bab 1.pdf

April 17, 2017 | Author: cikgurosle | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download bab 1.pdf...

Description

Rosle Yasin

Tingkatan 5 Bab Satu Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA

PERUBAHAN SISTEM POLITIK

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

IMPERIALISME BARAT FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME

FAKTORFAKTOR IMPERIALISME BARAT

PERKEMBANGAN NASIONALISME

PENGENALAN SISTEM DEMOKRASI BARAT

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

1

Rosle Yasin

Tingkatan 5 Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Pengenalan

1. Imperialisme ialah kegiatan sesebuah Negara meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu. 2. Kegiatan imperialisme pernah dijalankan sejak zaman Alexander the Great dari empayar Yunani dan Julius Caesar empayar Rom.

IMPERIALISME BARAT

1. Pada kurun ke-15 dan ke-16 kuasa-kuasa Barat seperti Portugal, Sepanyol, British, Belanda dan Perancis menguasai wilayah-wilayah Amerika Latin, Afrika dan Asia bagi tujuan membolot barang dagangan. 2. Portugal mendahului kuasa Eropah lain melakukan penjajahan apabila berjaya menakluk Melaka pada tahun 1511. 3. Lanjutan daripada perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan kuasa Eropah merebut tanah jajahan menjadi semakin sengit.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

2

Rosle Yasin

Tingkatan 5

3

Faktor-faktor Imperislisme Barat di Asia Tenggara Faktor

Keterangan

Bahan mentah

1. Pembinaan kilang baru menyebabkan berlakunya permintaan yang lebih besar terhadap bahan mentah untuk diproses di kilang. 2. Asia Tenggara menjadi sasaran imperialisme Barat kerana kaya dengan bahan mentah.

Pasaran

1. Pasaran yang luas perlu dicari untuk memasarkan barang-barang yang dihasilkan oleh kilang mereka. 2. India dan China menjadi sasaran Imperialisme Barat kerana penduduknya yang banyak dan mempunyai pasaran yang luas bagi hasil keluaran kilang mereka.

Pengangkutan dan perhubungan

1. Penciptaan kapal yang menggunakan kuasa wap membolehkan muatan yang lebih banyak, perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih cepat dan keselamatan terjamin. 2. Pembukaan terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan dan mempercepatkan urusan perdagangan yang dijalankan. 3. Penciptaan telegraf membantu kuasa imperialis Barat memperluaskan pengaruhnya. Mereka dapat memberi arahan dengan cepat kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan. 4. Ahli perniagaan Barat juga dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan membolehkan urusan perdagangan menjadi lebih mudah serta perdagangan antarabangsa berkembang pesat.

Persaingan kuasa Imperialis

1. Persaingan kuasa Barat menjadi Asia Tenggara sebagai mangsa. 2. Keluasan tanah jajahan menjadi ukuran imej sesuatu kuasa imperialisme dan melambangkan kekuatan serta kekuasaan kuasa tersebut.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Rosle Yasin

Tingkatan 5

Beban Orang Putih

4

1. Orang Inggeris dan Belanda gemar menggunakan slogan beban orang putih yang bermaksud tanggungjawab berat mereka untuk membantu penduduk dunia ke arah kesejahteraan. 2. Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun kepada penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur. 3. Mubaligh Kristian menyebarkan konsep peradaban Barat lebih tinggi dan menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

PERUBAHAN SISTEM POLITIK

1. Sistem pentadbiran beraja diamalkan di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat. 2. Apabila kuasa imperialis menjajah Asia Tenggara, mereka telah memperkenalkan system Birokrasi Barat menggantikan system pemerintahan beraja.

Ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat ialah:-

1. Pembentukan kerajaan Pusat akibat penyatuan wilayah-wilayah tanah jajahan.

5. Undang-undang Barat diperkenalkan.

2. Gabenor Jeneral dilantik sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.

4. Pegawai Barat dilantik sebagai ketua biro.

3. Pentadbiran berdasarkan system biro. Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Rosle Yasin Negara Filipina

Tingkatan 5 Sebelum

5

Sesudah

1. Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina yang terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay diperintah oleh Datu. 2. Di Selatan Kepulauan Filipina pula telah wujud kerajaankerajaan Islam.

1. Selepas Filipina dijajah, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral dilantik sebagai pemerintah tertinggi. 2. Pada peringkat tempatan, Sepanyol memperkenalkan system Encomienda (gabungan barangay-barangay) yang di ketuai oleh Encomeindero. 3. Tugas Encomeindoro ialah menjaga keamanan, memungut cukai dan mengkristiankan pendududuk. 4. Sistem Encomienda ditentang oleh penduduk Filipina kerana system ini mengenakan cukai yang tinggi dan buruh paksa. 5. Pengenalan system Encomienda menyebabkan kemerosotan system pemerintahan tradisonal dan pengaruh golongan datu.

1. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti Mataram dan Bantam di Jawa. 2. Peringkat kerajaan diketuai oleh Raja dan dibantu oleh pembesar manakala peringkat pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah atau bupati.

1. Belanda telah merubah system pentadbiran di Indonesia dengan memperkenalkan pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. 2. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral, manakala pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan diawasi oleh pegawai Belanda. 3. Belanda telah menubuhkan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. 4. Atas desakan Parti Sarekat Islam, Volksraad telah ditubuhkan. Ia merupakan Majlis rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah berkerajaan sendiri.

Indonesia

Burma

1. Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan system

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

1. Penguasaan British ke atas Burma selepas menang dalam Perang Inggeris-Burma III, menyebabkan Dinasti Konbaung berakhir dan

Rosle Yasin

Tingkatan 5

pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung. Raja juga merupakan penaung kepada Sami Buddha.

2. 3.

4. 5. 6. 7.

IndoChina

1. Pada peringkat awal negerinegeri di IndoChina ditadbir oleh kerajaan pusat yang berkuasa mutlak. 2. Sistem pentadbiran Vietnam diketuai oleh golongan Mandarin yang dipengaruhi oleh system pentadbiran Tanah Besar China.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

6

sistem pentadbiran tradisonal terhapus. British melantik Pesuruhjaya Tingginya sebagai pemerintah tertinggi di Burma. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus system pentadbiran tradisional di Burma. Pentadbiran daerah telah diambil oleh Myo-ok (pegawai bandaran). Sistem perundangan Barat dan Majlis Perundangan telah diperkenalkan. British menubuhkan beberapa jabatan seperti jabatan perhutanan, kesihatan dan pelajaran. Pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil oleh undang-undang Barat.

1. Selepas penguasaan Perancis, IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Perancis. 2. Pada tahun 1887, Perancis menubuhkan kerajaan pusat iaitu Union IndoChinoise yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja, kemudian disertai oleh Laos pada tahun 1904. 3. Union IndoChinoise diketuai oleh Gabneor Jeneral dan semua undangundangnya diluluskan oleh Parlimen Perancis. 4. Kerajaan pusat tidak akan mencampuri pentadbiran kerajaan tempatan tetapi mereka mesti membayar cukai dan menyediakan tenaga kerahan.

Rosle Yasin Tanah Melayu

Tingkatan 5 1. Sebelum kedatangan penjajah, Kesultanan Melayu Melaka telah mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan diikuti oleh Negeri-negeri Melayu yang lain.

1. Penaklukan Portugis dan Belanda telah meruntuhkan institusi beraja. 2. Semasa pemerinthan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah disatukan menjadi Negeri-negeri Selat. 3. Gabenor merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut manakala pentadbiran kampung yang diketuai oleh penghulu dikekalkan. 4. British telah memperkenalkan system Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 5. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan system penasihat. 6. Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor Negerinegeri Selat, tugas utama mereka menasihati Sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat istiadat. 7. British juga telah memperkenalkan system kehakiman Barat, system pungutan cukai, pembahagian negeri kepada daerah dan pembinaan balai polis. 8. Pengenalan system pentadbiran British telah menyebabkan peranan raja dan pembesar terjejas.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

7

Rosle Yasin

Tingkatan 5

Thailand 1. Raja Mongkut dan Chulalongkorn telah memperkenalkan system birokrasi Barat. 2. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan melatih pegawai-pegawai tempatan. 3. Raja Mongkut melantik penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain, Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika dan Perancis. 4. Raja Chulalongkorn telah menubuhkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. 5. Juruaudit dari Britain telah dilantik berkhidmat dalam perbendaharaan negara. 6. Kesan permodenan Mongkut dan Chulalongkorn, muncul golongan baru yang terdiri daripada petadbir yang berpendidikan. 7. Pada tahun 1932 berlaku Revolusi Thai yang membawa kepada pengenalan system raja berpelembagaan yang diamalkan di Barat mengganti system raja berkuasa mutlak.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

8

Rosle Yasin

Tingkatan 5

Sistem pengankutan dan perhubungan

Dasar Penjajahan

Pengaruh Luar Pengaruh Media Massa

Faktor-faktor Kemunculan

Semangat Nasionalisme di Asia Tenggara

Karya Kesusasteraan

Sistem Pendidikan Pengaruh agama

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Kemunculan Golongan Intelektual

9

Rosle Yasin

Tingkatan 5

Dasar Penjajahan

1.

2.

3.

4.

5.

Pengenalan system birokrasi Barat tidak memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam system pentadbiran moden. Penduduk tempatan kekal dalam kegiatan ekonomi tradisonal dan terus miskin. Dasar ekonomi penjajah jelas menindas penduduk tempatan seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina. Sikap penjajah Barat yang berlagak seolah-olah mereka manusia istimewa. Mereka hanya berdamping sesama mereka atau bergaul dengan elit tempatan yang terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat. Dasar penjajah yang membawa masuk golongan imigran seterusnya penguasaaan mereka dalam bidang ekonomi menyebabkan timbul rasa tidak puas hati rakyat tempatan.

Pengaruh Agama

1.

2.

3.

4.

5.

Agama telah berjaya menyatukan penduduk tempatan menghadapi ancaman kebudayaan Barat dan agama Kristian. Gerakan nasionalisme awal di Asia Tenggara menunjukkan peranan agama dan golongan agama menyatukan masyarakat. Kemunculan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu telah memperjuangkan PanIslamisme iaitu dunia Islam menentang penjajah Barat. Di Burma, gerakan nasionalis pertama dipelopori Persatuan Belia Buddha. Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol kepada penduduk Filipina telah menyatukan mereka menentang kuasa tersebut kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Sistem Pendidikan

Karya Kesusast eraan

1.

2.

3.

4.

Karya-karya kesusasteraan yang menggambarkan penindasan dan kesengsaraan rakyat telah membangkitkan kesedaran nasionalisme. Novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal bukan sahaja telah mencetuskan semangat nasionalisme di Filipina, malah menjadi sumber inspirasi kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Di Indonesia lahir karya Raden Adjeng Kartini (Habis Gelap Timbullah Terang) dan karya Chairil Anuar (Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda). Di Tanah Melayu antara karya yang terkenal ialah Putera Gunung Tahan hasil karya Pak Sako.

10

1.

2.

3.

4.

5.

Penjajah menyediakan kemudahan pendidikan dengan menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Kemudahan pendidikan terbatas hanya pada peringkat rendah dan terhad kepada anak golongan elit dan penduduk Bandar contohnya anak golongan priyayi di Indonesia. Tujuan penajajah mengamalkan dasar pilih kasih dalam bidang pendidikan adalah untuk memecah belahkan perpaduan masyarakat tempatan. Pengenalan pendidikan sekular dan sekolah mubaligh di Burma telah menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular mempunyai masalah semasa mencari pekerjaan jika dibandingkan dengan lepasan sekolah Inggeris.

Rosle Yasin

Kemunculan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual yang melanjutkan pelajaran sama ada di Barat atau di Asia Barat terdedah kepada idea dan falsafah Barat dan Islam. 2. Golongan intelektual telah memimpin gerakan nasionalis setelah kembali ke negara mereka. 3. Pada peringkat awal mereka menuntut pihak penjajah membela nasib bangsa mereka dan akhirnya mereka menuntut penjajah memberikan kemerdekaan kepada Negara mereka. Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Tingkatan 5

Pengaruh Media Massa

1. Akhbar dan majalah telah menyemarakan perkembangan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. 2. Media Massa ini telah menyebarkan idea-idea nasionalis serta menanamkan semangat antipenjajah di kalangan masyarakat. 3. Antara akhbar dan majalah yang berpengaruh ialah Tribune Indigene dan Cloche Felee (Vietnam), dan Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis (Tanah Melayu). 4. Penjajah beranggapan perkembangan akhbar dan majalah mengancam kepentingan politik dan ekonomi mereka di tanah jajahan.

11

Perkembangan sistem Pengangkutan dan Perhubungan

1. Kemunculan perkhidmatan radio, telefon dan telegraf telah memudahkan penyebaran idea nasionalisme dan hubungan di kalangan nasionalis. 2. Perkembangan infrastruktur moden seperti jalan raya dan jalan kereta api yang menghubungkan seluruh pelusuk negara telah memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu serta membincangkan idea-idea nasionalisme.

Rosle Yasin

Tingkatan 5

Perkembangan Nasionalisme

Tahap Pertama

1. Perkembangan tahap pertama lebih terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak tersusun. 2. Gerakan ini dipimpin oleh golongan kelas menengah yang menerima pendidikan Barat dan Asia Barat. 3. Perjuangan nasionalisme pada tahap pertama lebih menumpukan kepada isu kebudayaan, agama dan hak peribumi. 4. Pemimpin nasionalis juga mementingkan kesedaran politik daripada tindakan politik.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Tahap Kedua

1. Perkembangan nasionalisme tahap kedua lebih radikal dan berorganisasi kerana nasionalisme tahap pertama bercorak sederhana gagal. 2. Nasionalisme tahap kedua dipimpin oleh golongan berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. 3. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

12

Rosle Yasin

Tingkatan 5

13

Perkembangan Nasionalisme Di Filipina

Tahap Kedua

Tahap Pertama

1.

Pergerakan dakyah di Filipina merupakan gerakan nasionalis yang pertama di Asia Tenggara.

2.

Pergerakan ini dipimpin oleh Jose Rizal yang mendapat sokongan daripada golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.

3.

4.

5.

1.

Katipunan sebuah parti nasionalis memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol telah ditubuhkan oleh Andres Bonifacio.

2.

Matlamat perjuangan Katipunan adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan secara revolusi.

3.

Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi dan Kalayan adalah merupakan media rasmi pertubuhan ini.

4.

Katipunan melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pentadbir Sepanyol di Filipina tetapi gagal. Bonifacio dihukum mati dan Katipunan menjadi lemah.

Tuntutan mereka tidak hiraukan oleh Sepanyol menyebabkan Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik,, ekonomi dan social.

5.

Emilio Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol dari Filipina pada tahun 1898.

6.

Aguinaldo mengisytiharkan kemrdekaan Filipina pada tahun 1899, tetapi tidak disahkan oleh Filipina.

Sepanyol berasa terancam, Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao seterusnya dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

7.

Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.

8.

Sergio Osmena telah menubuhkan Partido Nacionalista dan telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya memenangi pilihanraya.

9.

Nasionalis Filipina kembali menuntutkan kemerdekaan melalui perlembagaan selepas pucuk pimpinan Amerika bertukar kepada yang lebih sederhana.

Gerakan ini menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol dan rakyatnya diberi hak yang sama dengan rakyat Sepanyol.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Rosle Yasin Tahap Pertama

1.

2.

3.

4.

5.

Tingkatan 5 Tahap Kedua

Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Pada tahap ini tumpuan lebih diberikan kepada pendidikan kerana mereka berkeyakinan dengan pendidikan sahaja dapat mengubah nasib rakyat Indonesia. Raden Adjeng Kartini menghasilkan karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh Belanda. Perjuangan Raden Adjeng Kartini memberi isnpirasi kepada pejuang nasionalis lain menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun. Muhammadiyah pertubuhan yang terpenting pada tahap ini, ditubuhkan bertujuan menyebarkan ajaran Islam yang sebanar dan menentang sekularisme Barat. Muhamadiyah banyak menubuhkan sekolah, klinik dan masjid.

Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Tahap Pertama

1.

Gerakan nasionalis lebih tertumpu di Vietnam dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin yang memperjuangkan pemulihan system beraja.

2.

Golongan kelas menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.

3.

Pergerakan nasionalis ini dipimpin oleh Phan Boi Chau dan Pan Chau Trinh memimpin telah melancarkan revolusi tetapi gagal.

4.

Phan Boi Chau telah menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin tetapi gagal.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme 5. DiIaAsia ditangkap kemudiannya telah dipenjara manakala VNQPH telah diharamkan. Tenggara

14

1.

Tahap ini membawa kepada pembentukan pertubuhan-pertubuhan politik yang lebih radikal seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia.

2.

Parti-parti politik ini lantang menuntut kemerdekaan walaupun dengan cara kekerasan.

3.

Parti Nasional Indonesia di bawah pimpinan Soekarno mendapat sokongan padu rakyat Indonesia.

4.

Belanda bertindak menangkap Soekarno dan pemimpin yang radikal serta mengharamkan Parti Nasional Indonesia.

Tahap Kedua

1.

Kegagalan parti politik sederhana telah menyebabkan munculnya gerakan nasionalisme yang lebih radikal.

2.

Gerakan nasionalisme yang radikal ini diperjuangkan oleh Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc dan Parti Komunis Vietnam (PKV) dipimpin oleh Ho Chi Minh.

3.

Perancis bertindak menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan Nguyen Thai Hoc dihukum bunuh, Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.

4.

Perjuangan nasionalis kembali sederhana dipimpin oleh Maharaja Bao Dai. Bagaimanapun usaha-usaha pembaharuannya disekat dan beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.

Rosle Yasin Tahap Pertama

Perkembangan Nasionalisme di Burma

1. 1.

Gerakan nasionalis di Burma memperlihatkan perjuangan golongan Sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat.

2. 3.

2.

Golongan sami telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha 1906. Tujuan penubuhannya ialah mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan rakyat Burma.

4. 5.

3.

Isu Kasut telah membangkitkan semangat nasionalisme di Burma.

4.

Pada tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang radikal seperti U Ba Pe.

7.

Pada tahun 1920, Majlis Persatuan Belia Buddha yang lebih radikal telah ditubuhkan.

8.

6.

5.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Tahap Kedua 5 Tingkatan

15

Muncul apabila laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma belum bersedia untuk berkerajaan sendiri. Pada tahun 1920, meletus revolusi pelajar yang mendesak penubuhan sebuah universiti untuk mereka. Golongan Sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi telah mencetuskan Pemberontakan Saya San. Pemberontakan ini dipimpin oleh Saya San seorang bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. Kemudian muncul golongan Antipemisahan Burma dengan India, mereka menentang pemisahan Burma dari India kerana beranggapan pemisahan akan melewatkan proses kemerdekaan. Pengenalan perlembagaan Burma pada tahun 1935 telah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri. Pada tahun 1935, Parti Dobama Asiayone telah ditubuhkan oleh mahasiswa Universiti Rangoon dan menggelar diri mereka sebagai Thakin (Tuan). Antara pemimpin Thakin yang terkenal ialah Aung San, Kyaw Nien dan U Nu. Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai perdana menteri Burma yang pertama setelah memenangi Pilihanraya yang pertama.

Rosle Yasin

Tingkatan 5

16

Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap Pertama

Tahap Kedua

1.

Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan Negara Asia Tenggara lain.

1.

2.

Nasionalisme tahap pertama di Thailand lebih kepada kebimbangan rakyat terhadap penguasaan politik oleh golongan kerabat diraja dan penentangan terhadap kuasa mutlak raja.

Muncul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan kapitalis Barat.

2.

Perdana menteri Siam, Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina serta menutup sekolah dan surat khabar Cina.

3.

Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam perniagaan dan jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut yang beragama Buddha.

3.

Perkembangan pendidikan Barat telah mendedahkan golongan intelektual terhadap fahaman liberal, system demokrasi dan system raja berpelembagaan.

4.

Kelemahan pentadbiran beraja serta sifat boros Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

4.

Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama Negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

5.

Pada tahun 1932, muncul Parti Rakyat dipimpin oleh Pridi Panomyong dan Phibul Songgram melancarkan Revolusi Thai pada Jun 1932, seterusnya menamatkan system pemerintahan raja berkuasa mutlak.

5.

Kerjasama Siam dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, menyebabkan Jepun menyerahkan semula wilayah-wilayah Siam di IndoChina dan Tanah Melayu kepada Siam.

Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF