bab 2.pdf
February 26, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Short Description
Download bab 2.pdf...
Description
1
Peningkatan Tamadun
Latar Belakang Tamadun
Aspek-aspek Peningkatan Tamadun
Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia
Sumbangan Tamadun
Tamadun Yunani
Tamadun Yunani
Tamadun India
Agama Hindu
Tamadun Rom Tamadun Rom
Tamadun India Tamadun China
Tamadun China
Agama Buddha Agama Kristian Agama Islam
Politik
Ekonomi
Sosial Confucianisme
Pentadbiran Perundangan Perluasan kuasa
Pertanian
Pendidikan
Falsafah
Perdagangan
Seni dan Seni Bina
Bahasa
Perusahaan
Kesusasteraan
Sistem Sosial
Kewangan
Sains dan Teknologi
Taoisme
2 Tamadun India
Peningkatan Tamadun 1. Kedatangan orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap baru terhadap masyarakat tamadun Indus. 2. Tahap ini dikenali sebagai Vedik sempena nama kitab-kitab Veda. 3. Zaman ini merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana lahirnya agama hindu. 4. Golongan pemerintah pada masa ini ialah raja. 5. Terdapat dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan Janapada (kecil) dan kerajaan mahajanapada (besar) 6. Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil ini dan lahir empayar yang pertama di India. 7. Dinasti Maurya mencapai kemuncak semasa pemerintahan Asoka.
Latar Belakang Tamadun
Tamadun Rom 1. Lahir di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium. 2. Didiami oleh masyarakat latin dan berkembang semasa pemerintahan Romulus. 3. Pada abad ke-2 masihi, pemerintah mewujudkan majlis perbandaran disetiap bandar. 4. Majlis perbandaran menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat Rom. 5. Kewujudan majlis perbandaran mebawa kemajuan dan keselesaan hidup di Bandar. 6. Pembinaan Bandar adalah terancang serta disediakan dengan pelbagai kemudahan. 7. Pompei adalah merupakan Bandar contoh terdapat kemudahan pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum. 8. Di pompei penduduknya berjumlah 50,000 terdapat system saliran bawah tanah yang menyalurkan air sejauh 165 km yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan. 9. Saliran air air membekalkan air waktu aman dan peperangan di samping digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.
Tamadun China
Tamadun Yunani 1. Berkembang di semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh laut Athens dan laut Mediteranean. 2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai Negara kota atau polis. 3. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampong dan Bandar. 4. Terdapat banyak Negara kota dalam tamdun Yunani. 5. Setiap Negara kota mengandungi sebuah kota dikelilingi oleh kawasan pertanian. 6. Di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana. 7. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. 8. Setiap Negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undangundang tersendiri dan memiliki beberapa tuhan. 9. Walaupun peperangan peperangan sering berlaku antara Negara kota, namun sentiasa bersatu padu.
1. Terletak di lembah Sg. Hwang Ho berkembang hingga ke bahagian selatan. 2. Bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. 3. Kelahiran empayar yang pertama menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. 4. Pengasas Dinasti ialah Maharaja Shih Huang Ti. 5. Berjaya memperluaskan jajahannya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 6. Zaman empayar merupakan zaman banyak berlakunya peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk berjaya disatukan di bawah pentadbiran pusat.
Aspek-aspek Peningkatan Tamadun
3
Tamadun India Tamadun Rom 1.
2. 3.
4. 5.
6.
7.
8.
9. 10.
11.
12.
13.
Pada tahap awal perkembangan tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih berpuak dan tidak mempunyai raja. Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha. Dalam tamadun ini raja berkuasa mutlak Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual yang menganggap raja adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat, Ksyatria pemerintah tertinggi merupakan golongan dominan. Chandragupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dan membentuk empayar dan mengubah status dari raja ke maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala ke kawasan pergunungan Hindu kush. Ibu negaranya terletak di Pataliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya ialah semasa pemerintahan maharaja Asoka. Penilaian ini dibuat berdasarkan kejayaan beliau menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya. Selepas perang Kalinga, Asoka menekankan kedamaian dan kemajuan social serta menjalankan penaklukan dan penyebaran agama Buddha. Walaupun beliau maharaja
Tamadun China
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun Rom pemerintahan bermula dengan system pemerintahan beraja. 2. Rom diperintah oleh Raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada masyarakat latin tempatan. 3. Masyarakat Latin pimpinan patrician telah bangun memberontak dan membentuk sebuah Republik. 4. Dalam system Republik, kuasa tertinggi terletak pada dua orang Konsul (untuk mengimbangi kuasa) yang dilantik oleh Senat untuk sesuatu tempoh. 5. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (membincangkan hal-hal pentadbiran dan merangka perundangan) yang diwakili oleh golongan bangsawan. 6. Di bawah dewan Senat ialah dewan Perhimpunan yang terdiri dari seluruh rakyat Rom. 7. Keputusan Senat akan disampaikan kepada dewan perhimpunan untuk diluluskan. 8. Julius Caesar telah menamatkan system pemerintahan bercorak Republik setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Perancis dan Britain. 9. Pemerintahan berbentuk empayar ini menamatkan system Republik dan digantikan dengan system dictator. 10. Beliau menguasai angkatan tentera dan senat serta menggunakan gelaran maharaja. 11. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Augustus, berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom. 12. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom) kerana dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa merangkumi tiga buah benua.
Tamadun Yunani
1.
1.
2.
3.
4. 5. 6. 7.
8.
9.
10. 11.
12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.
Tamadun Yunani telah mewujudkan beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah Negara kota. Terdapat beberapa bentuk pemerintahan yang terdapat perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, dictator dan demokrasi. Athens mengamalkan system pemerintahan beraja. Dalam system ini raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul. Peranan Raja ialah sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja merosot. Akibatnya lahir system raja yang dipilih tetapi kuasanya adalah terhad. Sistem pemerintahan oligarki, pemimpin adalah terdiri daripada beberapa orang Konsul yang terdiri daripada golongan kaya. Daripada golongan konsul lahir pula golongan aristokrasi yang kuat, mereka memiliki kuasa besar. Rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan aristokrasi dan muncul golongan yang ingin menuntut hak serta berlakulah rampasan kuasa. Muncul pemerintahan berbentuk tirani oleh golongan dictator. Walaupun rakyat menyokong rampasan kuasa, tetapi ditentang oleh golongan aristocrat dan lahirlah system demokrasi. Dalam sistem demokrasi terdapat dewan perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan. Keputusan dewan dikendalikan oleh majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan dan Dewan berkuasa penuh. Di Negara kota Sparta system pemerintahan tentera di amalkan. Sistem pertahanan diberi keutamaan. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar.
1. Tamadun china telah mengubah pemerintahan berbentuk system feudal kepada system pemerintahan berpusat. 2. Perluasan kuasa melahirkan empayar pada zaman dinasti Chin dan konsep raja bertukar kepada maharaja. 3. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan system pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang dilantik oleh maharaja. 4. Perlantikan pegawai kerajaan dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam system perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu. 5. Perlantikan dibuat berasaskan pencapaian dalam peperiksanaan awam. 6. Sistem ini diwujudkan pada zaman dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. 7. Tokoh yang memainkan peranan penting dalam hal ini ialah Shih Huang Ti.
4
Perundangan
Tamadun India
1. Kitab undang-undang hindu yang paling tua ialah kitab Dharma Sastra. 2. Kitab ini dipercayai telah dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 sm. 3. Raja dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang. 4. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. 5. Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant dalam bidang atau urusan undangundang kerana kerana mahir dalam hokum hakam agama. 6. Zaman Dinasti Maurya, undangundang Maharaja disampaikan sebagai titah perintah diraja. 7. Titah perintah diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan, supaya undang-undang dapat dibaca oleh rakyat. 8. Tiang batu ini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka, yang sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat.
Tamadun Rom
Tamadun China
Tamadun Yunani 1. Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang. 2. Kepentingan undang-undang di utaraka oleh Plato dalam bukunya Republik. 3. Menurut Plato Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka ceka, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.
1. Undang-undang Rom berbentuk undang-undang bertulis. 2. Undang-undang Rom yang pertama iaitu hukum kanun 12 telah dipahat pada kayu yang dikenali sebagai papan 12 dan diletakkan ditempat awam untuk tatapan rakyat. 3. Undang-undang awal lahir pada zaman Republik. 4. Oleh kerana terdapat banyak masalah, Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undangundang tersebut. 5. Beliau telah melahirkan kod undang-undang Rom pada tahun 527 sm. 6. Kod undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang Justinian.
1. Sistem perundangan berdasarkan dua prinsip a. hukuman berat b. bercorak kolektif 2. Undang-undang ini berteraskan falsafah Legalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu pada zaman dinasti Chin. 3. Mengikut Falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. 4. Semasa melaksanakan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. 5. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa juga keadaan. 6. Undang-undang ini bertentangan dengan undangundang yang berlandaskan ajaran Confucius (Dinasti Han). 7. Ajaran Confucius menekankan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian rakyat
5
Tamadun India
1. Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya iaitu semasa pemerintahan Chandragupta Maurya (321-292sm). 2. Kejayaannya beliau disebabkan pasukan tentera yang besar, terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang infantry 3. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara dan menakluk Punjab. 4. Chandragupta Maurya telah menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syiria dan kawasan India Barat. 5. Anak Chandragupta, Bindusara meluaskan empayar Maurya hingga ke Mysore di bahagian selatan India. 6. Kaedah perluasan kuasa oleh penggantinya iaitu Asoka adalah berbeza. 7. Beliau menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka dalam perluasan kuasa dan pengaruhnya. 8. Beliau memberi penekanan terhadap agama Buddha. 9. Pada zaman Asoka, seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya hasil daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.
Perluasan Kuasa
Tamadun Rom 1. Perluasan kuasa bermula tahun 27 sm. Pada zaman pemerintahan Augustus Caesar. 2. Beliau berjaya menubuhkan system pemerintahan berbentuk empayar. 3. Pada zaman pemerintahannya empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.
Tamadun China
Tamadun Yunani 1. Bermula pada tahun 800 sm pada zaman pemerintahan Phillip II dari Macedonia. 2. Beliau menyatukan Macedonia dan Yunani. 3. Usahanya diteruskan oleh Alexander the Great jajahan takluknya termasuk Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. 4. Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan Hellenistik ia merupakan campuran kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur yang lain. 5. Kebudayaan ini tersebar dalam kota-kota utama tamadun Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch. 6. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander the Great dan dengan kemunculan Rom.
1. Kelahiran empayar pada zaman pemerintahan Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. 2. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik iaitu tegas dan mutlak. 3. Beliau menghapuskan kuasa golongan bangsawan dan melantik gabenor serta panglima tentera untuk mentadbir. 4. Untuk mengelak serangan daripada orang Gasar beliau telah mengarahkan pembinaan tembok Besar China. 5. Kejatuhan dinasti Chin digantikan oleh dinasti Han. 6. Pada zaman Dinasti Han, kewibawaan maharaja Han Wu Ti yang juga digelar Maharaja tentera telah meluaskan kuasanya melalui angkatan tentera yang kuat. 7. Antara kawasan yang berjaya ditakluki ialah Sinkiang,, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di Selatan. 8. Zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.
6 Tamadun India
1. Ekonomi berkembang pesat sejak abad ketiga Sebelum Masihi. 2. Aktiviti perdagangan dijalankan di dalam Negara dan luar Negara. 3. Perdagangan dengan Negara luar melibatkan kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. 4. Pusat perdagangan yang penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara. 5. Pelabuhan penting yang menjadi penghubung kerajaan India dengan kerajaan luar ialah Tamralipti, Ghantashala dan Kadura di Timur, manakala Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di Barat. 6. Perkembangan ekonomi telah menyebabkan tertubuhnya persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di setiap Bandar. 7. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk mengawal harga barang, kualiti barangan dan gaji pekerja. 8. Mata wang telah diperkenalkan untuk urusan jual beli, ini membuktikan tamadun India telah melaksanakan dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. 9. Perkembangan perdagangan di India, sangat disokong oleh perkembangan pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera. 10. Perusahaan sutera berpusat di Bengal dan Benares. 11. Pelbagai cukai telah diperkenalkan untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja. 12. Perdagangan Maritim di antara India dengan Alam Melayu telah terjalin sejak tahun 100 M.
Peningkatan Ekonomi
Tamadun Yunani 1. Semua Negara kota memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan kecuali Sparta. 2. Ini disebabkan keadaan muka bumi Yunani yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk kegiatan perdagangan. 3. Pada permulaan perdagangan hanya berlaku antara kawasan persisiran pantai yang berhampiran seperti Mesir, Syria dan Pheonesia. 4. Kekurangan tanah menyebabkan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan dan terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar terutama dari kawasan Selatan dan Laut Hitam. 5. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari Timur. 6. Kenaikan harga barang yang disebabkan oleh cukai telah menyebabkan ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat lain seperti Alexandria pada zaman Craeco-Rom.
Tamadun China
1. Perkembangan ekonomi berlaku sejak zaman Dinasti shang. 2. Pada zaman Dinasti Han, tenggala telah digunakan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda. 3. Perkembangan penciptaan alatan pertanian terus berlaku pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching. 4. Sistem tanaman bergilir, bukit telah ditereskan dan system saliran telah diperkenalkan untuk meningkatkan hasil pertanian. 5. Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman dinasti Han. 6. Hasil perusahaan telah diperdagangkan dengan kawasan luar melalui Jalan Sutera (jalan darat) dan kemudian jalan laut. 7. Hasil perusahaan juga diperdagangkan dalam Negara dan membawa kepada perkembangan system perhubungan seperti jalan raya, jambatan serta alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu
7
Peningkatan Sosial.
Tamadun India
Tamadun China 1. Pendidikan berkembang pada zaman Vedik yang sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu. 2. Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki. 3. Pendidikan tertumpu kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit. 4. Kolej Brahman telah menyediakan pendidikan tinggi. 5. Pada abad keempat Masihi, Universiti Nalanda ditubuhkan. 6. Seorang Brahmin yang berpendidikan, harus menghafal pelbagai buku agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah. 7. Pada zaman berikutnya, pendidikan bertujuan menambah ilmu dan mengatasi buta huruf serta mendapat jawatan dalam pemerintahan.
Pendidikan
Tamadun Rom
1. Pendidikan Rom mementingkan aplikasi ilmu dan setia kepada Negara. 2. Pendidikan Rom pada peringkat awal banyak mengambil dan menyerap unsur dari tamadun Yunani. 3. Pusat pendidikan dan ilmu berkembang di seluruh Rom dan berjaya melahirkan ramai jurutera yang dapat membina system pengairan, bangunan dan jalan raya.
Tamadun Yunani
1. Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari sudut rohani dan jasmani. 2. Bagi orang Athens, manusia cemerlang ialah yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal serta dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan manusia. 3. Di Sparta, pendidikan bertujuan melahirkan warganegara tentera yang sempurna dan gagah. 4. Pendidikannya lebih mementingkan kemahiran menggunakan senjata. 5. Perkembangan pendidikan di Yunani berlaku apabila banyak sekolah falsafah didirikanseperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus. 6. Sekolah ini telah melahirkan ramai cendekiawan seperti sejarawan Thucydides dan Herodotus, pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, anaximander, heraclitus dan Anaxagoras. 7. Semasa pemerintahan Pericles, Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan.
1. Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. 2. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu rendah, menengah dan tinggi 3. Peringkat rendah tertumpu kepada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buku suci. 4. Peringkat menengah tumpuan kepada karangan dan sastera. 5. Peringkat tinggi tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. 6. Kepentingan pendidikan di China lebih menjurus kepada kepentingan pentadbiran. 7. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap. 8. Tahap pertama Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama, peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah. 9. Tahap kedua Chun-Jen setaraf dengan sarjana, peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah. 10. Tahap ketiga Chin Shih setaraf dengan doctor falsafah, peperiksaan tahap ketiga dijalankan di ibu kota empayar bertempat di istana di hadapan maharaja. 11. Pelajar yang lulus tahap atau ijazah berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik. 12. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun, manakala tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
8
Falsafah
Tamadun India
1. Falsafah India wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar iaitu yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. 2. Falsafah berdasarkan kitab Veda ialah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. 3. Upanishad, Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat Veda. 4. Falsafah yang bukan bersumberkan aliran Veda ialah ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.
1. Tamadun Rom tidak mempunyai sofis, mereka mengambil falsafah daripada tamadun Yunani iaitu falsafah stoisisme yang diasaskan oleh Zeno. 2. Dalam falsafah ini kebahagian hidup seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam. 3. Stoisisme menekankan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan.
Tamadun Rom
Tamadun China
Tamadun Yunani
1. Sofis yang terkemuka dalam tamadun Yunani ialah Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato. 2. Isu utama sofis ini ialah persoalan tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi. 3. Socrates dianggap sebagai Bapa Falsafah Barat. Dianggap pakar dalam perbincangan soal jawab, berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia. 4. Plato dalam karyanya Republic menyatakan masyarakat dan Negara yang paling baik diperintah oleh ahli falsafah dan ilmuan. Menjadi guru kepada Alexander the Great dalam karyanya telah membincangkan cara berfikir yang teratur. 5. Aristotle adalah murid Plato dan merupakan ahli falsafah yang sangat berpengaruh.Hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi. Karya utama beliau ialah Politics. 6. Herodotus ahli falsafah dan ahli sejarah terulung, dianggap sebagai Pengasas Sejarah Sejarah Saintifik dan telah menghasilkan karya History of Persian Wars. 7. Thucydides terkenal dengan karya History of Pelonnesian Wars, menggunakan pendekatan penulisan sejarah berasaskan penyelidikan. 8. Sofis Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan mengamalkan perasaan ingin tahu.
1. Falsafah China memberi penekanan kepada hubungan manusia dengan manusia lain. 2. Sumber falsafah China berdasarkan falsafah Confucianisme KungfuTze (Confucius), Taoisme, Lao Tze dan Mo Tzu (Mencius). 3. Mencius menolak beberapa ajaran Confucianisme. Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan menjadi sebaliknya kerana pengaruh persekitaran. 4. Satu lagi falsafah China, Falsafah legalisme percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
9 Tamadun India
1. Sains dan metematik dianggap sebagai cabang kepada Vedik. 2. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. 3. Ilmu metematik telah berkembang pesat pada zaman Gupta. 4. Ahli matematik India Aryabhata Varahamihira telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan system nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. 5. Dalam tamadun India ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan masyarakatnya dalam fisiologi yang ada kaitan dengan yoga.
1. Boethius adalah merupakan tokoh matematik Rom. 2. Asas metematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani dan mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
Sains dan Teknologi
Tamadun Rom
Tamadun Yunani
1. Tokoh matematik Yunani Thales, telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. 2. Pythagoras telah memperkenalkan Teorem Pythagoras juga mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon. 3. Ahli sains Yunani yang tekenal ialah Hippocrates dianggap sebagai Bapa Perubatan, manakala Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik. 4. Sumbangan utama Archimedes ialah tentang teorinya berhubung isi padu air dan gravity. 5. Ptolemy merupakan tokoh astronomi Yunani yang paling terkenal. 6. Dalam tamadun Yunani juga telah wujud sistem angka iaitu herodianic dan ionic.
Tamadun China
1. Ilmu perubatan telah berkembang dalam tamadun China. 2. Dalam tamadun China, konsep keseimbangan dua kuasa iaitu Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) yang membolehkan seseorang menjadi sihat menjadi asas dalam perubatan tradisional China. 3. Teknologi membuat kertas bermula di China dicipta oleh Chai Lun, pegawai di istana China. 4. Beliau mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayuran yang dicincang untuk dijadikan pulpa.
10 Tamadun China Tamadun India
1. Tamadun India memperlihatkan peningkatan pencapaian dalam bidang seni bina. 2. Binaan yang dibina sangat baik dan lengkap seperti Great Bath. 3. Bidang seni bina yang berkembang di India berkait rapat dengan unsur keagamaan. 4. Binaan yang dibina berdasarkan agama Hindu dan Buddha seperti kompleks kuil di Gua Anjata yang mengandungi 20 buah kuil, manakala kompleks kuil di Gua Ellora mengandungi 28 buah kuil. 5. Dalam tamadun India terdapat menara yang pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda.
Seni Bina
Tamadun Rom
Tamadun Yunani
1. Pantheon berbentuk kubah dibina pada zaman Maharaja Hadrian. 2. Fungsi Pantheon adalah bangunan untuk memuja dan menyimpan patung Dewa serta tempat menjalankan kerja awam. 3. Colloseum selesai dibina pada zaman Maharaja Flavian. 4. Colloseum berbentuk kubah boleh memuatkan 50,000 – 80,000 penonton digunakan sebagai teater dan tempat pertarungan pahlawan Rom. 5. Aqueduct merupakan saluran air yang sumbernya diperolehi dari kawasan gunung 6. Aqueduct yang terpanjang terdapat di Mercia ( 91 km ), ia disalurkan melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang.
1. Pericles telah membina Acropolis untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat kegiatannya. 2. Acropolis adalah pusat pentadbiran Athens. 3. Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater dan Parthenon. 4. Parthenon adalah merupakan rumah berhala untuk Dewi Athena dibina untuk memperingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
1. Seni bina China agak berlainan dengan tamadun lain di dunia, contohnya Tembok Besar China. 2. Tembok Besar dibina sejak dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti seterusnya. 3. Tembok Besar dibina sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke Peking. 4. Bandar-bandar lama China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan tembok batu. 5. Di dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja, salah sebuah istana yang masih kekal sehingga kini ialah kota larangan. 6. Istana mempunyai banyak dewan dan taman. 7. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan. 8. Kuil dan pagoda juga merupakan binaan yang penting di China. 9. Kuil-kuil yang besar terdiri daripada bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan. 10. Pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat berbentuk octagon atau segi empat sama. 11. Dalam tamadun China juga terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.
11 Tamadun India 1. Masyarakat India berkembang daripada dua kelompok iaitu Dravidia dan Indo Arya. 2. Masyarakat Dravidia di Selatan menggunakan bahasa Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. 3. Masyarakat Indo Arya pada dasarnya menggunakan bahasa Sanskrit, kemudiannya melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri dan sebagainya. 4. Bahasa utama yang digunakan dalam zaman Vedik ialah bahasa Sanskrits. 5. Perkembangan bahasa telah membantu perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan. 6. Bidang kesusasteraan terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak. 7. Tamadun India menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha iaitu epik Mahabharata dan Ramayana. 8. Mahabharata mencerita peperangan antara dua pihak tentera yang baik dengan yang jahat. 9. Ramayana menceritakan inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan Raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita Dewi.
Bahasa dan Kesusasteraan
Tamadun Rom
Tamadun Yunani
1. Dalam tamadun Rom, terdapat dua orang penulis dan penyajak iaitu Cicero dan Virgil. 2. Secara umumnya, kesusasteraan Rom bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme. 3. Kesusasteraan Rom mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Augustus Caesar.
1. Bahasa Yunani telah digunakan secara meluas di wilayah Yunani dan kawasan jajahan takluk Alexander the Great. 2. Terdapat tokoh sasterawan Yunani yang terkenal iaitu Homer dan Hesiod. 3. Hesiod seorang penyair telah menulis dua buku puisi, iaitu Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu Iliad dan Odyssey. 4. Tulisan kita pada hari ini diwarisi dari tulisan orang Pheonecia,tersebar kepada orang Yunani. 5. Tulisan ini ditambah huruf vocal diubahsuai oleh orang Rom dan tersebar ke Barat sehingga sampai ke Asia Tenggara.
Tamadun China
1. Dialek dalam tamadun China ialah Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien. 2. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien telah mempertingkatkan bidang prosa dengan mnghasilkan karya Shih Chi. 3. Hasil karya beliau menceritakan social, sejarah, kerajaan, pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan. 4. Sastera China pada zaman Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen. 5. Semasa Dinasti Tang, muncul tokoh penting dalam bidang puisi seperti Tu Fu, Li Po dan Po Chu-I.
12
Sistem Sosial
Tamadun China
Tamadun India
Tamadun Rom 1. Terdapat system kasta yang merupakan sebuah intitusi unik yang tidak terdapat dalam mana-mana tamadun di dunia. 2. Terdapat empat kasta iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. 3. Keempat-empat kasta ini mempunyai mempunyai peranan yang berbeza. 4. Sistem kasta telah sebati dengan masyarakat India dan diikuti dengan ketat. 5. Berdasarkan system kasta, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.
1. Di Rom, system sosialnya dibahagikan kepada warganegara Rom, bukan warganegara dan hamba. 2. Warganegara Rom terdiri daripada orang Rom, manakala bukan warganegara ialah penduduk yang ditakluki.
Tamadun Yunani 1. Athens membahagikan masyarakatnya kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada kumpulan pertama ialah warganegara, yang kedua penduduk bukan warganegara dan yang ketiga ialah hamba. 2. Kumpulan pertama mepunyai hak berpolitik manakala kumpulan yang kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut. 3. Di Sparta masyarakatnya dibahagikan kepada tiga kelas sosial. 4. Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, yang kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang manakala kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.
1. Secara umumnya terbahagi kepada tiga kelas utama. 2. Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir seperti maharaja, keluarganya, pegawai bawahan dan sida-sida. 3. Kelas yang kedua ialah rakyat bawahan yang terdiri daripada petani dan artisan. 4. Kelas ketiga ialah golongan hamba. Kelas kedua danketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama. 5. Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama. 6. Golongan teratas ialah sarjana yang terdiri daripada pegawai kerajaan yang berpendidikan. 7. Golongan yang kedua ialah petani yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi China. 8. Golongan yang ketiga ialah golongan tukang dan golongan yang paling bawah ialah pedagang. 9. Strata masyarakat China boleh berubah. Seseorang individu boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan.
Perkataan Hindu merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu (Indus). Dipercayai muncul semenjak zaman tamadun Indus. Struktur agama Hindu semakin jelas pada zaman vedik. Kitab suci Veda menjadi kitab suci agama Hindu. Percaya tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva). Agama Hindu mempunyai enam aliran iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura. Agama Hindu menjadi penting pada zaman Empayar Maurya. Penganut Hindu percaya kepada hukum karma yang berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula berdasarkan karma. Sesiapa mencapai moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ked dunia
13 Agama Islam
Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia
Agama Hindu
Agama Kristian
Agama Buddha
Diasaskan oleh Siddharta Gautama. Gautama mencari kebenaran dan menemuinya ketika sedang bertapa di bawah pokok bodhi di sebuah kampung bernama Uruveda. Asas ajaran Buddha berasaskan empat kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui lapan jalan. Agama Buddha mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Asoka. Agama Buddha menggunakan bahasa Pali dan kitab suci Tripitaka. Kitab Tripitaka terdiri daripada Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka
Penganut Kristian percaya agama ini diasaskan oleh Jesus Christ berasal dari Jerusalem. Old testament dan new testament merupakan dua kitab suci agama Kristian yang dikenali sebagai bible. Agama Kristian berkembang semasa pemerintahan maharaja Constantine. Constantine mengiktiraf ajaran kristian bebas untuk diamalkan oleh masyarakat Rom.
Diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 6 ogos tahun 610 masihi bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibril di Gua Hira. Penyebaran Islam di Makkah mendapat tentangan orang Quraisy. Jemputan penduduk Madinah menyebabkan nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah pada 12 september 622 masihi bersamaan 1 Rabiulawal. Di Madinah Islam bertapak dan tersebar bukan sahaja di Tanah Arab malah hingga ke seluruh dunia. Terdapat dua teras dalam ajaran Islam iaitu akidah dan Syariah. Akidah adalah kepercayaan seluruh jiwa dan raga kepada Allah yang maha Esa. Syariah adalah undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah Orang Islam wajib mempercayai rukun Islam dan rukun Iman
14
Ajaran Utama di Dunia
Confuciaisme
Diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar tahun 551 s.m. di Shantung Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Meletakkan jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyarakat China menjadikan ajarannya sebagai kepercayaan dan menganggap Confucius sebagai dewa penting masyarakat China. Ajaran Confucius menekankan prinsip moral yang tinggi iaitu perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaan kepada ibu bapa (xiao). Ketinggian moral ini akan hanya dicapai dengan pendidikan. Prinsip moral juga perlu dipertegaskan kepada lapisan masyarakat
Taoisme
Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahirkan di negeri Chu sekitar tahun 604 s.m. Lao Tze mengembara ke seluruh negeri China untuk menyebarkan ajarannya. Beliau menghasilkan buku Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafahnya. Taoisme pada mulanya berbentuk falsafah kemudian bertukar menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini ialah konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan manusia ditentukan oleh Tao. Manusia tidak boleh bertindak terhadap apaapa yang berlaku. Jika manusia bertindak ia bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Lao Tze tidak bersetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.
15
View more...
Comments