Download BAB 1 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI...
BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 Pengenalan Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum di anugerahkan sijil atau diploma. Latihan industri ini dilakukan selama lima bulan di firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah di tetapkan.
Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik
mahupun
bukan
akademik
dengan
semangat
dan
penampilan
profesionalisme yang tinggi. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dunia pekerjaan disamping membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar.
Pelajar telah menjalani latihan industri di Computer IT Care Centre Sdn. Bhd W.P Labuan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti1
aktiviti dalam bidang tugas, walaupun bidang tugas tidak dilakukan dengan sepenuhnya oleh pelajar kerana atas tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahuan am, selain itu, pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan, selain didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.
Di akhir latihan industri, pelajar di harap dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi dunia hari ini yang semakin mencabar.
1.1.1
Objektif Latihan Industri Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, akan
menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah di ambil oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan.
Diantara objektif latihan industri, adalah seperti berikut :
Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan, amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab.
Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja didalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.
Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar.
Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
Memahami budaya kerja ( corporate culture )sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
2
Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari di Politeknik.
Membentuk
sahsiah,
sikap
dan
kemahiran
berhubung
atau
berkomunikasi sesame manusia.
Merangsang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik setelah melalui pengalaman kerja sendiri.
1.1.2
Menghasilkan laporan latihan industri.
Objektif Laporan Latihan Industri Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku
laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester. Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut :
Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut.
Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumatdan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri,
Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasrkan buku laporan harian pelajar.
Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri.
Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambah baikkan kepada syarikat di masa akan datang.
Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3
1.1.3
Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester, bagi pelajar yang mengambil Diploma, akan menjalani latihan industri pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri pada semester ke tiga, latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk di anugerahkan Sijil atau Diploma.
Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasan kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya, pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma.
Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui pesekitaran kerja yang sebenar,ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau di bengkel pada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.
4
1.2
Latar Belakang Organisasi
Nama Organisasi
: Computer IT Care Centre Sdn. Bhd WP. Labuan
Lokasi Organisasi : Terletak kira-kira ½ kilometer dari kawasan Pusat Bandar Labuan. Alamat
: Blok E, Lot 35, Ground Floor, Jati Commercial Centre, 87011, WP. Labuan.
Email
1.2.1
:
[email protected]
Sejarah Penubuhan Computer IT Care Centre Computer IT Care Centre (CICC) yang telah didaftar berlesen pada tahun
Julai 2002 yang merupakan anak syarikat Picotec Sdn. Bhd yang telah membuat keputusan dan bersetuju penubuhannya kerana keupayaan syarikat ini dalam memberikan penyelenggaran yang terbaik dan berkualiti, disamping bayaran servis yang berpatutan untuk pelanggan.
5
CICC juga merupakan syarikat kontrak IT, menjaga peralatan komputer, membekalkan perkakasan IT termasuk teknologi system, servis produk pengguna termasuk perisian computer, peralatan computer , servis dan penyelenggaran. Antara perkhidmatan yang terdapat di CICC: 1. Penyelenggaran sistem rangkaian
Kepakaran yang kami miliki dan pengetahuan yang meluas dalam sistem perkakasan dan perisian menawarkan kos yang berpatutan bagi menyelesaikan masalah rangkaian yang dihadapi pelanggan.
2. Panggilan kerosakan •
Jika menerima panggilan kerosakan daripada pelanggan yang berada di rumah atau pejabat, CICC akan menghantar juruteknik untuk
menservis
computer
ditempat
pelanggan.
Dengan
perkhidmatan sebegini, CICC dapat membantu pelanggan terutamanya dalam perniagaan agar perniagaan mereka dapat terus berjalan dengan servis yang cepat dan berkualiti. •
CICC juga menawarkan kontrak penyelenggaran pemulihan (PM) yang mana penyelenggaran ini di lakukan secara berjadual untuk komputer pejabat, kamera litar tertutup (CCTV) dan printer.
3. Lain-lain perkhidmatan
Servis lain termasuklah kerosakan printer dan peralatan yang berkaitan system komputer termasuk UBS (accounting business system)
6
1.2.2
Logo Computer IT Care Centre
1.2.3
Halatuju CICC
1.2.3.1 Visi dan Misi CICC ` VISI Memberikan penyelenggaran yang berkualiti tinggi setanding dengan cas servis yang berpatutan. Memberikan penyelenggaran yang terbaik untuk semua pelanggan Memberikan penyelenggaran yang membuatkan kepuasan hati pelanggan MISI CICC akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan mendapat kepercayaan akan kemahiran yang dimiliki dapat membantu pelanggan dengan kos yang berpatutan.
7
1.2.4
Objektif Bersama Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran Dalam Bidang Computer dan IT. Tingkatkan kepuasan pelanggan Tingkatkan kualiti penyelenggaraan Tingkatkan pengetahuan dalam bidang komunikasi dan sosial
1.2.5
Kakitangan CICC Pengurus Operasi ;
En. Max Goh
Pengurus Perkhidmatan Pelanggan:
En. Mathew Wong
Penyelia:
Pn. Sharon Tan
Kerani Pentadbiran:
Cik Chin
Projek Bumi IT:
En. Cyril
Juruteknik:
En. Zikrie Arifin
8
1.2.6
Carta Organisasi CICC
9