Bab 1 Pengenalan ilmu ketamadunan.pdf

November 17, 2017 | Author: Nur Shemimi | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kk...

Description

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Bab 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1.0

KONSEP TAMADUN

A.

DEFINISI TAMADUN

ISTILAH-ISTILAH TAMADUN i.

Menurut Bahasa Arab

1.

Istilah Hadharah ™ Asal dari kata “hadhara, yahdhuru, hadhratan” ™ Maksud : suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan (mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam) ™ Lawan - al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman). ™ Digunakan abad ke2H oleh Jamil Nakhlah Mudawwar ™ Malek ben Nabi - berada di tahap maju.

2.

Istilah Umran ™ Asal -“amara” ™ Maksud - kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur ™ Lawan - kawasan kering atau terbiar. ™ dikemukan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab al-Muqaddimah Li Kitab al-Ibar abad ke 14 ™ Sama dengan pengertian tamadun pada abad ke20 yang diterjemahkan oleh Prof Franz Rosenthal; umran sebagai urbanization dan tamadun sebagai civilization. ™ Ciri umran menurut Ibn Khaldun: a. pegangan agama yang kuat b. sistem kenegaraan yang tersusun rapi. c. Kehidupan cara bandar. d. Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi. e. Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka. ™ Walaupun kedua istilah Umran dan Hadharah nampak berbeza tetapi menurut M.A.Beg keduanya boleh dipadukan.

3.

Istilah Madaniah ™ Dari kata “madinah” bermaksud bandar. ™ Maddanna bermaksud : - memperhaluskan budi bahasa & memperelokkan tingkah laku - membuka dan membuat bandar. ™ Madani - pembangunan bandar - perbuatan memperhalus budi pekerti ™ Maddana atau Madani berasal dari deen – bermaksud agama atau kehidupan beragama ™ Wujud pertalian dengan civilization - tamadun muncul berkembang di bandar-bandar. ™ Muncul abad ke 20M dengan maksud tamadun tapi pernah digunakan Abu Nasr al-Farabi pada abad ke4H sekadar maksud bandar atau kehidupan kota. ™ Istilah madaniyyah dengan maksud tamadun jelas dikemukan oleh Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh ™ Menurut Muhd. Farid Wajdi - suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrustruktur.

4.

Istilah Tamadun

sma/citu/ctu551 /bab1

1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

™ Asal - tamaddana yang bermaksud - memiliki ciri-ciri hidup bandar atau memiliki sifat keinsanan sejati atau bertamadun. ™ Digunakan abad 20M oleh Jurji Zaidan : tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. ™ Menurut Uthman El-Muhammady – istilah tamadun asal dari kata “madana” yang bererti membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Oleh itu perkataan tamadun boleh diertikan kepada keadaan hidup seseorang bermasyarakat yang bertambah maju ke hadapan. ii.

Menurut Bahasa Inggeris

1.

Istilah Culture ™ dikemukan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee ™ bermakna civilization yg secara langsung memberi gambaran kepada fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat.

2.

Istilah Cilivization ™ asal dari perkataan Latin civitas bermaksud kota atau city. ™ Mula diungkap pada abad 18M dan digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad 19M. ™ Ini menunjukkan sebelum abad 19M tiada bukti yang jelas bahawa penulis Barat mempunyai pemahaman yang tepat dengan maksud civilization. ™ Dari sudut etimologi ia berkait rapat dengan urbanization. Nourouzzaman as Shiddiqi M.A : culture bererti kebudayaan dan civilization bererti peradaban. Istilah culture lebih luas berbanding istilah civilization sebagaimana berikut : Maksud culture - akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia mencipta sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunanpembangunan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi culture yang bermaksud kebudayaan ini adalah perkembangan intelektual yang memimpin ke dalam kehidupan dari pelbagai lapangan. Maksud civilization – pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriyah sahaja seperti mendirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa dll. Jadi civilization yang bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan dalam perkembangan sosial semata-mata.

Definisi menurut Sarjana Barat: 1. Jacqueta Hawkes – kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu masyarakat. - diwarisi oleh orang Roman, bandar ciri terpenting. - teras penilaian Barat, contoh orang Sepanyol jajah bandar orang Aztec anggap mereka telah bertamadun kerana telah wujud bandar dengan segala kemudahan asas. 2. Collingwood – proses bagi mencapai tahap kehidupan civil @ untuk menjadi civil ( sopan ) yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu yang memiliki kehalusan budi. 3. Samuel Johnson – keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap ( barbaric ), iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi. 4. Gordon Childe – penekanan terhadap pencapaian material. -Kewujudan bandar sebagai pengukuran tamadun.

sma/citu/ctu551 /bab1

2

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

-Awal berpendapat tamadun mempunyai maksud sama dengan revolusi perbandaran. Kemudian terima hakikat bandar hasil dan simbol kepada revolusi perbandaran, bermaksud tamadun telah ada sebelum munculnya bandar. 5. Dr Albert Schwetzer – keseluruhan kemajuan manusia dalam setiap tindakan dan pemikiran yang membawa penyempurnaan kerohanian. 6. E.B. Taylor – tamadun dan budaya sama kedudukan iaitu merangkumi keseluruhan pencapaian manusia ( pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan dll ) Terdapat juga ahli sosiologi berpendapat pertumbuhan bandar bukan ukuran utama mendefinisikan istilah tamadun atau civilization kerana terdapat tamadun tinggi yang muncul tanpa kewujudan sebuah bandar dalam erti kata sebenar contohnya Tamadun Mesir. iii.

Menurut Bahasa Melayu

1.

Istilah Kebudayaan ™ Abu Bakar Hamzah : tamadun sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

2.

Istilah Peradaban ™ Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman El-Muhammadi : peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.

3.

Istilah tamadun ™ Kamus Dewan – tamadun adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik dang yang tinggi peradabannya. ™ Istilah tamadun sendiri paling luas dan tepat dengan maksud yang dikehendaki dari istilah lain.

#

Kesimpulan: Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi nampak jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata ( material ) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Bolehlah diringkas bahwa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.

sma/citu/ctu551 /bab1

3

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

B.

KORELASI ANTARA TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA

i

Korelasi antara Tamadun dan Agama •

Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan tamadun. Kebanyakan tamadun berteraskan agama.



Tamadun yang berteraskannya berpaksi kepada pandangan semesta dan doktrin daripada agama tersebut. ¾ Contoh: Tamadun Islam berpaksi kepercayaan dan KeEsaan Tuhan atau tauhid. ¾ Tamadun berteraskan agama Buddhisme berpaksi doktrin 'Jalan Lapan Lapis' (Eight Fold Path )



Perkara penting bagi masyarakat bertamadun ialah memiliki budi pekerti yang mulia dan moral yang tinggi. Budi pekerti moral yang tinggi datangnya daripada ajaran agama dan budaya.



Kemunculan tamadun-tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama. ¾ Manifestasi ini dapat dilihat daripada peninggalan bangunan dan barangan lama.

ii

Kolerasi antara Tamadun dan Budaya •

Tamadun mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.



Masyarakat berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga ciri kehidupan bertamadun



Perbezaan antara tamadun dan budaya: ¾ Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama. ¾ Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah



Prof. Wan Hashim Wan Teh berpendapat, yang membezakan keduanya ialah tahap pencapaian. Budaya lebih umum manakala tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dari aspek tertentu dalam budaya.

sma/citu/ctu551 /bab1

4

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Tamadun Persamaan

Perbezaan

Budaya



Mengandungi aspek material, moral (spiritual) dan estetik.



Mengandungi aspek material, moral (spiritual ) dan estetik.



Unsur kekal.



Unsur berubah. ¾ Cara masyarakat Jepun berpakaian dan pemilihan jenis makanan (budaya) mengalami perubahan dlm tempoh 100 tahun ini.

¾ Kesetiaan kepada Maharaja dalam Tamadun Jepun.. kekal walau pun sistem politik, ekonomi dan budaya berubah dalam tempoh 100 tahun ini.



Melampaui batas negara dan wilayah.



¾ Budaya masyarakat Islam Chechnya berbeza dengan Sri Lanka dari segi makanan, bahsa, pakaian, adat dsb.

¾ Tamadun masyarakat Islam Chechnya dan Sri Lanka dieratkan dalam satu tamadun yang sama iaitu prinsip Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dsb.

iii

Lazimnya dikaitkan dengan negara atau wilayah.

Hubungan Antara Tamadun dan Bangsa •

Hubungan keduanya tidak begitu ketara walaupun terdapat tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Tamadun

Perbezaan

Bangsa



Melampaui sempadan geografi dan batasan kenegaraan.



Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih dari satu bangsa. ¾ Contoh: Tamadun Barat mengandungi beberapa bangsa Eropah & Amerika Utara.

sma/citu/ctu551 /bab1

5



Lazimnya berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu.

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

C.

1

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Penempatan



Tidak nomad tetapi menetap membekalkan makanan.



Ciri-ciri geografi tertentu penting.

di

kawasan

yang

boleh

¾ Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih kerana tanahnya subur untuk aktiviti pertanian, bekalan air mencukupi, memberi bekalan protein seperti ikan. •

Contoh: a) b) c) d)



Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil. Tamadun Sumeria di lembah Sungai Euphrates dan Tigris. Tamadun Shang di lembah Sungai Kuning. Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Sungai Indus.

Kewujudan kota atau bandar: ¾ Bandar - merujuk kepada satu tapak atau tempat dan pusat komoditi dalam sesebuah kawasan. ¾ Fungsi bergantung pada elemen penting dalam masyarakat. Contoh jika masyarakat utamakan agama – pusat upacara keagamaan, politik – istana, perniagaan – pasar.

2

Kualiti kehidupan



• • • • • •

sma/citu/ctu551 /bab1

Wujud Revolusi Pertanian. ¾ Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna. ¾ Hasil pertanian dan perternakan meningkat dan melampaui tahap sara diri. Kesannya – mencipta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain samada secara langsung atau tidak seperti pertukangan, perdagangan dsb. Penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan produktiviti makanan. Sebahagian tenaga digunakan untuk membina kuil, istana, tembok dan mengembangkan kemahiran Penggerak perubahan sosial daripada masyakat petani kepada masyarakat yang mempunyai kelas & pembentukan Bandar-bandar seterusnya kerajaan. Aktiviti perdagangan selain telah membawa masuk komoditikomoditi dari luar seperti logam, tekstil dan lain-lain turut menjadi penghubung antara masyarakat dengan masyaraka-+ t luar.

6

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

3

Stratifikasi sosial

• •



4

Bahasa dan sistem tulisan



Bila ekonomi berkembang, berlaku perubahan sosial. Pemilikan kekayaan bukan terhad pada tanah tapi juga harta lain. Ini mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas social tinggi. Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memilki tanah dan kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan pedagang.



Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun atau sistem tulisan yang tersendiri. Fungsi sebagai perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. Melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi lebih luas dan efektif. Kesannya: ¾ Berlaku perkembangan ilmu ¾ Muncul kelas terpelajar (literati) ¾ perkembangan ilmu astronomi ¾ Kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi, cerita rakyat, contohnya Epik Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria. ¾ Penulisan doktrin agama tidak lagi hanya di fikiran sami atau syaman.

• • •

5

Organisasi politik dan pemerintahan

sma/citu/ctu551 /bab1

Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status. Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan dan kekayaan yang penting ketika mencari penempatan kekal ialah tanah. Justeru itu stratifikasi sosial berasaskan kepada pemilikan tanah pertanian. ¾ Golongan yang miliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi. ¾ Golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh. Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria prestij tertentu dalam masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau adat. ¾ Golongan yang mendapat gelaran tertentu mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan berstatus rendah termasuk juga jenis pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah. ¾ Lazimnya golongan status tinggi mengawal sebahagian besar faktor pengeluaran.

• • •

Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat dalam menentang orang luar. Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks bila tamadun berkembang.

7

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

6

Teknologi dan rekacipta



Sistem politik: ¾ Beraja atau monarki. Tunggak kuasa bukan lagi seorang ketua tetapi pemerintah yang berkedudukan lebih tinggi seperti raja atau sultan dalam Tamadun Melayu dan Firaun dalam Tamadun Mesir. Unsur-unsur sakral mengangkat kedudukan mereka, seperti daulat dalam masyarakat Melayu dan ketuhanan dalam masyarakat Mesir. Ia milik turun menurun. ¾ Demokrasi dalam masyarakat Greek di Athens). ¾ Authoritarian di Sparta ¾ Oligarki iaitu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan pemerintah yang kadangkalanya terdiri dari sami-sami atau golongan cerdik pandai agama.



Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi → pengkhususan kerja → perubahan struktur sosial → pencapaian tahap kecekapan yang tinggi → peningkatan daya reka cipta ( teknik baru ) Contoh tamadun China, pesat zaman Dinasti Chou. Inovasi teknologi – alat pengangkutan → penciptaan roda, sampan, kapal besar



7

Kreativiti



Dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

8

Kehidupan beragama



Lazim bandar2 awal muncul di sekitar pusat upacara agama seperti kuil. Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun. Stratifikasi sosial guna istilah agama seperti sistem kasta di India. Era awal didominasikan oleh kepercayaan animisme; unsur alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasa yang mempengaruhi kehidupan manusia. Akhirnya wujud konsep dewa. Sebelum dan selepas segala aktiviti dilaksanakan upacara keagamaan seperti sebelum tanam dan selepas tuai padi. Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap perantara manusia dengan kuasa2 supernatural. Contohnya golongan Brahmin dalam kasta India dan Shaman dalam tamadun awal China. Kedudukan dan penghormatan mereka kekal menjadi milik keluarga dan tidak boleh digugat, dikenali sebagai ascribed status. Mereka turut memiliki suatu set adat istiadat dan peralatan yang tidak boleh dimiliki golongan bawahan. Wujud juga kepercayaan penyembahan nenek moyang sebagai tanda terima kasih dan memohon pertolongan. Roh mereka dipercayai boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada anggota keluarga yang hidup. Justeru itu ia perlu

• • • • •



sma/citu/ctu551 /bab1

8

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)



ditenangkan melalui upacara tertentu. Unsur spiritual penting dalam tamadun, beri kesan pada tingkah laku dan pembinaan bangunan → pusat urbanisasi. Contoh tamadun Mesir, Sumeria dll.

D

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

i.

FAKTOR KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

1.

Lokasi Strategik • • •

2.

Lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Merujuk kepada faktor geografi. Contoh : Tamadun China di lembah Huang-He dan Yong Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka. Rangsangan keagamaan dan kerohanian

• • • • • •

3.

Ajaran agama dan amalan rohani → dorong penghayatan nilai murni dan suci → kehidupan bertamadun. Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan → ketinggian budaya. Misalnya tamadun Islam dipengaruhi rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil beserta dorongan langsung risalah wahyu. Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji → masyarat yang cintakan ilmu dan nilai murni ( spt. Kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dll ) Kepemimpinan yang berlandaskan nilai murni → rakyat berganding bahu untuk bangunkan negara. Contoh tokoh : Yunani (Plato, Aristotle), tamadun Cina ( Lao Tze dan Kung Fu –Tze) tamadun India ( Kautilya dan Samkara ) dan tamadun Islam ( al-Farabi, al-Mawardi, alGhazali dan Ibn Khaldun ) Politik

• •

Politik yang kukuh Contoh Tamadun Mesopotamia. -Sistem pentadbirannya tersusun & sistematik. -3 kerajaan utama: Sumeria, Akkadia dan Babylonia. Dibentuk oleh beberapa buah negara kota iaitu Lagash, Ur, Umma dan Uruk - berkuasa autonomi yang diketuai oleh seorang ketua agama ( patesi ) yg guna nama Tuhan mereka -Pemerintahan beraja dan amal dasar perluasan kuasa. Contoh Sargon pemerintah Akkadia berjaya luaskan empayar dari utara ke barat ( Lebanon → Teluk Parsi ) -Undang2 pertama bertulis di dunia, Code of Law atau Kanun Undang2 Hammurabi yang ditulis oleh Hammurabi raja Babylonia, mengandungi hal kekeluargaan perkahwinan,

sma/citu/ctu551 /bab1

9

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)



4.

penjagaan anak dsb. Terbahagi 2, undang2 awam dan hukum agama yang diketuai masing2 oleh hakim khas dan ketua agama. 250 artikel dalam 46 bahagian. -kedudukan strategik di 2 batnag sungai, Sg Tigris dan Euphrates Tamadun Melayu – Melaka, Politik tradisional yang teratur. Perluasan jajahan-hingga ke daerah Dinding, Selangor, Muar, S'pura, Bentan dan Pahang. Hukum Kanun Melaka atau Undang2 Melaka dan Undang2 Laut Melaka. Ekonomi

• •

Awal berkembang di kawasan lembah sungai. Contoh: 1.Tamadun Mesopaotamia. Ekonomi – lbh kepada pertanian. Sg Tigris & Euphrates memainkan peranan yang penting. Dataran subur terbina dari lumpur dari kedua sungai ini iaitu Dataran Shunar. Tanaman barli, sekoi, kurma, gandum & bawang. Wujud revolusi pertanian. Terdapat juga aktiviti perikanan dan perdagangan. 2.Tamadun Mesir Kuno. Rahmat Sg. Nil capai tamadun dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial. Aktiviti pertanian dan penternakan terpenting. Kedua perdagangan – Greek, Syam & Babylon. Wujud sistem cukai ( tiada matawang guna ptukaran barang ) ke atas barang dagangan oleh Firaun. 3.Tamdun Melayu – Melaka. Kedudukan strategik, pelabuhan terlindung – aktiviti perdagangan pesat. Gelaran Serambi Mekah oleh Sultan Mahmud Syah di atas 3 sebab, pertama tempat persinggahan kapal dagang dan haji, kedua pusat ilmu dan tumpuan ulama dari pelbagai bangsa & keturunan dan ketiga negara aman & pusat penyebaran Islam.

5.

Sosial

a.

Faktor agama dan kepercayaan.

1. Tamadun Mesopotamia. Dikenali 'masyarakat candi' percaya banyak Tuhan, yang utama Tuhan Anu (Tuhan Syurga), Enlil (Tuhan Tanah) dan Enki (Tuhan Air) . Percaya tuhan beri kesenangan dan malapetaka. Sami berperanan dalam hal agama. Ziggurat (rumah berhala) dibina di tempat tinggi sebagai tempat pemujaan dan simpanan berhala, juga pusat pendidikan kerana ia menjadi tumpuan aktiviti politik, ekonomi dan sosial. 2. Tamadun Mesir Kuno. Awal – animisme. Penyembahan berhala dan dewa-dewi seperti Re (dewa matahari), Atum, Osiris dan Isis. Tanah Arab - penyembahan berhala. Bila Islam datang – perubahan agama & sosial iaitu Tauhid, konsep ummah di bawah Perlembagaan Madinah, ajar nilai akhlak, peningkatan ilmu dll. 3. Tamadun Melayu Melaka. Hindu Buddha → Islam. Lahir "Melayu Baru " berasaskan nilai Islam → Pusat dakwah. b.

Faktor nilai positif seperti

i. Kecintaan ilmu. 1. Tamadun Mesopotamia. Kesusateraan – karya terkenal Gilgamesh, lagenda Etana dan Adapa. Matematik dan astronomi – tamadun awal guna ukuran masa; jam, minit saat. Huruf matematik dibuat atas kepingan tanah lait keras berlubang.

sma/citu/ctu551 /bab1

10

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Perubatan – ubat dari tumbuhan dan akar kayu.550 jenis ubat. Pembedahan mata. 2. Tamadun Islam. Menerima ilmu sains dari Greek dan Hindu (zaman al-Mansur & al-Biruni). Ilmu tersebut diterjemah ke dalam bahasa Arab.Buku terjemahan tersebut kemudian digunakan oleh masyarakat Eropah. Matematik – al-Batani → huraian tangen dan kemudian diperluaskan oleh Abu al-Wafa Muhammad Ibn Muhammad al-Buzjani yang turut kenalkan funsi sekan dan kosekan. Geometri – al-Khawarizmi dan Omar al-Khayyam. Astronomi – al-Biruni, al-Battani, al-Khawarizmi, Ibn Yunus dll. Kimia – Zakaria al-Razi, al-Zahrawi, Jabir Ibn Hayyan dll. Perubatan – Ibn Sina, karyanya Qanun fi al-Tibb. 3. Tamadun Melayu Melaka. Pusat penyebaran ilmu di Nusantara. Dorongan dari sikap raja2 Melayu betapa penting ilmu fardhu ain dan kifayah. Perkembangan sastera dan tulisan Melayu-jawi - tokoh2 seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin Pasai, Amir Hamzah dsb. 4. Tamadun Mesir Kuno Bidang penulisan, geometri, sains, perubatan, matematik, astronomi dll. Mahir guna simbol sebagai lambang huruf dan idea. Perkiraan hari, bulan dan tahun ikut pergerakan matahari. Penulisan – pelopor. Guna tulisan berbentuk baji ( cuneiform ) untuk tulis surat, resit, akaun dokumen dsb. Penghasilan kertas dan dakwat. ii. Kreativiti, ketekunan dan kerajinan 1. Tamadun Mesopotamia. Pakar seni bina dan pertukangan. Guna geometri dalam bina bangunan dan sistem matahri untuk keringkan batu bata yang dibuat dari tanah liat. Contoh, 'Taman Tergantung Babylon' oleh Raja Nebuchandnezar II Pencapaian tertinggi – teknik melebur. 2. Tamadun Mesir Kuno Penggunaan peralatan pertanian – bajak, tuas, roda dan sabit. Cipta Basin System untuk pengairan pertanian. Mahir membina sampan dan kapal – aktiviti perdagangan. Artifak sejarah – piramid (Great Pyramid di Giza, Medum dan Dahshur), kuil berhala dan tugu besar ( contoh Step Pyramid di Sakara, Sphinx ) 6.

Toleransi terhadap sumbangan tamadun lain • • • •

ii.

Semangat mewujudkan interaksi merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun. Gambaran sikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik → bentuk tamadun baru. Sikap pemimpin memainkan peranan penting. Contoh tamadun Islam merupakan tamadun yang terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun Yunani, Parsi, India dan Cina. KEMEROSORAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Herodotus – sejarah sebagai satu putaran dan kaitan keruntuhan tamadun sebagai hukuman tuhan kerana kerajaan Parsi cemburu dengan Empayar Greek.

sma/citu/ctu551 /bab1

11

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Ibn Khaldun – jatuh bangun sesebuah kerajaan dikait dengan teori sebab dan akibat. Antara faktor-faktor: 1.

Ketidakstabilan Politik.

Tamdun Mesopotamia kurang pertahanan, terdedah serangan musuh. Tamadun Melayu Melaka, diserang Portugis akibat Sultan Mahmud Syah yang suka berfoya dan pengganti Tun Perak yang lemah serta pertelagahan antara orang Melayu dan Tamil Muslim. 2.

Keruntuhan moral dan nilai ( akhlak ).

Di kalangan pemimpin – berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya → politik tak stabil → kerajaan lemah → runtuh diserang orang luar. Contoh, empayar Rom. Dulu amalkan nilai baik ( anutan virtus Romana ) → abai dan zalim → penindasan→ pemberontakan dari golongan bawahan. 3.

Berleluasanya kezaliman dan penindasan ( Ketidakadilan ).

Wujud jurang perbezaan antara kaya dan miskin. Contoh – Yunani, zaman Greek awal wujud golongan hamba. Socrates misalnya dari golongan miskin. Golongan kaya tindas orang miskin dan dikerah tenaga. 4.

Berlakunya sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan.

Terutama dari segi perubahan teknologi atau struktur politik, ekonomi dan sosial. Kesannya merencatkan daya kreativiti dan inovasi → beku dn jumud Edward de Bono –"sikap tertutup merupakan halangan paling besar terhadap anjakan paradigma." Contoh keruntuhan kerajaan Uthmaniah. 5.

Berlakunya malapetaka

Seperti wabak penyakit musnahkan pemimpin Athens yang berkebolehan, Pericles. Setelah mangkat, pemimpin tidak berkebolehan misalnya Cleon, pemimpin kejam dan rasuah → Athens jatuh. E.

CABARAN TERHADAP KEHIDUPAN BERTAMADUN

1.

Kemurnian agama.

2.

-

utamakan dunia

-

utamakan ideologi

-

tiada penghayatan agama

Kemuliaan insan. -

semangat individualistik berkembang → nilai murni seperti kasih sayang, hormat menghormati, bertolak ansur, tolong menolong semakin pupus.

sma/citu/ctu551 /bab1

12

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

-

Materialistik – jadikan kekayaan sebagai ukuran segala tindakan → hilang kasih sayang dan keikhlasan.

3.

Pembangunan bersepadu. -

pembangunan material lebih diutamakan dari rohani → materialistik → jiwa kosong → jenayah meluas→ keamanan tergugat.

4.

Keadilan sosial -

5.

pengagihan kekayaan tidak seimbang → jurang ekonomi

Kesucian dan keharmonian keluarga -

modenisasi menjadikan institusi keluarga & perkahwinan lemah & tidak dianggap mulia tetapi membebankan → gejala sosial spt bersekedudukan meluas.

6.

-

Hubungan sesama ahli keluarga bersandar materialistik.

-

Wujud hubungan songsang spt lesbian, homoseks dan sumbang mahram.

-

Bank sperma.

-

Ibu sewa atau tumpang

Keseimbangan ekologi. -

7.

pencemaran alam

Peperangan dan perdamaian. -

banyak peperangan – con. Amerika dengan Iraq dll.

-

Permusuhan etnik dan agama – con. Islam di Ambon.

sma/citu/ctu551 /bab1

13

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

1.2

KONSEP TAMADUN ISLAM

a.

PENGERTIAN TAMADUN

Tamadun Islam : Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Syed Muhammad Naquib al-Attas: Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya b.

ASAS TAMADUN ISLAM

1.

Aqidah •

Definisi : o bahasa : dari perkataan `aqada bererti ikatan atau simpulan o istilah : kepercayaan yang teguh, tidak mungkin berbelah bahagi walau dengan apa cara sekalipun iaitu keimanan kepada Allah dan segala ajaran Rasul-Nya.



ajaran yang berkaitan dengan kepercayaan kepada tuhan



asas akidah terkandung dalam Rukun Iman, termasuk perkara sam`iyyat dan ghaibiyyat.



Fungsi : 1. asas ajaran Islam ( umpama tapak/fondisi rumah ) 2. asas pertama masuk Islam. 3. pendorong perlaksanaan segala perintah Allah ( syariat dan ibadat ) 4. pendorong untuk berakhlak mulia

2. Syariah •

Definisi :

sma/citu/ctu551 /bab1

14

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

o o

bahasa : sumber air, cara, jalan yang lurus mengikut al-Quran istilah : Hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada hambaNya melalui Rasul-Nya.



Tujuan diturunkan peraturan – o supaya manusia terdidik untuk mematuhi suruhanNya tanpa rasa berbelahbahagi. o supaya manusia hidup dalam sejahtera o supaya hak2 manusia terpelihara.



Syariat bersifat – “mencegah lebih baik dari mengubati”



ajaran yang berkaitan dengan system dan peraturan kehidupan iaitu; 1. hubungan manusia dengan Pencipta → Ibadah 2. sistem perekonomian → muamalat 3. sistem kekeluargaan → munakahat 4. penjagaan hak asasi manusia → jinayat Hak asasi tersebut adalah : ¾ jiwa / nyawa ‰ setiap orang bertanggungjawab menjaga dirinya dan nyawa orang lain ‰ larangan perbuatan membunuh. ( al-An`am 6: 151 ) ‰ hukuman bagi pembunuh – dihukum bunuh ¾

akal ‰ ‰ ‰

¾

¾

anugerah paling istimewa dan wajib dijaga larang perkara yang membawa kemudharatan seperti larang minum arak ( AlMaidah 5 : 90 ) hukuman penzina sebat 100 kali / rejam sampai mati

kehormatan / keturunan ‰ perlu dijaga ‰ larangan perbuatan yang boleh menjatuhkannya seperti mengumpat, menuduh, memfitnah ‰ larangan perbuatan menghilangkan kehormatan dan kesucian keturunan seperti zina ‰ hukuman rejam / sebat harta benda perlu dicari dan dijaga – siapa yg terbunuh untuk mempertahankannya mati syahid ‰ peraturan agar terkawal - seperti haram riba, judi, menipu, rasuah dll selain balasan dosa. ‰ contoh peraturan - system faraid, hukuman potong tangan. ‰

¾

agama perlu bebaskan fikiran dari taklid dan khurafat ‰ kebebasan beragama ‰ murtad dihukum bunuh. ‰

3.

Akhlak •

Definisi – budipekerti atau tingkahlaku yang lahir secara spontan.



Ia merupakan ajaran yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu:

sma/citu/ctu551 /bab1

15

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

‰ ‰ ‰



c.

Nilai kebaikan dan keburukan Nilai kebenaran dan kebatilan Dll

Bersifat syumul/ menyeluruh semua aspek : ‰ Terhadap Allah ‰ Terhadap sesama manusia – akhlak terhadap ibubapa, guru, kawan, bukan Islam hingga terhadap musuh Islam. ‰ Terhadap alam – binatang dan tumnuhan.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM •

Tamadun Islam bersumberkan : o Naqli o Aqli



Memperlihatkan dalam aspek ketamadunan, Allah memberi panduan menerusi wahyu-Nya lantaran kelemahan dan keterbatasan akal manusia.



Di samping itu Allah juga mengiktiraf peranan akal manusia asalkan tidak terkeluar dari batas yang ditetapkan Allah.

1.

Al-Quran •

Definisi – Kalamullah yang dturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril secara mutawatir/beransur-ansur, dibukukan dalam satu mashaf, dimulai dengan Surah al-Fatihah dan akhiri dengan Surah al-Nas.



Sumber utama dalam tamadun Islam.



Dalam konteks kehidupan bertamadun, ia menekankan ajaran mengenai: i Kehidupan beragama ( aqidah ) o sentuh persoalan aqidah o arah manusia supaya beriman kepada Yang Maha Esa o con. “Katakanlah Allah itu Esa…….” Surah al-Ikhlas ii

Kehidupan yang berperaturan dan bersistem ( syariah ) o sentuh persoalan sistem kehidupan o hubungan manusia sesama manusia. Con : “ Taatilah Allah, taatilah rasul dan ulil amri…” “Janganlah kamu membunuh jiwa ( manusia) yang diharamkan Allah kecuali yang hak..” o hubungan manusia dengan alam. Con. “Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini mendabik dada…”

iii

Kehidupan yang mempunyai sistem nilai ( akhlak ) o ajaran yamg menjamin kesejahteraan sejagat seperti

sma/citu/ctu551 /bab1

16

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

- berbuat baik sesama manusia - bersederhana dalam semua perkara - bertanggungjawab - berlumba-lumba dalam buat kebaikan dan kebajikan. 2.

Al- Sunnah •

Definisi - Segala yang disandar pada Rasulullah dari sudut percakapan, perbuatan dan pengakuan baginda saw.



Berfungsi dalam memperinci dan menjelaskan maksud Al-Quran dalam : o Perlaksanaan kehidupan beragama, con “Iman ialah kamu beriman kepada Allah, malaikat……..” o Perlaksanaan syariah Islam con; “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.” o Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila. Con. “ Janganlah kamu berdusta..”

3.

Ijtihad •

Maksud – usaha yang dilakukan oleh ilmuan dan pemikir Islam dalam menangani masalahmasalah umat Islam, terutamanya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan: o Kemajuan sains dan teknologi o Daya reka cipta o Daya kreativiti



Ketetapan Ijtihad tidak boleh bercanggah dengan nas syarak



Berlaku sejak zaman rasulullah lagi seperti contoh apa yang dilakukan oleh Muaz ketika mewakili Baginda saw di Yaman



Juga pernah berlaku di zaman Rasulullah para sahabat mencantumkan pokok tamar untuk dapatkan hasil yang lebih baik.



Con semasa – dalam penetapan hukum persoalan anak tabung uji, derma organ dll.

4.

Tamadun-tamadun asing •

Islam tidak menolak sebarang penghasilan tamadun asing yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.



Con. Dalam matematik – pengaruh tamadun Greek, Yunani dan India.

d.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

1.

Kesejahteraan manusia ( baldah tayyibah ) •

Kesejahteraan di dunia dan akhirat



Memakmurkan alam mengikut peraturan dan sistem yang telah ditentukan dalam perhubungan: o Manusia dengan Allah

sma/citu/ctu551 /bab1

17

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

o o 2.

Manusia sesama manusia Manusia dengan alam

Keredhaan Allah SWT( Rabbun ghafur ) •

Manusia yanag mendapat keredhaan Allah ialah: o Mematuhi suruhan-Nya o Meninggalkan laranganNya o Menyeru kepada kebajikan

e.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

1.

Keagamaan • • •

2.

Teras tamadun Agama yang bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak menjadi asas penting dalam tamadun Islam Akidah yang bertunjangkan tauhid sebagai teras Sejagat ( universal)

• • • • 3.

Tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentu Tidak dibatasi sempadan politik dan budaya. Wujud di seluruh dunia dan lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din. Jaminan terhadap 5 perkara asas adalah universal Terbuka

• • 4.

Menerima tamadun lain yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Iktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam negara Islam. Sepanjang Zaman

• • 5.

Tiada sempadan waktu dan zaman Menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam. Toleransi

• • 6.

Bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan lain. Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalakan agama dan kepercayaan mereka. Kesatuan dan Kepelbagaian



Semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam tamadun Islam kesemuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah mengesakan Allah

sma/citu/ctu551 /bab1

18

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

• 7.

Keseimbangan • • •

1.3

Segala kemajuan yang dihasilkan dalam tamadun Iadalah untuk kembali kepada Yang Maha Agung, Pencipta Seluruh Alam.

Material Spiritual Intelektual

RELEVENSI DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

1.

Kemajuan yang komprehensif / bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dengan berteraskan akidah, syariah dan akhlak.

2.

Kehidupan yang beradab dan berakhlak

3.

Pendidikan yang holistik dan berwawasan.

4.

Membangun masyarakat yang mampan dan hadhari.

5.

Berinteraksi dan berkomunikasi secara global.

sma/citu/ctu551 /bab1

19

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF