ke Johor. Manakala Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Scychelles. 5

Penentangan Yamtuan Antah. 1. Penentangan di Negeri Sembilan dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal Sungai Ujong. Sebab-sebab penetangan Yam Tuan Antah a. Pendudukan British di Sungai Ujong. b. British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi 2. YamTuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British yang mengugat kedaulatan Bangsa. 3. Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal enggan menandatangani perjanjian dengan British, di samping menentang Dato’ Kelana yang mempelawa British campur tangan dalam pertikaian mareka. 4. Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dengan bantuan British telah berjaya mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk terus menguasai Sungai Ujong. 5. Pada 10 November 1874, Dato’ Syahbandar kembali ke Sungai Ujong untuk menandatangani perjanjian dengan British dan bersetuju meletakkan jawatan seterusnya berhijrah ke Singapura. 6. Dengan perjanjian ini, Dato’ Kelana menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi pentadbirannya terletak di bawah nasihat British. Penentangan Dato’ Bahaman. 1. Kebangkitan menentang British di Pahang dipelopori oleh Dato’ Bahaman. 2. Dato’ Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British setelah J.P Rodger dilantik sebagai Residen di Pahang. 3. Perlaksanaan undang-undang British menyebabkan Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan kehilangan kuasa. 4. Sebab-sebab penentangan Dato’ Bahaman. a. Dato’ Bahaman kehilangan hak mengutip cukai setelah British melantik E.A Wise sebagai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. b. Pembinaan balai polis di Lubuk Terua tanpa terlebih dahulu berunding dengan Dato’ Bahaman. c. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Bahaman. 5. Kronologi penentangan Dato’ Bahaman a. 16 Disember 1891, British menangkap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Dato’ Bahaman bertindak menyerang balai polis Lubuk Terua. b. 26 Disember 1891, British menyerang dan menawan semula balai polis Lubuk Terua. c. 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. d. British menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. e. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan Terengganu. f. Dato’ Bahaman mendapat perlindungan politik daripada Raja Chulalongkorn dan menetap di Chieng Mai sehingga meninggal dunia di sana. 6

Penentangan Tok Janggut 1. Penentangan di Pasir Puteh dipimpin oleh Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas. 2. Tok Janggut menentang sistem pungutan cukai yang diperkenalkan oleh British apabila sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. 3. Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal, sebaliknya Sarjan Che Wan dibunuh oleh Tok Janggut. 4. Pada April 1915, Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh dan berjaya menawannya. 5. Mereka mengisytiharkan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah Pasir Puteh. 6. Pada bulan Mei 1915, dengan menggunakan nama Sultan, British telah menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. 7. Tok Janggut terkorban dalam pertempuran tersebut dan mayatnya telah diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

Penentangan Haji Abdul Rahman Limbung. 1. Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan system cukai dan undangundang tanah yang diperkenalkan oleh British. 2. Pada Julai dan Ogos 1922, tanpa menghiraukan peraturan tanah yang telah ditetapkan oleh British, Haji Abdul Rahman Limbong telah mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di Telemong. 3. Pada bulan Mei 1925, penduduk pedalaman sekali lagi berkumpul di Telemong membuka tanah kepunyaan Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III, dari Lubuk Batu ke Kampung Pelam. 4. Peristiwa ini membimbangkan British, kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka. 5. Pada bulan Mei 1928, penduduk Terengganu telah dijemput berkumpul sama ada di Kuala Berang atau Kuala Telemong. 6. Kumpulan yang berkumpul di Kuala Berang telah berjaya menawan bangunan kerajaan, manakala yang berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menanti arahan untuk menentang Brtitish. 7. Dengan menggunakan nama Sultan, British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang dan menangkap serta membunuh mereka yang ingkar. 8. Pihak British telah menghantar 25 orang pegawai polis telah menyerang Kuala Telemong dan menyebabkan sebelas orang pejuang terkorban. 9. Untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong, British menghantar 50 orang polis dari Singapura. 10. Haji Abdul Rahman Limbung telah ditangkap, kemudian dibicarakan. Beliau didapati bersalah dan dibuang negeri ke Makkah. 7

Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Penjajahan Barat. 1. Penjajah Barat telah memperkenalkan system politik Barat dan telah memusnahkan system politik tradisional tempatan. 2. Para pembesar telah diberi pencen dan jawatan mereka diambil alih oleh Residen British. 3. Hal ini telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan kerana dianggap mencabar system atau amalan tradisi dan menjatuhkan maruah mereka. Faktor-faktor Pencepat Semangat Nasionalisme Perkembangan Pendidikan 1. Sistem pendidikan Barat dan sistem pendidikan Vernakular, telah melahirkan golongan intelektual Melayu yang sedar tentang kemajuan Bangsa. 2. Mereka telah menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk menyedarkan masyarakat untuk memajukan diri dan menolak penjajahan Barat.

Dasar British. 1. Pentadbir British menggalakkan sesiapa sahaja untuk datang ke Tanah Melayu. 2. Ramai orang asing datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja seterusnya menetap di Tanah Melayu. 3. Kemasukan orang asing telah meningkatkan golongan imigran, menyebabkan masyarakat tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. 4. Golongan imigran menguasai ekonomi Tanah Melayu sedangkan orang Melayu ketinggalan dan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang tidak maju. 5. Kemajuan ekonomi menjarakkan jurang taraf hidup orang tempatan di kawasan luar Bandar dengan golongan imigran yang tinggal di Bandar. 6. Taraf hidup orang Melayu yang mundur ini telah dijadikan isu oleh golongan intelek Melayu membangkin semangat nasionalisme.

8

Pendudukan Jepun 1. Jepun telah menggunakan slogan Kawasan Kemakmuran Asia semasa menjajah Asia Tenggara. 2. Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengan Jepun dan berjanji akan memberi kemerdekaan. 3. Kesengsaraan hidup dan kekejaman pada zaman Jepun telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur. 4. Sehubungan dengan itu, apabila British memperkenalkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946, ia mendapat tentangan daripada orang Melayu.

Kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) 1. PKM yang menguasai tanah air selama 14 hari telah melakukan kekejaman dengan bertindak menangkap dan membunuh sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. 2. Tindakan PKM telah mencetuskan konflik perkauman kerana mereka bertindak membunuh ramai orang Melayu dan membakar rumah mereka. 3. Serangan mereka telah menyebabkan orang Melayu bertindak balas seperti peristiwa yang berlaku di Batu Pahat yang dipimpin oleh Kiyai Salleh.

Mesin Cetak 1. Kemunculan mesin cetak telah membolehkan penyebaran ilmu pengetahuan yang lebih luas. 2. Kemunculan mesin cetak telah membolehkan lebih banyak penerbitan buku, akhbar, majalah dan kitab agama seterusnya membolehkan idea nasionalisme disebarkan untuk menentang penjajah.

Gerakan Pan-Islamisme 1. Gerakan ini merupakan gerakan intelektual Islam di seluruh dunia yang bertujuan membangkitkan semangat yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. 2. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir.

Kesedaran Politik Serantau 1. Perkembangan semangat nasionalisme di Indonesia, telah membangkit kesedaran politik di Tanah Melayu. 2. Penulisan penulis besar dan karya nasionalis tentang idea serta kebebasan politik di Indonesia telah tersebar luas di Tanah Melayu dan menjadi rujukan golongan intelektual di Tanah Melayu. 3. Penghijrahan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu. 9

Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

Pengenalan

Tokoh

Cara Menyebarkan Ideologi

1. Gerakan Islah ialah gerakan pemulihan yang berdasarkan al-Quran dan Hadith yang bertujuan membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam. 2. Mereka yang menyebarkan idea ini dikenali sebagai Kaum Muda. 1. Sheikh Tahir Jalaluddin 2. Syed Sheikh Al-Hadi 3. Dr. Burhanuddin Al-Helmy. 1. Kaum Muda menggunakan akhbar dan majalah dalam usaha untuk menyebarkan ideolog mereka. 2. Antara akhbar dan majalah tersebut ialah al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh.

Perjuangan Kaum Muda

1. Kaum Muda menggesa masyarakat Melayu berusaha memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial serta menanamkan semangat menentang penjajah ke dalam pemikiran orang Melayu. 2. Kaum Muda turut mengkritik raja dan pembesar Melayu kerana tidak memainkan peranan dalam memajukan orang Melayu.

Memajukan Pendidikan

1. Kaum Muda telah mendirikan beberapa madrasah yang menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti Maahad II Ihya Assyarif di Gunung Semanggul Perak.

Tentangan

1. Perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama 2. Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang perkembangan idea Kaum Muda terutama dalam bidang pendidikan.

10

Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan Pengenalan 1. Akhbar, majalah dan Novel telah memainkan peranan penting dalam melahirkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu. 2. Antara penulis yang terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba), manakala pada tahun 1930-an muncul Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai. 3. Penulisan mereka mengkritik dasar-dasar British dan mendesak orang Melayu memajukan diri serta bersatu padu.

Akhbar

Dalam aspek sosial dan pendidikan, Akhbar Melayu telah menyuarakan isu: a.

b.

c.

d. e.

Meningkatkan pencapaian pendidikan di kalangan orang Melayu. Menuntut British menambah peruntukan biasiswa bagi membolehkan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran. Mencadangkan orang Melayu mengikuti perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan dan berusaha meningkatkan penglibatan dan pencapaian dalam bidang tersebut. Meminta taraf sekolah Melayu dinaikkan. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.

Antara akhbar-akhbar yang diterbitkan ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak.

Dalam aspek politik, akhbar Melayu telah menyuarakan isu: a.

Dalam aspek ekonomi, akhbar Melayu telah menyuarakan isu:

b. c.

a. Menggesa orang Melayu supaya bersatu untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi. b. Menggalakkan orang Melayu berniaga. c. Menyeru orang Melayu supaya tidak menjual tanah mereka. d. Meminta masyarakat Melayu supaya berjimat cermat.

d. e.

Menggesa orang Melayu supaya bersatu padu dan memperkukuhkan semangat nasionalisme. Mengkritik pentadbiran British di Tanah Melayu. Mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik menjawat jawatan pentadbir kanan dalam pentadbiran British. Menolak dasar diskriminasi British dalam pentadbiran kerajaan. Mengkritik British mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.

11

Majalah Isu yang dibangkitkan oleh majalah Pengasuh

Isu yang dibangkitkan oleh majalah Bulan Melayu

i. Membincangkan soal agama Islam dan kemajuan Ummah ii. Menyeru orang Melayu meningkatkan diri dalam bidang pendidikan iii. Menyeru orang Melayu memperluaskan ilmu dalam semua bidang.

i. Majalah turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Menjelang 1940-an, terdapat 120 majalah yang diterbitkan antara yang terkenal ialah majalah guru, Pengasuh dan Bulan Melayu.

ii.

iii.

Menggalakkan wanita mendapat pendidikan Menyeru wanita bersopan santun dan menjaga nilai-nilai Islam serta budaya Timur. Menggalakkan wanita berusaha untuk memajukan bangsa.

Isu yang dibangkitkan oleh majalah Guru i. ii. iii. iv. v.

Menyeru supaya orang Melayu bersatu padu. Berusaha memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu Guru-guru digalakkan bersatu padu untuk menjadi pemimpin bahasa Meniupkan semangat cinta tanah air dan menentang penjajah. Berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup orang Melayu.

12

Novel Tema Semangat Nasionalisme yang dibangkitkan dalam Novel Keris Melaka oleh Ahmad Baktiar i. Semangat menentang penjajahan Portugis ii. Menghargai sumbangan Hang Tuah iii. Menjadikan sejarah sebagai motivasi ke arah perjuangan bangsa terutama bagi golongan belia.

Tema Semangat Nasionalisme yang diutarakan oleh Ishak Hj Muhammad dalam Novel Putera Gunung Tahan. i. ii.

iii.

Semangat keperwiraan dalam menjaga maruah bangsa. Semangat cinta tanah air serta berbangga dengan kebolehan sendiri. Gadis tempatan sanggup menolak cinta pegawai penjajah demi maruah bangsa.

Tema Semangat Nasionalisme yang diutarakan oleh Ishak Hj. Muhammad dalam Novel Anak Mat Lela Gila. Novel juga turut menyumbang kepada perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Penulisan novel telah berkembang pada awal tahun 1920-an, kemudian terus berkembang pesat pada tahun 1930-an Antara novel yang telah dihasilkan seperti Keris Melaka oleh Ahmad Baktiar, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid.

i. ii. iii.

Semangat menentang penjajahan oleh pemuda tempatanM Menghargai warisan bangsa dan cinta tanah air. Menolak kemewahan kerana maruah bangsa.

Tema yang dibangkitkan dalam Novel Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid.

i. ii.

Memperjuangkan emansipasi wanita. Perlunya wanita mendapatkan pendidikan moden untuk kemajuan diri.

13

Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-persatuan Melayu

Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

1. Kesatuan Melayu Melayu Singapura ditubuhkan pada tahun 1926, dipimpin oleh Muhammad Eunos bin Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh. 2. Tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Singapura: a. Menggalakkan ahlinya memainkan peranan yang lebih besar dalam politik dan pentadbiran. b. Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi orang Melayu di Singapura. c. Menjadi wakil orang Melayu untuk berurusan dengan British. 3. Antara kejayaan KMS ialah memperoleh sebuah kawasan khas untuk orang Melayu di Singapura dan penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri-negeri Melayu yang lain pada tahun 1930-an.

1. Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M Zainal Abidin. 2. Tujuan penubuhannya ialah untuk menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. 3. Walaupun kegiatan PASPAM berkisar tentang bahasa dan kesusasteraan tetapi di dalamnya tersirat cita-cita politik yang membawa kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Persatuan-persatuan Negeri

1. Persatuan-persatuan Negeri telah ditubuhkan di negeri-negeri Melayu. 2. Pada tahun 1937, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Melaka dan Persatuan Melayu Pulau Pinang telah ditubuhkan. 3. Pada tahun 1938, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Selangor dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan. 4. Pada tahun 1939, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Sarawak dan Persatuan Melayu Johor telah ditubuhkan. 5. Objektif penubuhan persatuan-persatuan negeri adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan kedudukan orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

14

Kegiatan Persatuan

Di Sabah

1. Di Sabah, sehingga Perang Dunia Kedua tidak terdapat persatuan yang menonjol 2. Kegiatan di Sabah pada waktu itu tertumpu kepada soal kemasyarakatan dan pendidikan. 3. Bagaimanapun pengaruh PASPAM telah merebak ke Sabah seperti di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. 4. Kegiatannya tertumpu kepada ceramah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan anggota, membuka bilik bacaan dan kegiatan berkaitan bahasa dan sastera. 5. Anggotta PASPAM di Sabah terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Di Sarawak

1. Di Negeri, Sarawak persatuan yang mula-mula ditubuhkan ialah Persatuan Melayu Miri pada tahun 1936. 2. Persatuan Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1939. Presiden Persatuan Melayu Sarawak ialah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. 3. Matlamat persatuan ini ialah untuk menjalin kerjasama di kalangan orang Melayu supaya berusaha memaju dan menggalakkan pendidikan, memelihara budaya, mempertahankan kedaulatan bangsa dan menyebarkan agama Islam. 4. Persatuan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

6. Keahlian dan perkembangan persatuan ini terhad di Bandar sahaja kerana tidak digalakkan oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan taraf pendidikan yang rendah.

15

Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1938 di Kuala Lumpur. 2. KMM adalah merupakan pertubuhan separa politik dipimpin oleh Ishak Hj. Muhammad. 3. Tujuan KMM ditubuhkan adalah untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu 4. KMM juga bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya. 5. Pada akhir 1940, Ibrahim Yaakob telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British di Tanah Melayu. 6. Ibrahim Yaakob telah membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda Jepun dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. 7. Maahad II Ihya Assyarif, di Gunung Semangol turut terlibat menyokong KMM dan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British. 8. British bimbang dengan pergerakan KMM. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1941, Ibrahim Yaakob bersama-sama lebih kurang 150 orang ditangkap dan dipenjarakan di Changi, Singapura. 9. Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun tetapi KMM telah diharamkan oleh Jepun.

Kongres Melayu Se-Malaya. 1. Pada tahun 1939, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur atas daya usaha Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor. 2. Kongres kedua diadakan di Singapura pada tahun 1940. 3. Kedua-dua kongres Melayu yang diadakan ini merupakan kemuncak kesedaran Melayu menjelang Perang Dunia Kedua. 4. Kongres ini membicarakan tentang kemunduran orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi serta sikap pilih kasih British kepada anak negeri.

16

Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun

1. Kesedaran Kebangsaan di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun menghadapi tekanan kerana Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. 2. Hanya pertubuhan-pertubuhan yang menyokong Jepun sahaja yang dibenarkan bergerak di bawah pengawasan Jepun.

Akibat tekanan Jepun, muncul pergerakan bawah tanah yang menentang Jepun.

Barisan Pemuda

1. Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak untuk menyatukan pemudapemuda Melayu. 2. Barisan Pemuda merupakan tentera sukarela Jepun yang di latih berkawad oleh tentera Jepun.

Malayan People’s AntiJapanese Army (MPAJA) 1.

2.

3.

Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. MPAJA bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dan mendapat bantuan senjata daripada British. Parti Komunis Malaya juga menubuhkan pasukan Bintang Tiga yang ahlinya terdiri daripada orang Melayu, India dan Cina untuk menentang Jepun.

Pasukan Wataniah dan Force 136

1. Pasukan Wataniah Pahang pasukan sukarela yang dianggotai oleh guru, pegawai kerajaan dan penduduk tempatan untuk menentang Jepun. 2. Anggota Force 136 terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Tanah Melayu telah berkerjasama dengan British secara gerila di hutan Kedah, Johor dan Pahang.

1. Pada akhir pendudukan Jepun, usaha memberikan kemerdekaan kepada Indonesia telah diadakan. Ibrahim Yaakob pemimpin KMM telah meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia bersesuaian dengan matlamat perjuangan KMM untuk menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya. 2. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan untuk melaksanakan tugas tersebut. 3. Kongres Pemuda KRIS membuat persiapan kearah kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. 4. Kekalahan mendadak Jepun telah menyebabkan Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 15 Ogos 1945. 5. Kongres Pemuda KRIS yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan. Malahan Ibrahim Yaakob dan orang kananya telah berlindung di Indonesia.British kembali ke Tanah Melayu dan usaha untuk mengabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia menemui kegagalan. 17

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF